Anda di halaman 1dari 3

Nama ahli Kump: Phuvanah A/P Ravintharan, Elin Fung, Thavasri A/P Chandran (bdk)

SOALAN 1 : Kedudukan subjek Pendidikan Moral secara umumnya sangat penting


dalam konteks Malaysia yang bermasyarakat majmuk.Bincangkan.

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat terutamanya di negara Malaysia kita di mana penduduknya terdiri
daripada pelbagai kaum, bangsa dan budaya. Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui
subjek pendidikan moral dapat melahirkan insan yang unggul. Oleh hal yang demikian,
subjek Pendidikan Moral telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda
yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.Disebabkan nilai-nilai ini dipupuk dari bangku sekolah lagi, maka
mereka diajar untuk menerima dan menghormati rakan sekelas yang terdiri daripada
pelbagai budaya, bangsa dan agama. Lebih-lebih lagi, melalui subjek ini murid-murid juga
dapat mengambil tahu mengenai budaya yang diwarisi oleh bangsa lain secara turun
temurun. Di samping itu, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang
harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama
dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada
negara. Dengan ini, guru sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula,
nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang
bersatu padu. Pendidkan moral dan Islam juga memberi peluang kepada anak murid
untuk mendalami agama beserta amalan mulia dalam kehidupan.

Lebih-lebih lagi, dalam sekolah didikan moral yang positif dan nilai murni yang
diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam
pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek
Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan
memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara
memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin,
hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Kesimpulannya, subjek pendidikan moral merupakan antara subjek yang


sangat penting yang perlu diberi perhatian semasa ke semasa. Ini disebabkan, negara
kita Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dan jika murid-murid tidah dideahkan
dengan nilai-nilai moral, maka mereka tidak dapat bersatu pada masa hadapan. Dalam
konteks ini,semua pihak perlu mencari langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini.
Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

SOALAN 2 : Mengapakah masih ramai remaja sekolah dan juga masyarakat


dianggap kurang bermoral?

Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral diajar dan diterapkan kepada murid
sejak peringkat prasekolah hingga ke Tingkatan Lima. Walaubagaimanapun, masih ramai
remaja sekolah dan juga masyarakat dianggap kurang bermoral. Pada pendapat saya,
sikap kurang bermoral yang masih wujud dalam kalangan remaja sekolah dan juga
masyarakat adalah disebabkan beberapa faktor yang lain.

Antara Faktornya adalah ibubapa. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam
membesarkan anaknya. Namun,apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka
serta mengalami tekanan harian dalam menguruskan keluarganya, mereka sering kali
melupakan tugasnya untuk mendidik anak-anak mereka dengan teliti. Hal in kerana,
mereka perlu meninggalkan rumah mereka pada waktu subuh, dan hanya kembali lewat
pada waktu malam dimana ini menyebabkan mereka berasa letih dan tidur awal. Ini
menyebabkan mereka tidak dapat peluang untuk meluangkan masa bersama anak-
anaknya. Kesanya, Kanak-kanak dibiarkan mengendalikan semua masalah secara
berseorangan, dan kadang-kadang mereka berasa tidak disayangi. Maka, untuk
mendapatkan perhatian mereka, anak-anak menunjukkan perilaku negatif, seperti
bermain dan bergaduh di sekolah dan juga tidak berbuat dengan baik dalam peperiksaan.
Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka, menyebabkan apa yang diajar di
sekolah berkaitan pendidikan moral tidak sama seperti apa yang dilihat di rumah. Maka
ini menyebabkan remaja bersikap tidak bermoral.
Selain itu, perbezaan antara teladan yang didapati dari masyarakat melalui media
massa dan juga dengan apa yang cuba diajar kepada mereka di dalam sekolah
menyebabkan segelintir remaja masih bersikap kurang bermoral. Contohnya, disebabkan
remaja diberikan kebebasan dalam melayari internet, maka ini menyebabkan mereka
untuk memperoleh video ganas dan mengetahui tentang gejala negatif. Ini menyebabkan
remaja untuk mencuba apa yang dipelajari melalui media massa kedalam kehidupan
seharian mereka. Hal ini kerana, naluri ingin tahu yang kuat terdapat dalam kalangan
remaja menyebabkan remaja untuk meniru apa yang dilihatnya. Gejala yang negatif yang
dipaparkan melalui media massa itulah yang paling pantas ditiru oleh remaja pada masa
kini, sedangkan contoh teladan yang baik amat sukar dihayati.

Soalan 3: Apakah benar jika manusia semakin maju, nilai moral akan merosot?
Bincangkan.

Isu moral yang merosot merupakan isu cabaran globalisasi yang perlu difokuskan.
Budaya kuning yang menghantui minda masyarakat terutamanya remaja telah
menyebabkan mereka terjebak dalam gejala sosial seperi gengsterisme, pergaulan
bebas, penggunaan dadah serta lumba haram. Dengan kemajuan sains dan teknologi
yang canggih, penyampaian maklumat hanya dalam sekelip mata sahaja, remaja boleh
mendapat pelbagai jenis maklumat tentang budaya- budaya yang meruntuhkan moral
masyarakat.

Kehebatan dalam kemajuan sains dan teknologi kemungkinan juga menyebabkan


masyarakat berasa tidak perlu berpegang kepada agama masin-masing dan ini juga salah
satu sebab yang mendorong kepada kemerosotan nilai moral. Banyak negara-negara
telah melakukan penindasan dan kezaliman terhadap negara-negara yang kecil dan
tindakan ini tidak berperikemanusiaan. Pemimpin-pemimpin hanya mementingkan
kepentingan negara sendiri dan tidak mengambil berat tentang nyawa rakyat di negara
lain.

Namun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih sedar diri dan
pegang dengan nilai moral dan agama masing-masing. Kesedaran tentang pengamalan
nilai moral dalam kehidupan harus dititikberat supaya masyarakat menjadi insan yang
bermoral.

Anda mungkin juga menyukai