Anda di halaman 1dari 17

SEJ T 6 Kegagalan British Campur Tangan di Johor Sehingga Tahun 1914

SOALAN (1)Kegagalan British Campur Tangan di Johor Sehingga Tahun 1914 Pengenalan Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungan dengan British. Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles dan pembukaan Singapura pada tahun 1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan negeri yang paling akhir menerima Penasihat British. Dengan ini, Johor dianggap sebagai negeri yang paling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yang lain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima campur tangan British mulai 1874. mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning, kemerdekaan Johor pada umumnya adalah disebabkan dua faktor, iaitu hubungan berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor terutama Tememggung Daeng Ibrahim dan Maharaja Abu Bakar. Sebab Johor mengekalkan kemerdekaannya 1. Hubungan berbaik-baik dengan British Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggung mengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negerinegeri Selat dan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan oleh pengganti-penggantinya seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Di samping mengekalkan kebebasan Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amat menguntungkan Johor. Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya ke atas Johor menerusi satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali, putera Sultan Hussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan penuh ke atas Johor. Tuntutan takhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan kestabilan politik Johor kerana tuntutan itu dapat dielakkan oleh pihak British dengan sokongan pihak British terhadap keluarga Temenggung. Sultan Abu Bakar (1862-1895) telag mengeratkan hubungan mesra Johor dengan British. Gelaran Maharaja dan gelaran Sultan telah diiktirafkan oleh pihak British. British juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah mengukuhkan kedudukan Sultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat. 2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor. Perlembagaan bertulis yang berdasarkan sistem perlembagaan di Britain menjamin sistem pentadbiran yang teratur. Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa Sultan dapat diperkukuhkan. Perlembagaan ini merupakan perlembagaan yang bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila baginda menandatangani perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantik seorang wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat di Johor. Di samping

memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yang lebih kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat. Baginda mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada orang Melayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati Sultan. Majlis Negeri yang didirikan terdiri daripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh Sultan untuk membuat undang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk mengambilalih pentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah wujud di Johor. 3. Tidak berlaku kekacauan di Johor Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk orang Cina ke Johor dalam pertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagai satu kaedah yang tersusun untuk mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu. Melalui sistem Kangcu, orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor dan membuka ladang-ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliah yang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang Cina. Surat ini menentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini membolehkan kemasukan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor. Pada awal tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor. Mereka menjadi buruh-buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka pada pertengahan abad ke-19. Berbeza dengan Negeri-negeri Melayu yang lain seperti di Perak dan Selangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh kongsi gelap di Negeri Johor. Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu Ghee Hin untuk masuk ke Johor. Malah baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasuki Johor. Dengan cara pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cina terkawal. Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Negeri-negeri Melayu yang lain juga tidak berlaku di Johor. Pemindahan kuasa dari keluarga Sultan kepada keluarga Temenggung terutamanya selepas kemangkatan Sultan Hussein telah berlaku secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Oleh sebab tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa di kalangan pembesar atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, maka British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingaa tahun 1914. 4. Kurang potensi ekonomi Walaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi tumpuan yang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai sumber alam yang kaya seperti bijih timah. Kekurangan kepentingan ekonomi British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri tersebut. Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914 Hubungan Johor dengan British mulai regang pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1895-1959). Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat Tanah Jajahan. Sebaliknya baginda menentang kuasa pihak British. Baginda memerintah secara bebas dan sering mengabaikan nasihat British. Malah baginda mengambil beberapa tindakan yang mengecewakan pihak British.

Pada tahun 1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasan keretapi dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapi mengikut syarat-syarat sendiri dengan mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera sendiri. Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British. Namun demikian, pada 11 Julai 1904, Sultan Ibrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi Johor setelah A. Lyttleton, Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil tindakan yang tegas ke atas baginda. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus mengancam kepentingan-kepentingan British di Johor. Pada tahun 1905, baginda memebrikan satu konsesi yang luas kepada Perbadanan Negeri Johor yang disokong oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hak monopoli selama 20 tahun. Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan Johor Bharu sebagai sebuah pelabuhan supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segi ekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tindakan baginda mengamcam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat British menyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor untuk memaksa baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya pada tahun 1914, Sultan Ibrahim menandatangani satu perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawai British yang nasihatnya mesti diminta dan dijalankan dalam semua perkara yang ada hubungan dengan pentadbiran umum negeri dan mengenai semua perkara selain daripada yang menyentuh agama dan adat resam orang Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskan kuasanya ke Johor.

Soalan (2): Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat majmuk danperkembangannya di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Jawapan cadangan: Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politikyang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya.Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkankemasukan orang cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan kaumimigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk ialah kesengsaran sosialdan ekonomi di Negara asal. Hal ini, disebabkan pertambahan pendudukmelebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyatmenderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Dengan itu,Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanahdan akhirnya mereka kehilangan tanah. Selain itu, bertambah sengsara , ke rapkali berlaku bencana alam dan pengangguran berleluasa, menyebabkanmereka terpaksa cari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang cina bahagianSelatan. Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanandengan itu hidup petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kastapenghalang kepada moboliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrahke Tanah Melayu. Indonesia, keadaan yang serupa, taraf hidup petani rendahmalah belanda gagal

tingkat taraf hidup mereka. Mengenakan pelbagai cukaiseperti buruh, tanah, kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, terdapat perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu .Dalam kemajuan pertanian dan perusahaan bijih timah dan getah mengalakkankemasukan kaum imigran. Pada tahun 1840-an, banyak lombong dibuka diLarut, Lembah kinta. Tambahan pula, permintaan bijih timah bertambah dipasaran dunia akibat Revolusi Perindustrian di Eropah. Contohnya, perusahaangetah memerlukan tenaga buruh yang ramai dengan itu kemasukan orangIndia bertambah lebih-lebih lagi ketika harga getah meningkat. Dalamperkembangan perusahaan ini dan pertanian ladang yang lain wujud peluangpekerjaan. Hal ini mendorong orang Indonesia juga berhijrah ke sini. Kestabilan politik dan galakkan kerajaan. Hal ini disebabkan campurtangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeriyang kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain. Hal ini menjadi dayatarikan kemasukkan modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untukmembekalkan tenaga buruh dan kerajaan juga mengamalkan dasarpenghijrahan yang longgar sehingga tahun 1929, tidak kenakan sekatan keranaperlu tenaga buruh yang murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerjadi ladang dan gaji rendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhimat dalam polis dantentera. Orang Tamil pula ,yang pendidikan Inggeris berkhimat dalamperkhimatan perkeranian dan teknikal. Menurut A.R.Rathborne, faktorpemerintahan British menjamin keamanan dan ketenteraman awam telahmendorong penduduk Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Faktor-faktor menyebabkan masyarakat majmuk ialah pergolakan dankorupsi politik di Negara asal. Politik yang tidak stabil terutama bahagian Chinadan India. Wilayah Kwangtung dan Kwangsi sering timbul pemberontakanuntuk menggulingkan Manchu. Contohnya, pemberontakan Taiping. Untukelak tekanan kerajaan, menlarikan diri ke Negara lain. Manchu amal rasuahdan kenakan pelbagai cukai yang tinggi. Bagi Indonesia pula, pergolakan politik.Tekanan daripada Belanda menyebabkan penghijrahan orang Bugis danSumatera. Dalam sifat mengembara dan perniagaan terutama bagi pendudukKwangtung dan Fukien. Menurut Aziza Haji Muda, sifat pengembara, pelayarandan pengembara ini yang ada pada orang Bugis merupakan faktor penggalakproses migrasi di Tanah Melayu. Orang Minangkabau, keadaan sosialmempengaruhi mereka, sistem kekeluargaan matrilincal merupakan AdatPerpatih yang melahirkan konsep merantau kerana wanita berperanan besarpemilikan harta pusaka. Selain itu, terdapat juga kesan migrasi terhadap masyarakat majmuk diTanah melayu. Dengan membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza.Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa yangberbeza wujud dalam satu kawasan politik tertentu iaitu wujud berdampingantetapi berasingan. Kaum kaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsatetapi agama, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan taraf hidup. Di samping itu, juga bertambahan bilangan penduduk dalam peringkatawal, kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari kekayaan tetapi akhirnya ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap kekal.Orang india melebihi 30000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihan120000 orang pada tahun 1901. Akhirnya, lahir satu kebudayaan yang unik. Dengan itu, setiap kaummengekalkan agama masingmasing seperti orang Melayu agama Islam, orangCina agama Buddha,dan orang India agama Hindu. Dalam bahasa ketiga kaumbertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi, setiap kaummengikut kegiatan tertentu. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertaniandan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan.Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalami terpisah tempat kediaman. Dalamgolongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian danpinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan Bandar pusat perniagaan, Indiatinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tigakaum berbeza mengikut jenis pekerjaan. Keseluruhannya, faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politikNegara asal serta faktor penarik seperti

perkembangan eknomi dan politikyang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahanini mewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu

Soalan:3.Jelaskan situasi politik di negeri Pahang dan Perak yang menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British pada abad ke-19. Pengenalan:

1. Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris pertama di Pahang.. J .P Rodger telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan di mana telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk . 2. Hal ini telah membangkitkan semangat menentang Inggeris yang dipimpin oleh Dato Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Di Perak pula, penguasaan British bermula dengan Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 dan perlantikan J.W.W Birch sebagai residen. 3. Birch telah melaksanakan pembaharuan secara drastik dan mengikut corak pentadbiran ala barat yang tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada kerajaan Perak dan para pembesar sehingga menimbulkan penentangan terhadap pemerintahannya. Isi-isi: Pahang:

1. British telah menguasai ekonomi Pahang terutama sektor perlombongan yang menjejaskan kepentingan orang Melayu. 2. Sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh Residen. Contohnya bayaran gantirugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak mengutip cukai. 3. Pengenalan undang-undang berkaitan dengan tanah, sistem kerah, dan penghapusan sistem perhambaan bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. 4. Rakyat tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Contohnya larangan dalam pemakaian keris.

5. Pembesar-pembesar kehilangan hak sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang diwarisi dengan perlantikan pemungut cukai dan majistret Inggeris. 6. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan contohnya cukai tanah seperti tanah kampong, tanah paya, tanah dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seeker. 7. Sistem lesen dan permit telah diperkenalkan oleh J.P Rodger rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah. Perak:

1. Perjanjian Pangkor tidak dapat meneyelesaikan perebutan takhta kerajaan negeri Perak Sultan Abdullah yang memerintah telah menggunakan kuasanya secara berleluasa. Kedatangan Birch menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati. Kerana terpaksa menerima nasihat daripada Kapten Speedy. 2. Birch tidak tahu adat resam orang Melayu, beliau juga tidak tahu berbahasa Melayu. Beliau tidak berusaha bergaul dengan pembesar untuk mendapatkan kerjasama. Sebalikmya beliau menghina Sultan Abdullah. Tindakan Birch membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar menjadikan rakyat Perak dan pembesarnya semakin marah. 3. Birch juga bersikap degil dan tidak diplomatik serta tidak pernah mahu berbincang dengan sultan atau pembesar. 4. Birch menambahkan kebencian rakyat dengan menghapuskan amalan perhambaan hutang dan beliau memberikan perlindungan kepada hamba berhutang yang melarikan diri daripada tuan-tuan mereka. Tindakan Birch telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor iaitu tidak mencampuri adat resam masyarakat Melayu. 5. Tindakan Birch telah dianggap oleh pembesar dan sultan sebagai mencabar kedaulatan tradisional mereka kerana hak memungut cukai menjadi sumber pendapatan mereka turun temurun. 6. Birch juga bertindak membatalkan pajakan cukai kastam Sultan Abdullah oleh seorang saudagar Cina bernama Lee Cheng Tee - pembatalan ini

menyebabkan kerugian di pihak sultan. Tindakan Birch membenarkan Lee membawa minuman keras dan candu ke Perak menambahkan lagi kemarahan Sultan Abdullah. 7. Gabenor NNS Sir William Jervois telah melakukan kesilapan besar dengan memaksa Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada British kerana ini menambahkan kebencian sultan, pembesar dan rakyat Perak terhadap British.

Kesimpulan:

1. Berlaku beberapa siri peperangan antara rakyat Pahang dengan British kerana timbul perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan system residen. Bagaimanapun British berjaya mengawal pemberontakan yang berlaku kerana kelemahan susunan pertahanan di pihak rakyat Pahang sendiri. 2. Di Perak pula, kemuncak daripada perasaan benci rakyat terhadap British membawa kepada komplot untuk membunuh Birch yang telah dilaksanakan pada 2 November 1875. Bagaimanapun kejayaan itu tidak kekal lama kerana British telah menghantar sepasukan tentera ke Pasir Salak untuk menamatkan penentangan rakyat Perak.

SEJ T 6 SISTEM RESIDEN DI T. MELAYU

Sistem Residen Pengenalan Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

Tugas Residen 1. Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu. 2. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. 3. Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan. 4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. 5. Membaiki alat-alat perhubungan

Corak pentadbiran 1. Peringkat negeri Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat segala undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Majlis dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal.

Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat. 2. Peringkat daerah Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerah di bawah jagaan seorang Pegawai Daerah British. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai Pemungut Cukai dan Majlistret kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi majistret di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga perbendaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut. 3. Peringkat mukim Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana a. Mempunyai pengaruh yang kuat b. Melibatkan mereka dalam pentadbiran British c. Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata d. Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas Tugas mereka ialah: a. Memungut hasil tanah b. Mentadbir undang-undang tempatan c. Menjaga keamanan dan keselamatan d. Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata

e. Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata f. Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan g. Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis 4. Peringkat kampung Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang. 5. Peringkat bandar Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir Bandar Kuala Lumpur. Tugasnya adalah untuk a. Mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja b. Meluluskan pelan bangunan c. Menjaga kebersihan bandar Ahli-ahlinya terdiri daripada: a. Jurutera di Jabatan Kerja Raya b. Ketua Polis Daerah c. Individu yang dilantik oleh Residen Masalah yang dihadapi oleh Residen 1. Tidak terdapat sistem pemerintahan pusat di Negeri-negeri Melayu. Ada sesetengah wilayah dan ketua-ketua wilayah tidak tertakluk di bawah kekuasaan Sultan. Mereka bebas menjalankan urusan pentadbiran sendiri.

2. Dalam kehidupan sehari-hari Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah mengikut cara hidup mereka sendiri sebagai warisan sejarah turun-temurun. Oleh itu, amatlah sukar untuk mempengaruhi dan mendesak mereka agar dapat mengubah dan mengikut sistem pentadbiran baru seperti mana sistem Barat. 3. Adalah sukar bagi Residen mengelakkan diri dari campur tangan dalam adat ketika menjalankan tugas kerana adar merupakan kehidupan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, sudah menjadi corak pemerintahan di Negeri-negeri Melayu bahawa Sultan dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua wilayah mempunyai kuasa untuk memungut cukai di wilayah masing-masing. Sultan akan mendapat pembayaran pula dari mereka. Bukti yang jelas ialah Ngah Ibrahim (Menteri Larut) berkuasa dan bebas memungut cukai di Daerah Larut, Perak. Dato Bahaman (Orang Kaya Semantan) di Pahang mempunyai hak memungut cukai di Daerah Semantan terutamanya Sungai Semantan yang menjadi alat perhubungan penting bagi kapal-kapal. Perkara ini yang harus dihadapi oleh Residen kerana sudah menjadi tugas mereka membentuk sistem tersebut untuk pembangunan negeri bukan untuk kepentingan individu seperti yang telah berlaku. 4. Masalah yang tidak kurang pentingnya ialah masalah kewangan. Hal ini disebabkan Kerajaan British tidak memberi bantuan yang cukup kepada mereka. Malah, segala perbelanjaan termasuk gaji Residen ditanggung oleh Sultan atau kerajaan negeri. Masalah kewangan menjadi semakin serius apabila Residen terpaksa menyelesaikan hutang-hutang negeri kepada Negeri-negeri Selat. Negerinegeri Selat telah membiayai kira-kira 15000 di Perak dan dalam tahun 1877 hutang negeri Perak telah berjumlah 160000. Selain itu, ramai pembesar-pembesar negeri juga telah berhutang, misalnya Ngah Ibrahim telah berhutang kira-kira 50000. 5. Banyak masalah dihadapi untuk mengawal ketenteraman. Hal ini juga disebabkan Residen tidak mempunyai anggota keselamatan yang cukup untuk membantunya di setiap wilayah. Hanya sesetengah Residen sahaja yang mempunyai pasukan polis dan askar seperti Kapten Speedy di Larut. Itupun pemberian dari Ngah Ibrahim kepadanya. Kapten Tatham di Sungai Ujong hanya dibantu oleh kirakira 50 orang anggota polis. Perubahan-perubahan yang berlaku 1. Pentadbiran a. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (State Council) Perubahan yang nyata dalam pemerintahan ialah pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Suktan dilantik menjadi Presiden dan ahli-ahli yang lain terdiri daripada Residen, Penolong Residen, pembesar Melayu dan ketua-ketua puak Cina. MMN merupakan satu institusi yang mengendalikan urusan-urusan pentadbiran.

Di Perak, MMN ditubuhkan pada tahun 1877 yang mengandungi 7 ahli iaitu 3 Melayu, 2 Inggeris dan 2 Cina. Pada tahun 1895, keahliannya bertambah menjadi 12 orang iaitu 7 Melayu, 2 Inggeris dan 3 Cina. Di Selangor, MMN ditubuhkan pada tahun 1878. MMN mempunyai kuasa meluluskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri seperti membincangkan hal-hal dalam negeri seperti cukai, perbelanjaan, perlantikan serta gaji pembesar. MMN juga boleh menimbangkan sama ada hukuman mati patut dijalankan atau ubah. Namun demikian, perkara-perkara penting seperti belanjawan negeri tetap dirangka oleh Residen yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Gebenor Negeri-negeri Selat. b. Penubuhan sistem cukai yang efektif Adalah menjadi tugas Residen untuk menubuhkan satu sistem cukai yang berkesan. Hasil cukai yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk pembangunan negeri seperti membiayai pembinaan jalan raya, keretapi serta alat-alat perhubungan yang lain. Dengan adanya jabatan cukai dan penghasilan dalam negeri, beban Kerajaan Inggeris untuk membiayai pembangunan-pembangunan dalam negeri berkurangan. Yang nyata kerajaan negeri dapat membayar gaji Residen dan pembesar Melayu. Kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan sendiri masalah mereka seperti masalah hutang-piutang, misalnya ketika Hugh Low menjadi Residen Perak, dalam masa 6 tahun sahaja, Perak berjaya membayar kembali hutang-hutang terutama kepada Negeri-negeri Selat di samping telah menambahkan pendapatan negeri tersebut. c. Terbentuknya satu pentabiran yang stabil Sungguhpun pada peringkat awalnya pemerintahan Residen tidak berjaya seperti peristiwa Birch di Perak, namun kemudiannya Residen Inggeris telah berjaya mengadakan satu pentadbiran yang stabil di Negeri-negeri Melayu. Satu pentadbiran yang stabil hanya dapat diadakan jika mereka dapat menjamin ketenteraman dalam negeri. Oleh itu, perkara ketenteraman dan mengadakan peraturan dalam negeri mendapat perhatian yang utama. Kejayaan sistem Residen dapat dibuktikan dalam zaman Hugh Low (1877-1889) di Perak dan zaman Frank Swettenham (1882-1889) di Selangor. Untuk menjamin adanya satu pentadbiran yang stabil, Residen perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pembesarpembesar dan orang-ornag Melayu. Kelemahan-kelemahan Birch dalam tahun-tahun 1870-an telah memberi satu pengajaran yang besar. d. Mengadakan undang-undang

Memandangkan adanya rancangan-rancangan dan kemajuan-kemajuan dalam bidang pertanian, maka dibentuk undang-undang mengenai penggunaan tanah, misalnya di Perak telah diadakan Undang-undang Tanah yang dibuat oleh Hugh Low. Dalam undangundang tersebut dinyatakan peraturan-peraturan pengawalan penggunaan tanah, meletakkan projek-projek dan pendaftaran bagi tanah. Sistem yang serupa telah dibuat di Selangor oleh Frank Swettenham yang diberi nama Land Regulation. e. Penubuhan badan perancang bandar Dalam tahun 1890, telah ditubuhkan sebuah badan perancang bandar di Negeri-negeri Melayu yang diberi nama Town Sanitary Board. Badan tersebut bertanggungjawab terhadap pembangunan peraturan-peraturan pembangunan, membina parit-parit, bekalan air dan elektrik serta kesihatan. 2. Ekonomi a. Pelancaran aktiviti ekonomi Memandangkan Negeri-negeri Melayu sangat kaya dengan bahan-bahan mentah seperti Perak dan Selangor, maka melalui sistem Residen, pihak British akan mengadakan satu polisi menggunakan sepenuhnya bahan-bahan mentah tersebut untuk memajukan ekonomi yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Negeri-negeri Melayu, malah juga kepada pihak British. Semua aktiviti ekonomi di Negeri-negeri Melayu akan diserahkan kepada kapitalis-kapitalis Barat. b. Pembinaan alat perhubungan Untuk menjayakan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi, beberapa rancangan perlu dijalankan seperti membina alat-alat perhubungan, kemudian mendapatkan tanah dan kemudahan pinjaman wang. Kerajaan juga hendaklah memastikan tidak akan timbul pertikaian mengenai penggunaan tanah terutama di kawasan-kawasan perlombongan khasnya bijih timah. Jika perkara-perkara di atas dilakukan sudah pasti akan dapat menggalakkan kemasukan palabur-pelabur asing. c. Kemajuan pertanian Selain perkembangan perusahaan bijih timah, dalam pemerintahan Residen juga telah dicapai kemajuan pertanian. Beberapa jabatan tanaman diperkenalkan. Dalam tahun-tahun 1880-an dan awak 1890-an telah ditanam lada, tebu, tembakau, gambir dan kopi. Di Selangor penanaman kopi dan tembakau diperkenalkan oleh Frank Swettenham. Pada tahun 1885, terdapat kira-kira 20000 ekar kawasan tanah untuk jenis tanaman tersebut di Selangor. Di Perak, penanaman kopi dan gula diperkenalkan oleh Hugh Low dan sejak tahun 1883, negeri itu telah berjaya mengeksport kopi dan gula. Dengan adanya

kemajuan perusahaan bijih timah dan dibantu pula oleh pembinaan jalan raya dan keretapi, nilai perdagangan Negeri-negeri Melayu telah bertambah, misalnya, nilai perdagangan negeri Selangor pada tahun 1887 ialah $11 juta sementara negeri Perak dalam tahun yang sama ialah $19 juta. 3. Sosial a. Kemasukan orang Cina dan India Dasar imigrasi yang longgar telah membawa kepada kedatangan orang-orang India dan Cina ke Selangor. Kedatangan mereka telah menyebabkan orang-orang Melayu tidak lagi menjadi penduduk majority di Perak dan Selangor. Malah bilangan orang-orang Cina di kawasan perlombongan melebihi orang Melayu. Kedatangan mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di mana orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan yang tidak dapat mengasimilasikan di dalam masyarakat Melayu kerana beberapa perbezaan. b. Perbandaran Kemajuan ekonomi dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya proses urbanisasi perbandaran di mana kawasan-kawasan perlombongan telah muncul sebagai bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Klang. Kemudahan sosial seperti kesihatan, perhubungan, pelajaran dan sebagainya juga diwujudkan. Kelemahan-kelemahan sistem Residen 1. Kuasa-kuasa Raja-raja Melayu semakin berkurangan Sungguhpun dengan pentadbiran Residen turut dapat membantu melicinkan perjalanan pentadbiran dan menambahkan ekonomi Negeri-negeri Melayu, tetapi nyata raja-raja Melayu telah kehilangan kuasa yang ada padanya. Walaupun pada teorinya. Residen hanya bertugas memberi nasihat tetapi pada praktiknya ia tidak terlepas dari amalan campur tangan. Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu hanya mendengar apa yang akan diperkatakan dan dibincangkan oleh Residen tanpa diberi peluang mengambil bahagian. Hanya perkara-perkara yang tidak penting terutamnya mengenai hal-ehwal kampung yang akan dibincangkan secara mendalam dengan Raja-raja dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua kampung. Dalam membincangkan perkara-perkara penting seperti kewangan, belanjawan dan sebagainya, mereka telah dikecualikan.

Kehilangan kuasa Raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu jelas kelihatan dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) kerana MMN tidak lagi berfungsi. Sungguhpun Raja-raja dan para pembesar Melayu mempunyai hak untuk memberi pendapat ataupun sebarang usul, jika ia bertentangan dengan polisi pemerintahan Inggeris maka usul itu ditolak. Kadang-kala, keputusan yang dibuat oleh MMN tidak diterima oleh British misalnya pernah MMN di Selangor menyingkirkan salah seorang anggotanya iaitu Tengku Panglima Raja tetapi sebaliknya beliau tetap menjadi anggota MMN. Di Perak, Residen telah menolak usul yang dikemukakan oleh Raja Muda Yusuf yang menentang pengambilan orang Cina menjadi anggota MMN. Kehilangan kuasa tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Raja-raja Melayu termasuk pembesar-pembesar. Hal ini telah menimbulkan rasa bimbang kepada pihak Inggeris dan tindakan telah diambil untuk mengkaji semula polisi Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu. Pihak Inggeris tidak mahu peristiwa pembunuhan Residen Birch di Perak dan diikuti oleh Perang Perak pada 1875 berulang lagi. 2. Sistem Residen tidak sama Ketidakseragaman dalam pentadbiran di kalangan Residen-residen British telah terjadi. Hal ini disebabkan setiap Residen tidak menerima arahan-arahan tertentu dan Gabenor Negeri-negeri Selat. Residen hanya diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab atas keselamatan dan kepentingan rakyat Inggeris di Negeri-negeri Selat. Oleh sebab itu kelicinan pentadbiran dan kemajuan negeri adalah bergantung kepada peribadi Residen itu sendiri. Tugasnya bergantung kepada kecekapan dan kebijaksanaan individu. Misalnya kecekapan Hugh Low dan Frank Swettenham telah membawa kepada kejayaan negeri Perak dan Selangor. 3. Tekanan ekonomi Sungguhpun kemajuan dan perkembangan ekonomi telah dicapai hasil perlaksanaan Sistem Residen, namun sebenarnya orang-orang Melayu tidak merasai kenikmatan itu. Sebaliknya orang-orang asing terutama pengusaha Eropah dan Cina telah menguasai sektor ekonomi dan perdagangan orang-orang Melayu kekal dengan corak tradisionalnya iaitu bertani dan menjadi nelayan. Sikap pemerintahan Inggeris menyebabkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain terutama orang Cina semakin jauh. Inggeris tidak cuba membantu dan menggalakkan orang-orang Melayu menceburkan diri dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai