Anda di halaman 1dari 16

SOALAN-SOALAN UMUM TENTANG HAK PEKERJAAN

1. 1.1 2. 2.1 PERLINDUNGAN Adakah saya dilindungi di bawah Akta CPF dan/atau Akta Pekerjaan? GAJI Saya telah meninggalkan syarikat saya tetapi majikan saya belum lagi membayar gaji saya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali gaji saya? Majikan saya telah membatalkan perkhidmatan saya. Bilakah saya sepatutnya menerima gaji saya? Majikan saya tidak memberikan saya slip gaji dan saya tidak menandatangani sebarang kontrak pekerjaan. Gaji saya diberitahu secara lisan. Adakah ini salah? Setiap bulan majikan saya membayar gaji saya lewat (lebih daripada tujuh hari selepas bulan lepas) tetapi CPF dibayar tepat pada masanya. Adakah ini salah? MASA BEKERJA Saya kini dalam tempoh percubaan dan majikan saya telah meminta saya melakukan kerja yang melebihi masa bekerja dalam kontrak saya. Adakah majikan saya perlu membayar saya gaji lebih masa? Majikan saya meminta saya bekerja lebih masa. Bolehkah saya menolak? CUTI TAHUNAN Saya masih dalam tempoh percubaan. Adakah saya layak mempunyai cuti tahunan? Apakah peruntukan cuti tahunan saya? Adakah betul jika bos saya memotong gaji saya apabila saya mengambil cuti tahunan? Syarikat saya seringkali menolak permohonan cuti tahunan saya. Syarikat ini juga tidak membenarkan kami menunda cuti ke tahun hadapan atau menukar cuti yang tidak digunakan kepada wang tunai, jadi biasanya saya terpaksa mengorbankan cuti saya. Adakah ini salah? CUTI SAKIT/ MANFAAT PERUBATAN Saya telah mengemukakan sijil cuti sakit dan memaklumkan majikan saya bahawa saya sakit dan tidak dapat datang bekerja. Adakah majikan saya masih boleh memotong gaji saya?

2.2

2.3

2.4

3. 3.1

3.2 4. 4.1 4.2

4.3

5. 5.1

5.2

Adakah pekerja, walaupun mereka yang masih dalam tempoh percubaan berhak menuntut perbelanjaan perubatan? HARI REHAT Majikan saya hanya memperuntukkan dua hari berehat dalam sebulan. Hari-hari berehat ini ditetapkan pada hari biasa selang satu minggu, dan tiada cuti ganti jika hari rehat jatuh pada cuti awam. Adakah ini betul? Majikan saya meminta saya bekerja pada hari rehat saya. Berapakah jumlah yang saya perlu dibayar? CUTI AWAM Majikan saya meminta saya bekerja pada hari cuti awam. Bagaimanakah saya harus dibayar? PEKERJAAN SAMBILAN Saya seorang pekerja sambilan. Adakah saya berhak mendapat bayaran tambahan jika saya bekerja semasa cuti awam? SUMBANGAN CPF Sebagai seorang pekerja sambilan, adakah saya perlu membuat sumbangan CPF? Bagaimana jika gaji saya kurang daripada $500 sebulan? Adakah CPF dibayar hanya pada gaji asas saya, atau pada komisen atau elaun saya juga? Notis Pemberhentian / Pembatalan Jika seorang pekerja tidak tahu tentang tempoh notis untuk pemberhentian dan gagal mengemukakan notis pemberhentian, bolehkah majikan memotong gaji pekerja atau meminta ganti rugi bagi tempoh notis? Jika pekerja tidak menandatangani kontrak pekerjaan, adakah majikan boleh memotong/ menahan gaji pekerja dan meminta ganti rugi? GAJI TAMBAHAN TAHUNAN (AWS) DAN KENAIKAN GAJI Adakah wajib bagi majikan untuk memberikan gaji tambahan tahunan (AWS) iaitu gaji bulan ke-13 (bonus)? Adakah semua pekerja berhak mendapat kenaikan gaji/bayaran tahunan? KONTRAK PEKERJAAN

6. 6.1

6.2 7. 7.1

8. 8.1

9. 9.1

9.2 10. 10.1

10.2

11. 11.1

11.2 12.

12.1

Bolehkah majikan saya meminda syarat-syarat di dalam kontrak pekerjaan dengan sewenangnya selepas ia ditandatangani? Atau adakah persetujuan daripada kedua-dua pihak diperlukan bagi sebarang perubahan? Adakah salah untuk saya memulakan kerja tanpa kontrak pekerjaan? Jika syarat-syarat di dalam kontrak pekerjaan melanggar hak pekerjaan (cth. Akta Pekerjaan, Akta CPF), adakah kontrak tersebut masih sah atau adakah ia dianggap batal?

12.2 12.3

1. 1.1

PERLINDUNGAN Adakah saya dilindungi di bawah Akta CPF dan/atau Akta Pekerjaan? Jika anda merupakan seorang pekerja Warganegara Singapura / Penduduk Tetap Singapura (SPR), anda dilindungi di bawah Akta CPF. Perlindungan ini berkuatkuasa walaupun jika anda bekerja secara sambilan/ ad-hoc/ kontrak atau semasa dalam tempoh percubaan anda. Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yang berada di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan, kecuali: Pengurus dan eksekutif (perhatian: mereka yang menerima pendapatan bulanan asas sebanyak $4,500 dan ke bawah masih dilindungi bagi pembayaran gaji.) Pelaut Pekerja domestic Pekerja Badan Berkanun dan pemerintah.

Sebagai tambahan, Bahagian IV di dalam Akta Pekerjaan yang berkenaan dengan masa bekerja, bayaran lebih masa, hari rehat dan cuti tahunan, adalah hanya untuk buruh dan pekerja yang menerima gaji bulanan asas tidak lebih daripada $4,500 dan $2,000 masing-masing. 2. 2.1 GAJI Saya telah meninggalkan syarikat saya tetapi majikan saya belum lagi membayar gaji saya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali gaji saya? Di bawah Akta Pekerjaan, jika anda telah menjalani tempoh notis yang dikehendaki, majikan anda harus membayar gaji terakhir anda pada hari terakhir anda bekerja. Jika anda telah meninggalkan pekerjaan tanpa notis atau tidak bekerja dalam tempoh notis yang dikehendaki, gaji terakhir sepatutnya dibayar dalam masa tujuh hari bekerja dari hari terakhir anda bekerja. Jika anda tidak menerima pembayaran gaji yang sewajarnya, anda boleh melaporkan tuntutan bagi tunggakan gaji dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), jika anda memenuhi syarat-syarat ini: a) Anda tidak memegang jawatan pengurus atau eksekutif yang mempunyai pendapatan sebanyak $4,500 sebulan; dan b) Tuntutan tidak boleh melebihi satu tahun daripada tarikh aduan dikemukakan; dan c) Jika tuntutan adalah untuk gaji sebagai ganti bagi notis, tuntutan mesti dilaporkan dalam enam bulan dari tarikh anda meninggalkan pekerjaan. Anda boleh menghubungi pusat perhubungan kami di 6438 5122 untuk membuat temujanji dengan Pegawai Penasihat MOM. Anda juga boleh melaporkan kes anda menerusi lelaman ini: http://www.mom.gov.sg/services-forms/labour-relations/Pages/esol- individual.aspx.

2.2

Majikan saya telah membatalkan perkhidmatan saya. Bilakah saya sepatutnya menerima gaji saya? Jika anda diberhentikan atas dasar salah laku atau kontrak perkhidmatan telah ditamatkan oleh majikan anda, gaji terakhir anda harus dibayar pada hari terakhir anda bekerja. Jika ini adalah mustahil, ia mesti dibayar dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh pemberhentian/pembatalan.

2.3

Majikan saya tidak memberikan saya slip gaji dan saya tidak menandatangani sebarang kontrak pekerjaan. Gaji saya diberitahu secara lisan. Adakah ini salah? Tidak, majikan tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk mengedarkan slip gaji kepada pekerja mereka. Lagipun, anda dan majikan anda juga boleh memasuki perhubungan pekerjaan dengan sebarang perjanjian dalam bentuk lisan atau bertulis. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki oleh Akta Pekerjaan untuk menyimpan rekod Gaji Pekerja yang mencatatkan butiran pekerjaan seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan dan jumlah gaji pekerja, di samping perkara lain.

2.4

Setiap bulan majikan saya membayar gaji saya lewat (lebih daripada tujuh hari selepas bulan lepas) tetapi CPF dibayar tepat pada masanya. Adakah ini salah? Majikan anda mesti membayar gaji anda dalam masa tujuh hari selepas tamat tempoh gaji. Misalnya, jika tempoh gaji anda ialah 1 Januari hingga 31 Januari 2013, gaji Januari anda harus dibayar sebelum 7 Februari 2013. Jika anda telah bekerja lebih masa, majikan anda mesti membayar anda gaji lebih masa dalam 14 hari selepas tempoh gaji.

3.

MASA BEKERJA

(Bahagian ini adalah untuk buruh dan pekerja yang mempunyai gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan $2,000 masing-masing sahaja.) 3.1 Saya kini dalam tempoh percubaan dan majikan saya telah meminta saya melakukan kerja yang melebihi masa bekerja dalam kontrak saya. Adakah majikan saya perlu membayar saya gaji lebih masa? Ya, oleh sebab majikan anda telah meminta anda melakukan kerja di luar masa bekerja di dalam kontrak, anda berhak mendapat bayaran lebih masa pada kadar sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda gaji asas setiap jam anda. Ini tidak mengira status pekerjaan anda sama ada anda sedang dalam tempoh percubaan, atau bekerja secara sambilan, kasual atau sementara. Selain itu, masa bekerja di dalam kontrak anda (tidak termasuk waktu berehat) tidak boleh melebihi lapan jam sehari atau 44 jam seminggu. Anda juga tidak boleh diminta bekerja melebihi 12 jam, termasuk kerja lebih masa, dalam sehari. Kerja lebih masa anda tidak boleh melebihi 72 jam sebulan. 3.2 Majikan saya meminta saya bekerja lebih masa. Bolehkah saya menolak? Ya, anda boleh menolak. Walaupun para pekerja digalakkan bekerjasama bersama majikan dengan bekerja lebih masa jika perlu, kerja lebih masa tidak harus diwajibkan. Masa bekerja di dalam kontrak anda tidak boleh melebihi lapan jam sehari atau 44 jam seminggu. Sebarang kerja yang melebihi masa ini dianggap sebagai kerja lebih masa, dan boleh dibayar sebanyak 1.5 kali ganda gaji asas setiap jam anda.

4.

CUTI TAHUNAN

(Bahagian ini adalah untuk buruh dan pekerja yang mempunyai gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan $2,000 masing-masing sahaja.) 4.1 Saya masih dalam tempoh percubaan. Adakah saya layak mempunyai cuti tahunan? Jika anda telah bekerja untuk sekurang-kurangnya tiga bulan dengan majikan anda (tanpa mengira sama ada anda masih dalam tempoh percubaan atau telah disahkan), anda berhak menerima sekurang-kurangnya tujuh hari cuti tahunan berbayar. Peruntukan anda meningkat mengikut bilangan tahun perkhidmatan anda. 4.2 Apakah peruntukan cuti tahunan saya? Adakah betul jika bos saya memotong gaji saya apabila saya mengambil cuti tahunan? Di bawah Akta Pekerjaan, jumlah minimum peruntukan cuti tahunan berbayar adalah seperti berikut:

Jumlah Tahun Bekerja 1st 2nd 3rd 4th 5th 6th 7th 8 dan seterusnya

Jumlah Hari Cuti 7 8 9 10 11 12 13 14

Majikan anda boleh menawarkan anda lebih banyak cuti tahunan daripada jumlah minimum yang ditunjukkan di atas. Majikan tidak harus memotong gaji pekerja mereka jika pekerja diperuntukkan cuti tahunan. 4.3 Syarikat saya seringkali menolak permohonan cuti tahunan saya. Syarikat ini juga tidak membenarkan kami menunda cuti ke tahun hadapan atau menukar cuti yang tidak digunakan kepada wang tunai, jadi biasanya saya terpaksa mengorbankan cuti saya. Adakah ini salah? Meluluskan permohonan cuti tahunan pekerja tertakluk kepada majikan. Itu bermakna majikan boleh memilih untuk tidak meluluskan permohonan cuti akibat kekurangan tenaga kerja atau permohonan yang dibuat pada waktu-waktu sibuk. Walau bagaimanapun, majikan harus fleksibel dalam meluluskan cuti dengan mempertimbangkan kehendak pekerja dan meluluskan permohonan bila-bila situasi membenarkan. 5. CUTI SAKIT/ MANFAAT PERUBATAN

5.1

Saya telah mengemukakan sijil cuti sakit dan memaklumkan majikan saya bahawa saya sakit dan tidak dapat datang bekerja. Adakah majikan saya masih boleh memotong gaji saya? Anda berhak menerima cuti sakit berbayar dan menuntut yuran pemeriksaan perubatan jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan ini: i. Telah berkhidmat dengan majikan anda untuk sekurang-kurangnya tiga bulan; dan ii. Telah memaklumkan atau berusaha memaklumkan majikan anda tentang cuti anda dalam masa 48 jam; dan iii. Cuti sakit itu disahkan oleh doktor syarikat anda atau oleh doktor pemerintah (termasuk doktor dari institusi perubatan awam yang diiktiraf) Majikan juga bebas untuk menerima sijil cuti sakit daripada doktor swasta atau daripada pengamal perubatan tradisional Cina (TCM). Jumlah hari bagi cuti sakit berbayar yang anda berhak terima diberikan di bawah: Jumlah bulan sudah berkhidmat 3 bulan 4 bulan 5 bulan >6 bulan Peruntukan Cuti Sakit Pesakit Luar Berbayar (hari) 5 5+3=8 8 + 3 = 11 11 + 3 = 14 Peruntukan Cuti Bertahan di Hospital Berbayar (hari) 15 15 + 15 = 30 30 + 15 = 45 45 + 15 = 60

5.2

Adakah pekerja, walaupun mereka yang masih dalam tempoh percubaan berhak menuntut perbelanjaan perubatan? Jika pekerja tersebut, walaupun semasa dalam tempoh percubaan telah bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan, majikan mempunyai tanggungjawab dari segi undangundang untuk menanggung yuran pemeriksaan perubatan, misalnya yuran konsultasi. Untuk perbelanjaan perubatan yang lain, seperti ubat, rawatan atau bayaran wad, bergantung kepada manfaat perubatan yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan pekerja itu atau persetujuan bersama yang ditandatangani di antara syarikat dan kesatuan sekerjanya, majikan bertanggungjawab menanggung perbelanjaan itu.

6.

Hari Rehat

(Bahagian ini adalah untuk buruh dan pekerja yang mempunyai gaji bulanan asas yang tidak melebihi $4,500 dan $2,000 masing-masing sahaja.) 6.1 Majikan saya hanya memperuntukkan dua hari berehat dalam sebulan. Hari-hari berehat ini ditetapkan pada hari biasa selang satu minggu, dan tiada cuti ganti jika hari rehat jatuh pada cuti awam. Adakah ini betul? Di bawah Akta Pekerjaan, pekerja berhak mendapat satu hari rehat dalam setiap minggu tanpa gaji. Hari rehat boleh merupakan hari Ahad atau mana-mana hari dalam minggu itu. Bagi pekerja dalam kerja bergiliran, hari rehat boleh berupa satu tempoh 30 jam berterusan jika mustahil untuk memberikan mereka sehari penuh sebagai hari rehat.

Jika hari rehat jatuh pada hari cuti awam, maka hari bekerja seterusnya akan merupakan cuti ganti berbayar. 6.2 Majikan saya meminta saya bekerja pada hari rehat saya. Berapakah jumlah yang saya perlu dibayar? Majikan tidak boleh memaksa pekerjanya untuk bekerja pada hari rehat kecuali dalam keadaan tertentu, seperti jika kerja itu perlu dilakukan secara berterusan dari satu giliran ke satu giliran. Persetujuan daripada pekerja mesti didapatkan untuk aturan ini. Di bawah Akta Pekerjaan, jumlah bayaran bergantung kepada tempoh kerja dan sama ada permintaan untuk kerja berasal daripada pekerja atau majikan.

Tidak lebih daripada separuh masa bekerja harian yang ditetapkan Pekerja bekerja pada hari rehat di atas permintaannya sendiri Gaji setengah hari

Tempoh Bekerja Lebih daripada Lebih daripada masa bekerja separuh tetapi harian yang tidak melebihi ditetapkan masa bekerja harian yang dtetapkan Gaji satu hari a) Gaji satu hari; dan b) Gaji kerja lebih masa sekurangkurangnya 1.5 kali ganda gaji asas mengikut jam x jumlah masa yang melebihi masa bekerja yang ditetapkan a) Gaji dua hari; dan b) Gaji kerja lebih masa sekurangkurangnya 1.5 kali ganda gaji asas mengikut jam x jumlah masa yang melebihi masa bekerja yang ditetapkan

Pekerja bekerja pada hari rehat di atas permintaan majikannya

Gaji satu hari

Gaji dua hari

7. 7.1

CUTI AWAM Majikan saya meminta saya bekerja pada hari cuti awam. Bagaimanakah saya harus dibayar? Pekerja berhak mendapat 11 hari cuti awam berbayar pada setiap tahun. Jika pekerja bekerja pada cuti awam, dia harus dibayar gaji asas satu hari tambahan selain daripada gaji bersih hari itu. Jika cuti awam jatuh pada hari rehat, hari bekerja yang seterusnya akan merupakan cuti ganti berbayar. Pekerja tidak boleh menghilangkan diri tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah sehari

10

sebelum atau selepas cuti awam.

11

8. 8.1

PEKERJAAN SAMBILAN Saya seorang pekerja sambilan. Adakah saya berhak mendapat bayaran tambahan jika saya bekerja semasa cuti awam? Anda dianggap sebagai seorang pekerja sambilan jika masa kontrak perkhidmatan anda adalah kurang daripada 35 jam seminggu. Di bawah undang-undang, majikan dibenarkan memberi manfaat pekerjaan secara pro-rata kepada pekerja sambilan mengikut manfaat pekerjaan pekerja sepenuh masa berdasarkan jumlah jam perkhidmatan. Peruntukan cuti awam pekerja sambilan di pro-rata berdasarkan jumlah jam perkhidmatan berbanding dengan pekerja sepenuh masa. Formula untuk mengira peruntukan cuti awam bagi pekerja sambilan ialah: Jumlah jam bekerja dalam setahun bagi pekerja sambilan --------------------------x Jumlah jam bekerja dalam setahun bagi pekerja sepenuh masa Jumlah hari cuti umum bagi pekerja sepenuh masa yang x serupa dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang sama

Jumlah jam bekerja sehari bagi pekerja sepenuh masa yang serupa

Seorang pekerja sambilan berhak mendapat bayaran cuti awam yang telah dipro-rata tanpa mengira sama ada cuti itu jatuh pada hari bekerja atau hari cutinya. Jika pekerja sambilan tersebut bekerja pada cuti awam, dia akan dibayar bagi jumlah masa perkhidmatan di samping gaji cuti awam. Maklumat lanjut mengenai pekerjaan sambilan boleh didapati di lelaman ini: http://www.mom.gov.sg/employment-practices/part-time- employment/Pages/default.aspx

9. 9.1

SUMBANGAN CPF Sebagai seorang pekerja sambilan, adakah saya perlu membuat sumbangan CPF? Bagaimana jika gaji saya kurang daripada $500 sebulan? Di bawah Akta CPF, CPF mesti dibayar oleh semua warganegara Singapura/Penduduk Tetap Singapura yang mempunyai gaji melebihi $50 sebulan. Ini diguna pakai walaupun jika anda bekerja sambilan/ ad-hoc/kontrak atau semasa tempoh percubaan anda. Jika gaji anda kurang daripada $500 sebulan, anda tidak perlu menyumbang bahagian pekerja kepada CPF. Sumbangan CPF anda dibiayai sepenuhnya oleh majikan anda.

9.2

Adakah CPF dibayar hanya pada gaji asas saya, atau pada komisen atau elaun saya juga? Selain daripada gaji asas, sumbangan CPF juga dibayar pada komisen, elaun, insentif/kurniaan tunai, gaji lebih masa dan bonus.

10.

NOTIS PEMBERHENTIAN/ PEMBATALAN

12

10.1

Jika seorang pekerja tidak tahu tentang tempoh notis untuk pemberhentian dan gagal mengemukakan notis pemberhentian, bolehkah majikan memotong gaji pekerja atau meminta ganti rugi bagi tempoh notis? Di bawah Akta Pekerjaan, salah satu pihak kontrak pekerjaan boleh menamatkan kontrak itu dengan memberikan notis yang sewajarnya atau dengan membayar gaji sebagai ganti rugi notis kepada satu pihak. Tempoh notis harus mematuhi apa yang telah dinyatakan di dalam kontrak pekerjaan atau telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. Jika pekerja gagal memberikan notis yang sewajarnya, majikan boleh memotong gaji pekerja atau meminta ganti rugi bagi kekurangan dalam tempoh notis. Syarat-syarat mengenai ganti rugi wang bagi pembatalan kontrak yang pramatang merupakan persetujuan kontrak peribadi dan tidak dikawal oleh Akta Pekerjaan. Mahkamah Sivil mempunyai kuasa dalam membuat keputusan untuk pertikaian seperti ini. Anda mungkin ingin mendapatkan khidmat peguam dalam hal ini.

13

Hanya jika tiada tempoh seperti ini dipersetujui sebelum ini, maka apa yang ditetapkan di bawah akan digunakan: Tempoh Perkhidmatan Kurang daripada 26 minggu 26 minggu sehingga kurang daripada 2 tahun 2 tahun sehingga kurang daripada 5 tahun 5 tahun dan ke atas 10.2 Tempoh Notis 1 hari 1 minggu 2 minggu 4 minggu

Jika pekerja tidak menandatangani kontrak pekerjaan, adakah majikan boleh memotong/ menahan gaji pekerja dan meminta ganti rugi? Kontrak perkhidmatan boleh dibuat dalam bentuk bertulis atau secara lisan. Jika pekerja gagal memberikan notis yang sewajarnya seperti yang dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan atau yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak, majikan boleh memotong gaji pekerja atau meminta ganti rugi bagi kekurangan dalam tempoh notis.

14

(Perkara-perkara berikut tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan, kerana ini adalah persetujuan kontrak di antara majikan dan pekerja) 11. 11.1 GAJI TAMBAHAN TAHUNAN (AWS) DAN KENAIKAN GAJI Adakah wajib bagi majikan untuk memberikan gaji tambahan tahunan (AWS) iaitu gaji bulan ke-13 (bonus)? AWS (dikenali sebagai gaji bulan ke-13 atau bonus) bukan bayaran yang wajib di bawah Akta Pekerjaan. Ia adalah tanggungjawab majikan di dalam kontrak supaya membayar AWS jika ia dinyatakan di dalam kontrak pekerjaan atau buku panduan pekerja. Jika tidak, bayaran AWS tertakluk kepada perundingan dan persetujuan bersama di antara majikan dan pekerja. Jika kontrak tidak menyatakan apa-apa atau tidak jelas, ia tertakluk kepada perundingan/persetujuan bersama di antara pekerja dan majikan. 11.2 Adakah semua pekerja berhak mendapat kenaikan gaji/bayaran tahunan? Kenaikan gaji/bayaran tahunan tidak diwajibkan di bawah Akta Pekerjaan, dan tertakluk kepada perundingan dan persetujuan bersama di antara majikan dan pekerja. 12. 12.1 KONTRAK PEKERJAAN Bolehkah majikan saya meminda syarat-syarat di dalam kontrak pekerjaan dengan sewenangnya selepas ia ditandatangani? Atau adakah persetujuan daripada kedua-dua pihak diperlukan bagi sebarang perubahan? Majikan dan pekerja terikat dengan kontrak perkhidmatan yang telah ditandatangani pada permulaan perkhidmatan. Kontrak ini tidak harus dipinda atau diubah tanpa persetujuan daripada kedua-dua pihak yang terlibat. Jika majikan ingin meminda terma-terma dan syaratsyarat perkhidmatan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak pekerjaan, ia perlu berunding dengan pekerja yang berkenaan atau kesatuan sekerja mereka. Para pekerja yang tidak bersetuju dengan perubahan ini harus mengemukakan bantahan mereka secara langsung kepada majikan untuk dibincangkan. Secara asasnya, jika tiada persetujuan yang boleh dicapai pada perubahan kepada kontrak pekerjaan, salah satu daripada kedua-dua pihak boleh memilih untuk membatalkan kontrak perkhidmatan dengan memberikan notis yang sewajarnya atau bayaran sebagai ganti rugi bagi notis. Jika tidak, anda boleh dianggap bersetuju menerima syarat-syarat perkhidmatan yang telah diubah itu. 12.2 Adakah salah untuk saya memulakan kerja tanpa kontrak pekerjaan? Tidak salah untuk mula bekerja tanpa kontrak pekerjaan. Tetapi untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham, anda dinasihatkan untuk mendapatkan Kontrak Pekerjaan bertulis atau Surat Perlantikan yang menyatakan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Kontrak Pekerjaan harus mengandungi: Jawatan kerja

15

12.3

Skop kerja Tarikh memulakan perkhidmatan Gaji dan elaun jika ada Tempoh pembayaran gaji Sumbangan CPF Jumlah jam bekerja sehari/seminggu/corak kerja bergilir Kadar bayaran kerja lebih masa Hari rehat Manfaat pekerja cth. cuti tahunan, cuti sakit dan cuti bertahan di hospital Pembatalan kontrak pekerjaan dan tempoh notis Jika syarat-syarat di dalam kontrak pekerjaan melanggar hak pekerjaan (cth. Akta Pekerjaan, Akta CPF), adakah kontrak tersebut masih sah atau adakah ia dianggap batal? Jika mana-mana syarat pekerjaan adalah kurang memuaskan berbanding dengan peraturan yang terdapat di dalam Akta Pekerjaan dan/atau Akta CPF, maka kontrak pekerjaan itu adalah tidak sah, mansuh dan batal. Peraturan bagi kedua-dua Akta itu akan mendahului mana-mana syarat kontrak yang kurang memuaskan.

16

Anda mungkin juga menyukai