Anda di halaman 1dari 40

PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN DI
ASRAMA/SEKOLAH
Oleh:

TN.HJ.IBRAHIM BIN ABDULLAH
JU KEBANGSAAN KPM


Ayat Tuhan cipta manusia
PENGENALAN
Dalam membicarakan kepimpinan dalam
masyarakat masa kini Prof. Dr. Syed
Hussein Al-Attas menyatakan ada tiga
golongan kepimpinan
a. Pimpinan ukuran
b. Pimpinan siaran
c. Pimpinan sialan
Kualiti kepimpinan ialah salah satu faktor
penting bagi menentukan kejayaan dan
kewujudan kumpulan dan organisasi.
Sungguhpun teknologi memainkan peranan
penting dalam keadaan tertentu namun
kepimpinan yang berkesan seringkali
menggantikan kekurangan kelengkapan dan
sumber. Keperluan kepimpinan yang berkesan
sentiasa ada dan amat dihargai.
Fiedler & Garcia (1987)
KONSEP & PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Allah s.w.t adalah pimpinan mutlak dan
tertinggi bagi seluruh umat manusia.
Rasulullah s.a.w adalah pemimpin ke atas
seluruh umat manusia merialisasikan contoh
kepimpinan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Umat Islam adalah pemimpin ke atas seluruh
umat manusia mewarisi kepimpinan rasulullah.
KONSEP & PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Setiap insan adalah pemimpin dalam tahap dan
kedudukannya dan seluruh pimpinannya ada
akauntabiliti.
Herarki Pimpinan :
i. Pimpinan diri ii. Pimpinan keluarga
iii. Pimpinan organisasi / institusi
iv. Pimpinan masyarakat v. Pimpinan ummah
vi. Pimpinan negara
KONSEP & PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Bidang kepimpinan:
i. Keilmuan ii. Politik
iii. Birokrasi iv. Ekonomi
v.Kemasyarakatan
Kepimpinan adalah sebagai satu amanah
KONSEP &
PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Kepimpinan bukan kuasa tetapi adalah sebagai
tanggungjawab sosial dengan matlamat suci
untuk membangun ummah. Ianya
tanggungjawab bukan kedudukan dan
kewajipan bukan keistimewaan.
Pimpinan bukan kerana warisan tetapi
bergantung kepada kekuatan diri peribadi dan
wibawa seseorang.

ISTILAH PIMPINAN YANG
TERKANDUNG DALAM AL-
QURAN & AS-SUNNAH
Imam Dari segi bahasa bermaksud
menunjukkan jalan ke suatu arah / tempat atau
memimpin dengan menunjukkan contoh dalam
peribadi atau perbuatan sendiri.
Khalifah Bermaksud menjadi pengganti /
mengikut kepada seseorang. Dalam Islam
dihubungkan dengan mengganti rasulullah
dalam melaksanakan ajaran Islam dan Sunnah.
ISTILAH PIMPINAN YANG
TERKANDUNG DALAM AL-
QURAN & AS-SUNNAH
Amir Bermaksud memberi arahan
memerintah, memberikan tugas
kepada seseorang atau
mengamanahkan seseorang dengan
sesuatu.
Amir Al-Mukminin Dalam sejarah
mula-mula dihubungkan dengan
Umar al-Khattab bermakna
pemimpin tertinggi umat Islam yang
melaksanakan hukum tuhan dalam
hidup mereka.
IDENTITI PEMIMPIN
Perwatakan berwibawa
Penampilan kemas
Tindakan tegas
Kehidupan tenang
Perawakan bersih
Pemikiran proaktif
Mentaliti dinamik
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Kekuatan watak. Berkaitan nilai-nilai
moral yang menentukan cara seseorang
berfikir, merasa (feels) dan bertindak
dalam perkara-perkara penting dalam
kehidupan, terutamanya berkaitan
prinsip-prinsip asas betul dan salah
Kuasa membuat keputusan yang tepat
dan kena pada masanya.
Membuat sesuatu perkara tidak
memerlukan banyak kekuatan tetapi
membuat keputusan apa yang perlu
dibuat memerlukan sepenuh kekuatan.
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Kebijaksanaan merancang dan
memberi arahan. Apa yang perlu
dibuat? Siapa yang akan
melakukannya? Di mana, bila dan
bagaimana?
Keberanian untuk bertindak. Perlu
ada keberanian melakukan
perkara yang perlu dilakukan,
tanpa mengira kos, kesukaran,
bahaya dan pengorbanan.
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Keupayaan Untuk Mengurus.
Keupayaan mengurus merupakan
pendekatan sistematik ke arah
pencapaian matlamat-matlamat
spesifik.
Integriti. Seseorang yang
mempunyai kejujuran sentiasa
menentukan yang betul daripada
yang salah dan dia akan
mempunyai kekuatan moral untuk
melakukan apa yang betul
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Terima dan ambil tanggungjawab
atas segala tindakan anda. Terima
dan alu-alukan tanggungjawab yang
diberi.
Apabila orang tahu anda sentiasa
rela bertanggung-jawab sepenuhnya
di atas setiap keputusan dan
tindakan anda akan mendapat
ketaatan, kerjasama yang setia dan
sokongan yang tidak berbelah bagi
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Kebolehpercayaan. Anda perlu boleh diharapkan
melaksanakan segala arahan secara aktif, sentiasa
bersedia (willingly), secara bijaksana, dan secara
serta-merta.
Jangan membuat alasan, alibi, terima segala
tuduhan
Jangan mengelak daripada tanggungjawab
dengan melepaskan kepada orang lain
Buat kerja dengan sebaik mungkin
Tepat dan teliti tentang setiap aliran kerja yang
dilakukan
Menepati masa
Buat apa yang diazamkan selaras dengan apa
yang dikatakan
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Kesetiaan kepada orang atasan dan
orang bawahan anda. Anda perlu
membuktikan bahawa anda boleh
diharapkan, boleh dipercaya, dan
setia kepada mereka.
Bersungguh-sungguh (Enthusiastic).
Anda perlu menunjukkan
kesungguhan dan sikap optimistik
dalam sebarang keadaan. Sikap
anda boleh menjadi contoh kepada
orang lain.
Ciri-Ciri Kepemimpinan
Inisiatif. Sentiasa berusaha
mengambil inisiatif. Idea-idea
baik datang daripada individu
yang mempunyai imaginasi
aktif, tanpa mengira siapa
atau bentuk kerja yang
dilakukan. Benda-benda yang
kini kita anggap mudah
bermula daripada individu
yang mengambil inisiatif.
Contohnya, klip kertas, zip,
kunci dll.
GAYA KEPIMPINAN
Autokrasi - Pemimpin adalah sumber & idea.
- Komunikasi sehala.
- Interaksi minima.
Demokrasi - Pemimpin memperolehi sumber, idea dan
tenaga.
- Komunikasi berbagai hala.
- Keputusan bersama.
GAYA KEPIMPINAN
Cara bebas - Setiap ahli memberi idea
dan cadangan.
- Komunikasi tanpa arah.
- Inisiatif ahli untuk capai
objektif
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Sebagai Leading Professional pemimpin
berperanan sebagai pendidik kepada diri
dan pengikutnya.
Sebagai Chief Executive pemimpin
bertanggungjawab mewujudkan iklim
organisasi yang harmonis di mana
pengurusan organisasi berjalan dengan
teratur, tersusun dan iklim fizikal yang
nyaman.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Tanggungjawab pemimpin peringkat
organisasi:
i. Menyusun rencana dan strategi dan organisasi.
ii. Memberi teladan, dorongan dan didikan kepada
anggota organisasi.
iii. Menentukan idealisme berterusan, misi dan
kepimpinan di kalangan anggota organisasi.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Melaksanakan tugas pengurusan
dalam organisasi:
i. Menentukan matlamat dan gerak tuju.
ii. Merancang program, aktiviti dan
strategi.
iii. Menyusunatur / berkomunikasi.
iv. Melatih dan mendidik.
v. Memberi dorongan / motivasi.
vi. Lakukan perubahan &
bertanggungjawab.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Melakukan ibadah solah dan zakat,
memerintahkan membuat kebaikan
dan melarang kemungkaran.
Menegakkan keadilan, kebenaran
dan kesaksamaan.
Melaksanakan dan membina
tamadun serta memakmurkan alam
seisinya berdasarkan kepada
kebenaran.
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Mengajak, mendorong,
mengarah, mengasuh,
memberikan contoh teladan dan
didikan kepada pengikut ke jalan
yang benar.
Memelihara kemuliaan insan.
Mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan negara dari
penceroboh dan penguasaan
musuh.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Sentiasa mengingati Allah:
Seorang pemimpin yang berjaya sentiasa
memanjatkan syukurnya kepada Allah. Bagi
mereka, segala apa yang mereka perolehi itu
merupakan pemberian daripada Allah. Orang
yang sentiasa berfikir dan mengagumi
kebesaran Allah juga merupakan golongan yang
beruntung. Mereka akan mendapat
kesejahteraan hidup yang sebenarnya.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Yakin kepada diri sendiri:
Yakin terhadap diri sendiri merupakan ciri asas pemimpin yang
berjaya dalam hidup. Mereka sentiasa yakin terhadap setiap
perkara yang dilakukan. Golongan seperti ini sentiasa ingin
mencuba sesuatu yang baru.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Sentiasa cintakan ilmu
pengetahuan:
Ilmu adalah kunci kejayaan setiap
pemimpin. Pemimpin yang berjaya dalam
hidup adalah mereka yang cintakan ilmu
pengetahuan. Mereka sentiasa mencari
peluang untuk meningkatkan lagi ilmu
yang ada. Perkataan jemu tidak pernah
wujud dalam kamus hidup mereka.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Mempunyai Personaliti yang baik:
Pemimpin yang berjaya sentiasa menjaga
tingkah laku dan mengawasi setiap tutur
katanya agar tidak menyinggung
perasaan orang lain. Setiap pandangan
dan pendapat orang lain akan
diterimanya dengan fikiran terbuka dan
berusaha mengubah sikap negatif yang
ada dalam diri. Inilah yang dikatakan
personaliti diri mereka yang berilmu.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Mempunyai cara hidup yang
teratur:
Bijak mengatur masa merupakan
satu ciri pemimpin yang cemerlang.
Mereka mendisiplinkan diri dengan
menepati setiap perancangan
mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Mampu berkomunikasi dengan
baik:
Pemimpin yang berkebolehan
mampu berkomunikasi dengan baik
dan teratur kerana mereka berjaya
menghindarkan perasaan malu
serta yakin dengan apa yang
diperkatakan dan berkeupayaan
berfikir secara kreatif dan kritis.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG BERJAYA
Berpendirian tegas:
Berpendirian tegas
mencerminkan
kecemerlangan diri.
Pemimpin yang penuh ilmu
di dada tidak akan mudah
terpengaruh dengan gejala-
gejala negatif kerana ia
boleh menggagalkan
pencapaian matlamat
mereka.
CIRI-CIRI PEMIMPIN
YANG LEMAH
Pengurusan diri yang lemah
Memiliki sifat-sifat yang
negatif
Kurang memiliki ilmu dan
kemahiran
Tidak berjiwa besar
ADAKAH KEPIMPINAN
SESUAI BAGI ANDA ?
Renungan
Lima puluh tahun dari sekarang,
kejayaan kita bukan diukur dengan
rumah besar yang kita miliki,
kereta menjalar yang kita naiki,
atau pakaian berjenama yang kita
pakai. Kita akan berjaya kalau kita
membawa makna kepada
kehidupan seseorang pimpinan
kita. Kita akan berjaya kalau kita
mampu mengilhamkan orang lain
menjadi individu-individu yang
berjaya.
PENUTUP
Dimensi kepimpinan yang penting
dalam semua jenis kepimpinan
ialah kebolehan seseorang
pemimpin itu memahami orang
yang bekerja dengannya. Justeru
itu menggerakkan mereka itu ke
arah matlamat yang hendak
dicapai. Sebagai pemimpin juga
perlu mempunyai kemahiran
tentang pemudah cara.
Kejayaan pemimpin dalam kepimpinan
menurut Krajewski:

i. Pemimpin berpengetahuan tentang
teori pentadbiran yang dikatakan sebagai
asas kepada keberkesanan peranan.
ii. Pemimpin sentiasa menyuburkan
hubungan yang harmonis antara
keduanya.
KESIMPULAN
Ciri pemimpin yang utama ialah ciri-ciri yang ada pada
Nabi Muhammad s.a.w
Amar Makruf Nahi Mungkar
Buat apa yang kita rasa betul
Berlapang dada menerima teguran dan kritikan
Yang tua dihormati, yang muda disayangi
Kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang
kita lakukan di dunia ini.
Setiap perbuatan mesti dengan niat yang betul
Muhasabah diri
Berserah diri kepada Allah s.w.t
BAPAK HAMKA
SEWAKTU KAMU DILAHIRKAN SEMUA
ORANG GEMBIRA, KECUALI KAMU
YANG MENANGIS
BIARLAH APABILA KAMU MATI
SEMUA ORANG MENANGIS KECUALI
KAMU YANG GEMBIRA
SAMPAI DI SINI DULU

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai