Anda di halaman 1dari 73

PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI 1998-2004

MUHAMMAD ARDI

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK

PUSAT PENGAJIAN SEJARTAH, POLITIK DAN STRATEGI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2006

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

30 JUN 2006

MUHAMMAD ARDI
A92136

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Shalawat dan salam ke atas nabi besar Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur saya ucapkan kerana berkat rahmat dan kurnia-Nya saya mampu menyempurnakan latihan ilmiah ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Rashila Ramli. Phd yang telah memberi banyak bantuan, bimbingan, teguran, galakan, saranan dan tunjuk ajar yang sangat berharga dari peringkat awal sehingga sekarang. Juga tak lupa ucapan terima kasih buat ibunda Chairani Siregar dan ayahanda Abdul malik Harahap yang telah membesarkan dan memberikan segalanya bagi ananda, jasamu tidak terbalas. Kepada adik Rahma Hapsari dan Mahadi Rahman terima kasih karena menjadi teman yang selalu setia. Kepada rekan-rekan yang banyak membantu maaf karena tidak bisa menyebutkan satu persatu. Sekali lagi terima kasih kepada semuanya semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah diberikan.

Muhammad Ardi Jl. Taman sari raya Rt. 06 Rw 13. Blok P No.12 Beji Permai Depok 16426 Jawa Barat INDONESIA

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang perubahan peranan tentera pada era reformasi dalam kehidupan sosial dan politik di Indonesia. Untuk mencapai objektif kajian ini, maka kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan. Hasil perbincangan mendapati bahawa perubahahan peranan tentera yang berlaku semasa era reformasi ini merupakan impak daripada dua faktor yang dikenali sebagai faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman memiliki maksud bahawa segala perubahan peranan TNI yang berlaku adalah dilakukan oleh pihak TNI, ini bererti aktor-aktor TNI sendirilah yang mempunyai rancangan untuk mereformasi TNI untuk bersesuaian dengan keadaan zaman reformasi. Manakala faktor luaran pula bererti segala bentuk desakan dan usulan yang berasal bukan dari kelompok TNI yang menginginkan perubahan kepada peranan TNI, hal ini telah disampaikan oleh beberapa tokoh nasional Indonesia seperti Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Amien Rais, Megawati dan lain-lain. Setelah kita mengetahui kedua faktor tersebut maka dengan mudah kita akan mendapati perubahan peranan yang terjadi. Konsep dwifungsi yang selama zaman Orde Baru digunapakai maka pada era reformasi konsep tersebut tidak digunakan lagi hal tersebut dikeranakan pengaruh kedua faktor diatas yang mengarahkan kepada konsep profesionalisme tentera yang tidak menginginkan campur tangan militari dalam urusan sosial dan politik dan hanya berkonsentrasi dalam masalah pertahanan negara. Selain konsep dwifungsi ada beberapa perubahan yang terjadi diantaranya, tidak ada lagi doktri kekaaryaan ABRI yang membolehkan ahli ABRI menjadi pegawai birokrasi, diputusnya hubungan antara ABRI dan parti Golkar, pemisahan antara POLRI dan TNI dan perumusan undang-undang tentera yang merubah fungsi militari daripada berperanan dalam kehidupan politik bangsa menjadi berperanan sebagai alat pertahanan bangsa.

ABSTRACT

This study aims to discuss the changing role of the military in the era of reform in social and political life in Indonesia. To achieve the objectives of this study, the research methods used in literature. Following the discussion that occurred in military role during the reform era is the impact of two factors, known as internal and external factors. Internal factors have the effect that the military's role changes that occur are committed by the TNI, this means that the TNI's own actors who have a plan to reform the military to appropriate in the circumstances the reformation. While external factors are significant and suggest all kinds of pressure that comes not from the groups who want changes TNI's role, this has been presented by several Indonesian national figures such as Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Amien Rais, Megawati and others. Now that we know both of these factors then we will easily find a role change occurs. The concept of dual function of all the days of the New Order era used it on the concept of reform is no longer any such thing because influence on both factors that lead to the concept of military professionalism does not want military intervention in social affairs and politics and just concentrate on the problem of national defense. In addition to the dual function concept have several changes that occurred between them, there is no kekaaryaan doctrine in ABRI, where members of the official bureaucracy. The termination of relationship between ABRI and the Golkar Party, the separation between national police and the TNI and the formulation of military law which alters the function of the role of military nation's political life to be served as the nation's defense.

KANDUNGAN Halaman PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN BAB I 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 BAB 2.1 2.2 2.3 2.4 PENDAHULUAN Pengenalan Permasalahan Kajian Objektif Kajian Sorotan Kajian Lepas Skop Kajian Kerangka Konsepsual Metodologi Kajian Kesignifikanan Kajian Pembahagian Bab II Pengenalan Proses Penubuhan TNI Tentera Zaman Demokrasi Liberal Tentera Zaman Demokrasi Terpimpin LATAR BELAKANG TENTERA NASIONAL 26 26 28 29 11 12 13 14 18 19 22 24 24 2 3 4 6 9

INDONESIA

2.5 2.6

Tentera Zaman Orde Baru Kesimpulan

31 36

BAB 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

III

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN PERANAN 37 38 41 43 50

TENTERA Pengenalan Peranan TNI sebelum reformasi dan Desakan Demokrasi Faktor luaran perubahan Peranan Tentera Faktor dalaman Perubahan Peranan Tentera Kesimpulan

BAB IV IMPLEMENTASI PERUBAHAN PERANAN TENTERA 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Pengenalan Perubahan Yang Terjadi Perubahan Dwifungsi Implementasi Dan Perubahan Paradigma Baru Kearah profesionalisme Tentera Kesimpulan 51 51 52 61 64 67

BAB V KESIMPULAN 5.1 Kesimpulan 68

BIBLIOGRAFI

71

SENARAI SINGKATAN

ABRI APTER BABINSA BKR BAKORSTANAS

: Angkatan bersenjata Republik Indonesia : Aparat Teritorial : Bintara Pembinaan Desa : Badan Keamanan Rakyat : Badan Koordinasi Bantuan Pemantapa Stabiliti Nasional

BAKORSTANASDA

: Badan Koordinasi Bantuan Pemantapan Satabiliti Nasional Daerah

DEPDAGRI DPR GOLKAR KASAD KMB KNIL KODAM KOPTER KOREM KODIM

: Departemen Dalam Negeri : Dewan Perwakilan Rakyat : Golongan Karya : Kepala Staf Angkatan Darat : Konferensi Meja Bundar : Koninklijke Nederlancshe Indische Leger (Tentera Kerajaan Hindia Belanda ) : Komando Daerah Militari : Komando Territorial : Komando Resort Militari : Komando Distrik Militari

KORAMIL KOSTRAD KSAD LETKOL MABES MASYUMI MAYJEN MENHANKAM MPR PANGAB PETA PKI POLRI SESKOAD SOSPOL TKR TNI TRI UUD

: Komando Rayon (Presint) Militari : Komando Strategi Angkatan Darat : Kepala Staf Angkatan Darat : Letnan Kolonel : Markas Besar : Majlis Syuro Muslimin Indonesia : Mayor Jendral : Menteri Pertahanan dan Keamanan : Majelis Permusyawaratan Rakyat : Panglima Angkatan Bersenjata : Pembela Tanah Air : Partai Komunis Indonesia : Kepolisian Republik Indonesia : Sekolah Staf dan Komando Angkatan Darat : Sosial Politik : Tentera Keamanan Rakyat : Tentera Nasional Indonesia : Tentera Republik Indonesia : Undang-undang Dasar

10

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Proses demokratisasi memang selalu menjadi bahan yang menarik untuk dijalankan kajian dan dipelajari kerana dalam menuju kearah sistem demokrasi akan menemui banyak halangan dan rintangan. Sesebuah negara contohnya menghadapi masalah campurtangan militari dalam politik menurut pendapat Huntington (1968) boleh membawa kepada kejatuhan sistem politik sesebuah negara. Apabila kita melihat kepada contoh-contoh negara dunia ketiga memang peranan militer dalam politik masih lagi sangat dominan dengan alasan militari boleh menjadi alat untuk mestabilkan keadaan politik suatu negara apatah lagi bagi sebuah negara yang baru merdeka,hal ini merujuk kepada negara yang baru merdeka setelah perang dunia kedua. Sebagai contoh Indonesia yang merdeka pada tahun 1945 sebuah negara yang saat ini masih lagi dalam proses pendemokrasian setelah 32 tahun lamanya dipimpin oleh Soeharto yang ianya juga seorang tentera. Yang secara langsung ataupun tidak akan mengakibatkan campurtangan militari dalam politik Indonesia. Tentara Nasional Indonesia ( TNI ) yang merupakan kekuatan militari di Indonesia menjadi sebuah mesin politik pada masa orde baru, yang mana pada masa kepimpinan Soeharto telah menjadi sebuah institusi militari yang bukan sahaja mempunyai fungsi sebagai

11

pertahanan akan tetapi juga mempunyai peran sosial dan politik yang sangat berpengaruh. Sejak itulah pula peranan TNI semakin meluas dan menjadi salah satu elemen bangsa yang tidak dapat dipisahkan, kerana pada masa itu Soeharto beranggapan bahawa untuk mewujudkan cita-cita Indonesia sebagai negara yang membangun diperlukan suatu kestabilan dalam bidang politik. Hal ini dapat kita lihat dengan doktrin bahawa (angkatan bersenjata republik

Indonesia) ABRI ketika itu sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat am ini dapat kita tengok dalam kehidupan sehari-hari dalam satu kampung yang menjadi ketua kampung atau lurah adalah seorang tentera. Ini bermaksud untuk mengawal keadaan sosial dalam setiap sisi kehidupan bermasyarakat hal tersebut dapat juga kita namakan dengan kekaryaan ABRI yang bererti turutsertanya anggota tentera dalam bidang sosial dan politik seperti menjadi anggota parlimen, mahupun menjadi menteri. Selain daripada itu pula peran ABRI yang paling berpengaruh adalah mereka

mendapat kerusi di parlimen atau ( dewan perwakilan rakyat ) pada waktu itu sebanyak 100 kursi kemudian berkurang menjadi 75 kursi akan tetapi tidak mengurangi peran ABRI ketika itu kerana pada pelaksanaannya walaupun dikurangi jumlah kerusi parlimen untuk ABRI, ianya tetap menjadi salah satu kekuatan politik yang sangat berpengaruh sampailah masa reformasi tahun 1998. 1.1 Permasalahan kajian Dalam pemerintahan Indonesia yang telah merdeka selama 60 tahun telah banyak perubahan kepimpinan terutamanya yang terjadi pada era reformasi 1998-2004. Apa

12

yang menjadi masalah dalaman ini selama sekitar 32 tahun (1966-1998) kepimpinan Soeharto 1 politik Indonesia telah dikuasai oleh militari yang berkembang menjadi sebuah regim totalitarian. Maksudnya militari atau TNI merupakan salah satu aktor yang utama dalam perpolitikan Indonesia kerana militari memainkan peranan bukan hanya menjadi sebuah alat bagi pertahanan suatu negara untuk menepis seranganserangan daripada negara luar akan tetapi ianya juga menjadi sebuah mesin politik yang sangat berpengaruh dalam kehidupan politik bangsa Indonesia. Maka kajian ini menumpukan kepada perubahan hubungan sipil dan militer pada masa selepas tahun 1998 sampai dengan 2004 dalam era reformasi dengan melihat perubahan dariapada peranan tentera pada era reformasi tersebut. Maksudnya dengan datangnya era Reformasi ini mengalami perubahan perubahan peranan yang signifikan dan pada akhirnya mempunyai impak kepada perubahan hubungan civil dengan militari. Perubahan peranan yang terjadi pada tentera menjadi suatu permasalahan yang cukup signifikan kerana dengan perubahan tersebut maka berubah pulalah model dan sistem politik di Indonesia. 1.2 Objektif Kajian Dalam kajian kali ini akan cuba di dianalisis dengan ringkas dan jelas agar menjadi sebuah kajian yang lengkap. Untuk menyatakan objektif kajian ini boleh dimulai dengan sebuah pertanyaan yang mana objektif kajian ini cuba untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan berikut : 1. Memerihalkan penubuhan Tentera Nasional Indonesia 2. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam peranan tentera selepas 1998

13

3. Meneliti perubahan peranan tentera selepas 1998

1.3 Sorotan Kajian Lepas Dalam membincangkan tajuk diatas terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji pengkaji yang telah terdahulu. Sememangnya masalah hubungan civil militari ini sangat menarik untuk dibahaskan kerananya ia termasuk juga bagaimana peranan militari dalam kehidupan suatu bangsa. Masalah-masalah tersebut menjadi bahagian daripada penjelasan hubungan civil militari yang ada terutamanya kajiankajian yang dibuat diindonesia. Salah satu pengkaji yang mengkaji masalah ini ialah Bilver Singh (1996) Beliau mengkaji bagaimana peranan dwifungsi ABRI (angkatan bersenjata republik Indonesia ) yang mempunyai dua peranan iaitu sebagai alat pertahanan negara dan juga mempunyai peranan sosial dan politik. Dalam kajian beliau memfokuskan kepada impak dan pengaplikasian konsep dwifungsi ABRI tersebut untuk melihat hubungan antara civil dan militari. Kajian ini sememangnya menjadi rujukan kerana kajian tersebut melihat secara terpenrinci dan jelas bagaimana tentra memainkan peran bukan sahaja sebagai alat pertahanan negara tetapi memainkan peran juga dalam kehidupan sosial politik di Indonesia. Yahya Muhamin (1982 ) memfokuskan kajiannya mengenai peranan tentera dari tahun 1945 sampai 1966. Beliau membincangkan tentang penglibatan tentera dalam politik di pada masa itu dan menjelaskan bahawa keikutsertaan tentera dalam politik di Indonesia bermula sejak 17 Oktober 1952. dalam kajian ini beliau berpendapat

14

bahawa tentera memang turut campur dalam politik yang disebabkan oleh watak paternalisme yang ada pada tubuh tentera ianya juga sangat dipengaruhi oleh nilainilai tradisi jawa. Selain itu beliau juga berpendapat selain yang menyebabkan turut campur tentera ialah konsep jalan tengah yang diperkenalkan oleh Nasution. Yang menginginkan tentera tidak langsung menceburi politik tetapi tidak juga hanya digunakan sebagai alat pertahanan dan keamanan. Peranan yang di inginkan bersama rakyat tentera membangun Negara bersama-sama dengan kekuatan civil. Inilah gambaran secaran am apa telah dikaji oleh Yahya Muhaimin.

Ulf Sundhausen (1986) pula dalam kajiannya membincangkan tentang perjuangan TNI dalam politik sejak zaman revolusi sehingga sampai kepada era demokrasi terpimpin. Kajian beliau ini lebih memfokuskan kepada peranan poltik secara kronologi dari sejak awal kemerdekaan sampai jatuhnya Soekarno. Dalam hasil kajian beliau ini mendapati bahawa turut campur tentera dalam politik ialah bukan kerana kepentingan kelas, kepentingan individu, kepentingan kumpulan militari. Akan tetapi disebabkan oleh ketidakcekapan pemerintah civil dalam memerintah hal ini dapat kita lihat sering terjadinya pergantian kabinet ketika era demokrasi liberal, ekonomi yang tidak stabil, dan juga terjadinya pemberontakan-peberontakan yang terjadi di seluruh Indonesia yang merunsingkan kesatuan Indonesia menjadi alasan tentera untuk turut campur demi terciptanya sabiliti dalam Negara. Beliau berhujah bahawa masuknya tentera dalam politik sebagai pelindung Negara iaitu untuk memantapkan pertahanan dan kemanan dan pembangunan Negara. Manakala Crouch (1986 ) juga membincangkan tentang peranan politik tentera di Indonesia dengan membahaskan peranan TNI di era revolusi sehingga pada awal pemerintahan orde baru. Beliau menghujah berpengaruhnya tentera terutamanya

15

angkatan darat dalam politik adalah kerana ketidakcekapan organisasi civil. Keadaan ini menjadikan TNI lebih berperanan berbanding civil. Menurut beliau faktor penyebabnya selain kelemahan pihak civil adalah persaingan antara sesama ahli tentera yang berusaha merebut pengaruh agar mereka dapat kedudukan dalam bidangbidang luar ketenteraan terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Sehingga beliau mencapai kesimpulan bahawa tentera berperanan sebagai penguasa dalam kehidupan sosial politik Indonesia. Muhammad Rusli Karim (1981) membincangkan peranan ABRI dalam politik dan pengaruhnya terhadap pendidikan politik di Indonesia pada tahun 1965 sampai 1979. Dalam kajian ini beliau mendapati peranan ABRI dalam politik semakin hari semakin dominan hal ini terjadi berikutan suasana politik yang belum memungkinkan bagi tumbuhnya parti politik yang sesuai. Selain itu pula beliau mendapati bahawa pensatuan antara ABRI dan GOLKAR akan mengurangi kebebasan dan integriti ABRI yang mempunyai semboyan ABRI dari, oleh dan untuk rakyat. Nugroho Notososanto (1984) telah membincangkan tentang dwifungsi ABRI sama ada fungsi pertahanan mahupun fungsi sosial dan politiknya serta kesannya kepada sosiopolitik Indonesia. Hasil kajian beliau mendapati bahawa fungsi sosial politik ABRI sesungguhnya merupakan subsistem daripada sistem politik Pancasila iaitu sistem politik kekeluargaan yang berasaskan keselarasan, kesesuaian dan keseimbangan. Dalam sistem politik kekeluargaan tidak ada satu pun ahli dari keluarga yang di pulaukan dari kehidupan nasional. Begitu juga yang merasa bahawa ABRI berhak menjalani kehidupan dalam bidang sosial politik. Yuddy Crhisnandi (2005) pula membahaskan reformasi TNI dengan mefokuskan kajian beliau untuk melihat perspektif baru hubungan civil-militari di indonesia. Hasil kajian beliau mendapati hubungan civil-militari yang terbaik adalah terciptanya

16

kontrol objektif pemerintahan civil terhadap militer, dimana kekuasaan politik pemerintahan civil selalu memenangkan setiap perlawanan dengan militari kemudian militari pula patuh kepada pemerintahan civil. Kalau tadi kita melihat kajian yang langsung yang dijalankan di Indonesia maka Samuel P. Huntington (2003) pula dalam bukunya yang berjudul Prajurit dan Negara membincangkan dengan jelas hubungan sipil militer dengan mengambil model hubungan sipil militer yang dari negara-negara seperti amerika syarikat, jepun dan juga negara jerman. Selain kajian tersebut beliau juga mengkaji tentang model-model hubungan sipil dan militer antaranya ialah model kawalan sivil secara subjektif dan kawalan sivil secara obyektif1. Selain itu beliau juga mengkaji tentang perkembangan konsep profesionalisme militer serta membincangkan juga masalah hubungan sipil militer pasca perang yang melihat cara alternatif yang digunakan dalam hubungan sipil-militer. Adapun kajian lepas lainnya yang mengkaji masalah yang serupa ialah Dwi Pratomo Yulianto ( 2005 ) Beliau mengkaji puncak-puncak krisis hubungan sipil militer di Indonesia. Dalam kajian ini beliau memfokuskan kajian kepada rangkaian kejadiankejadian masa lalu yang dijadikan sebagai puncak-puncak krisis hubungan antara sivil

Kawalan sivil secara subjektif adalah suatu keadaan yangmana kelompok sipil memaksimalkan kekuasaan sipil tertentu atas hubungannya dengan militer sehingga militer dapat dikawal oleh kelompok sipil tertentu. Manakal kawalan sivil secara objektif pula melihat kelompok militer sebagai suatu yang berautonomus yang memberikan sepenuhnya kepada profesionalisme militer ( Huntington 2003 87-90 ).

17

dan militer di Indonesia. Sebagai contoh ialah peristiwa 17 oktober 19522 merupakan salah satu peristiwa puncak krisis yang dipilih oleh beliau. Kajian Charles Cochran (1980) pula yang membahaskan hubungan sipil militari pada tahun 1974 termasuk kedalam kajian beliau adalah hubungan sivil militer di Indonesia. Dalam kajian tersebut beliau membincangkan hubungan sipil militer era sukarno sampai dengan tahun pilihan raya di Indonesia pada tahun 1971. didalam kajian tersebut beliau membandingkan hubungan antara sipil militari di Indonesia dengan hubungan sipil militari dengan negara cina.Daripada kesemua kajian lepas tersebut kajian ini cuba melihat hubungan sipil militer yang baru dalam ertian bagaimana hubungan itu tedefinisi setelah terjadinya perubahan-perubahan pada Indonesia yang dimulai oleh runtuhnya rezim suharto dan mulai berjalannya era reformasi sampai saat ini. 1.4 Skop Kajian Kajian ini sememangnya memiliki skop kajian yang lebih kecil dan ringkas kerana keterbatasan kajian sangat diperlukan untuk mencapai suatu kajian yang jelas dan teratur. Jelas maksudnya batasan kajian telah ditetapkan agar tidak hilang tumpuan kajian sedangkan teratur kajian semestinya memberikan sistematika yang benar. Dalam latihan ilmiah ini penulis cuba memberikan batasan masalah yang akan dibincangkan, skop kajian dalam latihan ini akan melihat hubungan sivil militer era reformasi tahun 1998 sehingga tahun 2003 diberikan penumpuan sebagai skop kajian yang diutamakan. Dengan melihat sejarah militer di indonesia akan tetapi tidak membincangkan secara terperinci.

Lihat dwi pratomo yulianto (2005 178-186).

18

1.5 Kerangka Konsepsual Kajian ini menggunakan konsep profesionalisme militari dan pendemokrasian. sangat bersesuaian untuk membahas

Konsep tersebut dipilih kerana keduanya

persoalan didalam tajuk kajian ini. Untuk melihat hubungan civil militari era reformasi ini sangat dipentingkan bahwa sejauhmana profesionalisme militari dalam melihat kejelasan hubungan civil militari. Pemberian ruangan kepada masyarakat civil dan membatasi peranan tentera merupakan salah satu nilai dalam konsep pendemokrasian. Dengan kedua konsep tersebut kajian ini cuba menghujah betapa pentingnya professionalisme TNI agar penciptaan semula hubungan civil militari yang sesuai dengan konsep pendemokrasian 1.5.1 Profesionalisme Militari Konsep ini berasal dengan apa yang dimaksud dengan profesi itu sendiri. Sebuah jawatan yang menuntut kepakaran dalam suatu bidang tertentu yang membezakan karakteristik antara sebuah profesi dengan jawatan yang lain adalah kepakaran, tanggung jawab dan rasa corporateness. Namun apa yang penting adalah suatu keunikkan daripada profesi militari ini adalah kemampuan dan kemahiran tentara dalam management of violence, selain daripada hal tersebut kepakaran tentra juga meliputi hal-hal seperti pengaturan perlengkapan dan pelatihan-pelatihan angkatan bersenjata. Kemudian perencanaan kegiatan serta pengarahan kegiatan operasi didalam dan diluar suatu perperangan (Huntington 2003). Manakala Huntington (2003) pula menyebutkan bahawa politik adalah tidak termasuk dari bidang militari dan penglibatan tentera dalam politik akan menghakis sifat

19

profesionalismenya melawan kerjayanya sendiri, dan menghilangkan nilai-nilai profesionalisme. Militari harus tetap berkecuali dalam politik agar dapat mengelakkan militari daripada terbabit dalam politik praktis dan dalam proses politik juga dapat berlangsung secara demokratis. Konsep tentera profesional ialah merujuk sebagai seorang profesional mempunyai kuasa menggunakan kekuatan senjata untuk mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman pihak lawan. Militari juga perlu dilihat sebagai suatu bahagian yang mempunyai autonomi tersendiri maksudnya pihak awam tidak mencampuri hal-ehwal miitari. Mereka juga adalah satu-satunya kelompok yang dipersenjatai oleh negara untuk mengawal keselamatan daripada ancaman luaran negara. Daripada perbincangan diatas dapat kita lihat bahawa militari yang profesionalisme memiliki kemahiran khas dalam bidang ketenteraan, iaitu pertahanan negara atau perang melawan musuh yang mengancam kedaulatan dan integriti negara. Profesionalisme tersebut iaitu terlihat daripada kepakaran dalam pengaturcaraan kekerasan atau management of violence. Percampuran militari dalam politik akan mengurangi tingkat profesionalisme militari kerana tentera tidak lagi menjadi buffer atau penyokong kepada kerajaan untuk mempertahankan negara akan tetapi telah memainkan peranan sebagai alat-alat politik. Disini jelas bahawa hubungan sipil militer yang dicederai oleh intervensi militari dalam politik dan pengurangan dalam profesionalisme tentera sangat nampak terjadi. Ertinya dalam menjelaskan hubungan civil militari diperlukan pengetahuan tentang tingkah laku politik tentera yang mengarahkan apakah tentara akan besikap profesionalisme dalam hubungannya dengan sivil atau melakukan intervensi-

20

intervensi. Dari huraian yang singkat tadi dapat kita pahami bahawa tugas-tugas tentera yang professional adalah sebagai berikut (Abdoel Fattah 2004). 1. Tugas dalam masalah pertahanan Negara atau perang melawan ancaman dari luaran. 2. Bersikap berkecuali dengan tidak menceburkan diri dalam politik semasa 3. Memiliki disiplin dan juga semangat kesatuan yang kuat ( le esprit de corps ) 4. Menghargai pihak berkuasa atau adanya supremasi civil 5. Membela dan melindungi masyrakat secara bersesuaian.

1.5.2 Pendemokrasian Konsep pendemokrasian ialah diambil dari konsep demokrasi yang berasal dari perkataan yunani iaitu demos artinya rakyat dan kratos pemerintahan. Jadi demokrasi dalam erti bahasa ialah pemerintahan rakyat, sedangkan menurut kamus politik demokrasi adalah sebuah ideologi yang berasaskan liberal yang memiliki beberapa nilai-nilai yang utama seperti ketentuan hukum, kedaulatan rakyat, pemerintahan berasaskan hukum, jaminan kewajiban civil dan kepentingan majoriti. Dari pengertian diatas dapat kita simpulkan bahawa demokrasi ialah pemerintahan rakyat, yang diasaskan oleh ketentuan hukum, jaminan kewajiban civil dan juga kepentingan majoriti.

Manakala pendemokrasian pula bererti suatu proses kearah demokrasi. Dapat di pahami juga pendemokrasian ialah suatu konsep yang biasa digunakan kepada proses sebuah negara yang pada asalnya berbentuk pemerintahan otoritarian, oligarki atau

21

monarki berubah menjadi bentuk pemerintahan yang demokrasi. Dari pengertian diatas pula dapat kita pahami dengan apa yang kita kenal sebagai konsep pendemokrasian adalah sebuah konsep yang menjelaskan tentang bagaimana proses demokrasi itu terjadi dalam hal tersebut proses pendemokrasian boleh berjalan lambat atau pun berjalan sangat laju untuk mencapai demokrasi yang penuh. Konsep pendemokrasian sangat dipengaruhi oleh masyarakat civil, kerana dalam demokrasi masyrakat civil adalah satu syarat, dalam erti lain dengan terciptanya masyarkat civil maka boleh dikatakan sudah berdirinya sebuah sistem demokrasi. Dengan demikian dalam konsep pendemokrasian ini sangat di perlukan ialah terciptanya masyarakat civil agar boleh menuju kearah demokrasi. Dalam konsep ini nilai-nilai yang terdapat dalam demokrasi perlu diambil kira kerana tanpa nilai tersebut pendemokrasian tidak akan terwujud. Dalam hubungan civil-militari di Indonesia pada masa yang sama juga sedang

menjalankan demokratisasi, konsep ini cuba menawarkan aspek yang menunjukkan bahawa pembinaan semula hubungan civil-militari di Indonesia merupakan suatu keperluan untuk demokratisasi. Mengapa diperlukan pembinaan semula hubungan antara civil-militari kerana untuk mencapai sebuah sistem yang demokrasi diperlukan ruang pada masyarakat civil agar boleh bergerak dan menjadi enjin yang utama dalam sesebuah Negara. Tidak seperti yang terjadi di Indonesia apabila militari yang membatasi ruangan bagi masyarakat civil. Kajian ini melihat konsep pendemokrasian sebagai suatu konsep yang dapat melihat, mengkaji, menganalis perubahan-perubahan yang terjadi dalam hubungan civil-militari di Indonesia. 1.6 Metodologi Kajian

22

Bagaimana cara untuk mendapatkan perbincangan dan bahan untuk menjadikannya sebuah latihan ilmiah di perlukan suatu cara atau yang kita kenal sebagai metodologi kajian dalam kajian ini penulis mengunakan beberapa kaidah kajian diantaranya ialah : 1.6.1 Kajian Kualitatif Kajian kualitatif ialah kajian yang dilakukan dengan mengunakan bahan-bahan

terutamanya bahan sekunder yang terdiri daripada buku-buku yang merupakan kajiankajian yang dibuat oleh orang-orang terdahulu. Kajian kualitatif juga bermaksud pemusatan kajian pada tingkat kualiti sesuatu bahan kajian tersebut, ianya juga merupakan lawan daripada kajian kuantitatif yang berdasarkan jumlah banyaknya atau besarnya suatu bilangan atau kuantitinya. 1.6.2 Kajian Kepustakaan Dalam menyambung kajian secara kualitatif sangat diperlukan kajian kepustakaan, kerana dalam perputakaanlah tersimpah khazanah-khazanah yang sangat diperlukan dalam mengkaji suatu masalah. Perpustakaan yang akan menjadi tempat untuk dilaksanakannya kajian kepustakaan antara lain adalah perpustakaan Tun sri lanang UKM bilik sumber jabatan politik sejarah dan strategi fssk ukm, perpustakaan alam tamadun melayu ukm, perpustakaan pusat universitas Indonesia, perpustakaan csis Jakarta. 1.6.3 Kajian Deskriptif

23

Dalam kajian ini pengkaji akan mencuba mengkaji masalah tersebut dengan secara deskriptif dan dengan iaitu kajian yang hanya menekankan kepada pemerihalan tentang sesuatu masalah dan penghuraian sesuatu masalah tersebut. 1.7 Signifikan Kajian Dalam kajian ini diharapkan menjadi bahan tambahan bagi mereka yang tertarik dan berminat mengenai wacana hubungan sipil-militer di Indonesia. Serta diharapkan kajian ini menjadi salah satu kayu pengukur untuk melihat hubungan sivil militari di Indonesia walaupun dalam skop kajian yang terbatas. Selain itu juga kajian ini diharapkan boleh menjadi bahan bacaan pengantar bagi mereka ingin mengetahui secara ringkas hubungan sivil militari yang terjadi di Indonesia. 1.8 Pembahagian Bab Dalam membahagikan bab-bab pada kajian ini akan menghuraikan sebagai berikut; Pada bab dua akan diperihalkan masalah penubuhan tentera dari manakah istilah TNI lahir sehingga digunakan sekarang kemudian pembahasan di lanjutkan kepada proses sejarah tentera iaitu apabila kita melihat perkembangan tentera dari zaman demokrasi berparlimen kemudian oleh zaman demokrasi terpimpin sampai pada akhirnya zaman Orde Baru. Perkembangan yang mengikuti zaman tersebut melihat bidang peranan pihak tentera pada setiap zaman sampai masa sebelum reformasi. Kemudian setelah kita melihat tentang sejarah tentera dan peranan tentera sebelum reformasi maka pada bab tiga ini akan memerihalkan tentang tekanan yang diberikan oleh demokrasi yang menyebabkan reformasi dan jug akan kembali diulas mengenai peranan tentera sebelum reformasi. Setelah itu akan dipaparkan faktor yang

24

mempengaruhi perubahan peranan tentera pada era reformasi. Ada dua faktor yang dapat di jelaskan iaitu faktor luaran dan dalaman. Dari faktor itulah kita nantinya dapat melihat perubahan peranan pada bab berikutnya. Bab keempat ini berisi perubahan-perubahan yang terjadi selama era reformasi ini yang tidak mungkin dilaksanakan tanpa adanya kedua faktor tersebut. Perubahan yang terjadi merupakan perubahan yang dinilai penting kerana ianya berhubungan erat denga fungsi sosial dan politik pihak tentera selama zaman orde baru. Dan pada bab kelima adalah kesimpulan yang merangkumi seluruh perbualan yang ada daripada bab pertama hingga akhir.

25

BAB II LATARBELAKANG TENTERA NASIONAL INDONESIA

2.1 Pengenalan Untuk mengetahui secara menyeluruh tentang bagaimana peranan militari bab ini memerihalkan sejarah perkembangan TNI. Permulaan bab ini akan menceritakan bagaimana proses terbentuknya tentera Indonesia yang dimulai lagi semenjak zaman penjajahan, setelah proses terbentuknya TNI juga akan dijelaskan ialah bagaimana peranan dan keadaan TNI pada masa demokrasi liberal yang berlangsung pada 19491959. Selanjutnya dalam bab ini akan menjelaskan konsep dan implementasi daripada konsep dwifungsi (dual function) yang terjadi masa Orde Baru sehinggalah tahun1998. 2.2 Proses penubuhan TNI Dalam proses penubuhan ini TNI berasal dari pada perlawanan rakyat Indonesia dari pada sebelum merdeka sampai pada kemerdekaan tahun 1945 dalam menentang penjajah, maksudnya rakyat mengambil peranan yang penting dalam penubuhan angkatan tentera di Indonesia kerana seperti yang telah diketahui bahawa penubuhan tentera Indonesia berasal daripada kekuatan rakyat, dan bukannya penubuhan tentera melalui kekuatan kerajaan, ataupun sebuah parti politik (Salim Said 2001) Dengan katalain proses terbentuknya TNI ialah melalui arus bawah atau bawahan dan bukannya terbentuk melalui bahagian atasan. Oleh kerana hal yang demikian maka

26

dapat dikatakan bahawa TNI ialah tentera yang dapat menciptakan dirinya sendiri, kerana ianya tercipta melalui proses penubuhan yang berasal dari rakyat hal ini juga menyebabkan kenapa TNI atau militari merasa lebih dekat dengan rakyat berbanding dengan orang sivil. Manakala kita lihat pula sejarahnya para rakyat yang berjuang melawan penjajah yang kebanyakannya adalah para pemuda mereka terdiri daripada organisasi-organisasi kemiliteran yang ada pada masa itu antaranya adalah PETA ( pembela tanah air ), Seinendan perajurit pemula/organisasi pemuda), Keibodan( pasukan keamanan), Shusintai (barisan pelopor) Lasykar hizbullah, Gakukotai (pasukan pelajar) Heiho (pembantu prajurit/pembantu askar) pemuda-pemuda KNIL. Organisasi-organisasi inilah yang nantinya dijadikan satu dan membentuk tentara Nasional Indonesia. Akan tetapi dalam prosesnya pembentukan tni mengalami perjalanan yang panjang. setelah kemerdekaan republik Indonesia pada 17 hari bulan Ogos 1945 presiden soekarno pada masa itu belum lagi menggunakan nama tentera untuk kekuatan militari Indonesia akan tetapi yang digunakan ialah nama Badan keamanan dengan alasan pada masa itu takut akan terjadi perlawanan oleh tentera penjajah yang masih berada di indonesia. Baru pada tarikh 5 Oktober 1945 presiden soekarno mengesahkan nama TKR (tentera keamanan Rakyat) sebagai penganti badan keamanan. Sejak itulah tarikh 5 oktober di peringati sebagai tarikh penubuhan tentera Indonesia. Istilah Tentera Keamanan Rakyat ini tidaklah bertahan lama. Kerana pada 1 januari 1946 presiden Soekarno mengumumkan perubahan erti dalam TKR yang semula bererti tentera keamanan rakyat dirubah menjadi tentera keselamatan rakyat. Nama ini juga tidak mempunyai umur yang panjang kerana pada 24 januari 1946 nama inipun dirubah menjadi Tentera republik Indonesia (Notosusanto 1991). TRI dengan alasan agar lebih menampakkan rasa kebangsaan dan juga identiti negara Indonesia. Akan

27

tetapi nama TRI juga tidak bertahan lama kerana pada 5 Mei 1947 presiden soekarno sekali lagi merubahnya menjadi Tentara Nasional Indonesia ( TNI ) dan istilah inilah yang digunakan sehingga sekarang untuk persatuan tentera Indonesia.

2.3 Tentera Zaman Demokrasi Liberal Sejarah perjalanan tentera Indonesia kemudian memasuki era baru setelah meendapat kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 meskipun pada masa itu Indonesia baru mendapat kemerdekaan secara de facto atau pengakuan secara lisan dan belum kepada pengakuan kemerdekaan secara de jure ataupun pengakuan secara hukum. Baru pada tahun 1949 melalui perjanjian antara Indonesia dengan Belanda yang di kenal sebagai konferensi meja bundar pada 27 Disember 1949 barulah Indonesia mendapat pengakuan kemerdekaan secara hukum oleh pihak belanda. Dengan begitu belanda telah menyerahkan kedaulatan Indonesia dengan syarat merubah nama menjadi RIS republik. Indonesia Serikat, sejak tarikh tersebut sehingga kepada dekrit presiden 5 Julai 1959 dikatakan sebagai zaman demokrasi liberal. Dalam situasi yang sebegini suasana demokrasi liberal memang terasa dengan proses pemerintahan yang kerap bertukar kekuasaan selama era demokrasi liberal ini apatah lagi peraturan yang diberikan terhadap tentera angkatan perang, ketika itu perdana menteri Hatta menganut prinsip (objective civilian control over military) atau kawalan sipil objektif terhadap militari menurut Hutington Yang mengambil langkahlangkah merubah tentera nasional, tentera rakyat, tentera revolusi, menjadi suatu tentera professional model barat (Notosusanto 1991). Pengangkatan Nederlandse Militaire Missie ( NMM )sebagai pelatih kepada askaraskar TNI merupakan cara untuk menjadikan askar TNI lebih professional, akan tetapi

28

yang menjadi permasalahan adalah para askar TNI ketika itu tidak pernah berfikir akan jawatan ataupun pekerjaan sebagai askar akan tetapi tertarik bergabung dengan TNI kerana ingin berjuang sahaja. Selain itu masa demokrasi liberal juga menjadi asas daripada awal mulanya Panglima

percampuran militari ke ruang sipil maksudnya pada masa inilah awal mula daripada idea bagaimana militari mulai campur masuk kepada kehidupan civil. Kasad ketika itu Abdul haris nasution diminta oleh presiden soekarno menjadi rakan kongsi dalam pembentukan kabinet baru alasan kenapa presiden soekarno meminta nasution sebagai rakannya adalah disebabkan untuk memperolehi sokongan daripada tentera. Nasution menerima tawaran tersebut dengan syarat Parti Komunis Indonesia ( PKI ) tidak berada dalam kabinet dan dimasukkannya wakil militari menjadi ahli kabinet, setelah menerima tawaran tersebut Nasution pun mula mengagas sebuah rancangan terhadap militari. Dalam acara harijadi AMN akademi militari nasional 1958 di magelang beliau menyatakan sebuah idea yang disebut konsep jalan tengah TNI, konsep ini tentang pemberian tempat kepada ahli tentera untuk ikut serta menentukan polisi Negara. Menurut beliau dalam perkembangan masa itu konsep jalan tengah adalah yang terbaik kerana tentera yang diumpamakan kalau di tahan akan menjadi seperti gunung yang hendak meletus jadi belaiu beranggapan bahawa tentera tidak menjadi alat civil atau dijadikan permainan politik belaka seperti mana yang terjadi dibarat, selain itu pula ianya memberikan saluran kepada tentera bukan secara organisasi akan tetapi melalui perseorangan. Hal ini pula menghindari tentera mendominasi kekuasaan seperti Junta militari. 2.4 Tentera zaman demokrasi terpimpin

29

Masa ini ditandai dengan dikeluarkannya dekrit Presiden Soekarno pada 5 julai 1959 yang berisi tentang pengangkatan seumur hidup Soekarno sebagai Presiden dan kembalinya digunakan UUD 1945 sebagai asas Negara setelah ditukar sementara dengan undang-undang sementara tahun 1950. pada zaman ini Soekarno telah memegang kembali kekuasaan yang tidak terhad kerana pada masa ini pula presiden menjadi penentu kepada kerajaan disebabkan ahli parlimen ketika itu tidak dipilih melalui pilihan raya akan tetapi diangkat oleh presiden, yang mengakibatkan tidak adanya kuasa pada ahli parlimen. Kekuatan politik pada masa ini terbagi kepada tiga kelompok yang memiliki keupayaan diantaranya adalah TNI, Presiden dan juga PKI . Diantara kekuatan politik ini terjadi persaingan antara TNI dan PKI untuk mempengaruhi presiden dengan tujuan untuk menguasai perpolitikan di Indonesia. Presiden soekarno adalah seorang yang pemimpin yang anti imperialisme, kolonialisme serta sangat kagum dengan semboyan revolusi. Dengan begitu tidak ragu ketika soekarno begitu tertarik dengan PKI sebuah parti yang besar dan memiliki semangat revolusi. Walaupun demikian pada awal zaman demokrasi terpimpin ini presiden Soekarno cuba untuk menjadi orang tengah antara TNI dan PKI dengan maksud untuk menyeimbangkan diantara keduanya agar tidak terjadi konfrontasi seperti yang terjadi pada tahun1948 ketika itu PKI cuba memberontak. TNI pula mencurigai akan terjadi lagi pemberontakan seperti tahun 1948. pada masa ini pula presiden melihat hagemoni militari yang ada pada organisasi TNI telah mulai mendominasi panggung politik Indonesia untuk mengimbangi hal tersebut presiden mengambil kekuatan parti politik akan tetapi yang tak beruntung ialah parti politik yang digunakannya ialah PKI, hal ini di sokong pula dengan lemah nya keadaan parti-parti politik yang lain ketika itu termasuklah Masyumi yang diharamkan oleh presiden.

30

Pergolakan politik pada zaman ini sangat rancak kerana perebutan kuasa antara TNI dan PKI tersebut, selain hal itupula terjadinya proses pemberontakan yang dilakukan oleh PKI yang dikenal sebagai gestapu gerakan tiga puluh September yang mengakibatkan terbunuhnya pegawai tentera tinggi, dengan maksud agar kuasa militari pada masa itu berkurang dan PKI dapat menguasai politik di Indonesia. Akan tetapi hal ini tidak berlaku kerana tentera Berjaya menumpaskan PKI di bawah pimpinan ketika itu majyen Soeharto. 2.5 Tentera Zaman Orde Baru Masa orde baru ini bermula dengan kepimpinan Soeharto yang telah diketahui mempunyai latar belakang beliau yang berasal daripada militari. Sehingga pada tahuntahun selama masa kepimpinan beliau mau tidak mahu akan terjejas oleh tentera. Selain daripada itu soeharto juga mensahkan perundangan yang membolehkan campur tangan militari terhadap politik di dalam pemerintahan beliau, hal ini dapat kita lihat sejak mulai beliau memerintah pada tahun 1966-1998.(Yuddy Crisnadi 2004). Selain itu konsep dwifungsi yang diperkenalkan oleh Nasution pada masa demokrasi liberal menjadi asas bagi soeharto untuk menyokong konsep tersebut. Untuk lebih jelas lagi ada baiknya jika kita mengetahui apakah yang dinamakan dengan konsep dwifungsi tersebut. Konsep dwifungsi ini sebenarnya sudah mengakar sejak awal mula ditubuhnya tentera republik Indonesia, sebagai tentera yang ditubuhkan oleh rakyat sehingga membuat ABRI merasa mempunyai hak yang sama dengan pihak civil dalam hal menentukan polisi-polisi yang diambil oleh kerajaan, sehingga menyebabkan kesatuan antara abri dan rakyat itu mengarahkan kepada dwifungsi itu sendiri. Dwifungsi ini secara ringkasnya dapat diertikan sebagai peran ganda tentera bukan hanya mempunyai peranan dalam pertahanan dan keamanan akan tetapi juga

31

mempunyai peranan dalam bidang sosial dan politik. Asas dari dwifungsi ini boleh kita lihat pada ketetapan MPR No : IV/MPR/1978 dan telah digubal pada ketentuan pokok pertahanan keamanan Negara. Pada ayat 26 berbunyi: Angkatan bersenjata mempunyai fungsi sebagai kekuatan pertahanan keamanan Negara dan sebagai kekuatan sosial Manakala dalam penjelasan ayat ini pula berbunyi : Fungsi angkatan bersenjata sebagai kekuatan sosial sudah ada sejak kelahirannya serta merupakan bagian dari proses perjuangan dan pertumbuhan bangsa Indonesia yang telah dirumuskan dalam marga kesatu sampai marga ketiga saptamarga dan dinyatakan sebagai salah satu modal dasar pembangunan nasional dalam garis-garis besar haluan Negara Dari penjelasan ayat diatas boleh kita gulung kesimpulan bahawa sememangnya idea dwifungsi ini bukan suatu yang asing sehingga ianya merupakan hal yang wajar jika digunakan pada masa orde baru. Konsep dwifungsi ini juga boleh kita pahamkan juga merupakan implementasi daripada ketidakmampuan pihak civil dalam mengawal keamanan Negara pada masa demokrasi liberal sehingga memaksa untuk pihak tentera turut campur dalam proses pemerintahan. Maka dengan anggapan tersebut tentera cuba untuk mengawal keamanan dan keselamatan di seluruh Indonesia untuk menghapuskan segala bentuk19 September 1982 menjadi undang-undang nomor 20 tahun1982 tentang ketentuan

32

bentuk pemberontakan yang terjadi demi menjaga kestabilan Negara ketika pada awal-awal kemerdekaan . dan konsep ini pula tetap dijalankan oleh presiden soeharto selama era pemerintahannya dengan alasan yang sama iaitu keamanan dan keselamatan Negara. Selain hal tersebut perlu di pahamkan juga peranan tentera selama era ini memiliki hubungan yang rapat dengan sebuah parti politik iaitu parti (golongan Karya) Golkar (Muhammad Rusli Karim 1989) . Hubungan ini terbentuk disebabkan pada masa awal pembentukan parti golkar kekuatan tentera yang diwakili oleh ABRI ketika itu menjadi pengasas daripada parti golkar ini akan tetapi peran ini berubah menjadi bahawa ABRI merupaka salah satu bahagian daripada parti golkar dapat kita ketahui daripada doktrin pertahanan dan keamanan nasional V yang berbunyi: 1. abri disamping tugasnya sebagai penegak kekuasaan Negara dibidang pertahanan dan keamanan juga telah menyumbangkan karya dan darma bhaktinya disegala bidang diluar bidang pertahanan dan keamanan sehingga ABRI berubah sebagai Golongan Karya dan ikut serta menentukan Haluan dan politik Negara 2. kedudukan abri sebagai golkar didasarkan atas landasan-landasan pancasila dan konstitusional iaitu UUD 1945 serta landasan hukum iaitu ketetapan MPR 3. tugas utama ABRI sebagai golkar ialah secara aktif ikut serta dalam segala usaha dan kegiatan rakyat serta Negara di bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial untuk mencapai tujuan revolusi Indonesia demi ampera 4. fungsi kekaryaan dalam melaksanakan tugas utamanya sebagai golkar, Abri ikut serta dalam pembinaan dan pembangunan, pengembangan, peningkatan dan pengamanan segala segi kehidupan di bidang-bidang ideologi, politik,

33

ekonomi, keuangan, rohani, dan sosial-budaya demi terciptanya ketahanan revolusi Indonesia. Dari doktrin tersebut telah jelas bahawa ABRI yang mewakili tentera menjadi bahagian dalam parti Golkar, selanjutnya ialah bagaimana peranan ABRI dalam Golkar maksudnya setelah menjadi salah satu bahagian dari golkar apa yang dilaksanakan oleh ABRI, hal tersebut boleh kita lihat dalam pilihan raya pada tahun 1971, dimana golkar mendapat keuntungan daripada ABRI yang sudah mulai masuk kepada masyrakat awam semenjak awal tahun 1960-an. Jadi sudah jelaslah bagaimana keterlibatan ABRI dengan parti Golkar. Setelah itu apa yang menjadi bahagian penting daripada peran tentera pada zaman ini ialah peran tentera yang disebut dengan kekaryaan tentera. Doktrin kekaryaan adalah yang memberikan kuasa kepada ahli ABRI untuk berada dalam pemerintahan akan tetapi ianya diluar daripada bidang kementerian pertahanan dan keamananan mereka juga disebut sebagai karyawan ABRI. hal ini dapat kita lihat daripada carta dibawah ini: Masa jawatan Anggota kabinet 1969-1973 1974-1978 1979-1983 1984-1988 1989-1993 1994-1998 Gubernur atau Menteri Besar 1969-1973 1974-1978 1979-1983 Jumlah tentera 8 6 15 17 14 10 19 20 16 Peratus daripada keseluruhan 29.63 23.03 41.18 9.76 9.52

73.08 76.92 59.26

34

1983-1988 1989-1993

14 12

51.85 44.44

Sumber : markas besar Tentara Nasional Indonesia, jakarta

Dari data diatas kita dapat melihat jumlah tentera yang memiliki fungsi kekaryaan dalam militari dan banyak yang menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan. Dan ini bermaksud tentera memiliki kedudukan yang penting pada masa orde baru ini. Setelah kita melihat kekaryaan ada baiknya juga jika kita melihat kepada bidang (komando territorial dan aparat territorial) Kopter/Apter yang mempunyai Tugas-tugas khusus yang bermuatan political mission atau misi-misi politik yang menyokong parti Golkar pada setiap menjelang Pemilu. Maka tidak sedikit pegawai teritorial yang merasa stres karena takut gagal menjalankan tugas politis yang diberikan kepadanya. Namun bilamana tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sukses, pegawai Teritorial yang bersangkutan mendapatkan penghargaan yang tinggi dan karier selanjutnya terbuka baik untuk jawatan di satuan militer mahupun kekaryaan. Pada Era Orde Baru seorang pegawai teritorial memiliki posisi begitu strategis dan menentukan. Sebagai alat negara seringkali disalah-ertikan sebagai alat pemerintah atau kekuasaan. Oleh karena itu peranannya menyentuh hampir semua persoalan yang ada di masyarakat dan berhubungan dengan setiap elemen sosial politik yang ada di masyarakat. Hampir tidak ada celah kesempatan bagi kekuatan (Parti politik/Organisasi politik) parpol/orpol yang berlawanan dengan Golkar untuk mengembangkan kekuatannya, kerana selalu diawasi aparat teritorial. Hal ini sejalan dengan tugas sehari-hari Koter untuk memelihara dan meningkatkan stabilitas sosial politik dan keamanan yang pada hakikatnya berarti memelihara dan meningkatkan eksistensi Golkar selaku pemegang supremasi kekuasaan pemerintahan orde baru.

35

2.5 Kesimpulan Telah kita ketahui bagaimana awal mula tentera ditubuhkan dan juga perkembangan peranan tentera daripada zaman demokrasi liberal dan juga demokrasi terpimpin sampai masa orde baru yang mempunyai kesamaan iaitu memiliki peranan tentera yang lebih. Hal ini dikeranakan oleh doktrin dwifungsi yang membolehkan tentera memainkan peranannya dalam pelbagai bidang bukan sahaja di bidang pertahanan tetapi juga dalam bidang sosial politik. Jadi pada masa sebelum 1998 ini peranan tentera terjadi penyimpangan kerana telah menjadi alat yang digunakan untuk penguasa. Sehinggalah datangnya perubahan di Indonesia pada masa reformasi yang membawa pesanan demokratisasi di Indonesia.

36

BAB III

Faktor-faktor Perubahan Peranan Tentera Selepas 1998

3.1 Pengenalan Setelah mengetahui peranan militari pada masa sebelum 1998 pada bab sebelumnya, bab ini cuba memfokuskan kajian kepada dua faktor yang mempengaruhi perubahanperubahan dalam peranan tentera pada masa reformasi.. Dengan perkataan lain bab ini cuba menghuraikan secara terperinci mengenai dua faktor tersebut yang menyebabkan perubahan peranan tentera selepas tahun 1998. Perubahan peranan tentera perlu dijelaskan bahawa keranakan perubahan pemerintahan yang terjadi di Indonesia setelah turunnya presiden soeharto pada 21 mei 1998, setelah peristiwa tersebut boleh dikatakan awalnya gerakan reformasi di Indonesia yang membawa perubahanperubahan termasuklah dalam peranan tentera dalam situasi politik diindonesia. Dua faktor yang menjadi penelitian adalah faktor luaran dan faktor dalaman. Walau bagaimana untuk mengaktualisasikan kajian diperlukan meneliti pendemokrasian sebagai sebuah faktor penyokong yang melanda Indonesia dalam dekad 90-an. Kenapa kedua faktor tersebut penting hal ini disebabkan tanpa adanya sokongan dan juga desakan daripada kedua faktor tersebut mungkin amat sukar terjadinya perubahan peranan dalam tentera di Indonesia. Dalam memulai bab ini akan diceritakan dahulu kepentingan pendemokrasian sebagai faktor penyokong kepada kedua faktor tersebut.

37

3.2 Peranan TNI Sebelum Reformasi dan Tekanan Demokrasi Seperti yang telah dibincangkan pada bab sebelumnya peranan TNI pada masa

sebelum reformasi adalah sangat penting sehingga dapat dikatakan bahawa TNI atau ABRI ketika itu menjadi sebuah mesin politik yang menguasai segala segi kehidupan bangsa Indonesia. Keadaan ini bukan hanya sekadar pada permukaan sahaja akan tetapi ia berlangsung kepada tingkat yang paling bawah. Peranan tentera pada pra reformasi menjadikan TNI sebagai penguasa dengan dipimpin oleh presiden Soeharto yang beliau juga merupakan mantan tentera sendiri. Pendedahan tentera masuk campur kepada masalah politik sebenarnya tidak ada satu penjelasan yang pasti, hal tersebut dikeranakan tentera di Indonesia berasal daripada tentera rakyat sehingga menjadikan ia merasa bersatu dengan rakyat. Akan tetapi secara resminya pengamalan konsep dwifungsi yang dianjurkan oleh Nasution ketika itu merupakan awal ide bagaimana peranan tentera sebagai sesebuah organisasi yang turut memperjuangkan kemerdekaan berperanan dalam kehidupan bangsa Indonesia secara menyeluruh. Maka lahirlah konsep dwifungsi tersebut. Setelah peristiwa tentang perbincangan tentang awal mula penglibatan tentera dalam politik, peranan tentera dibawah pimpinan Soeharto malah menjadi sebuah kekuatan yang tak tertandingi dikeranakan tentera menjadi penentu dalam setiap polisi yang dikeluarkan. Pada masa ini pulalah ABRI yang merupakan pecahan daripada TNI menjadi penguasa di Indonesia dengan doktrin sosiopolitiknya yang mensahkan peranan-peranan dalam segala segi kehidupan. Dalam membahas proses demokrasi di Indonesia yang memberi impak sehingga tebentuknya suatu desakan yang kuat untuk mereformasi peranan tentera atau TNI.

38

Wacana demokrasi sudah sejak lama dibincangkan oleh para elit politik Indonesia bahkan sejak awal kemerdekaan lagi sebagai mana pada bab yang lalu bahawa Indonesia pernah mengamalkan demokrasi berparlimen. Maka tidak hairan jika Mohammad Hatta (1981). Dalam pemerintahan demokrasi rakyatlah pada akhirnya bertanggungjawab tentang penentuan nasib bangsanya. Hanya apabila rakyat merasai tanggungjawabnya tentang urusan hidup bersama baru ia diperkatakan dengan hidup berdemokrasi. Manakala Huntington (1995) memberikan hujah tentang bahawa pembangunan politik akan hanya berlaku apabila adanya partisipasi politik oleh masyrakat. Lain pula pendapat Yusuf Ismail dan Khayati Ibrahim (1996) menyatakan bahawa ada dua syarat untuk mencapai negara yang demokratis iaitu perlu adanya persamaan politik dan kebebasan politik dalam kehidupan masyarakat. Memang sudah sewajarnya demokrasi menjadi sebuah faktor penyokong utama kerana dengan adanya demokrasilah era reformasi dijalankan hal ini juga sesuai dengan. Amien Rais (1998) menyatakan bahawa hasil daripada impak demokrasi adalah kebebasan pendapat, kebebasan beragama, kebebasan dari rasa takut, kebebasan untuk sejahtera, keikutsertaan rakyat untuk menentukan nasibnya sendiri dan berjalannya proses semak dan imbang serta dengan ditegakannya undang-undang. Dari pendapat tersebut sudah terlihat bahawa untuk mengawali reformasi adalah kerana menginginkan proses demokrasi berjalan di Indonesia pada tahun 1998. Hal yang sama juga disampaikan oleh Indria Samego (1998) yang mengatakan makna perubahan atau transisi menuju demokrasi di Indonesia ialah dengan kewujudan sistem yang demokratik yang ditentukan oleh adanya atau tidak beberapa parti politik yang berperanan sebagai mengaspirasikan keinginan masyarakat, adanya perhargaan terhadap lembaga perwakilan rakyat dan proses penentuan ahlinya, dan memberikan kepada NGO ataupun kekuatan sosial lainya untuk memberikan suara kepada

39

kerajaan. Dengan demikain sudah jelas bahawa demokrasi merupakan alat yang sangat sesuai untuk menjadi faktor menyokong reformasi yang terjadi di Indonesia. Dalam perbincangan yang dilakukan oleh Haynes (2000) tentang masalah demokrasi beliau membahagikan demokrasi kepada tiga iaitu demokrasi formal, demokrasi permukaan dan juga demokrasi substansif. Demokrasi formal menurutnya adalah demokrasi yang ditandai dengan pilihan raya yang teratur, bebas, adil dan adanya persaingan yang sehat serta adanya tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dan berlakunya undang-undang. Inti daripada demokrasi formal adanya proses undangundang yang jelas dilaksanakan, manakala demokrasi permukaan adalah bentuk demokrasi yang hanya nampak dari luar seperti demokrasi tetapi pada dalamannya tidak mengamalkan demokrasi tersebut. Sedangkan demokrasi substansif adalah perluasan daripada makna demokrasi formal, maksudnya ianya memberikan penumpuan kepada kebebasan dan diwakilinya kepentingan melalui proses pilihan raya. Ianya juga merupakan suatu konsep demokrasi yang memberikan kemudahan kepada masyarakat dalam proses pemerintahan dan segala yang berkaitan dengannya. Penjelasan tentang demokrasi oleh Heynes memberikan gambaran tentang demokrasi yang berlaku di Indonesia kalau dapat diambil secara mudahnya maka pada masa Orde Baru yang diceritakan pada bab sebelumnya maka kita dapat menilai bahawa pada masa tersebut adalah demokrasi permukaan kerana telah dijelaskan bahawa TNI mengambil peranan demokrasi ketika itu yang menyebabkan peranan masyarakat civil lemah dan tak berkuasa sehingga timbulah aliran reformasi yang mendesak agar terciptanya sebuah kerajaan yang demokratik. Setelah terjadinya arus demokrasi yang datang membawa impak kepada banyak bidang misalnya, ekonomi, budaya , politik, agama dan juga bahagian militari. Bidang militari adalah bidang yang paling banyak mendapat perhatian hal ini dikeranakan setelah lama berkuasa militari dianggap

40

menjadi punca masalah dengan membatasi ruang gerak masyrakat civil (Indria Samego 1998). Pada akhirnya reformasi secara am memaksa TNI untuk melakukan reformasi

terhadap peranannya selama orde baru. Untuk membahas perubahan tersebut dalam kajian kali ini penulis ingin melihatnya daripada segi individual dalaman pihak TNI. Maksudnya perubahan yang terjadi akibat reformasi bila dilihat daripada aktor pelakunya dapat kita bezakan menjadi faktor luaran yang mempunyai erti bahwa TNI mendapatkan desakan ataupun campurtangan seorang aktor yang memang bukan berasal daripada TNI. Manakala faktor dalaman pula mempunyai erti bahawa perubahan yang terjadi memang merupakan suatu niat baik oleh pihak TNI yang menginginkan berjalannya proses reformasi secara keseluruhan.

3.3 Faktor Luaran Seperti yang dijelaskan faktor luaran ini ialah perkara yang mempengaruhi perubahan tentera yang berasal bukan daripada pihak tentera sendiri, faktor luaran ini. Salah satu contoh daripada ini ialah tekanan kuat yang diberikan oleh golongan civil terhadap militari dengan alasan bahawa peranan tentera seharusnya membantu berjalannya proses demokrasi dan bukannya menggelakkan proses demokrasi tersebut. Tekanan yang diberikan oleh golongan bukan militari ini terdiri dari berbagai-macam bentuk, terutamanya berbentuk kritikan oleh golongan civil yang sangat kecewa dengan perlakuan pihak militari ketika orde baru dan diluahkan dengan perasaan balas dendam.

41

Salah satu faktor luaran yang memberikan impak langsung kepada perubahan peranan militari ini ialah setelah jatuhnya presiden Soeharto pada tahun 1998 para penggantinya bukan lagi berasal daripada kumpulan tentera misalnya Habibie, Gus Dur dan Megawati, meskipun pada presiden yang sekarang kembali lagi kepada bekas tentera iaitu Susilo Bambang Yudhoyono. Hal tersebut memberikan impak kerana pada masa kepimpinan habiebie, Gus Dur dan Megawati proses reformasi baru sahaja berlangsung sehingga tekanan pada masa kepimpinan mereka sangat berpengaruh dan juga mereka merupakan bukan wakil daripada militari(Yuddy Crisnadi 2004). Perubahan yang terjadi selain adanya campurtangan daripada presiden tetapi juga merupakan bentuk penolakan oleh mahasiswa dan masyarakat awam yang ketika itu sangat kuat menyuarakan demokrasi dan anti status quo ( Abdul Malik 2003). Manakala desakan yang kuat juga datang dariapada beberapa tokoh-tokoh politik di Indonesia yang menyuarakan supaya TNI tidak lagi terbabit dalam politik langsung seperti yang dilakukan pada zaman Orde Baru dahulu. Diantara tokoh-tokoh yang menyuarakan adalah sebagai berikut Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Asman Budi Santoso, Rizal Ramli, Amien Rais, Eep Saefullah Fatah. Dalam menyampaikan ideide dan usulan kepada militari para tokoh mempunyai perbezaan ada yang menggunkan cara yang halus seperti Asman Budi Santoso, manakala yang menyuarakan sega keras adalah seperti Amien Rais. Dalam pandangan mereka mempunyai kesamaan misalnya mereka sepakat bahawa perubahan mesti dilakukan dalam tentera demi berlangsungnya proses demokrasi yang sedang dilaksanakan di Indonesia. Selain daripada tokoh-tokoh diatas tadi beberapa pakar juga melakukan suatu seminar yang bertajuk menata kembali hubungan civil-militari di Indonesia yang di laksanankan di universiti Indonesia pada 21-22 September 1999. Dalam acara dua hari itu, hadir anggota-anggota kumpulan pakar di bidang militer yang terdiri dari Ikrar Nusa Bhakti (LIPI), Indria Samego (LIPI), Marsillam Simanjuntak (konsultan),

42

Bondan Gunawan (Ketua Pokja Fordem), Djoko Suryo (UGM), Arbi Sanit (UI), Irwansyah Hasibuan (Direktur Eksekutif Muslim Institute, Medan), Syamsuddin Haris (LIPI), Purnama Kusumaningrat (Pemred Majalah Pilar), Syamsul Kahar (Pemred Serambi Indonesia, Aceh), dan Salim Said (konsultan). Salah satu hasi seminar tersebut adalah sebagai berikut. Penghapusan Pelaksanaan Dwifungsi
o

Jabatan kekaryaan yang masih ada agar dihapus dalam waktu enam (6) bulan.

Perwira TNI aktif tidak boleh menduduki jabatan-jabatan dalam birokrasi sipil.

o o

Penghapusan Bakorstanas dan Bakorstanasda. Penghapusan Ditjen Sospol Depdagri dan perpanjangannya di daerah

Dari penjelasan diatas dapat kita perhatikan bahawa faktor luaran ini memang sesuatu yang dan jelas hal itu telah kita ketahui bahawa kuatnya desakan-desakan yang diberikan oleh masyarakat awam ataupun mahasiswa serta para tokoh-tokoh masyarakat yang menginginkan agar terjadinya perubahan kearah demokrasi yang menjadi tujuan reformasi yang terjadi pada 1998. Apatah lagi bila kita melihat hasil seminar diatas yang dengan jelas menolak adanya dwifungsi TNI.

3.4 Faktor Dalaman

43

Faktor dalaman seperti yang telah dijelaskan tadi memiliki makna bahawa sebarang impak yang membawa kepada perubahan kepada peranan tentera yang datangnya daripada pihak tentera sendiri. Ini bermaksud faktor dalaman berlawanan dengan faktor luaran sepertimana yang telah kita ketahui secara am nya. Untuk menjelaskan faktor dalaman ini perlu diketahui bahawa apa yang menjadi kayu pengukur adalah keaktifan ataupun keikutsertaan seorang individu dalaman tentera dalam meramaikan dan mengubah struktur yang berada dalam tentera sendiri. Perubahan yang terjadi perlu diiktiraf juga bukan sahaja berasal daripada tekanan pihak bukan tentera yang memaksa kepada perubahan tersebut tetapi perubahan itu juga tidak akan berjalan kalau sahaja pihak dalaman tentera tidak mahukan perubahan pada peranan tentera. Dan boleh mengakibatkan terjadinya kudeta jika sahaja tentera menolak untuk merubah peranan mereka. Faktor dalaman ini boleh kita sebutkan dengan reformasi dalaman tentera yang membawa maksud bagaimana pihak TNI sendiri mengambil langkah untuk memberikan perubahan pada peranan TNI. Perubahan dalaman yang dilakukan tentera secara langsung membawa perubahan yang benar dan nyata hal ini dapat kita lihat pada tulisan Jendral Wiranto yang berjudul paradigma baru TNI pada tahun 1999 dalam tulisan tersebut yang berisi tentang visi dan persepsi ABRI di dalam menanggapi reformasi dalam TNI sebagai berikut: 1. Sikap dan pandangan politik ABRI tentang paradigma baru peranan ABRI abad 21 2. Sikap dan pandangan politik ABRI tentang paradigma baru peran sosial politik ABRI

44

3. Pemisahan POLRI ( Kepolisian Republik Indonesia) dari ABRI yang telah menjadi keputusan pimpinan ABRI mulai 1 april 1999 sebagai tahapan transformasi awal 4. Penghapusan wansospolpus dan wansospolda tingkat 1 5. Perubahan staf sosial politik menjadi staf territorial 6. Likuidasi syawan ABRI, kamtibnas ABRI dan Babinkar ABRI 7. Penghapusan sospoldam, babinkardam, sospolrem dan sospoldim 8. Penghapusan kekaryaan ABRI melalui keputusan pencen atau alih status 9. Pengurangan jumlah fraksi ABRI di DPR dan DPRD I/II 10. ABRI tidak akan pernah lagi terlibat dalam politik praktis atau dalam istilah inggeri day to day politic 11. Pemutusan organisatoris dengan parti Golkar dan mengambil jarak yang sama dengan semua parti politik yang ada. 12. Komitmen dan konsistensi neutralititi ABRI dalam pilihan raya 13. Perubahan paradigma hubungan ABRI dan keluarga besar ABRI ( KBA) 14. Revisi perangkat lunak ( software) berbagai doktrin ABRI disesuiakan dengan era reformasi dan peranan abri abad ke 21 sumber data Analisis CSIS 1999 no 2 Selain daripada Jendral Wiranto.Wakil Kepala Dinas penerangan umum Puspen ABRI Brigjen TNI Sudrajat menyatakan bahwa TNI dan POLRI melakukan 10 prioriti reformasi. Diantara 10 prioriti itu salah satunya adalah putus hubungan dengan Golkar.. Bukan hanya ABRI yang lepas dari Golkar, tapi juga unsur yang tergabung dalam keluarga besar TNI lainnya menurut beliau pemisahan atau pemutusan TNI/Polri dengan keluarga besar ABRI itu dilakukan untuk menghindari pemihakan. ABRI juga mengatakan bahwa dalam 10 langkah utama reformasi itu.

45

Adapun 10 langkah reformasi TNI/POLRI itu adalah: 1. Melakukan Pemisahan POLRI 1 April 1999 2. Melakukan Penghapusan Dewan Sospol di TNI 3. Penghapusan staf kekaryaan dan Babinkar (Badan Pembina Kekaryaan) 4. Penghapusan kekaryaan TNI/Polri melalui keputusan pensiun 5. Mengurangi jumlah ABRI di DPR. 6. Abri dalam hal ini TNI/Polri tak mau terlibat politik praktis sehari-hari 7. Pemutusan hubungan organisatoris dengan Partai Golkar 8. Mewujdukan Netralitas ABRI, TNI/Polri 9. Melakukan perubahan paradigma hubungan secara politis antara ABRI dengan Keluarga Besar ABRI. 10. Melakukan revisi doktrin ABRI yang sesuai dengan tuntutan reformasi Abad 21 sumber data detik.com tahun 1999 Daripada pernyataan di atas memang sudah sangat jelas bahawa keinginan untuk merubah TNI daripada faktor dalaman adalah sangat kuat, hal ini terbukti dengan beberapa orang ahli tentera yang mempunyai jawatan yang tinggi adalah ketika Jendral Wiranto dan juga Brigjen Sudrajat dalam keadaan yang berasingan masingmasing menginginkan suatu perubahan untuk memastikan bahawa terjadinya perubahan. Pada asasnya reformasi dalaman TNI adalah bertujuan untuk mewujudkan TNI yang professional, efektif, efisyen dan moden sebagai alat pertahanan dalam Negara Indonesia yang demokratik (Mabes 2001). Perkara tersebut dimaksudkan agar TNI dapat bersama-sama dengan elemen bangsa yang lainnya menyokong proses reformasi supaya berjalan secara baik.

46

Hakikat reformasi dalaman TNI adalah bertujuan untuk memantapkan jati diri TNI dalam kehidupan negara Indonesia yang demokratik dan moden. Usaha itu merupakan suatu proses yang memerlukan waktu dan tahap yang bersifat konsepsual, konstitusional dan beransur-ansur sesuai dengan perkembangan atau tuntutan zaman. Pada taraf polisi dan strategi hakikat implementasi reformasi dalaman TNI adalah untuk menyedarkarkan akan posisi dan keberadaan institusi TNI dalam fungsi pertahanan sebagai bahagian daripada sistem nasional dengan autoriti yang sesuai dengan peraturan perundangan pada tingkat pelaksanaan, implementasi reformasi dalaman TNI bermakna membina sikap professional , disiplin, dan kesedaran undangundang serta aktualisasi identiti dan jati diri TNI sebagai tentera rakyat (Mabes TNI 2001). Jika diperhatikan rumusan hakikat reformasi dalaman TNI itu, ia mengandungi beberapa makna inti. Pertama fungsi TNI adalah ialah hanya sebagai alat pertahanan dan sebahagian daripada sistem nasional yang autoritinya di tentukan oleh undangundang; ertinya TNI tidak akan lagi memiliki fungsi sosiopolitiknya seperti pada masa lepas. Pada masa orde baru ABRI bukan sahaja memiliki Dwifungsi tetapi telah menjalani multifungsi,-sebagai pemain politik, sebagai birokrasi, menguasai lembaga eksekutif, legislative dan juga yudicari serta menjadi peniaga baik yang berada di pusat mahupun di daerah-daerah yang mengakibatkan lemahnya sifat profesionalisme tentera. Hakikat kedua daripada reformasi dalaman TNI ialah untuk menumpukan pembinaan pada profesionalisme, disiplin dan kesedaran undang-undang; ertinya peningkatan profesionalisme sebagai tentera yang berfungsi sebagai alat pertahanan negara harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin hal ini dikeranakan agar para askar TNI dapat menjadi contoh dan juga teladan kepada rakyat serta memiliki kemapuan

47

untuk melaksanakan tugasan. Ketiga adalah bahawa implementasi identity jati diri TNI sebagai tentera rakyat, tentera pejuang dan tentera nasioanal harus ditegakan kembali kerana perkara itu merupakan inti reformasi dalaman TNI. Dalam kesempatan yang lain pula (Mayjen Saurip Kadi 1999) ianya membincangkan peranan TNI di masa hadapan. Menurut beliau tentera seharusnya melakukan reformasi dengan mengarahkannya kepada bagaimana tentera atau TNI boleh menyatu dalam aturan politik Indonesia yang baru, meskipun sesungguhnya masih banyak nilai-nilai asas yang sesuai apatah lagi seperti yang diketahui bahawa tentera muncul bersama dan tumbuh dalam perjalanan republik ini akan tetapi ianya digunakan untuk menghubungan pada pelencongan masa lalu tentera sendiri. Oleh sebab itulah TNI memerlukan sebuah halatuju yang berasas : 1. redefinisi 2. reaktualisasi 3. revitalisasi 4. restrukturisasi Kesemua konsep di atas akan menilai semula pada peranan tentera terhadap keadaan politik di Indonesia, yang menjadi masalahnya apakah konsep tersebut sudah mencukupi untuk menciptakan suatu perubahan yang ketara pada zaman belum reformasi dan sesudahnya. Ke-empat konsep tersebut merupakan dasar bagaimana faktor dalaman tentera juga menginginkan adanya perubahan peranan tentera untuk menyesuaikan dengan keadaan di era reformasi ini. Adapun penjelasan daripada konsep-konsep di atas adalah berikut:

48

pertama adalah Redefinisi TNI, yang mempunyai maksud pengertian semula terhadap fungsi TNI yang kembali kepada asasnya iaitu sebagai kekuatan pertahanan dan keamanan sesuai dengan konsep profesionalisme militari dengan resiko bahawa peran sosial politik tentera harus dicabut termasuklah menghapus kedudukan tentera dalam parlimen.

Yang kedua pula Reaktualisasi yang mempunyai makna bagaimana TNI memainkan peranannya sesuai dengan perkembangan zaman. Dengan lain perkataan TNI mesti boleh beradaptasi dengan nilai-nilai sosial politik yang sekarang dengan menghadapi dilemma. Disatu sisi TNI sebagai tentera rakyat yang telah bersatu dengan rakyat sejak mula lagi TNI didirikan dan yang kedua sebagai tentera pejuang yang mempunyai fungsi jelas dalam bidang pertahanan dan keamanan. Dalam reaktualisasi ini sebagai resikonya ialah TNI mesti membawa setiap program kerja mereka dan mendapat persetujuan daripada parlimen iaitu MPR (majlis permusyawarahan rakyat) . manakala dalam hal operasi militer pula TNI mesti meminta restu daripada DPR ( dewan perwakilan rakyat ) kecuali dalam keadaan kecemasan presiden boleh langsung memberi arahan kepada TNI akan tetapi semuanya masih lagi diatur dalam undang-undang yang berkuatkuasa.

Konsep ketiga ialah Revitalisasi TNI membawa maksud kepada pembaruan TNI dalam bidang kejiwaan, diharapkan dengan adanya pembaruan ini kondisi mental prajurit yang tertulis dalam sapta marga semakin kukuh dalam ertian terjadinya keseimbangan antara kondisi fizikal dan juga rohani yang seimbang kepada seluruh anggota tentera sehingga ianya boleh menghasilkan tenteratentera yang memiliki jiwa kesatria dengan rasa tanggung jawab serta memiliki

49

morality yang baik dan menggelakkan daripada sifat yang suka menimpakan kesalahan terhadap orang lain. Dan konsep yang terakhir ialah Restrukturisasi TNI pada hal ini membawa maksud mengadakan pengaturan semula TNI dalam bidang stuktur organisasi daripada tingkatan yang paling atas sampai tingkatan yang bawah sekali. Manakala dalam hal yang lain pula pengubahsuaian TNI lebih diberi tekanan kepada perubahan imej TNI sebagai kekuatan pertahanan Negara dalam era demokratisasi ini dengan berasaskan pada nilai-nilai profesionalisme, efektifiti, transparansi dan desentralisasi. Keempat konsep tersebut telah di perkatakan diatas tadi merupakan faktor yang mendorong kepada perubahan peranan tentera, ertinya pihak tentera sendiri mengingkan perubahan pada tubuh tentera sendiri. Sehingga dapat kita katakana bahawa faktor yang ikut merubah peranan tentera ialah salah satu nya faktor dalaman tentera sendiri. 3.5 Kesimpulan Pada bab ini kita telah membincangkan tentang dua faktor perubahan yang menyebabkan perubahan dalam peranan tentera kemudian. Kedua faktor tersebut ialah faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran disebabkan pengaruh daripada pihakpihak diluar tentera yang mendesak dan menyokong untuk terjadinya perubahan peranan pada tentera. Manakala faktor dalaman pula ialah faktor perubahan yang disebabkan oleh pihak dalaman tentera sendiri. Ertinya individual pihak tentera sendiri menginginkan perubahan dalam tentera sendiri. Proses faktor dalaman ini juga biasa disebu dengan reformasi dalaman

50

Bab IV

Implementasi Perubahan Peranan Tentera Selepas 1998

4.1 Pendahuluan. Jika dalam bab sebelumnya kita membincangkan dan menjelaskan apa sahaja faktorfaktor yang menyebabkan perubahan peranan tentera selepas 1998 dalam bab ini memberi tumpuan adalah pada kesan daripada faktor-faktor tersebut. Setelah itupula akan menjelaskan kesan-kesan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tentera dalam hal ini akan cuba menjelaskan perubahan setelah mendapat dorongan daripada dalaman tentera sendiri bagaimanakah perubahan itu berkembang dan sesuai dengan tujuan asal. Kesan-kesan yang diberikan akan di jelaskan bagaimana ianya berubah dan juga cuba di jelaskan dengan cara yang singkat dan ringkas. Pada akhir bab seperti biasa akan ditutup oleh rumusan yang mengandungi seluruh isi bab ini. 4.2. Perubahan-Perubahan Yang Terjadi Sebagai mana yang telah kita ketahui pada bab sebelumnya kita mengetahui bahawa peranan tentera mengalami penyimpangan daripada yang telah diamanatkan oleh undang-undang kerana telah digunakan untuk kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu sahaja menurut Penyelidik CSIS, J Kristiadi ( 1999:31) menyatakan ABRI tidak lagi memainkan peran sebagai penjaga kedaulatan bangsa dan Negara yang

51

berada diatas segala kepentingan individu dan kelompok. Ia membuat megawal dan digunakan hanya untuk kepentingan politik Presiden Soeharto. Akibatnya ABRI selalu menghalang kebebasan rakyat bahkan sampai menyakiti hati rakyat. Itulah kerana paradigma lama TNI mengedepankan bidang keamanan dan stabiliti yang berlebihan. Setelah hal itu paradigma baru TNI adalah merupakan punca perubahan peranan TNI adakah pada paradigma baru TNI ini dan juga perkembangannya telah menghasilkan suatu perubahan peranan tentera. Hal tersebut merujuk kepada bab sebelumnya yang membahaskan apakah rancangan perubahan yang telah di rakamkan oleh pihak tentera pada masa awal reformasi telah bergerak dan berkembang sehingga menghasilkan perubahan yang benar-benar kelihatan. Dwifungsi ABRI merupakan perubahan yang paling ketara kerana itulah yang menjadi hambatan bagi berjalannya proses demokratisasi ketika tentera masuk campur kepada bidang politik mengakibatkan terjadinya peranan yang bertindan lapis. Adapula perubahan dalam bidang wilayah di TNI. 4.3 Perubahan Dwifungsi Perubahan yang paling mendesak adalah perubahan pada dwifungsi ABRI yang menolak peranan tentera dalam menceburi bidang sosial politik dalam sebuah Negara yang sebenarnya di anggapkan merupakan lahan daripada masyarakat civil. Hal ini jelas kerana dwifungsi merupakan asas daripada penglibatan tentera. Perubahan ini dapat kita lihat dalam rang undang-undang yang telah ditetapkan ketetapan MPR No.VII/MPR/2000 dan undang-undang No. tahun 2002 pada bab dua ayat dua yang berbunyi seperti berikut : Bab kedua Jati Diri Ayat 2

52

Jati diri Tentara Nasional Indonesia adalah: a. Tentara Rakyat, yaitu tentara yang anggotanya berasal dari warga negara Indonesia; b. Tentara Pejuang, yaitu tentara yang berjuang menegakkan Negara Kesatuan Republik Indonesia dan tidak mengenal menyerah dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugasnya; c. Tentara Nasional, yaitu tentara kebangsaan Indonesia yang bertugas demi kepentingan negara di atas kepentingan daerah, suku, ras, dan golongan agama; d. Tentara Profesional, yaitu tentara yang terlatih, terdidik, diperlengkapi secara baik, tidak berpolitik praktis, tidak berbisnis, dan dijamin kesejahteraannya, serta mengikuti kebijakan politik negara yang menganut prinsip demokrasi, supremasi sipil, hak asasi manusia, ketentuan hukum nasional, dan hukum internasional yang telah diratifikasi.

Dalam perundangan diatas sudah cukup jelas bahawa terjadi perubahan peranan kerana TNI tidak lagi mempunyai kuasa untuk mencampuri masalah politik Negara secara langsung. Daripada undang-undang ini pulalah yang akan mempengaruhi segala perubahan peranan tentera secara am nya. Seperti yang telah kita ketahui juga bahawa konsep dwifungsi inilah yang menjadi punca kepada segala kuasa yang disalahkan gunakan oleh tentera pada zaman orde baru.sehingga dengan menghapuskan konsep dwifungsi itu sendiri telah menutup saluran-saluran yang lain daripada peran tentera. Maksudnya dengan memberikan batasan peranan tentera hanya kepada aspek keamanan dan pertahanan Negara telah memotong peranan tentera dalam bidang sosial dan politik itu sendiri. Selain itu pula telah di undang-undangkan tentang apakah fungsi dan peran serta tugas dari TNI seperti yang tertulis pada bab keempat ayat , 6 dan 7 yang berbunyi:

53

Fungsi dan Tugas

Bagian Kedua Fungsi Ayat 6 (1) a. TNI, sebagai alat pertahanan negara, berfungsi sebagai: penangkal terhadap setiap bentuk ancaman militer dan ancaman bersenjata dari

luar dan dalam negeri terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah, dan keselamatan bangsa; b. c.
(2)

penindak terhadap setiap bentuk ancaman sebagaimana dimaksud pada ayat (1) pemulih terhadap kondisi keamanan negara yang terganggu akibat kekacauan Dalam melaksanakan fungsi sebagaimana dimaksud pada ayat (1), TNI

huruf a; dan keamanan. merupakan komponen utama sistem pertahanan negara. Perubahan dalam bahagian ini sangat jelas bahawa TNI hanya menjadi alat pertahanan negara. Dan tidak lagi berperanan secara aktif dalam politik di Indonesia. Fungsi sebagai alat pertahahan ini sesuai dengan reformasi dalaman. Ini juga sangat sesuai dengan keinginan tentera untuk bersifat profesional. Bagian Ketiga Tugas Ayat 7

54

(1)

Tugas pokok TNI adalah menegakkan kedaulatan negara, mempertahankan

keutuhan wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia yang berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, serta melindungi segenap bangsa dan seluruh tumpah darah Indonesia dari ancaman dan gangguan terhadap keutuhan bangsa dan negara. Dari undang-undang di atas sudah jelas kalau TNI sekarang mengalami perubahan yang cukup penting kerana kelainan peranan, fungsi dan juga tugas sebagaimana tertulis diatas secara terang sudah diberikan garis panduan bagaimana semestinya TNI mengambil sikap di era perubahan ini. Setalah mengalami perubahan pada aspek perundangan maka perlu kita lihat pula perubahan yang telah di akibatkan oleh reformasi dalaman daripada tentera sendiri, pada bab sebelumnya kita membahas bahawa memang pihak tentera sendiri menginginkan adanya perubahan tentang bagaimana sikap tentera pada masa ini dan ianya menuju kearah menjadikan TNI sebagai TNI yang Profesionaliti.

Dengan bergantinya pemerintahan dan format politik tahun 1998, untuk dapat mengabdikan diri bagi bangsa dan negara secara maksimal sebagaimana dimaksud para founding fathers, TNI telah dan sedang melakukan reorientasi postur, tugas, fungsi, dan perannya dalam kehidupan bangsa dan negara.

Sebagaimana diulas banyak pihak, selama tiga dekade sejak 1965 bersama kekuatan politik lainnya, TNI pernah menjalankan peran sebagai penopang utama pemerintahan yang sentralistik. Dengan segala kompleksitas dan konsekuensinya, TNI saat itu menjalankan peran amat dominan; bukan saja di bidang pertahanan dan keamanan saja, tetapi juga pada berbagai aspek kehidupan lain, khususnya politik. Posisi-posisi

55

penting penyelenggara negara dari tingkat pusat hingga desa banyak diduduki personel TNI. Kebijakan pemerintah dan politik negara saat itu banyak diwarnai pendekatan keamanan. Memang kadang dirasa tidak selalu pas sehingga menimbulkan kritik dan sorotan tajam kalangan masyarakat. Posisi dominan seperti itu memberi banyak kelebihan keadaan yang boleh disebut sebagai suatu jebakan yang nyaman (comfort zone trap). Kondisi demikian menyebabkan terjadinya pergeseran cara pandang prajurit TNI yang semula berorientasi aspek pertahanan-keamanan menjadi berorientasi pada politik praktis, jawatan-jawatan politik, bahkan kepentingan bisnis yang tidak selamanya konsisten dengan misi utama tentara sebagai penjaga kedaulatan negara. Menengok ke belakang, sebenarnya berkuasanya peranan tentara di masa lalu,

semata-mata bukan kehendak TNI. Hal ini didorong perubahan tatanan politik yang lalu melahirkan Orde Baru. Pada awal 1960-an, hampir semua pihak mendekat dan mendukung TNI, terutama bagi mereka yang merasa tidak nyaman dengan makin kuatnya pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI). Rakyat yang takut pada kedigdayaan PKI dan tidak dapat menerima pemerintahan komunis bersama-sama menyusun barisan di belakang TNI; termasuk kelompok mahasiswa, intelektual, organisasi pemuda, buruh, tani, nelayan, hingga partai-partai politik. Namun, reformasi kehidupan kenegaraan 1998 menjadi titik balik sejarah TNI. Meski banyak pihak mulai mencemaskan perjalanan dan masa depan proses reformasi, yang dinilai makin tidak jelas arahnya, di sisi lain masyarakat mendapat keterbukaan dan kebebasan luar biasa. Pers bebas mengemukakan kritik kepada pemerintah, kekuasaan yang semula terpusat di wilayah eksekutif kini menyebar ke legislatif; dan aspirasi untuk menyuburkan kehidupan yang lebih demokratis mendapat tempat amat terbuka.

56

Singkatnya, negara dan pemerintah yang dulu serba sentralistik kini menjadi negara dengan pemerintah yang memiliki kekuasaan yang terpisah-pisah. Dalam situasi seperti ini, sukar bagi kekuatan politik dan kelompok mana pun mendominasi kehidupan bernegara. Semua pihak harus melakukan penyesuaian, termasuk TNI. Disadari, tuntutan bagi lahirnya kehidupan bernegara yang lebih demokratis mengubah hubungan sipil- militer. Peran dominan tentara seperti di masa lalu tidak mungkin berlanjut. Itu semua memaksa TNI menata kembali posisi dalam format kehidupan politik dan kenegaraan agar keberadaannya dapat memberi kontribusinya maksimal bagi bangsa. Karena itu, reformasi dalam tubuh TNI merupakan kemustahilan. Salah satu tonggak penting perubahan posisi dan peran TNI adalah Tap MPR No VII/MPR/2000 tentang Peran Tentara Nasional Indonesia dan Peran Kepolisian Negara Republik Indonesia. Tap MPR ini merupakan dokumen penting yang menjadi dasar penataan selanjutnya. Dalam Tap itu disebutkan, TNI adalah alat negara yang berperan sebagai alat pertahanan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dengan tugas pokok menegakkan kedaulatan negara, keutuhan wilayah NKRI berdasarkan Pancasila dan UUD 45, serta melindungi bangsa dan seluruh tumpah darah Indonesia dari ancaman serta gangguan atas keutuhan bangsa dan negara republik Indonesia. TNI juga melaksanakan tugas negara dalam penyelenggaraan wajib militari bagi warga negara yang diatur dengan undang-undang, serta TNI berkewajiban memberikan bantuan berupa penyelenggaraan tugas kemanusiaan (civic mission).

57

Memberi bantuan kepada Kepolisian Negara RI dalam tugas keamanan atas permintaan yang diatur undang-undang, serta aktif dalam tugas pemeliharaan perdamaian dunia (peace keeping operation) di bawah PBB. SALAH satu isu pokok reposisi peran TNI adalah keterlibatannya dalam proses penyelenggaraan negara. Dalam Tap MPR yang sama, peran TNI dirumuskan bahwa kebijakan politik negara merupakan dasar kebijakan dan pelaksanaan tugas TNI; TNI bersikap netral dalam kehidupan politik dan tidak melibatkan diri kegiatan politik praktis; TNI mendukung tegaknya demokrasi, menjunjung tinggi hukum, dan HAM; anggota TNI tidak menggunakan hak memilih dan dipilih. Keikutsertaannya dalam menentukan arah kebijakan nasional disalurkan melalui MPR paling lama hingga tahun 2009 dan anggota TNI hanya dapat menduduki jabatan civil setelah mengundurkan diri atau pensiun dari dinas ketenteraan. Kelanjutannya, disusun pedoman normatif yang lebih operasional tentang proses reformasi dan penataan kembali institusi dan peran TNI dalam Program Pembangunan Nasional (Propenas) 2000-2004, yang merupakan pedoman pelaksanaan pembangunan nasional di tiap sektor. Pokok-pokok kebijakan pembangunan nasional di bidang pertahanan dan keamanan dalam Propenas itu meliputi: menata kembali TNI sesuai paradigma baru secara konsisten melalui reposisi, redefinisi, dan reaktualisasi peran TNI sebagai alat negara; mengembangkan sistem pertahanan rakyat semesta yang bertumpu pada kekuatan rakyat dengan TNI dan Polri sebagai kekuatan utama didukung komponen lain dengan meningkatkan kesadaran bela negara melalui wajib latih dan membangun kondisi juang, serta mewujudkan kebersamaan TNI, POLRI, dan rakyat.

58

Meningkatkan profesionalitas TNI, meningkatkan rasio kekuatan komponen utama, dan mengembangkan kekuatan pertahanan keamanan kewilayahan yang didukung sarana, prasarana, dan anggaran memadai; serta memperluas dan meningkatkan kualitas kerja sama bilateral bidang pertahanan dan keamanan dalam rangka memelihara stabilitas keamanan regional dan turut berpartisipasi dalam pemeliharaan perdamaian dunia.

Dua dokumen penting itu adalah koridor bagi langkah-langkah pembenahan dan reposisi peran dan fungsi TNI dewasa ini dan akan terus berlanjut di masa datang. Oleh Pimpinan TNI dua pedoman itu dijabarkan dalam program kerja dan langkah langkah seperti berikut:

Pertama, melanjutkan agenda reformasi internal TNI utamanya perubahan kultur prajurit, melalui konsistensi sikap untuk benar-benar menjadikan diri sebagai alat negara di bidang pertahanan dengan sekali-kali tidak memasuki wilayah politik praktis dan partisan.

Kedua, melanjutkan proses menjadikan prajurit TNI profesional dan disiplin yang menjunjung tinggi hukum dan HAM guna meningkatkan kemampuan dalam melaksanakan tugas pokok dan fungsi utama melalui penyempurnaan kurikulum disemua tingkatan pendidikan dan juga penyempurnaan materi latihan. Ketiga, memelihara kehidupan prajurit yang sehat dengan menghargai prestasi dan profesional serta pemberian sanksi secara proporsional bagi mereka yang melanggar hukum dan indisipliner (reward and punishment) yang harus konsisten diterapkan melalui jalur hukum, bagi prajurit indispliner, baik itu yang dilakukan di medan tugas

59

maupun di home base melalui pengadilan militer atau pengadilan koneksitas serta penjatuhan sanksi administratif berupa pemecatan atau pencopotan dari jabatan. Keempat, berpartisipasi aktif dalam menyelesaikan setiap masalah bangsa seperti kasus gerakan separatis, konflik horizontal, terorisme secara proporsional sesuai peran dan tugas TNI. Kita bersyukur, kondisi konflik horizontal di Kalimantan Barat, Poso, dan Maluku dapat diatasi, sementara gangguan keamanan oleh GAM di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam berangsur-angsur telah membaik. Kelima, proaktif menyelenggarakan kegiatan kemanusiaan (civic mission) dalam membantu meringankan kesulitan masyarakat, diminta atau tidak. Keenam, siap mengemban tugas dalam pemeliharaan perdamaian dunia di bawah bendara PBB (peace keeping operation). Langkah-langkah itu ditekadkan untuk terus dilakukan meski kondisi TNI dan bangsa yang sedang terbatas. Rendahnya kemampuan keuangan negara tidak memungkinkan alokasi anggaran memadai bagi kesejahteraan prajurit. Jangankan memodernisasi alat dan persenjataan, untuk pemenuhan kebutuhan dan pemeliharaan pun masih jauh dari mencukupi. Cercaan dan hujatan yang terus-menerus kepada TNI menyebabkan sebagian prajurit mengalami demoralisasi dan demotivasi. Di sisi lain, tuntutan masyarakat akan peran TNI dan penyelesaian berbagai masalah konflik horizontal, separatisme dan terjaminnya kedaulatan serta kehormatan bangsa, menuntut kesiapan tempur dan mobilitas tinggi dari prajurit. Faktor-faktor itu menimbulkan dilema yang sulit dipecahkan. Dengan kata lain, usaha mengembalikan jati diri TNI tidak mudah dilaksanakan, terlebih di tengah tarikmenarik kehidupan politik yang belum sepenuhnya stabil. Hambatan internal dari

60

tubuh TNI yang berpadu dengan aneka tantangan eksternal merupakan isu yang harus ditangani dengan hati-hati.

Meski tantangan dan godaan untuk penataan kembali itu cukup besar, TNI harus senantiasa melihat ke depan, berjuang keras membangun kembali kredibilitas, integritas, demi mengembalikan jati dirinya sebagai pengawal keutuhan negara dan bangsa. Aneka tarikan berbagai kelompok untuk kembali ke gelanggang politik praktis harus disikapi dengan kearifan dan konsistensi ucapan dan tindakan. Perjalanan panjang pasang surut TNI di masa silam cukup menjadi pelajaran berharga agar TNI tak lagi memasuki jebakan wilayah yang melenakan, yang dapat menyeret TNI ke dalam kekeliruan dan distorsi peran.

4.4 Perubahan Paradigma Baru TNI dan Implementasinya Perubahan paradigma yang menjadi satu nilai kerana melalui perubahan inilah tercatat keinginan daripada pihat tentera sendiri untuk melakukan perubahan peranannya dalam politik di Indonesia pada era nreformasi ini Seperti berikut adalah Paradigma Baru yang telah dirumuskan oleh pihak tentera sebagai berikut: 1. TNI akan mengubah posisinya untuk tidak harus di depan. Ertinya posisi pusat yang mereka lakukan pada masa Orde Baru kini diubah untuk memberi jalan pada institusi fungsional yang memang bertugas melaksanakan hal yang bersangkutan.

61

2. TNI mengubah konsep dari selalu menduduki menjadi hanya mempengaruhi. Maksudnya jika pada masa Orde Baru Fungsi TNI adalah sangat luas kini lingkup tersebut diperkecil dan dibatasi pada posisi yang memiliki nilai kepentingan sahaja serta mengurangi penglibatannya dalam bidang politik langsung. Hal ini sesuai dengan perundangan seperti yang telah dibincangkan tadi. 3. Mengubah dari cara-cara selalu mempengaruhi secara langsung menjadi tidak laksung. Ini bertujuan untuk menghindari penglibatan TNI yang berlebihan dalam kegiatan yang tidak ada bersesuain dengan tugas utama TNI sendiri. 4. kesediaan TNI untuk berbahagi kekuasaan dengan golongan bukan tentera. Pembahagian ini dimaksudkan agar peranan tentera dan bukan tentera lebih jelas dan dapat menempatkan posisi masing-masing secara fungsional. Setelah kita melihat paradigma baru TNI adalah penting untuk kita melihat sejauh manakah keinginan tersebut terlaksanakan dalam kenyataannya. Hal tersebut dapat kita lihat dalam implementasi daripada paradigma tentera tersebut sebagai berikut adalah 1. Merumuskan paradigma Baru peranan TNI yang lebih menjangkau kemasa hadapan. 2. Menghapuskan Staf Kekaryaan ABRI, Badan Pembina karyawan ABRI dan staf keamanan dan ketertiban Masyrakat ABRI, yang di sahkan dengan keputusan menteri Pertahanan dan Keamanan/Panglima ABRI (Menhankam/Pangab) No. kep/10/p/XI/1998 tanggal 10 November 1998.

62

3. Menukarkan Asisren Sosiopolitik menjadi Asisten Teritorial atau wilayah, dengan keputusan Menhankam/Pangab No.kep/09/P/XI/1998 tarikh 10 November 1998. 4. memutuskan hubungan organisasi dengan parti Golkar dan mengambil jarak yang sama kepada semua parti politik yang ada, dengan surat telegram No.ST/19/P/1999 tarikh 29 januari 1999. 5. meniadakan kekaryaan ABRI melalui keputusan pencen atau beralih status dengan keputusan Menhankam/Pangab No. Kep/03/P/II/1999 tarikh 15 februari 1999. 6. memisahkan POLRI dan ABRI mulai 1 April 1999 sebagai syarat perubahan awal dengan keputusan Menhankam/Pangab No.kep/05/P/1999 tarikh 31 mac 1999. 7. Menukarkan sebutan ABRI menjadi TNI dengan surat keputusan No. Skep/259/P/IV/1999 pada 12 April 1999. 8. merubah dewan sosiopolitik pusat dan dewan sosiopolitik daerah, dengan keputusan menhankam/pangab TNI No. Kep/09/P/XI/1999 pada tarikh 10 November 1999. 9. Meniadakan sosiopolitik Komando daerah Militari ( Sospoldam ), badan pembinaan kekaryaan komando daerah militari, sosiopolitik komando resort militari dan sosiopolitik komando distrik militari. 10. Menyatakan bahawa TNI tidak akan lagi terbabit dengan proses politik langsung. 11. mengurangkan jumlah ahli parlimen tentera yang ada di DPR dan MPR 12. Melahirkan sikap berkecuali dalam pilihan raya. 13. mengatur kembali hubungan TNI dengan Keluarga besar TNI 14. Menyemak semula doktrin TNI supaya sesuai dengan reformasi dan peranannya.

63

15. Menhentikan Pemilihan calon Kepala Daerah dari ahli tentera yang masih aktif. 16. Miningkatkan pemahaman dan sedar undang-undang dan hak asasi manusia kepada ahli TNI. ( Sumber Mabes TNI 2001:14-15, 22-25) Apa yang terpenting daripada senarai implementasi TNI tersebut adalah bagaimana doktrin Dwifungsi ABRI yang secara tertulis telah meninggalkan peranannya dalam kegiatan politik langsung, TNI bersifat berkecuali dalam politik dan perumusan peranan TNI yang hanya mengarah kepada Pertahanan Negara. Selain itu penafian kekaryaan TNI melalui keputusan pencen atau beralih status adalah reformasi dalaman yang cukup berkesan dalam menghapuskan Dwifungsi ABRI. Kerana ianya menghapus anggapan bahawa untuk mendapatkan kerjaya politik boleh melalui kekaryaan yang ada pada tentera dahulu. Melalui beberapa perubahan yang telah disebutkan diatas tadi diharapkan menjadikan sebagai asas baru TNI dalam memainkan peranannya pada era reformasi ini. Selain itu masih ada lagi perubahan peranan TNI yang cukup signifikan memandangkan ianya adalah peralihan daripada sebuah tentera yang merasa dirinya tentera perang kemerdekaan yang mempunyai fungsi sebagai penjamin intergriti rakyat serta pelindung rakyat kepada tentera profesionalisme. 4.5 Pembangunan Tentera Profesionalisme Dalam pembangunan perubahan peran tentera ianya juga termasuk didalamnya adalah keinginan daripada TNI sendiri untuk mengarah kepada pembangunan Profesionalisme TNI yang akhirnya merupakan salah satu perubahan yang terjadi di dalam tentera sendiri. Usaha membangunkan tentera yang professional pernah

64

dilakukan sebelumnya oleh T.B simatupang dan A.H Nasution akan tetapi hal itu tidak berhasil dikeranakan banyak di TNI sendiri ketika itu yang berasal bukan dari latarbelakang pendidikan formal dalam bidang militari. Sementara pada masa orde baru pula TNI tidak mampu menjadi tentera yang professional dikeranakan terlalu banyak mencampuri segala bidang dalam kehidupan Indonesia.setelah menyadari kesilapannya pada era reformasi ini TNI merumuskan paradigma baru dan melakukan reformasi dalaman serta bertekad menjadi tentera yang professional yang efektif dan juga moden. Hutington (1957:7-18) menyatakan bahawa ada tiga syarat utama untuk menjadi sesebuah militari yang memiliki profesionalisme yang pertama ialah memiliki kepakaran yang khas dan memrlukan pengetahuan dan kemahiran yang hanya boleh didapatkan melalui pendidikan,latihan dan pengalaman serta selalu mengikuti perkembangan bidang profesinya. Kedua tanggung jawab sosial yang khas, oleh kerana itu militari harus memiliki nilai-nilai moral yang tinggi, mempunyai tanggung jawab kepada rakyat dan Negara kerana tentera bukan milik peribadi pemimpinnya dan tidak boleh melakukan kehendak atau kepentingan perseorangan. Ketiga adala semangat atau karakter l esprit de corps ,maksudnya militari mempunyai autonomi dan kemandirian dalam birokrasi, tradisindan kebiasaanya sendiri sebagai sebuah kumpulan yang membezakan dengan kumpulan lainnya dan terpisah dari masyarakat. Dengan ketiga ciri tersebut dapat di temukan pemikiran militari yang menganggap bahawa segala campur tangan militari kepada politik adalah akan merusak daripada profesionalisme tentera sendiri. Hal ini di dasarkan oleh negaralah organisasi tertinggi. Negara yang hanya wujud jika ada kekuatan militari tetapi kekuatan militari adalah untuk kepentingan Negara.

65

Daripada pedapat diatas kiranya sudah jelas mengapa diperlukannya profesionalisme militari sebagai penjelasan kerana ini juga merupakan perubahan peranan tentera daripada peranan sebagai tentera yang turut campur dalam politik kemudian berubah menjadi peranan tentera yang lebih demokratis dan professional. Untuk merumuskan profesionalisme TNI ini abdoel Fattah (2004) telah mengemukakan enam ciri-ciri sebagai berikut: 1. anggota TNI mestilah pakar dan mahir dalam melaksanakan tugas pertahan Negara atau perang terhadap ancaman musuh luar 2. mengambil sikap berkecuali dan tidak turut campur dalam politik langsung 3. memiliki sikap disiplin, mentaati hukum, dan memiliki l espirit de corps ( jiwa korsa) yang tinggi dan sihat. 4. memiliki moral dan etika ketenteraan yang tinggi 5. menghargai dan membela rakyat secara berpatutan 6. menghargai pihak berkuasa atau supremasi civil rumusan ini memberikan kepastian makna dan ciri-ciri profesionalisme TNI yang kabur. Sehingga ianya mengkuatkan lagi tentang kesungguhan dan keseriusan pihak tentera memang sedang mengadakan sebuah perubahan. Manakala penjelasan tentang masing-masing ciri-ciri diatas hanya akan mengkuatkan pada ciri yang keenam kerana nilai tersebut menegaskan pentingnya bagi pihak militari untuk menghargai supremasi civil. Makna daripada nilai keenam ini ialah bagaimana pihak tentera mengahargai pemerintah yang sah dan berkuasa melalui pilihan raya yang adil, demokratis bebas dan jujur. Makna nya pihak tentera tidak lagi mendominasi melalui peran dwifungsinya untuk mempengaruhi satu-satu parti politik. Serta mengamalkan pendekatan keamanan yang berlebihan sehingga mengekang

66

kebebasan yang dianut dalam sisitem demokratik. Dengan yang demikian pembangunan profesionalisme tentera dilihat sebagai salah satu perubahan yang merupakan kesan daripada faktor perubahan peranan tentera. 4.6 Kesimpulan. Pada bab ini kita membincangkan segala perubahaan ynag terjadi akibat daripada faktor-faktor perubahan itu sendiri perubahan yang tejadi diawali dengan perubahan asas atau doktrin dwifungsi yang merupakan asas kepada semua peranan tentera selama orde baru, kemudian perubahan didalam berbagai sisi seperti kekaryaan, bidang wilayah atau territorial, dan termasuklah perubahan TNI mengikuti rujukan masa. Pada akhir bab diisi dengan pembangunan profesionalisme tentera sebagai salah satu bentuk perubahan peran tentera sendiri.

67

BAB V KESIMPULAN

Dalam bab 1 telah dijelaskan apakah tujuan kajian ialah menjelaskan faktor-faktor apa sahaja yang menyebabkan daripada perubahan peranan tentera selepas 1998 dan juga diambil kira ialah apa-sahaja perubahan peranan tentera. Setelah itu apabila kita melihat secara amnya kajian ini bermula dengan latarbelakang masalah yang menceritakan keadaan tentera di Indonesia sejak zaman awal terbentuk sebagai mana yang telah di jelaskan bahawa tentera di indionesia lahir dan berkembang bersatu dengan rakyat dengan lain perkataan bahawa tentera itu sendiri berasal daripada rakyat yang ketika itu memiliki kesamaan tujuan iaitu untuk melepaskan diri dari penjajah belan sehingga dapat dikatakan bahawa tentera yang ada di Indonesia adalah tentera rakyat,tentera perjuangan kemerdekaan dan bukannya tentera ciptaan sesebuah rezim seperti yang berlaku pada kerajaan sepanyol, inggeris dan juga jerman. Setelah itu berkembang kepada zaman demokrasi liberal dan demokrasi terpimpin dimana tentera telah mulai memainkan peranannya dalam berbagai bidang terutamanya lagi pada zaman demokrasi terpimpin kerana pada saat itu tentera memiliki kekuatan yang sama dengan parti politik ketika itu ialah parti politik komunis Indonesia ( PKI ) yang pada masa itu cukup berpengaruh ketika zaman ini di indonesia memiliki aktor utama dalam menjalankan pemerintahan dan juga politik Indonesia yang pertama adalah presiden soekarno TNI dan juga PKI. Masalah ini terselesaikan oleh PKI yang ingin melaksanakan perampasan kuasa akan tetapi gagal dan dihalangi oleh pihak TNI.

68

Kenaikan Soeharto menjadi presiden merupakan awal baru bagi peranan TNI kepada yang lebih mengambil peranan lagi. Hal ini disebabkan oleh bukan sahaja dari latarbelakang soeharto yang juga tentera akan tetapi lebih di yakinkan lagi dengan doktrin dwifungsi ABRI yang membuat tentera berperanan dalam seluruh kehidupan bangsa Indonesia. Doktrin dwifungsi yang berluasan sehingga mengakibatkan segala bentuk campurtangan militari dalam segala hal, seperti kekaryaan yang memberikan kesempatan untuk tentera dalam berniaga dan menjadi orang birokrasi. Pengawalan kepada seluruh rakyat dilakukan dengan mendirikan satu kumpulan ataupun kelompok pemantau yang diciptakan oleh tentera dalam tujuan untuk mengawal segala pemberontakan yang terjadi. Masa reformasi datang membawa tema pendemokrasian di Indonesia mengalami perubahan ketika soeharto turun, ketika itu juga peranan tentera mendapat kritikan dari segala pihak terutamanya kaum celik pandai dan mahasiswa. Berawal dari datangnya pendemokrasian di Indonesia yang kemudiannya membawa perubahan dalam peranan tentera pada era reformasi tersebut. Perubahan tersebut kita mengenal ada dua faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. Pertama faktor luaran yang merujuk kepada segala bentuk perubahan yang terjadi yang berasal daripada desakan dan aspirasi kelompok atau kumpulan yang berada diluar pihak militari sendiri. Memang perlu di pahami bahawa asal mula daripada perubahan peranan tentera memang berasal daripada tekanan yang diberikan oleh masyrakat dan bukannya daripada pihak tentera sendiri. Dalam faktor luaran ini konsep pendemokrasian sendiri mengambil peranan yang cukup penting kerana menjadi konsep asas yang mehendaki supremasi civil keatas dalam militari dan memberikan ruangan kepada masyarakat civil untuk mengadakan sebuah sistem yang demokrasi.

69

Setelah itu faktor yang kedua ialah faktor dalaman yang membawa erti segala perubahan yang terjadi atas ide daripada pihak dalaman tentera yang dengan sukarela membuka diri dan menerima perubahan tersebut. Meskipun kesadaran mereka pihak dalaman tentera dalam melakukan perubahan peranan tentera datang daripada tekanan dan desakan akan tetapi niat baik dan keinginan yang baik juga memang ada dalam pihak tentera. Faktor dalaman ini memiliki makna yang besar kerana walaupun sudah didesak oleh berbagai pihak tapi jika tidak ada keinginan daripada pihak tentera sendiripun maka perubahan juga tidak menjadi. Perubahan tersebut juga disebabkan para pegawai tinggi TNI memiliki jiwa-jiwa yang membawa perubahan atau reformasi. Setelah mengetahui faktor-faktor perubahan maka selanjutnya kita mengenal beberapa perubahan yang terjadi yang disebabkan oleh kedua faktor tadi. Dalam membahas kedua perubahan tersebut kita melihat dari pandangan apasahaja yang berubah. Diawali dengan doktrin Dwifungsi ABRI yang mengalami perubahan dikeranakan ianya merupakan asas daripada peranan tentera pada masa sebelumnya. Perubahan daripada paradigma TNI juga menambah kejelasan bahawa memang terjadi perubahan kerana pihak TNI mengambil pendekatan baru untuk menjalani perubahan pada era reformasi. Perubahan yang terjadi meliput segala aspek dan bidang terutamanya ialah bidang dwifungsi TNI atau peran sosialpolitik yang merupakan asas daripada peranan tentera dalam keseluruhannya.

70

BIBLIOGRAFI Abdoel Fattah. 2004. Paradigma baru TNI dan pembangunan demokrasi di Indonesia. Jakarta. Desertasi FSSK UKM. Abdul Malik.2003. Militer di era Gus Dur: studi kasus hubungan dengan militer. Jakarta. Skripsi FISIP UI. Affan Gaffar. 1999. Politik Indonesia transisi menuju demokrasi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Alfian. 1978. Pemikiran dan perubahan politik Indonesia. Jakarta: Gramedia. Alfian. 1986. masalah dan prospek pembangunan politik Indonesia. Jakarta: Gramedia Amien Rais. 1986. Pengantar demokrasi dalam proses politik. Jakarta: LP3S. Apter, David. 1993. Politik Modenisasi. Terj. Kamsiah Mohammed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azyumadi Azra. 1999. Menuju Masyarakat Madani : gagasan, fakta dan tantangan. Bandung: PT. Remaja Rasdakarya. Briton, Peter. 1996. Profesionalisme dan ideologi militer Indonesia: perspektif tradisitradisi jawa dan barat. cet 1. Jakarta: LP3S. Cholisin. 2002. Militer dan gerakan prodemokrasi: studi analisis tentang respon militer terhadap gerakan prodemokrasi di Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya. Crouch, Harold. 1985. Indonesia. Dlm. Zakaria Haji Ahmad dan Harold Crouch (Penyt). Military-civilian relation in southeast asia. Singapore: Oxford University Press:288-295. Crouch, Harold.1986. Militer dan politik di Indonesia. Terj. Bandung: Bina Aksara.

71

Eep

Saefullah

Fatah.

1996.

Militer

dalam

dunia

ketiga.

Indikator,

No.23/Th.X/1996:34 Haris Mubarak. 2003. Peranan TNI dalam politik Indonesia dari zaman revolusi hingga ke pasca orde baru. Bangi. Tesis Sarjana FSSK UKM. Haynes, J.2000. Demokrasi dan Masyarakat sipil di dunia ketiga. Terj. P. Soemitro. Jakarta: Yayasa Obor Indonesia. Huntingtong, P. Samuel. 2003. Prajurit dan negara: teori dan politik hubungan militer-sipil. Terj. Jakarta. Grasindo. Imad Abdurrahim Az-Zaghul. 2004. Psikologi militer.Terj. Jakarta: Khalifa. Indria Samego. 1998. Bila ABRI menhendaki. Jakarta: Mizan. Indria Samego. 1998. Bila ABRI berbisnis. Jakarta: Mizan. Indria Samego. 2000. TNI di era perubahan. Jakarta. Erlangga. Leo Suryadinata. 1992. Golkar dan militer: studi tentang budaya politik. Jakarta: LP3S. Mohammad Hatta. 1960. Demokrasi kita. Jakarta: Panji Masyarakat. Mohammad Hatta. 1976. Mendayung antara dua karang. Jakarta: Bulan Bintang. Muhammad Rusli Karim.1989. Peranan ABRI dalam politik. Jakarta: Haji Masagung. Nugroho Notosusanto. 1991. Pejuang prajurit: kosepsi dan implementasi dwifungsi ABRI. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan. Salim Said. 2002. Militer Indonesia dan politik: dulu, kini dan kelak. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan. Saurip Kadi. 2000. TNI-AD: dulu, sekarang dan masa depan. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti.

72

Singh, Bilver. 1995. Dwifungsi ABRI : Asal-usul, aktualisasi dan implikasinya bagi stabilitas dan pembangunan. Terj. Jakarta. Gramedia Pustaka. Stepan, Alfred. 1988. Militer dan demokratisasi. Terj. Jakarta: Midas Surya Grafindo. Sundhaussen, Ulf. 1986. Politik militer Indonesia 1945-1967: menuju Dwifungsi ABRI. Terj. Jakarta. LP3S. Syarwan Hamid. 1997. Peran sospol ABRI. Dlm. Selamat Ginting (Penyt). ABRI dan demokratisasi. Bandung: Mizan. Yahya muhaimin. 1982. Perkembangan militer dalam politik 1945-1966. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Yuddy Crisnandi. 2005. Reformasi TNI: Perspektif baru hubungan sipil-militer di Indonesia. Jakarta: LP3S.

73

Anda mungkin juga menyukai