Anda di halaman 1dari 4

1

5.1 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN



Secara keseluruhannya, selepas kajian ini dilaksanakan murid mula menunjukkan sedikit
peningkatan dalam kemahiran menulis dan membaca hasil bantuan komik sebagai bahan bantu
mengajar utama dalam kajian ini. Jika sebelum ini murid tahun 2 di SK. Tarintidon masih lagi
terpinga-pinga dan terfikir-fikir cara untuk memulakan sesuatu latihan atau aktiviti bahasa
Melayu setiap kali guru memberi arahan kepada mereka, walaupun arahan tersebut diulang
berkali-kali dan sedaya upaya guru untuk menerangkan secara lebih ringkas.

Selepas kajian ini berakhir, guru telah memilih secara rawak beberapa murid yang telah
menunjukkan peningkatan ketara dalam kedua-dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Berikut merupakan beberapa respon daripada murid yang
dicatat oleh guru dalam kedua-dua kemahiran.

5.1.1 Respons Murid Terhadap Kemahiran Menulis Selepas Kajian

Komik adalah sesuai untuk pelajar muda kerana mereka memerlukan pengajaran kemahiran
menulisan ringkas, santai dan pastinya lebih efektif. Ini bermakna, sekiranya pengajaran guru
dalam memantapkan kemahiran menulis mereka adalah dengan menggunakan bahan kartun,
sedikit sebanyak bahan bergambar ini mampu memberikan idea kepada murid dalam
menghasilkan penulisan. Hal ini juga disokong oleh Yahya, Roselan dan Naffi (2009), yang
menyatakan bahawa pembelajaran bahasa bukan merupakan suatu yang mudah. Jadi, humor
dalam komik merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid, saya telah menyemak lembaran kerja
murid dengan lebih berhati-hati. Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum kajian
dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam ejaan berbanding dengan
selepas kajian dijalankan. Selepas kajian dijalankan, saya berasa hampir berpuas hati dengan
hasil kerja mereka. Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa yang diusahakan mula
membuahkan hasil.
2


Saya telah membuat pemerhatian sepanjang P&P dijalankan khususnya semasa sesi
soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan ada murid yang
kurang memberi respon dan sering membuat kesalahan dalam penulisan berbanding dengan
selepas kajian dan menggunakan lembaran kerja bergambar yang kebanyakkannya dalam bentuk
komik yang pengkaji hasilkan. Kesalahan dalam tulisan mereka semakin kurang dan mereka
semakin yakin menjawab soalan yang guru berikan. Mereka juga seronok dengan bahagian
aktiviti komik ini.

Berikut merupakan respons beberapa murid berkenaan peningkatan dalam kemahiran
menulis mereka setelah kajian ini berakhir.


Responden

Respons Terhadap Kemahiran Menulis Selepas Kajian

Murid 1
Saya suka menulis apabila bahan yang guru gunakan menarik
perhatian saya. Komik merupakan salah satu bahan mengajar yang
sangat saya gemari. Malah karikatur yang guru gunakan juga amat
saya minati.

Murid 2
Ativiti menulis dalam kelas bahasa Melayu kini lebih memberikan
saya motivasi tinggi kerana guru faham kehendak kami sebagai
murid yang baru belajar.

Murid 3
Sebelum ini saya selalu menulis huruf dsebagai b dan sebaliknya.
Kini, saya sudah tahu membezakan kedua-dua huruf tersebut kerana
bahan yang guru bawa masuk ke kelas sentiasa sentiasa menarik
perhatian saya kerana adanya gambar kartun yang berwarna-warni.



Murid 4
Kemahiran menulis saya masih sangat lemah dan saya tidak mampu
membina lima perkataan dalam satu-satu ayat mengikut masa yang
guru berikan. Tapi kerana semangat yang guru berikan tidak pernah
putus disamping mempersembahkan kartun-kartun yang menjadi
kegemaran saya selama ini menjadikan saya semakin bermotivasi
3

untuk memperbaiki kelemahan saya dan sedaya upaya menarik
perhatian guru.

Murid 5
Saya suka menulis dialog dalam lembaran kerja berbentuk komik
yang guru berikan kepada saya. Menulis dialog sangat mengujakan
saya kerana saya bebas menulis apa sahaja dialog yang bermain
dalam fikiran saya.


5.1.2 Respons Murid Terhadap Kemahiran Membaca Selepas Kajian
Bahan komik untuk kanak-kanak perlu lebih ringan dan mudah dari segi bahasa agar mereka
mudah memahami jalan cerita komik tersebut dan dalam masa yang sama mengasah kemahiran
membaca mereka. Sepanjang kajian ini, guru mencari idea dari internet dan buku komik sedia
ada di pasaran untuk menghasilkan lembaran kerja kepada murid tahun 2 di SK. Tarintidon.
Sikap gemar membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Oleh itu, penghasilan lembaran kerja
berbentuk komik ini adalah untuk menarik minat murid dalam memupuk dan merangsang minat
dalam membaca bagi menjadikan mereka mahir dengan kemahiran asas dalam bahasa Melayu
ini.

Berikut merupakan respons beberapa murid terpilih berkenaan dengan kemajuan dalam
kemahiran membaca mereka selepas kajian ini berakhir.


Responden

Respons Terhadap Kemahiran Membaca Selepas Kajian

Murid 1
Sebelum ini saya tersekat-sekat apabila membaca perkataan yang
panjang. Kini tidak lagi selepas beberapa kali guru membawa kami
belajar dengan menggunakan komik.

Murid 2
Saya biasanya membaca sesuatu perkataan dengan mengeja setiap
suku kata terlebih dahulu. Selepas guru membimbing kami
membaca dengan mengunakan komik sebagai bahan bantu
4

mengajar, saya dapati kini saya tidak lagi mengeja perkataan
pendek.

Murid 3
Saya akui kemahiran membaca saya masih di tahap permulaan.
Bahan bacaan dalam bentuk komik pula amat saya gemari sejak
dahulu lagi. Selama berminggu-minggu kami membuat aktiviti
membaca dengan menggunakan lembaran komik yang guru berikan,
kini ibu bapa saya juga mula gembira kerana saya menunjukkan
peningkatan ketara dalam pembacaan.

Murid 4
Saya antara murid yang lemah membaca. Malah saya juga sukar
membezakan sebutan perkataan ada dengan apa. Komik benar-
benar telah membantu saya dalam pembacaan saya.

Murid 5
Selama ini saya membaca melalui cara hafalan. Namun kaedah itu
selalu tidak berkesan dalam kelas-kelas yang lain. Pembacaan
melalui komik sangat menarik minat saya dan saya berjaya menjadi
pembaca terpantas di kelas.


Berdasarkan borang lapor balik murid, secara keseluruhan respons murid adalah seperti yang
berikut:

ITEM RESPONS
Pelibatan Murid 87.5% murid mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.
Aktiviti Pengajaran 95% murid mendapati aktiviti dan latihan yang guru berikan
membantu mereka belajar/memahami pengajaran.
Tumpuan Murid 100% murid dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap
pengajaran guru.
Keberkesanan Pengajaran 97.5% mendapati pengajaran guru sangat menarik.

Anda mungkin juga menyukai