Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu
meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya
HASIL PEMBELAJARAN
1.
2.
3.
4.1
Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur tangan
dan perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Antara
faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.
dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem
ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk
pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem
yang menjadikan sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini
menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.
Rentetan itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar
imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.Tanah Melayu
amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama British ingin
menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi yang ada.
Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas Tanah Melayu
bertujuan untuk mendapatkan keperluan bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan
pelaburan British.
Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha
mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah
hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi
baru. [3] Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak
Barat terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi
oleh penduduk tempatan.
Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang
boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan
yang berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869,
mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan
perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan yang
jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan perdagangan ini dapat
dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru seperti Singapura yang telah
menjadi pelabuhan antarabangsa selepas tahun 1870.[4]
c.
Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing
untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an kuasa-kuasa asing
seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang
akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah.
Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini
boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan
raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi British untuk
mengelakkan fenomena ini.[5]
4.2
i.
ii.
Sejak kejatuhan kerajaan Melaka, negeri-negeri di Tanah Melayu telah beberapa kali
ditawan dan dijajah oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Rakyat
negara ini sentiasa berjuang dalam usaha untuk menghalau penjajah dan memerdekakan
Tanah Melayu. Rakyat Tanah Melayu sanggup berjuang dan berkorban nyawa untuk
membebaskan tanah air dari kuasa penjajah. Keadaan ini dapat dilihat di negeri Kedah,
Perlis, Terengganu dan Kelantan yang pernah dinaungi oleh kerajaan Siam tetapi sentiasa
melancarkan serangan untuk kebebasan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan ini lahir
dalam beberapa peringkat dan keadaan iaitu:
Peringkat awal yang berupa penentangan bersenjata dan libatkan pertumpahan darah
Peringkat keseluruhan yang menglibatkan isu dan media tertentu. [7]
a.
Penentangan Di Naning
Melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Malaka diletakkan di bawah kuasa
British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka (Naning
terletak di sempadan daripada antara Melaka dan Negeri Sembilan). Gabenor Fullerton
berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka
kepada kerajaan British di Melaka. Hal ini mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu
penghulu Naning.
Perang Naning yang tercetus pada Julai 1831 bermula dengan British menghantar pasukan
tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa pengikut-pengikutnya menerima
cadangan British tetapi serangan yang pertama British dapat ditewaskan oleh Dol Said.
Pada tahun 1832 Dol Said telah melancarkan serangan kedua dengan mendapat sokongan
daripada penduduk Rembau, Sri Menanti, dan Sungai Ujong tetapi juga tewas. Oleh itu
pihak British mengisytiharkan Naning sebahagian daripada wilayah Melaka. Pada bulan
Februari 1834 Dol Said telah menyerah diri dan dibenarkan menetap di Melaka. [8]
b.
Penentangan Di Selangor
Pada tahun 1849 Penguasa daerah Klang iaitu Raja Sulaiman telah mangkat dan digantikan
dengan Raja Abdullah dengan mengenepikan Raja Mahadi iaitu anak Raja Sulaiman. Hal
ini menyebabkan berlakunya permusuhan antara 2 kelompok iaitu kelompok Raja Mahadi
dan kelompok Raja Abdullah. Pada tahun 1867, Raja Mahadi berjaya mengusir Raja
Abdullah dari Klang. Apabila Raja Abdullah mangkat, anaknya Raja Ismail pula memusuhi
Raja Mahadi.
Dalam tahun 1868 Sultan Selangor telah melantik Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor
untuk menghentikan permusuhan tersebut. Tengku Kudin telah berpihak kepada Raja Ismail
dan telah membantunya merampas semula daerah Klang pada tahun 1870. Pada masa
yang sama pihak British juga turut memberi sokongan kepada Raja Ismail. Walaupun
peristiwa di Selangor lebih mirip perang saudara tetapi disebabkan campur tangan British
dalam perang tersebut, tentangan daripada Raja Mahadi sudah menampakkan tentangan
penduduk tempatan terhadap penjajahan British. [9]
c.
Penentangan Di Perak
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen
British yang pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada Sultan
Abdullah dan pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch. Ketidakpuasan
terhadap Sistem Residen dan sikap peribadi Birch telah membawa kepada komplot antara
pembesar Melayu untuk membunuhnya.
Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharajalela dan
beliau telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch telah
berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga beberapa sebab lain
yang menjadi punca penentangan di Perak iaitu:
i.
Kerajaan British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini
diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama
pembesar Melayu ketika itu.
ii.
Kerajaan British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani
surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.
iii. Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya menghapuskan sistem
pengabadian iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk
membayar hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang
lari daripada tuannya. Campurtangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah
menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.
iv.
Sikap Birch juga telah menambahkan kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch
telah melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil
kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai berbahasa Melayu dan ini telah
menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain itu, sikap Birch yang
sangat kasar misalnya beliau pernah membakar rumah 2 orang pembesar Perak iaitu Raja
Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang berkuasa memungut cukai.
British telah menyerang Pasir Salak pada 15 November 1875 kerana bertindak balas
terhadap pembunuhan Birch. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pak Indut dan Seputum
digantung di Matang pada Januari 1879. Sultan Abdullah dan Raja Ngah Ibrahim didapati
bersubahat dan dibuang negeri ke Pulau Seychelles. [10]
d.
Penentangan Di Pahang
J.P. Rodger telah dilantik menjadi residen yang pertama di Pahang pada Oktober 1888.
Perlantikan itu mendapat tentangan daripada pembesar Melayu. Penentangan diketuai oleh
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Terdapat beberapa faktor penentangan iaitu:
i.
ii.
iii.
e.
Penentangan Di Kelantan
Melalui perjanjian Inggeris Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan telah
diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi penasihat British yang
pertama di Kelantan. Penentangan yang tercetus di Kelantan telah dipimpin oleh seorang
pedagang tempatan iaitu Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Antara sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan adalah:
i.
iii.
iv.
f.
Penentangan Di Terengganu
Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji
Abdul Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.
Faktorfaktor penentangan di Terengganu ialah:
i.
ii.
iii.
Kerajaan British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan
cukaikepala.
British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan
tradisional.
British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk
tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.
Pemberontakan ini telah bermula pada 21 Mei 1928 dimana orang Melayu telah menyerang
balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Walaubagaimanapun pemberontakan ini
berjaya ditumpaskan oleh British dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke
Makkah.[13]
g.
Penentangan Di Sarawak
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke iaitu James Brooke,
Charles Brooke, dan Charles Vyner Brooke. Semasa pemerintahan dinasti ini terdapat
beberapa pemberontakan seperti:
Pada tahun 1853 James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Hal ini
telah menimbulkan kemarhan kaum Iban kerana ia merupakan amalan tradisional
masyarakat tersebut. Rentap telah mengetuai penentangan terhadap Brooke di mana beliau
telah menyerang kubu kerajaan dan berjaya membunuh pegawai Inggeris. British telah cuba
membunuh Rentap tetapi tidak berjaya.
Pada tahun 1859 di bawah pentadbiran Charles Brooke pula, pembesar tempatan di bawah
Syariff Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh pegawai British iaitu Fox dan Steele.
Charles Brooke telah membalas serangan tersebut dan menyebabkan Abdul Ghapur telah
dibuang negeri ke Singapura manakala Syariff Masahor telah melarikan diri ke Brunei.
Pada tahun 1893 semasa pentadbiran Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang
Brooke di hulu Sungai Batang Lupar. Ia berpuncanya daripada tindakan Brooke yang telah
menghapuskan adat dan amalan tradisi mereka.
Pada tahun 1920 di bawah pemerintahan Vyner Brooke, masyarakat Dayak telah
menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit. Ia diketuai oleh
Penghulu Asun. [14]
h.
Penentangan Di Sabah
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sabah telah berada di bawah Syarikat Borneo Utara British.
Dua pemberontakan yang pernah tercetus adalah pemberontakan Mat Salleh dan
pemberontakan Rundum.
i.
ii.
Pemberontakan Rundum
Pemberontakan ini telah dicetuskan oleh kaum Murut. Ia tercetus pada Febuari 1915 di
daerah Rundum dan diketuai oleh tokoh tempatan yang bernama Antanum. Faktor-faktor
pemberontakan tersebut adalah:
Pengenalan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat tapai. Ini
menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana tapai merupakan makanan tradisi
masyarakat Murut.
Pengenalan Ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan untuk pertanian pindah.
Mengerahkan rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah
Pemberontakan ini terdiri daripada 1000 orang yang telah menyerang dan membakar
pejabat kerajaan di persidangan. Antanum telah ditawan oleh British dan dihukum bunuh.
[15]
NASIONALISME MELAYU
Tahap Keagamaan
Tahap ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlaku di Timur Tengah terutama
di Turki dan Mesir. Gerakan di Timur Tengah ini diketuai oleh Sheikh Muhammad Abduh dan
kumpulan penyokongnya Al-Manar di Kaherah. Kumpulan itu memperjuangkan konsep
Pan-Islam (pembebasan agama Islam dari fahaman kuno). Perjuangan ini juga dikenali
sebagai Pembaharuan Islam atau Gerakan Wahabi. Ia di pelopori oleh Syeikh Tahir
Jaluludin dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka menggelarkan kumpulan mereka
sebagai Kaum Muda. Kumpulan mereka telah menerbitkan beberapa majalah seperti Al
Iman, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka. Perjuangan
Kaum Muda telah mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang terdiri daripada golongan
elit Melayu tradisional dan ulama.
b.
Perjuangan tahap ini lebih bersifat sekular dan bertumpu kepada sosioekonomi. Perjuangan
ini lahir akibat kesedaran masyarakat Melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi dan politik
berbanding kaum lain. Kelahiran persatuan seperti Persatuan Melayu Singapura (1926)
yang berperanan untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan untuk mendapatkan
arus kemodenan manakala penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) pada tahun
1934 untuk memperjuangkan pemulihan sosioekonomi orang Melayu.
c.
Tahap Politik
Pada tahap inii beberapa parti politik yang ditubuhkan memperjuangkan konsep Tanah
Melayu Untuk Orang Melayu. Antaranya Pertubuhan Kesatuan Melayu Muda pada tahun
1938 untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan Indonesia untuk
membentuk Melayu Raya. Perjuangan Kesatuan Melayu Muda kurang mendapat
sambutan kerana perjuangannya dengan Indonesia yang dianggap terlalu radikal. [16]
NASIONALISME CINA
Faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme Cina ialah kewujudan Gerakan
Pembaharuan 100 hari. Gerakan Pembaharuan ini adalah bertujuan untuk membawa
kemodenan kepada negara Cina. Namun pengaruh ini telah merebak ke negeri Selangor
dan Perak. Gerakan Revolusioner turut mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu.
Gerakan ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen yang menentang kekejaman kerajaan Manchu.
Pengaruh lain adalah pengaruh Parti Kuomitang. Parti ini telah memperjuangkan semangat
penyatuan dengan negara Cina dan mengukuhkan negara melalui perindustrian dan
pemodenan. [17]
NASIONALISME INDIA
Isu yang membangkitkan semangat nasionalisme orang India ialah kegiatan Antikolonial di
kalangan orang Punjabi. Kegiatan ini adalah dipengaruhi oleh Pergerakan Ghadr yang
bertujuan untuk menghalau British dari India. Pergerakan ini telah mempengaruhi semangat
orang India di Tanah Melayu.
Parti-parti yang lahir adalah untuk bertujuan membela nasib orang India. Antaranya adalah
Persatuan India Taiping dan Persatuan India Selangor. Persatuan ini juga adalah untuk
meningkatkan taraf sosioekonomi orang India seperti menubuhkan sekolah, pusat kesihatan
kecil dan kelas bahasa Hindi. Central Indian Assciation (CIAM) yang ditubuhkan pada tahun
1936 telah menggabungkan 12 persatuan dan 4 Dewan Perniagaan India. CIAM
memperjuangkan kemajuan dan kepentingan politik orang India di Tanah Melayu. [18]
Akhbar
Al-Imam
Al-Ikhwan
Saudara
Tahun Penerbitan
Pengasas
Fokus
22 Julai 1906
16 September
1926
29 September
1928
Neracha
Majlis
15 Februari 1911
17 Disember
1931
Abdul Rahim
Kajai (Kuala
Lumpur)
Warta Malaya
1 Januari 1930
Utusan
Melayu
November 19071922.
29 Mei 1930
(Akhbar Harian)
Abdul Rahim
Kajai (Singapura)
Selepas Perang
Dunia Kedua
Guru-guru pelatih
Maktab
Perguruan Sultan
Idris antaranya
Zaba.
Agen
untuk
membangkitkan
kesedaran
dan
semangat
kebangsaan Melayu di Sarawak. Ia
juga menekankan pendidikan orang
Melayu, seruan agar mengerjakan
tanah air sendiri dan bergiat dalam
perniagaan.
Chenderamata
Warta
Sarawak
Pramerdeka
Komuniti Melayu
Sarawak.
Lembaga
Melayu
31 Disember
1931
Mohd. Eunos
Abdullah
(Singapura)
Panduan Guru
4.3
Julai 1922
Mohamad Hussin
Rashid
KESAN PENJAJAHAN
b.
c.
Perkembangan Sosial
Wujudnya perkembangan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi di samping
infrastruktur lain seperti pusat kesihatan, bekalan air, bekalan elektrik, pos, telegraf dan lainlain lagi. Perkembangan ini juga melahirkan semangat nasionalisma dalam diri orang
Melayu serta melahirkan semangat ingin memerdekakan Tanah Melayu dari Inggeris.
Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
2.
Ruslan Zainuddin et.al,(2005), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3.
Yazid Jaafar et.al. (2001), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn,
Bhd. Selangor Darul Ehsan, hlm. 17.
[2] Ibid. hlm. 18.
[1]
[7]
[12]
[13]
[14]
[15]
[16]
[17]
[18]
[19]
Home
About Me
saiful nordin
View my complete profile
Powered by Blogger.