Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan selamat datang ke Channel Seri Cendekiawan

Pada hari ini saya akan membahaskan satu topik yang cukup menarik iaitu

Ramai yang mengatakan bahawa nusantara ini telah terpisah apabila satu perjanjian
ditandatangani oleh British dan Belanda iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Ini kerana,
melalui perjanjian ini, wilayah pengaruh British dan Belanda di nusantara ini telah
ditetapkan. Dalam erti kata lain, Tanah Melayu dan Singapura diserahkan kepada British
manakala Indonesia moden diserahkan kepada Belanda.

Namun sebenarnya, perjanjian ini tidak pernah menjadi pemisah antara Malaysia dan
Indonesia moden.

Mengapa saya berkata demikian?,

Masih wujud kerajaan Johor- Riau-Lingga- Pahang yang sah. Kerajaan ini merupakan satu-
satunya kerajaan yang berada di wilayah Malaysia dan Indonesia moden. Perjanjian Inggeris
-Belanda 1824 tidak pernah memecahkan kuasa atau wilayah Kesultanan Johor Riau.

Mereka masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat bahkan terus menjalankan
pemerintahan seperti biasa.

Bahkan Sultan Johor pada waktu itu iaitu Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah hanya
mengetahui kewujudan perjanjian tersebut pada tahun 1855 apabila satu surat telah dihantar
oleh Bendahara Tun Ali kepada baginda.

Ini bermakna baginda hanya mengetahui kewujudan perjanjian tersebut selepas 31 tahun
ditandatangani.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 bukanlah perjanjian yang membahagikan wilayah jajahan


tetapi satu perjanjian yang membahagikan wilayah pengaruh sahaja. Maknanya perjanjian ini
hanyalah terpakai di peringkat penjajah tersebut sahaja tetapi tidak terpakai kepada kerajaan
Johor- Riau. bahkan kerajaan Melayu ini langsung tidak terganggu dengan perjanjian
tersebut.
Perjanjian ini tidak lebih seperti Perjanjian Tordesillas yang ditandatangani oleh Sepanyol
dan Portugis pada 7 Jun 1494. Perjanjian ini memperuntukkan pembahagian wilayah
pengaruh di mana Sepanyol akan meluaskan pengaruhnya di kawasan barat manakala
Portugis di kawasan timur.

Pada 22 April 1529, kedua kuasa penjajah terawal tersebut telah menandatangani Perjanjian
Saragosa yang mana menetapkan wilayah pengaruh Sepanyol dari Mexico hingga Filipina
dan Portugis pula dari Brazil ke Kepulauan Maluku. Tapi tidak bermakna negara-negara
tersebut dijajah.

Begitu jugalah dalam kes Perjanjian Inggeris - Belanda ini. Mereka hanya membahagikan
kawasan pengaruh mereka sahaja bukannya membahagikan wilayah nusantara kepada dua!!.
Ini bermakna langsung tidak berlaku pemisahan wilayah antara Indonesia dan Malaysia
moden.

Kenapa saya kata kerajaan Johor- Riau tidak terjejas langsung?. Ini kerana semua pembesar
kerajaan terutamanya Bendahara masih “menyembah” kepada Lingga iaitu Sultan Johor yang
dilantik secara sah melalui adat Melayu. Walaupun Sultan Husin menuntut takhta Kesultanan
Johor dengan bantuan British namun tuntutan tersebut tidak sah kerana Johor sudah
mempunyai sultan yang telah ditabalkan secara sah iaitu Sultan Abdul Rahman.

Sebab itulah selepas penyerahan Singapura telah selesai, baginda Sultan Husin telah
membawa diri ke Tengkera kerana tahu baginda diperdaya oleh British. Namun ada pendapat
menyatakan bahawa baginda menjadi Sultan kerana dipaksa oleh British.

Semasa pemerintahan anaknya pula iaitu Sultan Ali Iskandar, British sudah tidak
mengiktirafnya sebagai Sultan Johor bahkan baginda hanya diberikan kuasa sebagai wakil
untuk membahagikan pusaka ayahnya sahaja bukannya sebagai kuasa sultan.

Ini berlanjutan sehingga tahun 1852 apabila Raja Ali Iskandar bertindak menyerahkan Johor
kepada Sultan Johor yang sebenar iaitu Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah. Keadaan ini telah
menyebabkan British tersedar dan mengiktiraf baginda sebagai Sultan di kawasan Kesang,
Muar.

Berbalik kepada Sultan Husin, baginda jelas tidak mempunyai sokongan dalam kalangan
pembesar kecuali Temenggung yang berkepentingan dengan British.

Bendahara Kesultanan Johor pula iaitu Bendahara Tun Ali dan kemudiannya Bendahara Tun
Mutakhir yang mentadbir Pahang itu masih “menyembah” kepada Sultan Johor yang sah
yang bersemayam di Lingga itu.

Tanpa sokongan Bendahara, boleh dikatakan pelantikan seseorang itu sebagai Sultan
dianggap sebagai “tidak sah”. Ini bermakna secara adatnya, penyerahan Singapura kepada
British hankikatnya tidak sah.

Kesimpulan di sini ialah, Perjanjian Inggeris Belanda itu tidak memisahkan Malaysia -
Indonesia bahkan Bendahara yang berada di Pahang itu masih mengakui ketuanan Lingga .
Bagaimanakah kita boleh mengatakan Perjanjian Inggeris Belanda ini boleh memisahkan
Malaysia dan Indonesia jika Pahang masih mengakui ketuanan Lingga yang kini berada di
Indonesia Moden.

Jadi bagaimanakah kita terpisah?

1. Perjanjian Johor riau dengan Belanda bertarikh 1 disember 1857

a. riau lingga akui ketuanan belanda

b..sumpah setia perlu dilakukan oleh bakal sultan kpd gbenor jeneral belanda di betawi
sebelum ditabalkan. Perlantkan tengku besar juga mestilah dengan izin daripada belanda

c. Pelantikan sultan riau lingga mestilah mendpt perkenan belanda

d. kedudukan raja muda bugis diperkukuh dan mestilah daripada keturunan raja jaafar
e. Semua rundingan termasuk dgn sultan mestilah dgn makluman Yam Tuan Muda Bugis

Selepas perjanjian ini ditandatangani, Kesultanan Johor Riau telah terkubur dan telah menjadi
Kesultanan Riau Lingga secara rasmi.

Bahkan Kesultanan Riau Lingga telah menjadi sebahagian daripada wilayah Belanda. Dan
secara tidak langsung, Johor dan Pahang di Semenajung Tanah Melayu Tanah Melayu telah
menjadi sebuah negeri bebas yang kemudiannya muncul sultan yang baharu.

Apabila sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 og0s 1945 tanpa
masukkan Tanah Melayu dan Singapura.

Anda mungkin juga menyukai