Anda di halaman 1dari 24

LIRIK LAGU SEHATI SEJIWA

Demi tanah yang bertuah


Taman cinta merdeka
Kasih di hatiku ini
Untukmu tanah pertiwi
Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Sarawak
Sehati Sejiwa
Ku dengar janjimu bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu Rejang yang membiru
Bersatu denganku tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati Sejiwa
Laut luas terbentang bukan satu halangan
Untuk kita bersama melafaz janji setia
Demi mu Malaysia cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya
Walaupun berbeza budaya agama
Bukanlah penghalang kita bergandingan
Marilah bersatu sehati sejiwa
Malaysia kekal sejahtera
Mi i so ginavo (kadazan)
Kitai dekak mujur (iban)
mi i so ginavo (kadazan)
Ngetan ke menua (iban)
Mi i soginavo (kadazan)
Nyuluk cita mulia (iban)

Malaysia Sehati Sejiwa

Penulis lirik:Siso Kopratasa & Yuri Edris


Komposer:Muhammad Yuri Edris.
Penyayi:Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus)

TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

SEJARAH KEMERDEKAAN
Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun
menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah
Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai
sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada
Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris
telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya
dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan
mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948
berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan rajaraja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum
Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi
dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan
Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja.
Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu
Seluruh Tanah Melayu pada 1 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn
Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah
Abdullah dan En. Zainal Abidin (Zaba) ditubuhkan.
Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang
dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres


akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu
Dato Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan
ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat,
memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan
memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan
institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang
mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak
keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya
membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu
iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta
dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan.

ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa
dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya,
Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati
diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan
menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan
slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum
dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan
Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan.
Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga
kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku
Bapa Kemerdekaan.

2. TUN SIR HENRY H.S LEE


Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan
kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya.
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama
penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan
merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya
merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga
1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu
kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN


Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya
ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri
penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu
banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan

dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada
rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

4. RENTAP
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak.
Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar
dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas
beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA

5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang
terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.
Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni
Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu,
Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya
pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang
pahlawan.

6.TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut
kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu

yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang
penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak
pengikut di Kelantan.

7. MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir
dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat
Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau
mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk
negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang
pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

8. DATO MAHARAJA LELA PANDAK LAM


Dato Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah

Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke
Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela
Tan Lela, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian
mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan membuat pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

9. ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun
1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan Masinpunon sungai Salarom
pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu
dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan
bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah
kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala
kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah Pengayau .
Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata.
Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia
berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi
keluarga dan kaumnya.
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila
lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip
dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam
menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan katakatanya dan bertindak dengan penuh keazaman.
Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan
menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya
menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan.
Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan
suku-suku Murut yang bermusuhan itu.

Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni


Inggeris didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak
tahun 1909 gerakan menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi
setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan
penentangan itu terhenti buat sementera waktu.
Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari
empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil
hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa
membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke
Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau
sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada
kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak wajar.
Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah
terganggu.
Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris
menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka
setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai
tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom,
Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai
gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di kubu induk mereka,
Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi
sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.

10. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID


Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong
atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu
Terengganu.Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Tani
Terengganu, Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang
dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.
Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris
sebagai pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan
selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.
Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong
yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu,
meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut
China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di
Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.
Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan
sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama Telaga Limbong
kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada
di kampung itu.
Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila
beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan
dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu
Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.
Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan
dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk
membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk
membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.

11. TOK GAJAH


Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun
1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah
negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak
menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas
pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih
serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad
untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan
perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah
diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan
Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang
penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan
berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan
ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan
dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam
bidang ketenteraan.
Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih
mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat
dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama
Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang
berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
\

BUNGA RAYA
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malayaia. Bunga raya, juga dikenali
sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan merupakan
sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering
ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini yang mengandungi 200-220 spesies ditanam
secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika.
Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan
hibrid dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih ke pada kuning dan kuning
bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.
Bunga Raya adalah pokok renek yang berasal dari Barat Asia, yang juga dikenali
sebagai Mawar China. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan
tropika dan separa tropika. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan,
dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah
jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi
mengilat kasut di sebahagian India.
Bunga berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap
indah dan tersendiri kerana ia bunga yang cantik tetapi tidak menghasilkan buah.
Bunga raya terbukti hebat untuk perubatan tradisional dan industri kosmetik. Bunga
raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa -sinensis berasal dari China. Pokok
bunga raya ini terdiri dari rumpun Malvaceae mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan
warna.
Antara warna yang ada termasuk merah jambu, putih, kuning dan merah. Di negara
asalnya (China) pokok bunga raya ini menghasilkan biji benih yang baik unt uk
pembiakan. Berbeza di Malaysia, yang mempunyai iklim lembab sepanjang tahun,

bunga raya di sini tidak mengeluarkan biji benih yang boleh dijadikan baka. Kaedah
pembiakan di sini adalah melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik
tisu kultur
MENGAPA DIPILIH
Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar,
Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi,
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh
Perdana Menteri Malaysia pada ketika iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj. Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga
untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya,
bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga
tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu
kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang
ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh
bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa
penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat
memilih bunga melur.
Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga
raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan
bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh
Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana
negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini,
pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima
kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan
bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria
tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga
raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada
padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga
dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA


Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat
keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat i ni sememangnya telah menjadi
faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan
dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia
digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan setem malah turut
diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa
sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah
dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negar a dimana ia merupakan salah satu strategi
untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama.
Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan
kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat
hidup aman damai dan berharmoni.
Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya
dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih
terjamin. kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi
serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana
kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.

BUNGA RAYA
Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang dikategorikan dalam Genus
Hibiscus. Bunga raya mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai bunga
kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri pertama, YTM Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Al-Haj
Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan
bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:
i.

Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam


Negara

ii.

Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan


kekayaan Negara

iii.

Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan


yang pelbagai

iv.

Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan


teknologi

Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan
rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan
perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis
agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.
v
Kepercayaan kepada Tuhan
v
Kesetiaaan kepada Raja dan Negara
v
Keluhuran Perlembagaan
v
Kedaulatan Undang-undang
v
Kesopanan dan Kesusilaan
Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari
segi perubatan. Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang
menggunakan bunga raya untuk pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala.
Malah bunga raya juga telah digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada
masa kini.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG I

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum


Tuanku Muhammad
D.M.N., S.M.N.
Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG II

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni AlMarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
D.M.N., D.K.(Brunei)
Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG III

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed


Hassan Jamalullail
D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.
(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.
(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor),
D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak),
D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight
Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja
of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of
Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of
Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal
Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of
the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali

(Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).


Memerintah dari 21 September 1960 hingga 20
September 1965

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG IV

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.
(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).
Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20
September 1970

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG V

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan


Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan),
D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri
Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak),
D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20
September 1975

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG VI

Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum


Sultan Ibrahim
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,
D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.
(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).
Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG VII

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad


Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu
Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.
(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu),
D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.
(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).
Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG VIII

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni


Al-Marhum Sultan Ismail.
D.K.
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada
23hb. Januari 2010)

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG IX

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan


Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf
Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu),
D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah),
D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.
(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,
Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG X

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni


Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K.
(Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis),
D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K.
(Perak)

Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG XI

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj


ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B.
(Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K.
(Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri
Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K.
(Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.
Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG XII

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku


Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri
Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M.,
S.S.M.T.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada 13 Disember 2001

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN

AGONG XIII

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong AlWathiqu Billah


Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T.,
D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.
(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K.
(Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De
La Legion D'Honneur (France).
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN


AGONG XIIII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan),
D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri
Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak),
D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .

Anda mungkin juga menyukai