Anda di halaman 1dari 14

KERJA LAPANGAN

SEJARAH
TINGKATAN 3

NAMA: MARCUSS ONEIL ANAK NEILVIN


BONZO
TINGAKATAN: 3A (2022)

MATAPELAJARAN: SEJARAH

NAMA GURU: CIKGU JI-IT ANAK RUDING

MARKAH: ( )
Tema : Kedatangan Kuasa Asing
Tajuk : 8.2 Kebijaksanaan Raja dan
Pembesar Melayu Menangani
Cabaran Barat
PENGENALAN

British berminat untuk campur tangan di Johor


disebabkan oleh kedudukan negeri tersebut yang
penting kepada perkembangan ekonomi British.
Namun begitu, pemerintah Johor berhati-hati dalam
tindakan mereka agar negeri Johor tidak jatuh di
bawah kawalan British.
Kebijaksanaan berdiplomasi, ketinggian peribadi dan
semangat patriotik seperti yang dipamerkan oleh
pemerintah Kesultanan Johor dan Kesultanan
Terengganu membuktikan kesungguhan raja-raja
Melayu dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa
Barat. Kebijaksaan diplomasi dan dasar
persahabatan Sultan Abu Bakar dengan British
berjaya mengekalkan kedaulatan Kesultanan Johor
sehingga tahun 1914.
Latar Belakang Sultan Abu Bakar

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-


Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim telah menggantikan ayahandanya,
Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor
dari 1862 hingga 1895. Baginda berumur lebih
kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3].
Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada
1868. Baginda ialah merupakan Sultan Johor era
moden pertama.
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum
Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
‫ سري مهاراج تون داءيڠ‬B‫ تمڠݢوڠ‬B‫سلطان سير أبو بکر الخليل إبراهيم شاه إبن المرحوم‬
‫إبراهيم‬

Sultan Johor Era Moden I

Johor Darul Takzim

Pemerintahan 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895

Pendahulu Sultan Ali Iskandar Shah

Pengganti Sultan Ibrahim

Raja Muda Tunku Ibrahim

Pasangan Wan Chik binti Muhammad Tahir


Zubaidah binti Abdullah
Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Anakanda

Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)


Tunku Mariam
Tunku Putri
Tunku Azizah
Tunku Fatimah[1][fn 1]

Nama penuh

Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum


Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Ayahanda Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Bonda Cik' Ngah[2]

Keputeraan 3 Februari 1833


Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura

Kemangkatan 4 Jun 1895 (umur 62)


Bailey's Hotel, South
Kensington, London, United Kingdom

Dimakamkan 7 September 1895


Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Bahru

Agama Islam
Peninggalan
Terdapat seberapa binaan yang diberi nama memperingati baginda baik di
Johor Bahru mahupun di Muar yang menonjol kerana ditampilkan binaan
bercirikan seni bina Victoria dan Moor berbanding binaan sekelilingnya:

● Masjid Negeri Sultan Abu Bakar - dibina dari 1892 hingga 1900,[14]
● Maktab Sultan Abu Bakar
● Muzium Diraja Abu Bakar yang merangkumi Istana Besar Johor itu
sendiri,[15]
● Kompleks Sultan Abu Bakar, tempat pangkalan kastam Malaysia
sepanjang Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
LANGKAH-LANGKAH SULTAN
ABU BAKAR MEMANTAPKAN
PENTADBIRAN NEGERI JOHOR

Temenggung Abu Bakar merupakan seorang tokoh dan pemerintah


Johor yang bijak, tinggi peribadi dan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi. Terdapat beberapa langkah-langkah yang
dilakukan oleh Sultan Abu Bakar untuk memantapkan
pentadbiran negeri Johor adalah, Baginda menggabungkan tradisi
Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden.
Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui oleh British
tersendiri.
Selain itu, Baginda juga telah memajukan dan mengukuhkan
kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung serta membuat
hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau Lingga.
Di samping itu, Sultan Abu Bakar menubuhkan pasukan
polis dan tentera untuk menjaga keamanan negeri Johor.
Seterusnya,, Baginda juga telah menjaga kebajikan rakyat
dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
Akhir sekali,Baginda mengadakan hubungan baik dengan
Britian. Contohnya, Baginda seribg ke England untuk mempelajari
cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor. Pada tahun
1868, Baginda melawat menghadap Ratu Victoria di England. Ratu
Victoria telah mengurniakan gelaran bintang 'Knight Commander of
The Star Of India' dan Maharaja Johor kepada Baginda.
TINDAKAN SULTAN ABU BAKAR
MENYEKAT CAMPUR TANGAN BRITISH
DI NEGERI JOHOR

i). Mengadakan Hubungan Baik dengan Kerajaan Negeri-negeri Selat

. British mengekalkan kawasan Teluk Belanga di Singapura sebagai


milik Kesultanan Johor

. Baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga tahun 1889


sebelum berpindah ke Johor

ii). Kujungan ke England Bertemu dengan Ratu Viktoria

. Baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahun 1868

. Meredakan tekanan Gabenor Negeri-negeri Selat

. Diberi kepercayaan menyelesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu

iii). Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London

. Ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai British yang


berpengaruh

. Membantu menasihati baginda dalam hal pentadbiran


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
BERTULIS NEGERI JOHOR
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dibuat pada 14 April 1895
yang bersamaan 8 Syawal tahun 1312H. Tahun tersebut merupakan tahun
ke-34 Sultan Abu Bakar memerintah di atas takhta Kerajaan Negeri
Johor. Digelar "Undang-undang Tubuh Kerajaan" bukanlah kerana
baginda ingin menubuh atau mengasas sebuah kerajaan yang baharu
tetapi tentang mengurus tadbir kerajaan negeri ibarat sebuah tubuh atau
jasad yang lengkap bagi setiap bahagiannya. Hal ini juga menunjukkan
baginda Sultan yang punya kedaulatan ke atas negeri telah
memperturunkan kuasanya sebagai pemimpin dalam bentuk panduan
bertulis sebagai satu anugerah kepada Jemaah Menteri atau Majlis
Mesyuarat Negeri yang hadir dari kalangan rakyat jelata agar dapat
terlibat sama membantu Sultan dalam urusan pentadbiran negeri.Undang-
undang ini telah digubal oleh Sultan Abu Bakar bersama pembesar negeri
di Istana Besar Johor dan dikarang dalam tulisan Jawi oleh firma guaman
yang bernama Messrs Rodyk and Davidson
di Singapura. Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu ini yang
memperkenalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan melalui
Undang-Undang Tubuh tersebut. Ketetapan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan ini serta Persekutuan Mesyuarat Kerajaan dan aturan taat,
teguh, bersetia, dan benar.
Undang-undang ini telah ditandatangani serta disaksikan oleh yang
berikut:

● Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)


● Dato’ Ungku Mohamed Khalid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja
Daeng Ibrahim
● Dato’ Ungku Suleiman
● Dato’ Jaafar Bin Haji Mohamed ( Menteri Johor)
● Dato’ Syed Salim bin Ahmad Al-Attas (Mufti)
● Dato’ Haji Mohamed Salleh (Hakim)
● Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Sri Amar Diraja)
● Dato’ Mohamed Ibrahim Bin Abdullah Munshi (Dato’ Bentara Dalam)
● Dato’ Mohamed Salleh bin Perang (Dato’ Bentara Luar)
● Dato’ Jaafar bin Nong Yahya (Dato’ Penggawa Timur)
● Dato’ Abdul Samad bin Ibrahim (Dato’ Penggawa Barat)
● Dato’ Abdullah bin Tahir (Dato’ Sri Setia Raja)
● Dato’ Haji Abdul Rahman (Kadi)
● Dato’ Yahya bin Shaaban
● Dato’ Andak
● Dato’ Mohamed Mahbob
● Dato’ Mohamed Yahya bin Awal-Ed-Deen
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor telah diisytiharkan pada 14
September 1895 yang bersamaan 24 Rabiul Awal 1313 Hijrah, lima bulan
selepas penggubalan.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi 64 fasal. Antara
kandungan penting undang-undang ini termasuklah:

. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri dan kerajaan Johor kepada


sebarang kusa asing
. Menteri-menteri dan Jemaah Pangkuan Kerajaan juga tidak boleh
menyerahkan negeri kepada kerajaan asing
. Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat
Johor dan beragama Islam
. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat Johor.
. Agama Islam sebagai agama negeri selama-lamanya
. Rakyat dan kerajaan Johor mengekalkan hubungan baik dengan
kerajaan lain terutama British
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
BERTULIS DALAM MEMELIHARA
KEDAULATAN DAN KEMERDEKAAN
NEGERI JOHOR

UTKJ membantu menjamin kelicinan pentadbiran. Melalui UTKJ ia dapat


memberi panduan dan rujukan kepada pemerintah negeri dalam
mentadbir urus negeri dengan baik. Di samping itu dapat memerintah
menepati kehendak perlembagaan yang sudah termaktub.Paling utama,
UTKJ ini dapat mengiktiraf kedudukan raja sebagai ketua negeri. Dengan
kata lain, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar
negeri yang berperanan sebagai badan penasihat. Malah sejarah juga telah
membuktikan dengan adanya sistem raja berperlembagaan melalui UTKJ,
ia dapat menghalang British menguasai negeri Johor. Seterusnya,
kepentingan UTKJ adalah dapat menjaga dan memelihara kedudukan
agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Johor. Walau bagaimanapun,
hak penganut agama lain tidak pernah dinafikan. Setiap penganut agama
lain mempunyai hak menguruskam hal ehwal agama sendiri mengikut
undang-undang yang sedia ada. UTKJ juga secara dasarnya menjamin
kerjasama dan kesepakatan bersama antara kerajaan negeri dan rakyat
negeri Johor sendiri. Hala tuju negeri tidak dapat dicapai hanya dengan
sebelah pihak sahaja. Kerjasama rakyat penting dalam memastikan UTKJ
ini memberi kesan positif kepada rakyat dalam aspek pendidikan, sosial
mahupun ekonomi. Tuntasnya. UTKJ merupakan pusaka yang begitu
berharga buat negeri Johor.
RUMUSAN
Sultan Abu Bakar ialah Bapa Pemodenan Johor (1862-1895). Pada tahun
1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya dan diberi
gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda
sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi
membangunkan Johor. Pada tahun 1868, Ratu Great Britain
mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar. 1885,
satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British
dan beberapa persetujuan dicapai tentang;

i. Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat


ii. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari
keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)
iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di
Singapura
iv. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di
London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi

Perjanjian ini berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor dan


menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British. Sultan Abu
Bakar mangkat setelah beberapa lama gering menghidap sakit paru-paru
berair pada 4 Jun 1895 di Bailey's Hotel, South Kensington, United
Kingdom.Jenazah baginda dibawa kembali ke Tanah Melayu oleh suatu
kapal perang British dari Penang. Baginda dimakamkan di Makan Diraja
Bukit Mahmoodiah , Johor Bahru. Anak andanya tunku Ibrahim
ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada 7 September 1895

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang


• Berpandangan jauh
• Menjaga kebajikan rakyat
• Menjaga keamanan negeri
• Memantapkan ekonomi

SUMBER RUJUKAN
. Buku teks Sejarah tingkatan 3

. Guru

. Rakan-rakan

. Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/
Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibra
him

https://puteradaily.com/kepentingan-undang-undang-tubuh-kerajaan-
johor-1895/

Anda mungkin juga menyukai