Anda di halaman 1dari 27

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

PENGENALAN

Aristotle adalah seorang ahli falsafah agong dan juga seorang saintis purba yang telah memberikan banyak sumbangan yang positif dalam arus perubahan dalam tamadun barat. Beliau terkenal dengan pemikiran logiknya telah memberi banyak sumbangn dan idea yang telah menyebabkan satu perubahan yang ketara dalam arus pemodenan tamadun barat. Tamabahn pula, beliaulah yang telah menemukan satu pengkajian tentang logik dan mengkayakan setiap cabang falsafah dan memberi banyak sumbangan kepada dunia sains.

Kebanyakan idea-idea Aristotle telah ketinggalan zaman pada hari ini. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi lebih penting pada masa kini adalah setiap teori yang dibawanya merupakan satu pendekatan yang rasional kepada segala aspek kehidupan. Karya Aristorle lebih menonjolkan bahawa segala aspek kehidupan manusia dan masyarakat adalah subjek yang sesuai untuk difikirkan dan dianalisa. Menurut beliau, anggapan bahawa dunia ini tidak dikawal secara membuta atau magik tetapi perlakuanya adalah berdasarkan kepada hukum rasional. Kepercayaan adalah berpatutan bagi manusia untuk mempersoalkan setiap aspek yang berlaku dalam dunia ini. Aristotle juga

menyatakan bahawa ketetapan kita sepatutnya menggunakan kedua-dua pemerhatian empirikal dan logikal dalam membuat keputusan. Sikap yang bertentangan dengan tradisi, tahyul dan mistik yang memberi kesan yang besar kepada perubahan tamadun barat ke arah yang lebih moden.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Pandangan beliau dalam teori politik juga memberi satu kesan yang mendalam terhadap pemerintahan sesebuah Negara pada masa kini. Menurut beliau, politik merupakan satu karya sains yang harus dikaji untuk memberi satu pendekatan yang memberi kebaikkan kepada semua pihak. Malahan teorinya telah menyebakan Alexender The Great berjaya menakluki Athens dan memerintahnya dengan baik. Dalam tugasan ini, kita akan didedahkan tentang asal usul, sifat dan sebab kemerosotan sesebuah Negara yang di sebut oleh Aristotle.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

1.0 LATARBELAKANG ARISTOTLE

Aristotle adalah seorang ahli falsafah Yunani yang lahir di Stargirite, Semenanjung Kalkidike di Tasia (Balkan) pada tahun 384 sebelum masihi. Beliau juga merupakan ahli sains dan juga tokoh yang telah mengenalkan konsep logik atau rasional kepada masyarakat dunia pada masa tersebut. Gurunya juga adalah seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Plato. Pada usia 18 tahun Aristotle telah meninggalkan rumahnya untuk belajar bersama Plato untuk menimba ilmunya. (www.ms.wikipedia.org)

Selepas kematian Plato, beliau telah berhijrah ke negara Raja Macedonia Philippus untuk menjadi tutor kepada anaknya Alexander The Great. Aristotle telah

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

mengajar banyak perkara seperti falsafah politik dan sains biology kepada Alexender The Great untuk membolehkan beliau mempelopori dalam bidang tersebut. Setelah Alexender menjadi Raja Macedonia, Aristotle telah membantu anak muridnya untuk menjadi seorang pemerintah yang baik. Setelah Alexender The Graet meninggal dunia, Aristotle telah pulang semula ke Athens dan meneruskan bidangnya untuk sekian lama. Akhir sekali pada usia 63 tahun beliau telah meninggal dunia akibat sakit perut pada tahun 322 sebelum masihi. Walaupun beliau meninggal dunia, namun pengajaranya tetap menjadi satu hakikat atau panduan yang menjadi sumber yang penting pada masa kini.

Aristotle lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria yang wujud pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis buku berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik dan ia lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. (www.ms.wikipedia.org)

Walaupun beliau menulis banyak karya pada masa awal kerjayanya, namun tidak banyak karya yang terselamat sehingga ke hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masa kini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan kebanyakannya teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik

2.0 ASAL USUL NEGARA YANG DIILHAMKN OLEH ARISTOTLE

Aristotle telah menegaskan bahawa perlaksanaan etik baru yang sempurna di dalam negara tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia. Ia perlu bantuan daripada keseluruhan rakyat. Pada dasarnya manusia mempunyai bakat moral, tetapi itu hanya dapat dikembangkan dalam hubungan manusia sesama sendiri. Manusia adalah Zon politik iaitu seorang yang tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka haruslah diwujudkan golongan atasan dan golongan bawahan agar sesuatu sistem itu dijalankan.

Hubungan manusia dengan negara adalah sebahagian daripada satu entiti sosial dalam masyarakat. Tujuan negara ialah untuk mencapai keselamatan bagi semua anggota negara tersebut. Tamabahan pula, semua penduduk negara tersebut juga harus menikmati segala kemahuan mereka agar dapat hidup dengan sejahtera. Keadilan juga amat penting bagi menetukan hukum terhadap pergaulan masyarakat dan menyekat daripada berbuat sesuatu perkara atau sebaliknya. Kewajipan negara adalah mendidik rakyatnya berpendirian tetap, berbudi baik dan pandai menguruskan kehidupan harianya. (Bertrand. R,. 1993.)

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Aristotle sependapat dengan gurunya Plato, iaitu tabiat manusia yang berlumbalumba mengejar keuntungan yang jauh lebih besar daripada keperluan hariannya harus dielakkan. Ia menentang tumpuan kapital. Malahan pekerjaan berdagang juga harus dielakkan iaitu perbuatan menukar barang dengan mengutip riba. Ia akan mengakibatkan sesebuah negara juga akan turut melakukan amalan seperti itu. Menurut beliau lagi, sesebuah kerajaan juga harus mempengruhi kehidupan sosial rakyatanya dalam batasan tertentu. Negara harus menjadi orang tengah bagi menjaga kepentingan rakyatnya. Ini tidak menghairankan kerana Aristotle sekeras-kerasnya menetang konsep Plato iaitu negara ideal. Kalau konsep itu dianggap sedemikian, ia akan loebih terarah kepada pembawaan alam. Ilmu politik tidak membentuk manusia, tetapi manusia sebagaimana alam yang melahirkannya.. Bagi Aristotle tiang masyarakat adalah kaum menengah yang berbudi baik . Anggota kaum menengah sahajalah yang harus dianggap baik seperti penduduk baik. Kedudukan mereka lebih tinggi dari saudagar dan pengurus bank. Malahan saudagar dan pengurus bank dimasukkan dalam golongan budak. (Bertrand. R,. 1993.)

Menurut pandangan umum dalam dunia Yunani pada masa itu, penduduk baik adalah penduduk yang bebas dan harta merekalah diuruskan oleh budak. Pekerjaan tani dan dagangan harus diserahkan kepada budak, budak sahajalah alat pekerja yang hidup; alat pekerja adalah budak yang tidak bernyawa. Menurut Aristotle dan Plato ,

perbudakkan ialah ciptaan alam. Sebahagian manusia lahir untuk menjadi tuan dan sebahagaian lagi menjadi budak untuk menyenggarakan pekerjaan kasar. Perbudakkan hanya hapus apabila wujudnya alat automatik yang akan melakukan pekerjaanya dengan

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

sendiri. Dengan ucapan sedemikian, Aristotle seolah-olah telah meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Orang Yunani pada masa itu memandang hina pada kerja tangan sebab kerja tersebut menumpukan fikiran. Orang yang bekerja tangan sepanjang hari tidak mempunyai waktu lagi untuk memikirkan masalah-masalah politik dan kepentingan umum. Sesuai dengan itu Aristotle berpendapat bahawa orang yang mempunyai waktu terluang saja yang boleh bersuara tentang pemerintahan. Negara yang terbaik bentuknya tidak akan memberikan kedudukan warga negara kepada orang-orang yang menjalankan kerja tangan. (Bertrand. R,. 1993.)

Masyarakat wujud dalam bentuk yang berbeza-beza. Perkara utama yang harus ditekankan berhubung dengan idea Aristotle tentang Negara adalah saiznya. Sebuah negara tidak boleh dibentuk daripada sepuluh orang atau 100 000 orang , bukan lagi sebuah Negara. Sebahagian besar negara kota Yunani yang sejarahnya yang menjadi latar belakan fakta kepada teori politik Aristotle. Tamadun Yunani mengalami banyak pecah belah kerana pertelinglkahan dan kemerdekaan negara-negara kota ini akhirnya dihancurkan oleh kemaraan kuasa Macedonia. Aristotle tahu tentang keburukkan pertelingkahan ini dan beliau begitu rapat dengan istana Macedonia; namun begitu keyakinan beliau tidak pernah hilang bahawa negara kota yang kecil itulah bentuk masyarakat awam yang betul berdasarkan teori politiknya.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Menurut pandangan Aristotle, sebuah Negara adalah sesuatu kumpulan rakyat dan takrif rakyat itu tidak lain melainkan penyertaanya dalam fungsi kehakiman dan jabatan politik. Hal-ehwal sesebuah negara dikendalikan terus oleh rakyatnya. Setiap rakyat akan menjadi ahli perhimpunan atau ahli badan perundingan Negara itu. Menurut beliau lagi, seseorang rakyat layak memegang atau menjawat pelbagai jawatan di dalam negera, termasuk jawatan kewangan dan ketenteraan dan dia akan menjadi sebahagian daripada badan kehakiman. (Bertrand. R,. 1993.)

Suatu konstitusi tidak dapat dikatakan baik atau tidak, kalau hanya dilihat dari bentuk pemerintahanya. Apabila orang perseorangan atau beberapa orang atau orang banyak yang memerintah itu melakukan pemerintahan atas dasar menyelenggarakan kepentingan umum, maka terbentuklah pemerintahan yang baik. Tetapi, pemerintahan itu ditujukan untuk kepentingan mereka masing-masing yang memerintah, pemerintahan itu menyimpang dari tujuannya. Ini disebabkan penduduk sesuatu Negara berhak memperoleh kebaikkan dari pemerintahan itu apabila mereka benar-benar warganegara.

Dalam keadaan tertentu, Aristotle lebih suka mengamalkan sistem demokrasi. Menurut beliau, pandangan yang mengatakan orang ramai daripada beberapa orang yang baik, patut menjadi pemerintah. Ini kerana walaupun bukan setiap ahli kumpulan yang besar itu orang yang baik, masih ada kemungkinan apabila mereka bersatu, mereka akan menjadi lebih baik bukan sebagai individu tetapi sebagai kumpulan.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Sebuah Negara, yang mempunyai perlembagaan, mesti boleh berdikari dan ia mesti mencapai matlamat atau tujuan ia didirikan.

Nyata sebuah Negara bukanlah perkongsian sesuatu kawasan untuk tujuan menghalang kecelakkaan bersama dan menggalakkan perdagangan. Perkara-perkara ini perlu ada jika sesebuah negara mahu wujud; tetapi walaupun semuanya ada tidak semestinya akan wujud sebuah negara. Lebih tepat, sebuah Negara itu satu perkongsian keluarga dan isi rumah di dalam kehidupan yang baik, untuk tujuan kehidupan yang sempurna dan bedikari.

Kehidupan yang baik menjadi teras dan matlamat utama dalam Negara yang diilhamkan oleh Aristotle. Menurut beliau lagi Negara adalah sebuah entiti semula jadi dan seperti objek-objek yang lain ia mempunyai matlamat atau tujuan tertentu. Teleologi itu satu ciri dalam teori politik Aristotle seperti juga dalam biologinya.

Pendapat demikian tentang matlamat negara dihubungkan satu cita-cita tinggi yang lain. Satu prinsip asas kepada perlembagaan demokratik adalah kebebasan. Satu bentuk kebebasan ialah memerintah dan diperintah secara bergilir-gilir. Bentuk lain pula ialah hidup mengikut kehendak seseorang kerana manusia mengatakan itulah kebebasan, kerana hidup tidak mengikut kehendak , itulah kehidupan sebagai hamba. Kebebasan dalam negeri harus disempurnakan dengan satu keadaan yang aman. Ini kerana walaupun negara Aristotle dilengkapi senjata untuk pertahanan, namun mereka tidak mempunyai cita-cita imperialisis. (Bertrand. R,. 1993.)

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

3.0 SIFAT NEGARA YANG DIBAYANG OLEH ARISTOTLE

Aristotle telah mengemukakan tiga jenis pemerintahan dalam teori politiknya. Setelah hasil penyelidikan ke atas 158 buah undang-undang dasar negara kota dalam Yuanani pada waktu itu. Beliau tidak mengemukakan suatu cita-cita yang berbeza dengan Plato. Ketiga-tiga jenis pemerintahan ini lebih terarah kepada kepentingan rakyatnya. Jadual di bawah telah menunjukkan ketiga-tiga jenis pemerintahan tersebut:-

Jumlah orang yang memegang kuasa pemerintahan

Bentuk Pemerintahan
Bentuk Kerajaan
Jenis Pemerintahan

Seorang Beberapa Orang Ramai Orang

Monarki Aristokrasi Politi

Kuku Besi Oligarki Demokrasi

3.1 Sietem Monarki

Sistem pemerintahan monarki adalah sebuah pemerintahan beraja yang berunsur pemerintahan mutlak yang akan diperintah oleh seorang individu dan sesebuah keluarga. Tambahan pula, sistem pemerintahan ini akan lebih terarah kepada pemerintahan kuku besi atau tiran yang memberi kepentingan kepada raja tersebut. Sistem pemerintahan monarki juga kadang-kadang memberi satu keputusan yang baik kerana hanya seorang sahaja yang akan memegang kuasa pemerintahan di negara tesebut. Maka perjalanan

10

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

negara akan bergantung kepada keputusan seorang individu yang akan memberi satu keputusan yang lebih baik berbanding sistem pemerintahan yang lain.

Walaubagaimanapun, sistem pemerintahan monarki kadang-kadang memberi kesan yang agak buruk jika pemerintahnya menjaga kepentingan dirinya atau memerintah secara kuku besi. Sitem turunan kuasa akan dijalankan bagi menggantikan kuasa pemerintahan.

Aristotle lebih bersetuju dengan pemerintahan monarki. Menurut beliau, apabila sesebuah keluarga atau individu begitu istimewa keunggulannya sehingga melebihi orang lain akan mejadikan individu atau keluarga tersebut lebih berkuasa menjadi raja dan berdaulat dalam semua pekara. Dalam pengalaman Aristotle, didikan anaknya,

Alexender The Great telah melaksanakan pemerintahan monarki dan menjadikan satu negara yang lebih berkualiti. (Bertrand. R,. 1993.)

3.2 Sistem pemerintahan Aristokrasi

Sistem pemerintahan Aristokrasi adalah pemerintahan yang dilakukan oleh segelintir orang bagi menjaga kepentingan sesebuah negara. Kebiasaannya orang-orang yang kaya akan mengambil peranan penting dalam pemerintahan negara tersebut. Jabatan-jabatan telah diwujudkan untuk melicinkan pejalanan negara. Walaubagaimanapun, orang-orang kaya ini akan menjadikan jawatannya sebagai satu pendekatan yang terbaik untuk mengaut keuntungan. Dalam sistem ini juga, kecekapan tidak dipedulikan dan keluarga pemerintah ini tidak akan menjadi pewaris taktha seperti pemerintahan monarki

11

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Dalam sistem pemerintahan ini juga, sesuatu keputusan akan diambil oleh golongan yang memerintah. Mereka akan menetapkan undang-undang dan juga perlembagaan negara agar mencapai keamanan kepada rakyat. Tambahan pula, sesuatu tindakan atau keputusan bergantung kepada pihak pemerintah. Kebiasaanya, sebelum mengambil sebarang keputusan satu mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan tentang sesuatu tindakan. Golongan ini juga memainkan peranan yang agak penting dalam pentadbiran negara serta menjaga kepentingan negara tersebut. Tambahan pula, jawatan-jawatan rasmi juga turut memainkan peranananya tersendiri dalam kehidupan masyarakat dalam sistem politik Aristokrasi. (Bertrand. R,. 1993.)

3.3 Pemerintahan Demokrasi.

Pemerintahan Demokrasi adalah sebuah pemerintahan yang dilakukan oleh rakyat sesebuah negara secara bersama. Demokrasi pada umumnya adalah tentangan terhadap plutokrasi, iaitu kaum modal. Pemerintahan daripada orang miskin ada baiknya. Sungguhpun kecekapan orang perseorangan jauh berbeza dari orang-orang yang mempunyai keahlian, pada keseluruhannya rakyat memberikan pertimbangan yang tidak kurang adilnya. Ramai orang tidak mudah melakukan kecurangan seperti yang boleh berlaku dengan jumlah orang yang sedikit.

Dalam konteks demokrasi pemimpin akan dipilih melalui pemilihan atau undi untuk menentukan siapakah pemimpin. Maka , penduduk di sesebuah negara dapat

12

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

memilih pemimpin yang mereka sukai untuk menjalankan proses pentadbiran negara tersebut. Tamabahan pula, pemimpin ini lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal rakyat untuk menjadikan negara tersebut maju. Kalau pemimpin itu gagal melaksanakan tujuan atau matlamatnya untuk menyediakan segala prasarana rakyat maka pemimpin yang lain pula akan dipilih untuk mengetuai mereka dalam proses pentadbiran negara. Hal ini rumit kerana seseorang itu harus mengambil satu tanggungjawab yang penting agar proses perjalanan negara berjalan dengan lancar. Tambahan pula, seperti sistem pemerintahan Aristokrasi jawatan-jawatan dan jabatan-jabatan akan diwujudkan bagi membolehkan proses perjalanan negara berlaku dengan lebih teliti. (Bertrand. R,. 1993.)

Sungguhpun begitu Aristotle memandang demokrasi lebih rendah dari aristrokasi. Di dalam sistem pemerintahan demokrasi keahlian diganti dengan jumlah pengundi. Ini kerana rakyat mudah tertipu dalam sistem pemerintahan ini. Maka , hak memilih lebih dibatasi hingga lingkungan orang-orang cerdik pandai sahaja. Gabungan antara aristokrasi dan demokrasi adalah sebaik-baiknya. (Bertrand. R,. 1993.)

13

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

4.0 FUNGSI PERLEMBAGAAN MENURUT ARISTOTLE

Menurut Aristotle, perlembagaan berfungsi untuk menetapkan matlamat negara. Perlembagaan yang bermatlamatkan kebaikkan awam adalah betul dan adil tanpa perlu kelayakan manakala yang bermatlamatkan hanya kepada kebaikkan pemerintah adalah menyeleweng dan tidak adil kerana mereka terlibat dalam pemerintahan zalim yang mana tidak sesuai dengan orang yang bebas dalam masyarakat. Menurut beliau lagi, matlamat utama negara adalah untuk mencapai kebahagian kepada semua anggota negara melalui semangat yang mulia. Negara adalah bertujuan untuk menyediakan keperluan material kepada rakyatnya, bukan untuk mengaut keuntungan atau memaksimumkan kekayaan. Di samping itu, negara berperanan untuk menggalakkan pembangunan diri kepada rakyatnya demi untuk menjadikan rakyatnya warganegara yang baik dengan menetapkan peraturanperaturan yang tertentu.(www.ms.wikipedia.org)

Melalui perlembagaan inilah, peraturan negara akan digubal atau ditentukan. Dalam peraturan negara, perlembagaan menetapkan segala aturcara mengenai jawatajawatan rasmi pemerintahan. Apabila perlembagaan telah dikuatkuasakan, maka ianya perlu dilindungi dan dipertahankan dengan erat , seandainya terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, maka pindaaan akan dilakukan. Ini kerana Perlembagaan di dalam sesebuah negara adalah berdaulat. Rakyat perlu mematuhi segala peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

14

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Matlamat undang-undang bukan sahaja untuk menghukum perbuatan yang salah tetapi juga untuk mendesak rakyat menuju kearah tindakan yang baik. Menurut Aristotle, hanya rakyat sahaja yang berhak melibatkan diri dalam proses politik. Perlembagaan juga menetapkan bahawa rakyat berhak menghadiri majlis dan berfungsi sebagai juri. Perlembagaan yang ideal akan wujud dalam negara yang mempunyai rakyat yang baik ( virtuous). Perlembagaan juga berfungsi sebagai badan yang menetapkan had-had kuasa kerajaan yang merupakan intipati perlembagaan. Perlembagaan juga menetapkan kerajaan perlu dipilih menurut peraturan undang-undang. (Bertrand. R,. 1993.)

5.0 KELEMAHAN PANDANGAN ARISTOTLE

Walaupun Aristotle telah menyebut tentang kebebasan dan juga demokrasi, namun kebebasan rakyat telah disekat begitu teruk di dalam negara yang diilhamkan Aristotle. Kebebasan adalah hak keistimewaan setiap orang. Malah , demokrasi juga telah mempunyai matlamat utama iaitu kebebasan. Namun demikian, rakyat di negara yang diilhamkan oleh Aristotle tidak mempunyai kebebasan dan sebahagian besar penduduk tidak mempunyai hak kerakyatan. Malahan wanita tidak mempunyai kebebasan langsung dan juga terdapat sistem hamba. Menurut Aristotle, sesetengah orang memang

semulajadinya hamba, maka mereka boleh dijadikan hamba. Beliau mengatakan bahawa hamba boleh hidup baik dengan tuanya. Pada hakikatnya tidak. Hamba juga seorang manusia yang mempunyai hak dan kebebasan. Malah kebebasan merupkan satu benda yang tidak dapat dijual atau beli. Jikalau kebebasan dapat dibeli maka tiada gunanya

15

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

pemerintah diwujudkan. Disinilah kelemahan yang paling besar telah ditonjolkan dalam sistem pemerintahan yang disebut oleh Aistotle.

Rakyat yang memiliki hamba dan mereka juga mempunyai bentuk harta lain. Aristotle berdebat panjang menentang komunisme. Beliau merumuskan dengan jelas lebih baik harta itu dimiliki secara bersendirian daripada digunakan secara bersama-sama. Tetapi dengan serta-merta beliau menambah bahawa tugas ahli majlis undanganlah untuk menentukan rakyat menjadi demikian. Negara Aristotle tidak akan memiliki punca-punca penghasilan ataupun mengarahkan ekonomi, tetapi majlis undangan akan memastikan tingakalaku ekonomi rakyat dikawal dengan baik. (Bertrand. R,. 1993.)

Suara Negara dikawal dalam hal-ehwal ekonomi, lantang dalam hal-hal sosial. Negara campurtangan sebelum kelahiran, kerana sejak awal-awal lagi ahli majlis undangan mesti mempertimbangkan cara kanak-kanak dipelihara supaya mempunyai susuk badan yang lebih baik. Menurut beliau , mula-mula mereka harus menumpukkan perhatian kepada ikatan seks, menentukan bila dan antara jenis orang yang bagaimana hubungan perkhawinan harus wujud. Campurtangan terus berlaku semasa kanak-kanak, terutama dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan:

16

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

6.0 SEBAB BERLAKUNYA KEMEROSOTAN NEGARA YANG DIILHAMKAN OLEH ARISTOTLE

Aristotle merupakan satu tokoh yang mempunyai banyak idea yang memberi kesan positif kepada semua aspek kehidupan manusia. Malah, sumbanganya dalam teori politik telah memberi banyak manfaat kepada umat manusia . Sebab berlakunya kemerosotan dalam Negara yang diilhamkan oleh Aristotle adalah seperti berikut :-

Negara yang mengamalkan sistem politik akan mengalami tahap kemerosotan yang teruk apabila pihak pemerintah kian mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding kepentingan rakyat bersamanya. Menurut Aristotle, keadaan ini dapat dilihat jelas dalam klasifikasi pemerintahan yang disebut oleh Aristotle. Pada umunya, Aristotle telah menegaskan sistem monarki adalah salah satu sistem pemerintahan yang baik kerana ia melibatkan pemerintahan sebuah keluarga ke atas sebuah Negara. Aristotle juga telah menyatakan bahawa perubahan pemerintahan yang bercorak monarki akan mengundang banyak masalah jika bentuk pemerintahan diselewengkan. Raja akan menguasai seluruh kerajaan dan ia bakal menjadi pemerintahan kuku besi atau tirani jika Raja tersebut mementingkan diri sendiri. Ini akan menyebabkan penindasan rakyat yang melampau seperti mengenakan cukai yang tinggi, sistem hamba yang tidak konsisten dan sebagainya. Jika keadaan ini berterusan, rakyat akan memberontak dan akhir sekali mereka akan bangkit untuk mentang raja tersebut. Ini adalah kelemahan yang akan berlaku kepada Negara yang mengamalkan sistem monarki.

17

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Walaupun sistem ini bagus tetapi ia juga boleh menyebabkan kemerosotan negara yang serius jika pemerintah mementingkan diri sendiri. (Bertrand. R,. 1993.)

Keperluan rakyat menjadi tujuan utama bagi seseorang pemimpin. Jikalau pihak pemimpin tidak mampu melakukan tugasan mereka maka rakyat akan mengalami kesengsaraan yang amat teruk. Inilah yang akan berlaku jika terdapat kelemahan kepimpinan, undang-undang atau perlembagaan. Keperluan rakyat tidak akan dipenuhi jika pemimpin tidak mengambil tanggungjawab yang baik. Tambahan pula pemimpin tersebut mesti berkuasa penuh bagi melaksanakan undang-undang dan menguatkuasakan semua perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Manakala , Undang-undang atau perlembagaan yang lemah pula akan menyebabkan matlamat negara tidak dapat dicapai dan aturcara mengenai penetapan jawatan-jawatan rasmi pemerintahan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Selanjutnya, keadaan ini akan membawa kepada kemerosotan negara yang serius jika hal ini tidak diawasi atau dipantau sebaik-baiknya

Menurut Aristotle lagi, pengekalan sesebuah negara itu bergantung kepada pemimpin pada dasarnya. Kemerosotan negara yang berlaku adalah kerana ketidakcekapan pemimpin melaksanakan tanggungjawab dalam memerintah negara. Pemimpin yang diyakini adalah mampu untuk melaksanakan undangundang dan peraturan. Oleh itu, pemimpin yang lemah dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan menyebabkan masyarakat tidak dapat mengikut undang-undang tersebut.

18

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Aristorle juga mengatakan bahawa negara akan merosot jika tujuan kewujudan negara tidak dapat dicapai. Sesebuah masyarakat mempunyai kebebasan tersendiri. Namun, negara harus mempunyai satu matlamat yang nyata agar ia dapat menyediakan keperluan nyata rakyatnya. Jika tidak kebajikan rakyat akan terancam dan juga ia akan menyebabkan sesebuah negara kian kecundang. Maka ini akan menyebabkan kebahagian di negara tersebut tidak tercapai dan rakyat negara akan mengalami tahap kesukaran yang teruk.

Rakyat juga memainkan satu peranan yang penting dalam perkembangan negara . Kebajikan dan kemahuan mereka harus dijaga agar tidak berlaku pemberontakan yang serius pada masa hadapan. Menurut beliau, apabila kuasa negara menjadi semakin lemah dan tidak dapat mengawal tindakan tingkahlaku rakyat. Ini disebabkan oleh kuasa perlembagaan dan penguatkuaasaan yang agak lemah. Ini akan mendorong rakyat tersebut mengambil langkah untuk memberontak. Maka, keadaan ini boleh menyebabkan munculnya seorang penakluk yang baru untuk mengambil negara.

Keadilan merupakan satu faktor yang penting bagi menjaga kebajikan dan kemahuan rakyat sesebuah negara. Menurut Aristotle, ketiadaan unsur keadilan di kalangan rakyat akan mendorong sesebuah negara itu merosot. Hal ini kerana sesebuah negara itu adalah untuk memastikan wujudnya keadilan yang sama rata. Jika tiadanya unsur keadilan ini maka tujuan negara atau matlamat tertubuhnya

19

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

sesebuah negara akan tidak tercapai. Pada umumnya, matlamat sesebuah negara adalah kebahagian kepada semua anggota negara. Keadaan ketidakadilan tentunya akan merosakkan keamanan dan seterusnya perkembangan negara tersebut. Tambahan pula, beliau menegaskan ketiadaan kebahagian kepada semua orang adalah wujud kerana kekuasaan mutlak oleh segelintir ahli masyarakat. Pada masa inilah akan menyebabkan rakyat akan mengambil tindakan untuk memberontak lalu menyebabkan kerajaan mengalami kemerosotan.

Aristotle

juga

mengatakan

bahawa

penyalahkuasaan

seringkali

akan

menimbulkan banyak masalah di dalam pentadbiran seseatu kerajaan. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau segelintir anggota masyarakat yang memeningkan diri seringkali mengambil langkah mudah untuk mengaut keuntungan. Ini akan memberi banyak kebaikkan kepada mereka manakala kepentingan rakyat yang lain akan dibiarkan. Penyalahgunaan kuasa ini akan menyebabkan kemungkinan negara dikuasai oleh golongan mutlak tersebut. Kekuasaan yang mutlat akan menyebabkan orang lain tidak mendapat peluang yang semestinya mereka peroleh. Kegiatan rasuah, penindasan dan tidak memberi peluang akan menyemarakkan rakayat mengambil langkah untuk memberontak. Masyarakat yang lemah akan lebih tertindas dan seterusnya perkara ini akan menyebabkan kemerosotan negara yang serius. (Bertrand. R,. 1993.)

Kewujudan pengutamaan sesuatu perkara atau perlakuan kepada golongan tertentu juga turut menjadi salah satu kemerosotan negara . Hal ini menyebabkan

20

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

golongan yang mempunyai kuasa boleh mengambil mana-mana ahli masyarakat menjadi golongan yang berkuasa. Ini jelas menunjukkan sistem pemerintahan negara tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Ini kerana sepatutnya orang yang setia kepada perlembagaan sahaja boleh memegang jawatan kerajaan dan bukannya dipilih dengan sesuka hati. Ini menunukkan juga ketidakadilan dalam masyarakat kerana hanya golongan tertentu sahaja diberi kepentingan.

7.0 KESAN DARIPDA KEMEROSOTAN NEGARA

Aristotle juga telah menyatakan bahawa apabila sesebuah negara berada dalam tahap kemerosotan, akan berlaku satu perubahan yang baru. Rakyat di negara tersebut akan mengambil satu jalan yang lebih baik bagi pandangan mereka. Beliau telah menyimpulkan keadaan ini sebagai teori revolusi yang lebih terarah kepada kepentingan rakyat bersama. Mengikut pandangan Aristorle, revolusi adalah satu idea yang berbentuk hasutan atau pemberontakan yang dilakukan oleh rakyat sesebuah negara terhadap undang-undang autoriti yang telah ditetapkan oleh sesebuah pemerintahan.

Keadaaan negara yang tidak tenteram dan pihak pemerintah yang tidak mementingkan kepentingan rakayat bersama akan mendorong berlakunya revolusi yang akan menyebabkan perubahan undang-undang yang baru yang menjamin kepentingan awam dalam perlembagaan negara. Beliau juga turut berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab berlakunya revolusi. Antaranya ialah:-

21

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Untuk membendung penguasaan mutlak.

Kekuasaan mutlak yang lebih mementikngkan diri akan memberi satu keadaan di mana kebajikan rakyat tidak di awasi. Dalam sistem kerajaan monarki perkara ini seringkali berlaku. Amalan mengutip cukai yang keterlaluan dan mengurangkan amalan kebajikan kepada rakyat jelata akan membangkitkan semangat waja mereka untuk memberontak.

Untuk menyeru keadilan

Keadilan merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Ketiadaan keadilan akan menyebabkan rakyat akan lebih tertindas. Kebiasaanya golongan orang kaya akan menikmati kekayaan manakala orang miskin akan terus ditindas begitu sahaja. Tambahan pula, pihak pemerintah dalam jawatan-jawatan rasmi dalam kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin negara juga akan membawa kepada keadaan ketidak adilan. Maka timbulnya semangat untuk melakukan revolusi. (Bertrand. R,. 1993.)

Untuk mengawal agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa

Revolusi juga akan mengawal pergerakkan politik dalam sesebuah negara. Jika pemimpin negara menghadkan keperluan rakyat dan kebajikan mereka, maka timbulnya perasaan kepentingan diri. Kalau mereka berwaspada akan berlakunya pemberontakan maka mereka akan lebih memainkan peranan mereka sebagai pemimpin. Mereka akan sedar apabila kegiatan penyalahgunaan kuasa akan

22

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

membawa kepada ketidakstabilan dalam politik lalu membawa kepada proses revolusi yang mungkin menggulingkan kedudukan mereka sebagai pemimpin.

Untuk membendung kegiatan rasuah dan pengutamaan terhadap golongan tertentu.

Kegiatan rasuah yang melampau akan membantutkan pertumbuhan negara. Amalan yang tidak sihat ini akan mengakibatkan golongan tertentu menikmati kebaikkan. Begitu juga pemimpin-pemimpin yang berada dalam jawatan yang penting dalam kerajaan. Jikalau perkara ini berterusan , ia akan mengabaikan kepentingan rakyat yang lebih memerlukan bantuan. Penganiyaan terhadap rakyat akan menimbulkan satu perasaan di mana timbulnya revolusi untuk mengubah keadaan mereka kepada yang lebih baik.

8.0 CADANGAN ARISTOTLE UNTUK MENGELAKKAN REVOLUSI.

Kemerosotan negara merupakan sebab utama yang mendorong kepada revolusi yang akan menyebabkan satu masalah yang besar kepada negara. Kalau sesebuah negara itu mengalami proses revolusi, ia akan memberi satu kesan yang mendalam kepada negara tersebut. Menurut Aristotle juga, revolusi akan berterusan sehinggalah matlamat utamanya dicapai. Ini bukan satu perkara yang mudah kerana ia akan menyebabkan bukan sahaja pertumbuhan negara terbantut malah merosakkan sistem keamanan negara yang telah dicapai.

23

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Aristotle telah mengemukakan beberapa cara untuk mengatasi proses revolusi pada peringkat awalnya. Cadangan utamanya adalah menyemai sikap menghormati undang-undang kepada semua rakyat. Dalam hal ini setiap rakyat akan mematuhi undang-undang dan juga menghormati perlembagaan negara. Dengan cara ini rakyat negara tersebut patut kepada undang-undang dan mereka akan mempunyai satu kesedaran bahawa proses revolusi akan membantutkan pertumbuhan negara. Bukan rakyat negara sahaja yang harus mematuhi undang-undang, pihak pemimpin juga harus mematuhi undang-undang agar proses perjalanan negara dilakukan dengan baik. Sesebuah kerajaan harus menghapuskan kegiatan ketidakadilan agar rakyat negara tersebut memperolehi semua hak yang mereka dikehendaki. Ketidakadilan merupakan faktor penting yang menyebabkan proses revolusi.

Kerajaan sesebuah negara juga harus memastikan bahawa golongan tertentu tidak akan menggunakan kuasanya bagi mengaut keuntungan kepada diri mereka. Tambahan pula, mereka harus memastikan bahawa sesuatu golongan itu tidak memperoleh kekuasaan istimewa yang akan mengakibatkan penindasan. Hukuman yang berat harus dikenakan agar perkara ini tidak akan membantutkan perkembangan negara. Pentadbiran juga harus dijalankan secara terbuka bagi membolehkan semua orang mendapat maklumat tentang perkembangan negara. Merahsiakan pentadbiran dan kewangan negara akan menyebabkan rasa tidak puas dan seterusnya meyebabkan kegiatan pemberontakan berlaku.

24

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

KESIMPULAN

Teori-teori yang dipelopori oleh Aristotle sememangnya amat membantu umat manusia pada masa kini. Walaupun pelbagai pandangan diberikan oleh beliau, tujuan utamanya adalah untuk menubuhkan satu negara yang lebih adil pemerintahanya. Tambahan pula, beliau juga inginkan semua rakyat dalam sesebuah negara hidup dalam keamanan serta menghindarkan belenggu kemiskinan yang amat teruk.

Negara merupakan satu tubuhan yang menjaga masyrakatnya untuk menjadi lebih berkualiti. Kegagalan sesebuah negara mengambilkira kebajikan rakyatnya akan menimbulkan satu keadaan dimana rasa tidak puas hati. Amalan birokrasi, pilih kasih dan juga rasuah turut akan memusnahakan fungsi sebuah negara. Itulah yang ingin dikatakan oleh Aristotle. Sesebuah negara yang berjaya tentunya akan mengambilkira hak-hak rakyat dengan lebih jelas.

Akhir sekali, tanggungjawab dan peranan pemimpin negara yang membentuk negara harus tidak sama sekali lari dari objektif. Rakyat merupakan satu aspek yang penting harus diambilkira. Seperti kata aristotle, kegagalan untuk menjaga kebajikan rakyat akan membawa satu padah yang amat serius.

25

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

BIBLIOGRAFI Carian dalam buku dan artikel Bertrand. R,. (1993.) Sejarah Falsafah Barat:Dewan Bahasa dan Pustaka Carian dalam internet en.wikipedia.org/wiki/Aristotle en.wikipedia.org/wiki/Politics_(Aristotle) http://www.utm.edu/research/iep/a/aristotl.htm www.ikim.gov.my/v5/index.php? lg=1&opt=com_article&grp=7&sec=&key=1330&cmd=resetall www.ms.wikipedia.org www.ucmp.berkeley.edu/history/aristotle.html www.utusan.com.my/utusan/content.asp? y=2007&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re...

26

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

27

Anda mungkin juga menyukai