Anda di halaman 1dari 2

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah

Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah
yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding
anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah
mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga
Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan
balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara
adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun
dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka
dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula
dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus
bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya
sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya.
Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk
menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal
seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta
kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan
diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti

Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada

Anda mungkin juga menyukai