Anda di halaman 1dari 4

Soalan 2

Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.


Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda. (8 markah)

Peristiwa mengubati pesakit

1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan
tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana
kos rawatan yang tinggi.

Peristiwa anak yang patuh akan ibunya

1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan
pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke
kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan
kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan
ibunya pasti mempunyai hikmah.

Peristiwa memaafkan kesalahan orang

1. Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka
itu tidak baik.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang
pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan
kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada
kita.
Soalan 8

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh


pembaca. Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satuperistiwa yang dapat
dijadikan teladan. (8markah)

Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan

1. Peristiwa membantu mengubati pesakit


- Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.

- Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-
tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang
menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.
SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang
memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.
Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut
kerana dia amat menyayangi ibunya.
Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman.
Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya
itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di
sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.
Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu
pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya,
penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.

Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut


Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang
terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran.

Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di
sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang ke
Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali
gus cuba membantunya.

Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian
dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.
Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya
anda menjadi pengarang
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang
bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak
antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada
pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che Jah
dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.

Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu
persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak utama
dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk jendela yang
dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan hubung kait cerita
yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi merungkaikan segala
persoalan pembaca.

Anda mungkin juga menyukai