Anda di halaman 1dari 5

Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar

Sultan Johor

Pemerintahan 4 Jun 1895 - 8 Mei 1959

Pendahulu

Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim

Pengganti

Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Pasangan

Sultanah Maimuna Sultanah Ruqaiya Che Puan Hasana bt Ja'afar Ungku Intan bt Ungku Ahmad Helen Bartholomew Sultanah Marcella Ibrahim

Anakanda

5 (4 putera dan 1 puteri), iaitu: 1. anakanda lelaki, mangkat Ogos 1893 2. Sultan Ismail (Tunku Mahkota Johor) 3. Tunku Abu Bakar 4. Tunku Ahmad 5. Tunku Miriam

Nama penuh

Ibrahim Iskandar Al-Mashyur ibni Abu Bakar

Ayahanda

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim

Bonda

Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar

Keputeraan

17 September 1873 Istana Bidadari, Serangoon,Singapura

Kemangkatan 8 Mei 1959 (usia 85) Grosvenor House, London,United Kingdom

Dimakamkan Makam Mahmoodiah, Johor Bahru

Agama

Islam

Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, Malaysia, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi.Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November.

Pendidikan
Berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis danEngland.

Pemerintahan
Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasaResiden di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan



Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan. Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor). Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu.

Pelayaran dan pengembaraan


Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya. Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan. Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York. Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan Queen Mary. Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Keluarga
Baginda berkahwin sebanyak enam kali, ia itu dengan: 1. Sultanah Maimuna (15 November 1876 - 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum Tengku Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35. 2. Sultanah Ruqaiya (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 30 Ogos 1920. 3. Che Puan Hasana binti Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar. 4. Ungku Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad. 5. Helen Bartholomew (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow, Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember 1937. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931. 6. Sultanah Marcella Ibrahim (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Marcella Ibrahim dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Rumania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 17 September 1955.

Sultan Ibrahim mangkat di Grosvenor House, London pada 8 Mei 1959 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,Johor Bahru. Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut: 1. Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna dan yang mangkat pada Ogos 1893; 2. Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, juga dilahirkan oleh Sultanah Maimuna; 3. Tunku Abu Bakar ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, yang dilahirkan oleh Sultanah Ruqaiya; 4. Tunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim, yang dilahirkan oleh Che Puan Hasana. 5. Tunku Miriam ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim, yang dilahirkan oleh Sultanah Marcella Ibrahim.

Pautan luar
Didahului oleh Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim Diikuti oleh: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Sultan Johor 4 Jun 1895 - 8 Mei 1959

Anda mungkin juga menyukai