Anda di halaman 1dari 2

Nilai Kasih Sayang

1. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya.
Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di
Dungun, Terengganu walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

2. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu Lili menolong mengeringkan tubuh
anaknya yang baru selesai mandi walaupun Lili sudah berusia tujuh belas tahun.

Peristiwa yang mengandungi unsur saspens

1. Peristiwa penculikan Lili

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah
diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya
menyelamatkan Lili.

2. Peristiwa kehilangan datuk Lili

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada
malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.

Persoalan kegigihan watak utama

1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan

Contoh: Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan
Seman.

2. Kegigihan menangani isu kubah

Contoh: Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang
menjadi konflik penduduk kampung.

Peristiwa yang membuktikan kejayaan

Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah.

Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan
Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’.

Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang dalam sebuah buku.
Pengajaran

1.Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

2. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.

Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa
kegansan suaminya,Seman.

3. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan

Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang
memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.

Peristiwa keberanian

1. Keberanian dalam menyelamatkan sahabat yang berhadapan dengan cabaran hidup .

Contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.

2. Keberanian untuk mencabar sesuatu.

Contohnya, Lili berani untuk mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat
petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

Peristiwa yang menimbulkan perasaan gembira/menarik

1.Peristiwa kejayaan dalam mengusahakan sesuatu

Contohnya, Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang dalam sebuah buku.

2. Peristiwa bekerjasama dalam menghadapi masalah.

Contohnya, Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan
Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai