Anda di halaman 1dari 23

APLIKASI TEORI MODEN KEPIMPINAN PENDIDIKAN. KEPIMPINAN STRATEGIK MENURUT BRENT DAVIES DAN BARBARA J.

DAVIES PENDAHULUAN Kepimpinan strategik merupakan satu komponen penting dalam pembangunan sekolah yang berkesan. Bagi seorang pemimpin, bukan sekadar memperbaiki atau melakukan penambahbaikan pada masa kini, tetapi membina kemampuan dan keupayaan strategik di sesebuah sekolah. Kepimpinan Strategik bukan bukan suatu perkara yang baru, seperti kepimpinan transformasi atau kepimpinan yang berpusatkan pembelajaran. Paradigma kepimpinan adalah luas. Definisi Strategik boleh digunapakai melalui lima konsep iaitu : 1. Menitikberatkan pendapat untuk menentukan hala tuju organisasi dengan memahami sejarah dan situasi semasa organisasi.
2. Strategik yang seringkali berkaitrapat dengan perancangan ( definisi yang

tradisional) ia boleh dianggap sebagai suatu yang holistik.


3. Strategik bukan melibatkan aktiviti harian tetapi ia melibatkan suatu demensi

yang luas dalam organisasi. 4. Sebagai medium jangka masa panjang dalam sesuatu rangka kerja. 5. Strategik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk perancangan jangkamasa pendek dan ativiti-aktiviti yang akan dijalankan kelak. Menurut Bush dan Glover (2003), Kepimpinan bleh ditakrifkan sebagai adalah suatu proses dimana ia kan mempengaruhi seseorang individu atau organisasi dalam mencapai matlamat atau misi sesebuah organisasi. Ia melibatkan inspirasi dan sokongan dari pihak lain untuk mencapai visi dan misi sekolah atau organisasi berdasarkan nilai peribadi dan professional yang jelas. Manakala menurut Davies (2004) pula, kepimpinan akan terbentuk dengan adanya gabungan 5 unsur yang melibatkan kemampuan atau keupayaan organisasi dan 4 ciri pemimpin straegik. Dengan menggunakan Model Kepimpinan Strategik sebagai panduan, terdapat tiga bahagian utama iaitu:
1

1. Apa yang dilakukan oleh pemimpin strategik


2. Ciri-ciri penampilan yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin strategic.

3. Satu Model kepimpinan Strategik.

APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN STRATEGIK . Bagi seseorang pemimpin strategik, individu itu perlu melibatkan diri dalam aktiviti tersebut iaitu :
1. Menetapkan hala tuju sesebuah organisasi

2. Menterjemahkan strategik kepada suatu tindakan 3. Menyelaraskan pekerja dan organisasi dengan strategik.
4. Menentukan penglibatan yang berkesan.

5. Mengembangkan keupayaan strategik MENETAPKAN HALA TUJU SESEBUAH ORGANISASI


Sebagai seorang pemimpin strategik, seseorang itu bukan sahaja perlu bijak

mengurus, bahkan perlu merangka untuk menentukan kedudukan dan keperluan organisasi pada masa akan datang. Strategi berfungsi untuk menterjemahkan tingkahlaku atau perlakuan dan visi menjadi suatu kenyataan. Ia dapat digambarkan dengan rajah tersebut :

Rajah 1 : Fungsi Strategi MENTERJEMAHKAN STRATEGI KEPADA SUATU TINDAKAN Menurut Davies, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk

menterjemahkan strategi kepada suatu tindakan iaitu menyatakan idea, membina, memcipta dan membuat penetapan (Ariculate, Build, Create and Define ). Penyataan idea dapat dilakukan denganIa dilakukan melalui 3 cara iaitu : lisan, bertulis dan struktur. Pernyataan secara lisan adalah bagaimana cara pemimpin berkomunikasi melalui perbualan strategik, tujuan strategik dan hala tuju organisasi. Manakala pernyataan secara bertulis adalah kenyataan formal dan rancangan yang berbeza daripada rancangan operasi jangka pendek dan pernyataan struktur merujuk kepada insfrastruktur organisasi yang menyokong dan mengembangkan pendekatan strategik. Apa yang dimaksudkan dengan membina kefahaman bersama ialah melalui berkongsi pengalaman dan gambaran. Pada peringkat ini, ia perlu membayangkan gambaran dan memahaminya dengan jelas . Ini merupakan kebangkitan ahli-ahli di sekolah untuk membina kesepakatan dalam bekerja bagi menjamin keberkesanan pada masa depan. Kepimpinan perlu mencipta
3

dialog, perkongsian konsep dan peta minda untuk masa depan. Antaranya seperti mengadakan program yang boleh membangkitkan semangat dan motivasi semua pihak dalam mencapai matlamat. Melalui perbualan strategik pula ia meningkatkan penyertaan dan motivasi untuk memahami keperluan perubahan dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan perlu menyatakan hasil yang diingini dan peringkat untuk mencapai keputusan tersebut. Tichy dan Sharma berpendapat bahawa mengenalpasti perkara yang perlu dilakukan untuk menggerakkan organisasi dari sekarang hingga masa hadapan. . MENYELARASKAN PEKERJA DAN ORGANISASI DENGAN STRATEGI Secara dasarnya tidak mungkin kita dapat mengubah misi dan strategi tanpa mengubah pemikiran dan perilaku ahli dalam organisasi. Menurut Wilson ( 1997): perubahan organisasi mempunyai 2 aspek utama iaitu : 1. Perubahan dalam misi dan strategi .
2. Perubahan dalam budaya dan perilaku.

Kepentingan dalam penyusunan pekerja

telah dikenalpasti oleh Grundy (1998) dan

Gratton (2000). Berdasarkan kajian dan temubual yang dijalankan, dalam perbualan strategik, telah membina penyertaan dan motivasi didalam sekolah bagi meningkatkan kebolehan strategik. Proses penyusunan ini berfungsi secara berulang-ulang sebagaimana yang digambarkan dalam rajah tersebut.

Perbualan Strategik : proses mengembangkan perbualan strategik dan penglibatan perbincangan isu-isu sekolah dan cabaran yang akan dihadapi oleh sekolah secara terperinci. Contohnya seperti mengadakan perbincangan dua hala dalam menyelesaikan masalah atau mencapai visi oeganisasi / sekolah. Strategik penglibatan / penyertaan : dengan adanya perbincangan dalam sesebuah organisasi, maka ia akan mewujudkan penglibatan semua pihak oreganisasi. Ini juga merupakan proses untuk mengembangkan kemampuan m. organisasi untuk membina kepimpinan secara mendalam. Ia juga suatu proses untuk membudayakan semula organisasi. Bagi penglibatan yang besar ia akan mengambil masa yang panjang dan rumit sedangkan penglibatan yang kecil akan melibatkan jangkamasa yang pendek. Strategik motivasi : ia merupakan proses untuk memotivasikan pekerja atau ahli organisasi untuk membawa sumbangan kepada sesebuah organisasi. Ia juga melibatkan
5

kemampuan secara emosi dan kemampuan membangunkan kepercayaan. Sebagai kontrak emosi untuk menarik minat pekerja dan kakitangan ke arah mencapai matlamat organisasi. Membagunkan keupayaan : gabungan antara perbualan strategik dan strategik penglibatan akan membina keperibadian yang tinggi. Ini kerana sumber utama dalam sesebuah organisasi adalah modal insan. Keupayaan adalah sumber sedia ada pada masa tertentu untuk mencapai matlamat. Manakala kemampuan pula adalah gabungan antara kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh ahli dalam organisasi yang diperlukan untuk capai tugas yang ditetapkan. MENENTUKAN PENGLIBATAN YANG BERKESAN Cabaran dalam kepimpinan adalah untuk membuat perubahan strategik yang penting dimana untuk memilih strategik strategik yang sesuai. Sebagai pemimpin, seseorang perlu tahu apa, bagaimana dan bila sesuatu strategik itu perlu diubah serta apa yang tidak perlu dilakukan. MENGEMBANGKAN KEUPAYAAN STRATEGIK Kreatif dalam meyelesaikan masalah dan kerja berpasukan diperlukan bagi sekolah dapat mendalami kemampuan dan keupayaan strategik. Tekanan untuk sasaran jangkamasa pendek akan menyebabkan kelewatan dalam memperkembangkan pembangunan penting untuk jangkamasa panjang ( Davies : 2004).

CIRI-CIRI PEMIMPIN STRATEGIK Terdapat 4 ciri pemimpin strategik : 1. Pemimpin Strategik mempunyai rasa tidak puas hati dengan masa kini

Kegelisahan yang dimaksudkan adalah ketegangan yang kreatif yang mana ia muncul dan dilihat daripada diri seseorang apakah yang ingin dia jadi,apakah visi dan berani menghadapi realiti.Pemimpin Strategik ini perlu bertindak sebagai penyokong kepada organisasi yang inginkan perubahan. Tidak semua organisasi itu boleh berfikir sebagaimana pemikirannya dan pemimpin strategik harus menerimanya,maka ia perlu bekerjasama mencari dan memproses idea yang lebih baik. Kajian terhadap responden menyatakan : I. Adakah setiap orang itu berfikiran terbuka atau sempit dan pemikiran ini akan memberi kesan yang positif dan negative. Akan berlakulah keadaan cemas,bimbang,ambil tahu dan kesedihan dan ini semua boleh diubah kepada sesuatu yang positif. II. Salah satu hal yang mendorongnya adalah sikapnya yang tidak pernah rasa puas.

2. Pemimpin strategik yang mengutamakan pemikiran dan pembelajarannya yang strategic

Pemimpin ini akan sentiasa berfikir mencari idea baru,pengetahuan baru dan membina pemikiran kreatif untuk membina strategi. Pemimpin ini gemar mencari idea melalui proses pembelajaran dan penting padanya bagi meletakkan hala tuju yang sesuai untuk sekolah.
7

Contoh yang terbaik adalah pemimpin sekolah ini mampu untuk mengaitkan pemikiran dan ideanya yang terkini dengan proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Hasil daripada kajian menyatakan : I. Responden pertama : saya selalu duduk dan berfikir,bila saya sendirian itu adalah masa saya berfikir II. Responden Kedua : Kita bebas membuat perbincangan tentang hala tuju ke mana kita akan pergi,saya selalu mengetuai perbualan kerana ia salah satu keistimewaan yang saya ada melalui pembacaan saya. Saya selalu mendapat idea yang bagus dan mengaplikasikannya.

Jika kita hendak membentuk sekolah yang kreatif, penting untuk kita cantumkan pemikiran dan pembelajaran dan ini penting bagi seseorang ketua untuk menggerakkan individu dan komuniti sekolah kea rah pemikiran yang kreatif. 3. Pemimpin Strategik membina model mental untuk membentuk dan membina persefahaman

Pemimpin ini akan membina satu teori untuk membentuk persefahaman dalam organisasi kea rah pembangunan dan mewujudkan satu kumpulan kerja yang serasi dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Pemimpin sekolah menegaskan pentingnya model teori untuk menyokong pembangunan strategic.

2 responden menyatakan : I. Responden pertama : Proses pembangunan sekolah dipisahkan di antara target, perancangan strategik dan pemikiran masa hadapan. II. Responden kedua : Teori perlu dihasilkan dalam melakukan sesuatu perubahan dalam struktur pengurusan,maka orang akan tahu apa yang hendak dilakukan dan kenapa kita perlu lakukan perubahan.

4. Pemimpin Strategik perlu ada kuasa di tangan dan bijak membina hubungan

Pemimpin ini perlu melihat persekitaran dalaman,serantau dan antarabangsa,perlu membina idea dan meletakkan matlamat pada aras yang tertinggi. Kebolehan seseorang pemimpin itu mengembangkan kuasa dan rangkaian akan melengkapkan pelbagai sudut dalam suasana pendidikan. Responden menyatakan : Saya meluaskan rangkaian di kolej. Ini kerana saya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Saya tidak fikir mengenai strategi yang harus dilakukan pada staff di sekolah, saya tidak memikirkan mengenai cakap-cakap orang dan saya hanya pandang kehadapan Pemimpin strategik meletakkan kepentingan yang utama pada rangkaian dan hubungan kerja untuk menjana idea dan inspirasi untuk mengubah dan mengembangkan strategi.

MODEL KEPIMPINAN STRATEGIK

PEOPLE WISDOM Participation Creative thinking Shared information Motivation Capability

STRATEGIC APPROACHES Strategic planning Strategic intent Emergent strategy Decentralized strategy PROCEDURAL WISDOM Learning Action Alignment Timing STRATEGIC PROCESSES Reflection Creating a common language Conversation

LEADERS STRATEGIC INTELLIGENCE

STRATEGIC LEADERSHIP

CONTEXTUAL WISDOM Understanding and developing culture Sharing belief Sharing values Developing networks Understanding external

10

Model Kepimpinan Strategik Davies Davies, B.J. (2004:17)

( Davies, B.J,2004 ) Kepimpinan strategik adalah berdasarkan kepada kepintaran strategik yang telah diringkaskan kepada 3 perkara : 1. Kebijaksanaan Ahli ( staff ) Senge (1996 :45) mencadangkan : Kita harus percaya bahawa pemimpin itu merupakan seseorang yang maju kehadapan, bersungguh-sungguh dalam mengubah diri dan organisasi.

Terdapat 6 elemen : a) Penyertaan ahli b) Pemikiran yang kreatif c) Berkongsi maklumat d) Motivasi yang tinggi e) Kebolehan yang tinggi f) Mempunyai kecekapan

2. Kebijaksanaan menguasai keadaan Pemimpin mestilah mengetahui sejarah dan persekitaran sesebuah sekolah itu sebelum mengatur strategi perubahan. Pemimpin harus bijak mencari reaksi
11

kepada idea-idea baru, menerima pendapat dan mencari keistimewaan sekolah tersebut. Ini akan memudahkan pemimpin mencipta strategi untuk persekitaran sekolah tersebut.

Terdapat 6 elemen : a) Memahami dan mengembangkan budaya di sekolah tersebut b) Berkongsi nilai c) Berkongsi kepercayaan dalam organisasi d) Mencipta atau membina hubungan antara staf dan organisasi e) Memahami persekitaran luaran

3. Kebijaksanaan dalam peraturan kerja

Fokus kepada 3 strategi :

1. Putaran pembelajaran yang strategic Pemimpin strategik boleh mengawal kebolehan orang lain dan mempunyai keberanian dalaman untuk memimpin organisasi maju ke hadapan. Organisasi ini mempunyai hala tuju yang sama,berkongsi nilai dan kepercayaan dan masa depan. Gerakan tersebut adalah berdasarkan putaran berikut :
LEARNING ( pembelajaran )

ACTION (tindakan ) )

ALIGNMENT (penyusunan 12

TIMING ( mengikut masa )

2. Pendekatan Strategik pendekatan ini berbeza mengikut konteks dan keadaan.

Terdapat 6 elemen : a) Perancangan strategik b) Tujuan strategik c) Kemunculan strategi baru d) Pembahagian strategi

3. Proses strategi Ia berkait rapat dengan kebijaksanaan peraturan kerja tetapi bergantung kepada penglibatan orang dan pemahamannya pada sesuatu keadaan.

Terdapat 6 elemen : a) Bertindak balas b) Membina bahasa sendiri


13

c) Perbualan / percakapan (tutur kata ) d) Membina model mental e) Analisis f) Pengucapan

Adalah penting bagi seseorang pemimpin untuk memahami model-model teori dan mengembangkan pemahaman dan bahasa sendiri dalam komuniti sekolah.

KESIMPULAN

Pemimpin strategik berperanan untuk mencipta satu keperluan dan momentum untuk pembelajaran organisasi,pemikiran yang luas dan berimaginasi tinggi dan bekerja sesama mereka untuk bersama membantu mencapai peningkatan. Adalah sukar sesebuah sekolah itu untuk ke hadapan sekiranya tidak mempunyai pemimpin yang bijak dalam mengatur strategi.

14

As we learned together, those shared voices became stronger and more individuals became invested in the process and the outcome (Lambert, 1998) _____________________________________________________________________

DEFINASI KONSTRUKTIVISME DARI SUDUT PENDIDIKAN Dalam membincangkan pendekatan kepimpinan secara konstruktivisme di dalam sesuatu organisasi, adalah baik sekiranya penerangan tentang terma konstruktivisme itu diperjelaskan. Pendekatan Konstruktivisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi para pendidik. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Jika dibincangkan dari sudut aplikasi teori konstruktivisme dalam P&P, ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada seorang pendidik kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas (skemata) bagi ilmu pengetahuan yang dipelajari akan digunakan oleh murid sebagai bahan mentah atau sumber rujukan bagi memproses dan mengabstrakan konsep baru yang bakal dipelajari. Minda murid tidak akan menerima konsep baru yang dipersembahkan secara terasing , bahkan mereka akan cuba mengasimilasi dan mengadaptasi konsep baru dengan pengetahuan sedia ada. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada dalam diri mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada skema mereka,
15

barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengtahuan itu dapat dibina. Proses ini dinamakan pembelajaran secara konstruktivisme. APA ITU KEPIMPINAN KONSTRUKTIVISME? Konsep konstruktivisme dalam P&P, yang memberi penekanan kepada pelajar membuat pengukuhan terhadap ilmu baru melalui proses penstrukturan kognitif berdasarkan ilmu pengetahuan sedia ada dan bertindak sebagai agen pembelajaran aktif dalam satu sesi pembelajaran yang kolaboratif, sedikit sebanyak dapat menjelaskan konsep yang lebih kurang sama yang turut diaplikasikan dalam stail kepimpinan konstruktivisme.

16

Carta 1

Menurut Lambert (1998), beliau menggangap bahawa proses kepimpinan adalah juga salah satu dimensi pembelajaran yang kolaboratif yang mana setiap ahli dalam organisasi mempunyai peranan penting dalam menambahbaik mutu keberkesanan organisasi mereka. Oleh yang demikian, beliau mendefinasikan kepimpinan konstruktivisme sebagai satu proses timbal-balik (reciprocal), pembelajaran-bermakna (purposeful learning) dan tindakan berpasukan (action in community). Ini dapat digambarkan sebagaimana dalam Carta 1.

Kepimpinan secara birokrasi akan membataskan kebolehan dan kapasiti berfikir ahli-ahli dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan kepada teori ini, limitasi ini dapat di atasi dengan adanya perkongsian idea dan pertukaran pendapat antara semua ahli di dalam sesebuah organisasi, tanpa memberi penekanan terhadap bidang kuasa dan kedudukan mereka.
17

Our capacities for reciprocity are a function of our growth and maturity, our ability to invest in the learning of others as we invest in our own learning. Lambert (1998) Kepimpinan konstruktivisme dapat dijalankan dalam sesuatu organisasi yang mengutamakan hubungan insaniah antara manusia dengan manusia yang memberi penekanan kepada hubungan timbal-balik (reciprocal relationship). Dalam menyediakan suasana yang kondusif bagi pertukaran pendapat dan fikiran antara ahlinya, seorang ketua haruslah berusaha untuk mencipta satu suasana yang memberi penekanan kepada aspek kepercayaan (trust), hormat-menghormati and semangat kerja berpasukan. Konsep kepimpinan ini dapat diaplikasikan dengan secara optimum dalam bidang pendididkan khususnya pengurusan kepimpinan di sekolah. Menurut Lambert (1998), apabila para pendidik berada dalam satu klimat tempat kerja yang mementingkan nilai kepercayaan dan pembelajaran berdasarkan pengalaman, para pendidik akan secara tidak langsung bergandingan dan bekerja secara kolaboratif untuk menghasilkan satu anjakan paradigma dalam pekembangan insaniah (human development) bukan sahaja kepada anak muridnya, bahkan kepada diri mereka sendiri. CONTOH APLIKASI KEPIMPINAN KONSTRUKTIVISME DI SEKOLAH
1. Mengamalkan dasar kepercayaan pada kemampuan dan potensi, perbezaan dan

kekuatan individu. (A deep respect for individual, differences and strengthes)


2. Semua berhak belajar, dan memimpin. (All can learn, all can lead) 3. Semua guru adalah ketua (All teachers are leaders; all teachers are instructional

leaders)
4. Pelajar berkualiti adalah guru yang berkualiti (Quality learners are quality

teachers)
5. Walaupun pengetua mempunyai kuasa utama, setiap ahli juga mempunyai kuasa

(While the principle enable empowerment, power resides in each person).


6. Perubahan adalah salah satu proses pembelajaran bersama (Change is a process

of learning together)
18

7. Penambahbaikan sekolah adalah satu proses yang tidak mustahil (School

improvement is a doable work)


8. Sekiranya anda berjaya menawan hati seorang murid, anda juga mampu untuk

menawan mindanya (If you capture a childs heart, you also have his or her head) CIRI-CIRI PEMIMPIN DARI SUDUT PANDANGAN TEORI KONSTRUKTIVISME 1. Mempunyai satu kerangka konsep dan kefahaman yang mendalam dalam aspek teori konstruktivis itu sendiri. Mereka perlu jelas tentang nilai-nilai, tanggungjawab dan mempunyai rasa hormat pada kemampuan potensi individu lain dalam proses mempelajari dan mengetuai ( learn and lead). Sikap ini akan dapat membantu para pemimpin menetapkan fokus dan memastikan integriti mereka sebagai ketua tidak terjejas. 2. Mempunyai kemahiran komunikasi berkesan. Terutamanya kemahiran:i) Mendengar pendapat ii) Mengutarakan soalan iii) Memilih perkataan atau dialog percakapan yang mengambarkan sikap keterbukaan, dan flexibiliti 3.

Mempunyai ilmu pegetahuan yang tinggi dalam bidang kerja mereka. Dalam konteks kepimpinan pendidikan; seorang Pengetua semestinya seorang yang arif dalam bidang pengurusan P&P, sekolah, dan pembangunan sumber manusia. Ini adalah kerana mereka merupakan mentor dan fasilitator yang memimpin dan menyelia-pantau subordinat mereka.

4.

Mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi pada kemampuan subordinat.

19

Yakin dan berani untuk memberikan ruang kebebasan untuk para subordinat membuat dan mengambil tindakan, namun masih memberikan perhatian terhadap hasil keputusan yang dibuat.

5.

Menjaga kepentingan sendiri. Walaupun kebajikan dan kepentingan pendapat subordinat perlu diberi perhatian, namun seorang pemimpin perlu mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan yang dapat meningkat dan menambahbaik produktiviti dan keberkesanan organisasi. KAPASITI KEPIMPINAN SEBAGAI KERANGKA KEPIMPINAN

KONSTRUKTIVISME Kapasiti kepimpinan merujuk kepada kebolehan sesuatu organisasi itu dalam menguruskan dan mentadbir keupayaan ahli organisasi dalam memastikan keberkesanan mutu produktiviti organisasi mereka. Ia mengambil kira penglibatan semua pihak dalam memastikan keberkesanan organisasi dalam meningkatkan produktiviti mereka secara optimum. Kapasiti kepimpinan di sesebuah sekolah dapat dipastikan berdasarkan kriteriakriteria yang berikut: Penglibatan yang meluas dalam bidang kepimpinan konstruktivisme dari semua pihak Matlamat yang berfokuskan kepada penambahbaikan mutu pencapaian sekolah Pendekatan penyelesaian masalah secara inquiri (kaji selidik) Peranan, tanggungjawab dan kerjasama antara semua pihak yang mengarah kepada budaya kerja kolaboratif dan berpasukan Pendekatan refleksi bagi tujuan penambahbaikan (contohnya: menjalankan Kajian Tindakan berkaitan dengan kaedah terbaik menangani masalah disiplin dalam kalangan murid)

20

Pencapaian akademik yang mantap bagi sekurang-kurangnya empat tahun berturut-turut Lambert (1998) membahagikan tahap perkembangan Kapasiti Kepimpinan di sekolah 3 peringkat utama berdasarkan keterangan yang berikut:1) Instruktif; merujuk kepada arahan ketua kepada subordinat dan istilah ini adalah

berbeza dengan perkaitan sikap kepimpinan autokratik. Ianya lebih merujuk kepada jangka masa sesuatu organisasi dalam memfokuskan matlamat dan menyusun atur perancangan dan memulakan stuktur dan proses kolaboratif yang mungkin tidak pernah wujud dalam organisasi tersebut sebelum itu (contohnya menetapkan kumpulan sasaran kerja, matlamat, menganalisis data pencapaian sekolah bagi tujuan penambahbaikan, berkongsi pendapat dan harapan, serta berkerjasama dalam kumpulan). Pada tahap ini tahap sikap keterbukaan guru terhadap gaya kepimpinan baru yang ingin diterapkan mungkin akan berbeza dan tidak dapat dipastikan (receptive or reluctant). Pada tahap ini tahap keberkesanan komunikasi pemimpin adalah sangat kritikal dalam mempengaruhi dan memberikan sokongan moral kepada subordinat dalam proses membina keutuhan nilai kepercayaan dan keyakinan antara ahli organisasinya.
2) Transional: adalah tahap melepaskan iaitu pengurangan autoriti dan kawalan

secara berperingkat-namun masih memberikan sokongan dan bantuan dari segi moral dan ilmu pengetahuan. Pada tahap ini, keupayaan ketua sebagai agen kepimpinan yang membantu dan menyokong perkembangn stafnya adalah amat penting kerana para guru mula mempunyai keyakinan pada keupayaan mereka untuk memimpin. Kadar pertumbuhan dan perkembangan ini mungkin berbeza antara individu; ada yang mungkin sudah bersedia menerima tanggungjawab sebagai pemimpin ada juga yang masih memerlukan bantuan dan sokongan untuk jangka yang lebih lama bagi mendapat keyakinan terhadap kapasiti kepimpinan diri sendiri.

21

3) Kapasiti tinggi: merujuk kepada tahap kapasiti individu dan organisasi dalam

cara memberi sokongan kepada para guru untuk bertindak lebih dominan dalam menjalankan bidang tugas masing-masing. Pengetua akan memainkan peranan yang semakin kurang dominan, dan lebih kepada menyelia. Para guru dan hubungan antara mereka dengan pengetua akan lebih erat dan mereka semakin berani menyuarakan pendapat dan menerima tugasan yang diberi kepada mereka, yang kini mempunyai tahap akauntibiti yang tinggi dengan yakin.

KESIMPULAN Lambert (1998) menyatakan bahawa organisasi sekolah yang mempunyai tahap kapasiti kepimpinan yang tinggi biasanya adalah sekolah yang berjaya menerapkan nilai kepimpinan secara kolaboratif (Kepimpinan Konstuktivisme) dalam kalangan ahli organisasinya. Mereka mengaplikasikan teknik komunikasi secara konstruktivis (timbalbalik) dalam sesi perbicangan, samada perbincangan professional (mesyuarat formal), mahupun perbincangan yang bersifat personal (perbualan harian). Apabila komunikasi yang berorientasikan kepada kepercayaan dan sikap keterbukaan ini menjadi nadi sosialisasi sesebuah organisasi, ahlinya secara tidak langsung turut sama dalam meyumbang ke arah keberkesanan optimum organisasi tersebut, maka wujudlah stail Kepimpinan Konstuktivisme dalam organisasi tersebut.

22

RUJUKAN Lambert, L. (1998). Constructivist Leadership. In Davies B. (Ed.), The Essentials of School Leadership (pp. 93- 109). Corwin Press. Brent VDavies and Barbara J. Davies (1998). Strategic Leadership . In Davies B. (Ed.), The Essentials of School Leadership (pp. 11-92). Corwin Press. Teori Konstruktivisme. Data diterima pada Ogos 14, 2010, dari http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

23

Anda mungkin juga menyukai