Anda di halaman 1dari 8

STRATEGI REGULASI KENDIRI DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

MENULIS BAHASA ARAB

Sumaiyah Sulaiman
sumaiyah74@yahoo.com
Universiti Putra Malaysia

Nik Farhan Mustapha


farhan@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia

Pabiyah Toklubok@Hajimaming
pabiyah@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia

Wan Muhammad Wan Sulong


w_mhd@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia

Penguasaan kemahiran berbahasa berkait rapat dengan penggunaan strategi


pembelajaran yang berkesan. Antara konstruk yang menjadi perhatian para
pengkaji mutakhir ini ialah strategi pembelajaran berasaskan regulasi kendiri.
Kertas konsep ini bertujuan membincangkan konsep strategi pembelajaran
regulasi kendiri (self regulated learning) dalam pembelajaran bahasa serta
kepentingannya dalam pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab. Model
regulasi kendiri yang diketengahkan ialah model tiga fasa kitaran oleh
Zimmerman (2000) dan strategi regulasi kendiri (Strategic Self Regulated
Learning) yang diperkenalkan oleh Oxford (2011). Penggunaan strategi regulasi
kendiri mampu meningkatkan pencapaian akademik dan penguasaan berbahasa
pelajar kerana pelajar mengatur dan mengawal selia sepenuhnya pembelajaran
mereka sendiri secara aktif. Strategi ini sesuai diaplikasi dalam kemahiran menulis
kerana dalam senario era pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 pada hari ini,
pelajar merupakan penggerak utama bagi setiap program pembelajaran yang
dirancang.

Kata kunci: strategi, regulasi kendiri, pembelajaran kendiri, kemahiran menulis bahasa
Arab
PENDAHULUAN

Perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan menyaksikan penerokaan kajian


strategi pembelajaran yang berkesan dan mampu mengoptimakan keupayaan berbahasa
pelajar. Penggunaan strategi dalam kemahiran menulis penting kerana pelajar yang
didedahkan dengan pelbagai strategi ternyata mampu menangani masalah meningkatkan
kebolehan bahasa (Oxford, 1990; Mastura & Kaseh, 2012 & Rosni, 2016) lebih-lebih lagi
kemahiran menulis yang dianggap sukar dikuasai oleh pelajar (Nur Hafizah, 2014)
Strategi pembelajaran yang berkonsepkan kendiri seperti regulasi kendiri sesuai diaplikasi
untuk menguasai kemahiran menulis dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat
pengajian tinggi kerana ia membantu pelajar mengatasi kelemahan pembelajaran bahasa.
Penggunaan strategi regulasi kendiri boleh membantu kemahiran menulis bahasa Arab
pelajar kerana ia adalah kemahiran yang mendorong ke arah pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Kerana itu, adalah sesuai pelajar didedahkan dengan strategi regulasi
kendiri serta kaedah-kaedah pelaksanaannya agar mampu memenuhi cabaran pendidkan
pada masa hadapan.

KONSEP STRATEGI REGULASI KENDIRI

Konsep regulasi kendiri dalam bidang akademik berasal dari bidang psikologi pendidikan
(Zimmerman & Schunk, 2011). Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang melihat
kemampuan pelajar dan keupayaan kendiri sebagai penyumbang potensi dalam proses
pembelajaran maka lahirlah konsep regulasi kendiri. Sebagai contoh, teori kognitif sosial
yang dipelopori oleh Bandura (1986) adalah antara teori yang mendasari teori-teori
kendiri. Menerusi teori ini, setiap individu berfungsi untuk melaksanakan sesuatu
berdasarkan interaksi antara tiga faktor iaitu tingkah laku, persekitaran dan kendiri.
Dengan lain perkataan, proses pembelajaran pelajar yang menggunakan pembelajaran
regulasi kendiri akan disusun melalui aktiviti pengaturan kendiri, pengawasan kendiri dan
penilaian kendiri (Mohammad Hafiz et al., 2018).
Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada pembelajaran yang berlaku kepada
pelajar secara metakognitif (metacognition) iaitu kesedaran dan pengetahuan yang wujud
semasa proses kognitif (Mayer, 2003). Regulasi kendiri adalah proses di mana seseorang
pelajar secara kendiri menilai, memantau keadaan semasa dan membuat penambahbaikan
untuk mencapai tahap yang optima dalam pembelajaran (Zimmerman, 1989). Dornyei
(2005) pula mentakrifkan pembelajaran regulasi kendiri sebagai “tahap sejauh mana
individu peserta aktif dalam pembelajaran mereka sendiri”. Manakala Gu (2010)
berpendapat regulasi kendiri ialah langkah yang diambil bagi mendapatkan tugasan
pembelajaran dan mengurus sendiri mengikut situasi persekitaran pembelajaran. Strategi
pembelajaran ini bergantung kepada keupayaan pelajar merangsang pemikiran mereka
sewaktu proses pembelajaran, mengekalkan pemikiran mereka dalam tindakan dan emosi
bagi mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan (Nota, Soresi & Zimmerman, 2004).
Boleh disimpulkan bahawa selama lebih daripada 20 tahun pembelajaran regulasi
kendiri telah dilihat sebagai proses yang memudahkan prestasi yang berkesan pelajar
dalam tetapan akademik dan hasil yang berharga daripada proses persekolahan. Pelajar
yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar regulasi kendiri dilihat sebagai lebih berkesan,
cekap, dan pelajar produktif jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang gagal
mengawal selia diri.
STRATEGI REGULASI KENDIRI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA

Walaupun konsep regulasi kendiri berasal dari bidang psikologi pendidikan sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini, namun konsep regulasi kendiri juga mendapat
perhatian ahli linguistik. Sebagai contoh teori pemerolehan bahasa kedua telah
membincangkan regulasi diri sebagai sebahagian daripada konstruk strategi pembelajaran
bahasa (Dörnyei, 2005; Oxford, 2011). Zimmerman (2000) secara jelas mencadangkan
bahawa strategi pembelajaran strategi pembelajaran dilihat sebagai sub-konstruk kepada
pembelajaran regulasi kendiri. Pembelajaran regulasi kendiri dilihat merangkumi
beberapa proses dan pemahaman yang berikut iaitu autonomi, strategi pembelajaran,
metakognitif, motivasi dan pengurusan diri (Chamot, 2014) serta keupayaan diri pelajar
seperti motivasi, efikasi diri, kemampuan kognitif dan metakognitif, penetapan matlamat
dan sikap (Mohammad Hafiz et al., 2018).
Sejajar dengan kepentingan regulasi kendiri dalam pembelajaran, para pengkaji juga
cuba menumpukan perhatian terhadap apa yang dilakukan oleh pelajar yang beregulasi
kendiri apabila mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing. Proses pembelajaran ini
melibatkan aktiviti mental dan fizikal. Rentetan dari itu, muncullah beberapa model
pembelajaran regulasi kendiri yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh linguistik. Malah
sejak 2001, bidang ini telah berkembang dengan pesat dengan pertambahan model
pembelajaran berasaskan regulasi kendiri (E. Panadero, 2017). Walaubagaimana
perbincangan difokuskan tentang dua model di abad ini iaitu model tiga kitaran
Zimmerman (2002) dan model S2R Oxford (2011).

MODEL-MODEL PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI

Model Kitaran Kemahiran Pembelajaran Regulasi Kendiri ( Zimmerman 2002)

Zimmerman (2002,1998) telah memperkenalkan satu model kitaran yang popular (lihat
Rajah 1) yang membincangkan tiga fasa yang berbeza iaitu visi dalam pemikiran
(forethought phase), fasa pelaksanaan (performance phase), dan fasa refleksi kendiri
terhadap prestasi (reflection phase) (Zimmerman, 2000). Model ini telah dibuktikan
secara empirikal dalam beberapa kajian oleh pengkaji terdahulu (E. Panadero, 2017).

Fasa pelaksanaan

Kawalan kendiri
 Imejan
 Arahan kendiri
 Perhatian tumpuan
 Strategi tugas
Pemantauan kendiri
 Rakaman kendiri
 Percubaan kendiri

Fasa mempunyai visi dalam pemikiran Fasa refleksi kendiri


Menganalisis tugasan Penghakiman kendiri
 Penetapan matlamat  Penilaian diri
 Perancangan strategik  Atribusi sebab
Kepercayaan motivasi kendiri Reaksi diri
 Efikasi kendiri  Kepuasan diri / memberi
 Jangkaan hasil kesan
 Nilai intrinsik  Adaptif / pertahanan
 Orientasi matlamat pembelajaran
Rajah 1. Fasa dan sub fasa kitaran regulasi kendiri (Zimmerman, 2000)

Dalam fasa visi dalam pemikiran, terdapat dua bahagian utama iaitu kawalan kendiri dan
pemerhatian diri. Kawalan kendiri merujuk kepada penggunaan khusus kaedah atau strategi
yang dipilih semasa fasa visi dalam pemikiran. Antara jenis kaedah kawalan diri utama yang
telah dipelajari sehingga kini iaitu penggunaan imejan, arahan sendiri, tumpuan perhatian,
dan strategi tugas. Sebagai contoh, dalam mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua,
pelajar boleh mencari tempat belajarnya jauh dari gangguan seperti bunyi bising dan
sebagainya. Oleh yang demikian, dia dapat mengawal perhatiannya dengan lebih baik. Pelajar
juga menganalisis tugasan pembelajaran dan menetapkan matlamat tertentu bagi
menyempurnakan tugasan itu. Sebagai contoh, apabila pelajar mempelajari topik yang tidak
difahami, ada ketikanya mereka kurang jelas cara terbaik untuk melakukan tugas atau
menetapkan matlamat yang paling sesuai. Guru atau rakan-rakan yang lebih berpengalaman
boleh mengarahkan pelajar pendekatan berkesan dalam kes-kes seperti ini.
Seterusnya, dalam fasa pelaksanaan, pelajar menggunakan strategi untuk melakukan
kemajuan dalam tugasan pembelajaran dengan cara memantau keberkesanan strategi-strategi
sebagai motivasi untuk mencapai matlamat tugasan. Namun halangannya apabila mencuba
strategi baru, kadang-kadang pelajar kembali menggunakan strategi biasa yang mungkin
tidak berkesan. Sebagai contoh, pelajar mungkin kembali menggunakan strategi yang biasa
iaitu kad imbas untuk belajar perbendaharaan kata baru kerana ia mungkin kelihatan lebih
mudah berbanding strategi yang berkesan yang baru yang dicadangkan oleh guru.
Dalam peringkat akhir fasa penilaian prestasi, pelajar menilai mereka prestasi
kepada tugas pembelajaran berkenaan dengan keberkesanan strategi-strategi yang mereka
memilih. Pada peringkat ini, pelajar juga perlu mengurus emosi mereka mengenai hasil
pengalaman pembelajaran. Ini pemikiran diri kemudian mempengaruhi pelajar perancangan
masa depan dan matlamat, memulakan kitaran bermula sekali lagi.

Model S2R Oxford (2011)

Bertepatan dengan konsep strategi pembelajaran bahasa yang sangat dinamik dalam bidang
pendidikan bahasa asing atau bahasa kedua di mana kaedah dan persepsi baru terus
berkembang, serta penggabungan regulasi diri ke dalam bidang pemerolehan bahasa, Oxford
(2011) memperkenalkan (Strategic Self Regulated) yang dikenali sebagai model S2R. Model
S2R memperbaharui pengelasan strategi pembelajaran bahasa, berlandaskan model
pembelajaran bahasa kawalan kendiri (Oxford, 2011) dengan menumpukan autonomi
pembelajaran bahasa kedua dalam strategi pembelajaran bahasa. Model S2R juga dibina di
atas teori pembelajaran pengaturan kendiri Vygotsky (1981) dan membolehkan pelajar untuk
menetapkan matlamat, menumpukan perhatian kepada arahan, mengatur dan secara kendiri.
Model S2R Oxford (2011) telah mengklasifikasikan strategi kepada tiga dimensi
yang memberi impak yang besar kepada pembelajaran bahasa kedua iaitu melibatkan dimensi
kognitif, afektif, dan sosio-budaya interaktif. Strategi kognitif membolehkan pelajar
mengambil dan menyesuaikan pengetahuan untuk tugasan bahasa kedua. Strategi afektif
membolehkan para pelajar untuk mengekalkan tahap motivasi yang tinggi ke arah
pembelajaran. Manakala strategi sosio-budaya interaktif membolehkan pelajar berkomunikasi
dan mencapai identiti dalam tetapan sosio budaya yang berbeza. Di samping itu, terdapat
beberapa proses mental asas yang dikenali sebagai meta-strategi (antara lain seperti
perancangan, pemantauan dan penilaian) yang menyokong pelajar dalam penggunaan strategi
dalam tiga dimensi yang telah disebutkan. Terdapat tiga jenis strategi meta-strategi iaitu
strategi meta-kognitif, strategi meta-afektif dan strategi meta sosio-budaya interaktif.
Walaubagaimanapun, oleh kerana strategi regulasi kendiri itu sifatnya sendiri
melibatkan aktiviti mental, maka kebanyakannya tidak dapat dilihat secara nyata melainkan
beberapa strategi tertentu sahaja (Winne & Perry, 2000). Strategi yang melibatkan sosio
budaya interaktif ada kalanya boleh dilihat sebagai contoh Alya bertanya kepada pensyarah
bagaimana sebutan sesuatu perkataan dalam bahasa Arab. Justeru, adalah penting pelajar
diberi pendedahan tentang strategi berpadanan kerana strategi metakognitif sangat bernilai
untuk membentuk sikap pembelajaran kendiri dalam diri pelajar. Dapatan kajian terdahulu
menunjukkan peningkatan kesedaran pelajar untuk membina gaya pembelajaran tersendiri
selepas didedahkan dengan strategi metakognitif. Kajian Mohd Zaki et al. (2016) juga
mencadangkan guru bahasa Arab perlu menjelaskan kepada pelajar kepentingan penggunaan
strategi metakognitif bagi meningkatkan pembelajaran kendiri. Rajah 2 berikut
memperincikan model pembelajaran regulasi kendiri dan klasifikasinya.

KEPENTINGAN STRATEGI REGULASI KENDIRI DALAM KEMAHIRAN


MENULIS BAHASA ARAB

Sebagaimana yang diketahui, menulis merupakan kemahiran yang sukar sama ada bahasa
pertama, kedua atau asing dengan mengambil kira masa untuk menulis, tempoh untuk
menulis, menulis dengan tujuan tertentu dan untuk pembaca, berkongsi penulisan dan
memilih topik yang akan ditulis. Oleh sebab itu, adalah sukar mendapati pelajar menguasai
kemahiran menulis bahasa Arab dengan baik sekali pun bagi pelajar peringkat pengajian
tinggi. Masalah yang sering dikaitkan dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat
pengajian tinggi berpunca dari ketiadaan amalan pembelajaran yang efektif (Khalid, 2006)
serta kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasa (Mastura & Kaseh, 2012; dan Rosni
Samah, 2014). Strategi regulasi kendiri merupakan pendekatan pembelajaran yang sesuai
bagi mengatasi fenomena ini. Hal ini kerana penulisan memerlukan tahap metakognitif yang
tinggi seperti membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan kegigihan terhadap tugasan.
Pelajar yang percaya bahawa penulisan adalah aktiviti yang boleh dipelajari akan
menggunakan lebih banyak usaha untuk mengawal selia proses penulisan mereka dengan
sebaik mungkin.
Antara kepentingan regulasi kendiri juga ialah memupuk sikap bertanggungjawab
terhadap pembelajaran. Hal ini berpadanan dengan pandangan Alwee, Yusoff, Azrien, &
Adnan (2010) bahawa pelajar perlu mempunyai pandangan tentang kebolehan, kemahiran
dan pengetahuan untuk menyempurnakan tugas pembelajaran serta ada ekspektasi tentang
gred yang bakal diperolehi.
Regulasi kendiri juga penting kerana mampu mengurangkan beban guru. Proses
penulisan memerlukan pelajar menilai dan menyemak semula apa yang telah ditulis, dan juga
memantau proses dan kemajuan mereka (Graham & Harris, 2000; Zimmerman & Kitsantas,
1999). Justeru, pembelajaran regulasi kendiri mampu membantu pelajar menilai dan
menyemak hasil penulisan mereka sendiri. Ini akan mengurangkan beban guru dalam
menyemak karangan dan mengurangkan kesilapan yang berulang-ulang.
Selain itu, pembelajaran regulasi kendiri juga mampu meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. Ciri-ciri pembelajaran regulasi kendiri dilihat menyokong pembelajaran
aktif dan menggalakkan pencapaian akademik yang memberangsangkan (Pintrich, 1999; &
Zimmerman & Schunck, 2011) serta terbukti mampu meningkatkan pencapaian dalam
kalangan pelajar (Jamaliah, 2017). Bahkan keupayaan regulasi kendiri juga dilihat sebagai
salah satu kualiti diri bagi individu (Mahmodi, Kalantari dan Ghaslani, 2014).
Regulasi kendiri juga mampu membangunkan kompetensi kemahiran menulis
bahasa Arab pelajar. Kompetensi akan dibangunkan apabila pelajar didedahkan teknik
membina matlamat-matlamat tertentu dalam kemahiran menulis, diminta untuk menilai
kendiri kerja mereka atau menjangkakan kecekapan mereka ke atas tugasan baharu. Hal ini
kerana setiap proses pengaturan kendiri seperti latihan, penetapan matlamat dan penilaian
kendiri boleh dipelajari dan dipupuk melalui proses pembelajaran.
Ciri pembelajaran abad 21 memerlukan pelajar berdaya saing, dinamik, berdikari
dan berinisiatif memaksimumkan usaha ke arah memperbaiki kemahiran mereka. Sebagai
contoh, pelajar yang menjadikan regulasi kendiri sebagai amalan akan berusaha mendapatkan
bantuan daripada pihak lain untuk memperbaiki strategi penulisan mereka. Apabila pelajar
faham mengapa aktiviti perlu disempurnakan dan sebanyak mana usaha diperlukan ke arah
aktiviti itu, mereka akan berusaha untuk mencapainya. Hal ini kerana apabila pelajar
mempunyai motivasi yang tinggi, pelbagai strategi akan digunakan bagi meningkatkan diri
dan kemahiran mereka (Zimmerman, 2002).

Rumusan dan kesimpulan

Kesimpulannya, strategi regulasi kendiri boleh meningkatkan keupayaan berbahasa pelajar


selaras dengan pendidikan era global yang berhasrat melahirkan generasi pelajar yang
berdikari, mampu mengatur dan menjana proses pembelajaran sendiri. Berdasarkan
perbincangan yang telah dikemukakan, amat wajar sekali penggunaan elemen-elemen strategi
pembelajaran aturan kendiri diterokai dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran kemahiran menulis akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar didedahkan
dengan strategi seterusnya dibudayakan dalam aktiviti penulisan.

Rujukan

Alwee, M., Yusoff, B., Azrien, M., & Adnan, M. (2010). Motivasi Dan Strategi
Pembelajaran Pengaturan Kendiri: Perspektif Malaysia, 57–71. Retrieved from
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00007556_64172.pdf

Bandura, A. (1986). Social Foundations ofThought and Action: A Social Cognitive


Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Chamot, A.U. (2014). Developing Self-Regulated Learning in The Language Classroom.


Proceedings of CLaSIC 2014, 78-88.

Dornyei, Z. (2005). The psychology of the language learner: Individual differences in


second language acquisition. Mahwah, NJ: Erlbaum.

E. Panadero

Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive-


developmental inquiry. American Psychologist, 34, 906-911.

Graham, S., & Harris, K. R. (2000). The role of self-regulation and transcription skills in
writing and writing developments. Educational Psychologist, 35(1), 3-12.

Gu, Y. (2010). Advance review: A new book on Teaching and Researching Language
learning Strategies. Unpublished review, Wellington University, N. Z.
Harris, K., Graham, S., MacArthur, C., Reid, R., & Mason, L. (2011). Self-regulated
learning processes and children's writing. In B. J. Zimmerman & D. H. Schunk (Eds.),
Handbook of self-regulation of learning and performance (pp. 187-202). New York:
Routledge.

Jamaliah Ijak. (2017). Persekitaran Pembelajaran, Motivasi, Pengaturan Pembelajaran


Kendiri dan Pencapaian dalam Kalangan Pelajar Berbakat Akademik. Tesis Ph.D. Bangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khaled Mohamed Nor (2006). Belajar dengan cekap dan berkesan dari sekolah hingga di
Universiti. ISBN 983-3604-78-1

Mahmodi, M.H; Kalantari, B dan Ghaslani, R. (2014). Self Regulated learning,


motivation and language achievement of Iranian EFL learner. Procedia-Social Behavioral
Science 98(2014) 1062-1068

Mastura & Kaseh. )2012(. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa
Arab: Kajian Di Pusat Asasi Uiam, Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12). Banggi: UKM.

Mayer, RE 2003, Learning and instruction, New Jersey, Pearson Education Inc. Nolen.

Mohammad Hafiz

Mohd Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Nik Mustapha and Nurazan M Rouyan.
(2016).Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Pada Kalangan Pelajar
Cemerlang. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 31, 47–68, 2016

Nor Hafizah binti Aziz, A. (2015). Penggunaan Imitasi Dalam Penulisan Karangan Bahasa
Arab Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Universiti Malaya.

Nota, L.; Soresi, S.; & Zimmerman, B. (2004). Selfregulation and academic achievement
and resilience: A longitudinal study. International Journal of Educational Research, 41,
198–215

Oxford, R., 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know.
Newbury House, New York.

Oxford, R. L. (2011). Teaching and researching language learning strategies. Harlow, UK:
Pearson Longman.

Pintrich, P. (1999). The role of motivation in promoting and sustaining self- regulated
learning. International

Vygotsky, L. (1981). Mind in society: The development of higher psychological process.


Cambridge, MA: Harvard University Press.
Winne, P. H., and Perry, N. E. (2000). “Measuring self-regulated learning,” in Handbook
ofSelf-Regulation, eds M. Boekaerts, P. R. Pintrich, and M. Zeidner (Orlando, FL:
Academic Press), 531–566

Zimmerman, B. J. (1989). A social cognitive view of self-regulated academic learning. J.


Educ. Psychol. 81, 329–339. doi: 10.1037/0022-0663.81. 3.329

Zimmerman, B. J., & Kitsantas, A. (1999). Acquiring writing revision skill: Shifting from
process to outcome self-regulatory goals. Journal of Educational Psychology, 91(2), 241-
250.

Zimmerman, B. J. (2000). “Attaining self-regulation: a social cognitive perspective,” in


Handbook ofSelf-Regulation, eds M. Boekaerts, P. R. Pintrich, and M. Zeidner (San
Diego, CA: Academic Press), 13–40. doi: 10.1016/b978-012109890-2/ 50031-7

Zimmerman, B. J., and Schunk, D. H. (2011). Handbook of Self-Regulation of Learning


and Performance. New York, NY: Routledge.

Anda mungkin juga menyukai