Anda di halaman 1dari 6

Umat Islam wajar contohi ketabahan Rasulullah s.a.w.

Dr Ahmad Muhammad Al Hufy Fri | May 18, 07 | 06:05:40 PM Dalam masa 23 tahun, Rasulullah s.a.w. mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan orang-orang Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwahnya yang mantap. Tidak pernah tersembunyi suaranya, dan tidak pernah hilang gemanya, namun mereka tetap menuduh atau berpendapat bahawa Rasulullah meremehkan akal mereka dan akan menghancurkan kekuasaan, kewibawaan serta peraturan mereka. Oleh kerana itu mereka mengumpul kekuatan untuk menghancurkan dakwah Rasulullah s.a.w. Walaupun mendapat tentangan Rasulullah bertambah berani meneruskan dakwah. Setiap kali mereka memperhebat gangguannya baginda tetap tabah serta bertambah kuat untuk mengatasinya dengan penuh kesabaran. Kemudian Allah memberi izin berjihad, memerangi mereka maka baginda pun berjihad sampai Allah memberikan kemenangan kepada agamanya. Maka orang yang kelmarin menjadi musuh akhirnya menjadi kawan. Demikian juga orang yang musyrik berduyun-duyun masuk agama Allah, mereka menjunjung tinggi syiar Allah bahkan mereka menjadi orang yang menyediakan jiwa raga mereka untuk Allah dan RasulNya. Sabar menerima gangguan kaum musyrik Rasulullah sabar terhadap gangguan-gangguan orang musyrik dengan ucapan-ucapan mereka yang menusuk hati. Sesungguhnya amat sakit rasanya luka yang ditimbulkan oleh tajamnya ucapan-ucapan yang dilontarkan mereka. Apalagi dalam masyarakat yang amat mendambakan pujian dan nama baik dan sangat benci kepada celaan dan ejekan. Rasulullah s.a.w. pada permulaan dakwahnya ingin sekali dipercayai oleh kaumnya untuk mengangkat mereka dari lembah kesesatan ke puncak hidayah dan petunjuk Allah dan dari buta agama kepada mengerti akan kebenaran. Memang baginda telah dikenal oleh kaumnya sebagai seorang yang berakal, bijaksana, benar, dapat dipercaya dan iffah. Mereka belum pernah mendengar baginda berdusta dan belum pernah pula mereka menemukan sifat yang buruk. Namun orang-orang musyrik menentang dan melawan yang benar. Mereka takbur dan enggan meninggalkan cara hidup nenek moyang mereka. Mereka sengaja membuat-buat dusta bahkan mereka menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai

seorng yang bermimpi, banyak angan-angan, menceritakan apa yang dikhayalkannya dan yang dilihat dalam mimpinya. Mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat kepada baginda, dengan cara-cara yang biasa diucapkan oleh penyair-penyair mereka yang penuh berisi khayalan yang sangat mahir melebih-lebihkan sesuatu dan pandai mempengaruhi orang awam. Mereka mengatakan bahawa baginda seorang gila, padahal baginda adalah orang yang paling cerdas dan paling berakal di antara mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Bahkan mereka berkata (pula) (Quran itu adalah) mimpi yang kalut, malah diadakannya bahkan dia sendiri seorang penyair, maka dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana Rasul-Rasul yang telah lalu diutus. (Al-Anbiya: 5) Allah SWT berfirman bermaksud: Dan mereka berkata: Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahansembahan kami kerana seorang penyair. (AshShaffat:36) Allah SWT berfirman bermaksud: Bahkan mereka mengatakan dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya. (AthThuar:30) Maksudnya kami menunggu-nunggu kecelakaan baginya semoga dia ditimpa bahaya atau mati sehingga kami selamat daripadanya. Allah SWT berfirman bermaksud: Mereka berkata: Hai orang yang diturunkan Al Quran kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila. (Al Hilr:6) Tetapi Allah telah membersihkan Rasulullah dari tuduhan yang bermacam-macam yang buruk itu dengan FirmanNya yang bermaksud: Dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. (Al-Haaqqah 4142) Allah SWT berfirman bermaksud: Demi Qalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhan kamu Muhammad sekalikali bukan orang gila. (Al Qalam:1-2) Ramai orang musyrik yang mengganggu Rasulullah dan menyakiti baginda dengan

perbuatan-perbuatan jahat disebabkan kemarahan, kehilangan akal, dan kebodohan mereka. Mereka hendak menghalang-halangi baginda dari agama Allah. Supaya putus asa dari keberhasilan perjuangannya dan supaya para pengikutnya meninggalkan baginda. Walaupun demikian baginda tetap menghadapi perbuatan mereka yang jahat itu dengan kesabaran yang dapat membawanya kepada kemenangan. Dengan tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menggagalkan tujuan mereka. Kesabarannya yang luhur ini cukup menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah benar dalam menyampaikan risalah dari Tuhannya. Keraja jika tidak demikian baginda tidak akan tahan menderita dalam menghadapi permusuhan mereka, sedang baginda tidak pernah menginginkan kekayaan harta benda. Oleh kerana itu berduyun-duyunlah orang-orang memeluk agama Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan. Mereka pun berani menderita dalam menghadapi gangguan-gangguan orang musyrik dengan keberanian dan ketabahan yang luar biasa bahkan mereka dengan sukarela membela Rasulullah. Mengorbankan segala sesuatu demi untuk menghadapi tentangan musuh-musuhnya. - mks. Jumlah dilihat: 986 | Cetak | Emel Komen oleh (10) Pembaca aurat wanita Dihantar oleh ummi umar khattab ibnu mohd za, on 23-05-2007 11:06 buat teman-teman wanitaku sekalian, fahamilah akan makna auratmu yang sebenar kerana menutup aurat bukanlah hanya sekadar berlengan panjang dan bertudung,sebaliknya hendaklah yang longgar dan tidak jarang atau ketat.Seluar atau kain hendaklah menutup bukulali atau langsung ditutupi dengan stoking. Jika bertudung pula biarlah yang besar dan menutupi dada bukanlah seperti yang digunakan kebanyakan orang sekarang iaitu hanya menutupi kepala sementara leher dan dada terbuka. Aku juga dahulunya jahil mengenai auratku sehinggalah aku ditegur oleh suamiku yang menyatakan" mana- mana isteri yang keluar dari rumah dan tidak menutup auratnya dengan sempurna, dia telah mencipta kan mahligai buat suaminya di neraka".Aku jadi takut dan al-hamdulillah aku amat berhati-hati dengan auratku sekarang. Renungrenungkanlah wahai saudariku sekalian. Wasallam.... tambah sikit.. Dihantar oleh - who -, on 22-05-2007 11:09 Si Bongkok.. saya nak tambah sikit pendapat anta.. sebenarnya tv pun memainkan peranan penting.. lihatlah rancangan2 di tv.. kebanyakannya rancangan yang merosakkan jiwa kanak2 dan remaja.. jadi..syarikat tv pun harus memainkan peranan

untuk memperbanyakkan rancangan2 mengenai islam agar rakyat tahu apa itu islam... cuba lihat.. animasi islam yang popular seperti 'Muhammad Utusan Terakhir' pun tidak di tayangkan.. wallahualam.. Kaji sejarah sebenar dan jangan emosi Dihantar oleh Mat Ping, on 21-05-2007 21:56 Saya memohon para ulamak PAS supaya mari kita buat kaji selidik sejarah lengkap Rasulullah saw dan buatlah perbandingan antara sejarah sunni, wahabbi dan syiah. Syarat jangan emosi. Kaji hadith dengan hati terbuka. Lepas kaji sila cross chek dengan Al Quran. Jangan sebut tak perlu kaji kerana orang terdahulu sudah mengkajinya.Begitu juga jangan kaji sebelah pihak. Kerana ujud percanggahan maka kita harus mengkajinya dan buat perbandingan tanpa emosi. Saya yakin PAS akan jadi sebuah organisasi yang dihormati. Tujuan saya menulis ini adalah untuk semua kita melahirkan kecintaan yang tinggi dan benar pada rasulullah saw. betul tue... Dihantar oleh Nur kasihku, on 21-05-2007 15:35 setuju dengan pandangan dan komen Si Bongkok Tg Puteri Selawat yang benar Dihantar oleh Mat Ping, on 20-05-2007 00:52 Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada rasullulah saw dan keluarganya"Allohumma sol li ala muhammad wa ali muhammad". Saya pernah mendengar kisah ketika rasulullah saw dalam peristiwa isra dan mikraj bila mana beliau bertanyakan kepada jbril tentang malaikat yang punyai tangan dan jari yang banyak. Jibril menjawab bahawa tugas malaikat tersebut menghitung perlbagai perkara sehingga mampu menghitung jumlah titisan air hujan sejak dari dahulu lagi kerana keupayaannya tangan dan jarinya yang banyak. Namun bila manusia di muka bumi ini berselawat, maka Allah akan membalas selawat, maka selawat dari Allah sungguh banyak jumlahnya sehingga malaikat tersebut tidak mampu menghitung jumlah selawat dari Allah swt kepada sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw. Ketika saya di Iran saya melihat amalan selawat dijadikan suatu tradisi sebutan dimana mereka bermula dengan basmallah dan terus selawat(ketika bersalam, ketika hendak mula ucapan, ketika nak minum, ketika nak makan, ketika nak menghadapi musuh dan dalam semua keadaan). Harapan saya biarlah kita dari semua peringkat melaksanakan selawat dalam seharian moga dengan selawat maka Allah akan mensejahterakan kita. Asas selawat kepada rasulullah dan ahlulbait perlu dijadikan sebutan dan amalan pada setiap insan. Manisfesto Dihantar oleh Hadi, on 19-05-2007 11:57 Berbalik kepada wadah perjuangan Pas yang bertunjangan dasar kedaulatan islam (jika memperolehi kuasa) tidak menjadi hal jika sekiranya kita berjanji pada pada rakyat bahawa yang dimahukan olih pemerintahanan Pas hanya perlaksanaan hukum hakam islam jadi segala projek dan tender akan diserahkan kepada rakyat tanpa mengira

fahaman idealogi politik atau pun akan diagihkan 70/30 mengikut kuota,jadi tidaklah timbul perkara berbangkit hanya kroni yang memegang tampuk pemerintahan sahaja yang menopoli segala habuan ekokonomi,mungkin bolih dimasukkan didalam menisfesto P/Hraya. Teguran baik buat PAS Dihantar oleh Hang Jebat, on 19-05-2007 11:52 Sabar, tabah dan bijaksana dapat mengalahkan kebodohan dan menjurus kepada tertegaknya Islam dalam diri dan masyarakat kita... suatu muhasabah, teguran dan pandangan yang amat baik buat para pimpinan dan barisan pejuang dalam PAS! Teguran dari sahabat kita itu adalah suatu yang benar. Kita lihat dikalangan para pimpinan PAS, mereka tidak bertindak secara bijaksana dalam banyak hal dan tidak sabar serta tabah dalam perjuangan. Mereka nak cepat berjaya, dan cepat melenting bila ditegur, malah kadang2 tidak boleh ditegur langsung, seolah-olah mereka itu lebih maksum dari Rasulullah. Kita adalah manusia, hambaNya yang penuh kelemahan. Kalau ada teguran dari mana2 pihak, terutama melalui email atau SMS, terimalah dengan dada yang terbuka. Kalau betul, maka cepat2lah bertaubat, istighfar, dan cari jalan untuk memperbaikinya. Kalau salah, alhamdulillah, ada orang yang memerhati tindak-tanduk kita. Teruskan amal soleh kita dengan rasa tawadhuk dan mengharapkan keredaan Allah. Allahu AKBAR!!! WASIAT RASULULLAH Dihantar oleh WAN RASHID MOHAMMAD, on 19-05-2007 09:07 Dari Abi Najh Al Irbad bin Sariah r.a katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesan. Rasulullah bersabda: AKU BERWASIAT (BERPESAN) KEPADA KAMU DENGAN BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN MENDENGARKAN SERTA TAAT, SEKALIPUN KEPADA SEORANG HAMBA YANG MEMERINTAH KAMU. KERANA SESUNGGUHNYA BARANG SIAPA YANG HIDUP DARIPADA KAMU, MAKA IA AKAN MELIHAT PERSELISIHAN YANG BANYAK. SEBAB ITU, MAKA HENDAKLAH KAMU BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH AL-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN (YANG MENGETAHUI KEBENARAN SERTA MENGIKUTINYA, YANG MENDAPAT PIMPINAN KE JALAN YANG BETUL) DAN GIGITLAH KAMU DENGAN GERAHAM GIGI KAMU. DAN JAUHI OLEH KAMU AKAN PERKARA YANG BAHARU DIADA-ADAKAN. KERANA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP BIDAH (PERKARA BARU DALAM AGAMA DIADA-ADAKAN) ITU ADALAH SESAT. Diriwayat oleh Abu Daud dan Tarmizi dari Abi Najh Al-Irbad bin Sariah. Hadis ini sahih dan hasan(hadis baik). KETABAHAN Dihantar oleh NCC NAJD, on 19-05-2007 07:23

Tersentuh hati dan sayu, membaca nukilan DR AHMAD MUHAMMAD ALHUFY. Terimakasih HARAKAH. Delema umat islam Dihantar oleh Si Bongkok Tg Puteri, on 18-05-2007 21:46 Memang semua dunia tahu, baik yang islam atau bukan islam bahawa nabi saw adalah sebaik2 contoh kepada makhluk yang bergelar manusia. Tetapi kalau manusia telah dilalaikan dengan kenikmatan kehidupan dunia melalui pelbagai pendedahan di zaman dunia sekarang samada disedari atau tidak, kebanyakkan memang tak disedari, macam mana agaknya nabi saw nak dicontohi. Kalau nak ikut pun tak tahu jadi habis bercelaru, mana satu sunnah dan mana satu bidaah. Sebenarnya Dr, masyarakat islam sekarang ni kurang didedahkan dengan majlis ilmu. Bukan ceramah atau syarahan yang berapi2 yang dimaksudkan tetapi majlis ilmu dimana umat islam diajar semula bab2 tauhid, fekah dan tassawuf supaya asas agama itu dapat diperbetulkan dan tak meraba2 mencari ajaran yang sahih daripada nabi saw. Apabila telah jelas dan faham dengan sebenar2nya tentang islam dan siapa kita sebagai hamba Allah swt, barulah seruan atau tulisan yang seperti Dr perturunkan diatas dapat dihayati dengan penuh tawadduk. Saya bukan ulama macam Dr, tetapi pada pandangan saya inilah delema yang dihadapi oleh masyarakat islam sekarang. Sebagai contoh Dr lihat sendiri bab sembahyang yang asas, bagaimana orang islam sekarang ini bersembahyang, adakah betul mengikut 13 rukun yang ditetapkan sebagai syarat sah. Apa yang sangat dikhuatiri umat islam di akhir zaman ini akan menjadi umat islam pak turut atau main ikut2 tanpa mengetahui ilmu sebenar. Perlu diingat Dr, amalan tanpa ilmu adalah bidaah dan lebih berat lagi ada ilmu tiada amalan adalah fasik.

Anda mungkin juga menyukai