Anda di halaman 1dari 17

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SHAHAROM BIN HAMIDON



1

1.0 PENGENALAN
Pencapaian akademik bermaksud pencapaian pada tahap tertentu oleh individu dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tahap pencapaian itu telah ditetapkan
berdasarkan umur, proses pembelajaran yang dilalui serta kemampuan individu berkenaan
dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Berdasarkan pernyataan ini satu tugasan
perlu dibuat untuk membuktikannya. Satu kajian akan dilakukan ke atas dua orang murid sekolah
rendah yang dipilih mengikut pencapaian yang mereka perolehi dalam peperiksaan. Seorang
murid yang memperolehi pencapaian yang cemerlang manakala yang seorang lagi adalah murid
yang memperolehi pencapaian yang lemah. Kajian ini bukanlah untuk mendedahkan
kecemerlangan ataupun kelemahan seseorang individu. Ianya bertujuan untuk kita sebagai
pendidik mengenalpasti faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian mereka. Kajian ini
menyeluruh kepada aspek kesediaan dua individu ini dalam menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Rentetan dari itu segala perkara yang berkaitan dengan murid tersebut akan
memperlihatkan sejauh mana ianya mempengaruhi pencapaian mereka. Contohnya dari segi latar
belakang, cara belajar, teknik pembelajaran, tindakan peribadi, psikologi kendiri dan dorongan
keluarga dan persekitaran. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian,
temubual dan soal selidik terhadap kedua-dua murid tersebut. Pembelajaran bukanlah satu proses
yang mudah . Ini kerana ianya melibatkan proses perkembangan psikologi, perkembangan
manusia seterusnya membawa kepada perbezaan personaliti individu. Penggunaan mental
disertakan dengan permasalahan kawalan psikologi yang mana boleh kita kaitkan kajian ini
dengan beberapa Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner, Teori Perkembangan Pergerakan
( Motor ) Gesell dan Teori Perkembangan Psikologi Erikson. Implikasi perkembangan individu
yang akan dihuraikan seterusnya akan dikaitkan dengan beberapa teori dan bukti beberapa kajian
yang berkaitan yang lalu. Di akhir kajian ini, dinyatakan pula beberapa cadangan yang boleh
diambil oleh seorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan murid-murid dengan pencapaian akademik yang berbeza. Apa yang bakal dipaparkan
sesungguhnya akan dapat memberi kesan kepada keberkesanan proses pengajaran sebagai
panduan dan usaha ke arah peningkatan, pengubahsuaian dan penambahbaikan pembelajaran
murid-murid untuk mencapai kecemerlangan akademik.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

2

2.0 MAKLUMAT PENCAPAIAN MURID
2.1 Pencapaian Murid A




SLIP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
NAMA : MURID A KOD KELAS : 5 AR
NO. KP : 020316080631 JANTINA : LELAKI
TAHUN : D5 KETURUNAN : MELAYU
BIL KOD PEL MATA PELAJARAN MARKAH GRED NILAI INTERPRETASI
01 011 BAHASA MELAYU PM 96 A 1 sangat baik
02 012 BAHASA MELAYU PN 90 A 1 sangat baik
03 014 BAHASA INGGERIS-SK 92 A 1 sangat baik
04 015 MATEMATIK 88 A 1 sangat baik
05 018 SAINS 96 A 1 sangat baik
06 041 BAHASA ARAB 80 A 1 sangat baik
07 042 PENDIDIKAN MORAL 100 A 1 sangat baik
08 044 KAJIAN TEMPATAN 84 A 1 sangat baik
09 047 PENDIDIKAN ISLAM 98 A 1 sangat baik
10 048 KEMAHIRAN HIDUP 86 A 1 sangat baik
11 050 SIVIK KEWARGANEGARAAN 90 A 1 sangat baik

Bilangan Mata Pelajaran Daftar : 11 Jumlah Markah : 1000
Keputusan Pencapaian : 11 A Peratus : 90.91%
Kedudukan Dalam Kelas : 1/ 35 Gred Purata : 1.0
Tanda Tangan Guru Kelas Tanda Tangan Guru Besar Tanda Tangan Penjaga

. ..
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
34310 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

3

2.2 Pencapaian Murid B




SLIP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
NAMA : MURID B KOD KELAS : 5 AR
NO. KP : 021222082638 JANTINA : PEREMPUAN
TAHUN : D5 KETURUNAN : MELAYU
BIL KOD PEL MATA PELAJARAN MARKAH GRED NILAI INTERPRETASI
01 011 BAHASA MELAYU PM 58 C 1 sangat baik
02 012 BAHASA MELAYU PN 44 C 1 sangat baik
03 014 BAHASA INGGERIS-SK 46 C 1 sangat baik
04 015 MATEMATIK 50 C 1 sangat baik
05 018 SAINS 58 C 1 sangat baik
06 041 BAHASA ARAB 54 C 1 sangat baik
07 042 PENDIDIKAN MORAL 66 B 1 sangat baik
08 044 KAJIAN TEMPATAN 56 C 1 sangat baik
09 047 PENDIDIKAN ISLAM 70 B 1 sangat baik
10 048 KEMAHIRAN HIDUP 54 C 1 sangat baik
11 050 SIVIK KEWARGANEGARAAN 60 B 1 sangat baik

Bilangan Mata Pelajaran Daftar : 11 Jumlah Markah : 616
Keputusan Pencapaian : 3B 8C Peratus : 56%
Kedudukan Dalam Kelas : 30/ 35 Gred Purata : 2.72
Tanda Tangan Guru Kelas Tanda Tangan Guru Besar Tanda Tangan Penjaga

. ..

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
34310 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

4


3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERBEZAAN PENCAPAIAN
AKADEMIK
Perbezaan individu boleh didefinisikan sebagai variasi yang boleh diperhatikan
di kalangan ahli sesuatu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga,
pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak ( Borich & Tombari:1997 ). Menurut
Papalia (2001) pula, aspek perbezaan individu adalah melibatkan jantina, ketinggian, berat dan
bentuk tubuh badan, personaliti serta reaksi emosi. Disamping itu juga ianya dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang tertentu.

3.1 Faktor Baka
Gen atau baka diwarisi oleh anak-anak daripada kedua ibu bapanya. Ianya merupakan
sebahagian besar dari segi paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, personaliti,
gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Ini amat mempengaruhi seseorang individu itu. Bagi
kajian yang dijalankan terhadap dua murid yang dipilih ini, mereka mempunyai dua latar
belakang yang berbeza. Murid A adalah anak daripada seorang bapa yang bekerja sebagai
seorang pegawai bank dan ibunya seorang guru. Murid B pula adalah mempunyai ibu bapa yang
bekerja sebagai operator pengeluaran.
Jika dilihat kepada ke dua murid ini, Murid A memperolehi gen dan baka dari ibu bapa
yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih. Pekerjaan sebagai pegawai bank memerlukan
pencapaian pendidikan yang tinggi contohnya Ijazah. Ibunya juga seorang guru semestinya
mempunyai pengetahuan yang tinggi. Justeru, Murid A juga adalah mewarisi kecerdasan tersebut
daripada ke dua ibu bapanya. Berbanding dengan Murid B kecerdasan kognitifnya agak lemah
berikutan mewarisi gen ibu bapa yang hanya bekerja sebagai operator pengeluaran. Operator
pengeluaran adalah satu bidang yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi. Menurut kajian
Alfred Binet ( 1905 ) menyatakan seseorang yang cerdas mempunyai keupayaan mental yang
lebih daripada kawan-kawan yang seumur dengannya. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan
pencapaian peperiksaan antara Murid A dan Murid B.



HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

5

3.2. Faktor Persekitaran ( Asuhan Ibu bapa )

Faktor persekitaran ialah objek yang ditemui serta peristiwa yang dilalui dalam kehidupan
seseorang individu. Ianya bukan genetik yang boleh mempengaruhi perkembangan seseorang itu.
Contohnya cara asuhan daripada sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain yang berbeza
akan melahirkan individu yang berbeza , menurut Baumrind ( Santrock, 2001). Berdasarkan
murid yang dikaji, mereka ini didedahkan dengan persekitaran yang berbeza.

a) Ibu bapa Autoritatif.
Kita lihat dari segi faktor asuhan ibu bapa. Sikap ibu bapa Murid A yang lebih Autoritatif
menggalakkan anak-anak mereka berdikari disamping memberi kawalan. Anak-anak diberi
peluang berkomunikasi dengan ibu bapa. Ibu bapa pula memberi sokongan kepada anak-anak.
Ibu bapa Murid A bekerja dari pagi hingga petang sahaja. Mereka bercuti pada hujung minggu.
Ini memberi masa yang lebih kepada Murid A. Mereka berpeluang berbual dengan murid A ,
bertanyakan soal pelajaran, berbincang tentang masalah dan keperluan Murid A.
Ibu bapa Murid B pula perlu bekerja mengikut syif. Adakalanya mereka bekerja pagi hingga
petang dan ada kalanya malam hingga ke pagi. Murid B mempunyai kekangan masa untuk
berinteraksi dengan ibu bapa. Ibu bapa yang pulang bekerja dari keadaan tersebut selalunya akan
merasa letih dan hanya mahu berehat. Sikap ibu bapa Murid B adalah kurang Autoritatif. Mereka
menyokong tetapi kurang memberi perhatian.

b) Ibu bapa Autoritarian
Ibu bapa Murid A ada juga mempunyai sikap ibu bapa Autoritarain. Mereka mahukan murid
A menghormati mereka. Walaubagaimanapun mereka tidak mengenakan hukuman atau
peraturan yang keterlaluan. Murid A tidak perlu risau kerana dia tahu apa yang patut dilakukan
berikutan komunikasi yang baik dari ibu bapa. Hala tuju kehidupannya jelas dan dia sentiasa
berusaha untuk mencapai kejayaan dengan membuktikannya melalui peperiksaan.
Ibu bapa B pula lebih bersikap authoritarian di mana mahukan murid B hormati mereka, kenakan
hukuman jika gagal. Mereka hanya mengharapkan murid B berfikir sendiri, menguruskan hal
sendiri dalam kehidupan seharian berikutan mereka sering tiada di rumah terutama pada waktu
malam.
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

6


3.2.1 Faktor Persekitaran ( pengaruh adik-beradik )

Pengaruh adik beradik amat memberi kesan yang mendalam terhadap pencapaian individu.
Ini kerana dalam keluarga Murid A, dia mempunyai 3 adik beradik. Kakak murid A telah
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kini belajar di sekolah berasrama penuh. Ianya
sekali gus menjadi pedorong dan idola kepada murid A agar turut berjaya. Murid B mempunyai
6 adik beradik dan dia adalah anak yang sulung. Dalam mencari identiti dan menjadi contoh adik
adik yang lain dia sendiri keliru dengan apa yang dicapai.

3.2.2 Faktor Persekitaran ( guru )
Sudah menjadi kelaziman , murid A yang mempunyai kecerdasan yang tinggi akan juga
mempunyai daya keyakinan, bersikap positif, berkemahiran dan mempunyai daya interaksi yang
tinggi. Murid sebegini aktif bersukan dan menyertai perbagai pertandingan dan lebih mendapat
perhatian daripada guru. Murid B agak lemah alam pelajaran tetapi aktif bersukan Namun begitu
dia kurang berkomunikasi dalam kelas seterusnya dia kurang mendapat perhatian daripada guru.

3.2.3 Faktor Persekitaran ( kawan-kawan )
Murid A menjadi rujukan kepada kawan-kawannya. Dia sering membuat perbincangan
dalam menyiapkan latihan mata pelajaran yang dipelajari. Adakala sekiranya Murid A
menghadapi sebarang masalah, dia tidak segan silu berkomunikasi dengan rakan-rakan untuk
berkongsi ilmu. Ini mewujudkan daya saing yang tinggi. Ini berbeza dengan murid B yang agak
pendiam dan kurang berinteraksi dengan kawan. Kawan-kawannya memang mahu
berkomunikasi tetapi takut untuk berinteraksi dengan murid B. Perkongsian ilmu jarang berlaku
dan Murid B sukar untuk menimba pengetahuan yang lebih, kurang kemahiran dan seterusnya
mendorong mencapai keputusan yang lemah.





HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

7


3.2.4 Faktor Persekitaran ( Media )
Semasa di sekolah , media yang digunakan oleh guru adalah yang sama untuk murid A dan
murid B. Penggunaan media cetak seperti buku, majalah, akhbar digunakan secara meluas.
Begitu juga dengan media elektonik seperti TV pendidikan, radio , LCD dan Internet juga diberi
peluang yang sama kepada murid A dan murid B. Cuma dari segi pengendalian Media
Elektronik, murid A lebih berkemahiran dan lebih cepat memperolehi ilmu yang diteroka.
Apabila di rumah pula, media elektronik tidak dapat digunakan oleh murid B. Murid A pula
dapat membuat latihan secara online dan menyertai berbagai program latihan bagi mata pelajaran
teras dengan hujung jari sahaja.


3.2.5 Faktor Persekitaran ( Lokasi Tempat Tinggal dan Rumah Ibadat )
Lokasi rumah yang murid A tinggal adalah kawasan perumahan yang berdekatan dengan
dewan dan Surau. Murid B pula tinggal di kawasan perumahan yang sama tetapi di blok fasa 2
yang jauh daripada dewan dan Surau. Murid A adalah lelaki dan semestinyalah kerap aktif
bersukan seperti bermain badminton di dalam dewan dan pergi ke surau untuk berjemaah. Murid
B pula adalah perempuan dan lokasi rumah yang jauh dari taman permainan juga membuatkan
dia lebih suka menonton tv di rumah. Ini menyebabkan berlakunya kelemahan fizikal dan
mental, otak kurang aktif untuk berfikir, menaakul dan menerima ilmu yang disampaikan.

Secara keseluruhannya, faktor persekitaran adalah faktor yang amat mendorong kepada
perbezaan murid A dan Murid B dari segi pencapaian akademik mereka. Ini disokong oleh kajian
lalu yang telah dijalankan oleh Piaget yang menyatakan bahawa kecerdasan dengan cara individu
adalah mengadaptasi kepada persekitaran. Ini kerana persekitaran akan mempengaruhi kesediaan
murid A dan murid B untuk belajar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran, mengharungi
masalah dan halangan dalam peperiksaan seterusnya menentukan pencapaian yang cemerlang
atau lemah.



HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

8


3.3 Faktor Perkembangan Individu
Perbezaan individu dari segi pencapaian akademik boleh juga dilihat melalui perkembangan
individu itu sendiri berdasarkan beberapa teori. Sir Francis Galton ( 1882 ) telah membuat ujian
untuk mengukur pendengaran, pandangan, masa memberi reaksi dan kebolehan deria motor dan
mendapati individu adalah berbeza dalam ujian. Begitu juga Murid A dan murid B. Ianya juga
disokong dengan ujian yang dijalankan oleh Alfred Binet yang dapat menyatakan bahawa kanak-
kanak berbeza dari segi kebolehan mental dan kecerdasan. Menurut Mok Soon Sang (2008)
perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat
kematangan.

3.3.1 Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner
Menurut Urie Bronfenbrenner ( 1917 ) fokus utama konteks sosial bagi seseorang kanak-
kanak yang membesar dan individu mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak
tersebut. Terdapat lima sistem dalam teori ini iaitu:
a) Sistem Mikro. Individu yang mempunyai seting dengan menjalin hubungan baik dengan
keluarga, rakan, guru dan persekitaran seperti Murid A dan Murid B. Kedua individu ini
bukan pasif dalam menerima pengalaman Cuma Murid B lebih lemah dalam membina
seting timbal balik dengan pengalaman tersebut.
b) Sistem Meso. Pengalaman rakan sebaya semasa di sekolah. Murid B lebih rasa terpinggir
dan lebih suka berdiam diri. Tiada ruang untuk berkongsi ilmu sesame rakan. Berbeza
dengan Murid A yang sering menjadi ketua dan sering berinteraksi dengan rakan dan
juga guru.
c) Sistem Ekso.Melihat kepada keaktifan murid untuk belajar dalam sesuatu lokasi
contohnya di Pusat Sumber atau di Taman Sekolah. Adalah didapati murid A aktif dan
sentiasa mahu mencuba. Walaubagaimanapun Murid B takut untuk mencuba dan hanya
mengikut rakan dalam kumpulan. Takut sekiranya salah. Keputusan ini akan
mempengaruhi perkembangan Murid B.



HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

9

d) Sistem Makro. Sistem Makro melihat kepada budaya dan fahaman adat resam
masyarakat. Contohnya dalam masyarakat Islam yang melebihkan ilmu dan peranan
kepada murid mengikut jantina. Murid A sebagai murid lelaki dan semestinyalah dia
mempunyai sedikit kelebihan daripada murid B ( perempuan ) dari segi tanggungjawab
yang diberikan.
e) Sistem Krono. Ianya bembincangkan tentang sosio-sejarah murid itu sendiri. Sama ada di
pelihara oleh keluarga sendiri atau orang lain. Kedua dua murid A dan murid B adalah
dipelihara oleh kedua ibu bapa masing-masing. Apa yang membezakan mereka ialah cara
asuhan dan ruang masa bersama berbeza. Murid A juga telah dihantar ke Taski semasa
umur 5 hingga 6 tahun. Murid B tidak. Oleh yang demikian murid B lebih lewat meniti
pengalaman persekitaran belajar.

3.3.2 Teori Perkembangan Pergerakan ( Motor) Gesell
Teori Perkembangan Pergerakan Gesell melihat kepada perkembangan motor (
pergerakan ) kanak-kanak. Menurut Arnold Gesell ( 1940 ) semua perkembangan berlaku
mengikut pola dan urutan kerana perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramal. Kita
hanya melihat kepada peringkat ke lima ( umur empat hingga lima tahun ). Pada peringkat ini,
kanak-kanak mula bersosialisasi, sering mengemukakan soalan dan telah bersedia ke kelas Pra
sekolah atau Tadika. Murid A melalui perkembangan ini dengan baik. Murid B kurang
mengalami proses perkembangan ini kerana semasa kecil ia dijaga oleh jiran sahaja. Pengalaman
dengan orang lain membuatkan Murid B takut untuk berinteraksi dengan aktif.

3.3.3 Teori Perkembangan psikologi Erikson
Menurut Erikson (1902 1994 ), seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap
perkembangan sepanjang hayatnya, yang penuh dengan krisis. Untuk mencapai tahap kesihatan
psikologi yang baik, seseorang mesti berjaya mengatasi krisis tersebut. Kita lihat kepada Tahap
ke lima iaitu kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini ialah tahap industri
lawan rasa kekeliruan perasaan. Peringkat ini membuatkan murid A dan murid B mewujudkan
identity sendiri. Menjawab soalan Siapa aku ? . Murid A lebih dapat mengatasi situasi dengan
mudah berbanding Murid B yang seterusnya mencapaian kejayaan yang lebih dalam akademik.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

10

3.4 Faktor Sosial ( Gaya Kognitif dan Gaya Belajar )
Bidang Sosial adalah melibatkan interaksi kanak-kanak sesame mereka. Murid A dan Murid
B mempunyai umur yang sebaya dan mereka gemar bermain dan berkawan semasa belajar,
membuat aktiviti di dalam kelas, luar kelas dan semasa di rumah. Terdapat beberapa pola
persahabatan yang boleh dilihat iaitu, Pola Bintang Gelaran untuk pelajar yang popular.
Semestinya Murid A lebih popular daripada Murid B. Pola Dyad Bentuk persahabatan antara
dua sahabat. Murid A mempunyai sahabat karib begitu juga dengan Murid B. Cuma cara
pergaulan dan minat untuk mengulangkaji kurang bagi persahabatan Murid B.
Pola Klik Dua atau lebih sahabat memilih untuk sahabat yang mereka sukai. Murid A tiada
masalah dalam bersahabat, dia mempunyai kumpulan belajar aktif. Murid B hanya boleh
bersahabat dengan sahabat yang boleh memahami dan menerima sikapnya. Pola Rantai
Sahabat memilih sahabat lain. Ini tidak berlaku pada Murid A sebaliknya kerap berlaku pada
Murid B. Pola Pencilan Seseorang yang yidak memilih sahabat dan orang lain juga tidak
memilihnya sebagai sahabat. Ini tidak pernah berlaku kepada Murid A ataupun Murid B. Namun
adakala Murid B suka menyendiri. Pola Singkiran Seorang pelajar menamakan orang lain
sebagai sahabat tetapi sahabat berkenaan menamakan pelajar itu yang tidak disukai. Murid A
tidak mengalami keadaan ini tetapi Murid B pernah.

3.4.1 Gaya Kognitif
Gaya kognitif adalah membawa maksud cara individu mempersepsi maklumat. Menurut
Witkin (1940) terdapat dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar dan gaya belajar
bebas latar. Individu yang bergantung latar adalah yang suka mempersepsi sesuatu secara global,
manakala yang bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Sekiranya diperhatikan
Murid A lebih kepada yang bergantung bebas latar kerana lebih dapat berfikir secara analitikal
iaitu kreatif, kritis. Walaubagaimanapun tetap cemerlang. Murid B lebih kepada bergantung latar
kerana lebih mempersepsi terhadap apa yang dipelajari sahaja. Bagi Kelas tahun 5 , terdapat 11
mata pelajaran yang dinilai. Kesemua mata pelajaran itu memerlukan tumpuan dan teknik
pembelajaran yang berbeza. Kesediaan kognitif ini amat perlu bagi ke dua mereka.



HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

11

3.4.2 Gaya Belajar
Menerusi kajian literature menurut Parry (1984) serta Shipman & Shipman ( 1985)
menyatakan sekurang-kurangnya 24 dimensi gaya belajar yang dikenal pasti.Contoh gaya belajar
seperti ekstrovert lawan introvert, deria lawan gerak hati, pemikiran lawan perasaan dan
mengadili lawan mengamati. Gaya belajar Murid A dan Murid B boleh dilihat dari 6 dimensi
iaitu bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan melibatkan diri. Daripada kajian
yang dibuat Murid A lebih kepad bebas, bekerjasama, bersaing dan melibatkan diri. Murid B
lebih kepada bergantung , mengelak dan bekerjasama tetapi dalam kadar yang sedikit.
Berdasarkan skala bipolar. Murid A lebih bersikap serius dan aktif dalam pembelajaran,
sentiasa berpandangan positif terhadap guru dan rakan-rakan serta mengikuti prosedur dalam
bilik darjah. Murid B juga serius dalam pembelajaran dan ingin berjaya namun kekangan dari
berbagi faktor yang telah dibincangkan menyebabkan penguasaannya kurang. Menurut Kolb
(1984) mengemukakan teori pembelajaran pengalaman. Di sini kajian memperlihatkan Murid A
boleh mencapai pada tahap pembelajaran pengalaman abstrak dan percubaan aktif iaitu
penggunaan pemikiran untuk membayangkan sesuatu dan berani mencuba sesuatu yang baru.
Berbeza dengan Murid B yang lebih kepada pengalaman konkrit dan reflektif iaitu memerlukan
contoh jelas dan maujud barulah boleh membuat penilaian.













HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

12

4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM
MENGATASI MASALAH PERBEZAAN PENCAPAIAN MURID

Guru adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang
berbagai kebolehan melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Atan Long (1980)
perkembangan adalah perubahan kualitatif. Perubahan inilah yang dialami oleh murid-murid
dalam sesebuah bilik darjah. Ianya boleh diukur mengikut kebolehan. Walaubagaimanapun di
dalam sesebuah kelas terdapat murid-murid yang mempunyai kecerdasan kognitif, fizikal dan
mental yang berbeza yang akan menyebabkan pencapaian keputusan akademik yang berbeza.
Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek (2005) bagi memahami perbezaan individu kanak-kanak
, guru boleh mengambil langkah seperti pelbagai isi pelajaran, mengumpul pelajar mengikut
kebolehan, mempelbagaikan strategi dan bahan bantu mengajar. Justeru itu terdapat beberapa
langkah yang boleh digunapakai oleh guru bagi menangani masalah ini diantaranya ialah :

4.1 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan seperti:

4.1.1 Kaedah kumpulan. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan berdasarkan tahap
keupayaan yang sama supaya murid berani untuk memberi idea ataupun bergerak kerana sedar
di antara mereka adalah sama. Kemudian guru memberi kumpulan pelbagai keupayaan supaya
ada bimbingan sesama mereka. Hasil kemajuan perlu direkod dan perlu ditegaskan kepada murid
pentingnya bekerjasama dalam menimba ilmu. Walaubagaimanapun aktiviti berkumpulan ini
perlu menarik dan mencabar minda murid.

4.1.2 Kaedah Pengayaan dan Pemulihan. Pengayaan perlu dilakukan kepada murid yang
cemerlang, aktif yang dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan cepat. Pengayaan dapat
mengelakkan murid dari cepat merasa bosan sesuai dijalankan untuk murid bijak. Pemulihan
adalah latihan susulan kepada murid lemah agar lebih memahami apa yang telah dipelajari.



HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

13

4.1.3 Kaedah Pembelajaran Koperatif. Menurut Vygotsky, pelajar cerdas akan membimbing
pelajar lambat dalam zon perkembangan proksimal. Ianya akan dapat memupuk semangat untuk
belajar bagi murid yang cemerlang dan lemah.

4.1.4 Peneguhan Positif dan Negatif. Kadangkala guru haruslah memberi peneguhan negatif bagi
mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya guru mengatakan Saya akan
membenarkan pelajar yang diam rehat lebih awal. Bagi yang positif pula ialah memberi pujian
terus seperti baik, tahniah, bagus. Murid akan rasa dihargai dan berusaha mendapatkan apa yang
disukai.

4.1.5 Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Kebolehan. Murid di dalam kelas mempunyai
pelbagai kebolehan. Jika tugasan diberikan mengikut kebolehan mereka, mereka akan dapat
menyiapkan tugasan berikut dengan baik. Pembentangan kumpulan boleh dibuat oleh wakil
kumpulan. Walaubagaimanapun penilaian juga perlu dipelbagaikan.

4.1.6 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Individu. Kaedah ini amat penting sebagai kawalan.
Bagi murid bijak, contohnya perlu secara individu bagi membimbing agar tidak leka, dapat
mencari jawapan yang tepat dan jitu serta menguasai pelbagai kemahiran dengan baik. Bagi
murid lemah pula, perlu meneliti masalah dan bahagian mana yang masih belum dikuasai. Rekod
pencapaian perlu dilihat dari masa ke masa. Aktiviti perlu jelas , kreatif dan menarik seperti teka
silang kata dan kotak misteri.










HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

14

4.2 Mempelbagaikan Bentuk Penilaian.

Setiap selesai sesuatu kemahiran atau isi pelajaran yang diajar, penilaian akan dilakukan. Jika
ujian berbentuk latihan dan peperiksaan sahaja yang digunakan ianya tidak dapat
menggambarkan pretasi sebenar pelajar tersebut. Oleh yang demikian guru boleh
mempelbagaikan bentuk penilaian seperti menilai para pelajar melalui aktiviti berkumpulan dan
individu dalam membuat buku skrap, menyediakan laporan projek, folio dan sebagainya. Ini
dapat memberi peluang kepada murid yang lemah menonjolkan bakat dalam berkarya selain
daripada menjawab soalan. Menurut Barkley (1995) menyatakan bahawa kesukaran memberikan
tindakbalas, terdapat beberapa isu yang perlu diambil berat oleh pembuat dasar bagi
mengenalpasti kanak-kanak, penilaian mereka di dalam bilik darjah yang sesuai.

4.3 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi muri-murid, mereka semestinya aktif dan sentiasa inginkan sesi pembelajaran yang
mencabar dan pelbagai. Justeru itu, untuk menarik minat mereka untuk lebih cepat menguasai
kemahiran dan isi pelajaran , guru mesti mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Mulakan dengan induksi yang menarik perhatian murid-murid seperti bercerita, tayangan video,
mendengar lagu dan sebagainya. Semasa sesi pengajaran pula boleh dipelbagaikan dengan sesi
lakonan, simulasi,projek dan lawatan. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik
adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Ianya menarik
minat murid untuk terus belajar walaupun mereka berbeza kebolehan.





HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

15

4.4 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar adalah bahan yang digunakan oleh guru sebagai pemudah untuk
murid-murid menguasai isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid
adalah dalam keupayaan yang berbeza, guru harus mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan
bahan bantu mengajar seperti penggunaan akhbar ( Didik ), pencarian maklumat melalui Internet
, Komputer dan LCD serta transparensi. Murid-murid kini lebih suka kepada audio visual dan
kinestatik kerana mereka lebih mudah untuk memahami.. Menurut Golian (2002), sumber
Internet yang direka cipta untuk menyokong pembelajaran di dalam bilik darjah, kolaborasi dan
projek pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar lebih cepat belajar dan terlibat dengan aktif.

Berdasarkan apa yang dipaparkan sedikit sebanyak dapat menyatakan langkah-langkah yang
boleh diambil oleh seseorang guru untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajarannya
berkesan. Di samping itu dapat merapatkan jurang perbezaan keputusan pencapaian di antara
murid cemerlang dan murid yang lemah.
















HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

16


5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbezaan pencapaian murid adalah terjadi kerana beberapa faktor
yang mempengaruhi perbezaan murid-murid tersebut iaitu faktor baka, persekitaran,
perkembangan dan sosial. Menurut Kajian yang dijalankan oleh Al-Hassan bin Eron mengenai
Perkembangan kanak-kanak ( fizikal dan Kognitif) terhadap pengajaran dan pembelajarn guru
menyatakan pertumbuhan dan perkembangan individu adalah berbeza-beza antara satu sama lain
dan perbezaan yang nyata ialah dari segi genetik. Faktor baka adalah daripada ibu bapa, faktor
persekitaran adalah melibatkan sekeliling murid yang dikaji dari segi keluarga, rakan, guru,
tempat, tinggal dan sebagainya. Perkembangan pula adalah dari segi kognitif. Hasil kajian
kepada dua mrid ini iaitu Murid A ( cemerlang ) dan Murid B ( lemah ) melalui kaedah
pemerhatian, soal selidik dan temubual dapat dibuktikan faktor-faktor yang dinyatakan adalah
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Ianya adalah selaras dengan teori-teori dan kajian-
kajian tokoh-tokoh terkenal diantaranya Papalia(2001), Plato (2000), Alfried Binet (1916) dan
Lewis Terman (1916). Sungguhpun begitu, pencapaian keputusan murid boleh dibantu agar lebih
cemerlang walaupun keupayaan murid-murid dalam satu bilik darjah adalah berbeza. Guru-guru
harus berusaha, berfikir dengan kreatif dan kritis bagi menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah
mempelbagaikan kaedah pengajaran, mempelbagaikan bentuk penilaian, mempelbagaikan
strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Ke semua
langkah-langkah yang dipaparkan adalah dirujuk daripada kajian dan teori-teori pembelajaran
yang lalu. Semoga apa yang dipaparkan dapat memenuhi kehendak tugasan ini dan seterusnya
boleh dijadikan contoh serta rujukan pada masa akan datang.







HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SHAHAROM BIN HAMIDON

17



6.0 RUJUKAN

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Cetakan: Adabi Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.
Terbitan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru.
Siri Pendidikan Fajar Bakti Kuala Lumpur. Cetakan: Direct Art Sdn. Bhd.


[Online]. Retrieved: November 28, 2013 from
http://philosophy.lander.edu/ethics/aristotle1.html

[Online]. Retrieved: November 29, 2013 from
http://www.iep.utm.edu/b/bentham.htm

[Online]. Retrieved: Disember 30 , 2013 from
http://www.friesian.com/kant.htm?9e5274b8

[Online]. Retrieved: Disember 2, 2013 from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

[Online]. Retrieved: Disember 3, 2013 from
http://eprints.utm.my/2337/1/AziziYahaya____Hubungan_Antara_sejarah_Silam.pdf
[Online]. Retrieved: Disember 4, 2013 from
http://www.slideshare.net/zamzuriajin/kajian-perkembangan-kanak
[Online]. Retrieved: Disember 4, 2013 from
http://psasir.upm.edu.my/9150/1/FPP_1999_36_A.pdf

Anda mungkin juga menyukai