Anda di halaman 1dari 4

Latihan Pendahuluan karangan mengikut tema untuk

cara/langkah/kaedah/usaha mengatasi bagi pelajar Pasca


PMR
Soalan :

Belakangan ini negara digemparkan dengan isu masalah sosial dalam kalangan remaja seperti
melepak, gejala menghisap dadah dan pembuangan bayi.

Huraikan punca dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Tema : Isu masalah sosial dalam kalangan remaja


Tugasan: Huraikan punca dan langkah-langkah mengatasi isu masalah gejala sosial
Idea diberikan dan perlu diulas: melepak, gejala menghisap dadah dan pembuangan bayi

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu masalah sosial dalam kalangan remajayang
sangat membimbangkan. Isu masalah sosial dalam kalangan remaja sering menjadi tajuk utama di
dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini
juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-
warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah
lupa dan tidak pernah alpa berhubung isu masalah sosial dalam kalangan remaja walaupun
mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-
langkah untuk mengatasi isu masalah sosial dalam kalangan remaja ini? Saya akan
mengupas isu masalah sosial dalam kalangan remaja satu persatu di dalam perenggan-perenggan
selanjutnya.

Soalan :
Belakangan ini negara digemparkan dengan isu masalah pencemaran alam seperti tadahan air
yang tercemar, pemanasan global dan kepupusan hidupan liar.

Huraikan punca dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Tema : Isu pencemaran alam sekitar


Tugasan: Punca dan langkah-langkah mengatasi isu pencemaran alam sekitar
Idea kena ulas : Tadahan air tercemar, pemanasan global dan kepupusan hidupan liar

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu pencemaran alam sekitar yang sangat
membimbangkan. Isu pencemaran alam sekitar sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar
dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik
perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga
ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak
pernah alpa berhubung isu pencemaran alam sekitar walaupun mereka sibuk dengan tugasan
masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkahuntuk mengatasi isu
pencemaran alam sekitar ini? Saya akan mengupas isu pencemaran alam sekitar satu persatu di
dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Soalan :
Belakangan ini negara digemparkan dengan isu disiplin murid di sekolah seperti kes buli,
ponteng sekolah, penagihan dadah dan kegiatan gangsterisme.

Tema : Isu disiplin murid di sekolah


Tugasan: Punca dan cara mengatasi isu disiplin murid di sekolah
Idea perlu dikupas :kes bili, ponteng sekolah, penagihan dadah dan kegiatan gangestrisme.

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu disiplin murid di sekolah yang sangat
membimbangkan. Isu disiplin murid di sekolah sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar
dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik
perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga
ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak
pernah alpa berhubung isu disiplin murid di sekolah walaupun mereka sibuk dengan tugasan
masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah untuk mengatasi isu disiplin
murid di sekolah ini? Saya akan mengupas isu disiplin murid di sekolah satu persatu di dalam
perenggan-perenggan selanjutnya.

Belakangan ini semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat. Banyak aktiviti
kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, aktiviti hari keluarga dan aktiviti Rukun
Tetangga dipandang sepi.

Tema : Semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat.


Tugasan: Punca dan cara mengatasi semangat kejiranan semakin luntur.
Idea perlu dikupas: Aktiviti gotong-royong, aktiviti hari keluarga dan aktiviti Rukun Tetangga.

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu semangat kejiranan semakin luntur dalam
masyarakat yang sangat membimbangkan. Isu semangat kejiranan semakin luntur dalam
masyarakat sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga
memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang
hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini
menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak pernah alpa berhubung isu
semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat walaupun mereka sibuk dengan tugasan
masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah untuk mengatasi isu semangat
kejiranan semakin luntur dalam masyarakat ini? Saya akan mengupas isu semangat kejiranan
semakin luntur dalam masyarakat satu persatu di dalam perenggan-perenggan selanjutnya.
Posted by PENDITAEMAS at 6:39 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 7, 2016

Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam diri


1. Menyertai sambutan ulang tahun kemerdekaan- perbarisan, pertandingan pidato, melukis
2. Mempertahankan negara dari serangan musuh.- tidak menjadi gunting dalam lipatan
3. Bekerja dengan bertanggungjawab untuk membangunkan ekonomi negara.-tidak terima rasuah
4. Mengumpul setem peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah- marasai sama peristiwa
5. Menghargai naskah atau buku sejarah kemerdekaan- mengarang, mengajarkan, ceramah,
pamerkan
6. Mencipta dan menyanyikan lagu-lagu patriotik- adakan pertandingan
7. Menjiwai dan menyanyikan lagu Negaraku- hormati lagu ketika dinyanyikan
8. Menjiwai dan mengucapkan Rukun Negara- eleman penting disediakan dalam perhimpunan rasmi
9. Mengikuti program kembara kemerdekaan- jelajah motor masuk kampung bawa bendera
10. Memasang bendera di rumah dan kenderaan- lambang bangga dan megah

Posted by PENDITAEMAS at 6:48 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Cara-cara Memupuk Nilai-nilai Murni Dalam Diri


Format Penulisan --> Isi -->Contoh -->Kesan --> Ayat Penyimpul

Zaman modenisasi kini , kita menyaksikan keruntuhan akhlak dan amalan nilai murni
yang negatif dalam kalangan masyarakat berlaku secara berleluasa. Hal ini
disebabkan masyarakat terlalu mengejar kebendaan dan keselesaan hidup hingga
melupakan penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.Persoalannya,
bagaimanakah saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri?Saya akan
mengupas cara-cara memupuk nilai-nilai murni dalam diri di dalam perenggan-
perenggan selanjutnya.
Langkah primer untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri ialah mempelajarinya
melalui ajaran agama dan moral yang secukupnya.Kebanyakan agama di dalam
dunia mengajar umatnya atau pengikutnya supaya melakukan amalan baik seperti
hormat-menghormati, tolong-menolong, membantu orang yang susah dan
bersahsiah baik. Kesan ajaran agama yang dipelajari mendorong saya untuk
menjadi manusia yang baik, seorang yang berprinsip, menghormati orang yang lebih
tua, dan sentiasa membantu orang lain dalam masyarakat. Jelaslah bahawa
mempelajari ajaran agama dan moral dapat membentuk diri berjiwa penyayang .

Seterusnya, nilai-nilai murni boleh saya perolehi di sekolah yang diajarkan oleh
guru. Antara subjek yang mempunyai ilmu mendidik nilai-nilai murni dalam diri
termasuklah subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Kesannya, nilai-nilai murni yang digilap melalui pelajaran secara
formal dapat membentuk diri saya yang sentiasa menghormati kaum lain dari segi
amalan agama, budaya, adat resam dan menjadi ahli masyarakat yang hidup secara
bertoleransi. Tuntasnya, sekolah juga boleh menjadi agen kepada pemupukan nilai-
nilai murni dalam diri.

Selanjutnya, memupuk nilai-nilai murni dalam diri boleh dilakukan melalui


pembelajaran tingkah laku yang positif dalam sesebuah masyarakat. Antara nilai-
nilai murni yang disemai oleh masyarakat yang diterima ramai termasuklah nilai-nilai
yang terkandung dalam amalan adat resam, etika dan budaya kehidupan seperti
amalan memberi salam, membuka kasut sebelum masuk rumah dan menghormati
tetamu seperti yang terkandung dalam budaya Melayu.Kesan mengamalkan nilai-
nilai murni sesebuah komuniti saya dapat menjadi seorang yang penyantun dan
bersedia mempertahankan tradisi budaya. Oleh itu, pembelajaran tingkah laku
positif dalam sesebuah masyarakat juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

Disamping itu, nilai-nilai murni juga dapat dipupuk dengan cara mencontohi
perwatakan ibu bapa saya. Ibu bapa adalah suri teladan kepada saya semasa kecil.
Saya sering melihat tingkah laku positif yang dilakukan oleh ibu bapa ketika berada
di rumah seperti cara bercakap, kemesraan yang ditunjukkan, cara melayan tetamu,
cara makan dan amalan menjaga kebersihan alam sekitar. Tingkah laku positif yang
saya lihat akan saya ikuti, amalkan dan menjadikan budaya dalam kehidupan saya
apabila saya mempunyai keluarga sendiri seperti sentiasa menghormati orang lain
dan menghargai alam sekitar. Jelaslah, perwatakan ibu bapa turut menjadi
penyumbang pemupukan nilai-nilai murni dalan diri.

Akhir sekali, nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui penyertaan dalam program-
program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara aktiviti yang disediakan
termasuklah aktiviti mengenal diri sendiri, membina kumpulan kerja, cara-cara
menjadi pelajar cemerlang dan menjadi seorang pemimpin. Kesan aktiviti yang
disertai oleh saya akan dapat memberi keyakinan yang tinggi dalam menguruskan
diri sendiri untuk menjadi seorang yang beriman, maju dalam pelajaran, sentiasa
berdisiplin melaksanakan tanggungjawab dan menjadi pemimpin contoh kepada
rakan lain di sekolah. Tuntasnya, program motivasi adalah salah satu program yang
dapat memberi sinergi kepada kepribadian yang baik dalam diri saya.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan tugas memupuk


nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dan masyarakat bagi memastikan masyarakat
yang harmonis dan bersatu padu dapat dilahirkan.Seterusnya, keamanan negara
yang dikecapi dapat membangunkan negara dengan lebih pantas.

533 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai