Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmannirahim…

Tampilnya saya di pentas perdana ini adalah untuk menyampaikan pidato yang
bertajuk:

PENDIDIKAN TUNJANG PEMBANGUNAN NEGARA

Assalamualaikum WBH, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis yang segak bergaya, Barisan Panel Hakim
yang arif lagi bijaksana, Penjaga Masa yang setia dengan detik jamnya, Warga
Pendidik yang berkarisma, Para Peserta serta hadirin hadirat yang dihormati
sekalian.

Memetik laporan daripada Nor Hartini binti Saari dalam Berita Harian, beliau
telah melaporkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
lebih menjurus kepada Profesion Perguruan Negara, di mana kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak 38.7 billion kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia. Hal ini untuk memastikan pengurusan sektor pendidikan negara
membangun secara holistik terutamanya dalam aspek memperkasakan kualiti
guru.

Hadirin hadirat yang dihormati,

Penguasaan dalam bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan amat penting


pada era globalisasi ini. Hal ini kerana pendidikan merupakan salah satu
tunjang utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara
akan terjejas sekiranya hal-hal berkaitan pendidikan diabaikan. Perbelanjaan
besar yang diperuntukkan oleh Malaysia pada setiap tahun bagi
membangunkan sistem pendidikan negara jelas menunjukkan kepentingan
pendidikan. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan untuk menjamin
kemajuan berterusan dan juga melahirkan modal insan kelas pertama pada
masa hadapan.

Hadirin hadirat yang bervisi,


Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat majmuk.
Pendidikan yang terdapat di Malaysia memainkan peranan penting dalam
meningkatkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang wujud
pada hari ini telah membantu merealisasikan cita-cita negara untuk
menyatupadukan kaum juga meningkat integrasi nasional dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Perpaduan kaum yang terbina ini seterusnya membawa
kepada keberkesanan dalam sistem pentadbiran negara. Kelancaran sistem
pentadbiran inilah yang kemudiannya membawa kepada pembangunan negara.

Selain itu, bidang pendidikan mampu melahirkan tenaga kerja profesional


dalam pelbagai sektor yang dapat membantu membangunkan negara. Misi
menjadi negara maju mampu direalisasikan dengan lahirnya pekerja mahir
dalam setiap bidang yang dikehendaki terutamanya untuk program-program
pembangunan. Dengan adanya tenaga kerja mahir sendiri, tidak perlulah kita
mengharapkan kepakaran dari negara luar. Sudah pasti kita tidak mahu
pembangunan yang dirancang ini semata-mata hanya menampilkan peluang
pekerjaan kepada warga asing yang sentiasa mengintai peluang yang ada.

Saudara dan saudari sekalian,menurut Prof Dr Noorazeela Zainol Abidin,


beliau percaya dalam mencapai status negara yang berpendapatan tinggi,
setiap modal insan perlu mempunyai pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET), hal ini supaya mereka dapat menyumbang kepada
peningkatan dalam produktiviti dan inovasi. Jika dilihat, kemajuan di negara
berpendapatan tinggi adalah disebabkan oleh sumbangan pendidikan tinggi
yang menyokong pembangunan pengetahuan, inovasi dan tahap kemahiran
produktiviti. Oleh itu, setiap buruh perlu mempunyai tahap pendidikan yang
tinggi agar mereka boleh melaksanakan tugas masing-masing dengan efektif.

Di samping itu, pendidikan turut memberi kepentingan dalam melahirkan


pemimpin yang berwibawa, berdedikasi dan paling penting, berpengetahuan
tinggi. Tidak dapat dibayangkan sekiranya seseorang tanpa ilmu pengetahuan
menerajui kepimpinan negara. Sudah pasti sistem pentadbiran negara akan
menjadi kucar-kacir. Natijahnya, pembangunan Malaysia akan terbantut.
Sebaliknya, jika pemimpin negara berilmu, beliau akan mampu
menyumbangkan tenaga serta idea-idea yang bernas dalam membangunkan
negara. Maka, jelaslah di sini bahawa pendidikan juga penting bagi pucuk
pimpinan sesebuah negara.
Ya hadirin sekalian, ilmu tidak pernah membeza-bezakan siapa penuntut
dan siapa penyebarnya. Hanya melalui ilmu kita mampu menggubah kehidupan
keluarga.

Maka akhirnya saya tinggalkan anda untuk merenung seketika. Benar


membangunkan sesebuah negara tidak sesingkat awan menjadi hujan, api
menjadi abu dan pasir menjadi debu.

Tetapi, tetap benar bahawa asas Pembangunan adalah Pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai