Anda di halaman 1dari 19

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

USK 10102

Definisi Dan Konsep Falsafah

PUSAT PENGAJIAN BAHASA & PEMBANGUNAN INSANIAH


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
 Falsafah berkait rapat dengan kehidupan
manusia dalam maksud untuk mencari
pengertian dan makna kehidupan.
 
 Falsafah adalah pandangan hidup yang
berhubungan dengan nilai tentang sesuatu
yang dianggap sebagai benar dan
bijaksana.
 Gabungan perkataan philo (cinta) dan sophos
(kebijaksanaan). Cintakan kebijaksanaan.

 Falsafah secara umumnya adalah berfikir dengan


ciri-ciri berikut :
 Berfikir secara radikal & kritikal (renungan mendalam
sehingga dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan)
 Berfikir secara menyeluruh (pengalaman manusia umum
dan bukannya secara khusus atau terbatas seperti disiplin
ilmu tertentu)
 Berfikir secara integral (berpadu secara lengkap)
 Radikal; sampai ke akar persoalan
 Kritis; tanggap thd persoalan yg berkembang
 Rasional; sejauh dpt dijangkau akal manusia
 Reflektif; mencerminkan pengalaman pribadi.
 Konseptual; hasil konstruksi pemikiran
 Koheren; berurutan.
 Konsisten; berfikir lurus/tdk berlawanan.
 Sistematik; saling berkaitan.
 Metodologi; ada cara utk memperoleh kebenaran.
 Komprehensif; menyeluruh
 Bebas & bertanggungjawab
 Falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang
ada (Plato 427 – 347 SM).
 Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas segala
benda (Aristotle 384 – 322 SM).
 Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam
yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikatnya
yang sebenar (Al-Farabi 950 M – meninggal dunia).
 Falsafah adalah berfikir secara mendalam,
sistematik, radikal dan universal dalam rangka
mencari kebenaran (Sidi Gazalba 1978).
 Falsafah cuba menyelesaikan permasalahan
asasi manusia ; bukan masalah segera.

 Falsafah pada asalnya adalah ibu atau induk


ilmu pengetahuan

 Perbincangan falsafah umumnya terbahagi


kepada 3 komponen asas berikut :
i) Metafizik / Ontologi
ii) Epistemologi
iii) Aksiologi
 Metafizik berasal daripada bahasa Yunani.
Meta bermakna sesudah/sebalik dan fizik
bermakna alam nyata. Justeru, metafizik
bermaksud ilmu yang menyelidiki apakah
hakikat disebalik alam nyata ini.

 Kajian ini bersifat abstrak dan berada di luar


jangkauan pengalaman indera manusia.
Justeru, ia tidak dapat diterangkan dengan
kaedah penjelasan dalam ilmu yang biasa.

 Ia juga dinamakan ontologi yang bermakna


ilmu hakikat kewujudan tentang sesuatu.
 Ilmu yang mendalami masalah pada
peringkat permulaan dan peringkat akhir
bagi setiap perkara yang wujud.

 Ia memperkatakan tentang ketuhanan,


alam sejagat, jiwa, roh dan juga
kehidupan
 Secara ringkas, metafizik mengkaji
hakikat kewujudan tuhan, alam dan
manusia.
 Masa kini, pengertian metafizik ditafsir
sebagai cabang falsafah mengenai kajian
realiti dengan mempersoalkan perkara
seperti:   

1.  Apa dia alam semester?


2.  Apa dia kehidupan?
3.  Apa dia pemikiran?
4.  Apa dia demokrasi? dan sebagainya.
 Dalam kursus ini, penumpuan akan
diberikan kepada metafizik/ontologi
manusia dengan pertanyaaan berikut:
I. Apakah hakikat kewujudan manusia?
II. Dari mana manusia datang?
III.Untuk apa manusia dijadikan?
IV.Ke mana pengakhiran manusia?
 Epistemologi berasal dari Bahasa Yunani
iaitu ‘episteme’ dan ‘logos’. Episteme
bermakna pengetahuan atau kebenaran,
dan logos bermaksud kajian atau teori.
 Secara istilah, epistemologi bermaksud
teori pengetahuan yang benar (theory of
knowledge).
 Epistemologi membincangkan dua
masalah pokok iaitu sumber ilmu
pengetahuan dan kebenaran sesuatu
pengetahuan.
 Pertanyaan dasar dalam epistemologi ialah
‘apakah yang dapat saya ketahui?’.
Epistemologi juga mempersoalkan perkara
seperti 
i) Apa dia ilmu?
ii) Bagaimana kita memperoleh ilmu?
iii) Bagaimana kita bukti kesahihannya?
 Ruang lingkup epistemologi meliputi hakikat
pengetahuan, sumber pengetahuan, kesahan
(kebenaran) pengetahuan, dan batasan
pengetahuan.
 Epistemologi boleh membantu seseorang
memahami cara dan arah manusia berfikir.
 Aksiologi berasal dari bahasa Yunani ‘axios’
yang bermakna nilai dan ‘logos’ yang
bermaksud ilmu. Oleh itu, aksiologi adalah
teori tentang nilai.
 Cabang falsafah ini memperkatakan
tentang baik atau buruk, benar atau salah
dan perkara yang berkaitan dengan nilai.
 Aksiologi boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu etika dan estetika
 Bidang etika mengkaji tentang nilai
peraturan dan moral serta tingkahlaku.

 Bidang estetika mengkaji tentang nilai


kecantikan dan seni.
 Kursus ini akan memberi penumpuan kepada
bidang etika iaitu nilai baik dan buruk yang
boleh diklasifikasi kepada tiga aliran utama;
etika sekular (berasaskan akal rasional),
etika sosiobudaya (berasaskan norma-norma
masyarakat) dan etika agama (berasaskan
keyakinan rohani).
 Membiasakan diri untuk bersikap kritis.
 Membiasakan diri untuk bersikap logik-rasional,
pandangan & berhujah.
 Mengembangkan semangat toleransi dalam
perbezaan pandangan.
 Mengajarkan cara berfikir yang cermat.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Mengapa ia dipanggil rukun? Bagaimana jika


salah satu daripadanya diabaikan? Mengapa
Rukunegara penting kepada kemajuan Negara? 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
BEBERAPA PERSOALAN

Apakah FPK?
Kenapa FPK digubal?
Setakat mana warga pendidik dan para pelajar
memahami FPK?
Kenapa FPK sangat penting dalam sistem
pendidikan Negara?
Bagaimana kursus ini membantu anda untuk
memahami, menghargai dan menghayati FPK?
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai