Anda di halaman 1dari 4

Soalan Lazim e-CAP

KWSP MENYEDIAKAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP)


KEPADA PKS
 
SOALAN LAZIM ASAS (FAQs)
 

BIL SOALAN & JAWAPAN

1 Apakah Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP)?

KWSP maklum bahawa penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan persekitaran perniagaan yang sukar kepada sektor
perniagaan dan banyak syarikat sedang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Justeru, KWSP melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 bermula 23 April 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) yang layak untuk menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan di samping membantu majikan untuk
terus kekal beroperasi serta terus mengekalkan tenaga kerja mereka.

Program ini membolehkan majikan memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk
caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (Upah bulan Mac, April & Mei 2020).

2 Siapakah yang layak untuk memohon program bayaran penstrukturan caruman syer majikan?

Untuk memohon kemudahan e-CAP, majikan PKS perlu :

a. Mempunyai serta menggajikan 200 orang pekerja atau kurang.


b. Memastikan semua bayaran caruman (syer majikan dan pekerja) setakat caruman bulan
Februari 2020 (upah bulan Januari 2020) adalah teratur.
c. Memastikan bayaran caruman syer pekerja telah diselesaikan sepenuhnya untuk bulan
yang dimohon (April, Mei dan Jun).

3 Bagaimanakah program bayaran penstrukturan caruman syer majikan dilaksanakan?

/
BIL SOALAN & JAWAPAN

Program ini membolehkan majikan yang layak untuk memohon penangguhan dan menstruktur semula caruman syer majikan
untuk caruman bulan April, Mei dan Jun 2020. Bayaran untuk caruman tertangguh yang telah distruktur semula boleh dibuat
dalam tempoh maksimum tiga bulan.

Sebagai contoh, untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan April, bayaran penstrukturan semula akan
bermula dari bulan Julai 2020 sehingga tempoh maksimum tiga bulan yang berakhir pada September 2020.

Untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan Mei, bayaran penstrukturan semula untuk bulan tersebut
akan bermula dari bulan Ogos 2020 sehingga Oktober 2020, sementara untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan
caruman bulan Jun, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari bulan September 2020 sehingga November 2020.

4 Contoh senario kes sebagai penjelasan lanjut kepada soalan 3.

Ah Kaw adalah seorang penjual sayur dan menggajikan 2 pekerja iaitu Kiah dan Maniam. Perniagaan Ah Kaw terjejas dengan
teruk disebabkan pandemik COVID-19.

Upah Mac – Mei 2020 (Caruman April – Jun 2020):


Ah Kaw perlu membayar caruman syer pekerja untuk Kiah dan Maniam, berdasarkan jumlah upah yang dibayar bagi bulan
berkenaan.

Pada masa yang sama, Ah Kaw boleh memohon untuk menstruktur semula bayaran caruman SYER MAJIKAN bagi tempoh
tersebut.

Dalam situasi ini:

Bahagian caruman syer pekerja tidak termasuk dalam penstrukturan semula ini.
KWSP tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ah Kaw kerana
menstruktur semula bayaran SYER MAJIKAN bagi tempoh tersebut.
Pengurangan atau pengecualian Caj Lewat Bayar untuk pelan bayaran penstrukturan yang
telah diluluskan boleh dimohon.
Ah Kaw perlu membayar dividen terakru atas caruman.

5 Mengapakah KWSP mengenakan Caj Lewat Bayar dan dividen terakru ke atas kelewatan bayaran caruman?

Setiap bayaran caruman yang lewat dibayar akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen.

Caj Lewat Bayar merupakan caj yang dikenakan terhadap majikan yang tidak membuat caruman mengikut masa yang
ditetapkan.

Manakala dividen akan dikreditkan ke akaun ahli mengikut tempoh bulan caruman sebenar bagi memastikan tiada kerugian
dividen ke atas ahli bagi kelewatan bayaran caruman.

6 Saya berminat. Jadi bagaimana saya boleh memohon untuk program ini?

/
BIL SOALAN & JAWAPAN

KWSP akan menerima permohonan untuk bayaran penstrukturan caruman syer majikan mulai 23 April 2020.

Jika anda memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan (lihat soalan 2), anda boleh membuat permohonan melalui fungsi e-
CAP di portal i-Akaun (Majikan) secara bulanan.

Ini adalah untuk memastikan syer pekerja untuk bulan sebelumnya telah dibayar dan syer majikan telah distruktur dengan
sewajarnya.

7 Bagaimanakah saya boleh membuat bayaran penstrukturan caruman?

Bayaran ansuran boleh dibuat melalui:-

a. Portal i-Akaun (Majikan); atau


b. Kaunter KWSP; atau
c. Kaunter bank yang dilantik oleh KWSP.

8 Bolehkah syarikat baru memohon untuk program ini ?


 

Program ini adalah terhad untuk majikan yang berdaftar dengan KWSP sahaja.

9 Adakah bayaran penstrukturan bulanan termasuk dengan caruman bulanan berkanun yang juga perlu dibayar oleh
majikan?

Pembayaran penstrukturan bulanan tidak termasuk pembayaran caruman berkanun. Pembayaran mestilah diselesaikan
secara berasingan.

Bayaran untuk caruman bulanan berkanun mestilah diselesaikan secara berasingan.

10 Bagaimanakah jika saya ingin berhenti daripada program ini sebelum pelan penstrukturan tamat?

Jika anda ingin berhenti sebelum pelan penstrukturan tamat, anda hendaklah membuat pembayaran penuh.

11 Apakah akan berlaku sekiranya saya gagal mematuhi pelan bayaran penstrukturan yang telah diluluskan?

/
BIL SOALAN & JAWAPAN

KWSP berhak untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

12 Bolehkah saya memanjangkan tempoh penstrukturan dari pelan penstrukturan caruman sedia ada?

Program e-CAP ini adalah khusus bagi caruman bulan April, Mei dan Jun 2020. Semua pembayaran hendaklah dijelaskan
sepenuhnya sebelum 30 Disember 2020.

13 Bolehkah saya membuat permohonan lebih awal bagi tempoh caruman ke hadapan?

Program e-CAP ini tidak menyediakan penstrukturan bagi bayaran caruman bulanan ke hadapan. Anda boleh menghubungi
Pegawai Khidmat Nasihat Majikan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Anda mungkin juga menyukai