Anda di halaman 1dari 8

7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Irujukan › Pendidikan › Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan,


Nilai

Komponen sastera merupakan salah satu komponen yang menguji kemampuan pelajar dalam matapelajaran Bahasa
Melayu. Penulisan novel pula adalah salah satu karya sastera yang panjang dan mencabar kebolehan pelajar untuk
mengupas isi-isi penting yang terkandung. Sebagai rujukan,dibawah dikongsikan nota-nota berkaitan Novel Songket
Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran untuk panduan semua.

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 1/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Khairudin Ayip adalah penulis kepada novel ini dimana beliau juga telah menghasilkan karya penulisan yang lain
seperti novel remaja, cerpen dan juga sajak. Hasil penulisan karya Songket Berbenang Emas, beliau telah
dianugerahkan tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun 1990.
Karya penulisan lain yang turut menerima pengiktirafan adalah Sayang Disayangi dan mendapat tempat pertama
penulisan Novel Kanak-Kanak DBP Tahun 1987.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran (Tingkatan 5 SPM)
2. Tema
3. Persoalan
4. Sinopsis
5. Watak dan Perwatakan
6. Plot
7. Teknik Plot
8. Latar
9. Gaya Bahasa
10. Nilai
11. Pengajaran
12. Koleksi Soalan Dan Jawapan

Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai &


Pengajaran (Tingkatan 5 SPM)
Berikut dikongsikan nota berkaitan Novel Songket Berbenang Emas seperti sinopsis, tema, persoalan, nilai &
pengajaran. Selain itu, turut dikongsikan nota berkenaan plot, latar, gaya bahasa serta watak dan perwatakan yang
terkandung dalam novel tersebut.

Tema

Karya sastera ini bertemakan tentang Ketabahan Dahlia seorang gadis yang merupakan seorang pelajar tabah dalam
mengahadapi pelabagi dugaan dan cabaran dalam hidupnya

Persoalan

1) Persoalan kepentingan pendidikan demi masa depan

Dahlia yang tekun dalam pembelajaran walaupun menghadapi masalah keluarga akhirnya membuahkan hasil
apabila dapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara

2) Persoalan kasih dan sayang antara ahli keluarga

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 2/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Dahlia melawat emaknya, Saleha yang sedang dirawat di hospital kerana menyayanginya dan berharap agar
segera sembuh

3) Persoalan sifat prihatin dalam masyarakat setempat

Tauke Lim menghadiahkan RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun

4) Persoalan kepercayaan masyarakat terhadap benda tahyul

Nek Kiah dan Seman yang percaya bahawa Embong merupakan pembawa sial dan sering ditimpa nasib yang
malang

5) Persoalan menyedari kesilapan diri dan insaf terhadap perbuatan tersebut

Nek Kiah sedar dan insaf setelah jatuh sakit dan Dahlialah yang menjaganya sehingga sembuh serta menyesal
terhadap perbuatannya dahulu

Sinopsis

Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar bernama Dahlia yang
menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disenangi oleh
rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap pelajarannya terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha
dimasukkan ke Hospital Permai kerana menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu
dimasukkan ke wad hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar kerana terpengaruh
dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga
adik-adiknya.

Walaupun terdapat banyak dugaan dan musibah yang dihadapi oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani terjun ke sungai
untuk menyelamatkan Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk menyelamatkan Said. Satu hari, adik Dahlia
iaitu Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam berwarna hitam yang mengandungi paku , cincin akek, butiran
pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan rumah mereka.

Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Nek Kiah tidak lagi
membenci dan menghina keluarga Dahlia dan insaf apabila melihat liku-liku yang diharungi mereka. Dahlia terpilih
untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan selamat ditunangkan dengan Azhari.

Watak dan Perwatakan

1) Dahlia

Anak sulung kepada pasangan Embong dan Saleha

Pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim

Merupakan seorang pelajar yang cemerlang

Bertanggungjawab dan penyayang kerana menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 3/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Tabah dan cekal menghadapi dugaan

Berani dalam percubaan untuk menyelamatkan Said yang lemas dengan terjun ke dalam sungai

2) Embong

Suami kepada Saleha dan Bapa kepada Dahlia

Bertanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga

Sabar dan tabah apabila menghadapi dugaan seperti isterinya sakit, dia dipatuk ular, dikeji oleh ibu mertuanya

3) Saleha

Isteri kepada Embong dan ibu kepada Dahlia

Telah hilang ingatan akibat disihir sehingga terpaksa dirawat di Hospital Taman Bahagia

Rajin kerana sering mengikut suaminya menoreh getah untuk membantu suaminya

Berfikiran terbuka apabila membenarkan Dahlia bertunang dengan Azhari walaupun anaknya masih muda

Peramah dan berhemah tinggi kerana melayan tetamu yang datang ke rumah dengan baik dan menyajikan
hidangan

Saleha sembuh daripada penyakitnya setelah barang sihir itu dibuang ke dalam sungai oleh anaknya

4) Abu Bakar

Abu Bakar merupakan anak kedua kepada Embong dan Saleha

Seorang penganggur setelah tamat pembelajaran di Tingkatan Lima

Gemar berfoya-foya dan seorang pemalas

Pernah mencuri dua ekor kambing ayahnya untuk dijual bagi mendapatkan wang dengan mudah

Abu Bakar kemudiannya insaf dan membantu orang kampung dan juga membersihkan persekitaran rumahnya

5) Azhari

Pelajar senior di Sekolah Menengah Tun Ismail

Baru mendapat segulung ijazah dan meminati Dahlia

Pandai memberi nasihat kepada Dahlia untuk belajar bersungguh-sungguh

6) Nek Kiah

Ibu kepada Saleha

Membenci keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan

Suka membandingkan anak-anaknya

Mempercayai perkara tahyul di mana dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau
hantu

Plot

1) Permulaan

Dahlia yang merupakan pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.
Semasa berhenti rehat, Dahlia terkenang akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang untuk menemui Dahlia di
kantin sekolah dan menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia serta memeberitahu bahawa di telah tamat pengajian di
universiti

2) Perkembangan

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 4/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Saleha yang membantu suaminya di kebun getah berasa tertekan dan tidak mengenali Embong dan Dahlia. Dengan
bantuan orang kampung mereka berjaya memujuk Saleha untuk pulang ke rumahnya. Nek Kiah menyalahkan
Embong kerana Saleha menjadi kurang siuman. Haji Sulaiman membantu Embong dengan membawa Saleha ke
Hospital Batu Pahat dan dihantar terus ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaan semakin parah. Dahlia
terpaksa keluar daripada asramanya untuk menjaga adik-adiknya

3) Perumitan

Ayah Dahlia pula dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular. Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan
memujuknya untuk menjual tanah yang didiami Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Embong dan anak-anaknya
berpindah jika tidak mampu untuk membayar RM15,000 kepadanya. Aton menyalahkan Dahlia kerana anaknya Said
mati lemas walaupun Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkannya.  Nek Kiah pula memandang serong terhadap
Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia.

4) Klimaks

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti,
cincin, pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar untuk membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha beransur
sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Dahlia dan
keluarganya yang menjaga Nek Kiah sehingga pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia. Banjir melanda Kampung Parit Haji Rais memberi hikmah kepada semua apabila penduduk kampung bersatu
dan bergotong royong membina rumah Embong yang roboh.

5) Peleraian

Dahlia masuk semula ke asrama untuk menduduki peperiksaan STPM. Cikgu Daim menyampaikan berita gembira
kepada Dahlia yang terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Azhari dan Dahlia bertunang
sebelum Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun. Azhari telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna
merah kepada Dahlia dan berpesan menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walau dimana berada.

Teknik Plot
1. Teknik dialog : Embong dan Dahlia berbual tentang keadaan Saleha di Hospital Taman Bahagia

2. Teknik imbas muka : Dahlia yang membayangkan kata-kata ibunya ketikan ingin melawat Saleha di hospital

3. Teknik imbas kembali : Embong mengimbas kembali peristiwa Saleha menghalau penagih hutang

4. Teknik pemerian : Pengarang menceritakan keadaan di rumah Aton ketika Embong datang untuk melawat jenazah
anak Aton

Latar

1) Latar Masa

Waktu Pagi : Embong pulang daripada melawat jenazah Said di rumah Aton pada pukul 10.25 pagi

Waktu Petang – Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya tetapi emaknya telah dipindahkan ke
Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru

Waktu Malam – Embong dan Dahlia mendengar sesuatu dari kandang kambing

Waktu Senja – Embong dan Dahlia mengajak Saleha yang berada di kebun getah untuk pulang ke rumah

2) Latar Tempat

Kampung Parit Haji Rais : Tempat tinggal Dahlia

Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim : Sekolah Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar ringkatan enam atas

SMK Tun Ismail : Sekolah Dahlia sewaktu Tingkatan satu dan Azhari di waktu Tingkatan Lima
file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 5/8
7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Hospital Permai, Johor Bahru : Tempat emak Dahlia dirawat

Sungai berdekatan rumah Dahlia : Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai

3) Latar Masyarakat

Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya : Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya
dan tidak mahu membantu keluarganya yang dalam kesusahan

Masyarakat yang tabah dalam menghadapi musibah : Embong tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun
dicemuh ibu mertuanya kerana kemiskinannya

Masyarakat yang insaf akan kesilapan : Abu Bakar akhirnya insaf terhadap perilakunya yang banyak membuang
masa dan tidak membantu keluarganya

Gaya Bahasa
1. Simile : Bagai hendak tersiat-siat hatinya

2. Personafikasi : bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata

3. Repitisi : Menerima salah, menolak juga salah

4. Metafora : gunung harapan, kotak fikirannya

5. Peribahasa : sudah terang lagi bersuluh

Nilai

1) Kasih Sayang : Dahlia tidak hadir ke sekolah demi menguruskan adik-adiknya di rumah sewaktu emak dan
ayahnya menerima rawatan di hospital

2) Nilai Nasihat-Menasihati : Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia agar bersekolah semula selepas tidak hadir
ke sekolah beberapa hari demi masa depannya

3) Nilai Ketabahan : Dahlia tabah menghadapi dugaan dan musibah dalam hidupnya

4) Nilai Keinsafan : Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga mencuri kambing milik
ayahnya untuk mendapatkan duit

5) Nilai Muafakat : Penduduk Kampung Parit Haji Rais bersama-sama membantu membina rumah Embong selepas
kampung mereka dilanda banjir

Pengajaran

1) Kita hendaklah mengakui dan insaf terhadap kesalahan yang pernah kita lakukan : Nek Kiah dan Abu Bakar insaf
atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap keluarga mereka

2) Kita seharusnya mengelakkan daripada bersangka buruk terhadap orang lain : Mak Aton dan Nek Kiah yang
bersangka buruk terhadap Dahlia dan Azhari akan menimbulkan perselisihan faham dan fitnah

3) Kita mesti bersikap empati dan membantu mereka yang beraqda dalam kesusahan : Tauke Lim sanggup
membayar harga tanah yang dijual oleh Nek Kiah demi memastikan Dahlia sekeluarga mempunyai rumah untuk
didiami

Koleksi Soalan Dan Jawapan

Berikut adalah contoh soalan-soalan berkaitan novel Songket Berbenang Emas beserta jawapan untuk rujukan
semua.

1) Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian Klimaks

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 6/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip, Saya dapat mengenal pasti peristiwa bahagian
klimaks yang begitu menarik dalam novel ini. Peristiwa yang berlaku adalah penduduk kampung bersama-sama
bersatu untuk membina rumah Embong. Setelah banjir surut, penduduk kampung dibenarkan untuk pulang ke rumah
masing-masing tetapi malang menimpa keluarga Embong apabila rumahnya runtuh akibat banjir. Haji Sulaiman
sebagai ketua kampung telah memberikan nasihat kepada semua penduduk untuk bekerjasama dan bergotong
royong membina semula rumah Embong

2) Berdasarkan novel yang telah anada pelajari, Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang
dihadapinya

Berdasarkan novel karya Khairudin Ayip, Novel Songket Berbenang Emas, pelbagai konflik yang dihadapi oleh watak
utamanya iaitu Dahlia. Salah satu konflik yang dihadapinya adalah sewaktu emaknya dimasukkan ke hospital dan
bapanya perlu bekerja untuk mencari wang sementara Dahlia duduk di asrama. Dahlia menyelesaikan konflik
tersebut dengan keluar daripada asrama untuk menguruskan dan menjaga kebajikan adik-adiknya di rumah

3) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut
persis dengan persekitaran anda

Novel yang telah saya kaji adalah karya Khairudin Ayip, Novel Songket Berbenang Emas. Terdapat banyak latar
tempat dalam novel ini persis dengan persekitaran saya. Latar tempat pertama adalah padang bola jaring di mana
Dahlia berlatih bola jaring bersama rakannya, Siti Wangi. Kedua, latar tempat yang persis adalah SMK Tun Ismail
yang merupakan sekolah Azhari dan Dahlia. Akhir sekali, latar tempat ketiga adalah Hospital Batu Pahat, tempat
Saleha ibu kepada Dahlia telah dibawa untuk mendapatkan rawatan awal kerana sakit mental.

4)  Huraikan dua nilai kemanusiaan yang menarik perhatian anda berdasarkan novel yang telah anda kaji

Terdapat banyak nilai kemanusiaan yang menarik perhatian saya dalam novel Songket Berbenang Emas, karya
Khairudin Ayip. Nilai kemanusiaan yang pertama adalah nilai kecekalan. Contohnya, Dahlia cekal meneruskan
kehidupan walaupun pelabagi dugaan dan cabaran yang dihadapai keluarganya. Selain itu, nilai kemanusiaan yang
kedua adalah nilai bertanggungjawab. Misalnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya di rumah apabila
ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital. Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga adalah nilai keberanian.
Tamsilnya, Dahlia berani untuk terjun ke dalam sungai demi menyelamatkan Said yang lemas

5) Huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terkandung dalam novel yang anda
kaji

Novel yang telah saya kaji adalah novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Pengajaran berkaitan
semanagt kerjasama yang dipelari adlah apabila penduduk kampung bersatu padu membina rumah Embong yang
musnah akibat banjir. Selain itu, ssemangat kerjasama juga boleh dilihat apabila penduduk kampung bekerjasama
mengumpul wang untuk disumbangkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

Semoga perkongsian mengenai Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran
dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki ujian atau peperiksaan.

Related : nek kiah tidak suka, suka akan keluarga, dahlia untuk menyelesaikan, balai raya, emaknya dirawat di
hospital, embong yang roboh dilanda banjir,

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 7/8


7/17/22, 10:10 PM Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

Privacy Policy Disclaimer

2022 irujukan.my - All Right Reserved.

file:///C:/Users/dell/Downloads/Novel Songket Berbenang Emas _ Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai.html 8/8

Anda mungkin juga menyukai