Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 5
SOALAN PEMAHAMAN NOVEL
Tarikh 22.10.2021
Soalan 8: Novel
(i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Abah, jangan benarkan! Walau apa-apa pun yang akan terjadi, biarlah emak di rumah! Sakit
emak bukan selalu datang, hanya sesekali sahaja! Kalau emak tak ada, siapa akan menjaga
Anggerik?” Mahu sahaja Dahlia meluahkan kalimat itu tetapi dirasakan tidak wajar. Nanti
dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras
perbuatan membantah kata-kata orang tua.
Haji Sulaiman kemudian berkata sesuatu dengan begitu perlahan seperti gaya berbisik.
Dahlia ingin mendengar tetapi perbualan itu begitu perlahan.
“kami bawa isteri engkau, ya Embong?” tanya Haji Sulaiman yang sudah berdiri. Begitu
juga orang yang dibawa bersama. Embong bangun dan mengangguk lemah.

Nyatakan sebab-sebab Dahlia tidak meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar itu kepada
bapanya.
[ 4 markah]
Antara sebab Dahlia tidak meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar itu kepada bapanya
kerana dia berpendapat kalimat tersebut tidak sesuai dalam situasi tersebut. Selain itu, dia
mungkin dianggap kurang ajar kerana tidak menghormati orang tua. Pada masa yang sama, dia
dianggap sebagai seorang yang tidak faham tatasusila budaya bangsanya sendiri. Akhirnya,
budaya melayu memang melarang keras golongan muda membantah atau menentang kata-kata
golongan tua yang lebih berpengalaman.

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut;


(a) Tirani, karya Beb Sabarih
(b) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusof

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan kasih sayang.
[6 markah]
Novel yang telah saya pelajari di tingkatan 5 ialah tirani karya beb sabariah. Dalam novel ini
terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang.

Antaranya, peristiwa kasih sayang ibu kepada anaknya. Raidah sangat sayang akan anaknya,
iaitu waheeda. Dia sentiasa memberi kasih sayang kepada anaknya itu terutama ketika waheeda
berhadapan dengan saat-saat yang getir. Raidah tidak jemu memujuk waheeda ketika anaknya
itu balik dari sekolah dengan marah-marah kerana diejek oleh rakan-rakannya. Dia juga sentiasa
menjahit kain sekolah anaknya itu yang koyak kerana mengejar rakan-rakan yang mengejeknya.
Dia memahami perasaan waheeda yang bermata sepet dan berhidung pesek, oleh itu dia
berusaha untuk memujuk anaknya itu agar menerima rupa paras yang dianugerahkan oleh tuhan
kepadanya dengan penuh kesyukuran. Ketika waheeda menjalani pembedahan wajah di
singapura, raidah sanggup menaiki kapal terbang sendirian dari sarawak semata-mata untuk
menemani dan memberi sokongan moral.

Melalui peristiwa ini, kita dapat tahu bahawa raidah sentiasa memberikan kasih sayang kepada
anaknya, iaitu waheeda dan selalu berada di sisi waheeda semasa dia mengalami kesusahan
dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai