Anda di halaman 1dari 15

Tanggungjawab Ibubapa Posted on Saturday, May 05 @ 02:59:37 MYT by greenboc Oleh tunas "1 Anak Amanah Allah.

Anak-anak sebagaimana mereka adalah anugerah Allah, mereka juga adalah amanah Allah kepada manusia Sudah tentu sekali kita mengharapkan mereka menjadi anak yang baik dan soleh, anak yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah di dalam kehidupan mereka, di dunia dan di akhirat. Orang beriman sifatnya menunaikan amanah. Firman Allah : )8( Maksudnya : Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya Anak-anak juga merupakan harta yang dipinjamkan Allah kepada manusia, menurut sebuah hadis Rasulullah SAW: . Maksudnya: Setiap kamu adalah pemimpin, setiap pemimpin akan bertanggungjawab kepada orang yang dipimpinnya. Mendidik anak-anak adalah hak dan kewajipan yang mesti disempurnakan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak, sepertimana juga ibu bapa wajib memberikan nafkah kepada anak-anak untuk hidup seperti makan, pakaian dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menunaikan tanggungjawab ini supaya tidak memikul dosa dan terlepas dari menjawab soalan ketika berhadapan dengan Allah SWT pada hari kiamat. Perintah Allah : . ) 6 ( Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan

bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 2 Langkah - Langkah Yang Boleh Membantu Mendidik Anak. Tugas mendidik anak-anak bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kita terpaksa berhadapan dengan jiwa manusia. Ia bukan seperti kita menguli tepung atau membentuk tanah liat supaya ia membentuk acuan dan corak seperti yang kita mahu. Pepatang Inggeris menyebut bahawa sekalipun kamu berjaya memaksa seekor kuda sampai ke sungai, kamu tidak akan berjaya memaksanya minum air sungai tersebut. Oleh itu tugas mengubah jiwa mereka bukanlah sesuatu yang mudah, ia adalah satu usaha yang sukar dan rumit akan tetapi ia sebenarnya merupakan satu jihad. Berikut adalah sebahagian dari langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi membantu tugas berbentuk jihad ini : a) Ikhlaskan niat mendidik anak kerana Allah

Usaha yang kita lakukan hendaklah diniatkan semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah. Firman Allah SWT: Maksudnya: Sesiapa yang berjuang pada jalan kami akan kami berikan mereka petunjuk ke jalan yang benar. ( Al-Ankabut : 69) Maka setiapkali kita merasa patah semangat dalam berusaha, kita kembali semula dan sedar bahawa kita berada dalam satu jihad yang benar untuk mencari keredaan Allah SWT, dengan ini kita sentiasa merasa seronok dan gembira. b) Yakin kepada ganjaran Allah

Menanamkan keyakinan di dalam hati bahawa usaha mendidik anak-anak menyukai solat akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sesiapa yang mengajak ke arah satu kebaikan, pahala yang diperolehinya seperti pahala yang diperolehi orang yang mengikutinya, tiada kurang sedikitpun. c) Menghiaskan diri dengan sifat sabar Kesabaran dan kecekalan dalam menjunjung perintah Allah SWT perlu wujud demi menjalankan tugas ini. Firman Allah SWT: ) 231 ( Maksudnya: Suruhlah kaum keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam menunaikannya, kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki. d) Utamakan pendidikan anak-anak daripada urusan dunia Janganlah kita hanya bersusah payah demi mencari rezeki dan keperluan makanan, sebaliknya keutamaan kesibukan kita dan jerih payah kita hendaklah juga dalam usaha mendidik menunaikan kewajipan terhadap Allah . Ini kerana Allahlah yang mengatur rezeki kepada manusia. Firman Allah: Maksud: Allahlah maha pemberi rezeki, tuhan yang mempunyai kehebatan dan kekuatan. ( Az-Zariyat : 58 ) Kita mesti ingat bawa setiap manusia akan mati apabila sampai tempoh ajalnya dan habis kadar rezekinya. Rezeki akan sentiasa ada dan mengekori seseorang seolah-olah seperti kematian. Sekalipun seseorang itu lari ke tempat yang lain, rezekinya juga tetap menjadi miliknya. Tetapi apa yang kita lihat berlaku pula

sebaliknya. Ramai orang mengejar rezeki dengan mengabaikan tugas mendidik anak-anak. e) Berdoa kepada Allah Memohon doa kepada Allah dengan penuh harapan dan merendah diri. Kita juga mesti memohon pertolongan Allah agar usaha kita berhasil kerana kita tidak mampu mencapai sesuatu keinginan kita hanya semata-mata dengan usaha kita sendiri, tetapi dengan taufik daripada Allah SWT. Kita juga mesti sentiasa meminta daripada Allah berulang-ulang dan secara terus menerus tanpa henti. f) Jangan putus asa dan sentiasa mengharapkan rahmat Allah Jangan sekali-kali merasa putus asa dari rahmat Allah dalam berusaha mendidik anak-anak kita kerana rahmat dan bantuan dikurniakan oleh Allah tanpa diketahui dan disedari. Nabi Musa AS pernah bermunajat kepada Allah supaya diturunkan hujan untuk kaumnya. Baginda mendongak ke langit yang tiada awan seraya memohon pertolongan daripada Allah SWT. Allah SWT memerintahkan baginda memukul batu menggunakan tongkatnya, maka tiba-tiba terpancut dua belas mata air dari batu tersebut. Nabi Zakaria pula dikurniakan Allah seorang anak iaitu nabi Yahya, sedangkan umurnya ketika itu sudahpun tua dan isterinya pula mandul. Maryam ibu nabi Isa yang merasa begitu tertekan dengan tuduhan hina masyarakat terhadapnya, dibantu oleh Allah SWT dengan diberi kuasa nabi Isa boleh berkata-kata sewaktu baginda masih bayi. Oleh itu keyakinan kepada Allah hendaklah ada dalam diri kita bahawa usaha kita akan dibantu dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT dan dengan pertolonganNya juga anak-anak yang dididik mungkin akan bertemu seseorang yang akhirnya menyebabkan anak itu menjadi baik, beriman serta taatkan perintah Allah. Ataupun mungkin berlaku peristiwa tertentu dalam hidupnya yang menyebabkan anak itu sentiasa

berdamping

dengan

Allah

SWT.

Ringkasnya kita cuba berusaha sedaya yang mungkin dalam mendidik mereka dengan meletakkan keyakinan bahawa hasilnya nanti ditentukan dan dibalas oleh Allah SWT. Untuk membaca sambungan bhg 2 article ini, layari

Wednesday, May 02, 2007

Tarbiyyah Anak-Anak ( 2 ) 3. TEKNIK YANG MENYERONOKKAN, BUKAN YANG MENAKUTKAN Setiap ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan menggunakan kaedah galakan yang menyeronokkan kerana: a) Perintah Allah SWT supaya mengajak secara bijaksana Firman Allah SWT: Maksudnya: Serulah ke jalan tuhanmu dengan berhikmah dan bijaksana serta nasihat yang baik. ( An-Nahl:125 ) b) Saranan Rasulullah SAW supaya berlembut dalam semua perkara. Rasulullah SAW pernah menyebutkan, sabda baginda yang maksudnya: (( . (( . Sifat lemah lembut jika ada pada sesuatu maka indahlah ia, jika sifat itu tiada padanya maka rosaklah ia (( ((. . c) Supaya kanak-kanak sukakan pelajaran dan ilmu pengetahuan. Matlamat utama kita mendidik mereka ialah supaya mereka suka kepada pelajaran dan ilmu pengetahuan, jika diguna pendekatan yang menyakiti dan menakutkan mereka, hasilnya nanti sudah tentu kebencian di hati mereka. Apabila mereka mula mencintai pelajaran dan ilmu pengetahuan, maka perasaan cinta itu akan meresap ke lubuk hati dan jiwa mereka sehingga mengalir ke dalam darah dan tubuh, sekaligus mereka akhirnya merasa suka, seronok dan mudah untuk belajar. Jika kaedah yang digunakan amat menakutkan, perkara sebaliknya akan berlaku. d) Sifat rahmat ( belas kasihan ) dikasihi al Rahman ( Tuhan yang maha pengasih )

Galakan yang menyeronokkan lahir dari hati yang ada rahmat (belas kasihan). Rasulullah SAW telah berpesan yang bermaksud: Orang yang penyayang akan disayangi oleh tuhan yang maha penyayang juga baginda menyebut yang bermaksud: Sayangilah kamu kepada makhluk di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh tuhan yang ada di langit ( kedudukan tuhan yang maha tinggi ). Oleh itu kita hendaklah berpegang kepada prinsip belas kasihan dan penyayang dalam mendidik mereka. d) Supaya kanak-kanak belajar bukan kerana rasa takut Kaedah yang menakutkan boleh menimbulkan rasa takut pada si kecil. Jika mereka merasa takut sudah tentu mereka tidak belajar kecuali bila berhadapan dengan kita, ini bertentangan dengan cara kita mendidik mereka supaya bertaqwa kepada Allah di mana sahaja mereka berada, samada ketika dilihat oleh manusia atau pun tidak. Natijahnya akibat rasa takut dan tertekan akan menimbulkan konflik dalam jiwa mereka. Kaedah yang menakutkan tidak membuahkan hasil yang kita inginkan, malahan membuatkan mereka mencari alasan untuk menolak dan tidak melakukan apa yang disuruh. Ingatlah bahawa seseorang yang suka kepada seseorang, akan dituruti segala suruhan orang yang disukainya.

4. KAEDAH MEMBERI NASIHAT YANG BERKESAN. Hubungan ibubapa dan anak-anak dapat dibahagikan kepada beberapa tahap [1] ; i. Tahap 7 tahun pertama ( 1-7 tahun ) : anak-anak perlu didekati, dibelai dan ditunjukkan kasih sayang. ii. Tahap 7 tahun kedua ( 14-21 tahun ) : ibubapa mendidik dan melatih anak mengenai tanggungjawab agama seperti solat sebagai persiapan umur baligh. iii. Tahap 7 tahun ketiga ( 14-21 tahun ) : mendekati mereka sebagai kawan, kenali apa yang tersirat dalam hatinya serta masalah hidupnya. iv. Tahap 7 tahun keempat ( 21 tahun ke atas ) : Mereka dijadikan

rakan berbincang. Mereka harus diiktiraf sebagai orang dewasa. Pakar kaunseling ada mencadangkan 8 masa untuk memberi nasihat yang berkesan. Masa ini dianggap jitu, tepat dan benar kerana ketika itu gelombang alfa banyak ke otak anak kita. 1. Sebelum tidur : lafazkan kata-kata positif untuk anak-anak. Ada ibubapa marahkan anak sebelum tidur menyebabkan anak mengeluh hingga terbawa-terbawa ke dalam mimpi. 2. Ketika bangun dari tidur : fikiran ketika itu tenang dan ucapan kata-kata yang lemah lembut akan memberangsangkan. 3. Selepas mandi : Tubuh terasa selesa dan mudah menerima nasihat. 4. Selepas riadah : Fikiran ketika itu cergas dan bersemangat dan mudah menerima kata-kata perangsang. 5. Selepas membaca al Quran : Hati menjadi tenteram dan lembut dengan kata-kata teguran dan nasihat. 6. Selepas berhibur : seperti mendengar nasyid, berkelah dan sebagainya. 7. Dalam perjalanan : seperti di dalam kenderaan. 5. DOA SEBAGAI USAHA BERTERUSAN Setelah kita telah berusaha sedaya upaya, kita hendaklah memanjatkan doa kepada Allah dan memohon bantuan daripadanya kerana hanya Allah sahajalah yang mampu mengubah seseorang ke arah yang di kehendakiNya. Di antara doa yang boleh di amalkan ialah : 1- (( )) 2- (( )) Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan juga keturunan dan zuriatku, tuhanku, terimalah permohonanku 3- (( )) 4- (( )) 5- (( )) Wahai tuhan yang maha hidup lagi berdiri dengan sendiri, aku memohon dengan rahmatmu perelokkanlah akhlak anak-anakku semuanya, janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh

diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau lebih pendek dari itu " 6- (( )) Wahai tuhan kami, bimbinglah mereka ke arah perbuatan yang baik, kemahuan yang baik dan akhlak yang baik, sesungguhnya tiada yang dapat membimbing ke arah itu melainkan engkau, jauhkanlah mereka dari segala perbuatan yang buruk, sesungguhnya tiada yang dapat menjauhkannya melainkan engkau 7- (( )) Ya Allah aku memohon untuk mereka hidayah daripadamu, ketaqwaan, kehormatan diri dan kekayaan 8- (( )) Ya Allah sucikanlah anak-anak perempuanku dan anak-anak perempuan kaum muslimin seluruhnya dengan kesucian yang engkau berikan kepada Maryam, lindungkanlah anak-anak lelakiku dan anak-anak lelaki sedluruh kaum muslimin dengan perlindungan yang telah engkau berikan kepada nabi Yusuf.. 9- (( )) Ya Allah, jadikanlah solat lebih dicintai dan disukai oleh mereka daripada sukanya orang yang dahaga kepada air yang sejuk, sesungguhnya engkau maha berkuasa di atas setiap sesuatu, memakbulkan setiap doa, wahai tuhan sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong .. PENUTUP DAN KESIMPULAN Demikianlah beberapa panduan dan bimbingan yang dapat diutarakan kepada para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. Semoga panduan-panduan yang terkandung dalamnya dapat dipraktikkan oleh semua. Usaha-usaha yang dicurahkan diharap dapat membuahkan hasil yang baik khasnya dalam membentuk dan mendidik peribadi serta tingkahlaku anak-anak kita menjadi

tunas islam dan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Mudahmudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu para ibubapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak yang merupakan satu tugas yang besar. [1] Pembentukan Keluarga Bahagia : Dr Che Noraini Hashim

ms16.

Article kiriman Shakir Hassan


Posted by tunas at 7:20 PM 0 comments Tuesday, May 01, 2007 Tarbiyyah Anak-Anak ( 1 )

PENDIDIKAN ISLAM TANGGUNGJAWAB IBU BAPA 1 Anak Amanah Allah. Anak-anak sebagaimana mereka adalah anugerah Allah, mereka juga adalah amanah Allah kepada manusia Sudah tentu sekali kita mengharapkan mereka menjadi anak yang baik dan soleh, anak yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah di dalam kehidupan mereka, di dunia dan di akhirat. Orang beriman sifatnya menunaikan amanah. Firman Allah : )8( Maksudnya : Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya Anak-anak juga merupakan harta yang dipinjamkan Allah kepada manusia, menurut sebuah hadis Rasulullah SAW: . Maksudnya: Setiap kamu adalah pemimpin, setiap pemimpin akan bertanggungjawab kepada orang yang dipimpinnya. Mendidik anak-anak adalah hak dan kewajipan yang mesti disempurnakan oleh setiap ibu bapa terhadap anak-anak, sepertimana juga ibu bapa wajib memberikan nafkah kepada anak-anak untuk hidup seperti makan, pakaian dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menunaikan tanggungjawab ini supaya tidak memikul dosa dan terlepas dari menjawab soalan ketika berhadapan dengan Allah SWT pada hari kiamat. Perintah Allah :

. ) 6 ( Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 2 Langkah - Langkah Yang Boleh Membantu Mendidik Anak. Tugas mendidik anak-anak bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kita terpaksa berhadapan dengan jiwa manusia. Ia bukan seperti kita menguli tepung atau membentuk tanah liat supaya ia membentuk acuan dan corak seperti yang kita mahu. Pepatang Inggeris menyebut bahawa sekalipun kamu berjaya memaksa seekor kuda sampai ke sungai, kamu tidak akan berjaya memaksanya minum air sungai tersebut. Oleh itu tugas mengubah jiwa mereka bukanlah sesuatu yang mudah, ia adalah satu usaha yang sukar dan rumit akan tetapi ia sebenarnya merupakan satu jihad. Berikut adalah sebahagian dari langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi membantu tugas berbentuk jihad ini : a) Ikhlaskan niat mendidik anak kerana Allah Usaha yang kita lakukan hendaklah diniatkan semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah. Firman Allah SWT: Maksudnya: Sesiapa yang berjuang pada jalan kami akan kami berikan mereka petunjuk ke jalan yang benar. ( Al-Ankabut : 69) Maka setiapkali kita merasa patah semangat dalam berusaha,

kita kembali semula dan sedar bahawa kita berada dalam satu jihad yang benar untuk mencari keredaan Allah SWT, dengan ini kita sentiasa merasa seronok dan gembira. b) Yakin kepada ganjaran Allah Menanamkan keyakinan di dalam hati bahawa usaha mendidik anak-anak menyukai solat akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sesiapa yang mengajak ke arah satu kebaikan, pahala yang diperolehinya seperti pahala yang diperolehi orang yang mengikutinya, tiada kurang sedikitpun. c) Menghiaskan diri dengan sifat sabar Kesabaran dan kecekalan dalam menjunjung perintah Allah SWT perlu wujud demi menjalankan tugas ini. Firman Allah SWT: ) 231 ( Maksudnya: Suruhlah kaum keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam menunaikannya, kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki. d) Utamakan pendidikan anak-anak daripada urusan dunia Janganlah kita hanya bersusah payah demi mencari rezeki dan keperluan makanan, sebaliknya keutamaan kesibukan kita dan jerih payah kita hendaklah juga dalam usaha mendidik menunaikan kewajipan terhadap Allah . Ini kerana Allahlah yang mengatur rezeki kepada manusia. Firman Allah: Maksud: Allahlah maha pemberi rezeki, tuhan yang mempunyai kehebatan dan kekuatan. ( Az-Zariyat : 58 )

Kita mesti ingat bawa setiap manusia akan mati apabila sampai tempoh ajalnya dan habis kadar rezekinya. Rezeki akan sentiasa ada dan mengekori seseorang seolah-olah seperti kematian. Sekalipun seseorang itu lari ke tempat yang lain, rezekinya juga tetap menjadi miliknya. Tetapi apa yang kita lihat berlaku pula sebaliknya. Ramai orang mengejar rezeki dengan mengabaikan tugas mendidik anak-anak. e) Berdoa kepada Allah Memohon doa kepada Allah dengan penuh harapan dan merendah diri. Kita juga mesti memohon pertolongan Allah agar usaha kita berhasil kerana kita tidak mampu mencapai sesuatu keinginan kita hanya semata-mata dengan usaha kita sendiri, tetapi dengan taufik daripada Allah SWT. Kita juga mesti sentiasa meminta daripada Allah berulang-ulang dan secara terus menerus tanpa henti. f) Jangan putus asa dan sentiasa mengharapkan rahmat Allah Jangan sekali-kali merasa putus asa dari rahmat Allah dalam berusaha mendidik anak-anak kita kerana rahmat dan bantuan dikurniakan oleh Allah tanpa diketahui dan disedari. Nabi Musa AS pernah bermunajat kepada Allah supaya diturunkan hujan untuk kaumnya. Baginda mendongak ke langit yang tiada awan seraya memohon pertolongan daripada Allah SWT. Allah SWT memerintahkan baginda memukul batu menggunakan tongkatnya, maka tiba-tiba terpancut dua belas mata air dari batu tersebut. Nabi Zakaria pula dikurniakan Allah seorang anak iaitu nabi Yahya, sedangkan umurnya ketika itu sudahpun tua dan isterinya pula mandul. Maryam ibu nabi Isa yang merasa begitu tertekan dengan tuduhan hina masyarakat terhadapnya, dibantu oleh Allah SWT dengan diberi kuasa nabi Isa boleh berkata-kata sewaktu baginda masih bayi. Oleh itu keyakinan kepada Allah hendaklah ada dalam diri kita bahawa usaha kita akan dibantu dan diberi ganjaran pahala oleh

Allah SWT dan dengan pertolonganNya juga anak-anak yang dididik mungkin akan bertemu seseorang yang akhirnya menyebabkan anak itu menjadi baik, beriman serta taatkan perintah Allah. Ataupun mungkin berlaku peristiwa tertentu dalam hidupnya yang menyebabkan anak itu sentiasa berdamping dengan Allah SWT. Ringkasnya kita cuba berusaha sedaya yang mungkin dalam mendidik mereka dengan meletakkan keyakinan bahawa hasilnya nanti ditentukan dan dibalas oleh Allah SWT.

Article kiriman Shakir Hassan

Anda mungkin juga menyukai