Anda di halaman 1dari 19

Latar belakang

BAPA KEMERDEKAAN : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim
dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden
Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama
sejakkemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajarbahasa Melayu di sekolah itu.
Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian
berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan
Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-
Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana
dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William
Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta
maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada
sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian
Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan
dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor


Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada
jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sportdan kereta
mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku
tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual
waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang
di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang
lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh
Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai
Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid
Rahmaniahsempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawaperang akan meletus di Eropah.
Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am
Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India.
Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu
peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika
itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu
Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku
yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan
Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah,
Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai
Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu
tempoh itu, Tunku bertemu denganAbdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden
untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih
sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang
menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang
calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah
belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak


antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa


Almarhum. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang
hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun
1946. Pada tahun 1949, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi
pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato Onn bin Jaafar meletak jawatan
sebagai Presiden UMNO, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih
bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn, Almarhum YTM Tunku Rahman
Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun
1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan
sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Almarhum YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj membacakan pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau
apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula
oleh MIC. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan
akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah
apabila hasil rundingan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak
British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Almarhum YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting
adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan
memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini
diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan
tetapi menemui jalan buntu.
Sir

H. S. Lee

latar belakang
Tun Sir Henry Lee Hau-shik,
lebih dikenali sebagai Tun H. S.
Lee (1900 - 1988) merupakan
antara tokoh yang terlibat
dalam mendapatkan
kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dan kemudian
menjadi Menteri
Kewangan pertamanya
dalam Jemaah Menteri
Kementerian Pengangkutan Malaya pertama. Beliau juga
pernah menjadi Menteri
Tempoh jawatan Pengangkutan dalam kabinet
19551957 sementara sebelum
kemerdekaan.
Diganti oleh Abdul Rahman Talib (1958)
H. S. Lee merupakan anak sulung
kepada seorang usahawan
dari Kementerian Kewangan Gaozhou,Guangdong Lee
Kwai-lim dan isterinya Kam
Tempoh jawatan Kwok-chun. Dia dilahirkan
diHo 1957 1959 ng Kong pada 19 November
1900.[1] Pada 1924, H. S. Lee
Diganti oleh Tan Siew Sin berpindah ke Malaya bagi
membantu perniagaan
bapanya. Beliau dengan cepat
Lahir 19 November 1900 menyesuaikan diri dan aktif
Hong Kong
berpersatuan.

Selepas perang, Tun H. S.


Meninggal dunia 1988
Lee merupakan antara tokoh yang
Malaysia
terlibat dalam
Parti politik MCA
menubuhkan MCA, dan
kemudian bertanggungjawab
Pekerjaan Usahawan memulakan kerjasama antara
kaum sehingga mencetuskan
idea penubuhan Parti Perikatan.[2]
pendidikan
Tun H.S Lee mendapat pendidikan awal di Queen College,Hong Kong sehinggalah beliau
berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perundangan dan ekonomi dari University
Cambridge, England. Setelah itu, beliau memulakan kerjaya di Hainan sebagai Pegawai
Perhubungan Awam di Bank Hong Kong. Apabila tiba di Tanah Melayu dan berjaya dalam
perniagaan bijih timah, beliau bersama-sama dengan Leong Yew Koh dan Lim Chong
Eu(Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) telah menubuhkan Malayan Chinese
Association(MCA) pada tahun 1949.

Berdasarkan kepada ketokohan beliau serta peranan penting yang dimainkan dalam
menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu, Tun H.S Lee telah dipilih sebagai salah
seorang anggota rombongan ke London yang diketui Tunku Abdul Rahman bagi
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Setelah bersara pada tahun 1959, beliau
menubuhkan DCB Bank manakala dua orang anaknya turut menceburi bidang politik iaitu
Datuk Douglas Lee yang telah memenangi Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala
Lumpur(1952) dan Tan Sri Dato' Alex Lee dari parti Gerakan yang juga pernah menggangotai
kabinet Tun Dr.Mahathir pada tahun 1980-an.

Tun H.S Lee bukan sahaja prihatin terhadap perkembangan politik di negara ini, malah
semasa Jepun menyerang Tanah Besar China pada tahun 1937, Lee telah mengetuai usaha
kutipan tabung bantuan kemanusiaan China dan bekerjasama dengan Parti Kuomintang
China. Ketika menakluki Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, Lee dan keluarganya
berpindah ke India dan bertemu dengan Chiang Kai Shek di Congqing, China. Sebagai
menghargai jasa dan penglibatannya dalam arena politik tempatan dan sumbangannya kepada
masyarakat Cina, Chiang menganugerahkan beliau dengan gelaran "Kolonel" dan turut
dihantar bertugas ke sempadan China-Burma sebagai perantara tentera China dan British.

Ketokohan Tun H.S Lee telah membuka laluan penting kepada kerjasama politik antara orang
Melayu dan Cina di Tanah Melayu yang menjadi asas untuk persiapan ke arah kemerdekaan.
Malah, ketika rombongan rundingan kemerdekaan ke London banyak yang telah beliau
sumbangkan bagi merealisasikan kemerdekaan negara. Hasilnya, rombongan tersebut berjaya
memperoleh keputusan yang positif apabila pihak koloni British bersetuju memberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

sumbangan
Henry Lee Hau Sik dilahirkan di Hong Kong pada 1901 dan belajar di Cambridge, Britain. Di
situlah beliau mengenali bakal King George VI.

Lee datang ke Malaya pada 1924 untuk mencari peluang perniagaan terutamanya
perlombongan.

Masanya di Malaya adalah penuh dengan peristiwa. Beliau terlibat dalam politik Kuomintang
dan aktiviti anti-Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua, Lee melarikan diri ke India bersama
keluarganya kerana pihak Jepun ingin membunuhnya.
Beliau mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Cina
yang kemudian ditempatkan di Burma.

Beliau turut dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Britian di India semasa zaman
peperangan. Beliau menjadi pengantara antara dua Pihak Berikat itu.
Lee memainkan peranan penting dalam membentuk satu pakatan pilihan raya dengan Umno
pada 1952, yang kemudiannya menjadi Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional).

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan Perikatan yang diketuai Tunku Abdul
Rahman yang terlibat dalam perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan di London pada
1956.
Beliau adalah satu-satunya penandatanganan Cina untuk perjanjian kemerdekaan Malaya.

Lee ialah Menteri Pengangkutan dari 1953 hingga 1956 dan dilantik sebagai Menteri
Kewangan pertama untuk Persekutuan Malaya pada 1957. Dua tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan ekoran kesihatannya merosot.

Selain itu, beliau turut berperanan menubuhkan Malayan (kemudian Malaysian) Chinese
Association pada 1949, dengan bantuan kumpulan perniagaan Cina dan ahli pendidikan.

Menurut Thomas, Lee juga dikenali sebagai seorang pemimpin terkenal di kalangan komuniti
Guangdong dan Gaozhou.

"Saya terkejut apabila seseorang menghampiri saya dan memperkenalkan dirinya berasal dari
Guangdong. Dia berkata keluarganya berasal dari Raub yang didiami banyak orang Gaozhou.
Dia beritahu saya sehingga hari ini, penduduk di situ masih mengenali Lee Hau Shik."

Lee mengasaskan atau terlibat secara aktif dalam pelbagai institusi dan organisasi termasuk
Bank Negara Malaysia, Hospital The Lady Templer, China Press, Majlis Olimpik Malaysia
dan Persatuan Golf Malaysia.
Selepas bersara pada 1959, Lee menubuhkan Bank Pembangunan dan Komersial yang
sekarang dikenali sebagai bank RHB.

Beliau meninggal dunia pada 1988 di Kuala Lumpur. Jalan Bandar yang pada mulanya
dikenali High Street kemudian dinamakan semula sebagai Jalan Tun H.S. Lee untuk
mengiktirafnya

Latar belakang
Tun Sambanthan Nama sebenar Tun Sambanthan ialah Thirunyana. Beliau dilahirkan pada
16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Bapanya Veerasamy berasal dari Mimisal, sebuah
pekan di pinggir Tanjore di India Selatan. Tun Sambanthan memulakan pendidikan rendah
di sekolah aliran Tamil, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.
Tun Sambanthan melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dalam
bidang ekonomi dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Aktif
berpersatuan dan menyertai gerakan Quit-India. Beliau menubuhkan Sekolah Tamil
Mahatma Gandhi yang dirasmikan pada 14 Ogos 1954. Dilantik sebagai Presiden MIC
pada tahun 1955 dan menjadi presiden pertama yang menyatukan kesetiaan orang India
kepada parti perikatan. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden
MIC ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun Sambanthan dilantik menjadi Menteri penuh
dalam pelbagai kementerian. Menjadi Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Kerja,
Pos dan Telekomunikasi dan Menteri Perpaduan. Tun Sambantahan terlibat dalam
beberapa peristiwa penting negara seperti Penubuhan Malaysia. Terlibat dalam
penubuhan Koperasi Permodalan Tanah Berhad. Beliau telah meletakkan jawatan
Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974
kerana faktor usia Beliau meninggal dunia pada 17 Mei 1979 akibat sakit jantung. Tun
Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima
Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam
pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia Biografi ringkas Dilahirkan di kawasan
pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh
ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Sejak kecil lagi,
Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya
terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika
berusia 36 tahun. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu
parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung
Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan
menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Cabaran gentir ketika itu pula
adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar
rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir
ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land
Finance Cooperative Society). Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T.
Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.
Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959,
Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir
dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi
menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama
berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa
dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada tahun 1973,
Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara
disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi
mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan
raya di Brickfield, Kuala Lumpur. Anda mungkin juga meminati:
pendidikan

Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah


di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan
kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.

Sumbangan
Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet daripada ayahnya, beliau
telah menganjurkan kelas mengajar bahasa Inggeris untuk pekerja-pekerja di estetnya. Hal ini
demikaian kerana beliau mengetahui hanya melalui proses belajar dapat memajukan diri
sendiri dan ekonomi negara. Pada masa itu, taraf hidup orang India amat rendah dan
kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan. Justeru, masyarakat India pada masa itu
masih ketinggalan dalam pelbagai aspek. Perkara ini disedari oleh Tun Sambanthan. Untuk
membantu pekerja-pekerjanya memperbaiki taraf hidup mereka, beliau telah memberikan
peluang kepada mereka untuk memperlajari bahasa Inggeris yang amat penting dalam
pergaulan seharian. Beliau berbuat demikian supaya masyarakat India tidak akan terus
ketinggalan dalam pelbagai aspek serta dapat memperbaiki kehidupan mereka.

Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil yang
bernama Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau dengan bantuan pegawai-pegawai
British pada masa itu Sekolah ini dirasmikan oleh Pun Vijayaletchumi Pandit yang dijemput
oleh Tun Sambanthan.Tujuan beliau menubuhkan sekolah ini adalah untuk memberikan
pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ini
berpeluang mempelajari bahasa Inggeris kerana pada masa itu Tun Sambanthan telah
bersetuju untuk memasukkan pelajaran bahasa Inggerris ke dalam semua sekolah Tamil di
Perak. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak pekerja estet berpeluang mendapatkan
pendidikan yang sempurna walaupun keluarga mereka miskin. Selain memberikan
pendidikan kepada kanak-kanak kaum India, Sambanthan juga berharap sekolah ini dapat
membantu negara melahirkan generasi yang berpengetahuan serta akan berbakti kepada
negara dalam pelbagai bidang.

Seterusnya, Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas kepada kanak-kanak


estet supaya mereka dapat melanjutkan persekolahan di bandar. Pada masa itu, kemudahan
pengangkutan amat kurang atau hampir tiada di kawasan pedalaman. Kemudahan
pengangkutan hanya tertumpu di kawasan bandar yang lebih maju. Keadaan ini telah
menyusahkan penduduk di kawasan pedalaman terutamanya para pelajar yang ingin
melanjutkan persekolahan di bandar. Untuk mengatasi masalah ini, Sambanthan telah
menyediakan perkhidmatan bas bagi memudahkan para pelajar yang ingin melanjutkan
persekolahan di bandar. Perkhidmatan bas yang desediakan oleh Tun Sambanthan sekurang-
kurangannya dapat mengatasi masalah pengakutan yang dihadapi oleh penduduk pedalaman
selama itu.

Rentetan itu, Tun Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar mingguan yang diberi
nama Malai Naadu. Editor bagi akhbar ini ialah Encik V. Meenachi Sundram dan pejabat
penerbitannya terletak di Sungai Siput. Usaha murni ini adalah untuk menggalakkan keluaran
surat khabar dalam negara dan bukannya dari luar negara lagi. Dalam akhbar ini, akibat buruk
ketagihan todi telah dilaporkan. Hal ini demikian kerana pada masa itu, banyak pekerja-
pekerja estet suka minum minuman todi dan mengalami ketagihan yang telah merosakkan
pretasi dalam perkerjaan mereka. Pekerja-pekerja estet juga telah menbazirkan banyak wang
dalam membeli minuman todi. Perkara ini menyebabkan ramai orang India hidup dalam
keadaan aerba kekurangan. Untuk mengasi masalah ini,Tun Sambanthan meminta akhbar
Malai Naadu untuk mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan keburukan meminum
minuman todi. Beliau telah berkempen dengan bergiat menentang tabiat minum minuman
todi dan menggalakkan sifat berjimat cermat dalam kalangan ahli pekerja-pekerja este untuk
menangani masalah tersebut. Tun Sambanthan berupaya bertindak sendiri untuk
mengeluarkan akhbar-akhbar di Tanah Melayu tanpa bergantung kepada orang luar. Perkara
ini telah menjadi salah satu usaha untuk menggalakkan proses Malayanisasi.

Tambahan pula, Tun Sambanthan mencadangkan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India
Selatan kepada satu tabung pendidikan untuk anak-anak pekerja estetnya supaya mereka
mendapatkan manfaatnya. Tun Sambanthan telah mendesak Encik Manikavasagam yang
ketika itu menyandang jawatan Menteri Buruh dan juga Timbalan Presiden MIC untuk
mengubahsuai perlembagaan tabung. Beliau berbuat demikian kerana beliau ingin
memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang yang belajar di sekolah
menengah dan juga universiti. Dengan melaksanakan pemindahan Tabung Imigrasi Orang
India Selatan kepada satu tabung pendidikan, banyak pelajar telah mendapatkan manfaatnya.
Sebagai contoh, empat orang pelajar telah menerima biasisiwa untuk melanjutkan pelajaran
di universiti tempatan. Sebagai Presiden MIC, Tun Sambanthan telah memikul
tanggungjawab untuk memastikan keperluan tabung dapat dimanfaatkan oleh masyarakat
estet itu sendiri supaya berlakunnya sebarang penyelewangan
.

Akhir sekali, Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah
Kebangsaan atau The National Land Finance Cooperative Society (NFLCS) bersama dengan
K.R Somasundram pada tahun 1960. Persatuan ini ditubuhkan kerana pada akhir 1950-an dan
awal 1960-an telah berlakunnya fragmentasi estet. Pada masa itu, beribu-ribu pekerja estet
orang India telah dibuang kerja. Beliau percaya koperasi hanya adalah satu jalan keluar badi
mengatasi masalah fragmenatsi. Cabaran getir ini telah mendorong Tun Sambanthan
menubuhkan NFLCS. Pekerja-pekerja estet telah digalakkan untuk membeli saham dalam
koperasi, yang tujuan utamanya adalah membeli estet-estet besar untuk menghalang
fragmentasi. Dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM2 hingga RM100(yang dibayar secara
beransur) seorang pekerja boleh memiliki satu saham dalam koperasi dan mempunyai sati
taruhan dalam estet. Tun Sambanthan sendiri talah melawat seluruh negara untuk
mendaftarkan ahli baru. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah. Semasa
beliau meninggal dunia pada tahun 1979, NFLCS telah berjaya membeli 18 estet yang
mempunyai jumlah luas kawasan 30,000 ekar yang ditanam dengan pokok getah, koko,
kelapa sawit, buah kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000 orang.
Atas usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai Bapa Koperasi.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin India, Tun V.T. Sambanthan telah banyak berjasa
dalam usaha memajukan masyarakat India dalam pelbagai bidang. Melaui aktiviti
sosioekonomi yang dijalankan, beliau telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang sesuai
dengan aspirasi orang India di Malaysia. Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau
telah dianugerahkan pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967.
Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of Law
) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971. Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen
LRT Tun Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi
mengenang jasa beliau. Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1979 ketika berumur 59
tahun. Pada upacara pengebumian beliau, hampir 15,000 orang telah hadir untuk memberikan
penghormatan terakhir, termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat karibnya dan Tun Tan Siew
Sin.

Latar belakang
Zainal Abidin Bin Ahmad

Za'ba

Kelahiran 16 September 1895


Batu Kikir, Jempol, Negeri
Sembilan, Malaysia

Meninggal dunia 23 Oktober 1973 (umur 78)

Nama lain Za'ba

Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan


Melayu

Terkenal kerana Ahli akademik dan penulis

Gerakan politik Gerakan Akademik Malaya

Agama Islam

Zainal Abidin Ahmad (emikir Melayuketurunan Minangkabau yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan
salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang
terkemuka dalam sejarah Malaysia.Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang
dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk
penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan
umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris
latar belakang pemilik nama Zaba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin
Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri
Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907.
Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Beliau
pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai
penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa
Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita
Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang
menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu[3]. Di antara rencana beliau
yang terkenal ialah Modern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in
Malaya. Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku
asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa
Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot;
yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Zaba, Z Penjelmaan, Z
Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot.
Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor
Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962,
beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di
Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu
dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

pendidikan

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, sabah, Zaaba menerima pendidikan
awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya
di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayupertama menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan
kemudiannya bertukar ke:

1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar

1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur

1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim

1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942


1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951

1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan.
Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-
majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau
telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita,
dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang
diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

sumbangan
Salah satu sumbangan Zaba ialah dalam sistem bejaan Melayu. Minat beliau terhadap
penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap
penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai
perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput
sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang
ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary
Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan
Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Nama
Pendeta Zaba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut
sebagai Sistem Ejaan Zaba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan
menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914.
Oleh sebab Sistem Ejaan Zaba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya
sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan
juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Zaba menaruh harapan
untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi
tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang
terbit daripadanya,"sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang
sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar Bapa Bahasa Melayu Moden selepas Munsyi
Abdullah. Zaba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa
Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-
sama Ibrahim Mahmud, Dato Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.

Sumbangan Zaba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan yang
besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi
bahasa Melayu, Zaba jasa dan sumbangan Zaba dalam bidang bahasa Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu
(Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada
dunia linguistik Melayu. Menurut Zaba diPeranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan
Jawi Diri, Faktor Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang
demikian bangsa Melayu amat terhutang budi kepada Pendeta Zaba atas segala jasa dan
ketokohannya. Beliau nyata telah memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna
terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk
menghargai sumbangan pendita Zaba untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan
Bahasa Melayu. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965.
dan Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan Pekerja dan Petani Kepada terbesar
Pendeta Zaba yang menggabungkan tiga jilid Pelita Bahasa Melayu yang sebagai bapa
tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid. Sumbangan besar Zabapula
dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu.

Latar belakang

un Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor
Setar, Kedahtanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari
pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang
didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada
bulan Disember) oleh bapanya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan[].
Bapa Mahathir, Mohamad bin Iskandar berasal dari Pulau Pinang, [13] seorang Melayu dengan
nenek moyang Indiadari negeri selatan India Kerala, manakala ibunya Wan Tempawan,
berasal dari Kedah, berketurunan Melayu masing-masing. Satu aspek kelahiran Mahathir
telah membawanya: beliau tidak dilahirkan ke dalam golongan bangsawan atau keluarga
agama atau politik yang menonjol, bapa Mahathir adalah seorang pengetua sekolah rendah
status sosio-ekonomi bermakna anak-anak perempuannya tidak dapat mendaftar di sekolah
menengah, manakala Wan Tempawan hanya mempunyai hubungan yang jauh untuk royalti
Kedah. Kedua-dua ibu bapa telah berkahwin sebelum ini; Mahathir mempunyai enam
setengah adik-beradik dan dua sepenuh adik-beradik.
sumbangan

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran diGovernment English
School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932.
Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah
membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah
tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada
tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti


Malaya,Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan(MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai
doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor
Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan
empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak
beliau adalah:

Marina Mahathir

Mirzan Mahathir

Melinda Mahathir

Mokhzani Mahathir

Mukhriz Mahathir
Maizura

Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan
anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu
terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan
Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Bil Tokoh tokoh Muka surat

Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1 Latar belakang

Pendidikan

sumbangan
Tun H.S.Lee

Latar belakang
2
Pendidikan

sumbangan
Tun V.T.Sambanthan
Latar belakang
3 Pendidikan
sumbangan
Zainal Abidin Ahmad
Latar belakang
4 Pendidikan
sumbangan
Tun Dr Mahathir Mohamad
Latar belakang
5 Pendidikan
sumbangan
Isi kandungan

Anda mungkin juga menyukai