Anda di halaman 1dari 2

2.

0 Pengenalan

Menurut Zimmerman (2002), pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated Learning)


didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang mana para pelajar menentukan sendiri
matlamat pembelajaran masing-masing, memilh alat bantu belajar mereka sendiri dan
menggunakanya dalam pembelajaran mereka, termasuklah mengkaji dan menilai
pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang
lebih mendalam tentang sesuatu. Menurut teori sosial dan kognitif, terdapat tujuh elemen
dalam proses pembelajaran regulasi kendiri. Tujuh elemen tersebut ialah motivasi kendiri,
perancangan masa, pengawalan tumpuan, aplikasi strategi pembelajaran, menetapkan
matlamat, pemantauan kendiri dan juga penilaian kendiri.

Elemen pertamanya ialah motivasi kendiri iaitu pelajar perlu mempunyai keinginan
untuk menyudahkan tugasan belajar dengan berkesan. Motivasi sebegitu hendaklah datang
dari dalam diri individu berbanding pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan.
Justeru, pelajar akan bermotivasi kendiri hanya jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang
tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan
jayanya.

Elemen kedua pula ialah perancangan masa. Melalui elemen tersebut, pelajar dapat
mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas
pembelajaran. Dengan ini, pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran
dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka.

Elemen seterusnya ialah pengawalan tumpuan. Dengan teknik tersebut, pelajar


regulasi kendiri cuba memfokuskan tumpuan mereka pada isi-isi pelajaran yang ada dan
menghindarkan fikiran dan emosi mereka daripada tersasar atau tidak fokus. Pengawalan
tumpuan akan membantu untuk memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran.

Malah, aplikasi strategi pembelajaran juga salah satu elemen dalam gaya
pembelajaran regulsi kendiri. Pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk
memproses bahan yang dipelajari. Melalui aplikasi strtegi pembelajaran, pelajar regulasi
kendiri akan memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang
ingin dipenuhi. Contohnya, cara mereka membaca artikel majalah berbeza mengikut
keadaan iaitu membaca untuk hiburan atau untuk peperiksaan.

Disamping itu, menetapkan matlamat juga elemen yang terdapat dalam gaya
pembelajaran regulasi kendiri. Pelajar regulasi kendiri tahu tentang apa yang perlu
diselesaikan apabila mereka belajar iaitu mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih
spesifik lalu mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya
mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah. Secara
ringkasnya boleh mengatakan bahawa mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti
pembelajaran.

Pemantauan kendiri pula dilakukan dari semasa ke semasa menyemak untuk


melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat. Melalui keedah
tersebut, pelajar regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktivii
pembelajaran dan mengubah strategi atau momodifasikan matlamat mereka jika perlu.

Elemen terakhirnya ialah, penilaian kendiri. Dengan ini, pelajar menilai hasil terakhir
daripada usaha sendiri. Maka, pelajar regulasi kendiri akan menentukan sama ada apa yang
dipelajari adalah mencukupi untuk matlama yang mereka sendiri telah tetapkan.

Manakala menurut Barry Zimmerman (1989), pembelajaran regulasi kendiri hanya


melibatkan tiga aspek umu dalam akademik iaitu kawalan akhlak kendiri, kawalan motivasi
kendiri, dan juga kawalan strategi kendiri. Pembelajaran regulasi kendiri boleh dipelajari dan
diajar dengan tiga cara. Antaranya ialah pengurusan diri. Ia mengutamakan persembahan
diri. Penilaian diri pula ialah menilai hasil usaha sendiri. Ketiga pula ialah modifikasi sendiri
iaitu menentukan hala tuju diri, monolog tentang hasil usaha, ubah suasana untuk
mengelakkan gangguan dan juga minta bantuan dari orang lain.

Keseluruhanya, murid mempunyai tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.


Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri

Anda mungkin juga menyukai