Anda di halaman 1dari 49

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016

Rangka/skema ini saya bina sebagai panduan untuk persediaan terakhir


anak-anak didik membuat ulang kaji khususnya untuk kertas 1. Rangka
ini tiada kenamengena dengan soalan ramalan mahupun soalan spot.
Elakkan daripada membuat sebarang spekulasi tentang soalan itu dan
ini yang bakal keluar dalam SPM nanti.

Rakan-rakan guru yang dihormati sekalian;


Hingga had ini dahulu yang dapat saya siapkan skema/rangka isi soalan
kertas 1 Pep. Percubaan SPM 2016, negeri-negeri di Malaysia. Atas
faktor kekangan masa dan tempoh dengan peperiksaan SPM yang
semakin hampir, saya muat naikkan dahulu mana-mana yang sempat
disiapkan. Terdapat beberapa soalan lagi khususnya bagi negeri Sabah
dan Melaka akan saya siapkan dalam tempoh yang terdekat.
Saya memohom kemaafan atas segala bentuk kesalahan terutama
kesalahan ejaan memandangkan saya tidak mempunyai masa yang
cukup untuk mengedit. Sukalah saya tegaskan di sini, rangka isi dan
sampel karangan di sini adalah relevan untuk pelajar-pelajar kelas
hadapan dan yang berpotensi untuk menggapai A++ sahaja. Idea dan
bahasa yang saya kemukakan agak tinggi selaras dengan matlamat
untuk melahirkan pelajar yang kompetan.
Hasil kerja ini ialah sumbangsih saya kepada rakan-rakan guru di
seratus lima (105) buah sekolahh dan venue di seluruh negara yang
telah memberi peluang kepada saya membimbing anak-anak didik
mereka dalam kemahiran mengarang. Selain itu, bahan ini juga sebagai
dedikasi saya kepada semua anak didik di seantero pelosok negara
yang sedang berhadapan dengan panas bara SPM yang semakin
membahang kini. Semoga usaha yang sedikit ini memberi impak yang
cukup besar. Terima kasih kepada semua rakan guru yang telah
memberikan segala teguran ikhlas dan garis pandu untuk saya terus
berkarya dalam bidang ini. Ingatlah rakan-rakan, semua hasil kerja ini
adalah daripada keringat dan benih akal saya sendri. Seratus peratus
reka ciptanya dan kerah mindanya saya dedikasikan untuk anak-anak
didik. Seyogia tiadalah pihak yang berwewenang mengeluarkan semula
bahan ini dalam apa-apa cara untuk maslhat komersial. Atas apa-apa
cara yang anda keluarkan semula, saya tiada kudrat untuk melarang,
tetapi Allah yang lebih untuk membalas atas segalanya. Terima kasih.

Sesungguhnya: JASA JADI KENANGAN BUDI JADI


SEBUTAN

NEGERI KEDAH
Soalan 1 : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini
dikatakan kian luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
memupuk semangat kejiranan.
CATATAN : SILA UBAH SUAI ATAU PADANKAN SOALAN INI DENGAN 2
SOALAN DI BAWAH:
Amalan lama seperti budaya tegur-menegur
masyarakat hendaklah disuburkan semula.

dalam

kalangan

Huraikan langkah-langkah untuk mengembalikan budaya tersebut dan


kebaikannya (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1 Bhg 2).
SET 1:
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita
terus berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.
Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang
prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman
yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang
semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan
dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi
menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula
amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan
masyarakat.
Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam masyarakat silam
terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang menyuburkan tradisi kunjungmengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan
menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan
banyak tanda ada)
Isi 2 : Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama
jiran tetangga jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam
menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak membezakan status
dalam masyarakat tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan
menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas amalkan tanggungjawab
anakku anakkau dan anakkau anakku

Isi 3 : Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan


berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi role model - ibu bapa
mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua pemimpin sentiasa mendekati rakyat sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur,
dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian boleh
memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat
merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong
yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara tidak mengukur nilai
kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk sebagai menghormati
taraf mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi
darjat dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang
yang terlalu dalam antara generasi elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar dalam masyarakat
Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis
dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh
sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan murni
yang sudah lama berakar umbi ini elok dihidupkan kembali agar kehidupan
bermasyarakat lebih harmoni dan riang.

SET 2 :
Tradisi kejiranan yang telah diamalkan oleh masyarakat silam berjaya
membendung
anasir yang tidak baik seperti penganiayaan dan
penderaan kanak-kanak
Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap
tersebut semula dalam kalangan masyarakat (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1
Bhg 3).

Pendahuluan: Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang


sangat mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing- Tempelak tersebut bagaikan sudah sinonim dengan gaya hidup
manusia moden. Pegangan seperti itu sebenarnya mendatangi kita pelbagai
implikasi negatif apabila masing-masing tidak ambil peduli walaupun jiran di
sebelah rumah. Dengan sikap seumpama itulah akhirnya pelbagai tragedi seperti
penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak semakin
menjadi-jadi. Kini masyarakat mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Demi
mengembalikan kehidupan yang sejahtera, aman dan harmoni, beberapa amalan
murni hendaklah disemaikan semula dalam masyarakat.
3

Isi 1 : Kembalikan sifat ingin menjaga tepi kain orang dengan amalan
yang positif sikap sentiasa ambil berat dan bertanya khabar dalam kehidupan
masyarakat tradisi hendaklah dihidupkan semula.
Isi 2 :
Elakkan sikap yang terlalu bertuhankan material dan
individualistik meminggirkan diri daripada masyarakat arus perdana gah
dan sombong dengan kekayaan yang ada.
Isi 3 : Memperkasakan dan menghidupkan roh amalan ziarah dan
kejiranan menghormati jiran tetangga seperti menjaga kepentingan diri
sendiri meneruskan tradisi rumah terbuka, kenduri-kendara, sambutan
perayaan dan ziarah kesakitan serta kematian.
Isi 4: Mewujudkan persatuan/induk masyarakat setempat badan
kebajikan penduduk/masyarakat menjadi mata dan telinga kepada
keselamatan penduduk serta perantara dengan pihak berkuasa keselamatan.
Isi 5 : Bekerjasama dengan pihak polis penubuhan Rakan Cops sebagai
suatu organisasi yang aktif mengawal ketenteraman dan menyokong pihak polis
mencegah jenayah.
Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong maksud Hadis yang menyatakan,
Kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada
anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan
bersama-sama berjaga malam. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar
diteruskan dalam masyarakat moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini
dihidupkan semula nescaya kita terhindar daripada sebarang ancaman dan
ketidaktenteraman.

Soalan 2 : Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan.


Namun begitu, sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan
masyarakat.
Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan cara-cara untuk
menerapkan kesedaran tersebut.
NOTA : SAMPEL JAWAPAN INI IALAH IHSAN DARIPADA MODUL SAYA EDISI
2014.
Anasir vandalisme, membuang sampah merata-rata, merokok di tempat
larangan, dan mengotori tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa yang
mudah dilihat dalam kalangan masyarakat kita. Sekali imbas, kita seakan-akan
terfikir bahawa masyarakat kita masih belum bertamadun sedangkan kita sudah
memasuki era milenium. Walaupun tahap celik akal masyarakat juga dikatakan
semakin tinggi, namun tingkah laku yang mempamerkan tahap kerendahan
disiplin masih berleluasa juga. Malu dengan imej kita terhadap masyarakat luar,
semua pihak hendaklah lebih prihatin untuk mengenal pasti punca gejala ini

semakin luntur dan seterusnya mengambil beberapa langkah praktikal untuk


memantapkan semula tahap disiplin.
Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif ini adalah
disebabkan oleh lunturnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Hal
(fenomena) ini terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai susah
payah dalam membangunkan sebuah negara. Empat puluh lima peratus
kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan.
Ramai sekali dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang
tanggungjawab terhadap negara, malah ada yang mempersendakan
kemerdekaan negara. Oleh sebab itu, golongan ini menjadi kelompok buta
sejarah lalu berkuburlah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Apabila roh
patriotisme mula luntur daripada jiwa dan sanubari, runtuhlah tembok kekuatan
sivik.
Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut menjadi
hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik. Faktor tersebut disebabkan
manusia hari ini semakin hilang semangat setia kawan, kurang menghormati hak
orang lain dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam. Dalam kalangan
jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara
bersendirian, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Apabila rasa hormat terhadap orang lain semakin hilang, justeru pupuslah
budaya tegur-menegur yang secara tradisinya menjadi tautan dalam kalangan
masyarakat. Dengan sebenar-benarnya, anutan terhadap nilai kebendaan dan
individualistik telah membentuk suatu pola baru masyarakat yang hidup cara
nafsi-nafsi. Kesudahannya, terbentuklah suatu pola masyarakat yang bersikap
anarkis, menggunting dalam lipatan dan menjadi duri dalam daging terhadap
keharmonian masyarakat.
Pemerkasaan semula doktrin sivik hendaklah dimulakan melalui sistem
pendidikan. Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan
sahaja yang mampu membentuk acuan dan hala tuju rakyat. Sehubungan
dengan perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah
dibentuk pemikiran dan sikap mereka. Seandainya betul cara yang dididik,
nescaya betul jugalah hala tuju dan landskap pemikiran rakyat. Suatu kaedah
yang lebih praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah digabungjalinkan dalam
subjek akademik. Strategi tersebut lebih relevan daripada murid sekadar diajar
menghafal fakta dan dalil semata-mata. Sehubungan dengan itu, isi kandungan
kurikulum seperti dalam subjek bahasa dan kemanusiaan hendaklah hendaklah
wujud nilai penyerapan yang tinggi terhadap pemerkasaan sivik. Apabila usaha
ini dapat memberikan kesan mendalam di dalam jiwa dan sanubari murid
barulah lahir insan syumul yang kaya dengan ilmu dan cakna dengan akal budi.
Amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan masyarakat
umum. Kebertanggungjawaban ini amatlah perlu kerana masyarakat umum juga
mempunyai tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan negara. Tanpa
penegasan dan penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan
nilai-nilai murni bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej
5

peribadi sahaja. Apabila lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa


bebas untuk melakukan apa-apa sahaja termasuk menjejaskan kepentingan
awam. Oleh hal yang demikian, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti
bertanggunjawab, ketelusan dan menghormati hak asasi harus dijadikan terma
dalam undang-undang. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan
komitmen mereka dalam memaksimumkan amalan sivik bak kata pepatah di
mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Maruah sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan tingkah laku dan
amalan budaya mereka. Orang lain dengan mudah melabelkan diri kita dengan
pelbagai andaian apabila melihat cara kita bertindak. Oleh itu, jagalah maruah
dan budi pekerti agar kita diiktiraf sebagai bangsa yang bertamadun. Oleh sebab
itu segala-gala yang terpancar daripada tingkah laku mahupun tutur kata
merupakan imej keperibadian yang terbina daripada pasak kekuatan sivik.

Soalan 3 : Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu


pengangkutan awam di negara kita.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam.
Pendahuluan : Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para
pemandu terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan
trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan tersebut
mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah
keadaan yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari
sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota,
inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak puluhan tahun
yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti menambahkan
rangkaian lebuh raya, sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat menambahkan
kantong pemilik konsesi melalui kutipan tol tetapi masalah kesesakan terus
menghantui para pemandu. Oleh hal yang demikian, penyelesaian yang
berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat
menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak.
Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandarbandar besar mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan
profesional pengangkutan awam lebih canggih, lancar dan istimewa daripada
kenderaan persendirian cadangan mewujudkan lorong khas untuk
pengangkutan awam
Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam dapat
menarik minat penumpang serta sesuai dengan pilihan mereka kenderaan
konvensional seperti bas dan teksi kepada kenderaan yang lebih sofistikated
Isi 3 : Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian
pengangkutan awam menyediakan kemudahan pengangkutan yang
6

bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran


sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di
setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien
Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi
kepada pengguna perkhidmatan awam menukar paradigma berfikir
masyarakat bahawa pengangkutan awam sekadar untuk golongan marhaen
logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan cita rasa setiap
kelas masyarakat ambil cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang
sangat efisien
Isi 4 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal untuk mengurangkan
lambakan kenderaan dalam waktu puncak mewujudkan jarak masa
pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan dan sektor
swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan)
Isi 5 : Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha
pengangkutan awam dalam budaya berfikir kelas pertama (pemikiran
berkelas dunia) menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai pekerjaan
yang mulia dan lumayan menjadi pemandu yang beerhemah, mesra pelanggan
dan berilmu pengetahun membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai
kasar, baran dan pengotor
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata tokoh, Jikalau mahu maju bersedialah
untuk keluar daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani
membuat anjakan paradigma barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya,
kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan insan-insan biasa yang
mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian
kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru
yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak
logik kepada sesetengah pihak tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah
yang tiada kesudahannya.

KELANTAN
Soalan 1 : Remaja kini sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif
yang menjejaskan mereka sebagai pemimpin negara pada masa
hadapan.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif
dalam kalangan remaja.
Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan
tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan
pula dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan
dengan serta merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa panas remaja
yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan
cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah
7

kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah


krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam
gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya
tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada
masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan yang
sememangnya menuntut semua pihak lebih bersungguh-sungguh menangani
gejala ini.
Isi 1 : ibu bapa perlu menanami anak-anak dengan ilmu agama dan
moral agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak faham akan
konsep dosa dan pahala memperoleh iman dan takwa faham bahawa segala
perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang
setimpal
Isi 2 : Masyarakat harus mewujudkan keutamaan dan minat belajar dan
mencari pengalaman demi masa depan dalam kalangan remaja hanya
ilmu dan pengalaman sebagai jaminan masa depan gejala kemaruk hedonisme
dalam kalangan anak-anak muda sejak belakangan ini harus dibanteras
masyarakat harus senada untuk memanfaatkan semua institusi dalam
masyarakat seperti masjid dan rumah ibadatt untuk membentuk nilai dan jati diri
remaja
Isi 3 : Remaja juga harus bijak memilih rakan yang sealiran sama ada
dalam aspek pembentukan jati diri dan matlamat hhidup rakan sebagai
pewarna kehidupan tersalah memilih rakan boleh mengundang mudarat
mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 :Para pendidik harus mempertingkatkan ketahanan anak-anak
diidik melalui saluran motivasi dan tajdid insani motivasi merupakan
enjin yang menggerakkan individu untuk mencari kejayaan tidak mudah
terpedaya dan mengikut telunjuk rakan mempunyai matlamat masa depan
yang terjamin
Isi 5 : Remaja sendiri harus memahami dan mendalami dasar dan visi
negara faham akan hala tuju negara memahami hasrat pemimpin
bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan
negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara
Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata,
Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya
yang mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang
gagah dan bijaksana. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut, kita
berasa begitu teruja untuk berusaha melahirkan anak-anak muda yang
berwawasan. Marilah bersama-sama beriltizam untuk membina Malaysia negara
yang tercinta ini agar menjadi negara yang bebas daripada ancaman parasit dan
anasir perosak khususnya daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh
itu, semua pihak hendaklah memilih wasilah yang betul seperti yang telah
dirintis oleh generasi yang terdahulu.

Soalan 2 : Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia


dan alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan,
sumber ekonomi, dan tempat rekreasi.
Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai.
NOTA : Soalan ini sepatutnya ditanya dalam soalan 1 sebab dalam
bentuk berformat. Jawapan hendaklah disertakan dengan tajuk rencana
da n nama penulis.
Pendahuluan : Krisis bekalan air yang kerap dihadapi oleh beberapa negeri
terutama pada masa kemarau panjang mendedahkan betapa sumber bekalan air
di negara ini belum benar-benar terjamin. Fenomena bermusim ini kurang
memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga kelestarian sungai agar
terus menjadi sumber bekalan air yang selamat, bersih dan mencukupi. Nasib
yang menimpa beberapa batang sungai di negara ini seperti sungai Klang,
sungai Sagil, sungai Juru dan sungai Linggi sering menjadi buah mulut betapa
kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan sungai amatlah rendah.
Oleh hal yang demikian, rencana ini akan cuba mengupas tentang kepentingan
sama ada kepada kelestarian alam mahupun sumbangannya kepada
kemanusiaan sejagat.
Isi 1 : Sungai secara tradisi telah menjadi sumber bekalan air yang
utama kepada tamadun manusia menyediakan bekalan air sama ada untuk
aktiviti pertanian mahupun kegunaan domestik dalam zaman silam semua
urusan harian sama ada mandi-manda, membasuh dan air minuman diambil dari
sungai
Isi 2 : Sungai akan membentuk lembangan dan tanah rendah yang
sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan lembangan yang
terkenal seperti lembah Mekong, Lembangan Chao Pharaya, Lembah Irrawadi
dan Lembangan Amazon di sinilah bermula aktiviti pertanian yang
membekalkan sumber makanan kepada manusia
Isi 3 : Sungai dan cabang-cabang anak sungai sebagai habibat hidupan
akuatik sumber makanan utama seperti ikan dan udang galah ialah sumber
makanan yang cukup bernilai
Isi 4 : Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama masyarakat silam,
selain turut menjadi sempadan pemisah antara wilayah sama ada
negeri atau negara manusia tidak perlu membina sendiri garis sempadan
Isi 5 : Sungai sebagai landskap keindahan alam secara semula jadi
aliran air dan kesuburan tumbuhan di sepanjang aliran sungai membentuk
pemandangan alam semula jadi yang amat permai dan damai permukaan air
sama sungai mahupun tasik menjadi penstabil yang menyejukkan suhu
persekitaran

Kesimpulan : Sesungguhnya, sungai, tasik mahupun paya merupakan sumber


air semula jadi yang amat tinggi nilai sumbangannya kepada tamadun manusia.
Sebijak manapun malah sekuat manapun kudrat manusia mereka tiada upaya
untuk membina sebatang sungai yang bermula jauh di puncak gunung sehingga
berakhir di muka laut. Demikianlah hebatnya kuasa Allah yang menjadikan langit
dan bumi serta seluruh isi alam untuk maslahat hidup manusia. Alangkah
bodohnya manusia apabila nikmat yang tidak terhingga itu dicemari dan
dibazirkan.

Soalan 3 : Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan


masyarakat yang berjimat cermat.
Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam
kalangan masyarakat.
Pendahuluan : Dalam banyak peribahasa yang boleh kita kutip seperti ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis, besar periuk besarlah
kerak atau besar pasak daripada gelegar semuanya menceritakan perihal
amalan beringat-ingat, berwaspada dan berjimat cermat. Perihal malapetaka dan
kesulitan yang mendatangi kita ibarat geruh tidak berbunyi dan malang tidak
berbau. Sejajar dengan situasi genting yang melanda ekonomi global pada masa
ini, justeru impak daripada peribahasa di atas amatlah relevan untuk kita
perkasakan. Menabung merupakan amalan nilai murni yang sewajarnya menjadi
pegangan utama kepada segenap pihak sama ada individu, masyarakat malahan
pemerintah juga. Dengan hal yang demikian, sebagai refleksi daripada situasi
kecundangan ekonomi yang sedang melanda negara kini, beberapa strategi
amalan menabung hendaklah menjadi agenda utama dalam masyarakat.
Isi 1 : Pihak kerajaan hendaklah merancangkan strategi ekonomi sama
ada secara makro atau mikro perancangan yang teratur dan jelas boleh
menjadi garis panduan kepada semua pihak mengurus perbelanjaan pelanpelan strategi ekonomi sperti yang pernah dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi
Baru, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan kempen menabung hendaklah
dilaksanakan secara intensif keberkesanan strategi mengurus belanja boleh
membantu usaha menabung
Isi 2 : Kerajaan hendaklah mempunyaii strategi jangka panjang
khususnya dalam aspek kecukupan sumber makanan dasar mengimport
produk makanan dari luar yang telah mencecah 30 bilion setahun hendaklah
disemak semula memanfaatkan sebanyak mungkin potensi pertanian dan
pembangunan semula tanah ladang dan sawah terbiar penjimatan wang
perbelanjaan import makanan boleh membantu meningkatkan tabungan wang
negara
Isi 3 : Sektor swasta perlu mengalihkan aktiviti ekonomi dalam bidang
industri pembinaan semata-mata kepada industri pengeluaran hasil

10

pertanian pengeluaran hasil pertanian yang banyak adalah relatif kepada


harga yang rendah, justeru lebihan boleh disimpan
Isi 4 : Masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran untuk membentuk
gaya hidup sederhana daripada terlalu bermewah-mewah trend
masyarakat Malaysia belakangan ini terlalu versatil dan gemar bermewahmewah seperti dalam upacara perkahwinan, sambutan perayaan, majlis-majlis
rasmi dan perbelanjaan kediaman dan kenderaan mewah Malaysia kini
menduduki negara tertinggi kadar hutang isi rumah dan hutang kad kredit tiada
kesedaran untuk menabung
Isi 5 : Secara mikro, ibu bapa harus mendidik anak-anak agar berjimat
cermat amalan menabung hendaklah bermula di rumah anak-anak
harus dididik supaya berbangga dengan seberapa banyak nilai yang dapat
ditabungi berbanding wang yang dibelanjakan
Kesimpulan : Jatuh bangun dan susah senang kehidupan adalah silih berganti
ibarat roda yang sentiasa berputar. Setiap insan yang boleh berfikir rasional
sepatutnya tahu akan realiti kehidupan yang tidak selamanya senang, ibarat
tiada laut yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan, bahkan
demikianlah dengan situasi ekonomi yang ada pasang dan surutnya. Oleh itu,
langkah yang terbaik untuk menangani situasi genting itu adalah dengan
memperkasakan amalan menabug dan berjimat cermat.

Soalan 4 : Media sosial seperti FB,What Apps dan Twitter memberikan


pelbagai manfaat kepada pengguna di seluruh dunia.
Jelaskan.
Pendahuluan : Memetik peribahasa yang menyatakan, Sekali air bah sekali
pasir berubah menunjukkan bahawa, kehidupan kita memang tidak dapat lari
daripada dikejar perubahan dan kemajuan. Kemajuan datang bak air deras
sehingga melanda tamadun dan peradaban. Demikianlah kemajuan dalam
bidang teknologi maklumat dan ICT dalam media sosial seperti FB,What Apps
dan Twitter kini telah membentuk dimensi dunia dengan pelbagai impak
positifnya. Fenomena tersebut memungkinkan pelbagai peranti mudah alih dan
gajet telah melimpah dalam pasaran. Situasi tersebut merupakan suatu
pencapaian luar biasa dalam proses liberalisasi sistem maklumat tuntas dalam
alam siber. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan tentang pro dan kontra
namun tiada sesiapapun yang boleh lari daripada ledakan teknologi maklumat
yang cukup canggih itu. Semua pihak harus menjadi rasional kerana teknologi
maklumat ibarat batu permata jikalau disepuh menjadi permata, jikalau dibiar
menjadi tongkol.
Isi 1 : Media sosial berjaya menyempitkan dan mendekatkan komunikasi
sosial mewajarkan kata-kata, dunia semakin sempit.

11

Isi 2 : Menyampaikan maklumat secara tepat, jelas dan asli lagi tulen
maklumat bergerak tanpa melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga
sehinggga menjejaskan originaltinya
Isi 3 : Mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada
dunia komunikasi langsung dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan
sempadan geografi sosial dan geografi politik memupuk sifat saling hormat dan
saling memahami
Isi 4 : Inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated perantaraan sistem teknologi digital inovasi seperti gambar, grafik dan dan
ilustrasi membantu fakta dan data disampaikan lebih tepat
Isi 5 : Mempercept segala urusan sama ada sama ada urusan secara
peribadi mahupun agensi semua maklumat berlaku secara segera seolaholah pengirim dan penerima berada di sebalik dinding sahaja
Kesimpulan : Kebanjiran pelbagai produk dalam ICT bagaikan air deras yang
datang dari banjaran gunung. Andai diempang nescaya melimpah kalau
dirempuh nescaya hanyut. Demikianlah suatu gambaran yang menunjukkan
perkembangannya amat menakjubkan dan mencabar sekiranya gagal ditangani
dengan bijaksana. Kewujudannya banyak memberi manfaat daripada mudarat.
Walau bagaimanapun, pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijaksana kerana jauharilah yang mengenal
manikam.
PERINGATAN : Memandangkan soalan ini dalam respon terbuka iaitu
JELASKAN, calon boleh kemukakan isi tentang kelemahan sebagai
relatif kepada kebaikan (maksudnya jika disalahgunakan).

PULAU PINANG
Soalan 1 : Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta
akan negara.
Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap
negara anda.

CATATAN : SILA PADANKAN SOALAN INI DENGAN MODEL KARANGAN DI


BAWAH, IHSAN DARIPADA MODUL SAYA EDISI 2016.
Sebagai seorang warganegara, anda sewajarnya berasa bangga atas
kejayaan cemerlang negara dalam pelbagai bidang.
Tulis pendapat anda tentang cara-cara yang anda harus lakukan untuk
membuktikan kebanggaan anda itu.
12

Sebagai apresiasi awal, izinkan saya memetik serangkap daripada lagu


patriotik, MALAYSIA OH TANAH AIRKU seperti liriknya yang berikut ini,
Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Demikianlah sebuah penglahiran seni yang memaparkan imej Malaysia sebagai
sebuah negara yang dicintai. Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni sama
ada dalam aspek landskapnya, hasil mahsulnya dan kemajuannya dalam segala
bidang. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang warganegra yang tinggi nilai
patriotiknya amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan bangga
terhadap tanah airnya yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja
dan berbangga dengan negara saya Malaysia yang amat fantastik ini. Atas rasa
bangga tersebut, saya beriltizam untuk berusaha agar nusa yang bertuah ini
terus berada di persada yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara
adalah dengan lahirnya sifat taat setia dan nilai patriotik yang tinggi.
Sesungguhnya, sebagai rakyat, saya amat terpanggil untuk terus menanamkan
jiwa taat setia kepada negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya buktikan
kepada pemerintah. Doktrin kedua dalam Prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan
kepada raja dan negara pasti saya pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan
Agung ialah payung negara manakala para pemimpin ialah sumber inspirasi
yang memajukan negara. Menjunjung kedaulatan pemerintah dan menghormati
pemimpin adalah menjadi tanggungjawab mutlak kepada saya. Tingkah laku
tersebut antara lain menjunjung tinggi perundangan negara, taat kepada arahan
pemimpin dan tidak mendatangkan sebarang sikap yang boleh memudaratkan
keselamatan negara. Dalam apa-apa situasi juga, sikap saya hendaklah selaras
dengan piagam, Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.
Sebagai

rakyat

yang

baik,

saya

perlu

menanamkan

azam

untuk

membantu memakmurkan negara. Kemakmuran negara merupakan indikator


penting untuk menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Sejarah telah
memaparkan betapa banyak empayar silam telah tersungkur kerana kegagalan
dalam menguruskan dengan baik soal-soal ikhtisad negara. Dalam zaman moden
sekarang pun beberapa buah negara di Eropah Barat sedang berhadapan
13

dengan bahaya kemuflisan akibat sistem ekonomi mereka yang tidak mapan.
Oleh itu, sebagai anak muda, saya bertanggungjawab mengajak rakan-rakan
agar lebih komited menuntut ilmu dan memperkasakan kemahiran dalam
pelbagai bidang. Potensi negara yang amat kaya dengan hasil buminya perlu
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya natijahnya akan dikecapi oleh
semua lapisan rakyat. Sayang sekali dengan kealpaan kita,

akhirnya 6.8 juta

pendatang asing sedang mengaut kekayaan negara. Barangkali inilah yang


disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga.
Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
hendaklah dijadikan agenda utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang
seyogia perlu saya turut serta. Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh
hendaklah dijadikan paksi penting khususnya dalam usaha menyatupadukan
masyarakat

majmuk.

Tanpa

perlu

berselindung,

tahap

kerjasama

dan

keharmonian dalam kalangan rakyat hanya pada tahap memuaskan sahaja. Kita
sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang pernah berlaku merupakan
manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia. Adakah wajar, kita
yang lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta menikmati
rahmat

keamanan

negara,

tetapi

menyimpan

sangsi

dan

keluh-kesah?

Sebenarnya, sikap yang suka mengadu-domba dan mengagungkan kelompok


sendiri

tidak

membawa

sebarang

faedah

sebaliknya

melebarkan

jurang

perpecahan yang akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang


kenyang.
Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan
indah. Sesungguhnya, inilah hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan
landskap bumi yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang
indah cerlang ini. Gelombang pembangunan moden yang dikuasai oleh sektor
perindustrian telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar.
Selain itu, sikap lepas tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan
telah mengakibatkan sumber alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar
dengan teruknya. Hiba apabila kita melihat keadaan sungai yang kotor manakala
gunung ganang yang menghijau digondolkan satu lepas satu oleh tangan-tangan
yang rakus. Saya mahu mengaktifkan semua NGO yang berkaitan dengan alam
sekitar agar bangkit dan lebih proaktif. Pihak berkuasa alam sekitar dan agensi
penguat kuasa harus digerakkan supaya sentiasa bersikap profesional dalam
tindakan mereka. Bersama-samalah kita mengelakkan tragedi sudah terhantuk
14

baru hendak menengadah apabila bumi kita sudah menjadi padang jarak padang
tekukur
Dalam dekad belakangan ini, imej Malaysia di mata dunia terus
cemerlang. Sama ada di peringkat serantau mahupun global, peranan Malaysia
sentiasa ditagih dalam segala isu. Sebagai anak muda yang bakal menggalas
amanah negara, saya berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di
persada antarabangsa. Hal-hal yang berkaitan dengan keamanan, kestabilan
politik dan kemampanan ekonomi akan dipertahan. Walaupun, insiden MH370
dan MH17 menyebabkan imej Malaysia agak tercalar di mata masyarakat
antarabangsa, namun dengan sikap konsisten Malaysia kita yakin isu itu tidak
akan berpanjangan. Namun, perkara yang lebih penting ialah Malaysia tetap
berperanan di pentas antarabangsa. Biarlah Malaysia kecil pada pandangan
mata tetapi besar dalam fungsinya, bak kata peribahasa kecil jangan disangka
anak, besar jangan disangka bapa.
Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat
Allah jua. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak
agar sentiasa bersyukur atas segala rahmat dan keberkatan yang Allah berikan.
Bagi mensyukuri nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar memperoleh kasih
sayang Allah dan bumi Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya
yakin rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan agama mestilah memohon
kesejahteraan kepada Allah. Sesuai dengan kata-kata yang berbunyi, Rahmat
bahagia, Tuhan kurniakan dalam lirik lagu Negaraku, maka amat wajar sekali
kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada Allah SWT. Insya-Allah,
seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan, justeru limpah
rahmat Allah pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah ini.
Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti
membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan negara Malaysia agar duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Saya
ingin mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah dan
bergandingan tangan demi watan yang bertuah ini. Ingatlah kepada kta-kata,
Malaysia, Oh, tanah airku!

Soalan 2 : Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada


masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong-royong,
15

kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini,


keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini
agar menjadi ikutan anak-anak.
Ulaskan pernyataan ini.
CATATAN : MOD SOALAN INI HAMPIR SAMA DENGAN KEDAH. SILA RUJUK
DI SANA.

Soalan 3 : Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah


yang bertajuk, Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan
Terhadap Kesihatan
Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.

Soalan 4 : Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan


antarabangsa adalah amat penting.
Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
NOTA : SILA SESUAIKAN SOALAN INI DENGAN SOALAN DI BAWAH. IHSAN
DARIPADA MODUL SAYA

Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan


negara-negara luar dalam pelbagai bidang. Usaha ini sememangnya
mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan negara.
Huraikan faedah yang
kerjasama serantau.

diperoleh

negara-negara

di

dunia

melalui

Pendahuluan: Terdapat peribahasa yang menyasarkan kebaikan hidup yang


sandar-menyandar iaitu bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang
saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah
berfirman dengan maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersukusuku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling mengenali dan
bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan
merdeka, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat,
ideologi, bangsa, dan agama.

16

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara


menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan
dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar dunia
mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global - mengeksport dan
mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan
kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya
dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman melalui
misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk Malaysia di
pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan memperluas
pasaran global menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah,
ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun
dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC),
dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga
dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup
bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh
berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian
maklumat global dalam jalinan maklumat siber -membangunkan minda dan
peribadi bangsa Malaysia agar setanding dengan warga dunia
Kesimplulan :
Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus
terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi
hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra
masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi
sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia
sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

Soalan 5 : Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah


anda baca banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan
panduan dalam kehidupan.
Bincangkan.

17

MRSM
Soalan 1 : Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan
program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan
remaja yang serba boleh.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa,
setiap individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut
komponen dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua
aspek yang utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat
membangunkan ummah yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum
pula sebagai pelengkap keterampilan fizikal, emosi, dan sahsiah pelajar.
Berdasarkan pernyataan tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif
dalam aktiviti kokurikulum pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada
remaa (pelajar).
Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan
remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah.
Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan
keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya
setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental, dan
emosi dengan memiliki personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap
ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum
seperti bersukan, menyertai pasukan dan kelab atau kegiatan beruniform.
Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila
individu tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi.
Pendek kata, nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk
tubuhnya, minda yang cerdas, dan emosi yang stabil (harmoni)
Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang
sangat berguna akan
diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya
kepimpinan ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam
masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh itu,
daya kepimpinan amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah
memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya,
dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin
berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform
seperti ............... Seyogia, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina
ketahanan diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang
memiliki karisme dan disegani. Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada
pada setiap individu bak kata pepatah, kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik
tumpang akalnya.
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dalam konteks
masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling
18

mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Dengan hal yang
demikian, akan wujud perpaduan hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi
dalam kalangan masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu
jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bawah
payung sebuah negara yang sejahtera. Dalam memupuk semangat perpaduan,
beberapa aktiviti seperti sukan, penyertaan dalam badan beruniform dan kem
jati diri boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim.
Justeru, pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat
mesra, bertolak ansur, dan berfikiran terbuka.
Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum
adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian
kerana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan hasil kerja.
Berdasarkan tokoh-tokoh ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan Wilbur
Right, Bill Gate dan ramai lagi, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan
adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sesungguhnya, unsur inilah yang mahu
diperkasakan ke dalam diri remaja apabila mereka terlibat dalam aktiviti
kokurikulum. Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan
tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik.
Dengan hal yang demikian, kokurikulum boleh dijadikan platform untuk
melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin.
Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, Kejayaan
sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa
berfikiran positif dan dinamik. Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja
rakyat perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Justeru, para
pelajar yang berada di bangku sekolah hendaklah menjadikan aktiviti
kokurikulum sebagai platform untuk mendidik mereka menjadi insan yang
berguna kepada negara, bangsa, dan agama.

Soalan 2 : Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian


kemalangan yang melibatkan kanak-kanak.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan : Anak ialah anugerah daripada Allah yang tiada tara nilainya.
Anak juga sebagai pesaka tradisi turun-temurun yang mengenalkan zuriat
keturunan ibarat kenal perdu lihatlah pada daunnya. Selain itu, anak-anak yang
sudah besar panjang dan berjaya dalam kerjaya sentiasa menjadi harapan untuk
ibu bapa tumpang berlindung lebih-lebih lagi dalam usia emas. Sungguhpun
demikian, belakangan ini banyak sekali insiden malang yang kerap menimpa
kanak-kanak. Kanak-kanak mati lemas di dalam baldi, melecur tercurah air
panas, ibu atau ayah terlanggar anak sendiri dan pelbagai musibah lagi menjadi
bukti kecuaian ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak. Banyak sekali
faktor yang mendorong kepada malapetaka seumpama ini berlaku yang pastinya
berpunca daripada ibu bapa sendiri.

19

Faktor-faktor:
Isi 1 : Kesibukan mengejar waktu dan bebanan tugas terdapat
sebahagian ibu bapa yang terlalu tergesa-gesa mengejar waktu keselamatan
anak-anak menjadi perkara yang kedua
Isi 2 : Faktor keletihan dan kelelahan masa bekerja yang panjang ibu
bapa era kini tidak mempunyai masa rehat yang cukup peluang untuk anakanak bermanja kurang anak-anak membawa hal sendiri
Isi 3 : Terlalu meletakkan kepercayaan menjaga anak kecil kepada
pengasuh atau orang gaji keadaan demikian menyebabkan ibu bapa tidak
fokus kepada anak-anak anak juga kurang menendahkan larangan ibu bapa
Isi 4 : Ibu bapa kurang peka terhadap keselamatan peralatan seperti
peralatan elektrik, peralatan dapur persekitaran hidup masa kini terlalu
bergantung kepada kemudahan teknologi (terlupa mematikan arus elektrik,
termos pemanas air elektronik diletakkan di tempat rendah, peralatan dapur
seperti pisau dan gunting dibiarkan terdedah)
Langkah-langkah:
Isi 5 : Ibu bapa harus menghayati nilai kasih sayang dengan cukup
mendalam harus diingat, anak-anak ialah harta, sementara pekerjaan dan
peralatan sekadar kemudahan sahaja
Isi 6 : Ibu bapa perlu rela berkorban masa dan penat lelah demi anakanak tidak terlalu berlepas tangan dan membiarkan anak-anak bersendirian
Isi 7 : Ibu bapa tidak boleh terlalu percaya kepada orang lain
mengehadkan pergantungan kepada orang gaji, pemandu atau orang-orang
tertentu yang dikenali dalam tempoh yang pendek
Kesimpulan : Dalam sebarang perkara, kita wajar mengelak sikap sudah
terhantuk baru menengadah supaya sesuatu yang berlaku tidak membawa sesal
yang berpanjangan. Sebarang malapetaka yang berlaku memungkinkan
kecacatan yang kekal dan menggelapkan masa depan anak itu sendiri.
Seandainya kanak-kanak itu sampai ajal, ibu bapa akan kehilangan zuriat,
sebaliknya jika terjadi kecacatan kekal, anak tersebut akan menjadi liabiliti
sepanjang hayat kepada ibu bapa. Oleh itu, hubaya-hubayalah dengan pesanan
peribahasa malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi.

Soalan 3 : Selaku pegawan kesihatan daerah, anda diminta untuk


menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesan-kesan pengambilan
pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

20

PERINGATAN : JAWAPAN INI DIBERI DALAM BENTUK RANGKA ISI SAHAJA.


CALON PERLU UBAH SUAI KEPADA FORMAT TEKS UCAPAN SEPERTI
DIARAHKAN DALAM SOALAN.
Qu Putih, Qu Putih, barulah putih. Begitulah sebuah ungkapan humor
yang telah menjadi viral dalam kalangan masyarakat. Ungkapan-ungkapan
seperti itu dan banyak lagi bentuk promosi merupakan sebahagian daripada
petunjuk bahawa larisnya produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mula
menguasai pasaran masa kini. Hal ini juga memberi isyarat bahawa permintaan
terhadap produk kesihatan dan rawatan alternatif semakin mendapat tempat di
hati masyarakat pengguna. Produk-produk seperti rawatan herba, makanan
kesihatan dan terapi kesihatan secara relatifnya telah menyumbangkan pelbagai
faedah kepada negara sama ada dalam aspek ekonomi, kesihatan, sosial dan
menyediakan peluang pekerjaan.
Kesan Positif:
Isi 1 : Produk makanan kesihatan lebih selamat kerana kurang
komplikasi kesan sampingan dan bahan kimia terlarang bahan-bahan
asli seperti tumbuhan herba, buah-buahan dan sumber marin tidak
mendatangkan kesan sampingan yang bahaya
Isi 2 : Masyarakat mempunyai pilihan tentang jenis rawatan boleh
memilih rawatan secara tradisional, rawatan alternatif atau rawatan moden
minda masyarakat mula berubah daripada mengubati ketika sakit kepada
amalan kesihatan yang berterusan
Isi 3 : Membantu memperkasa Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk
turut bersaing dalam pasaran terbuka IKS berkembang dengan pantas
banyak bahan yang dikilang terutama sekali dalam amalan Pengilangan cara
Islam (IMP) pelbagai jenama baru mesin proses dapat dihasilkan
Isi 4 : Dapat menanamkan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan kelangsungan biodiversiti sumber alam terutama tumbuhan
herba amat berfaedah kepada kehidupan ubat-ubatan herba ada yang lebih
baik daripada ubatan alopati rawatan seperti Sinseh dan Ayurvedic masih
popular dalam kalangan masyarakat Cina dan India (rawatan 100 peratus
daripada produk herba)
Isi 5 : Mempertingkatkan usaha R&D kajian berterusan dijalankan sama
ada di peringkat pengusaha, makmal-makmal perubatan dan pihak IPT
menyokong kepada perkembangan ilmu baru yang sentiasa memanfaatkan
sumber organik dan bahan semula jadi
Kesan negatif :
Isi 6 : Ada keraguan tentang ketulenan bahan yang diproses dan cara
pemprosesan yang tidak menuruti piawai pengamal produk makanan
kesihatan bukan terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang bioperubatan
atau dietetik
21

Isi 7 : Ketiadaan kawalan yang menyeluruh terhadap penyediaan


produk makanan kesihatan wujud penyelewengan seperti memasukkan
kandungan steroid, dadah dan bahan kimia
Isi 8 : Boleh mengancam nyawa kerana pengambilannya tanpa dos dan
tidak disyorkan oleh doktor dan farmasis berlaku refleksi kepada tubuh
secara luar biasa seperti penurunan berat badan dengan pantas atau
kegemukan yang melampau, tidak dapat tidur, keradangan dan sukar bernafas
Kesimpulan : Sesungguhnya, kemajuan dalam mempertingkatkan kualiti hidup
bukan sahaja dalam aspek gaya hidup seperti kemajuan dalam bidang material,
bahkan hidup yang berkualiti adalah bersangkut paut dengan mutu kesihatan.
Kesihatan ialah modal dan harta untuk seseorang meningkat maju sama ada
kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, kewujudan produk makanan
kesihatan dan perubatan alternatif menjadi jendela kepada rakyat Malaysia
malah dunia amnya untuk memperoleh gaya hidup yang sihat, jiwa yang
tenteram dan emosi yang harmoni. Oleh hal yang demikian, pengguna
hendaklah bijak memilih produk-produk yang disahkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) demi memperoleh kesejahtaraan yang berpanjangan.

Soalan 4 : Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang


gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan.
Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut.
NOTA : Pernyataan tema bagi soalan ini tidak jelas. Sukar untuk
ditentukan jenis destinasi pelancongan seperti yang dimaksudkan.

Soalan 5 : Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat
tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan
menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak.
Berdasarkan pernyataan di atas, berikan pendapat anda tentang manfaatmanfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem.

SBP
Soalan 1 : Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam
kehidupan bermasyarakat untuk membentuk komuniti yang sejahtera,
bertolak ansur dan harmoni.
Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat pada hari ini.
22

NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan negeri Kedah

Soalan 2 : Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh muridmurid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah.
Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaikbaiknya.
NOTA : Soalan ini sepatutnya diletakkan dalam soalan nombor 1

Soalan 3 : Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup


sekali gus menambahkan bebanan kepada sesetengan keluarga.
Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini
selengkapnya.
NOTA : Sila ubah suai soalan ini dengan rangka isi soalan di bawah.
Ihsan daripada modul saya edisi 2013.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008
hingga hari ini kos sara hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca
daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga
minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup
menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih
dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara
pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita.
Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu
diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani
keadaan darurat seperti itu, setiap ahli keluarga haruslah mempunyai pelan
tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa krisis seperti itu.
Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk
sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta
benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros
Isi 2 :
melalui
senang
budaya

Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan


institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu
dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan hayati
masyarakat silam menyimpan wang di dalam tabung buluh

Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak


meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara
hidup rakan-rakan di luar
Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan
berbelanja di luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi

23

kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau


tawaran jualan
Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuknunjuk - elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga
Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena,
jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini.
Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di
luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis
gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu,
rancanglah strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya
berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.

Soalan 4 : Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda


dan tamadun.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan : Peperangan ialah malapetaka. Peperangan ialah pertarungan
psikologi dan emosi antara kuasa yang ganas, bongkak dan rakus. Peperangan
merupakan tragedi kemanusiaan yang tiada pertimbangan belas kasihan.
Berpandukan tiga hukum utama krisis kehancuran manusia iaitu malapetaka
alam, kegagalan sistem teknologi, justeru peperangan merupakan angkara
kedua terbesar yang memusnahkan budaya dan tamadun manusia. Berdasarkan
beberapa kenyataan tersebut, benarlah seperti sindiran Jin dan Iblis sewaktu
Adam mahu diutuskan, bahawa makhluk manusia ialah makhluk yang suka
kepada pertumpahan darah. Kini, peperangan telah menyaksikan puluhan juta
nyawa menjadi korban bahkan kemusnahan harta benda dan tamadun sudah
tidak terbendung lagi.
Isi 1 : Peperangan telah menyaksikan lahirnya penguasa yang cukup
kejam lagi zalim angkara Perang Dunia Pertama dan Kedua berpunca
daripada pemimpin-pemimpin yang bodoh sombong seperti Bismack, Musolini
dan Hitler merekalah jaguh kehancuran dunia yang mengorbankan lebih dua
juta nyawa dalam abad pascaperang, timbul pula tokoh panas baran seperti G
Bush, Saddam Hussien, Pol Pot Heng Samrin dan Radovan Karadzic.
Isi 2 : Peperangan telah memusnahkan beberapa tapak tamadun dunia
unsur-unsur seni bina, harta benda hancur musnah peristiwa ledakan
bom atom di bandar raya Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 telah membawa
kesan trauma kepada masyarakat Jepun hingga kini
Isi 3 : Peperangan menyebabkan berlaku pemusnahan etnik dan
memisahkan hubungan darah dan bangsa pemisahan Jerman oleh kuasa
Barat dan Rusia dan pemisahan Korea Utara dan Korea Selatan serta
penghapusan etnik di rantau Balkan membawa kepada kesan hancurnya
hubungan budaya dan silaturahim
24

Isi 4 : Peperangan menyebabkan pusat-pusat kemajuan tamadun dunia


musnah dan menjadi tatapan sejarah kemusnahan Tamadun Greek Latin,
Mesir Purba dan Tamadun Lembah Kuning di Cina pencerobohan kuasa Monggol
terhadap tamadun Islam hampir menghancurkan seluruh agama wahyu yang
berpusat di Baghdad dan Timur Tengah
Isi 5 : Peperangan telah memusnahkan nilai kemanusiaan yang menjadi
harga paling mahal untuk manusia hidup berkasih sayang hilang rasa
hormat, memuncak rasa kebencian, dengki khianat menjadi asbab kepada
kebangkitan penentangan anak tempatan seperti di Afghanistan, Palestin dan
beberapa negara di Afrika.
Kesimpulan : Selama manapun selagi manusia bertuhankan nafsu serakah dan
tamak haloba, justeru medan pertumpahan darah tidak akan pernah kering.
Sejajar dengan penemuan teknologi canggih dan logistik peperangan, kerakusan
akan terus menyilinap ke dalam urat darah pemimpin yang bongkak dan
sombong untuk mewajarkan pembunuhan terhadap sesama insan atas tiket
yang dihalalkan iaitu peperangan. Oleh hal yang demikian, sedarlah wahai
manusia, bahawa peperangan tidak ubah suatu krisis kemanusiaan dengan yang
kalah jadi abu dan yang menang jadi arang.

Soalan 5 : Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata


pelajaran Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar.
Jelaskan faedah-faedah
tersebut.

yang

diperoleh

daripada

pembelajaran

Pendahuluan : Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan


minda yang kreatif dan tajam. Wadah yang ingin disampaikan adalah
berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan.
Gabungan antara minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat
pembaca melalui medium bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya.
Oleh hal yang demikian, karya-karya kreatif berupaya menggerakkan daya
berfikir pembaca melalui pemikiran yang kritis dan analitikal. Berbeza daripada
sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai sumber
seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika
yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah
apabila mengkaji pelbagai genre sastera.
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana menggali segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif mengenali gaya berfikir dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu,
persoalan, dan tema yang digarapkan - mewujudkan interaksi tidak langsung
dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan
Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan
persoalan yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir
berdasarkan gagasan idea penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik
25

melalui buah fikiran dan persoalan yang dikemukakan - menjana minda agar
mampu menjadi insan bijaksana melalui perkongsian dan percambahan idea
yang kreatif dan inovatif
Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat penerapan melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung
dapat meninjau tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki
- mendalami corak hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi
Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif
memang kaya dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa menikmati pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah,
bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa
Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak penerapan unsur nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan
minda melalui penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik
dan episod yang dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan
amanat yang disampaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung

Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian
seperti yang diungkapkan dalam serangkap syair,
Ilmu alat yang sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana
Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu
yang bakal saya peroleh. Saya yakin dengan mengkaji genre sastera amat
menguntungkan selain sangat menghiburkan.

JOHOR
Soalan 1: Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada
murid murid yang menyertainya
Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di
sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.
NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan MRSM (sila rujuk) Anda
boleh juga rujuk dalam mana-mana modul saya edisi 2012 2016.

Soalan 2 : Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. atau


TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu
pengetahuan.
26

Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


kehidupan remaja.
NOTA : Soalan ini baharu sahaja keluar dalam 2 atau 3 tahun
belakangan. Boleh juga rujuk daripada soalan Kelantan.

Soalan 3 : Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem


pengangkutan darat di negara kita.
Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar
berhemah di jalan raya.
NOTA : Menurut lazim, soalan berformat akan ditanya dalam soalan 1
sahaja.

Soalan 4 : Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai


bidang akan menentukan kejayaan sesorang itu.
Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada
masa ini.
Pendahuluan : Pepatah yang menyatakan, hukum dijunjung, ilmu dikelek
memberi maksud bahawa kesempurnaan hidup manusia hendaklah diasaskan
kepada dua perkara iaitu peraturan yang dipatuhi dan ilmu yang dimanfaatkan.
Sejajar dengan hasrat menuju matlamat negara maju, justeru masyarakat
Malaysia hendaklah menjulang tinggi kedaulatan dan Keluhuran Undang-undang
manakala ilmu pula dijadikan wahana untuk melahirkan masyarakat yang bijak
dan produktif. Oleh itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025 (PPPM), Pendidikan Teknik dan Vokasional turut diperkasakan sebagai
inisiatif untuk melahirkan rakyat yang berketerampilan sama ada dalam aspek
ilmu pengetahuan mahupun kemahiran tinggi. Pemerkasaan semula kedia-dua
aliran tersebut akan memberi sinar baru untuk anak-anak Malaysia membuka
langkah bagi bersaing di persada global. Tidaklah dinafikan sama sekali bahawa
banyak manfaat kepada rakyat dan negara dengan langkah pragmatik tersebut.
Isi 1 : Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang
ilmu dan kemahiran golongan teknikal/vokasonal menjadi tangan emas
kepada negara bakal mewujudkan pelbagai bidang kerjaya
Isi 2 : Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang
tersohor di dunia memiliki tenaga kerja pakar dalam bidang industri boleh
bersaing dengan negara-negara seperti Jerman, Perancis, Jepun dan Korea
Isi 3 : Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam
sektor indsutri pengetahuan teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga

27

mahir pelbagai produk industri terhasil berupaya memanfaatkan segala


potensi hasil mahsul negara menjadi produk industri
Isi 4 : Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga
pakar asing pembangunan negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anakanak tempatan mengurangkan pengaliran wang keluar negara sebagai kos
upah warga asing strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh asing
Isi 5 :
Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua
dekad lagi usaha kerajaan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
melipatgandakan produk eksport barangan siap selain produk elektrik dan
elektronik meningkatkan pendapatan KDNK negara
Kesimpulan : Apabila kita merujuk kata-kata falsafah Confucious yang
menyatakan, Perjalanan jauh yang beribu-ribu batu hendaklah bermula
dengan langkah yang pertama, justeru langkah kerajaan memperkasakan
kedua-dua bidang ini amatlah bertepatan sekali. Sebarang matlamat yang ingin
kita capai dalam tempoh satu dekad lagi, nescaya perancangan untuknya
hendaklah bermula dari sekarang. Oleh itu, strategi yang terbaik tentulah
transformasi dalam sistem pendidikan perlu berubah terlebih dahulu.
Sesungguhnya, kita yakin dan percaya segala usaha kerajaan itu akan memberi
natijah yang besar kepada rakyat dan negara.

Soalan 5 : Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen


untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa
warga tua.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

PERAK
Soalan 1: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan
tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan. Setiap murid
pasti ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang.
Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda.
Pendahuluan : Sekolah ialah alma mater yang berperanan untuk menginsankan
manusia. Limpahan ilmu daripada lautan curahan liur basah para pendidik
menjadikan sekolah sebagai destinasi awal anak-anak bunga bangsa mengenali
jati diri. Dalam abad milenium ini atas matlamat untuk memberikan pendidikan
yang berkelas pertama pelbagai kategori institusi pendidikan diwujudkan. Di
Malaysia juga sekolah-sekolah berstatus seperti MRSM, Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), Sekolah Kluster Kecemerlangan dan sekolah berkeperluan khas
tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dengan kewujudan pelbagai janama
sekolah itu, peluang dan liberalisasi memperoleh ilmu adalah terbuka kepada
28

sesiapa sahaja. Dengan hal yang demikian, sebagai memenuhi impian masa
dapan yang lebih gemilang, saya mendambakan untuk belajar di sebuah sekolah
yag memiliki ciri-ciri untuk melahirkan insan yang berketrampilan sama ada
dunia mahupun akhirat.
Isi 1 : Sekolah yang memiliki prasarana moden dan sesuai dengan trend
pembelajaran abad ini kemudahan asas yang berkualiti dan mesra
pengguna kemudahan PdP sperti makmal ICT, perpustkaan, gimnisium dan
ruang innteraksi luar kelas yang selesa
Isi 2 : Sekolah yang menepati dan menjalankan PdP sesuai dengan
perubahan masa dan kehendak global kurikulum bertaraf dunia, guru-guru
yang pakar dan mampu melahirkan pelajar boleh bersaing di peringkat global
Isi 3 : Sekolah yang mengutamakan kurikulum mendidik jiwa yang
seimbang dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek insan yang
harmoni perlu terdidik secara seimbang dalam kedua-dua aspek tingkah laku
dan cara berfikir hendaklah dipancarkan daripada emosi dan rohani sihat
Isi 4 : Sekolah yang mementingkan ciri-ciri budaya, perpaduan dan
menyantuni kepelbagaian masyarakat majmuk dapat mendidik pelajar
untuk menghormati hak dan kesaksamaan pelbagai kaum menjalinkan
semangat muhibah, bertolak ansur dan sehati sejiwa untuk membangunkan
Malaysia seiring dengan kemajuan abad milenium
Isi 5
: Sekolah yang mampu mendidik remaja untuk mencintai
kelestarian hidup yang sihat, sejahtera dan mesra alam pelajar memiliki
kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar, menyayangi khazanah alam, dan
menjaga flora dan fauna
Kesimpulan : Pendidikan yang paling berkesan ialah penguasaan ilmu
sepanjang hayat dan dapat melahirkan insan yang mempunyai tanggungjawab
terhadap penguasa alam semesta serta bijaksana untuk memanfaatkan semua
potensi alam. Ilmu yang diperoleh juga dapat membentuk insan kamil yang
sentiasa peka terhadap kehidupan bermasyarakat dan berbudaya. Seandainya
semua matlamat tersebut dapat dicapai, justeru itulah bentuk pendidikan yang
dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang sejati.

Soalan 2 : Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang selalu berhubung


dan rapat sesama anggota keluarga.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga
kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada
pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama
yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor
paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah
tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina.

29

Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan
sesebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.
Isi 1 : Ibu bapa hendaklah menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada
hukum Allah insan seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan
perihal yang negatif sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang
diredai di dunia mahupun akhirat contoh teladan mudah dituruti anak-anak
Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih
sayang kepada anak-anak anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih
cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak
melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh
berkat
Isi 4 : Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa ibu bapa senang dengan
sikap anak-anak yang mudah ditunjuk ajar tidak wujud jurang komunikasi
Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan
jiran tetangga mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat
dengan jalinan kasih sayang
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk
membentuk insan penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda
memberi impak negatif kepada masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman
yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat madani
yang kompeten dan harmoni.

Soalan 3: Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu
dikekalkan demi generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah
rencana bertajuk Penjagaan dan Pemuliharaan Bangunan Lama Menguntungkan
Negara untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
NOTA : Soalan ini pernah keluar sama ada pada 2012 atau 2013

Soalan 4: Konflik yang melanda antara sebuah negara dengan negara


yang lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan bagi mewujudkan
keamanan sejagat.
Bincangkan cara penyelesaian yang harus diambil oleh negara di dunia
bagi menyelesaikan konflik tersebut.
NOTA : Soalan ini mirip soalan 4 SPM 2015.

30

Soalan 5 : Minat murid-murid terhadap karya sastera seperti novel, cerpen,


puisi dan drama perlu dipupuk sejak awal lagi.
Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak sekolah bagi memupuk
minat murid terhadap karya sastera.

SABAH
Soalan 1: Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin
luntur.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.
NOTA : Mod soalan ini sama dengan soalan negeri Pulau Pinang. Sila
rujuk di sana.

Soalan 2 : Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan
membimbangkan banyak pihak.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini
berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.

Soalan 3 : Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa


melaksanakan pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara.
Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk
memupuk perpaduan di negara kita.
Pendahuluan : Apabila disebut tentang Malaysia, tergambarlah di dalam minda
seseorang tentang sebuah negara di Asia Tenggara yang memiliki komposisi
penduduk dengan masyarakat majmuk. Pemajmukan itu begitu unik kerana
terdapat pelbagai etnik yang besar dan yang kecil dapat hidup bersama dan
harmoni. Sesungguhnya, asas kemerdekaan negara ini juga turut terbentuk di
atas landskap masyarakatnya yang majmuk. Walau bagaimanapun, atas
beberapa perubahan yang berlaku secara domestik dan global, adakalanya
perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia kadangkadang tergugat. Situasi itu jelas terlihat daripada beberapa insiden yang
melibatkan kaum-kaum di Malaysia. Walaupun insiden-insiden tersebut tidaklah
sampai melarat tetapi memadailah untuk merenggangkan hubungan antara
kaum jikalau tidak dibendung dengan sebaik mungkin. Atas hakikat kita telah
merasai pelbagai nikmat daripada perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama, maka semua pihak amatlah wajar bermuhasabah dan merenung semula
akan hikmah yang akan kita peroleh daripada perpaduan.
31

Isi 1: Dapat menjaminkan keamanan negara dan memupuk kerjasama


dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercyaan
mengelak salah faham berkongsi persamaan dan menghormati perbezaan
dalam kalangan masyarakat majmuk wujud masyarakat harmoni
Isi 2: Sebagai strategi mempercepat mencapai taraf negara maju
tunjang utama kemajuan sesebuah negara apabila wujud perpaduan yang
hakiki.- wujud kestabilan politik, ekonomi, dan sosial
Isi 3: Memperkembangkan potensi budaya, kemahiran, dan seni dalam
masyarakat majmuk budaya dan nilai seni masyarakat sebagai produk dan
identiti sesebuah negara boleh menikmati keunikan gaya hidup setiap kaum
sebagai produk tarikan pelancong
Isi 4: Memajukan sektor ekonomi perpaduan sebagai anak kunci
utama kemajuan ekonomi - menjanakan ekonomi yang berdaya saing wujud
semangat muafakat dan saling memajukan potensi produktiviti dalam kalangan
pelbagai kaum
Isi 5: Melahirkan masyarakat yang celik ilmu perpaduan yang mutlak
sebagai jaminan rakyat bebas menuntut ilmu lahir masyarakat yang cerdik,
inovatif dan kreatif masyarakat yang cerdik pintar menjadi aset kemajuan
negara
Isi 6
Menjadi ikon/model sebagai juara perpaduan untuk manusia
sejagat amat sukar untuk mencari sebuah negara di dunia yang aman dan
harmoni daripada kerjasama pelbagai kaum - sering dijadikan rujukan oleh
negara-negara luar

PERHATIAN : Sekiranya soalan memberikan fokus kepada langkah-langkah


sila rujuk isi-isi seperti yang berikut ini:
Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni amalan
berkasih sayang, menghormati jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan
memahami adat dan budaya mesyarakat lain sentiasa bersikap tangan terbuka
(menderma dan membantu jiran/kaum yang mengalami bencana)
Isi 2 : Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk
memperkenalkan kepada anak-anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama
dalam kalangan masyarakat majmuk memberikan pendedahan tentang nilainilai yang baik dalam amalan setiap masyarakat mengelak/mengawal
mendedahi perkara negatif kaum-kaum tertentu tidak melarang anak-anak
bergaul mesra sesama mereka
Isi 3 : Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat melibatkan semua
ahli masyarakat daripada pelbagai kaum/etnik kegiatan bergotong-royong
hari keluarga budaya tegur-menegur dan ziarah-menziarahi

32

Isi 4 : Mengadakan/menghadiri rumah terbuka membawa anak-anak ke


rumah terbuka kaum tertentu (musim perayaan) mengadakan rumah terbuka
dan menjemput semua jiran daripada pelbagai kaum memberikan hadiah dan
angpau apabila berkunjung ke rumah terbuka
Isi 5 : Mewujudkan sistem pendidikan yang sama sistem persekolahan
untuk semua kaum (rendah, menengah, dan IPT) mengajarkan semua bahasa
kaum-kaum utama di negara ini menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum
semua ibu bapa mesti menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan demi masa
depan anak-anak
Isi 6 : Mengelak terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan
persengketaan kaum tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan
peribadi (politik dan perniagaan) jauhi perangai adu domba, fitnah dan
memperlekeh kaum lain terutama di hadapan anak-anak mengamalkan sikap
sederhana dan mengajari anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang lain
Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak
peribahasa yang menyokong akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah,
hidup bersama ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah
sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya hidup
bersatu dan bersama yang sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia.
Alangkah beruntung dan berfaedahnya kita sekiranya falsafah perpaduan itu
dapat dihayati dan dijadikan sebagai suatu tonggak untuk memakmurkan negara
yang tercinta ini.

Soalan 4: Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat


membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.
NOTA : Sila padankan dan ubah suaikan soalan di atas dengan mod
soalan di bawah. Soalan ihsan daripada modul saya edisi 2016.
Isu jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia,
penyeludupan dadah dan penyeludupan senjata api mengancam
keamanan negara.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh negara-negara
serantau bagi menangani masalah ini.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu
fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana
alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua
semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di
dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh
rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan
33

tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan


yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan
dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Turut menjadi
masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas sempadan seperti pengedaran
dadah dan penyeledupan senjata api. Sementara itu, negara yang menjadi
transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek
politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan
juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan
kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara
masing-masing kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk
menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam
kalangan negara-negara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks
rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan
pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu
sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran
mencegah kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia
dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan
pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 4 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin
negara pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain
mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Isi 5 : Memperkasakan pendidikan dengan nilai murni masyarakat
antarabangsa hendaklah dididik akan nilai-nilai universal yang menjadi impian
masyarakat sejagat masyarakat dunia perlu belajar akan hak dan
kesaksamaan, menghormati insan lain mengurangkan sikap tamak dan haloba
dengan menjadikan insan yang lemah sebagai alat untuk mencapai matlamat
jahat yang berpaksikan nafsu.
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia dan krisis kemanusiaan
merupakan sebahagian daripada perbuatan zalim yang telah berlarutan sejak
zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang
berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global
dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak
terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di
dalam.

Soalan 5:
Anak itik terenang-renang
34

Air pasang tenang-tenangan


Budi sedikit bilakan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Pantun di atas bermaksud budi yang kita tabur walaupun sedikit tetap diingati.
Tulis sebuah cerpen yang bertemakan hidup berbudi berdasarkan maksud
pantun di atas.

MELAKA
Soalan 1 : Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.
Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan
untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

Soalan 2 : Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa


hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?
Soalan 3 : Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena
dengan sambutan Hari Kemerdekaan di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah
Ke Arah Melahirkan Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat.
Tulis esei anda selengkapnya.
NOTA : Mod soalan ini sama dengan negeri Pulau Pinang. Sila rujuk d
sana.

Soalan 4 : Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat


membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

5.
Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

35

Lirik lagu Membaca Gaya Wawasan di atas menggambarkan kepentingan


membaca kepada masyarakat. Namun, kemajuan teknologi maklumat kini,
menyebabkan masayarakat leka dengan gajet-gajet terkini dan mengabaikan
amalan membaca dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha
kalangan masyarakat.

untuk

menggalakkan

amalan

membaca

dalam

NEGERI SEMBILAN
Soalan 1: Murid memainkan peranan penting untuk merealisasikan konsep,
Sekolahku Syurgaku.
Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk merealisasikan konsep
tersebut.

Soalan 2: Anak-anak yang cemerlang lahir daripada keluarga yang bahagia.


Ulaskan pernyataan di atas.
Soalan 3: Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya
(OKU) merupakan suatu tindakan yang wajar demi membolehkan
golongan ini memberikan sumbangan yang berkesan kepada negara.
Huraikan langkkah-lagkah yang patut dilakukan untuk membantu
golongan ini.
Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat
daif dengan pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati
orang yang lalu lalang. Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang
tidak cukup anggota memohon simpati orang yang sedang lalu lalang
membantunya menolak kerusi roda. Malahan di asrama-asrama yang daif
mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran mudah
tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia
golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih banyak isu
yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu gejala sosial yang
tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang sehingga ke hari ini
masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa depan yang penuh
hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati dan perasaan
yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya
berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai
langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.

36

Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke


peringkat tertinggi yang mereka mampu bukan semua OKU yang
tergencat mental ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan
Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan
OKU sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan
pengajian
Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU bagi
memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka
Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU
seadannya kecacatan bukan alasan untuk menysihkan mereka kekurangan
yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk diinsafi
Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan
yang layak dengan kemampuan OKU melaksanakan tanggungjawab atas
wadah masyarakat prihatin dan penyayang
Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya
dipinggirkan. Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang
menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun
begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk membantu golongan yang
kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya terus dibiarkan, mereka pasti
menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita sehinggakan tiada
beban batu digalas.

Soalan 4: Pelbagai usaha telah diambil oleh kebanyakan organisasi dan


Persatuan Pencinta Alam seperti Green Peace untuk mengatasi masalah
pencemaran alam di peringkat global.
Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada
masyarakat sejagat.

Soalan 5: Akhir-akhir ini banyak novel karya penulis tempatan diadaptasikan ke


kaca televisyen untuk mengisi slot drama ataupun cerekarama.
Pada pendapat anda, apakah kesan daripada adaptasi tersebut kepada
masyarakat?

PAHANG
Soalan 1: Membaca Jambatan Ilmu merupakan ungkapan yang sering
didendangkan untuk menyuburkan budaya keilmuan dalam kalangan
pelajar. Sehubungan dengan itu, sebagai pelajar harapan sekolah, anda

37

berasa terpanggil untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk di


atas.
Sediakan teks ceramah anda tersebut selengkapnya.
NOTA : Ubahsuaikan soalan di atas dengan sampel karangan di bawah
dalam fomat ceramah. Ihsan daripada sampel cemerlang dalam modul
saya edisi 2016.
Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat
perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si
bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan kepintaran
menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan sepotong maksud
ayat dalam Al Quran yang menyatakan, Adakah sama golongan yang berilmu
dengan golongan yang jahil?. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi
gred tertinggi kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri
utama untuk menjadi golongan yang berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat
ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab itulah dalam tamadun Islam
sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq
dengan membawa arahan membaca. Ketinggian darjat golongan yang gemar
membaca akan meletakkan mereka sedarjat lebih tinggi daripada golongan biasa
kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh itu, membacalah demi mengaut segala
khazanah ilmu.
Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam,
kecemerlangan tamadunnya adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi
membaca yang amat ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokohtokoh agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh
berdisiplin itulah, justeru lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu
Sina, Al Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab
teras dalam kepercayaan Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang
meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat.
Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi kandungan Al
Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam.
Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul,
air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada bukubuku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu
dalam kalangan generasi Islam zaman awal.
Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah
mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tenteratentera Salibiyah yang dipimpin oleh Richard The Lion Heart telah memperoleh
inspirasi budaya lmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa
balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi
tamadun yang terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance
di Eropah benar-benar terbentuk hasil mentelaah dan mengkaji segala sumber
ilmu yang bermula dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah
menjadi kiblat perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi.

38

Bangsa Eropah bangkit daripada zaman gelap menjadi bangsa


mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca.

yang

Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras
utama kepada pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia.
Negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baru di Eropah
telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi mereka agak
terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut
untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali
dengan kekuatan membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi
oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara
purata mampu membaca 120 buah buku dalam setahun. Kini dua lagi kuasa baru
di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam
bidang teknologi. Pada hari ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia
luar apabila teknologi android mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung
telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil
penjanaan ilmu kerana bangsa membca bangsa yang berjaya.

Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk


keluar dari zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era
penjajahan telah dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk
hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga
mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia
mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta
ilmu dan bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian
sama ada rendah, menengah mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat
menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa, sejarah, keagamaan dan
teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah
jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu
telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini
kita telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas
berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya membaca untuk
meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negaranegara maju.
Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, Tuntutlah ilmu kerana
ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan
bertambah dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa
ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, justeru membacalah
yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh
untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca
terus diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.

39

Soalan 2: Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah


laku anak-anak khususnya dalam memupuk semangat kejiranan agar
tidak luntur dalam kalangan masyarakat.
Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam
mengekalkan semangat kejiranan di Malaysia.
Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita
terus berpegang dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.
Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang
prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman
yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang
semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan
dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi
menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula
amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan
masyarakat.
Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam masyarakat silam
terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang menyuburkan tradisi kunjungmengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan
menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda ingat dan
banyak tanda ada)
Isi 2 : Berusaha memupuk sikap anak-anak menjalinkan persefahaman
dan saling hormat sesama jiran tetangga jiran ibarat saudara mara sendiri
- sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil - tidak
membezakan status dalam masyarakat tiada perbezaan pangkat, miskin atau
kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas amalkan
tanggungjawab anakku anakkau dan anakkau anakku
Isi 3 : Ibu perlu mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan ibu
bapa hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara
menghormati orang yang lebih tua dengan cara mengamalkan sifat peramah dan
bertegur sapa secara hormat
Isi 4 : Ibu perlu mengajar anak-anak untuk ambil bahagian dalam
aktiviti kemasyarakatan - saling membantu dan menyokong dalam urusan
harian boleh memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa
menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang miskin menghormati
dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara tidak
mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Ajar anak-anak supaya menghormati golongan tua dengan
menjadikan mereka sebagai pakar rujuk sebagai menghormati taraf
mereka dalam masyarakat - menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat
dan pangkat - golongan muda sentiasa dinasihati - tidak wujud jurang yang
terlalu dalam antara generasi elakkan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar dalam masyarakat
40

Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis


dalam kehidupan masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh
sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, usaha ini elok
dihidupkan kembali oleh ibu bapa agar kelestarian budaya cemerlang itu kekal
subur.

Soalan 3: Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meninggalkan kesan


negatif
dalam
usaha
melahirkan
anggota
masyarakat
yang
berwawasan.
Sehubungan dengan itu, masyarakat dan
membanteras perbuatan tersebut.

kerajaan perlu bekerjasama

Ulaskan.
Pendahuluan :
LOLA MENGAKU BERSALAH MENDERA ANAK OKU
Demikianlah satu episod daripada ratusan peristiwa yang dilaporkan tentang
nasib buruk yang pernah menimpa anak-anak malang di negara ini. Anak adalah
sebagai amanah Allah. Anak-anak yang dibela dan dijaga dengan baik akan
menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber
motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan
rumah tangga yang dibina. Namun belakangan ini entah apalah yang telah
merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera,
mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri.
Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden
yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini, selain institusi keluarga,
sinergi daripada komuniti dan kerajaan turut berperanan untuk membanteraskan
perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga kasih
sayang dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga masyarakat
menjadi mata dan telinga
Isi 2:
Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota
keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak
kecil menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang
setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing
Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan setiap pasangan
dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh
mendirikan rumahtangga ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan
psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil
Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna
kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah
manusia mudah dirasuk syaitan penghayatan moral membolehkan seseorang
menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat
41

Isi 5:
Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap
keselamatan kanak-kanak tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang
lain terus menerus mendera mengambil tindakan pantas mencegah, melapor,
dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.
Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan setiap anggota keluarga hendaklah
dididik supaya menghormati jiran jiran yang rapat dapat membantu dalam
segala tindakan sama ada susah atau senang.
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan
insan madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada
masyarakat dan negara. Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh
kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun
fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk
menghalang segala anasir yang mendorong kepada gejala penderaan agar
masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera.

Soalan 4: Aktiviti pembakaran terbuka telah menjadi fenomena lazim


dilakukan oleh negara-negara di Asia Tenggara.
Jelaskan kesan-kesan yang dialami oleh negara-negara terbabit dan
negara-negara yang berjiran dengannya.
Pendahuluan : Selain isu jenayah, keganasan dan peperangan, isu alam juga

tidak kurang membawa malapetaka kepada kesejahteraan hidup manusia.


Memang benar malapetaka alam dikatakan telah terencana sejak azali lagi dan
manusia tidak berupaya menghalangnya. Walau bagimanapun, belakangan ini
banyak tragedi berkaitan dengan alam adalah berpunca daripada tindakan
tangan manusia. Rezeki jangan ditolak dan ajal maut jangan dicari,
mengingatkan kita bahawa usaha ikhtiar hendaklah dilipatgandakan supaya
peristiwa geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau daripada pelbagai
malapetaka alam datang menimpa kita. Walau bagaimanapun, isu jerebu yang
berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka dalam skala besar oleh negara
jiran telah membawa pelbagai malapetaka kepada kepada negara-negara
bersempadan termasuk Malaysia sendiri.
Isi 1 : Memberi kesan pencemaran alam sekitar yang sangat teruk
jerebu dan asap memenuhi ruang angkasa negara ada waktu yang terlalu
kritikal IPU mencecah hingga 200 boleh menimbulkan pelabagai kesan
sampingan seperti penutupan ruang udara
Isi 2 : Meningkatkan komplikasi tidak sihat dalam kalangan rakyat
keradangan paru-paru, sinus, selsema, sakit jantung dan radangan mata kualiti
hidup yang tidak sihat
Isi 3 : Menjejaskan aktiviti ekonomi penutupan pusat-pusat perniagaan,
pusat peranginan dan lapangan terbang mengurangkan jumlah kemasukan
pelancong
42

Isi 4 : Meningkatkan kos merawat alam sekitar dan kos membantu


memadamkan kebakaran saban tahun pasukan bomba terpaksa
menghantar anggota membantu memadamkan kebakaran di Sumatera dan di
Kalimantan kos rawatan kesihatan juga turut meningkat
Isi 5 : Menimbulkan salah faham antara kerajaan dan rakyat dalam
kalangan negara berjiran berlaku tuduh-menuduh dan ungkit mengungkit
memberi perspektif yang tidak baik dan merenggangkan kerjasama diplomtik
dan sosial ketegangan yang wujud antara Indonesia Singapura - Malaysia

TERENGGANU
NOTA : Semua soalan negeri Terengganu adalah hampir sama dengan
soalan-soalan negeri lain yang telah diberikan di atas. Sila rujuk dan
ubah suaikan
Soalan 1: Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya
mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum
di sekolah.
Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk menyakinkan semua
pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan
tidak wajar diketepikan di sekolah.
Soalan 2: Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan
pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan
mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat
diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga
barangan.
Soalan 3: Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam
akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Soalan 4: Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang
begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK).

PERLIS
43

Soalan 1: Jadi diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam
menghadapi arus globalisasi.
Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh
.
NOTA : Sila padankan soalan di atas dengan sampel jawapan di bawah.
Menelusuri sejarah awal tamadun Islam, minda kita pasti dapat
mengingatkan kehebatan dua orang anak mu dayang menjadi ikon untuk
dibanggakan. Mereka ialah Saiyidina Ali KW dan Usamah Bin Zayid. Ali amat
terkenal dalam peristiwa Hijrah Rasul manakala Usamah merupakan panglima
perang Islam yang paling muda. Keberanian dan ketokohan yang ditunjukkan
telah melayakkan mereka berada sebaris dengan tokoh-tokoh Islam yang
terkenal. Bezanya, ketika bangkit mencipta nama mereka masih lagi muda belia.
Demikianlah suatu gambaran betapa sumbangan anak muda sangat ditagihi
dalam membantu membangunkan negara. Tubuh yang sasa, tenaga yang kuat
dan minda yang cerdas menjadi aset untuk seseorang anak muda turut sama
terlibat memajukan negara. Walau bagaimanapun, ketahanan minda dan fizikal
sahaja belum cukup untuk mengangkat seseorang anak muda untuk menjadi
wira dan wirawati kepada negara, malahan anak muda juga perlu menggilap
sahsiah dan akal budi yang baik.
Langkah perdana yang wajar diatur, sebagai anak muda saya harus
menjadi hamba Allah yang soleh, beriman dan bertakwa. Keimanan dan
ketakwaan kepada Allah adalah menjadi syarat utama untuk menjadi insan yang
sedar akan hakikat hidup dan mati. Kita dihidupkan supaya dapat mengabdikan
diri kepada Allah selain menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain.
Seseorang yang patuh kepada Khaliq, justeru turut berguna kepada seluruh isi
alam. Apabila memiliki kesedaran bahawa segala amal kita sama ada baik
mahupun buruk akan memperoleh ganjaran, baharulah saya sedar tentang
perlunya berbuat baik. Dengan hal demikian, saya berazam untuk menjadi insan
soleh dengan mentaati perintah Allah, meninggalkan segala larangan-Nya serta
mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Hakikat
tersebut sesuai dengan kata-kata, Insan yang kenal kepada Tuhannya,
justeru kenallah pada dirinya.
Selain daripada prakarsa di atas, saya juga perlu menjadi remaja yang
cinta akan ilmu. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan sama ada ukhrawi
mahupun duniawi boleh membentuk diri saya menjadi insan yang berguna
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat malah negara juga. Ilmulah yang
menjadi lampu suluh untuk keluar daripada kegelapan dan kejumudan dan
ilmulah yang membuka minda untuk memperoleh kejayaan sama ada dalam
kerjaya mahupun untuk hidup sejahtera. Perihal pentingnya menguasai ilmu
adalah bertepatan dengan nukilan Saiyidina Ali KW. Jadikanlah dunia ini
dalam kalangan yang berilmu, atau mengajarkan ilmu, atau yang
mempelajari ilmu, atau yang berkasih sayang dengan golongan berilmu.

44

Sekiranya salah satu daripadanya tiada kepada kamu, nescaya punahranahlah dunia ini.
Amalan menghormati sesama manusia adalah menjadi keperluan kepada
saya sebagai anak muda. Inilah sari pati terpenting dalam menzahirkan watak
yang mulia dengan sahsiah yang cemerlang. Amalan seperti mengucapkan
salam, memberi hormat, bercakap secara sopan dan berbudi pekerti sangatlah
dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Sebagai anak muda, saya perlu
menunjukkan hormat kepada golongan tua dan para gurumanakala dengan
rakan sebaya saya perlu berlemah lembut dan sering menyantuni mereka.
Sekiranya watak tersebut menjadi ikon kepada semua anak muda nescaya
masyarakat kita akan terus dihormati. Sesungguhnya slogan, Yang muda
disayangi dan yang tua dihormati wajar saya jadikan azimat utama dalam
membina jaringan silaturahim.
Selain itu, dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum seperti di
Malaysia, saya wajar mempertahankan jalinan persefahaman dan perpaduan.
Hal tersebut amatlah wajar kerana tanpa perpaduan yang jitu amat sukar untuk
kita mencapai matlamat keamanan dan kesejahteraan yang total. Sikap yang
suka berbalah dan tuduh-menuduh dengan mengagung-agungkan kaum sendiri
di samping meremahkah orang lain tidak lebih daripada amalan yang
mengundangkan perbalahan dan kekacauan. Oleh itu, saya berazam untuk
mengelak daripada sebarang pengaruh negatif yang boleh membawa kepada
perpecahan. Saya terlalu sedih apabila melihat satu lepas satu anak-anak kecil
yang tidak berdosa menjadi korban pertumpahan darah di seantero dunia yang
berpunca daripada runtuh semangat perpaduan dan tolak ansur. Ingatlah, kita
yang hidup di muka dunia ini mempunyai hak yang sama untuk bebas kerana,
sesiapapun kita darah kita tetap merah, justeru, fahamilah hakikat kalah jadi
abu menang jadi arang.
Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin melahirkan bangsa
Malaysia yang pintar, gigih dan berdaya saing, saya hendaklah memiliki cita-cita
dan matlamat untuk memajukan negara ini. Selepas lebih setengah abad kita
mencapai kemerdekaan sudah sewajarnya Malaysia mampu sebaris dengan
negara-negara maju untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Inti pati
kepada cita-cita yang tinggi hendaklah saya realisasikan dengan kegigihan
belajar, mempunyai matlamat yang jelas dan semangat cinta akan negara. Saya
juga harus sedar sudah berbilion ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan
untuk menghantar anak-anak muda ke luar negara supaya mereka dapat
menuntut ilmu dan menuruti teladan anak-anak muda di negara maju. Semua
usaha tersebut adalah untuk memperkasakan sikap mulia, cara berfikir dan cara
bertindak anak-anak muda Malaysia sejajar dengan pemikiran berkelas dunia.
Saya yakin, seandainya semua anak muda mahu berfikir secara positif dan
bercita-cita tinggi demi negara tercinta, justeru hasrat untuk membangunkan
negara ini bukanlah suatu wadah yang mustahil untuk dicapai.
Kesimpulannya, menelusuri nukilan Imam Al Ghazali, Jikalau kamu
melihat watanmu pada hari depan, lihatlah kepada pemudamu pada
45

hari ini, mengujai saya bahawa anak muda sangatlah berharga kepada
sesebuah negara. Kombinasi antara minda, iman, akhlak dan akal budi boleh
memberi saya dimensi baharu bahawa sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan
oleh orang biasa. Saya sedar, inilah masa yang terbaik untuk anak-anak muda
bangkit membina sahsiah, cita-cita dan matlamat untuk membangunkan negara.
Ayuh, bangkitlah anak-anak muda, kita realisasikan slogan, Negara Kita
Tanggungjawab Kita kerana di sini bumi dipijak, maka langitnya
dijunjung.

Soalan 2: sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang


itu berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ulaskan pernyataan tersebut.
NOTA : Mod soalan ini boleh disesuaikan dengan soalan di bawah;
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan
seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan
formal.
Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir


kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah
mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi.
Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan,
kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh
menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki
pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat
memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Dengan hal yang
demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran
berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran
seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta
berani lagi yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal
tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini
memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas
serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberi
ruang kepada individu tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui
interaksi yang baik di pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila
pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Di peringkat nasional, tokoh-tokoh
istimewa seperti Dato Dr Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al
46

Zahra serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil
kebijaksanaan berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang
dimaksudkan oleh peribahasa, budi menunjukkan hati, bahasa menunjukkan
bangsa.
Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan
seseorang itu menguasai pelbagai bahasa pula. Hal demikian amatlah penting
kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era
globalisasi sejagat masa kini. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang,
pelbagai bahasa utama dunia seperti Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan
Jepun perlu dikuasai untuk memudahkan seseorang itu berkomunikasi.
Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di negara kita seperti bahasa
Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Inggeris wajar dipelajari untuk memudahkan
kita merebut peluang pekerjaan. Dalam memenuhi wawasan Malaysia menjadi
negara maju rakyat perlu menguasai pelbagai bahasa kerana banyak impaknya
kepada sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia pada abad milenium
kita perlu mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan berbahasa yang
terhad akan menyebabkan kita tertinggal daripada arus perdana bak kata
peribahasa, sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor
Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang ICT
merupakan suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar. Langkah tersebut adalah
penting memandangkan ICT menjadi wahana baru penyebaran maklumat dan
menjadi jaringan komunikasi sedunia tanpa sempadan. Setiap individu yang
memiliki kemahiran mengakses internet dan literasi komputer sudah tentu akan
jauh beberapa tapak ke depan terutama dalam persaingan mencari ilmu dan
maklumat, malah dalam menguruskan pekerjaan juga. Program-program ICT
seperti Microsoft Word, Excel, data analisis, Corell Draw dan bermacam-macam
lagi perisian bukan lagi asing kepada semua orang khususnya generasi Y yang
mula celik komputer. Dengan hal yang demikian, kita tidak wajar berpeluk tubuh
tanpa bersedia untuk berdepan dengan papan kekunci elektronik tersebut jikalau
tidak mahu menjadi bangsa yang jumud ibarat katak di bawah termpurung.
Justeru, seseorang itu hendaklah bersedia dengan pakej yang lengkap iaitu
kelayakan akademik dan pengetahuan maklumat di hujung jari sebelum
memasuki pasaran kerja.
Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi
sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut
berketrampilan atau tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada
seseorang sejajar dengan kata-kata Imam al Ghazali, Ingin mengenal wajah
lihatlah cermin, ingin mengenal diri bercerminlah pada wajah, yakni cerminan
peribadi seseorang adalah daripada penampilannya. Sehubungan dengan itu,
sebagai penjawat profesional, diri kita bukan dinilai hanya pada kualiti kerja
semata-mata, sebaliknya personaliti yang meyakinkan turut menjadi
pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri
supaya dapat meyakinkan
pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil
perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu bukan hanya bertanggungjawab
terhadap bidang tugasnya sahaja, sebaliknya perlu berkomunikasi dengan
47

pelbagai peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar kita senang untuk
berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah penting
diambil kira kerana nilai peribadi kita akan dinilai dalam aspek rohani dan
jasmani, bak kata peribahasa indah rupa dengan hiasnya, indah budi dengan
bahasanya.
Tuntasnya, setiap insan telah dianugerahi Allah dengan pelbagai
kemahiran yang istimewa. Tinggal lagi, sama ada insan tersebut sedar atau tidak
akan kelebihan yang ada pada dirinya tetap menjadi persoalan. Dalam
memperoleh hasil kerja yang berkualiti, gabungan antara kekuatan kognitif,
psikomotor dan afektif amatlah diperlukan. Tidak dinafikan, seseorang yang
mampu menggabungkan ketiga-tiga unsur tersebut mampu menghasilkan
produktiviti yang lebih baik sama ada dalam aspek kuantiti dan kualiti.

Soalan 3: Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan
apai dalam kehidupan seharian dapat membantu mesayarakat
ke arah
penjuimatan.
Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut.

Soalan 4: Jaringan komunikasi global memanfaatkan masyarakat antarabangsa.


Bincangkan pernyataan di atas.
NOTA : Sila rujuk soalan Kelanntan. Mod soalannya sama.

Soalan 5:
Perkataan tajam jika dilepas
Ibarat beringan, racun dan upas
Kalau mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar
Petikan puisi tradisional di atas menjelaskan perlunya seseorang untuk
mengelakkan kesilapan dalam tutur kata.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tutur kata dalam
pergaulan seharian.

SAYA MASIH MENGEDIT DARI SEMASA KE SEMASA


UNTUK MENAMBAH BAIK BAHAN INI. SILA IKUTI
PERKEMBANGAN SETERUSNYA.
48

49

Anda mungkin juga menyukai