Anda di halaman 1dari 6

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang membanggakan anda

sebagai pembaca.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa Lili, Geetha dan Danel menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa.
- Lili, Geetha dan Danel bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang kurang
bersetuju dengan pembinaan masjid baharu kerana mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama
didirikan.
Peristiwa ini membanggakan saya kerana golongan remaja seperti Geetha dan Danel yang berlainan bangsa
dan agama sanggup membantu Lili yang beragama Islam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
surau di Kampung Sentosa.
2. Peristiwa keperihatinan Lili terhadap orang lain yang mengalami masalah rumah tangga.
- Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Lili sering ke rumah Che Jah
untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya Seman yang buruk selama ini. Lili telah
berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah.
Peristiwa ini membanggakan saya kerana sebagai remaja, Lili sangat perihatin dan mengambil berat tentang
masalah keganasan rumah tangga yang berlaku di persekitarannya. Dia turut bertindak bijak dengan
meminta bantuan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga masalah keganasan tersebut
dapat diselesaikan.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia yang sentiasa bersabar dengan kerenah neneknya.
- Dahlia sentiasa bersabar dengan kerenah neneknya iaitu Nek Kiah yang membenci keluarga mereka kerana
keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang. Dahlia
sentiasa mengambil berat akan Nek Kiah walaupun Nek Kiah seorang yang mementingkan diri kerana tidak
mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan.
Peristiwa ini membanggakan saya kerana adanya nilai kesabaran yang tinggi dalam diri seorangremaja seperti
Dahlia. Dia tidak pernah menyimpan dendam malahan tetap menyantuni neneknya dengan baik walaupun
mereka sekeluarga sering disisihkan oleh neneknya,
2. Peristiwa Embong memarahi Dahlia apabila mendapat tahu anaknya itu mahu berhenti sekolah kerana
mahu menjaga adik-adiknya.
- Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila
mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya. Beliau mahu Dahlia
meneruskan persekolahannya dan mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk memastikan
anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Peristiwa ini membanggakan saya kerana sikap seorang ayah yang sangat mementingkan pendidikan anak-
anaknya walaupun hidup dalam kemisikinan.

Pelbagai kisah dan peristiwa yang digarap oleh pengarang dalam sesebuah novel dapat menimbulkan
kesan dihati pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa dan sebab-sebab
peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa Haziq dan Rafik dibelasah oleh ayahnya ketika di rumah Che Jah. Kedua-dua mereka mengalami
kecederaan. Seman memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan geram
dan kemarahan. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana memikirkan kesengsaraan yang dihadapi oleh
adik-beradik itu sejak kecil.
2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran. Rafik dan Haziq berjaya menyambung
pelajaran. Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan
menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana
nasib adik-beradik yang bermasalah akibat keruntuhan institusi keluarga akhirnya berubah dan mereka dapat
meneruskan pelajaran
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia menyelamatkan Said yang lemas, namun dia dituduh sebagai penyebab kematian kanak-
kanak tersebut. Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras arusnya demi menyelamatkan Said yang
lemas, walau bagaimanapun, Aton iaitu ibu Said menuduh Dahlia sebagai pembunuh anaknya. Peristiwa ini
menyentuh perasaan saya kerana tindakan seorang gadis seperti Dahlia yang sanggup merisikokan nyawanya
menyelamatkan kanak-kanak yang lemas. Walau bagaimanapun, sebaliknya dia dituduh sebagai penyebab
kematian Said.
2. Peristiwa ketika Dahlia mencari ibunya yang hilang di kebun getah. Dahlia pergi mencari emaknya di kebun
getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia
benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis. Peristiwa ini menyentuh perasaan pembaca apabila memikirkan situasi sukar yang perlu
dihadapi oleh seorang anak remaja seperti Dahlia.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab novel tersebut sesuai dijadikan
sebagai bahan bacaan murid.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Mempunyai tema yang menarik. Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
Contoh : Lili menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa. / Peristiwa Lili
ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut
menguatkan keinginannya untuk membantu Rafiq dan Haziq.
2. Mengandungi nilai murni yang ditunjukkan menerusi sikap watak-watak dan seterusnya dapat dicontoh
oleh murid. Lili mengamalkan nilai keperihatinan dalam kehidupannya. Dia begitu prihatin dengan Che Jah
yang mengalami keganasan rumah tangga. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan
akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
membuat aduan tentang sikap suaminya Seman yang buruk selama ini.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Mempunyai tema yang menarik. Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup. Contoh : Dahlia
seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha
menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-
alik ke sekolah. Selain itu, Dahlia tabah untuk menjaga adik-adiknya di samping mengulang kaji pelajarannya.
2. Mengandungi nilai murni yang ditunjukkan menerusi sikap watak-watak dan seterusnya dapat dicontoh
oleh murid. Sebagai contoh, Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan
yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-
anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu
menjaga adik-adiknya. Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya. Beliau sanggup bekerja hingga
malam untuk menambah pendapatan keluarga.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menjadi panduan hidup kepada
pembaca
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual. Datuk merungut sambil memarahi abang
kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada sebuah syarikat untuk memujuk orang
kampung supaya menjual tanah mereka untuk dijadikan deretan rumah sewa. Peristiwa ini menjadi panduan
kepada pembaca agar berani mempertahankan hak atau tanah daripada jatuh kepada orang lain.
2. Peristiwa Lili melaporkan kes keganasan rumah tangga Che Jah kepada Puan Hamimah Lili telah
melaporkan kepada Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-
anaknya daripada terus dipukul oleh suaminya, Seman yang sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga. Peristiwa ini menjadi panduan kepada pembaca agar membantu orang lain yang
berhadapan dengan masalah untuk menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa keganasan.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Embong memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik. Walaupun Embong hidup
dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anakanaknya. Embong marah apabila Dahlia
bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari
rezeki untuk anak-anaknya. Peristiwa ini menjadi panduan kepada pembaca supaya mementingkan
pendidikan anakanak agar masa depan mereka terjamin.
2. Peristiwa Dahlia menjaga dan menguruskan ibunya yang mengalami masalah kesihatan mental. Dahlia
pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak
mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Dahlia
memujuk ibunya yang berada di kebun getah untuk balik ke rumah mereka kerana hari semakin gelap tetapi
tidak berjaya. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa balik oleh Embong. Peristiwa ini menjadi panduan kepada kita
agar menjaga orang yang menghadapi masalah mental dengan sebaik-baiknya dan bukan membiarkan
mereka merayau-rayau tanpa arah.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
masyarakat yang bertanggungjawab.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa Lili menjalankan tanggungjawab membantu Che Jah yang menghadapi masalah rumah tangga.
Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi kepadanya. Selain itu, Lili akhirnya meminta
bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang
sikap suami Che Jah yang buruk selama ini.
2. Peristiwa penduduk kampung Sentosa yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah kampung mereka.
Penduduk kampung Sentosa prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka bertanggungjawab
menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah. NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya Dahlia bersedia untuk menjaga adik
bongsunya , Anggerik dan adik-adiknya yang lain sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana dia
sedar akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.
2. Peristiwa Haji Sulaiman melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kampung Parit Hj Rais. Sebagai ketua
kampung, Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah.
Beliau juga membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital dan selalu meminjamkan wang kepada
Embon
Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa itu menyentuh hati anda.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa Haziq dan Rafik dibelasah oleh ayahnya ketika di rumah Che Jah. Kedua-dua mereka mengalami
kecederaan. Seman memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan geram
dan kemarahan. Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana memikirkan kesengsaraan yang dihadapi oleh adik-
beradik itu sejak kecil.
2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran. Rafik dan Haziq berjaya menyambung
pelajaran. Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan
menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian. Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana nasib
adik-beradik yang bermasalah akibat keruntuhan institusi keluarga akhirnya berubah dan mereka dapat
meneruskan pelajaran.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia menyelamatkan Said yang lemas, namun dia dituduh sebagai penyebab kematian kanak-
kanak tersebut. Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras arusnya demi menyelamatkan Said yang
lemas, walau bagaimanapun, Aton iaitu ibu Said menuduh Dahlia sebagai pembunuh anaknya. Peristiwa ini
menyentuh hati saya kerana tindakan seorang gadis seperti Dahlia yang sanggup merisikokan nyawanya
menyelamatkan Said dan sebaliknya dia dituduh sebagai penyebab kematian Said.
2. Peristiwa ketika Dahlia mencari ibunya yang hilang di kebun getah. Dahlia pergi mencari emaknya di kebun
getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia
benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis. Peristiwa ini menyentuh hati saya apabila memikirkan situasi sukar yang perlu dihadapi
oleh seorang anak muda seperti Dahlia.

Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Kita hendaklah sayang akan ibu bapa kita dengan akur segala permintaan positif mereka. Lili sangat sayang
akan ibunya. Dia akur dan menuruti kata ibunya agar dia pulang ke kampung datuknya di Dungun,
Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia
ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
2. Kita haruslah sayang akan anak-anak dengan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Ibu Lili yang sangat
sayang akan anaknya Lili . Beliau sangat mengambil berat akan kebajikan anaknya. Ibu Lili menolong
mengeringkan tubuh anaknya yang baru selesai mandi walaupun Lili sudah berusia 17 tahun. Ibu Lili juga
mengupas-usap rambut Lili dalam usaha memastikan Lili rela hati mengikut permintaannya pulang ke
kampung.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Kita haruslah menyayangi adik-beradik kita dengan sentiasa mengambil berat akan kebajikan mereka
Dahlia sangat sayang akan adik-adiknya. Dia sanggup keluar dari asrama semata-mata mahu menjaga adik-
adiknya terutama adiknya Anggerik yang sakit selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
2. Kita haruslah sayang akan anak-anak dengan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Embong amat sayang
akan anak dan isterinya. Embong sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya.
Dia berusaha untuk menguruskan anak-anaknya semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa dia
dipatuk ular, dia berpesan kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya dengan baik dan memberitahu tentang
wang yang disimpannya di rumah bagi mengelakkan anak-anaknya terbiar semasa ketiadaannya
Dalam sesebuah novel, terdapat tindakan watak yang tidak wajar dicontohi. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan tindakan watak yang tidak wajar
dicontohi. Berikan alasan anda.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa Seman yang memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq Seman memukul anak-anaknya Haziq dan
Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan geram dan kemarahan. Tindakan ini tidak wajar dicontohi
kerana sepatutnya sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab, Seman sepatutnya menunjukkan
tingkah laku dan teladan yang baik terhadap anak-anaknya. Malahan sikapnya ini menimbulkan perasaan
benci dan dendam anak-anaknya kepada ayah mereka.
2. Peristiwa Haziq dan Rafiq bersikap kasar terhadap ibu mereka. Haziq dan Rafiq mengugut ibu mereka
untuk dicederakan. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana dapat mengundang suasana dan masalah yang
lebih buruk dalam hubungan kekeluargaan mereka malahan tindakan ini bertentangan dengan agama Islam.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Aton yang suka berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Aton menuduh Embong dan
Dahlia yang menyebabkan anaknya lemas di sungai. Tindakan Aton yang suka memfitnah tidak wajar
dicontohi kerana akan menyebabkan perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.
2. Peristiwa Nek Kiah yang mementingkan diri sendiri. Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri
kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah ingin
menjual rumah keluarga Dahlia walaupun emak dan abahnya Embong masih berada di hospital. Tindakan ini
tidak wajar dicontohi kerana dalam dirinya tidak ada perasaan simpati terhadap keluarganya sendiri yang
sedang dilanda musibah

Terdapat pebagai peristiwa yang memaparkan konflik dalam sesebuah novel terutama pada bahagian
perkembangan binaan plot. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan konflik antara watak
yang terdapat dalam novel tersebut.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Konflik antara Che Jah dengan suaminya Seman. Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya
Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh
sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
2. Konflik antara Lili dengan ibunya. Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung
setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Konflik antara Dahlia dengan Nek Kiah Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak
mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk
menyediakan wang sebanyak itu.
2. Konflik antara Dahlia dengan Aton. Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas
sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan novel yang
anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah. Contoh : Kejayaan Lili
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah. Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah
tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran. Contoh: Kejayaan Rafik dan Haziq
menyambung pelajaran. Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka
akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran. Contoh : Kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke
Jepun. Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan
seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga.
2. Peristiwa kejayaan penduduk kampung Haji Rais bermuafakat dan bekerjasama semasa menghadapi
musibah. Contoh : Kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar
melanda. Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula
yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makanan

Anda mungkin juga menyukai