Anda di halaman 1dari 13

DATO’ ONN JA’AFAR

LATAR BELAKANG
Dato’ Onn Jaafar membesar dalam persekitaran bangsawan, menjadikan
pemikiran dan pilihan yang dibuat beliau sebenarnya tidak mudah, dan
menunjukkan juga beliau sebagai seorang yang berjiwa bebas dalam
berpendirian.Bapanya Datuk Jaafar bin Mohamad ialah Menteri Besar
Johor yang pertama (1886-1919), dilantik Sultan Abu Bakar, sekaligus
menjadi antara pengasas utama sistem pentadbiran kerajaan negeri itu.
Ini penting diketahui memandangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor yang dimahsyurkan pada 14 April 1895 adalah bukti Johor
merupakan negeri pertama mengamalkan sistem raja berperlembagaan.
Datuk Jaafar merupakan antara saksi yang melihat upacara
menandatangani undang – undang ini.Sultan Abu Bakar mangkat pada
pertengahan tahun 1895, digantikan oleh Sultan Ibrahim.Pada tahun itu
juga Dato’ Onn dilahirkan dan dipelihara sebagai anak angkat Sultan
Ibrahim.Pernah juga bapanya dilantik Sultan (yang pada masa itu
bergelar Maharaja) untuk menjadi Pemangku Raja pada 1904, ketika
Sultan berkunjung ke luar negara.Sebenarnya, pada zaman itu, mungkin
kerana mod pengangkutan tidak secanggih hari ini, Sultan sering
berkunjung ke luar negara untuk tempoh yang lama.Pernah dilaporkan di
zaman Sultan Abu Bakar, orang-orang Melayu merungut kerana ia dilihat
sebagai pengabaian kepada rakyat.
DATO' ONN JAAFAR SEBELUM MENGETUAI PENENTANGAN
MALAYAN UNION

Untuk menonjolkan tokoh Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan


bangsa adalah suatu yang dianggap tidak relevan oleh pemimpin
kontemporari terutamanya daripada UMNO. Dato’ Onn hanya diiktiraf
sebagai tokoh yang berjasa kepadanegara kerana mengasas
penubuhan UMNO dan menjadi Yang di Pertua pertama
dari 1946 hingga 1951. Dato’ Onn berjasa menentang dan menguburkan
Malayan Union.

Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara


pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang
melabelkan beliausebagai pemecahbelah perpaduan UMNO
dan pembunuh semangat kemerdekaanyang amat gairah diperjuangkan
oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakanseorang tokoh Melayu
terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh.Kemerderkaan
hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun
tidak dianggapsebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah
merupakan hasil asas yangdibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan
yang dilakar oleh Dato’Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada
bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin
Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.Kemerdekaan hari ini
adalah hasil buah tangan Y.M. Tunku Abd Rahman. Tetapiironinya
apabila sejarah mencatatkan bahawa Y.M. Tunku juga keluar dari
UMNO dipenghujung usianya seolah-olah menjejaki langkah Dato’ Onn
kerana berlaku masalah dalaman UMNO. UMNO berjaya mengekalkan
maruah dan martabat politik Melayu.

Kuasa politik Melayu adalah lambang kejayaan dan kedaulatan Melayu


padahari ini. Meskipun tokoh ulung kepimpinannya datang dan pergi
dengan pelbagaihaluan, UMNO berjaya meneruskan perjuangan.Di era
Tun Abdullah (Pak Lah), bekas Prisiden UMNO yang terlama
memegangrekod kepimpinan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed juga
bersara dalam dilemaapabila UMNO mengucil dan memperkecil
sumbangan beliau selama 22 tahunmengetuai negara dan lebih separuh
usianya berkhidmat kepada UMNO. Beliautelah keluar dari menjadi
ahli UMNO dan apabila Pak Lah melepaskan jawatanPerdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir telah menyertai semula UMNO Baru yang
ditubuhkannya.UMNO Baru dianggap kesinambungan dari UMNO
lama yang telah dibatalkan pertubuhannya secara perundangan.
Apa yang telah menjadi sejarah adalah kenyataan dan realiti yang telah
dilalui dandiharungi oleh orang Melayu. Sehubungan itu, sejarah politik
Melayu semakin kental dan matang jika dibanding dengan politik kaum
lain di negara ini yang tidak banyak berhadapan dengan dugaan dan
tekanan sosial. Disebalik kematangan dan pengalaman yang luas, politik
Melayu melalui UMNO juga dikhuatiri menjadi begitu complicated yang
memperlihatkan kerapuhan kerana teras perjuangan yang
memperlihatkan kerapuhan kerana teras perjuangan yang diilhamkan
oleh pemimpin unggul berterusan berganti-ganti. Terlalu banyak
pertukaran dasar dan teras yang berdasarkan percubaan. Walau pun
pembaharuan dasar-dasar memperlihatkan kekuatan dan kehebatan,
kekerapan pertukaran dasar juga membayangkan kelemahan tunggak
falsafah dan hala tuju politik Melayu itu sendiri.

Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana


pihak. Persepsi dan pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan
keadaan semasa. Sehubungan itu adalah baik sekali jika rakyat
diperkenalkan kepada Dato’ Onn mengikut ringkasan biografi beliau
supaya rakyat mendapat input dan menilai sendiri ketokohan Dato’ Onn.

Dato’ Onn dilahirkan di rumah bapanya di Bukit Gambir, Johor Bahru


pada tahun 1895. Sebelum pembangunan Johor Bahru, Bukit Gambir
ialah ladang pekebunan gambir yang sangat luas dan dari situlah nama
bukit ini diperolehi.Bapanya, Dato’ Jaafar Muhamad ialah Menteri Besar
Johor ketika itu. Rumahnya terletak dibelakang Kebun Istana di Jalan
Gertak Merah ialah rumah kediaman rasmi yang disediakan oleh sultan
untuknya. Ketika usia Dato’ Onn 8 tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim
meninggal dunia. Ibunya adalah dari keturunan bangsawan Turki yang
terpelihara di Istana Harem. YM Cik Khadijah dan Cik Rogayah Hanim
adalah keluarga bangsawan Turki yang dinikahkan atas perkenan dan
restu Sultan Turki sebagai tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu
Bakar ketika baginda melawat Turki pada tahun 1887. YM Cik Rugaya
telah dinikahkan dengan adinda Maharaja Abu Bakar, Tengku Majid.
Apabila Tengku Majid meninggal, YM Cik Rugayah bernikah dengan
seorang saudagar Arab dari Bogor, Jawa Barat. Apabila meninggal
suaminya Syed Abdullah Al-Attas, Sultan Johor telah menitahkan Dato’
Jaafar memperisteri Cik Rugayah bagi menjaga kebajikan dan
kebangsawanan serta perhubungan dengan kerajaan Turki.

Disamping itu, Sultan Ibrahim sendiri telah menikahi Cik Dara, kakak
Dato’ Onn berlainan ibu yang kemudiannya berputerakan Temenggong
Ahmad. Daripada hubungan perkahwinan itu, menjelaskan bahawa
Dato’ Jaafar bukan saya berperanan sebagai perdana menteri dan
penasihat kepada kerajaan tetapi juga sebagai bapa mertua kepada
sultan Johor. Hubungan ini adalah seperti amalan tradisional dimana
peranan bendahara disamping sebagai perdana menteri adalah mertua
kepada sultan. Dengan kedudukan itu memperlihatkan keistimewaan
kedudukan Dato’ Onn di kalangan kerabat di raja Johor.

Sejak kecil Dato’ Onn bebas di Istana malah rumahnya sendiri di Bukit
Gambir seperti rumah kedua. Ini adalah kerana beliau dianggap sebagai
anak angkat oleh Sultan Ibrahim. Dato’ Onn sangat rapat dengan
Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail yang sebaya dengan beliau.
Dato’ Onn sejak kecil merupakan seorang anak yang sangat cerdas dan
aktif. Beliau menunjukkan sikap yang pendiam ketika ibunya meninggal
dunia. Beliau sering merajuk dengan membawa diri ke kebun istana.
Beliau bebas melakukan aktiviti bersendiri atau bersama putera-putera
raja di situ. Di kalangan sebaya, beliau menjadi ketua. Sejak kecil
ketokohan beliau telah terserlah.

Sebelum beliau dihantar ke England, Dato’ Jaafar sendiri mengajar


akhlak dan agama serta adab budaya Melayu kepadanya. Tetapi
pelajaran formalnya semenjak berusia 4 tahun adalah mempelajari
Bahasa Inggeris bersama-sama putera-putera sultan yang lain dengan
dua orang guru perempuan bangsa Inggeris yang didatangkan khas
untuk tujuan itu. Guru berbangsa Inggeris itu juga bertindak sebagai
pengasuh kepada anak-anak raja mengenai adab dan budaya Inggeris.
Daripada pemerhatian guru itu, Dato’ Onn dilaporkan sebagai seorang
kanak-kanak yang pintar dan terlalu berani bertanya dan menkritik.
Beliau mengesyorkan putera-putera dan anak bangsawan yang
diasuhnya dihantar ke England.

Pada tahun 1904, ketika Dato’ Onn berusia 9 tahun beliau dengan
putera-putera Sultan telah dihantar ke England. Beliau amat rapat
dengan Tengku Mahkota dan dianggap guardian atau pasangan dan
teman penjaga kepada baginda. Di England, mereka bersekolah di
sekolah khas untuk anak bangsawan Inggeris di Sulfork. Semua
pembiayaan persekolahan ditanggung oleh Sultan Johor. Di sekolah,
Dato’ Onn sangat petah berbahasa Inggeris dan sering menang dalam
ppertandingan debat. Beliau cekap berhujah dan mematahkan pihak
lawan hingga pegawai Inggeris yang bertanggongjawab mengawasi
perjalanan sekolah tidak menyangka beliau adalah seorang Melayu atau
pelajar yang bukan berbangsa Inggeris.

Beliau juga merupakan seorang pelajar yang hebat dalam sukan


terutamanya dalam permainan bola sepak. Beliau adalah seorang yang
aktif disamping bertindak seolah-olah orang yang bertanggungjawab
terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan dari nasihat dan
pesanan bapa dan juga pembesar Johor. Mereka jarang berpisah.
Dimana Tengku Mahkota, disitulah Dato’ Onn dan ini tidak disenangi
oleh pihak Inggeris kerana mereka mempunyai agenda memberi
keistimewaan kepada Tengku Mahkota tetapi tidak kepada Dato’ Onn.
Daripada pemerhatian mereka Dato’ Onn adalah seorang kanak-kanak
pintar yang perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota kerana Dato’
Onn berupaya mempengaruhi Tengku Mahkota dalam segala bidang.

Sehubungan itu Dato’Onn dilaporkan tidak layak diberi kemudahan


pelajaran dan tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran yang dikhususkan
kepada anak bangsawan kerana akan menyulitkan pihak Inggeris
mendidik Tengku Mahkota yang seperti isi dengan kuku dengan Dato’
Onn. Demi masa depan Tengku Mahkota dan negeri Johor dan
kepentingan Inggeris, Dato’ Onn perlu dipisahkan. Pada tahun 1909
Dato’ Onn telah dihantar pulang. Beliau sangat kesal dan berdukacita
dengan tindakan pegawai Inggeris yang bertanggongjawab menjaga
kebajikan putera-putera sultan Johor di England. Ketika baru pulang di
Johor beliau telah dimarahi oleh bapanya Dato’ Jaafar kerana dianggap
sebagai remaja nakal yang tidak menghormati guru Inggerisnya dan
kebudayaan di sana. Dato’ Onn kelihatan amat keInggerisan daripada
anak-anak remaja Inggeris sendiri.

Beliau telah dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di Malay


College Kuala Kangsar (MCKK). Di sana, Dato’ Onn mendapati
kurikulum kolej itu telah ketinggalan berbanding apa yang telah dipelajari
di England. Oleh kerana beliau telah diletakkan dibawah pengawasan
seorang guru khas mengajar jawi dan adat kebudayaan Melayu beliau
telah memberi tumpuan kepada matlamatnya nya itu. Beliau sangat
disenangi ramai. Malah beliau sendiri telah mengajar bahasa Ianggeris
kepada anak-anak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi beliau.

Di MCKK, Dato’ Onn tidak berseorangan. Beliau diikuti oleh Tengku


Mahkota Johor yang enggan melanjutkan pelajaran di England dengan
ketiadaan Dato’ Onn. Baginda sangat kasih kepada Dato’ Onn lebih dari
seorang teman atau kawan. Dato’ Onn beranggapan pendidikan di
MCKK bukanlah pendidikan yang berteras ilmu tetapi lebih kepada
pendidikan untuk menjadikan anak-anak bangsawan Melayu sebagai
real gentlemen untuk pentadbiran Inggeris. Di MCKK, beliau dianggap
seorang remaja Melayu yang kurang beretika kebangsawanan oleh
teman-teman yang berdarah raja kerana keberanian beliau
bercampurgaul dengan anak-anak pembesar dari kelas bawahan. Hal ini
tidak disenangi oleh Inggeris. Mereka telah melaporkan kepada kerajaan
negeri Johor, bahawa Dato’ Onn telah bersedia berkhidmat supaya
Dato’ Onn tidak lama di MCKK. Mereka juga mengetahui dan berasa
bimbang jika Dato’ Onn berupaya mempengaruhi anak-anak bangsawan
lain di situ.

Dato’ Onn telah pulang ke Johor pada tahun 1912 dan sebaik saja
sampai, beliau telah dilantik menjadi kerani rendah sementara di Pejabat
Perkhidmatan Pos. Beberapa bulan kemudian beliau telah dinikahkan
dengan keluarga angkat beliau Cik Rafaeh bt Abdullah. Ketika berusia
18 tahun beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan Setia. Jiwanya
terasa tertekan kerana terasa dikongkongi oleh peraturan dan disiplin
tentera. Banyak peraturan sengaja beliau langgar dan sering membuat
hal hingga tidak menyenangkan pihak atasan. Akibat daripada itu,
Sultan telah menguatkuasakan Ordinan Ketenteraan pada tahun 1916
yang berkuatkuasa kepada semua anggota tentera tidak kira mereka
dari golongan bangsawan atau rakyat biasa. Dato’ Onn masih tidak
berubah dan beliau beranggap beliau juga mempunyai imuniti berikutan
kerabat di raja sering diberi pengecualian.

Beliau beranggapan beliau juga adalah kerabat kerana bapanya sendiri


adalah Menteri Besar dan mertua kepada Sultan Johor. Tambah pula,
perangai beliau yang dianggap telah melakukan kesalahan bukannlah
mengenai tatatertib kententeraan tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati
beliau terhadap Sultan yang terlalu bias kepada pegawai orang putih
dan kerabat terdekat. Pada tahun 1919 ayahanda beliau, Dato’ Jaafar
meninggal dunia dan ini memberi kesan psikologi yang amat sangat
kepada Dato’ Onn. Meskipun beliau tidak dimanjai oleh bapanya tetapi
beliau sangat sadar bahawa bapanya ialah seorang bangsawan Melayu
berjiwa rakyat yang sangat mengambil berat tentang rakyat. Bapanya
sangat menitikberatkan kebajikan orang Melayu. Bapanya memang
seorang tokoh pemimpin Melayu yang amat terkenal.

Dato’ Jaafar adalah seorang pemimpin Melayu yang bijak dan terkenal
memodenkan pemikiran orang Melayu Johor sejak pemerintahan
Sulatan Abu Bakar. Apbala Sultan Ibrahim merampas kediaman
bapanya dan keluarganya diarah pindah kerana sultan memilik
negarakan semua harta Dato’ Jaafar, Dato’ Onn telah mengkritik terang-
terangan bapa angkat beliau iaitu sultan Johor. Berikutan itu, beliau
telah dipecat dari pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar
Timbalan Setia. Setelah menganggur beberapa bulan pada tahun 1921
dengan rekomen Tengku Mahkota beliau diterima menyambung kerja di
Pejabat Tanah Muar sebagai penolong pegawai rendah pemungut hasil.

Di Muar beliau aktif dalam permainan bola sepak. Ketika menyambut


Hari Keputeraan Sultan di Muar, beliau telah menganjurkan pakaian
beragam dan beliau telah memakai kostum raja dalam wayang Cina.
Secara simbolik ketika mengaya dan memperagakan kostumnya, beliau
berlagak sebagai raja diktaktor kerana menyindir Sultan Johor. Sekitar
tahun 1926 beliau dipindahkan ke Pejabat Pemungut Hasil di Batu
Pahat dengan jawatan dan tugas yang sama. Ketika di situ, sekali lagi
beliau memberi kritikan terbuka kepada ayahanda angkatnya, baginda
sultan kerana mengutamakan pegawai Inggeris daripada anak tempatan
sendiri. Ini adalah berikutan tuntutan alaun sara hidup beliau yang tidak
dilayan oleh Sultan berbanding sara hidup pegawai Inggeris yanag
cepat dinaikkan.

Akibat dari itu beliau telah dipecat pada tahun 1928 dan dibuang negeri
ke Singapura. Pada waktu yang sama abangnya Dato Aabdullah Jaafar
yang sedang menjadi Menteri Besar Johor juga diberhentikan daripada
jawatannya. Mereka telah tinggal bersama di Singapura. Oleh kerana
ketika itu zaman kemelesetan sedang berlaku begitu teruk, mereka
gagal mendapat pekerjaan. Untuk menyara hidup Dato’ Onn telah
menyewa sebuah rumah setinggan dan bekerja sebagai nelayan.
Apabila tidak memungkinkan beliau ke laut, beliau telah meluangkan
masanya menonton wayang Cina dan opera bangsawan Melayu. Beliau
juga sering menumpang baca berita-berita yang di jual dan di cetak oleh
syarikat cetak milik saudagar Arab berdekan tempat beliau
menghabiskan waktu. Kerana minat dan kebolehan beliau , Dato’Onn
diberi kepercayaan menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima
menjadi penulis di Syarikat Percetakan Akhbar Singapura.

Kesempatan itu telah digunakan sepenuhnya oleh Dato’ Onn untuk


mencurahkan isi hati dan ketidakpuasan dirinya terhadap Sultan Johor.
Beliau menganggap Sultan Johor suka membazir dan tidak
mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengritik Sultan
Johor memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh
seperti buruh paksa untuk kepentingan perladangan milik peribadi
Sultan. Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas
dari akhabar-akbar lain. Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan
cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan
masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti
tulisan Dato’ Onn.
Penulisan Dato’ Onn sering berkisar dalam Istana Sultan Johor. Beliau
juga berjaya memperlihatkan gambaran hidup dan pemikiran yang
serupa di kalangan istana raja-raja Melayu lain. Kepincangan gaya
hidup dan keborosan putera-putera raja menjadi isu besar manakala
pada waktu yang sama kesadaran terhadap keadilan dalam layanan
terhadap pegawai dan kakitangan awam yang tidak selaras dan adil
apabila dibandingkan dengan pegawwai Inggeris dan bangsa asing.
Orang Inggeris dan bukan Melayu dilayan baik dan ini sangat tidak
menyenangkan orang-orang Melayu. Dato’ Onn kerap menulis
mengenai persoalan layanan, perbedaan gaji dan alaun hingga menular
kepada perbicaraan dan perbincangan mengenai keadaaan kesihatan,
pelajaran dan ekonomi dan adat- resam dan kebudayaan.

Di awal tahun 1930-an kesedaran kepada pelajaran dan minat


pembacaan mula berkembang subur. Di zaman meleset tidak banyak
bahan bacaan yang dapat dirujuk. Akhbar-akhbar Melayu tempatan
mendapat tempat dan pesanan yang amat menggalakkan. Pertumbuhan
dan pengeluaran akhbar melayu seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Berita-berita dunia pula mulai masuk dengan mudah dan berita
sensasi peperangan di Eropah mula mendapat perhatian. Kegiatan dan
peranan Angkatan Muda yang gagal mempengaruhi masyarakat Melayu
melalui dakwah telah menggunakan flatfom akhbar dan berita
semaksima mungkin.

Fahaman Angkatan muda telah meuar-uarkan perjuangan kebebasan


mentadbir dan memerintah sendiri. Ini dilakukan kerana terhasil
daripada kesedaran dari keadaan negara Turki yang telah dikongkongki
oleh kuasa barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal 1920-
an. Pejuang-pejuang kebebesan Islam telah ditangkap dan disekat
kebebasan bersuara. Mereka melihat agama telah dikongkongi dan
negara Turki telah dijajah. Pengaruh dan dasar kerajaan baru Turki yang
memperkenal sistem skular dan moden telah mematikan kebudayaan
Islam. Dengan perjuangan dan mesej yang dibawa oleh mereka ke
sebelah Timur mereka telah meuar-uarkan semangat perjuangan dan
kemerdekaan melalui pendidikan moden.

Dato’ Onn yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan


berpengalaman dengan sikap bias, prijudis dan hipokrit Inggeris berasa
bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu. Ini didorong pula oleh asal-
usul dirinya yang mempunyai darah Turki. Beliau telah mengambil
peluang ini dengan sepenuh tenaga dengan menulis di dada akhbar.
Beliau tidak memperlihatkan dirinya terpengaruh dengan arus perdana
yang dibawa oleh Angkatan Muda. Sebaliknya beliau menilik diri sendiri
dan keadaan bangsanya sendiri. Beliau berasakan isu-isu yang
ditulisnya sangat relevan. Beliau telah menulis dengan penuh minat dan
bertanggongjawab tanpa memikirkan penat lelah dan upah. Usaha
beliau telah menjadikan akhbar yang dipertanggongjawabkan
kepadanya iaitu akhbar Warta dan Warta Negara menjadi begitu laris
dan terkenal.

Jualan akbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu


mengurus dan menerbitkan akhbarnya sendiri. Beliau telah menulis
banyak kepincangan dan kelemahan orang Melayu dan cara-cara
mengatasinya. Beliau juga mendedahkan kelalaian intitusi raja dan
cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka dianggap
telah lupa kepada tanggongjawab untuk menjaga maruah diri dan
maruah bangsa. Dato’ Onn sering menkritrik sikap pegawai-pegawai
Melayu yang telah di brain wash oleh Inggeris hingga kadang kala
menjadi lebih Inggeris daripada orang Inggeris sendiri. Liputannya
mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat biasa tetapi juga di
kalangan istana, para bangsawan serta orang-orang Melayu
berpendidikan Inggeris.

Dato’ Onn telah berjaya memberi kesedaran kepada mereka kerana


Dato’Onn sendiri adalah daripada kalangan bangsawan di istana. Beliau
gigih memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dianggapnya sebagai
perjuangan sejagat. Beliau berjuang melalui penulisan dan beliau
menyindir pedas orang Melayu berpendidikan Inggeris yang tidak sadar
diri. Dato’ Onn berjaya meluahkan perasaannya selari dengan
kenyataan keadaan sosial ketika itu. Beliau berjaya mencuit hati para
pembaca kerana beliau menilik diri beliau sendiri dengan semangat
Melayu yang tulin.

Sejak dari kecil beliau terasa beliau dihalang untuk berdamping dengan
putera-putera raja oleh pegawai Inggeris. Beliau tidak dibenarkan
melanjutkan pelajaran di England bukan kerana beliau lemah tetapi
dikuatiri beliau akan mempengaruhi anak raja dan orang Melayu. Dulu,
beliau tidak begitu menyedari hal itu tetapi apabila beliau
berpengalaman menjadi marhein, ketika itulah apa yang tersirat menjadi
nyata di mata dan fikiran beliau. Jjika beliau diberi pendidikan tinggi dan
berpengetahuan, tentunya membahayakan Inggeris. Inggeris melihat
beliau memang berpotensi menjadi peminpim Melayu Moden. Keadan
itu mesti dielakkan demi kepengtingan Inggeris.

Ramalan Inggeris memang menjadi kenyataan apabila Dato’ Onn


mengetuai orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Dato’ Onn
juga sedar kekurangan pada dirinya yang tidak berpelajaran tinggi.
Kekurangan itu tidak dibiarkan. Alam kewartawan banyak mengajar dan
memberi input kepada beliau. Beliau sendiri mempunyai latar belakang
keluarga yang baik. Ini telah memberi keyakinan diri yang tinggi kepada
jiwa dan semangat beliau. Beliau dapat menghayati dan mengalisa
keadaan semasa dan agenda Inggeris daripada pengalamannya. Beliau
Berjaya membaca strateji Inggeris yang bersifat penjajah.

Pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor,


ketika menjadi Askar Timbalan Setia dan ketika beliau menghadapi
kesukaran hidup menjadi golongan marhein sebagai nelayan dan
menyewa di rumah setingan di Singapaura telah menjadi modal tidak
ternilai dalam penulisannya. Pengalaman dan penghayatan beliau telah
membuka bukan saja mata tetapi juga minda dan fikiran beliau dan
beliau berjaya meluahkannya dan mempengaruhi masyarakat sekeliling
. Beliau sungguh sensitif dengan kedaifan bangsa beliau. Bangsa
Melayu, di negara Melayu yang dianggap sebagai negara milik dan
warisan datuk nenek moyang. Di satu pihak lain, beliau melihat
golongan bangsawan dan pembesar negeri terus leka dibuai oleh
pengaruh kecerdikan Inggeris. Inggeris terus mengaut hasil yang tidak
terhitung banyaknya dari bumi Melayu.

Pada tahun 1935 Dato’ Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempena
Hari Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-
berita istana yang positif. Beliau berharap kematangan Sultan
memerintah ke arah pembaikan. Beliau yakin bahawa nilai yang baik
perlu dicontohi dan diketengahkan. Begitu juga yang tidak elok perlu
diberi perhatian agar tidak diteladani oleh anak bangsa. Terbitan
Selamat Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan
mendapat pesanan diluar jangkaan.Beliau menjadi bertambah
popular.Tengku Mahkota Ismail telah menyarankan ayahanda baginda
memberi pengampunan kepada Dato’ Onn kerana jasanya mengangkat
kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor berasa
sukacita dan menganggap Dato’ Onn telah berjasa kepada baginda dan
negeri Johor. Sehubungan itu baginda Sultan Johor berkenan memberi
keampunan kepada beliau. Baginda telah mengundang beliau dan
keluarga balik dan berkhidmat di Johor.

Pada tahun 1938 Dato’ Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat
Negeri. Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor
dengan bersyarat supaya pandangan beliau tidak disekat kecuali
pandangan yang merugikan rakyat. Beliau telah diberi jaminan kerana
beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor sebagai seorang yang
berani dan sangat berguna kepada negeri Johor. Sultan dinasihati
supaya menganugerahkan jawatan yang penting dan tinggi kepada
Dato’ Onn sebelum beliau dilamar oleh Singapura, negeri Melayu lain
atau Inggeris. Sultan Johor telah memperkenan lebih-lebih lagi Tengku
Mahkota yang sering memangku sultan juga berkeras menginginkan
teman setia dan karibnya berkhidmat di Johor.

Ketika Dato’ Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan
beliau telah diterima untuk mewujudkan biasaiswa pelajaran kepada
pelajar-pelajar Melayu yang bekelayakan. Biasiswa tersebut merupakan
biasiswa yang pertama telah diujudkan di negeri Johor dan
Semenanjung Tanah Melayu. Pelajaran dilihat sangat penting bagi
menjamin dan membantu orang Melayu. Mereka nanti akan berupaya
mencapai dan memajukan bangsa apabila tamat belajar. Dato’ Onn juga
menggesa agar pendidikan kepada kaum wanita juga ditingkatkan. Di
samping itu pelajaran agama juga tidak diabaikan.

Ketika zaman Jepun, Dato’ Onn telah diberi kepercayann oleh


Pentadbiran Tentera Jepun menjadi pegawai bekalan dan mengagih
makanan. Beliau telah mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa
yang telah diberikan. Beliau tidak menggunakan kuasa dan pangkat
beliau secara bias. Tetapi, di dalam senyap dan rahsia beliau juga
membantu memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti
Jepun. Beliau mengetahui strateji yang dibuat oleh Ibrahim Yakob dan
Ahmad Boestaman . Beliau mempunyai hubungan baik dengan mereka
dan juga dengan MPAJA.

Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai


daerah Batu Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara
orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah
menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera
Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah, mereka
menjadi komunis dan telah menzalimi dan menganiaya orang Melayu.
Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah
yang diketuai oleh Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang
Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang Cina terbunuh. Apabila
sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina
dari Batu Pahat, Dato’ Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan
itu.

Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah


yang diketui oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan
berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan idea
pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan
hak-hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan
Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya menyatupadukan
persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi
menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.
Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres
Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya
telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua.
Melalui UMNO, beliau menyusun strateji dan aktiviti menentang Malayan
Union sehinggga Inggeris terpaksa membubarkannya pada 1 Februari
1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Dato’ Onn Ja’afar dan isterinya Datin Halimah Hussein, pasangan yang
berjuang untuk memajukan bangsa

 BENDERA UMNO DAN SIMBOL UMNO

Anda mungkin juga menyukai