Anda di halaman 1dari 4

Usrah : Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia Posted by ainnur on Jun 8, '07 1:40 PM for everyone Assalamualaikum

warahmatullah... InsyaAllah, masih di bawah mauduk yang sama iaitu ilmu tauhid, lanjutan dari usrah yang pertama...InsyaAllah,Moga sama-sama mendapat keberkatan dari Allah swt.

KEPENTINGAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Kesan Tidak Memahami Ilmu Tauhid 1. Seseorang yang tidak mengetahui siapa penciptanya tidak akan mengetahui kenapa dia dicipta dan hikmah kewujudannya di muka bumi. Kehidupan di bumi akan tamat sedangkan dia tidak tahu kenapa ia bermula. (Muhammad: 10) 2. Mereka yang tidak beriman dengan Hari Akhirat akan terpedaya dengan kehidupan di dunia dan menjadikan setiap kerjanya untuk mencari kesenangan di dunia sebelum mati. Dia mencari kemewahan dunia tanpa hiraukan halal dan haram, tidak hiraukan orang lain dan mementingkan diri sendiri. Sikap individualistik ini yang akan memecahbelahkan masyarakat, merosakkan hubungan dan menyebabkan peperangan antara satu sama lain. 3.Akidah dan amalan manusia akan rosak dan maksiat serta dosa akan berleluasa. Maka, Allah akan menurunkan azab ke atas orang Islam yang mengabaikan dan

mensia-siakan agama mereka (ar-Rum: 41)

Implikasi Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia 1. Orang yang mengesakan Allah dan beriman kepada para Rasul mengetahui tujuan Allah menciptakannya. Dia menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus. Dia mengetahui permulaan dan pengakhiran kehidupan dan dia jauh dari kegelapan. (al-Mulk: 22) 2.Tauhid menjadikan hati manusia itu bersatu di bawah Allah yang satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman menjadikan manusia berkasih sayang dan bersaudara. (al-Hujuraat: 10). Juga digambarkan oleh Rasulullah: Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang antara mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota sakit, semua anggota yang lain terpaksa berjaga malam dan menanggung sakit demam. Masyarakat beriman sentiasa tolong-menolong dalam melakukan kebajukan dan ketakwaan, menegah ahli lain dari melakukan dosa dan bermusuh-musuhan. Semua individu akan bekerja untuk mendapat kejayaan yang diredhai Allah. Takut untuk melakukan kezaliman dan kejahatan kerana takutkkan Allah. (Ali-Imran: 110) 3. Apabila iman bekembang dalam masyarakat, akan membuahkan pelbagai amalan soleh, maka pintu kebaikan akan dibuka dan mereka akan memperoleh kemenangan dalam menghadapi musuh kerana mendapat pertolongan Allah. (al-Araaf: 96) (Muhammad: 7) Perihal orang islam terdahulu, mereka golongan lemah dan fakir tetapi mereka beriman dan mengerjakan amalan soleh. Dengan itu Allah membuka pintu dunia dan mengurniakan mereka kurniaanNya dan memberi kemenangan.

BAGAIMANA KITA MENGENAL ALLAH

Mengetahui Kewujudan Allah Perumpamaan, jika kita melihat kereta atau kapalterbang, tentu kita percaya dan yakin kereta atau kapalterbang itu mempunyai pemandu, kerana jika tiada pemandu maka kereta itu tidak akan bergerak dgn baik di atas jalan dan kapalterbang itu tidak akan

terbang. Apabila kita melihat matahari, bulan dan bintang serta pertukaran siang dan malam, kita akan yakin kewujudan Allah yang mewujudkan matahari, bulan serta segala makhluk di muka bumi. Sekiranya Allah tidak wujud, sudah tentu alam dan segala isinya tidak akan menjadi teratur dan hancur. Ini kerana semua makhluk tidak terjadi dengan sendirinya. Jika Pencipta tidak wujud, tentu makhluk juga tidak wujud. (At-Tuur: 35-36)

Mengetahui Sifat Allah Kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang makhlukNya dan melalui ajaran para RasulNya. Kita mampu mengetahui sebahagian sifat Allah dengan berfikir tentang makhluk ciptaanNya. (al-Jathiyaah: 3-4). a. Kita melihat hikmah pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim) b. Kita melihat kepakaran pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Mendalam PengetahuanNya (Al-Khabir) c. Kita melihat kekuatan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Perkasa (Al-Qawiy)

d. Kita melihat ciptaan yang tiada bandingan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Membentuk Rupa lagi Cantik CiptaanNya (Al-Musawwar Al-Badi) e. f. Kita melihat petunjuk pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memberi Petunjuk (Al-Hadi) Kita melihat kehidupan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Menghidupkan (Al-Muhyi)

g. Kita melihat pengetahuan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Mengetahui (Al-Alim) h. Kita melihat pemeliharaan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memelihara (Al-Hafiz) i. j. Kita melihat pengurusan rezeki untuk sebahagian dari makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalan ciptaan Yang Maha Memberi Rezeki (Al-Razzaq) Kita dapat melihat sistem alam yang bersepadu konsisten menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Esa (Al-Wahid)

Kita tidak akan dapat mengetahui semua sifat Allah dengan hanya melihat kepada makhluk ciptaanNya. Kita tidak dapat mengetahui kenapa Allah ciptakan kita, kenapa dia mematikan kita. Kita juga tidak mungkin mengetahui sifat-sifatNya yang Maha Tinggi seperti Yang Layak Disembah, Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Menghitung, Yang Maha Menuntut Balasan, dan Yang Maha Pengampun melainkan dengan ajaran daripadaNya sendiri. Kita mengetahui sifat Allah yang belum kita ketahui melalui perantaraan Rasul yang mengajar kita perkara yang dikehendaki oleh Allah untuk kita ketahui tentangNya. (al-Baqarah: 255)

Anda mungkin juga menyukai