Anda di halaman 1dari 5

Logo Nama & Alamat Syarikat/Bisnes.

DD MM 2022
NAMA PENUH
HRAL/DDMM2022-001
[IC: No Kad Pengenalan, T: Nombor Telefon, E: Email]
Alamat Surat Menyurat

PENGESAHAN SEBAGAI __ (JAWATAN) DI __(SYARIKAT/BISNES)

Sukacita kami berbesar hati mengesahkan __________ (Nama Penuh) sebagai __(Jawatan) di
__(Syarikat/Bines) bermula pada DD Month YYYY seperti yang telah dipersetujui oleh pihak
Syarikat. Tahniah di ucapkan. Nombor Pasukan (Staff ID) Cik adalah AB001.

Terma dan syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. GAJI/BAYARAN
Gaji pokok adalah RM 1,500 (SERIBU LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA) termasuk KWSP,
SOCSO dan SIP dibayar di bawah terma "contract of sevice" (tetap) yang telah ditetapkan
setiap bulan pada selewat-lewatnya 25 haribulan setiap bulan kecuali tarikh baru yang
ditentukan oleh pihak kami.

2. SKOP TUGAS
2.1 Tugas utama ___.

2.2 Tuga sokongan___.

2.3 Tugas-tugas terperinci akan disenaraikan oleh pihak syarikat atau pegawai bertugas.
Huraian tugas ini akan ditambahbaik dari masa ke masa.

3. TINGKATKAN PRESTASI DARI MASA KE MASA


Sebagai pekerja tetap, Cik perlu berusaha mengambil inisiatif meningkatkan prestasi diri dari yang
dijangka (expected) Ketika menyertai syarikat sehingga cemerlang (excellent) atau luar biasa
(extraordinary) dari masa ke masa untuk 3 perkara berikut:
1) Meningkatkan Prestasi Kerja mengikut tugas seperti yang dikehendaki syarikat.
2) Menjaga Masa Kehadiran mengikut jadual yang ditetapkan
3) Mengamalkan Budaya MARMIN dalam syarikat seperti yang dimaklumkan.

Butiran terperinci tingkatan prestasi kerja dan 3 perkara tersebut akan dijelaskan oleh Jabatan
Pembangunan Manusia.
Logo Nama & Alamat Syarikat/Bisnes.

4. HARI, WAKTU BEKERJA DAN WAKTU REHAT


4.1 Hari Bekerja : 6 hari seminggu setiap Isnin hingga Sabtusetiap minggu.
4.2 Waktu bekerja normal selama 8 jam termasuk waktu rehat selama 1 (satu) jam adalah seperti
berikut :
Waktu masuk kerja : 8.00 pagi
Waktu tamat kerja : 5.00 petang

4.3 Gagal mematuhi waktu masuk dan tamat kerja yang ditetap sebanyak 3 kali tanpa alasan yang
munasabah akan dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan pekerja akan digantung atau
diberhentikan kerja atau dikurangkan gaji bulanan.

4.4 Pekerja wajib memaklumkan kepada kami dengan kadar segera jika tidak dapat hadir pada waktu kerja
atau pulang pada waktu yang ditetapkan sekiranya ada kecemasan.Pekerja mungkin di perlukan untuk
bekerja pada mana-mana hari yang di kehendaki oleh pihak syarikat mengikut keperluan kerja semasa.
Kerja lebih masa hanya dibenarkan oleh pihak syarikat sahaja.

4.3 Waktu rehat : 1 jam mengikut waktu di tentukan oleh pihak syarikat.

5. CUTI REHAT
Cuti rehat adalah pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Pihak syarikat berhak meminda cuti rehat
mengikut keperluan syarikat.

6. CUTI TAHUNAN
6.1 Kelayakan cuti tahunan adalah di seperti berikut :
i) 1 – 2 tahun berkhidmat : 8 hari setahun*
ii) 2 – 5 tahun berkhidmat : 12 hari setahun*
iii) 5 tahun ke atas : 16 hari setahun*
(*kiraan kadar sepatutnya (pro-rate), jika belum cukup setahun berkhidmat)
6.2 Cuti hendaklah dirancang awal dan dipohon secara bertulis sekurang-kurangnya tiga (3)
hari bekerja sebelum cuti. Setiap permohonan cuti perlu mendapat kelulusan kami terlebih
dahulu sebelum bercuti.
6.3 Cuti tahunan yang di ambil saat akhir sama ada sehari sebelum cuti atau pada hari
bercuti dikira cuti kecemasan.

7. CUTI UMUM
7.1 Sekurang-kurangnya 11 hari cuti yang diwartakan dalam setahun termasuk 5 (lima) hari
wajib cuti umum iaitu:
1. Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong
2. Hari Keputeraan Sultan/ Yang Dipertua Negeri/ Wilayah Persekutuan
3. Hari Pekerja (1 Mei setiap tahun)
4. Hari Kebangsaan (31 Ogos setiap tahun)
5. Hari Malaysia (16 Setember setiap tahun)
7.2 5 (lima) hari cuti umum ini wajib digantikan dengan hari bekerja berikutnya jika cuti tersebut
jatuh pada hari cuti rehat atat hari umum yang lain. Pihak syarikat berhak meminta pekerja
bekerja pada hari wajib cuti ini dengan kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia (JTKSM).
7.3 6 (enam) hari lagi cuti umum pilihan dimaklumkan dalam memo syarikat. Cuti pilihan ini
tidak semestinya diganti pada hari berikutnya jika ia jatuh pada hari cuti rehat atat hari
umum yang lain. Cuti umum pilihan tidak semestinya diganti pada hari berikutnya. Perlu
digantikan dengan mana-mana hari bekerja dalam tahun tersebut. Cuti akan dimaklumkan
dalam memo syarikat.
Logo Nama & Alamat Syarikat/Bisnes.

8. CUTI SAKIT
7.1 Kelayakan cuti sakit adalah seperti berikut :
i) 1 tahun dan kebawah : 14 hari setahun
ii) 2 – 5 tahun berkhidmat : 18 hari setahun*
iii) 5 tahun ke atas : 22 hari setahun*
(*tiada kiraan kadar sepatutnya (pro-rate),

7.2 Sekiranya anda tidak dapat hadir bekerja disebabkan sakit, anda dikehendaki
mendapatkan salinan asal surat cuti sakit dari doktor yang berdaftar di Malaysia dan
menyerahkan kepada pegawai bertugas sebaik sahaja kembali bekerja.

7.3 Pekerja wajib mengisi borang cuti selepas cuti sakit dan kepilkan surat cuti sakit (MC)
kepada pihak sumber manusia. Gagal memberi MC dari doktor berdaftar dikira bukan cuti
sakit.

8. CUTI EHSAN
8.1 Anda akan diberi cuti ehsan selama tiga (3) hari sekiranya berlaku kematian atau sakit
tenat ahli keluarga termasuk adik-beradik kandung, ibu, bapa, datuk dan nenek sahaja.
Selain dari individu tersebut tidak dikira cuti ehsan.
8.2 Permohonan cuti ehsan hendaklah disertai sijil kematian atau surat sakit yang disahkan
oleh doktor yang berdaftar. Cuti ehsan dikira cuti tambahan yang tidak ditolak cuti
tahunan atau cuti rehat tetapi dikira cuti yang diberi ehsan kepada pekerja.

9. CUTI BERSALIN (JIKA BERKAITAN)


Semua pekerja tetap wanita diberi cuti bersalin selama 60 hari dengan gaji. Pekerja lelaki yang
bekerja kurang 6 bulan akan diberi cuti sehari (1) dan diberi cuti selama tiga (3) hari jika telah
bekerja selama 6 bulan dan ke atas jika isterinya bersalin.

10. CUTI KECEMASAN


10.1 Segala cuti kecemasan yang diambil akan ditolak dari cuti tahunan seperti yang
dimaklumkan dalam perkara 6.3. Pekerja perlu memaklumkan kepada pihak
pengurusan jika terpaksa mengambil cuti kecemasan.
10.2 Cuti kecemasan dikira tolak cuti tahunan. Jika cuti tahunan sudah habis akan dikira cuti
tanpa gaji.Cuti kecemasan hanya dibenarkan maksimum sekali (1) sebulan. Jika ada
kecemasan kali kedua dalam bulan yang sama cuti kecemasan tersebut dikira cuti tanpa
gaji walaupun cuti tahunan masih ada.

11. CUTI BERNIKAH


Pekerja yang bekerja kurang 6 bulan akan diberi cuti sehari (1) dan bekerja 6 bulan ke atas
diberi cuti selama tiga (3) hari untuk bernikah.

12. FAEDAH PERUBATAN


Tiada faedah perubatan diberikan buat masa ini sehingga diberitahu.
Logo Nama & Alamat Syarikat/Bisnes.

13. NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN


13.1 Notis penamatan perkhidmatan bagi kedua- dua pihak adalah selama sebulan (1 bulan)
dan hendaklah secara bertulis sebelum tarikh penamatan perkhidmatan. Sekiranya mana-
mana pihak gagal memberikan notis bertulis seperti mana menurut klausa ini, maka ianya
tertakluk kepada bayaran Ganti Rugi Notis/ “wages in liue of notice”. bermaksud jika
pekerja memberi notis kurang dari tempoh sebulan notis penamatan, pekerja
dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak sebulan gaji kepada syarikat. Jika tidak
membayar ganti rugi tersebut, syarikat akan membuat laporan kepada Jabatan
Tenaga Kerja (JTK) di mana JTK akan mengeluarkan saman kepada pekerja untuk
membayar ganti rugi tersebut kepada syarikat.

13.2 Anda juga tertakluk kepada kerahsiaan perniagaan kami walaupun telah berhenti
berkhidmat. Tindakan undang-undang akan di ambil jika ada sebarang kebocoran rahsia
perniagaan kami.

14. KENAIKAN, BONUS DAN KOMISEN


Kenaikan dan bonus hanya diberikan mengikut persetujuan dari Ahli Lembaga Pengarah
syarikat. Kenaikan dan bonus dibayar bergantung kepada prestasi syarikat. Tiada bonus
diberikan sehingga diberitahu. Komisen diberikan hanya mengikut keperluan jawatan kerja,

15. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN PERKESO


Pemotongan KWSP dan PERKESO (SOCSO & SIP) akan dibuat mengikut peraturan pekerja di
Malaysia mengikut tarif yang ditetapkan.

16. MAKLUMAT SULIT DAN HARTA INTELEK


16.1 Segala maklumat sulit syarikat termasuk maklumat kakitangan dan pelanggan serta
harta intelek milik jenama syarikat sedia ada atau yang baru selepas bertugas yang
ditugaskan kepada anda samada seorang atau secara kerjasama dengan pekerja lain
atau syarikat lain adalah hakmilik jenama syarikat. Anda hanya dibenarkan
menggunakannya di atas kebenaran pihak kami ketika menjalankan tugas sahaja.
16.2 Segala maklumat sulit syarikat dan harta intelek jenama syarikat tidak lagi dibenarkan
digunakan sekiranya anda tamat perkhidmatan atau diberhentikan dari jawatan.

17. ETIKA BEKERJA


17.1 Anda diamanahkan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas mengikut hari
dan masa yang ditetapkan oleh pihak kami dan dilarang sama sekali berkhidmat sama
ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana perniagaan yang lain atau
pekerjaan dalam apa jua bentuk, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-
mana orang, firma atau syarikat lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
pihak kami.

17.2 Ketika menjalankan tugas, pastikan kelakuan profesional yang tidak menjatuhkan diri
anda atau pihak kami dan anda bertanggungjawab melaksanakan kewajipan yang
diberikan secara amanah, jujur, telus dan cekap.

17.3 Anda juga bertanggungjawab untuk menjalankan hal ehwal peribadi anda dengan cara
sesuai dengan status jawatan dan tugas ketika berada dikawasan perniagaan syarikat.
Logo Nama & Alamat Syarikat/Bisnes.

18. UMUR PERSARAAN


Umur persaraan minima yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja adalah 60 tahun. Pihak
syarikat berhak mengarahkan pekerja bersara pada umur minima ini atau umur selepas itu.
Namun pekerja boleh memohon untuk bersara awal dengan pihak syarikat.

19. KERAHSIAAN SURAT TAWARAN


Syarat sebagai seorang pekerja kami adalah setiap isi kandungan surat tawaran ini adalah
rahsia paling penting di antara anda dan pihak kami pada setiap masa. Jika anda terbukti
melanggar syarat ini, anda akan dikenakan tindakan disiplin atau diberhentikan dari jawatan.

20. PINDAAN
Pihak kami berhak menambah, meminda, mengeluarkan atau memperbaharui setiap terma-
terma dan syarat-syarat di atas mengikut keperluan pihak kami. Pihak kami akan memaklumkan
kepada pihak anda jika ada sebarang pindaan.

21. KESAHIHAN PELANTIKAN


Pelantikan jawatan ini hanya sah tujuh (7) hari dari tarikh surat ini dan terbatal dengan
sendirinya jika tiada sebarang rekod maklumbalas. Sila isi borang maklumbalas yang
dilampirkan dan serah semula kepada pihak syarikat.

Yang Benar,

………………………………………..
NAMA PEMILIK BISNES/BRAND
Jawatan

cc: HR, Admin

Anda mungkin juga menyukai