Anda di halaman 1dari 10

ANALSIS SOALAN PERCUBAAN KARANGAN SPM 2021

1103/1

Soalan Percubaan Negeri Kedah (SMK Sungai Karangan)

1) Semangat kejiranan perlu dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Anda
berminat untuk menulis rencana bertajuk ‘Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat’. Tulis rencana anda selengkapnya.

Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat


1. ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
2. Program Rukun Tetangga di kawasan perumahan.
3. Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti gotong-royong.
4. Kerajaan boleh menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan.
5. budaya kunjung-mengunjungi.
6. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu memberi kesedaran kepentingan semangat
kejiranan.

2) Amalan rumah terbuka sering diadakan pada setiap musim perayaan di Malaysia
sekali gus dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Ulas
pernyataan tersebut

Kepentingan amalan rumah terbuka


1. mengeratkan perpaduan kaum.
2. menyuburkan semangat patriotisme.
3. memahami budaya kaum lain.
4. mendapat kenalan baharu.
5. meningkatkan kehadiran pelancong.

Soalan Percubaan Maran, Pahang


3) Rumah Terbuka yang diadakan pada hari perayaan mampu mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan pendapat anda tentang
kebaikan mengadakan rumah terbuka di negara ini.

Cadangan isi
 merapatkan ikatan silaturahim dan mengeratkan hubungan antara jiran tetangga
 mengukuhkan perpaduan kaum
 dapat mengenali dan memahami budaya kaum lain
 menjadi satu produk pelancongan
 dapat menjamah dan mengenali pelbagai juadah mengikut negeri dan kaum
 menjadi model keamanan dunia

1
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Soalan Percubaan Muar
4) Peningkatan penghidap penyakit berjangkit di negara kita begitu membimbangkan.
Sebagai seorang remaja yang berilmu, berikan penjelasan tentang sebab-sebab
berlakunya penyakit berjangkit ini.

Pendahuluan
2003- Virus SARS, 2009- virus H1N1, 2020-Corona Virus atau Covid 19
Tersebar – Melancong ke negara-negara yang terdapat virus ini

Isi/Idea (Sebab-sebab)
1. Tabiat atau amalan gaya hidup masyarakat kita yang tidak sihat
- Tidak menjaga kebersihan

2. Kurangnya penjagaan kesihatan di dalam dan di kawasan persekitaran rumah


Longkang bertakung – Tempat pembiakan nyamuk – penyebaran demam denggi –
boleh meragut nyawa

3. Kurangnya ilmu kesihatan atau maklumat tentang penyakit


Masyarakat tidak mempedulikan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa

4. Vaksin
ketiadaan vaksin / golongan menolak vaksin

Kesimpulan
 Akibat sikap manusia itu sendiri
 Kerajaan perlu bertindak lebih tegas- mengekang penularan wabak penyakit tanpa
kompromi
 Agar negara bebas/terhindar daripada penularan wabak penyakit yang berbahaya

2
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
5) Kehidupan masyarakat moden yang sibuk pada hari ini menyebabkan mereka hidup
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka mengabaikan
kehidupan berjiran.
Bincangkan langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan.
Pendahuluan
- Kejiranan – memupuk perpaduan
- Demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara berbilang kaum
Isi/Idea
1. Amalan ziarah-menziarahi
- Mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran
- Ziarah jiran yang sakit, kelahiran
- Menjaga ukhwah

2. Amalan bergotong-royong
- Mengeratkan hubungan-memupuk kerjasama-membersihkan kawasan perumahan
- Mewujudkan masyarakat prihatin
-
3. Amalan rumah terbuka
- Ketika musim perayaan – menyuburkan semangat kejiranan
- Masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain
- Mewujudkan persefahaman, mengelakkan perselisihan faham yang boleh
menjejaskan perpaduan kaum

4. Amalan Hari Keluarga


- Sukaneka sesama keluarga dalam taman perumahan
- Menyemai perasaan kasih sayang dan kemesraan dalam kalangan jiran yang
berbilang kaum

Kesimpulan
- Semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng
- Semua pihak perlu perlu mengorak langkah
- Agar perpaduan dapat dipupuk dan masyarakat hidup dalam harmoni

3
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Soalan Temerloh, Pahang
6) Amalan bergotong-royong, ziarah-menziarahi dan bertegur sapa dalam kalangan jiran
tetangga semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kini terutama di kawasan
bandar.

Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan kalangan anak-anak.

Cadangan isi.
1. Ibu bapa menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak –menjalinkan
hubungan yang erat dan akrab dengan jiran tetangga – bagaimana acuan
begitulah kuihnya.
2. Ibu bapa menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat
disuburkan melalui amalan bergotong-royong – berkenal-kenalan antara satu
sama lain sambil berbual – jiran-jiran akan mengambil berat hal masing-masing
dan merasai susah senang bersama-sama – cubit paha kiri, paha kanan terasa
juga.
3. Ibu bapa mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa perayaan –
mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan jiran tetangga pelbagai kaum –
mewujudkan jalinan hubungan persahabatan yang mesra dan akrab – bagai isi
dengan kuku.
4. Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi atau ziarah-menziarahi –
menziarahi jiran tetangga apabila mereka berada dalam kesusahan atau sakit –
merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran apabila
menziarahi mereka – berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
5. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang dianjurkan oleh kawasan kejiranan –
dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti mereka –
rondaan dan kawalan keselamatan secara bergilir-gilir pada waktu malam (rukun
tetangga) – jiran sepakat membawa berkat.

4
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
ANALISIS SOALAN KERTAS 2 (1103/2)

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden (Kedah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia itu, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku
gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak
diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu...,” sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
“Dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu
terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratusratus ribu ditaja olehnya.”

Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia
menoleh.

Dipetik daripada ‘Gerhana Manusia’


oleh Aminah Mokhtar dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Mengapakah Profesor Doktor Juaidi tidak mahu Tuan Besar Musa mati?
[2 markah]

(ii) Tabung darah di sesebuah hospital sering mengalami masalah kekurangan darah.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memastikan bank darah negara
sentiasa mempunyai darah yang mencukupi? [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

5
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional (Pulau Pinang)

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh
penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang
dipesan oleh bapanya kepada patik.”

Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri
Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan
hulubalang yang bernama Laksamana itu?”

Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?

Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah
engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan
penggawa agung.”

Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik
suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah
paduka Betara itu.” Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke
Melaka,”

Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang
pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.

Dipetik daripada ‘ Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata penjurit terlalu kepetangan. [2 markah]

(ii) Apakah titah Seri Betara kepada Kertala Sari setelah diperkenalkan oleh Patih
Gajah Mada? [3 markah]

(iii) Perjalanan jauh memerlukan persediaan yang sempurna. Pada pendapat anda,
apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan yang
jauh? [3 markah]

6
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Soalan 2 (d) - Puisi Tradisional (Kedah)

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, mengapakah kita mesti memelihara telinga dan
kaki? [2 markah]

(ii) Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual
minyak wangi nescaya bauan kesturinya akan terkena kepada kamu tetapi apabila
kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik akan terpalit
kepada dirimu.

Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang
baik? Berikan tiga sebab. [4 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap 3 dan satu pengajaran
dalam rangkap 5 berdasarkan gurindam di atas. [3 markah]

7
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Latihan Pahang (Maran)

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah damping.

(i) Berikan maksud rangkap di atas. [2 markah]

(ii) Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook
menjadi wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-
berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda
menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya. [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan

Soalan Kedah

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama +Frasa Adjektif
(FN+FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN).

(i) Rakyat Malaysia perlu bekerjasama untuk memperkukuh keamanan negara.


(ii) Baju kebaya bercorak songket itu sungguh cantik.
(iii) Kumpulan pelajar kolej itu ke hutan simpanan untuk menjalankan penyelidikan.
(iv) Cikgu Tan CL guru mata pelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional Kulim.
(v) Hadiah itu untuk murid-murid yang mendapat tahap penguasaan cemerlang dalam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(vi) Sejak lima tahun yang lalu, Amira bertugas sebagai wartawan sambilan di Syarikat
Percetakan Gemilang.
[6 markah]

8
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :


(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Mat Darin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

Soalan Pahang, Maran


a) Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ialah teknik saspens.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua unsur saspens yang
terdapat dalam novel tersebut. [7markah]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan tema dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Tips
 Tema dan Persoalan
 Watak dan Perwatakan
 Nilai dan Pengajaran

Cadangan Jawapan

Soalan 2(b) - Prosa Moden (Cerpen : Gerhana Manusia)

(i) Profesor Juiadi tidak mahu Tuan Besar Musa mati kerana
P1 korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit mereka.
P2 dermawan yang prihatin.
P3 mereka begitu berhutang budi kepadanya kenana makan malam tahunan mereka
yang beratus-ratus ribu ditaja olehnya. [Maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(ii) Usaha-usaha untuk memastikan bank darah negara sentiasa mempunyai darah yang
mencukupi
P1 kerajaan / KKM menganjurkan kempen menderma darah dijalankan setiap minggu
di seluruh negara.
P2 ibu bapa menggalakkan anak-anak menderma darah.
P3 guru-guru memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menderma
darah.
P4 media massa menyiarkan iklan tentang pengetahuan derma darah.
P5 doktor perubatan di hospital boleh menyampaikan ceramah tentang fungsi bank
darah kepada masyarakat. P6 artis tempatan menderma darah.
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

9
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek
(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan :
P1 masyarakat yang baik hati / dermawan. Tuan Besar Musa amat baik hati sehingga
menaja kelab elit hospital dan majlis makan malam hospital.
P2 masyarakat doktor perubatan / hospital / berpendidikan. Profesor Doktor Juaidi
dan Doktor Murni bertugas sebagai doktor di Unit Rawatan Rapi yang merawat Tuan
Besar musa.

Satu latar masyarakat tidak dalam petikan :


K1 masyarakat yang berani. Doktor Murni berani berhadapan dengan Profesor Doktor
Juaidi ketika dia marah. Doktor Murni berani meletak jawatan sebagai doktor.
K2 masyarakat yang bertanggungjawab. Doktor Murni dan Nusia bertanggungjawab
menjaga dan merawat pesakit.
[Maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi (P+K)]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional


(i) Maksud rangkai kata penjurit terlalu kepetangan.  hulubalang / pejuang / askar /
pahlawan / perajurit / penjarah teramat / terlampau / terlebih cerdik / licik / pandai
membuat helah 2 m  penjurit teramat / terlampau / terlebih cerdik / licik / pandai
membuat helah 1 m  hulubalang / pejuang / askar / pahlawan / perajurit / penjarah
terlalu kepetangan 1 m [Maksimum: 2 markah]

(ii) Titah Seri Betara kepada Kertala Sari setelah diperkenalkan oleh Patih Gajah
Mada:
 membunuh Ratu Melaka
 membunuh hulubalang yang bernama Laksamana
 segeralah Kertala Sari pergi ke Melaka itu
 kerajaan seperti cakapmu itu supaya Kertala Sari dijadikan penggawa agung
[Maksimum: 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan yang jauh:
 kenderaan perlu diselenggara
 tidur dan rehat yang cukup sebelum memandu
 SmartTAG, Touch & Go dan RFID perlu cukup nilainya
 tempat penginapan perlu ditempah terLebih dahulu  merancang perjalanan ikut
jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan
 gunakan peta perjalanan atau aplikasi Google MAPS, WAZE atau GPS.
 menyediakan wang secukupnya

Jawapan Soalan Novel

Peristiwa : 1. Nurul Hafsa gigih berusaha untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk memastikan bintang-bintang boleh dicerap di Kuala
Selangor dan kelip-kelip dapat dilihat di Kampung Kuantan. [2m]

2. Muhammad Taufik pula gigih menyelamatkan kawasan kelip-kelip dan membina rumah
yang mengambil pendekatan mesra alam. Beliau merupakan individu yang memagar sungai
kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip. [2m]

10
Mohd Hairie Bin Abdullah
Guru Bahasa Melayu
SMK Air Molek

Anda mungkin juga menyukai