Anda di halaman 1dari 47

IPG Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


Nama Pelajar : Chong Tzer Sheng Eng Wei Chien Tan Shi Yun Tham Hou Yin Wong Chia Ci

EDU 3108

Kumpulan : PISMP Semester 8

Kursus : Pemulihan (BC) / MT/ BI Ambilan : Januari 2010 Pensyarah : En. Saifudin Azam Shah Bin Ahmad

Minggu 11: Tutorial 1


Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang Program Literasi dan Numerasi. Bincangkan bagaimana guru boleh berfungsi sebagai agen perubahan dalam proses melaksanakan Program Literasi dan Numerasi tersebut.

Apa itu Program LINUS ???


LINUS adalah singkatan bagi program Literasi dan Numerasi. LINUS adalah program pemulihan yang direka untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Melayu) dan kemahiran numerasi (Matematik) di akhir tahun 3 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran dalam kemahiran 3M (membaca, menulis, dan mengira).

Matlamat dan Definisi.


Literasi
Celik huruf Kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi

Celik nombor Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Faktor kejayaan LINUS


Guru pemulihan ( 1:15 pelajar)

Pelantikan FasiLINUS (1:20 sekolah)


Jururawat di sekolah (1:700 sekolah) Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan praperkhidmatan. Semua sekolah mesti mengambil bahagian tanpa gagal dalam Program LINUS.

Strategi pelaksanaan Program LINUS


6 strategi telah dibentuk:
Saringan murid (Tahun1, 2 dan 3) --- saringan kesihatan bagi mengenalpasti muridmurid berkeperluan khas --- murid yang tidak melepasi saringan akan ditempatkan dalam program LINUS

Pembinaan bahan
Peningkatan kemahiran pedagogi guru Program kesedaran sekolah dan komuniti Pemantauan, penyeliaan dan penilaian Mewujudkan FasiLINUS

Rasional LINUS
Asas Literasi dan Numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana muridmurid yang gagal menguasai kemahiran tersebut merupakan kumpulan berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kesukaran memilih kerjaya.

Kumpulan Sasaran LINUS


Murid-murid Tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali murid-murid berkeperluan khas) yang mengikuti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Pelaksanaan LINUS
Pelaksanaan di sekolah: WAJIB dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Penentuan murid: Semua murid-murid Tahun 1 (kecuali yang berkeperluan khas) akan menduduki Saringan 1 untuk menentukan tahap penguasaan mereka pada awal Mac setiap tahun. Pemilihan Guru Linus: Terdiri daripada guru Bahasa Melayu dan guru Matematik Tahap 1 dan dibantu oleh guru Pemulihan Khas

Setelah menjalani Saringan 1, murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kelompok utama:


Ditempatkan di aliran perdana Ditempatkan di Program LINUS Diajar oleh Guru Pemulihan Ditempatkan di Program Pendidikan Khas

Menguasai Tidak Tidak Tidak konstruk 1-8 menguasai menguasai menguasai (Literasi) dan mana-mana konstruk 1 dan konstruk 1 dan konstruk 1-10 konstruk 1-8 konstruk 2, konstruk 2, (Numerasi). (Literasi) dan melalui melalui konstruk 1-10 pemeriksaan pemeriksaan * Bagi saringan 2 (Numerasi). doktor dan doktor dan dan seterusnya, mengikuti disahkan murid-murid *menyertai program murid-murid perlu menguasai Program LINUS Pemulihan berkeperluan kesemua 12 khas dalam khas. konstruk LINUS.

Konstruk Literasi
Konstruk 1
Konstruk 2 Konstruk 3 Konstruk 4 Konstruk 5 Konstruk 6

Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.


Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka. Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng".

Konstruk 7
Konstruk 8 Konstruk 9 Konstruk 10 Konstruk 11

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.


Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding. Keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12

Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Konstruk Numerasi
Konstruk 1
Konstruk 2 Konstruk 3 Konstruk 4 Konstruk 5 Konstruk 6 Konstruk 7 Konstruk 8 Konstruk 9 Konstruk 10 Konstruk 11 Konstruk 12

Keupayaan pranombor dan mengenal angka


Keupayaan membilang Keupayaan memahami nilai nombor Keupayaan membuat seriasi Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Keupayaan menyatakan waktu Keupayaan mengendalikan operasi asas Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Bahan dan Instrumen LINUS


Modul pembelajaran dan pengajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid bagi memastikan kejayaan program ini. Guru digalakkan menyediakan dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Kandungan Program LINUS


Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pembelajaran dan pengajaran. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000 yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Strategi Kandungan Modul


Organisasi kandungan:
--- hierarki dari mudah ke lebih kompleks. --- setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saling berkaitan dengan kemahiran lain. --- skop dan kedalaman dikurangkan.

Tumpuan:

--- gaya pembelajaran murid --- menepati skop soalan dan cara penyoalan

Gaya pembelajaran:

--- cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak --- cara murid memproses maklumat dari konkrit pasif kepada aktif --- pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah --- aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif --- melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit. --- diadakan juga lembaran kerja

Proses: --- membuat perkaitan --- membuat penaakulan --- komunikasi --- menyelesaikan masalah --- membuat perwakilan

Sebagai Penilai
Menyedia dan menjalankan ujian saringan pada bulan Mac, Jun dan September untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan tercicir dalam arus perdana. Menjalankan ujian diagnostik untuk murid LINUS. Menjalankan ujian dan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun. Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran LINUS.

Tahun 1
Saringan 1 (Mac) 12 Konstruk

Tidak Tidak LINUS Saringan 2 (Jun) Murid Keperluan Khas Ya Tidak Pemeriksaan Perubatan Tidak Tidak LINUS Saringan 3 (September) Tidak Tidak LINUS Tahun 2

Ya

Ya

Arus Perdana

Ya

Sebagai Pembimbing
Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

Mengadakan bengkel dan demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan. Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.

Sebagai Terapeutik
Mengajar murid-murid yang lambat menghadapi masalah kemahiran asas 3M. dan

Memiliki sifat-sifat seperti: Menghormati pandangan murid Kasih sayang Prihatin Adil dan saksama Memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Menyediakan suasana bilik darjah yang sesuai dengan perancangan dan pengajaran.

Sebagai Khidmat Bantu


Membantu guru-guru LINUS merancang dan menambahbaikan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang memerlukan senarai pengajaran pemulihan. Melaksanakan pelbagai teknik dan kaedah mengajar untuk memudahkan murid-murid yang menghadapi masalah literasi dan numerasi. Mengubah dan menyesuaikan strategi P&P yang dapat menarik perhatian murid-murid.

Sebagai Penghubung
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut. Mengadakan cadangan-cadangan kepada ibu bapa cara mereka boleh membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak. Melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Tutorial 2 Siapakah pemimpin yang anda sanjungi? Apakah ciri-ciri istimewa yang pemimpin memiliki?

Aminuddin Baki

Dilahirkan pada 26 Januari 1926 dan meninggal dunia pada 25 Disember 1965 "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah

Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun.


Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Beliau mempunyai pelbagai ciri-ciri perguruan yang

profesionalisme. Antaranya adalah,beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam perkhidmatannya sepanjang berada dalam bidang perguruan ini. Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan terulungyang

memiliki iltizam tinggi dalam memperjuangkan pendidikan


berkualiti dalam kalangan anak-anak bangsa negara. Beliau yakin bahawa pendidikan merupakan sesuatu yangpenting bagi mencapai kemajuan. Sepanjang berada dalam bidang ini beliau sentiasa bersemangat tinggi dalam memperjuangkan perkembangan pendidikan.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan yang tinggi

bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah juga bidangbidang lain. Beliau dikenali sebagai ensiklopedia bergerak kerana

pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti latihan


perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan, pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam pengetahuannya. Aminuddin Baki yang juga digelar sebagai Bapa Pendidikan Malaysiatelah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Beliau telah melibatkan diri dalam mengubahkan

beberapa dasar pendidikan negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu yang manfaat kepada semua individu melalui penguasaan ilmu

pengetahuan yang luar biasa.


Beliau juga seorang yang berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Beliau telah mengekalkan

satu hubungan yang harmonis dengan golongan anak


bangsa dengan menyempurnakan kehendak mereka dan membawa mereka ke satu arah yang wajar dengan

menekankan pendidikan.

Beliau telah membentuk GabunganPelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan terutamanya kepada anak bangsa Melayu. GPMS mempunyai satu hubungan yang baik bukan sahaja dengan golongan pelajar malah juga dengan ibu-bapa. GPMS seringmengingatkan ibu bapa ketika itu supaya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.Melalui hubungan yang harmoni dan berkualiti antara guru, ibu bapa dan murid terbentuklah modal insan yang berjaya

Di samping itu, Aminuddin Baki merupakan

seorang tokoh pendidikan yang mampu memberi


terbaik kapada negara dengan pemikiran yang futuristik.

Beliau telah melaksanakan pelbagai perubahan


dalam pendidikan di mana masih digunakan dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Keputusan-keputusan wajar yang telah diambil oleh beliau adalah berdasarkan ramalan masa hadapan.

Aminuddin Baki juga merupakan seorang yangmempunyai hala tuju yang jelas. Beliau sentiasa berusaha dalam mencapai

matlamat beliau walaupun beliau meninggal


dunia dalam usia muda iaitu semasa berusia 39 tahun.

Antara sumbangan Aminuddin Baki termasuklah: (i) Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru

pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,


Perak. (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran) (ii) Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak

pada tahun 1955.


(iii) Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960:

(iv) Mewujudkan Sijil rendah Pelajaran (SRP), Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

(v) Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tutorial 2 Adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat semula jadi, atau setiap orang boleh dilatih untukmenjadi pemimpin? Beri ulasan anda.

Definisi kepemimpinan
Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990)

Satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok (Jamilah & Lambak, 2001).

Kepemimpinan adalah sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat bersama (Bass, 1990).

Definisi kepemimpinan
Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk pengikut mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan; dan akan memberkan kepuasan kepada pengikut (Razali, 1993).

Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila terdapat objektif yang perlu dicapai atau tugas yang perlu dilakukan dan apabila lebih daripada seorang individu diperlukan untuk melakukan sesuatu (Amstrong, 1990).

Ciri-ciri kepemimpinan
Individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ialah individu yang mempunyai personaliti adil, tegas, sihat, jujur, rajin, berani, tekal, berpengetahuan tentang kerja, taat setia, keghairahan, korban diri, disiplin diri dan yakin diri. Malahan pemimpin seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti kebersihan jiwa dan rohani, kesihatan dan kekuatan badan, keupayaan mental dan fikiran, memberi perhatian kepada ahli yang dipimpinnya, teladan yang baik, pandangan yang tajam, kemahuan yang kuat, dan optimisme.

Ciri-ciri kepemimpinan
Terdapat iaitu:

4 ciri penting pada seseorang pemimpin

Fizikal (ketinggian, berat badan, perawakan fizikal, kecergasan dan mempunyai paras rupa), Sosial (sifat belas kasihan, sabar, orientasi pekerja dan kematangan emosi), Perawakan (dominan diri, aggresif, ekstrovet (pentingkan hal lahiriah), yakin dan penghormatan diri), dan Peribadi (kebolehan berkomunikasi, keupayaan intelek, orientasi pencapaian, keupayaan bekerja kuat dan bertanggungjawab).

Ciri-ciri kepemimpinan
Konsep kendiri merupakan antara elemen penting ciri kepemimpinan. Konsep kendiri yang positif membentuk pencapaian kendiri yang tinggi, di mana ia terdiri daripada ciri-ciri diri yang positif yang juga menyumbang kepada pembentukan ciri kepemimpinan dan konsep kendiri terdiri daripada aspek personal iaitu emosi, imej diri, kawalan impuls, penguasaan dan daya tindak, perhubungan dengan rakan sebaya , hubungan dengan keluarga, psikopatologi, penyesuaian yang unggul dan matlamat pendidikan kerjaya.

Pemimpin Formal dan Tidak Formal


Kepemimpinan berlangsung dalam setiap aspek

kehidupan
kebolehan,

manusia.

Setiap
dan

orang

memiliki

kemampuan

pengetahuan

mengenai kepemimpinan. Persoalannya berapa

ramaikah yang sedar akan perkara ini.


kepemimpinan sendiri. yang tersendiri yang

Setiap
sejajar

orang adalah pemimpin dan mengamalkan stail dengan kehendak organisasi, agensi dan diri

Pemimpin Formal dan Tidak Formal


Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi,

masyarakat, keluarga hatta pada diri sendiripun,


individu cenderung mengamalkan kepemimpinan yang yang dirasakan ditujui. sesuai, menepati orang dan adalah

menganjurkan kemajuan sejajar dengan objektif


Justeru setiap pemimpin, namun tidak semua orang berpeluang dilantik atau diberi autoriti sebagai pemimpin.

Pemimpin Formal dan Tidak Formal


Walau bagaimanapun, kegagalan mendapatkan

tempat

sebagai

pemimpin,

tidak

bemakna

individu tidak boleh memimpin. memimpin diri sendiri.

Paling tidakpun

Oleh yang demikian,

wujudlah dua konsep asas kepemimpinan iaitu


kepemimpinan formal dan kepemimpinan tidak formal.

Kepemimpinan formal adalah pemimpin itu dilantik, dipilih dan diletakkan di kedudukan sebagai pemimpin. Individu tersebut memiliki kuasa berupa kuasa yang diberikan untuknya memutuskan sesuatu perkara, keputusannya diakui dan diturut.

Kepemimpinan Formal

Lazimnya pemimpin sebegini menganjurkan stail kepemimpinan bersesuaian dengan kehendak anggota yang melantik atau memilihnya. Kepemimpinan jenis ini dibayar gaji sebagai pengiktirafan. Kepemimpinan formal ini juga biasanya berada dalam organisasi yang berstruktur dan hirarki tugas dan jawatan.

Contoh: pemimpin politik, ketua eksekutif organisasi.

Kepemimpinan Tidak Formal


Corak kepemimpinan tidak formal adalah berlawanan dengan kepemimpinan formal. Pemimpin tidak memiliki kuasa mutlak dan biasanya secara sukarela mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan. Pemimpin tidak di bayar gaji. Walaupun ada ganjaran, lazimnya berbentuk penghargaan dan pengiktirafan.

Pemimpin mengetuai sesuatu atau kumpulan kerana kesedaran, kemahuan sendiri dan kecenderungan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Kumpulan atau organisasi yang diketuai tidak memiliki struktur organisasi yang ditetapkan.

Contoh: ketua keluarga, ketua kumpulan sebaya, ketua aktiviti perkhemahan.

rakan

Ulasan/ Kesimpulan
Pada mulanya andaian yang dibuat melalui pendekatan ini ialah ciri-ciri kepemimpinan ini adalah semulajadi dan tidak dibentuk. Atau dengan erti kata lain, seseorang pemimpin dilahirkan dengan ciri-ciri

kepepimpinan.

Sungguhpun begitu tidak semestinya

seorang pemimpin yang berjaya itu dilahirkan dengan ciri kepemimpinan semulajadi tetapi ciri tersebut boleh

dipelajari atau dibentuk daripada pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai