Anda di halaman 1dari 4

SKEMA JAWAPAN UJIAN SUMATIF 1 TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU

BAHAGIAN A : MANFAAT MEMBACA (30 markah)


1. Negara Bertambah Maju.
- kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga
diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah
negara.
- Sebagai contoh, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang
unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan
pelbagai buku dari seantero dunia.
- Impaknya, jika negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf
pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi.
- Tuntasnya, manfaat membaca ialah negara akan bertambah maju dan aman.

2. Berjaya Dalam Akademik


- Pelajar perlu menyemai bibit-bibit minat membaca dalam diri kerana membaca merupakan
wasilah utama kejayaan seseorang pelajar.
- Sebagai contoh, adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan
membudayakan amalan membaca dalam diari kehidupannya sebagai seorang pelajar.
- Kesannya, para pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam
kehidupan seharian.
- Jelaslah bahawa amalan membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para
pelajar untuk berjaya. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.

3. Meningkatkan Kepakaran.
- masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga
dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat.
- Sebagai contoh, negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam
semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan
kepakaran.
- Kesannya, negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu
yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada
kepakaran luar lagi.
- Jelaslah bahawa amalan membaca dapat membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada
sesebuah negara itu.

4. Meningkatkan Pengetahuan
- Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai
persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
- Misalnya, selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah, nilai diri akan dapat
ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan
Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.
- Implikasinya, individu yang berkualiti dan berminda kelas pertama dapat dilahirkan bagi
memangkin kemajuan negara ke persada antarabangsa.
- Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi
persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.
(Jawapan-jawapan lain yang relevan diterima)
Bahagian B (30 markah)
PENDAHULUAN

P1 Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat/faedah hutan paya bakau di negara kita. 2m

P2 Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat/faedah hutan paya bakau dan kesan-kesan


kemusnahannya. 2m

ISI TERSURAT : KEPENTINGAN /KELEBIHAN HUTAN PAYA BAKAU

S1 Hutan paya bakau kaya dengan makanan daripada daun-daun yang gugur untuk kelangsungan hidupan
laut. 2m

S2 kawasan hutan paya bakau ini menjadi habitat haiwan-haiwan kecil 2m

S3 Hutan paya bakau menggalakkan pembiakan haiwan-haiwan kecil malahan mengelakkannya daripada
pupus. 2m

S4 Hutan paya bakau menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar 2m

S5 Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam sektor pembinaan
2m

S6 Kayu kawasan paya ini sesuai dibakar untuk dijadikan arang 2m

S7 Hutan paya bakau sangat penting untuk melindungi pesisir pantai daripada ombak yang menghakis pinggir
pantai dan angin pantai yang kencang 2m

S8 Hutan paya bakau menggalakkan spesies flora dan fauna berlindung di kawasan itu 2m

ISI TERSIRAT: KESAN KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

T1 : menjejaskan keseimbangan ekosistem 2m

T2: kepupusan flora dan fauna 2m

T3 : menjejaskan sektor ekopelancongan 2m

T4 : menjejaskan sumber pendapatan nelayan setempat 2m

T5: mengakibatkan bencana alam / hakisan dan tanah runtuh 2m

KESIMPULAN

K1 Kesimpulannya, semua pihak haruskah bekerjasama mengekalkan hutan paya bakau supaya kesejahteraan
alam sekitar lebih terjamin. 2m

Jawapan soalan 2(a) (10 markah)


i. Rangkai kata mendatangkan impak negatif bermaksud menimbulkan/membawa/mengundang
kesan/implikasi buruk 2m

ii. Langkah-langkah

P1 penanaman semula telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan

P2 masyarakat kampung juga digalakkan terlibat dalam penjagaan alam sekitar.

P3 pihak kerajaan juga perlu menghentikan lesen pembinaan kolam di kawasan ini pada masa akan datang

(4 markah 3isi cukup)

iii. Peranan sekolah memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan hutan paya bakau

P1 : Pihak sekolah mengadakan kempen sayangi hutan paya bakau supaya pelajar dapat didedahkan tentang
aspek kepentingan dan kesan kemusnahannya

P2 : Guru di sekolah mendidik pelajar tentang hutan bakau melalui mata pelajaran sains dan kelab pencinta
alam

P3 ; Sekolah menganjurkan lawatan smbil belajar ke kawasan hutan paya bakau

P4 : Sekolah menganjurkan pertandingan melukis poster, menulis esei, pidato dan ceramah berkaitan hutan
paya bakau

P5 : Persatuan pencinta alam menganjurkan ceramah/pameran tentang kepentingan hutan bakau dan usaha-
usaha memuliharanya
(4m - 3 isi cukup)

Bahagian C (30 markah)

a) i. tanam : sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian

ii. tanaman : tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam.

iii. tarik : menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut)

iv. tarikan : sesuatu yg ditarik/ daya yg menarik:

v. lalu : banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari

vi. laluan : jalan yg dilalui, jalan yang menjadi landasan/ tempat pergerakan pergi balik, orang/
pengangkutan (6 markah)

b) ayat songsang kepada biasa


i. Sudah kelihatan dari jauh Pusat Sains Negara

ii. Terdapat di kiri dan di kananku pelbagai jenis ikan air tawar.

iii. Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita mestilah saling
membantu.

(6 markah)

c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan Pembetulan

i. melancung melancong

kebun berkebun

ii. cafeteria kafeteria

diurusi diuruskan

iii. sosio ekonomi sosioekonomi

didikan pendidikan

(6 markah )
d) Kesalahan kata/istilah dan Tatabahasa

Kesalahan Pembetulan

i. Lukisan-lukisan yang Lukisan-lukisan yang cantik /Lukisan yang


cantik-cantik cantik-cantik

dijulang dijilat

ii. Dari masa ke semasa Dari masa ke masa / Dari semasa ke semasa

disangsi disyaki

iii. dari daripada

tinggi cemerlang

(6 markah)

e) i. belakang parang kalau diasah lagikan tajam

ii. bagai aur dengan tebing

iii. bagai menatang minyak yang penuh (6 markah)

Anda mungkin juga menyukai