Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Pengiraan Skor Komposit 2010

Pengiraan skor komposit adalah gabungan antara Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kompetensi
Pendidikan Malaysia (SKPM). Untuk mendapatkan skor komposit, 70% adalah dari GPS manakala 30%
adalah dari SKPM.


*Peratus GPS ini adalah purata 2 tahun peperiksaan iaitu tahun semasa dan tahun sebelum
Bagi mendapatkan nilai di atas, GPS peperiksaan awam di sekolah perlu di tukarkan terlebih dahulu
kepada bentuk peratus. Walau bagaimana pun, bagi sekolah yang mempunyai lebih dari satu
peperiksaan, nilai 70% GPS adalah berdasarkan gabungan 2 peperiksaan awam atau lebih yang
mempunyai pemberatan sebagaimana yang dipersetujui dalam Lab NKRA Peringkat kebangsaan 2009.
Pecahan peratusan adalah seperti di bawah:





Formula penukaran adalah seperti di bawah:




*Bergantung kepada berapa banyak peperiksaan awam sesebuah sekolah.
Sebagai contoh, sekolah ABC1234 mempunyai keputusan seperti berikut:
Peperiksaan 2008 2009 2010
PMR 1.11 1.11 1.10
SPM 2.17 1.85 1.79
STPM 0.00 2.17 2.20

Jenis Peperiksaan UPSR PMR SPM STPM
UPSR 100%

PMR 100%
SPM 100%
PMR + SPM 40% 60%
SPM + STPM 95% 5%
PMR + SPM + STPM 35% 60% 5%
Peperiksaan Formula
UPSR (1-(GPS-1)/4) x nilai pemberat*
PMR (1-(GPS-1)/4) x nilai pemberat*
SPM 2008 (1-(GPS-1)/8) x nilai pemberat*
SPM 2009 ke atas (1-(GPS)/9) x nilai pemberat*
STPM (1-(4-GPS)/3) x nilai pemberat*
Skor Komposit = 70% GPS* + 30% SKPM
Untuk mencari skor komposit 2009/2010, keputusan peperiksaan untuk kedua-dua tahun tersebut
perlu dipuratakan. Tetapi satu masalah yang timbul adalah untuk membuat perbandingan dengan skor
komposit 2008/2009 untuk tujuan mencari lonjakan, ia perlu disetarakan (normalized) kerana keputusan
SPM 2008 tidak mempunyai gred A+. Jika perkara ini tidak dibuat, perbandingan adalah tidak setara dan
keputusan yang dijana adalah tidak tepat.
Bagaimana penyetaraan (normalization) dibuat?
Sekolah A+ A A- B+ B C+ C D E G Bil duduki
Gred 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

ABC1234 505 484 319 170 116 90 46 35 13 2 1780

Pengiraan GPS sekolah yang mempunyai A+ (julat 0 hingga 9) adalah seperti berikut:
(A+ x 0)+(A x 1)+(A- x 2)+(B+ x 3)+(B x 4)+(C+ x 5)+(C x 6)+(D+ x 7)+(E x 8)+(G x 9)
Jumlah duduki
(505 x 0)+(484 x 1)+(319- x 2)+(170 x 3)+(116 x 4)+(90 x 5)+(46 x 6)+(35 x 7)+(13 x 8)+(2 x 9)
1780

=1.79
Nilai di atas adalah untuk pengiraan GPS yang mempunyai A+. Untuk pengiraan GPS yang disetarakan
bagi ketiga-tiga tahun (2008,2009,2010), Gred A+ dan A perlu digabung. Formula bagi julat 1-9 adalah
seperti berikut:
Sekolah
A Gabung
(A+ + A)
A- B+ B C+ C D E G Bil duduki
Gred 1 2 3 4 5 6 7 8 9

ABC1234 989 319 170 116 90 46 35 13 2 1780

(A Gabung x 1)+(A- x 2)+(B+ x 3)+(B x 4)+(C+ x 5)+(C x 6)+(D+ x 7)+(E x 8)+(G x 9)
Jumlah duduki
(989 x 1)+(319- x 2)+(170 x 3)+(116 x 4)+(90 x 5)+(46 x 6)+(35 x 7)+(13 x 8)+(2 x 9)
1780

=2.075

Nota: Proses ini perlu diulangi untuk tahun 2009 untuk disetarakan dengan GPS tahun 2008.
Penentuan Skor Komposit 2009/2010
Setelah dibuat penyetaraan, keputusan peperiksaan bagi ABC1234 adalah seperti berikut:

Peperiksaan 2009 2010 Purata Peratus
PMR 1.11 1.10 (1.11+1.10)/2=1.105 (1-(1.105-1)/4) x 35 =34.08
SPM 2.15 2.08 (2.15+2.075)/2=2.115 (1-(2.115-1)/8) x 60 =51.64
STPM 2.17 2.20 (2.17+2.20)/2=2.185 (1-(4-2.185)/3) x 5 =1.98

Jumlah GPS = (34.08 + 51.64 +1.98) x 70% = 61.39
SKPM = 96.8 x 30%=29.04
Skor komposit 2010: 61.39 + 29.04 = 90.43%

Penutup
Penggunaan penyetaraan ini adalah untuk kegunaan bagi pengiraan 2010 sahaja. Bagi skor komposit
2011 nanti, tidak perlu dibuat penyetaraan kerana kesemua tahun perbandingan (2009,2010,2011)
adalah setara iaitu ketiga-tiganya berasaskan keputusan yang mempunyai A+.

Anda mungkin juga menyukai