Anda di halaman 1dari 6

Alam Sekitar

Cara-cara atasi pencemaran alam di dunia


Cara atasi pencemaran alam di Malaysia

Kemasyarakatan
Gotong-royong

Ekonomi
Cara-cara kerajaan kurangkan bebankan hidup rakyat ekoran kenaikan harga petrol

Pelancongan
Destinasi Pelancongan di Malaysia

Kemalangan / Bencana
Langkah-langkah Mengatasi kemalangan Jalan Raya
Kesan Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
Cara atasi bencana alam

Sukan
Faedah-faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan

Keluarga
Kebaikan amalan berkelah kepada keluarga
Kesihatan Anak Merupakan Tugas Ibu Bapa

Perpaduan
Tindakan-tindakan kerajaan untuk kekalkan perpaduan kaum
Tindakan kerajaan mengawal isu perpaduan negara

Isu Sejagat
Krisis Air di Malaysia? Apakah punca-puncanya?
Masalah nelayan kita....cara mengatasi isu kemiskinan itu

Remaja
Kesan Vandelisme di Malaysia
Peranan Remaja Dalam Pembangunan Negara
Cara pelajar atasi tekanan di sekolah

Kebaikan
Kebaikan Amalan Membaca

Kebaikan amalan bercuti


Kebaikan Iklan

Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3
1. Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2. Alang-alang berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
5. Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah.
6. Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.
7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8. Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)
10. Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
11. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
12. Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap.


13. Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
14. Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat
15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18. Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira
lebih dulu.
19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
21. Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap.
22. Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar
23. Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.
25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh


Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
28. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.
29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap
manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.
33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan
hilang begitu sahaja..
34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian
meninggalkan kesan..
35. Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan
apa yang ada.
36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.


38. Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.
39. Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41. Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
42. Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.
43. Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.
44. Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
dengan tebing..
45. Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
46. Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal.
47. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48. Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
49. Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50. Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya


Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai