Anda di halaman 1dari 22

FALSAFAH DAN

KEHIDUPAN
TAKRIF FALSAFAH

 Terdapat aliran-aliran yang berbeza


berasaskan kepada pentakrifan yang berbeza
tentang apa yang dimakusdkan dengan
aktiviti atau ilmu falsafah.
TAKRIF PERTAMA
 Falsafah ataupun philosophy berasal dari perkataan Greek
iaitu philosophia. Philo bermaksud cinta dan Sophia
bermaksud kearifan iaitu cinta kepada kearifan/hikmah
(love of wisdom).
 Penekanannya adalah terhadap kehidupan iaitu falsafah
bertujuan untuk memberikan kita satu panduan tentang
bagaimana untuk melahirkan suatu kehidupan yang baik
yang membawa kepada kebahagiaan.
 Satu pendekatan yang terdapat pada masa dahulu dan juga
Tamadun Greek, Tamadun Asia seperti Tamadun Cina dan
India.
 Mempunyai kaitan rapat dengan fahaman keagamaan yang
juga mempunyai tujuan untuk melahirkan satu kehidupan
yang baik, satu kehidupan insan yang mulia dan
bagaimana mencari kebahagiaan.
 Fokusnya adalah insan dan kemanusiaan itu sendiri.
TAKRIF KEDUA
 Memberi penekanan kepada alam tabi’i iaitu (natural philospophy).
 Wujud teori-teori falsafah yang mengisahkan tentang apakah sifat
alam ini.
 Ia termasuk dalam bidang metafizik dalam kajian falsafah iaitu
cuba mengkaji persoalan:
1. Apakah bentuk realiti sebenar?
2. Apakah alam ini cuma bersifat material ataupun mengandungi
unsur-unsur lain yang real yang bukan bersifat material?
 Persoalannya sudah beralih bukan kepada manusia tetapi kepada
alam tabi’i.
TAKRIF KETIGA
 Falsafah dilihat sebagai suatu aktiviti intelektual yang cuba
menyelesaikan masalah-masalah falsafah.
 Penekanan diberikan kepada:
1. Apakah masalah falsafah tersebut?
2. Apakah penyelesaian dan bentuk-bentuk penyelesaiannya?
 Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang bersifat
akademik yang cuma menghuraikan persoalan-persoalan intelektual
dengan penyelesaian-penyelesaian yang tertentu tanpa
mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan manusia.
 Kesimpulannya, falsafah itu sendiri mempunyai orientasi yang berbeza dan
dengan itu kita boleh memberikan takrifan-takrifan berbeza menurut fahaman
orientasi yang berbeza.
 Namun begitu, satu perkara yang dikongsi bersama oleh ilmu falsafah yang
terdapat di Barat adalah penekanan mereka terhadap kegiatan penyelesaian
masalah (problem solving) dan falsafah itu sebagai sesuatu yang cuba
menyelesaikan masalah.
 Penyelesaian masalah dilakukan dengan menggunakan hujah-hujah yang rasional
dan juga di abad ke-19 dan ke-20 dengan secara logikal ataupun penggunaan
kaedah logik yang melibatkan logik simbolik yang bersifat matematikal.
 Ia merupakan satu bentuk falsafah yang agak berlainan dan baru yang selaras
dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai justifikasi tersendiri.
 Dalam kes falsafah, ianya bersifat justifikasi rasional dan konseptual.
 Ia berbeza dengan falsafah yang terdapat dalam zaman Greek yang
berteraskan kepada persoalan kehidupan dan kebahagiaan.
 Ia juga berbeza dengan falsafah-falsafah yang terdapat dalam
falsafah Timur yang tidak bersifat konseptual tetapi lebih kepada
kata-kata hikmah yang apa yang kita harapkan sebagai wisdom.
 Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam menggunakan logik
dan rasionaliti, tetapi lebih kepada kaedah induktif dan metafizikal
keinginan untuk menghuraikan realiti mengikut pandangan ataupun
vision masing-masing yang tidak semestinya berdasarkan hujah
rasional semata-mata.
FALSAFAH TEORITIKAL
 Falsafah yang merujuk kepada persoalan-persoalan dasar
yang memerlukan satu usaha intelektual yang mendalam,
untuk menjawab persoalan-persoalan dasar tadi.
 Diskusinya tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang
nyata tetapi ianya menjawab keinginan untuk mengetahui
sesuatu perkara yang dasar itu.
 Contohnya, bidang metafizik, logik dan epistemologi.
METAFIZIK

 Mengkaji persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan realiti itu?
2. Apakah realiti perkara yang wujud itu?
 Ini semua perkara yang asas dan dasar tentang hakikat
kewujudan.
 Tidak ada satu kegunaan yang praktikal hasil daripada
ilmu mengenai perkara tersebut.
EPISTEMOLOGI
 Menjawab persoalan-persoalan:
1. Apakah sifat ilmu itu?
2. Apakah ilmu itu boleh dipercayai ? Jika boleh atas dasar apa?
 Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana ilmu-ilmu yang
tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu yang khusus tetapi ilmu
secara menyeluruh.
 Dengan itu, tidak ada aplikasi secara langsung yang boleh
didapati daripada perbincangan tentang ilmu yang sedemikian.
LOGIK
 Logik dalam bentuk logik matematik
begitu abstrak sekali sehingga ianya
tidak mempunyai kegunaan secara
langsung.
FALSAFAH PRAKTIKAL

 Maksudnya, bidang-bidang falsafah yang dimana


perhasilan perbincangan falsafah tersebut boleh
digunakan dalam disiplin-disiplin yang tertentu.
 Contohnya: falsafah politik, falsafah ekonomi dan
falsafah sosial.
FALSAFAH EKONOMI
 Membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan dasar
mengenai ekonomi. Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi (economic
justice)?
2. Bagaimana kita boleh mencapai keadilan dalam elocation of
resources secara adil kepada semua lapisan masyarakat?
3. Bagaimana keadilan itu boleh dipraktikkan dalam konteks ekonomi
khususnya dalam pembahagian sumber antara lapisan masyarakat
yang berbeza-beza?
 Hasil daripada pemikiran falsafah mengenai ekonomi atau
melalui persoalan economic justice boleh digunapakai
supaya dasar ekonomi itu akan lebih adil lagi dalam
pembahagian economic resources atau sumber ekonomi.
 Ia dapat membantu kerajaan dalam membentuk polisi-
polisi yang lebih adil.
 Dengan itu, lebih mudah diterima oleh masyarakat umum
dan tidak ada pertikaian yang fundamental mengenai dasar
kerajaan mengenai pembahagian ekonomi.
FALSAFAH POLITIK
 Menjawab persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan government atau konsep kerajaan?
2. Apakah bentuk kerajaan yang baik?
3. Apakah ciri-ciri good governance?
 Memberi hasil yang praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada kerajaan tentang
bagaimana untuk mentadbir sesuatu negara itu dalam sistem kerajaan seperti
demokrasi dan sebagainya.
 Plato dalam bukunya ‘The Republic’ menganjurkan satu masyarakat yang ideal,
prinsip-prinsip politik yang ideal yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesuatu
pemerintah itu.
 Kesimpulannya, sistem kerajaan seperti demokrasi, liberal demokrasi, Marxisme
dan Komunisme adalah berkaitan dan berpunca daripada falsafah.
FALSAFAH ALAM SEKITAR
 Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah mengenai alam
sekitar.
 Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang telah melanda manusia
dan tamadun kita pada masa kini hingga mencetuskan satu krisis yang disebut
sebagai ecological cricis.
 Persoalan-persoalan yang timbul:
1. Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya?
2. Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
3. Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan bagi kepentingan
ekonominya bagi keselesaan atau adakah alam ini sesuatu yang lebih dari
sumber ekonomi semata-mata?
 Kalau kita menganggap alam ini adalah sesuatu yang merupakan
tempat kita bernaung, tempat kita mencari rezeki dan tempat kita
menjalinkan hubungan yang harmoni antara manusia dan manusia,
manusia dan alam sekitar dan persekitarannya sudah tentulah etika
yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza.
 Kita akan lebih menjadi eco-friendly terhadap alam sekitar dan kita
tidak melakukan sesuatu yang memusnahkan alam sekitar seperti
apa yang didapati pada hari ini.
FALSAFAH TEKNOLOGI
 Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya begitu pesat
selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.
 Contohnya, teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon, television, internet dan
sebagainya.
 Timbul persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
2. Apakah hubungan teknologi dengan manusia?
3. Apakah sifat teknologi itu sendiri?
4. Adakah teknologi boleh kita anggap sebagai sambungan kepada diri manusia (is
technology an extension to the human itself?) ataupun teknologi itu dianggap sebagai
sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri ?
 Misalnya teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun teknologi
berasaskan artificial intelligence yang boleh menghasilkan robot-robot yang mungkin
mengambil alih kehidupan manusia suatu hari nanti.
ADAKAH FALSAFAH-FALSAFAH BUKAN BARAT
BOLEH DITERIMA SEBAGAI FALSAFAH
SEPERTIMANA FALSAFAH YANG TERDAPAT DI
 Terdapat dua pandangan:
DUNIA BARAT?
 Pertama :Ya
 Kedua : Tidak
 Hujah pandangan kedua:
1. Apa yang terdapat dalam pemikiran Timur itu lebih bersifat kajian mengenai
cara-cara hidup yang betul dan baik (virtual living) dan sebagainya seperti
yang terdapat dalam keagamaan mereka.
2. Ia merupakan cara mereka membentangkan pandangan alam mereka yang
tidak semestinya mempunyai satu sokongan yang rasional kerana bersifat
metafizikal dan juga bersifat emosi. Ia tidak diterima sebagai kaedah yang
legitimate ataupun yang sahih dalam falsafah Barat.
PENDAPAT YANG SAHIH
 Pandangan kedua tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana:
1. Falsafah Barat juga ada yang bersifat sedemikan umpamanya teori-teori
metafizik mereka mencerminkan pandangan alam mereka yang mungkin juga
tidak mempunyai sokongan yang rasional 100% tetapi lebih bersfat imaginatif
tentang alam dan sebagainya.
2. Kalau dikatakan faslafah barat itu berasaskan hujah-hujah rasional dan
sebagainya. Bagaimana pula dengan falsafah Pascamodenisme? Yang tidak
berteraskan kepada hujah-hujah rasional tetapi merupakan penentangan
kepada rasionaliti sendiri. Aspek bukan rasional seperti emosi dan intuisi yang
difahami oleh pascamodenis sebagai logocentrisme.
 Konsep falsfah tidak harus disempitkan tetapi
dilonggarkan.
 Semua jenis pemikiran yang mempunyai kesamaan sedikit
sebanyak dalam ciri-ciri falsafah dalam kalangan ahli
falsafah serata dunia sudah boleh diterima sebagai
falsafah.
 Falsafah haruslah bersifat inklusif supaya kita boleh
menerima ilmu-ilmu yang lain tentang alam, manusia dan
sebagainya dari luar masyarakat Barat sebagai pemikiran
falsafah.

Anda mungkin juga menyukai