Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH MAHKAMAH JOHOR

ERA JOHOR MODEN


Kalangan sejarawan berpendapat bahawa kerajaan Johor adalah kesinambungan
kerajaan Melayu Melaka dari susur galur pemerintahan. Organisasi dan pentadbiran di Johor
termasuklah sistem kehakiman dan perundangan telah pun bertapak kukuh mengikut tradisi
dan sifat-sifatnya tersendiri sebelum kedatangan koloni Inggeris. Berbeza dengan zaman
penjajahan Portugis dan Belanda, sistem pengadilan tempatan masih lagi diamalkan kerana
kedua-dua kuasa tersebut tidak berminat mencampuri hal ehwal pentadbiran masyarakat
tempatan.
Sejarah penubuhan mahkamah di negeri Johor bermula apabila Maharaja Abu Bakar
yang menjalinkan hubungan diplomasi dengan pegawai Inggeris di Negeri Selat. Seterusnya,
Baginda serta beberapa pegawai kanan negeri telah melawat England. Lawatan itu telah
menjalinkan hubungan rapat Istana Johor dengan Istana Ratu England.
Seorang pengkaji sejarah menyatakan kesan baik dari jalinan tersebut,
his close association with the men of Straits Settlements bureaucracy and
the European members of merchantile community of Singapore and other
prominent men like lawyers not only sharpened his outlook but also increased
his knowledge of the officials business and legal world.
Ini ternyata merupakan satu langkah baginda mendapatkan pengiktirafan rasmi,
his eligibility for the throne of Johore.2
Maharaja Johor ini sedar akan kekuatan kerajaan baginda terletak kepada kemajuan
negerinya. Baginda menggalakkkan pelaburan modal asing di Johor. Selain bumi Johor yang
subur, kedudukan Johor yang hampir dengan pasaran Singapura merupakan satu lagi faktor
yang dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Johor serta dapat menarik pelabur-pelabur.
Baginda juga telah melantik William Napier dari sebuah firma guaman di Singapura menjadi
Penasihat Undang-undang .
Kemajuan ekonomi Johor dinyatakan dalam Singapore and Straits Directory,
yet by the security of its position in the close neighbourhood of Singapore
and through its settled Government, Johore has attained some prominence
and exceptional among the native states of the Peninsula.
Menurut seorang sejarawan:
Arakian adalah hal perjalanan kerja-kerja berkenaan dengan Johor dari
sehari ke sehari bertambah-tambah besar, maka terbukalah mata saudagarsaudagar yang ada di Singapura memandang akan Johor serta cuba
memasukkan wang dalam berbagai-bagai perkara. 4
1

Dalam menjalankan pemerintahan negeri, Baginda dibantu oleh Majlis Mesyuarat


Pembesar-Pembesar yang lebih dikenali sebagai Ahli Mesyuarat Johor. Tiada rekod yang
mencatatkan tarikh penubuhan rasmi mesyuarat ini. Namun, berasaskan Undang-undang
Gambir Lada yang dikeluarkan dalanm tahun Hijrah 1285 bersamaan tahun Masihi 1868
membuktikan bahawa Mesyuarat Johor telahpun wujud pada 1868.
Maklumat awal mengenai senarai Ahli Mesyuarat hanya dapat didapati bagi tahun
1873. Kerajaan Johor kemudian menamakannya sebagai Mesyuarat Kerajaan (The Council of
State). Di samping menjadi badan penasihat pemerintah, ia juga telah diberi tanggungjawab
sebagai badan perundangan. Mesyuarat inilah yang meluluskan peraturan-peraturan dan
Undang-Undang Negeri Johor. Seorang sejarawan tempatan menjelaskan:
Maka segala perintah dan hukuman yang dijalankan iaitu diturut aturan
bermoden yang diambil dari Undang-Undang Islam dan Undang-Undang
Inggeris yang demikinan berjalanlah segala aturan dan hukuman negeri serta
kerja-kerja sama lebih kurang dengan aturan Inggeris zahirnya tetapi sebelah
dalmannya tujuannya kepada Islam. Maka sangatlah diperkenan orangorang sekelian aturan-aturan yang tersebut hingga memujilah masingmasing akan dia.5

STRUKTUR PENTADBIRAN NEGERI JOHOR MODEN


Dalam tahun 1895, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor digubal di bawah
pentadbiran Sultan Abu Bakar yang mana ia memperuntukkan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan
dilantik oleh Sultan atau nasihat Jemaah Menteri. Bilangan ahli Mesyuarat Kerajaan Johor
ini dihadkan tidak kurang dari 16 orang. Tugas dan kuasa mesyuarat ini ditetapkan dalam
Fasal 49 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor antaranya membantu Raja dan Jemaah
Menteri dalam hal-hal mentadbir negeri dan meminda undang-undang.
Di samping fungsi-fungsi tersebut, Mesyuarat Kerajaan juga menjadi Dewan Keadilan
atau (The Highest Court of Justice and Appeal). Kadang-kadang disebut juga sebagai The
Most Exalted Court of Justice and Appeal.

PENUBUHAN SISTEM KEHAKIMAN JOHOR


Sistem kehakiman di Johor Bahru bermula dengan Mahkamah Polis berdasarkan
kuatkuasa Kanun Polis Johor 1873. Mahkamah Tinggi (Supreme Court) diwujudkan pada
tahun 1883. Seorang ulama iaitu Haji Muhamad Salleh dilantik sebagai Hakim dibantu oleh
Mufti Kerajaan Syed Salim al-Attas sebagai Penasihat Undang-Undang Islam.
Pentadbiran harian Mahkamah dijalankan oleh Mubin Ibrahim sebagai Pendaftar
Mahkamah serta beberapa orang kerani dan juga seorang jurubahasa Cina bernama Eoo Joo
Guan. Berikutan kemasukan buruh-buruh dari India, pada tahun 1888 kerajaan mengambil
Tambi Sabr Ali sebagai Jurubahasa Tamil. Dipercayai kitab-kitab Hukum Syarak digunakan
sebagai panduan Hakim berikutan Undang-undang Keadilan Johor berteraskan Hukumhukum Islam seperti Kitab Perhimpunan Hukum-hukum Syarak al-Islam.
2

Sistem kehakiman di Johor sehingga tahun 1911 dikendalikan oleh pegawai


Bumiputera manakala pegawai Inggeris khususnya Penasihat Undang-Undang diwartakan
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi bagi membicarakan hal kes yang melibatkan orang Eropah
sahaja.
Selaras dengan Islam sebagai agama negeri, Hakim Besar ialah Datuk Haji Abdullah
Musa; yang juga merupakan Mufti Johor. Malah bekas Penolong Kadi Johor Ungku Omar
Ahmad, dilantik sebagai Majistret Endau di samping tugasnya sebgai Timbalan Pesuruhjaya
Kerajaan Endau. Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah yang
dilaksanakan oleh Kerajaan Uthmaniyyah Turki pada kurun ke-19 telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu. Kod tersebut lebih dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor serta
dijadikan panduan rasmi bagi hukum syara di Johor pada tahun 1913.6

CAMPUR TANGAN INGGERIS


Dalam tahun 1914, Inggeris terasa sukar untuk bertapak di Johor kerana Sultan
Ibrahim tidak menunjukkan sikap bekerjasama dalam membawa masuk lebih ramai lagi
pegawai Eropah. Dipetik kata-kata daripada seorang sejarawan,
it is very clear that the status of the Sultan of Johore is entirely different from
and jurisdically much higher than that of any Indian Prince or any other Malay
States.7
Johor amat sedar bahawa di negeri-negeri Melayu yang lain, nasib orang Melayu
tertekan di bawah kuasa Inggeris, peluang menjadi Pentadbir Negeri masih samar-samar.
Daripada amalan yang berlaku di Johor, ia mahu memerintah rakyatnya sendiri dan tidak
tertarik dengan birokrasi Inggeris. Campur tangan Inggeris tidak menghapuskan pentadbiran
tradisi Johor sebaliknya Inggeris hanya memperbaiki sistem pentadbiran di Johor; tidak
sepertimana campur tangan Residen Inggeris dalam sistem pentadbiran negeri Melayu lain.
Semenjak kehadiran D.G. Campbell (Penasihat Am) di Johor, nilai-nilai Barat dan
sikap kolonial Inggeris semakin terserlah berikutan usahanya menyamakan pentadbiran
negeri di Johor seperti di Negeri-Negeri Melayu bersekutu. Sistem Suruhanjaya Kehakiman
yang dijalankan sebelumnya telah dibubarkan. Jawatan Hakin yang dipegang oleh Mufti
telah dibubarkan. Berikutan itu, Mufti hanya dirujukkan jika ada kes dan hukuman berkaitan
dengan agama Islam; sebaliknya undang-undang Inggeris mula dilaksanakan sepenuhnya.
M.H Whitley yang menjadi Ketua Pentadbiran Kehakiman selaku Penasihat UndanUndang juga menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Selain daripada Mahkamah Tinggi, terdapat
juga Mahkamah Majistret dan Mahkamah Rayuan. Perubahan yang berlaku adalah pada
struktur paling atas. Sebaliknya di peringkat pertengahan dan bawah tiada perubahan.
Bilangan Majistret Melayu adalah besar. Pendaftar Mahkamah Tinggi dan lain-lain jawatan
pentadbiran dipegang oleh anak-anak tempatan.

PENGENALAN PRINSIP COMMON LAW ENGLAND


Dalam usaha untuk memperkenalkan prinsip Common Law England di Tanah
Melayu, Inggeris telah melaksanakan proses yang terancang dan teratur untuk
mengenepikan undang-undang Islam dan adat orang tempatan. Pengisytiharan Piagam
Keadilan (Charter of Justice) dan campur tangan dalam sistem pentadbiran negeri adalah
sebahagian dari usaha Inggeris untuk mencapai matlamat tersebut. Akhirnya, penggubalan
Enakmen Undang-Undang Sivil 1937 dianggap telah merasmikan pemakaian undang-undang
Inggeris di Tanah Melayu.
Kesannya, Inggeris telah menginstitusikan sistem kadi di Tanah Melayu bertujuan
untuk menyempitkan bidang kuasa institusi-institusi pengadilan Islam terbatas hanya
kepada institusi kekeluargaan, matrimoni dan harta pusaka sahaja.
Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British dikalahkan dengan mudah oleh
tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas
tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi
sebahagian daripada Malayan Union.
Sejurus mengusai Tanah Melayu, Mahkamah yang mentadbir hal ehwal orang Islam
iaitu Mahkamah Kadi (Court of Kathi) telah dijadikan sebahagian daripada struktur
Mahkamah Awam berdasarkan Ordinan Mahkamah 1946. Nasionalisme Melayu yang
diketuai oleh Dato' Onn Jaafar menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 yang
mana Johor merupakan salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan tersebut, maka
sebuah Persekutuan yang didasarkan kepada prinsip-prinsip pengasingan kuasa telah
terbentuk. Kedudukan Mahkamah Kadi ini seterusnya menjadi terasing dari hierarki
mahkamah-mahkamah di Tanah Melayu apabila Inggeris memperkenalkan sistem
kehakiman yang baru mengikut Ordinan Mahkamah 1948 yang meminda Ordinan
Mahkamah 1946. Ordinan tersebut hanya memperuntukkan Mahkamah Agung (Supreme
Court), Mahkamah Sesyen (Sessions Court), Mahkamah Majistret (Magistrates Court) dan
Mahkamah Penghulu (Penghulus Court) dalam hierarki Mahkamah Persekutuan.
Hasilnya, wujudlah dua struktur dan sistem kehakiman yang berbeza di Malaysia
hingga kini. (Maklumat lanjut mengenai Mahkamah Syariah Johor
> http://syariah.johor.gov.my/profil/sejarah_penubuhan).
Mahkamah-mahkamah sivil di Malaysia secara umumnya dibahagikan kepada
beberapa jenis mengikut undang-undang penubuhannya. Misalnya, Akta Mahkamah
Rendah 1948 memperuntukkan kepada penubuhan Mahkamah Majistret dan Mahkamah
Sesyen. Manakala Akta Mahkamah Kehakiman 1964 pula memperuntukkan kepada
penubuhan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Pembahagian Mahkamah sebegini adalah kerana masing-masing adalah tertakluk kepada
bidangkuasa tersendiri.

Berhubung dengan prosiding pula, setiap Mahkamah mempunyai prosiding yang


tersendiri dan diseliakan melalui peraturan-peraturan yang berasingan. Prosedur
perbicaraan jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi ditentukan berdasarkan
Kanun Acara Jenayah. Pada bulan Ogos 2012, suatu peraturan baru iaitu Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012 telah digubal bagi menggabungkan peraturan-peraturan berhubung
prosiding kes sivil di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

SEJARAH BANGUNAN MAHKAMAH

>Bangunan Mahkamah Court House di Jalan Dato Onn telah dibina pada tahun 1928 di
bawah pengawasan firma arkitek Stark and Neil dan pernah dikenali sebagai Johore Bahru
Supreme Court. Kawasan tanah rata ini pada asalnya adalah padang bola sepak Johore Football
Association dan Johor Sports Club.

Bangunan Mahkamah ini sebagaimana juga beberapa bangunan utama kerajaan negeri
Johor seperti Masjid Abu Bakar dan Istana Besar; diletakkan berhadapan dengan Selat
Tebrau Johor. Ini meningkatkan lagi imejnya sebagai bangunan sivik kerajaan. Ciri-ciri
bangunan berbentuk ala kolonial sememangnya menjadi tarikan pelawat yang berkunjung
ke negeri Johor. Senibina bangunan jelas memperlihatkan pengaruh dari Itali dan Greek.
Pengaruh seni bina Renaissance Itali dapat dilihat pada reka bentuk tingkap dan dinding
bangunan. Pengaruh Greek kuno pula jelas dilihat dari penggunaan tiang dengan rekaan
Doric dan Ionic.

>Pelan bangunan ini direkabentuk dalam


susunan yang simetri. Rekabentuk bangunan
ini disertai dengan hiasan simbol. Contohnya,
ikatan daun zaitun melambangkan keamanan
sesuai dengan fungsi utama bangunan ini.

Seiring dengan perkembangan semasa, terdapat perancangan untuk pembinaan


sebuah Kompleks Mahkamah Johor di Kota Iskandar, Nusajaya. Pada masa kini, bangunan
lama mahkamah di Jalan Dato Onn menempatkan Mahkamah Tinggi (Jenayah) dan Unit
Lelong. Bersebelahan dengan bangunan tersebut adalah bangunan kompleks 5 tingkat yang
menempatkan Mahkamah Rendah (Jenayah). Manakala, Mahkamah Rendah (Sivil) dan
Mahkamah Tinggi (Sivil) ditempatkan di Menara MSC Cyberport di Bukit Meldrum
berdekatan dengan Tambak Johor.

>Anak panah berwarna merah menunjukkan lokasi Mahkamah Sivil di Bukit Meldrum manakala anak
panah berwarna biru menunjukkan kedudukan Mahkamah Jenayah di Jalan Ayer Molek/Jalan DatoOnn

> Bangunan MSC Cyberport yang


menempatkan Mahkamah Sivil di
tingkat 23, 23A dan 25
>Setiap Mahkamah juga dilengkapi
dengan Court Recording and
Transcription System (CRT), yang
membolehkan pengguna mengakses
rakaman audio dan visual prosiding
Mahkamah. Selain daripada itu,
Mahkamah
disediakan
dengan
Vulnerable Witness System, yang
membolehkan keterangan saksi
diberikan dari bilik khas dan boleh
diakses oleh Hakim, Pendakwa Raya
dan Peguam dari Mahkamah
Terbuka.

Mahkamah
Tinggi

Mahkamah
Sesyen

Mahkamah
Majistret

>Peta menunjukkan lokasi-lokasi mahkamah di sekitar Johor

RUJUKAN
1

P.S Sundram, The Economic Development of Johore, 1862-1895, (Latihan Ilmiah Sejarah, Universiti Malaya, Singapura,
1958), hal. 9
2

R.O Winstedt, Bendahara and Temenggung, JMBRAS, XX(1), 1932, hal. 65.

Singapore Daily Times, 5 September 1881

Haji Musa Yusof, Johor Bahru Seratus Tahun, hal. 14

Muhamad Said, Hikayat Johor 1, hal. 12. Kerajaan Johor dalam tahun 1868 telah meminjam dari Raja Ali Haji Riau Kitab
Muqaddimah fi Intizam al Waza'if al-Mulk dan Kitab Thamaratul Muhimati dziafatan li Umarai Wal Kubarai Lil ahlil
Mahkamati, iatu mengenai peraturan kerajaan, kaedah melantik raja, wazir, kadi dan undang-undang mahakamh. Kitab
lain ialah undang-undang pada zaman Sultan Abdul Ghaffar Mahyudin Syah di negeri Pahang dan kitab kanun dan adat
yang diatur pada zaman Sultan Sulaiman Johor.
6

Arahan untuk menggunakan kod undang-undang ini dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Johor pada 29 November 1913.
Sultan Ibrahim telah bertitah supaya Majalah Ahkam Johor dijadikan salah satu bahan rujukan oleh para hakim dan
majistret serta pegawai perundangan di johor.
7

R. Bradell, The Legal Status of the Malay States, (Singapura: Malaya Publishing House, 1931). hal 26.

A. Ghafar Ahmad. and Kamarudin Bin Ab. Razak. (2001). Seni Bina Bangunan Bersejarah
Negeri Johor. Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor.
Abdul Monir Yaacob (1997), "Shariah Courts in Malaysia: Past, Present and Future", dalam
Ahmad Ibrahim et.al. (ed), The Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia
Ahmad Fawzi Mohd Basri . (1982). JOHOR 1855 - 1917: Perkembangan Dalam
Pentadbirannya. Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Malaya.
Amalina Othman. (1990). Johor Bahru : Sejarah dan Senibina 1868 - 1959. Diploma Senibina.
Institut Teknologi MARA.
Pembentangan Kertas Kerja Sejarah Perkembangan Undang-Undang Islam di Johor oleh
Hanif Md Lateh@Junid, Izziah Suryani Mat Resad@Arshad & Ermy Azziaty Rosli. Nadwah
Ulama Nusantara IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara pada 25-26 November 2011.
Arkib Negara Malaysia, Cawangan Johor Bahru
http://tanggam.com/kalamutm/measured-drawing/2003-2004/bangunan-mahkamahtinggi-johor-bahru/

Anda mungkin juga menyukai