Anda di halaman 1dari 2

Nilai, Pengajaran, Latar Masyarakat, Persoalan, Latar tempat, Latar masa, Peleraian, Permulaan, Konflik, Watak utama, watak

sampingan
2019- latar tempat / peristiwa
2018 – perwatakan sampingan / latar masyarakat
2017 – persoalan/ peristiwa
2016 – nilai tanggungjawab / latar masa
X 2015 – peristiwa kasih sayang/ pengajaran bekerjasama

Bijaksana , Kebjiaksanaan dalam ... , kita hendaklah bijak ...


Bijak menyelesaikan masalah penduduk kampung.
- Lili bersama dengan rakannya iaitu Geetha dan Danel bercadang untuk mengadakan perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung bagi
menekankan kepentingan membina sebuah masjid baharu berbanding dengan meletakkan kubah di atas bumbung surau. Hasilnya, penduduk
kampung bersetuju untuk membina sebuah masjid baha ru kerana surau sudah uzur.
Bijak menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga.
- Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara
menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Bijaksana menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran
- Ketika rumahnya dilanda banjir, Dahlia mencari peluang untuk belajar di pusat pemindahan banjir dan tidak peduli jika ada orang yang
mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Ismail.
Bijak membuat keputusan untuk mengutamakan pelajaran daripada hal peribadi.
- Dahlia menolak pelawaan Azhari untuk melamarnya ketika dia masih belajar kerana dia ingin berjaya dalam mengejar cita-cita sebelum
memikirkan hubungan cinta. Setelah dia tamat STPM barulah keluarga Azhari masuk meminang.
Kasih Sayang , Kasih sayang terhadap keluarga , kita hendaklah mengasihi ahli keluarga kita
Lili amat mengasihi ibunya.
- Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya, di Dungun, Terengganu walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.
Embong menyayangi isterinya, Saleha dan anak-anaknya
- Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau juga sentiasa berdoa siang dan malam agar isterinya
sembuh. Dia yakin bahawa isterinya akan sembuh.
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untukmelawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.

Gigih , Kegigihan dalam ... , kita hendaklah gigih ....


Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
- Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara
menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Kegigihan menyelesaikan masalah penduduk kampung
- Danel telah mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin
meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah
uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.
Kegigihan dalam menuntut ilmu
- Ketika rumahnya dilanda banjir, Dahlia mencari peluang untuk belajar di pusat pemindahan banjir dan tidak peduli jika ada orang yang
mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Ismail.
Kegigihan menguruskan keluarga
- Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan bapanya dimasukkan di
hospital
- Seorang yang bijak dalam menuntut ilmu pengetahuan
-  Contoh : Peristiwa Geetha yang bijak dalam menuntut ilmu pengetahuan. Dia
- seorang gadis yang berpendidikan tinggi. Dia bijak dan tekun dalam menuntut ilmu
- hingga berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam
- sbidang kejuruteraan awam. Dia mempunyai banyak cita-cita tetapi cita-cita
- sebenarnya adalah ingin menjadi doktor bedah.
- Peristiwa Lili yang merupakan seorang murid bijak di sekolahnya. Dia
- sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, terutama dalam
- subjek Sejarah. Lili juga bijak berbahasa asing. Dia pandai berbahasa Cina kerana
- belajar di sekolah aliran Cina. Selain itu, dia menguasai bahasa Thailand, Jepun dan
- Latin.
-
-

Keberanian menghadapi masalah


Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan
keselamatan dirinya. Lili dan Geetha berani mendaki puncak bulit pada lewat petang semata-mata untuk melihat pemandangan matahari terbenam tanpa ditemani oleh
orang lelaki dewasa. Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq. Danel

sanggup mengambil risiko menyelamatkan kawannya Lili yang telah diculik oleh Rafiq

dan Haziq.

Ketaatan
Ketabahan menghadapi cabaran

Tanggungjawab terhadap keluarga


Lili rasa bertanggungjawab membantu keluarga Che Jah yang

menghadapi masalah rumah tangga.


Contohnya, Dahlia bertanggungjawab

terhadap keluarganya dengan sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-

adiknya yang masih kecil apabila ibunya dimasukkan ke hospital.

Anda mungkin juga menyukai