Anda di halaman 1dari 20

IDEOLOGI-IDEOLOGI MODEN DI MALAYSIA

(IUE4042)

KOMUNISME

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD SHAIFULBAHRI BIN ABDULLAH

BIL NAMA NO.MATRIK


1 MAZLAN BIN AHMAD 037898
2 MOHAMMAD FIRDAUS BIN SUIB 037918
3 MUHAMAD SALLEH BIN DOLLAH 037860
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 PENDAHULUAN 3
2 SEJARAH KOMUNISME 4
 Takrif komunisme
 Perkembangan ideologi komunisme
 Simbol dan lambang komunis
 Sebab kejatuhan komunisme
3 TOKOH-TOKOH UTAMA KOMUNISME 11
4 CIRI-CIRI IDEOLOGI KOMUNISME 14
5 PERBEZAAN IDEOLOGI KOMUNISME DENGAN 15
ISLAM
6 KESAN-KESAN AJARAN KOMUNISME 18
7 KESIMPULAN 19
8 RUJUKAN 20

2|Page
PENDAHULUAN

Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda dan
penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau
tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing seperti
fahaman komunisme dan sebagainya. Jika tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh
menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang takrif
komunisme, sejarah kemunculan dan penyebaran komunisme, tokoh-tokoh utama komunisme,
ciri-ciri komunisme serta kesannya terhadap masyarakat.

3|Page
SEJARAH KOMUNISME1

Takrif Komunisme

Komunisme adalah sebuah aliran berfikir berlandaskan kepada atheisme,yang menjadikan


material sebagai asas segala-galanya. Ditafsirkannya sejarah berdasarkan pertarungan kelas dan
faktor ekonomi.

Perkembangan Ideologi Komunisme

Fahaman komunis ini diperkenalkan oleh Karl Marx pada 1847 melalui Manifesto
Komunis yang pernah menjadi anutan berbilion manusia dahulu. Namun, fahaman tersebut mula
berkembang hanya pada sekitar 1900, sesudah Marx meninggal berbelas tahun. Kemudian,
menerusi hasil Revolusi Perindustrian di negara-negara Eropah, semakin banyak wujudnya
golongan yang tertindas dan menjadi mangsa kepada golongan yang rakus menggunakan
kekuasan dan kekayaan.

Berdasarkan kepada kandungan Manifesto Komunis Marx itu ianya telah mencetuskan
beberapa siri peristiwa yang membawa kesan memeranjatkan yang telah mempengaruhi
kehidupan seluruh masyarakat Eropah dan Amerika pada katika itu. Pada 7 November 1917,
kerajaan Rusia terpaksa berdepan tentangan pihak yang memperjuangkan dasar fahaman
komunis di mana kemuncaknya ialah penahanan Perdana Menteri Aleksander Kerensky.

Mesyuarat Kongress Soviet All-Russian pada malam itu yang mengundi pada pukul 5.30
pagi telah mengambil keputusan memberi kuasa kepada Vladimir Iiyich Ulynov atau lebih
dikenali N. Lenin atau Nikolai Lenin sebagai pemerintah baru Rusia. Dari detik itulah, Lenin

1
Komunisme Musuh Islam Sepanjang Sejarah, Abdul Qodir Djaelani, ms 2, Yayasan Pengkajian Islam Madinah-
Munawwarah, Jakarta, 2000.

4|Page
menukarkan Rusia kepada negara Komunis. Beliau yakin dan komited untuk mengamalkan
sepenuhnya Manifesto Komunis yang diperkenalkan oleh Marx kira-kira 70 tahun sebelum itu.

Melalui cetusan idea Marx, Lenin yakin banyak masalah yang dihadapi di Rusia dan
seluruh dunia dapat diselesaikan jika fahaman komunis dijadikan dasar pemerintahan
kerajaan. Lenin menetapkan matlamat perlaksanaan fahaman komunis untuk membawa kepada
ke arah keamanan, kesejahteraan, kebebasan dan kegembiraan seluruh rakyat.

Sebenarnya, fahaman komunis mula difikirkan oleh Marx apabila mendapati kesan buruk
yang timbul akibat Revolusi Perindustrian 1789. Marx melihat kewujudan keadaan sosial,
politik dan sistem ekonomi yang jelas tidak adil dan kejam kepada rakyat kebanyakan,
sedangkan sesetengah golongan menikmati kemewahan yang begitu mudah hasil ekspoltasi
tenaga buruh dan penindasan berasaskan kedudukan.

Marx begitu serius memikirkan tentang kesan yang berlaku pada pertengahan abad 19
yang pada pandangannya amat tidak adil di mana keadaan persekitaran pekerjaan yang teruk,
kadar upah yang rendah dan hidup pekerja yang tidak diperdulikan tentang untung
nasibnya. Marx memanggil golongan pekerja ini sebagai proleteriat, iaitu dari perkataan berasal
bahasa latin yang bermaksud warga miskin kelas paling rendah dalam masyarakat
Roman. Manakala golongan pemodal pula dipanggil bourgeoise, iaitu kelompok kecil yang
mempunyai pengaruh ke atas pengusaha, saudagar kaya dan kelompok bangsawan.

Berdasarkan kepada pengamatan Marx, dia amat berdukacita di atas eksploitasi pekerja
yang dilakukan oleh golongan kaya. Beliau melahirkan rasa kebimbangan bahawa pada suatu
hari akan datang di mana masyarakat pekerja di Eropah dan Amerika Syarikat terdiri golongan
yang tertindas, jika situasi yang beliau amati itu berterusan tanpa dilakukan perubahan ke arah
cara lebih adil dan bertimbang rasa. Pada masa yang sama Marx menjangkakan sekumpulan
kaum pemodal pula akan berterusan menikmati kemewahan hidup dari kekayaan yang
diwujudkan dari keringat dan tulang empat kerat masyarakat pekerja yang tertindas.

5|Page
Sebenarnya Marx merumuskan pendapat itu berdasarkan kepada apa yang berlaku di
sekelilingnya. Dia menganalisa dan mencari punca kepada terjadinya situasi itu. Rumusan yang
dibuat adalah semuanya berpunca daripada sistem ekonomi yang mengamalkan cara tidak sama
rata dalam penguasaan tanah, mesin, kilang dan pelaburan modal. Pada ketika itu, kedudukan
pemodal yang kaya raya amat berkuasa menentukan persekitaran ekonomi dengan menggunakan
sepenuhnya kuasa menentukan tahap pengeluaran dan penawaran, yang sekali gus dapat
menentukan tingkat harga di pasaran dan jumlah keuntungan yang diingini.

Hasil tindakan itu memberi tekanan kepada masyarakat pengguna. Pekerja industri
sendiri termasuk golongan yang tertindas akibat hasil pekerjaan mereka sendiri. Revolusi
perindustrian hanya mendatangkan keuntungan besar kepada golongan pemodal dan pengusaha,
sedangkan golongan pekerja terpaksa hidup dalam keadaan kemiskinan, hina dan berpenyakit tak
ubah seperti nasib hamba.

Berdasarkan kepada keadaan itu, Marx mula memikirkan bagaimana tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengubahnya. Beliau mengkaji pelbagai pendekatan yang dirasakan dapat
menjadi jalan penyelesaian paling berkesan kepada masalah sosial yang semakin teruk itu.
Setelah membuat kajian bertahun-tahun, akhirnya Marx membuat keputusan bahawa jalan
penyelesainnya ialah golongan pekerja perlu memiliki sendiri perusahaan dan berkuasa
menentukan sendiri segala yang berkaitan dengan perindustrian.

Fahaman itu membawa kepada golongan pekerja telah berusaha mengambil alih
pemilikan tanah, mesin-mesin, kilang dan modal. Perkara ini ditulis oleh Marx dalam Manifesto
Komunisnya sebagai: “Hal terpenting komunisme ialah merampas harta kaum bourguis.” Dari
situ, golongan pekerja akan memusatkan atau mengumpul segala faktor pengeluaran dalam kuasa
negara. Golongan pekerja meletakkan taraf mereka seperti pemerintah yang mana menentukan
sendiri hal yang berkaitan dengan ekonomi negara.

Hasil daripada usaha itu maka wujudlah satu negara yang mana masyarakatnya hidup
hanya dalam satu kelas atau kelompok. Kehidupan rakyat dirasakan lebih harmoni, tenang dan
mengelak daripada timbul perasaan iri hati. Aliran fahaman yang dicetuskan oleh Marx ini sudah

6|Page
tentu membimbangkan pemerintah dan golongan kaya yang merasakan kedudukan mereka sudah
pasti tergugat. Tambahan pula ia semakin berkembang dan mendapat sokongan daripada
golongan tertindas dalam sistem yang sedia ada.

Lebih membimbangkan lagi ialah apabila golongan dianggap tertindas sudah bergabung
tenaga dan sanggup melakukan kekerasan atau rampasan kuasa untuk mencapai impian hidup
sama rata yang diperjuangkan oleh fahaman komunis itu. Pada peringkat awalnya, Marx
mempunyai keyakinan bahawa apa yang dicetuskannya itu akan mula bangkit dan mencapai
kejayaan awal di Jerman. Manifesto yang ditulisnya itu dijangka menjadi pencetus semangat
kepada satu revolusi menyatakan kehendak sebenar golongan pekerja.

Lebih menyakinkan jangkaan itu akan menjadi kenyataan ialah pada tahun 1848 telah
berlaku keadaan huru hara di kebanyakan negara di Eropah akibat pemberontakan rakyat
menentang pemerintah. Namun, ramalan Marx tidak menjadi kenyataan. Jangkaannya
mengatakan negara di Eropah, khususnya di Jerman dan England akan dikuasai fahaman
komunis tidak berlaku ketika hayatnya. Sebaliknya, negara yang tidak di dalam senarai
jangkaannya, iaitu Rusia telah diresapi fahaman komunis dan lahir sebagai negara komunis
pertama di dunia. Hasil fahaman dan perlaksanaan amalan komunis telah berjaya melahirkan
Rusia sebagai negara maju dan kuat menyaingi negara-negara lain di Eropah, termasuk Amerika
Syarikat.

Beberapa dekad kemudian, fahaman komunis telah merebak ke banyak negara Eropah,
Asia dan sehingga ke negara-negara di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Negara-
negara itu menjadi ancaman kepada negara dasar kapitalis yang diamalkan oleh kebanyakan
negara maju lain. Fahaman komunis juga pernah cuba dikembangkan di negara kita melalui
perjuangan parti Komunis Malaya (PKM). Bagaimanapun fahaman ini ditolak sepenuhnya oleh
rakyat di negara kita (Malaya ketika itu) sehingga mereka dikenali sebagai pengganas. Tindakan
komunis menggunakan kekerasan untuk memaksa rakyat menerima fahaman mereka menambah
lagi kebencian rakyat.

7|Page
Sepanjang semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai
kekejaman dilakukan komunis terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam. Komunis
membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain
manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.

Pihak komunis telah menandatangi perjanjian damai atau meletak senjata dengan
kerajaan Malaysia di Hatyai, Thailand pada tahun 1989. Ini tidak bermakna kekejaman komunis
mampu dihapuskan dalam lipatan kenangan dan sejarah tanahair. Tokoh komunis, Chin Peng
melakukan dosa besar kepada seluruh rakyat negara ini. Dia hidup dalam di luar negara
sehingga meninggal dunia. Malangnya ada yang menganggapnya sebagai hero.

Pertentangan ketara fahaman komunis dengan Islam ialah apabila Marx tidak percaya adanya
Tuhan. Malah, Lenin sebagai penyokong kuat Marx pernah menulis: “Agama adalah candu
kepada rakyat”. Fahaman itu menyebabkan fahaman komunis ditolak sepenuhnya oleh umat
Islam. Tambahan pula, tidak ada sebab mengapa umat Islam perlu mencari satu fahaman lain,
sedangkan Islam itu sudah cukup sempurna dan sebaik-baik anutan untuk seluruh umat manusia
tidak kira zaman, tempat dan budaya penganutnya.

Kini sejarah kegemilangan komunis telah runtuh apabila satu persatu negara yang mengamalkan
fahaman komunis kini sudah beralih kepada kapitalis dan pemilikan harta secara
bebas. Bagaimanapun, masih ada beberapa negara terus mengamalkan fahaman komunis tetapi
dengan cara lebih modenrate.

8|Page
Simbol dan lambang

Tukul dan sabit dikenali sebagai simbol komunis dan selalu digunakan pada parti-parti komunis.
Ia bercirikan tukul yang bertindih dengan sabit atau sebaliknya, kedua-dua alat ini
melambangkan golongan pekerja industri dan petani; Menempatkan mereka bersama-sama
dalam simbol melambangkan perpaduan antara perindustrian dan golongan petani.

Sebab Kejatuhan Komunisme

Dari sudut yang positif, idea komunis yang digubal menjadi ideologi telah berjaya
membentuk sistem hidup sehinggalah ianya diangkat menjadi sistem pemerintahan negara dan
menyatukan rakyatnya buat beberapa ketika. Sistem komunis tidak dapat bertahan lama kerana
beberapa faktor iaitu:

1. Era pemerintahan Mikhail Gorbachev (1985) memegang jawatan Ketua Parti Komunis
Soviet Union ( USSR ) adalah saat bermulanya keruntuhan ideologi Komunis.
(kepimpinan yang goyah). Dia memperkenalkan Dasar 'Perestrorika' sebagai satu falsafah
pentadbiran negara. Katanya , setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev
mengumumkan akan mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari
Afghanistan.

9|Page
2. Pada tahun, 1989 ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat
punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Soviet Union ketinggalan dalam banyak
bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia
Timur Jauh. Negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai 'negara
Blok Merah'. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi.
Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.

3. Di China, pada tahun 1989, mahasiswa negara China mula menentang tindakan kerajaan
China terutama setelah kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan.
Keadaan semakin memuncak apabila Gorbachev melawat China . Mahasiswa China
melaungkan ' Gorby Gorby' kepada Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai
wira baru. Kerajaan China bertindak tegas dengan menangkap dan membunuh mereka
yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen pada 13 Jun 1989 .

4. Pada tahun 1997, Britain menyerahkan Hong Kong kepada China. Di Hong Kong, China
membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di Taiwan, China menekankan sistem
satu negara dua sistem. Selama berkuasa hampir 25 tahun, Ceausescu adalah diktator
yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis sejak 1965.
Akhirnya Nicolae Ceausescu dan isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri.
Dia enggan mendengar suara dan menerima kuasa rakyat.

5. Kemuncak kuasa Komunis berakhir pada 9.11.1989, Tembok Berlin sebagai sempadan
pemisah Jerman Timur ( komunis ) dengan Jerman Barat ( kapitalis ) diruntuhkan oleh
rakyat Jerman Timur . Kedua-dua negara tersebut digabungkan semula. Sebelum tembok
ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan cendekiawan lari ke
negara Jerman Barat.

10 | P a g e
TOKOH-TOKOH KOMUNISME

1. Karl Helnrich Marx2

 Dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Jerman


 Lahir dari keluarga yahudi tetapi beragama Kristian
 Meninggal dunia pada 14 Mac 1883
 Merupakan ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan di Prussia
 Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi dalam bidang kewartawanan di
sebuah syarikat akhbar
 Pada tahun 1847, Marx telah menulis “ The Poverty of Philosopy” kritikan
mengenai fikiran sosialis perancis. Karya ini merupakan asas bagi kerja Marx dan
Engels paling terkemuka , The Communist Manifesto
 Di London, Marx memberi tumpuan kepada penulisan sejarah serta teori dan yang
paling terkenal ialah satu set himpunan tulisan Das capital ( The Capital)

2
Mehring, Franz, Karl Marx: The Story of His Life ms 75, Routledge, 2003.

11 | P a g e
2. Friedrich Engels3

 Friedrich Engels dilahirkan di Barmen, Wuppertal, Jerman, pada 28 November


1820
 Meninggal dunia di London, 5 Ogos 1895 pada umur 74 tahun
 Anak sulung dari seorang pengusaha tekstil yang berjaya.
 Sewaktu dia dikirim ke England untuk memimpin fabrik tekstil milik keluarganya
yang berada di Manchester, dia melihat kemiskinan yang terjadi kemudian
menulis dan diterbitkan dengan judul “Keadaan dari kelas pekerja di England”
(Condition of the Working Classes in England) (1844).
 Pada tahun 1844 Engels mulai terlibat dalam jurnal radikal yang yang ditulis oleh
Karl Marx di Paris.
 Kolaborasi tulisan Engels dan Marx yang pertama adalah The Holy Family.
 Mereka berdua sering disebut "Bapa Pendiri Komunisme" di mana beberapa idea
yang berhubungan dengan Marxisme sudah kelihatan.
 Bersama Karl Marx dia menulis Manifesto Parti Komunis (1848).
 Setelah Karl Marx meninggal, dialah yang menerbitkan jilid-jilid lanjutan
bukunya yang dan terpenting ialah Das Kapital.

3
Engels, a revolutionary life, John Green, Artery Publication, 2009.

12 | P a g e
3. Vladimir Ilyich Lenin4

 Lebih dikenali sebagai Lenin.


 Dilahirkan di Simbirsk (kini dipanggil Ulyanovsk untuk menghargai jasanya) pada tahun
1870.
 Meninggal dunia pada tahun 1924
 Lenin merupakan seorang pemberontak Rusia, pemerintah pertama Kesatuan Soviet,
bapa Bolshevisme dan tokoh utama disebalik Revolusi Oktober, 1917.
 Lenin telah terlibat dalam pemberontakan sejak muda lagi iaitu apabila abangnya,
Aleksandr, dikenakan hukuman mati pada 1887 kerana terbabit dalam rancangan
membunuh Tzar Alexander III.
 Sewaktu muda, dia mempelajari bidang undang-undang di University of Kazan, tetapi
telah dibuang dari universiti kerana penglibatannya dalam gerakan revolusi.
 Walaupun begitu, dia telah belajar dengan sendiri dan menceburi bidang undang-undang
sebagai seorang peguam.
 Namun kerjayanya telah berakhir dalam waktu yang singkat kerana minatnya yang
mendalam dengan ajaran Karl Marx.

4
Lenin and Revolutionary Russia, Lee, Stephen J,London and New York: Routledge, 2003.

13 | P a g e
 Dia kerap menyebarkan propaganda Karl Marx kepada para pekerja terutamanya di St.
Petersburg.
 Akibatnya, dia telah dibuang negeri ke Siberia pada 1895 dan ia berakhir pada 1900.
Selepas itu beliau telah meninggalkan Rusia untuk meneruskan gerakan revolusinya
diluar negara.

CIRI-CIRI IDEOLOGI KOMUNISME5

1. Ajaran komunisme bersifat atheis, iaitu tidak beriman kepada Tuhan. Golongan
komunisme menganggap Tuhan tidak wujud. Akan tetapi, jika manusia berfikir Tuhan
wujud, maka wujudlah Tuhan hanya pada khayalan mereka sahaja. Maka, kewujudan
Tuhan bergantung kepada khayalan manusia.
2. Sifatnya yang kurang menghargai manusia sebagai individu. Terbukti dari ajarannya
yang tidak membenarkan manusia mempunyai pemilikan.
3. Komunisme mengajarkan teori perjuangan (pertentangan) kelas, misalnya proletariat
melawan tuan tanah dan kapitalis.
4. Salah satu doktrin komunisme adalah the permanent atau continuous revolution (revolusi
terus-menerus). Revolusi itu menjalar ke seluruh dunia. Maka, komunisme sering disebut
go international.
5. Komunisme memang menerapkan tercapainya masyarakat yang makmur, masyarakat
komunis tanpa kelas, semua manusia sama. Namun, untuk menuju ke sana, ada fase
diktator proletariat yang bertugas membersihkan kelas-kelas lawan komunisme,
khususnya tuan-tuan tanah yang bertentangan dengan demokrasi.
6. Dalam dunia politik, komunisme menganut sistem politik satu parti, iaitu parti komunis.
Maka, ada Parti Komunis Uni Soviet, Parti Komunis Cina, PKI, dan Parti Komunis
Vietnam, yang merupakan satu-satunya parti di negara bersangkutan. Jadi, di negara
komunis tidak ada parti pembangkang. Jadi, komunisme itu pada dasarnya tidak
menghormati hak asasi manusia.

5
Manusia dalam kemelut Ideologi, Barbara Ward, ms 59, IQRA, Bandung, Indonesia.

14 | P a g e
7. Perubahan atas sistem kapitalisme harus dicapai dengan cara-cara revolusi, dan
pemerintah oleh diktator proletariat sangat diperlukannya pada masa transisi.
8. Pada masa transisi, dengan bantuan negara di bawah diktator proletariat, seluruh hak
milik pribadi dihapuskan dan diambil alih serta selanjutnya berada di bawah kontrol
negara.
9. Negara dan hukum akan lenyap karena tidak lagi diperlukan.

15 | P a g e
PERBEZAAN FAHAMAN KOMUNISME DENGAN ISLAM6

Sesungguhnya islam sangat berbeza dengan komunisme. Oleh kerrana itu, hendaklah kita
berjaga-jaga terhadap tipu daya komunis yang mempropagandakan seolah-olah islam serupa
dengan ideologi komunisme. Tujuan mereka sebenarnya ialah untuk mempengaruhi umat islam
supaya menyokong usaha-usaha mereka untuk menjajah negara-negara islam.

Setelah mereka dapat menakluki negara-negara islam dan pada ketika mereka merasa diri mereka
kuat, maka ketika itu secara terang-terangan mereka menunjukan isi hati mereka yang
sebenarnya, sebagaimana yang telah mereka lakukan di banyak negara yang telah mereka kuasai.
Oleh kerana itu, perlulah di dalam huraian ini, kami menunjukan perbeazaan islam dengan
komunisme untuk menjadi perbandingan bagi kita semua. Antaranya ialah :-

BIL ISLAM KOMUNISME


1 Islam adalah agama yang datang dari Komunisme ajaran yang dibuat oleh
Allah S.W.T manusia(ateis)
2 Islam percaya kepada Allah S.W.T dan Komunisme tidak percaya kepada tuhan dan
nabi Muhammad S.A.W serta percaya siapa-siapa, hanya percaya apa yang
pada segala yang diajarkan oleh Allah dan diperkatan oleh Karl Marx, Engels, Lenin dan
Rasul pemimpin-pemimpin komunisme yang lain.
3 Al-quran dan hadis menjadi pegangan Komunis berpegang kepada manifesto
hidup bagi umat islam komunis dan das capital serta ajaran-ajaran
dari pemimpin mereka.
4 Islam adalah agama yang mengatur Komunisme hanya untuk dunia dan
seluruh kehidupan manusia, baik rohani kebendaan semata-mata. Mereka tidak
mahupun jasmani, moral dan material, percaya hal-hal yang berkait dengan akhirat.
dunia dan akhirat.
5 Islam mengaku hak milik perseorangan. Komunisme tidak mengakuihak milik
Di dalam hak milik perseorangan itu ada perseorangan. Semuanya kepunyaan negara,

6
Bahaya Komunis Mengapa Islam Menentangnya, Syed Hassan Alattas, ms 60, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur,
1980.

16 | P a g e
hak milik orang lain yang mesti segala harta orang baik berupa tanah atau
dikeluarkan, berupa, wakaf, hibah dan kekayaan lain dirampas dan dijadikan milik
sebagainya untuk menolong fakir miskin, negara. Kepada rakyat hanya diberikan untuk
anak yatim piatu dan mereka yang sekadar keperluan rendah.
menderita.
6 Islam mendekatkan jurang pemisah antara Komunisme menanamkan ajaran
yang kaya dengan yang miskin serta pertentangan kelas dan menanamkan
menanamkan rasa kasih saying antara satu perasaan kebencian kepada mereka yang kaya
dengan lain. Setiap orang yang beriman atau mereka yang dapat kelebihan rezeki,
adalah bersaudara, wajib bertolong- walaupun dengan hasil keringat mereka.
tolongan antara satu dengan lain. Komunisme juga menanamkan rasa iri hati
dan dengki di dalam masyarakat.
7 Tujuan yang baik mestilah dicapai dengan Tujuan menghalalka cara, demikian ajaran
cara yang baik pula. Islam mengajarkan tokoh kumunis V.I Lenin. Menurutnya untuk
kepada kita supaya berlaku jujur, adil, mencapai satu-satu tujuan semua cara boleh
kasih saying, hormat menghormati, benar, dilakukan walaupun dengan cara yang salah
halal dan semua sifat-sifat yang baik lagi. seperti janji-janji bohong, tipu daya,
Cara-cara yang jahat amat dilarang. perculikan, pembunuhan, bermuka dan
sabotaj sebagainya
8 Islam mengajarkan musyawarah di antara Komunisme melaksanakan cita-citanya
rakyat di dalam hal-hal yang bersangkut- dengan cara paksa dan kekerasan, menindas
paut dengan kepentingan orang ramai golongan bawah, dan memperalat dictator
proletariat.
9 Islam mengangkat kesucian ikatan Komunisme melenyapkan hubungan
perkahwinan dan mengharamkan kekeluargaan dan menjadikan wanita milik
perzinaan. bersama.
10 Islam mengakuai adanya pembalasan di Komunisme tidak percaya adanya
akhirat. Oleh kerrana itu, kita dilarang pembalasan di akhirat. Oleh kerana itu,
berbuat aniaya di dunia ini. mereka berani melakukan kekejaman
terhadap orang yang bersalah.

17 | P a g e
KESAN-KESAN AJARAN KOMUNISME7

1. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam
ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari
kiamat.

2. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras
keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin masyarakat membuat
peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk
kepentingan negara sahaja.

3. Negara-negara kecil menghadapi kemusnahan dan berlaku pertumpahan darah.

4. Kemunduran masyarakat yang menganut komunis.

5. Tertutup pemikiran daripada perkembangan dunia luar.

6. Lahirnya masyarakat yang tidak bermoral dan beretika.

7
Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing, ms 12, Jabatan Agama Islam
Selangor.

18 | P a g e
KESIMPULAN

1. Ideologi Komunis adalah kesilapan daripada hasil pemikiran yang cetek Marx dan akibat
daripada pemikiran itu sangat buruk.

2. Pemikiran yang berdasarkan hawa nafsu itu kebiasaannya akan membawa kepada
kesilapan dan kecelaruan.

3. Umat Islam sebarusnya harus berwaspada dengan pemikiran ini dan harus jelas bahawa
kesamarataan itu tidak semestinya adil.

19 | P a g e
RUJUKAN

1. Komunisme Musuh Islam Sepanjang Sejarah, Abdul Qodir Djaelani, 2000.


2. Mehring, Franz, Karl Marx: The Story of His Life, 2003.
3. Engels, a revolutionary life, John Green, 2009.
4. Lenin and Revolutionary Russia, Lee, Stephen J, 2003.
5. Manusia dalam kemelut Ideologi, Barbara Ward.
6. Bahaya Komunis Mengapa Islam Menentangnya, Syed Hassan Alattas, 1980.
7. Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing, Jabatan
Agama Islam Selangor.

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai