Anda di halaman 1dari 14

“ Novel

Nama
Songk: DEEPHAN A/L MANIAM
Kelas
et : 5 STEM 1
Sekolah : SMK AMINUDDIN
Berben
BAKI
ang
Emas ”

Isi Kandungan
Sinopsis................................................................................................1

Tema....................................................................................................1

Persoalan …………………………………………………………………………2 - 3

Watak dan perwatakan ...................................................................3 - 5

Plot..................................................................................................5 - 7

Teknik Plot...........................................................................................7

Latar................................................................................................8 - 9

Gaya Bahasa.........................................................................................9

Nilai...............................................................................................9 - 10

Pengajaran.........................................................................................10

1. Sinopsis
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang bijak dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Dahlia yang
merupakan anak sulung terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah
pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana
mengalami masalah mental. Ayahnya pula dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad
selama beberapa hari. Adik lelakinya, Abu Bakar pula terpengaruh dengan kawan-kawan
sehingga tidak mahu belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.
Hikmah di atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah apabila Dahlia
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan bertunang dengan Azhari.
2. Tema

Tema novel ini adalah kecekalan seorang remaja, Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun
dalam menempuh cabaran hidup.

 Dahlia menghadapi dugaan hidup apabila ibunya menghadapi tekanan perasaan


yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat di Hospital Taman
Bahagia.
 Manakala ayahnya dirawat di hospital kerana dipatuk ular.
 Mak Aton menuduh Dahlia sebagai punca kematian Said.
 Nek Kiah mahu menjual tanah yang menjadi tempat tinggal.
 Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa di pusat
pemindahan banjir.
 Berkat ketabahan Dahlia, akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun

3. Persoalan

A) Persoalan tentang kasih sayang antara ahli keluarga: Dahlia sangat menyayangi emaknya,
Saleha. Buktinya,dia melawat Saleha yang dirawat di Hospital Taman Bahagia dan berharap
agar emaknya segera sembuh.
B) Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran: Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti
Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di
hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

C) Persoalan tentang sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat: Buktinya,


penduduk kampung tidak mahu bergotong-royong bagi menjayakan majlis Maulidur Rasul

D) Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung: Dalam dunia moden hari ini, masih
ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani
kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan
Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

E) Persoalan tentang sikap suka membawa mulut dan berprasangka buruk kepada orang lain:
Buktinya, Mak Aton membawa berita yang tidak betul mengenai Dahlia apabila Azhari dan
Najib datang ke rumah Dahlia.

F) Persoalan tentang sikap prihatin sesama masyarakat: Buktinya, Tauke Lim menghadiahkan
RM300.00 kepada Dahlia kerana Dahlia akan melanjutkan pelajaran ke Jepun.

G) Persoalan tentang percaya akan perkara tahayul: Buktinya, Nek Kiah dan Seman percaya
bahawa Embong ditimpa nasib malang kerana mereka pembawa sial dan syaitan serta
hantulah yang menyebabkan keluarga tersebut susah.

H) Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri: Nek Kiah akhirnya insaf setelah
Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.
Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing
ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

I) Persoalan tentang kepentingan pelajaran demi masa hadapan yang cerah: Buktinya,
Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah dan dia sanggup berusaha untuk
mendapatkan wang demi memastikan kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran.

J) Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati


2 diri: Azhari menghadiahkan sepasang kain
songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada
Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu

4. Watak dan Perwatakan


Dahlia (Watak Utama)
 Anak sulung Embong dan Saleha dan mempunyai enam orang adik. Pelajar
tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung
Ibrahim.
 Dahlia bijak dalam pelajaran. Buktinya, dia menjadi harapan pihak sekolah dan
guru kelasnya, Cikgu Hisyam sebagai calon yang bakal memperoleh
kecemerlangan dalam peperiksaan STPM.
 Selain itu, dia bertanggungjawab dan penyayang. Buktinya, dia menjaga adik-
adiknya semasa emak dan ayahnya dirawat di hospital.
 Dahlia cekal dalam menghadapi cabaran hidup. Buktinya, dia cekal dalam
melalui pelbagai masalah keluarga. Dia juga tegas akan keputusannya.
 Buktinya, Dahlia keluar dari asrama apabila didesak oleh warden asramanya,
Cikgu Satwani.
 Di samping itu, dia berani. Buktinya, dia terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said yang lemas.

Embong (Watak Sampingan)

 Embong ialah suami Saleha dan ayah Dahlia.


 Dia ketua keluarga yang bertanggungjawab.

 Buktinya, dia gigih mencari wang untuk menyara keluarganya.

 Selain itu, dia penyayang. Buktinya, dia berusaha untuk menjaga makan minum
anak-anaknya ketika isterinya dirawat di hospital.
 Dia juga penyabar. Buktinya, dia tabah menghadapi cabaran hidupnya seperti
isterinya sakit, dia dipatuk ular, dia diumpat keji oleh ibu mentuanya, dan
menghadapi masalah kewangan.

Saleha (Watak Sampingan)


3
 Saleha ialah isteri Embong dan ibu Dahlia.
 Dia hilang ingatan akibat terkena sihir sehingga terpaksa dirawat di Hospital
Taman Bahagia
 . Dia penyayang. Buktinya, dia menjaga keperluan anak-anaknya dengan baik
ketika dia sihat
 Saleha juga rajin. Buktinya, dia sering mengikut suaminya menorah getah untuk
membantu suaminya.
 Dia berfikiran terbuka. Buktinya, dia membenarkan Dahlia bertunang dengan
Azhari meskipun anaknya itu masih muda.
 Selain itu, dia peramah dan berhemah tinggi. Buktinya, dia melayan tetamunya
dengan baik dan mempelawa mereka masuk ke rumahnya serta menyajikan
hidangan.
 Pada akhir cerita, Saleha sembuh setelah barang sihir itu dibuang ke dalam sungai
oleh anaknya.

Abu Bakar (Watak Sampingan)

 Abu Bakar ialah anak kedua Embong dan Saleha serta anak lelaki tunggal.
 Dia penganggur. Buktinya, dia tidak bekerja sejak menamatkan pelajaran pada
peringkat tingkatan lima dan memperoleh pangkat tiga.
 Dia gemar berfoya-foya. Buktinya, dia sanggup meminjam motosikal kawannya
untuk menonton wayang.
 Selain itu, dia pemalas. Buktinya, dia tidak mahu menjaga adiknya yang menangis
dan membantu kakak serta ayahnya menguruskan keluarga sewaktu emaknya
dirawat di hospital.
 Abu Bakar juga pemarah. Buktinya, dia memarahi Melati apabila adiknya itu
melawan kata-katanya
 Dia juga mementingkan diri sendiri. Buktinya, dia sanggup mencuri dua ekor
kambing ayahnya untuk dijual bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
 Namun begitu, Abu Bakar insaf akan kesalahannya. Buktinya, dia membantu
orang kampung ketika mereka mengadakan persiapan untuk menyambut Maulidur
Rasul dan membersihkan persekitaran rumahnya
4
Azhari (Watak Sampingan)
 Berkumis nipis, bermuka bulat, tinggi dan kacak. Pelajar senior di sekolah Dahlia
iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
 Berpendidikan tinggi – baru mendapat segulung ijazah.

 Suka akan Dahlia Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar
bersungguh-sungguh.
 Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima
lamarannya.

Tauke Lim (Watak Sampingan)

 Berbangsa Cina Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia – sanggup


membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang.
 Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek
Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal. Seorang yang baik budi
kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
 Seorang yang prihatin akan masalah orang lain-Sangat prihatin atas nasib keluarga
Embong
 Seorang yang pemurah – menyumbangkan barang-barang untuk sambutan
Maulidur Rasul.

Nek Kiah (Watak Sampingan)


5
 Ibu Saleha Suka membandingkan antara anaknya – Nek Kiah suka
membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan.
 Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
 Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah
tidak suka akan keluarga Dahlia.
 Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah
menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal
usulnya.
 Seorang yang pemarah Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah
mengatakan rumah Dahlia ada hantu.
 Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.
Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan
hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.

5. Plot

Permulaan

 Watak utama, Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola
jarring di padang bola jarring.Mereka berlatih untuk perlawanan dengan pelajar-
pelajar enam rendah
 Semasa berhenti rehat,Dahlia teringat akan emaknya yang hilang
ingatan.Kemudian,Azhari dating menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu
dia sudah tamat pengajiannya di universiti
 Azhari menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia.Pada petang itu,Azhari
menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais

Perkembangan
5
 Dahlia berasa amat sedih apabila melihat keaddan emaknya,Saleha menghadapi
tekanan dan berda di kebun getah pada waktu senja.Emaknya sudah tidak
mengenalinya lagi.Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan
bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan
Saleha menjadi kurang siuman.
 Haji Sulaiman membantu dengan Saleha membawanya ke Hospital Batu Pahat
dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya
semakin serius.
 Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana
menguruskan adik-adiknya.Ayah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk
ular.

Perumitan/Konflik

 Seman telah dayang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah
yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga.Nek Kiah mahu Dahlia
dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM
15000,Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang
sebanyak itu.
 Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya,Said mati lemas
sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said
 Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
rumah Dahlia.Begitu juga Aton yang sering menyindir Dahlia.
 Najib cuba memikat hati Dahlia.Begitu juga denganAxhari yang telah datang
merisik Dahia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
 Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan
prihatin terhadap orang lain.Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati
orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Klimaks
 Abu Bakr menjumpai kain merah yang sudah
6 reput yang membungkuskan telur ayam
yang mengandungi jarum peniti,cincinakik,butiran pasir dan paku.Dahlia menyuruh Abu
Bakar membuangnya ke sungai.Selepas itu,Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang
ke rumahnya.
 Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari.Keluarga Daliahlah yang
menjaganya.Setelah kuar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga
bebar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbalik semula dengan dengan keluarga
Dahlia.
 Banjir yang berlaku di Kampung Parit haji Rais telah membawa hakimah apabila
penduduk kamoung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh
dilanda banjir setelah dinasihati oleh haji Sulaiman.
Peleraian
 Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga
Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat.
 Cikgu Daim datang membawa berita gembira apabila Dahkia terpilih untuk mengikutu
pengajian do jepun selam emapt tahun.Sebelim ke Jepun, Dahlia peru mengikuti kursus
bahasa Jelum di Universiti Malaya selama enam bulan.
 Majlis pertunangan Dahlia terlewat Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat
sampai.Azhari datang berjumpa Dahlia stesen bas sebelim Dahlia bertolak ke Kuala
Lumpur
 Azhari telah menghadiahkan songket bebenag emas berwarna merah kepada Dahlia.Dia
mehu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana
jua.
6. Teknik Plot
 Teknik pemerian – Pengarang memerihalkan keadaan di rumah Aton ketika Embong
datang untuk melawat jenazah anak Aton.
 Teknik dialog – Embong dan Dahlia berbual-bual tentang keadaan Saleha di Hospital
Taman Bahagia.
 Teknik imbas kembali – Embong teringat akan peristiwa Saleha pernah menghalau
penagih hutang.
 Teknik imbas muka – Dahlia membayangkan kata-kata Saleha kepadanya sewaktu dia
ingin melawat emaknya itu di Hospital Taman Bahagia

7. Latar
7
Latar tempat

 Di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim – Dahlia belajar di Tingkatan 6


Atas dan tinggal di asrama sekolah.
 Di rumah Dahlia di Kampung Parit Haji Lias, Penggaram – Dahlia menjaga adikadiknya
ketika emaknya dirawat di hospital.
 Di Hospital Batu Pahat – Dahlia melawat ayahnya di wad kerana dipatuk ular.
 Di Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru – Dahlia sedih kerana emaknya tidak
mengenalinya lagi.
 Di balai raya Kampung Parit Haji Lias – Dahlia, Abu Bakar, Aton, Haji Sulaiman, Hajah
Maimon, dan beberapa orang penduduk bergotong-royong memasak untuk menyambut
Maulidur Rasul.

Latar masa
 Pada waktu pagi – Embong pulang daripada melawat jenazah Said di rumah Aton pada
pukul 10.25 pagi.
 Pada waktu petang – Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya tetapi
emaknya telah dipindahkan ke Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru.
 Pada waktu senja – Embong dan Dahlia mengajak Saleha yang berada di kebun getah
pulang ke rumah.
 Pada waktu rnalam – Embong dan Dahlia mendengar sesuatu dari kandang kambing.

Latar masyarakat
 Masyarakat pelajar – Dahlia, Siti Wangi, dan Kavita aktif dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah.
 Masyarakat remaja yang menggemari perkara-perkara yang menyeronokkan – Abu
Bakar banyak menghabiskan masanya untuk berhibur dan berpelesiran.
 Masyarakat yang tabah dalam menghadapi ujian hidup – Embong tabah menghadapi
keadaan keluarganya yang miskin dan cemuhan ibu mentuanya.
 Masyarakat yang insaf akan kesilapannya – Abu Bakar insaf akan kesilapannya
membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah di luar rumah
 Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu
keluarga Dahlia/Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi
hutang kepada keluarga Dahlia.
8
 Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya – Abu Bakar, adik Dahlia
suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka
yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan – Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia
mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam
kemiskinan .
8. Gaya Bahasa
 Repetisi: itulah madu, itulah racun. Menerima salah, menolak juga salah.
 Metafora: gunung harapan, kotak fikirannya. Simile: macam neraka, bagai hendak
tersiat-siat hatinya, seperti mahu menelan.
 Peribahasa: sudah terang lagi bersuluh, biar alah membeli, menang memakai.
Personifikasi: Motosikalnya mengaum membelah kesunyian pagi, bahang kepanasan
bertakung di pelupuk mata, rumahnya roboh ditelan air.
 Hiperbola: kepiluan kian menggunung.
 Bahasa asing: Bahasa Inggeris, the best men win! Bahasa Jepun, Koi-bito. Bahasa
Indonesia, ongkos. Bahasa Arab, Assalamualaikum, bismillah, insya-Allah.

9. Nilai
 Nilai hemah tinggi Abu Bakar mengakui kesalahannya menjual kambing-kambing
ayahnya dan meminta maaf daripada ayahnya itu.
 Nilai kasih sayang Dahlia ponteng sekolah beberapa hari untuk menguruskan adik-
adiknya di rumah sewaktu emak dan ayahnya menerima rawatan di hospital.
 Nilai keikhlasan Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Embong tanpa mengharapkan
sebarang balasan.
 Nilai nasihat-menasihati Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia agar bersekolah
semula demi masa depan Dahlia setelah beberapa hari Dahlia ponteng sekolah.
 Nilai kerjasama Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
 Nilai semangat bermuafakat Penduduk Kampung Parit Haji Lias bermuafakat dan
bersatu padu selepas kampung mereka dilanda banjir. Nilai kerajinan Dahlia rajin dan
gigih belajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
 Nilai keberanian Dahlia berani menempuh ujian Tuhan terhadapnya
9
 Nilai Ketabahan: Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila
emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular (tabah kerana terpaksa menjaga). Dahlia juga
tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.
 Nilai keinsafan: Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya
sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.
 Nilai setia kawan: Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat
salinan nota-nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah
kerana masalah keluarganya.

10. Pengajaran
 Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan.
Tauke Lim sanggup membayarkan harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya
Embong sekeluarga dapat terus tinggal di rumah mereka.
 Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.
Dahlia berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapinya satu demi satu.
 Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain. Sikap Mak Aton yang
bersangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari, janganlah
kita ikuti kerana perbuatan tersebut akan menimbulkan perselisihan faham sesama
masyarakat.
 Kita mestilah bersedia menerima teguran orang lain demi kebaikan bersama.
Haji Sulaiman menegur penduduk kampung kerana mementingkan diri dan enggan
bekerjasama.
 Kita janganlah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
Abu Bakar menjumpai telur yang diletakkan jarum dan paku di bawah rumahnya.
 Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.
Nek Kiah dan Abu Bakar insaf akan kesalahan yang telah dilakukan terhadap keluarga
mereka sendiri.

10
Sekian,
terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai