Anda di halaman 1dari 3

WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

Golongan wanita merupakan lebih separuh daripada jumlah penduduk di


negara ini. Sambutan Hari Wanita setiap tahun menggambarkan pentingnya
mereka kepada masyarakat dan negara. “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”
pernah dipilih sebagai tema Hari Wanita Sedunia atau turut dikenali sebagai Wanita
Antarabngsa oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga pada tahun
2021. Ini bermakna semangat juang wanita amat dihargai kerana mereka tidak
pernah mengenal penat Lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan. Sifat
kelembutan yang ada pada seorang wanita bukanlah satu halangan untuk terus
maju ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh
dan bersemangat waja.

“Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” bukan sahaja dalam kerangka caran


hak asasi tetapi untuk Kembali kepada prinsip asas yang mengaitkan antara
peranan, tanggungjawab dan hak wanita dalam aspek pembangunan diri, keluarga,
masyarakat serta negara. “Cabaran” yang dimaksudkan dating dalam pelbagai
konteks, namun bersesuaian dengan keadaan semasa. Antara cabaran yang
dihadapi oleh golongan wanita hari ini adalah dari segi kerjaya. Kalau dahulu
peranan wanita dianggap sinonim dengan dapur dan anak, tetapi kini, peranan
mereka sudah banyak berubah. Pelbagai kerjaya dan profesion telah diceburi oleh
wanita seperti peguam, doctor, jurutera, ahli koporat, pemimpin dan lain-lain lagi.
Wanita sering dilihat sebagai golongan yang lemah, tidak mampu dan kurang yakin
dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Kita masih dibelenggu pandemic Covid-19, wanita juga tidak ketinggalan


memainkan peranan, khususnya mereka yang berada di barisan hadapan.
Serangan Pandemik Covid-19, tidak dapat dinafikan , golongan wanita antara
kelompok yang cukup terjejas dengan serangan wabak tersebut. Golongan wanita
terkesan dari segi ekonomi, kesihatan, emosi dan juga perasaan. Dari segi
ekonomi, golongan wanita adalah antara mereka yang banyak menceburi bidang
perniagaan. Contoh : Di Kawasan Pantai Timur iaitu Negeri Kelantan dan
Terengganu, boleh dikatakan 80% golongan wanita menceburi bidang
perniagaan. Apabila negara mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ramai golongan wanita kehilangan sumber pendapatan. Manakala dari segi
kesihatan pula, golongan wanita anatara ramai yang yang dijangkiti wabak tersebut.
Golongan wanita juga menjadi mangsa keganasan rumahtangga terutamanya
penderaan secara fizikal dan mental akibat pasangan mereka dibuang kerja dan
tiada sumber pendapatan. Malah kes-kes penceraian juga dilaporkan meningkat.

Meski dunia dilanda pandemic Covid-10, kepayahan hidup menyebabkan


golongan wanita bangkit mendepani cabaran. Mereka mencari semula semangat
yang hilang, beriltizam dan daya tahan yang tinggi supaya dapat bangkit semula
mendepani segala rintangan, halangan dan cabaran yang ada di samping mereka
juga perlukan sokongan yang kuat dari kaum Adam. Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya juga berkata “
Pandemik Covid-19 selama 2 tahun turut melatih dan menjadikan wanita lebih kental
mengangkat semangat juang yang tidak mengenal penat Lelah dalam mengharungi
pelbagai cabaran dalam kehidupan terutama dalam aspek ekonomi.Ahli keluarga
sebagai individu yang paling rapat pula perlu menjadi pendukung utama kepada
golongan wanita dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan yang menimpa.
Golongan suami pula misalnya, perlu bukan sahaja menjaga dan melindungi
keselamatan dan kebajikan isteri tetapi perlu menjadi tulang belakang yang sentiasa
mendampingi isteri tatkala susah mahupun senang. Tekanan yang dihadapi oleh
golongan wanita tidak terhenti di situ kerana kebanyakan wanita negara sama ada
yang bekerja atau tidak, menrupakan pengurus hal ehwal rumah tangga, termasuk
kerja rumah serta kewangan keluarga.

Kedudukan dan pencapaian golongan wanita di Malaysia hari ini amat


membanggakan jika dibandingkan 10 atau 20 tahun yang lalu. Negara Malaysia
sendiri berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia telah menyaksikan
pelbagai kemajuan untuk golongan wanita terutamanya dalam Pendidikan yang
pendorong seseorang wanita itu membentuk kerjaya dalam bidang professional dan
mereka juga berperanan mengukuhkan ekonomi keluarga dan secara tidak langsung
meningkatkan produktiviti ekonomi negara. Namun kita sangat bersyujur kerana
keadaan beransur pulih dan golongan wanita mestlah cekal dan tabah
sebagaimana yang ditunjukkan sejak berzaman untuk terus membantu keluarga dan
mengharungi waktu sukar ini. Apa yang penting, wanita perlu terus bersolidariti
dalam memperjuangkan isu-isu berkaiatan wanita, tanpa mengira perbezaan agama,
bangsa mahupun fahaman politik.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan


Masyarakat Negeri Johor iaitu Zaiton Ismail, wanita pada hari ini mampu
mempamerkan kehebatan di luar jangkaan dan tidak lagi boleh dipandang remeh
serta direndahkan martabat mereka. Stigma yang menghadkan peranan wanita
dalam bidang tertentu sudah tidak lagi relevan berikutan peranan wanita semakin
menyerlah , bukan sahaja dalam situasi kekeluargaan tetapi juga merangkumi aspek
pembangunan ekonomi negara. Kini, wanita juga mampu mencipta nama di dalam
negara mahupun antarabngsa malahan mereka mampu menghasilkan sesuatu yang
di luar jangkaan.

Setiap wanita tidak kira sama ada ibu, isteri, kakak, adik dan sesiapa sahaja
yang bernama wanita wajar diberi penghargaan dengan penuh kasih sayang.
Justeru itu, kita berharap golongan wanita tidak mudah putus asa sebaliknya bangkit
dan buktikan kemampuan masing-masing. Jangan biarkan sifat lemah lembut kita
dijadikan alas an untuk mana-mana pihak melakukan diskriminasi baik dari segi
gender, pekerjaan mahupun peluang Pendidikan. Buktikan tangan yang mengayun
buaian dapat menggoncang dunia. Wanita waja mampu mengharungi setiap
cabaran yang dating dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah
keistimewaan kita sebagai seorang wanita.

Anda mungkin juga menyukai