Anda di halaman 1dari 36

MARKAH

Struktur penulisan

Kefahaman dan
pemikiran
Analisa kritis

Kualiti dan memenuhi


syarat
Etika & professional

CTU552: FALSAFAH DAN ISU


SEMASA KUMPULAN: (IM1B)
TUGASAN: ULASAN ARTIKEL

FAHAMAN ISLAM LIBERAL DAN


PENENTANGANNYA TERHADAP SYARIAT
ISLAM

NAMA PENSYARAH: DR MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIF

NAMA NOMBOR PELAJAR

1. FATIN NUR SYUHADA BINTI AZMAN 2020847564

2. NURUL ATIQAH BINTI MOHD NEZAM 2020837376

3. SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN 2020844436

4. NOR HAZLIYZA BINTI FUDZILAH 2020470188

5. ELYSANDER LAURENCE TIMIS 2020476754

6. NORFITRIAH BINTI INAMAN 2020602482

1
AKUAN PELAJAR

‫ال ر حيم ال ر حمن هلال بسم‬

Dengan ini kami mengakui bahawa sesungguhnya semua hasil


kerja dalam menyiapkan tugasan akademik ini adalah hasil
usaha dan kerja kami sendiri kecuali yang dinyatakan sebaliknya
secara jelas.

Tarikh: Januari 2021

Nama: FATIN NUR SYUHADA BINTI AZMAN


ID No: 2020847564

Nama: NURUL ATIQAH BINTI MOHD NEZAM


ID No: 2020837376

Nama: SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN


ID No: 2020844436

Nama: NOR HAZLIYZA BINTI FUDZILAH


ID No: 2020470188

Nama: ELYSANDER LAURENCE


ID No: 2020476754

Nama: NORFITRIAH BINTI INAMAN


ID No: 2020602482

2
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan atas


keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dalam tempoh
yang diberi. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
pensyarah kami iaitu, Dr. Mohd Izzat Amsyar Bin Mohd Arif kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar
beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan
komitmen dari ahli kumpulan yang bertungkus lumus dalam menjayakan tugasan ini.
Idea dan usaha dalam pencarian maklumat ini amatlah dihargai bagi menghasilkan
tugasan yang berkualiti.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami mengucapkan terima
kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

3
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

3. ULASAN KRITIS ARTIKEL (PENDAPAT DAN CADANGAN PENELITI)

4. PENUTUP (KESIMPULAN)

5. RUJUKAN

4
PENGENALAN

Perkara Isi

1. Tajuk artikel Fahaman Islam Liberal Dan Penentanganya Terhadap Syari’at


Islam

2. Nama penulis Norarfan Zainal

3. Latar belakang penulis Artikel “Fahaman Islam Liberal Dan Penentanganya


Terhadap Syari’at Islam” telah ditulis oleh Norarfan Zainal
yang diterbitkan pada 14 Ogos 2019. Beliau merupakan
seoarang Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA) di Universiti Brunei Darussalam.

4. Maklumat tambahan Artikel ini mempunyai 17 muka surat yang membincangkan


artikel, nama jurnal, tarikh beberapa topik yang berkaitan dengan fahaman liberal iaitu
diterbitkan, muka surat prinsip Islam liberal (sekularisme dan inklusifisme dan
dan sebagainya. pluralisme agama), liberalisasi syari’ah, mengupas isu isu
tuntutan oleh golongan liberal dan perbincangan serta kajian
dalam aspek penentangan liberal terhadap syari’at Islam.

5
ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Perkara Isi Pelajar


bertanggungja
wab

1.Tujuan Artikel ini adalah sebuah kajian yang mengkaji tentang Nurul Atiqah
kajian perjuangan idea idea liberal dan bagaimanakah cara Binti Mohd
membanteras nya berlandaskan syari’at Islam. Artikel ini Nezam
amat sesuai digunakan sebagai sumber oleh pengkaji- (2020837376)
pengkaji muslim dan juga pelajar yang mahu melakukan
kajian terhadap fahaman dan isu isu liberal terhadap
agama Islam. Selain itu, artikel ini menggunakan corak
penulisan dan bahasa yang jelas dan mudah difahami.
Artikel ini membuktikan bahawa penulis telah berjaya
menunjukkan satu kertas kerja yang kemas dan corak
perbicangan yang menggalakkan keinginan pembaca
untuk menelaah lebih dalam lagi mengenai topik
perbincangan utama isu yang dikemukakan oleh penulis.

2. Konsep Artikel ini mengupas perkembangan fahaman aliran ini di Siti Aisyah binti
dan tema rantau ini dengan memfokuskan kajian dan Zainal Abidin
kajian perbincangan dalam aspek penentangan mereka terhadap (2020844436)
syari’at Islam.
3. Teori Teori didefinisikan sebagai konsep, asumsi dan Norfitriah Binti
generalisasi yang logik yang berfungsi untuk
yang Inaman
mengungkapkan, menjelaskan dan memprediksikan
digunakan sesuatu maklumat. Teori yang digunakan oleh norarfan (2020602482)
zainal dalam kajian artikel beliau adalah teori penelitian
kualititatif. Iaitu teori ini menyediakan konsep-konsep
yang relevan, asumsi-asumsi dasar yang dapat
digunakan membantu dalam menyatakan pertanyaan
penelitian yang dapat diajukan dalam terhadap data.
Secara rumusnya, teori penelitian lebih berkonsepkan
penghasilan artikel berdasarkan bukti-bukti yang
kukuh dan rujukan yang
betul kesahihannya misalnya daripada buku-buku. Antara

6
bukti bahawa penulis menggunakan teori yang
berkonspkan relevan seperti dalam muka 2 iaitu dalam
petikan ayat “Nama “Islam liberal” menggambarkan
prinsip yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan
kebebasan pribadi dan pembebasan dari struktur sosial-
politik yang menindas. Kami percaya, Islam selalu
dilekati kata sifat, sebab kenyataannya Islam ditafsirkan
berbeda-beda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya.
Kami memilih satu jenis Abshar Abdalla, Ahmad Sahal,
dan Goenawan Mohamad (ISAI) sekitar tahun 2001.
Maklumat ini diperolehi daripadabuku iaitu Abd
Wahhab Kallaf. 1995. Buku yang bertajuk Ilmu Usul
Fiqh Wa Khalasah at-Tasyri’al-Islai. Darul Fikir
al-‘Arabi. Selain daripada sumber buku, penulis juga
mengambil petikan dalam surat khabar sebagai kajian
dalam memberi fahaman berkaitan liberisme islam.
Iaitu (Borneo Bulletin. “What about the rights of
victims?”. Opinion. Mac 16, 2013. Beliau menulis: “…
stoning to death is not in the Quran and to me the
punishment is un-Islamic as it is against what the Quran
says”. Ayat dirumuskan dalam akhbar tersebut
“....rejam hingga mati tidak ada dalam Al-Quran dan
pada saya hukumannya adalah
tidak Islamik kerana ia adalah bertentangan dengan apa
yang dijelaskan dalam Al-Qur’an.”.
4. i.kaedah persampelan. Norfitriah Binti
Kaedah/met kaedah yang digunakan oleh Norarfan Zainal adalah Inaman
hod kajian, kaedah bukan persampelan iaitu kajian tidak tertumpu (2020602482)
seperti dalam satu populasi. Hal ini kerana beliau telah
persampelan menerangkan fahaman liberalisme yang merangkumi tiga
, kaedah buah negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia.
pemungutan Sebagai contoh, norarfan zainal memberi pandangan
data, kaedah berkaitan fahaman liberalisme iaitu Negara Brunei
analisis Darussalam merupakan sebuah negara yang menjunjung
agama Islam sebagai agama rasmi negara mengikut
fahaman dan pendekatan Ahli Sunnah Waljama’ah sejak
sekian lama. Sungguhpun demikian, negara ini juga tidak
terlepas dari ancaman-ancaman penyelewengan akidah
dan pemikiran sesat yang dibawa oleh musuh-musuh
Islam yang bertujuan memecahbelahkan umat Islam serta
mencemarkan kesucian dan kemurnian agama Islam dari
dalam. Antara aliran dan fahaman kontemporari yang

7
sedang berkembang dan berpotensi menjejaskan aqidah
dan keharmonian beragama di Negara Brunei
Darussalam malah dunia Islam masa kini ialah aliran
Islam Liberal. Selain itu, beliau juga memberi
pandangan fahaman liberalisme di Indonesia iaitu
Sungguhpun demikian, perkembangan Islam Liberal di
Indonesia bergerak secara sistematik sejak awal tahun
1970-an lagi. Menurut Adian Husaini, secara umum,
ada tiga bidang penting dalam ajaran Islam yang
menjadi sasaran liberalisasi iaitu bidang akidah melalui
penyebaran fahaman pluralisme agama, bidang syari’ah
dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad dan
seterusnya liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan
dekonstruksi terhadap al-Qur’an. Yang terakhir, beliau
menerangkan mengenai fahaman di Malaysia iaitu Di
Malaysia, gerakan liberal tidak menamakan gerakan
mereka sebagai pertubuhan Islam Liberal sebagaimana
keadaannya di Indonesia, sebaliknya dilakukan oleh
individu-individu melalui pertubuhan NGO yang
memperjuangkan demokrasi dan kebebasan, fahaman
persamaan semua agama dan fahaman persamaan hak
antara wanita dan lelaki (feminisme).11 Usaha ini
dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar, atau
menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman
Islam Liberal. Diantara gerakan yang terkenal membawa
fahaman ini ialah kumpulan Sister In Islam (SIS).12
Gerakan ini terkenal dengan misinya untuk memahami
ajaran Islam yang kononnya berasaskan kesamaan hak,
keadilan, kebebasan dan demokrasi.

2. kaedah pengumupulan data.


Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh norarfan
zainal dalam menghasilkan artikel ini adalah berdasrkan
kaedah rujukan. Kaedah rujukan merujuk kepada kaedah

8
mendapat maklumat daripada buku-buku, internet dan
majalah.
Antara contoh kaedah rujukan yang berdasarkan buku-
buku ialah :
 Abd Wahhab Kallaf. 1995. Ilmu Usul Fiqh Wa
Khalasah at-Tasyri’al-Islai. Darul Fikir al-‘Arabi.
 Adian Husaini. Liberalisasi Islam di
Indonesia. 2006.
 Aksin Wijaya. Menggugat Otentisitas
Wahyu Tuhan. Tesis Master di UIN Sunan
Kalijaga
 Yogyakarta. Safiria Insania Press Yogyakarta.
2004.
 Al-Qurtubiy, Muhammad bin Ahmad. Al-Jami’Li
Ahkam al-Qur’an. Dar al-Kutub al-Mishriyyah.
 Al-Qahirah. 1964.
 Al-Tabari, Muhammad bin Jarir. Jami’al-Bayan
fi Ta’wil al-Qur’an. Tahqiq: Ahmad
Muhammad
 Shakir. Mu’assasah al-Risalah. 2000.
 Anis Shakila Binti Ismail (2006), Pemikiran
Islam Liberal Di Malaysia: Kajian Terhadap Isu
Yang
 Ditimbulkan Oleh Farish Noor Dan Syed Akhbar
Ali. Kertas Projek Sarjana Muda Usuluddin.
 APIUM.
 Borneo Bulletin, “Should we resort to stonning
or flogging?”, “Opinion”, Mac 13, 2013.
 Borneo Bulletin. “What about the rights
of victims?”. Opinion. Mac 16, 2013.
 Charles Kurzman. Liberal Islam: A Source
Book. Oxford, 1998.
 Fakulti Syariah IAIN Semarang. Edisi 25, Th XI,
2004.
9
 Haji Mohammad Ariffin Ismail. Cabaran Aqidah
: Pemikiran Islam Liberal. Pejabat Mufti Wilayah
 Persekutuan.
 Haji Mohammad Ariffin Ismail. Cabaran Aqidah
: Pemikiran Islam Liberal. Pejabat Mufti Wilayah
 Persekutuan.
 Harian Kompas, Edisi 18 November 2002.
 Hartono Ahmad Jaiz dan Agus Hasan Bashori
(2004). Menangkal Bahaya JIL dan FLA.
Pustaka
 Al-Kautsar: Jakarta.
Antara contoh kaedah rujukan menggunakan internet :
 http://abdulrahmanviewpoint.blogspot.com
/2013/03/moraissues.html?m=1#!/2013/03/
moraissues.html.
 http://abdulrahmanviewpoint.blogspot.com/2013/
03/mora-
issues.html?m=1#!/2013/03/moraissues.html
 http://www.thejakartapost.com/news/2008/03/27/
islam-039recognizes-homosexuality039.html
 https://en.wikipedia.org/wiki/Sisters_in_Islam.
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Amina_Wadud
 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/4
32071/selar-perhimpunan-lgbt.
 https://www.sistersinislam.org.my/
 https://www.sistersinislam.org.my/
antara contoh kaedah rujukan dengan menggunakan
majalah :
 Jaringan Islam Liberal. Jakarta. 2005. Hlm. 220-
221.
 Khalif Muammar. 2006. Atas nama Kebenaran
Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam
Liberal.

10
 Selangor: Akademi Kemajuan Ketamadunan.
 Leonard Binder. Islamic Liberalism.
Chicago 1988.
 Majalah GATRA, 21 Desember 2002.
 Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam.
Kompas, 18 Nov 2002.
 Mun’im Sirry (ed). Fiqih Lintas Agama. 2004.
 Mustafa Ma. Ancaman Terhadap Hak-Hak
Orang Islam. Persidangan Implikasi Cadangan
 Penubuhan IFC Terhadap Hak-Hak Orang
Islam. Kuala Lumpur. 2005.
 Ramli Awang. Gagasan Islam Liberal: Gagasan
dan Penilaian.

iii. kaedah analisis


kaedah analisis merujuk kepada kaedah untuk mengawal
dan mempersembahkan data serta prosedur yang
sisitematik. Kaedah analisis yang telah dipersembahkan
oleh penulis adalah dalam bentuk yang lebih bermakna
dan sangat mudah difahami susunan data juga adalah
dalam keadaan statistik.

5. Hasil Apa yang saya dapati dari hasil kajian ini ialah gologan Siti Aisyah binti
kajian liberal ini : Zainal Abidin
 Membuka pintu ijtihad pada semua dimensi (2020844436)
Islam termasuk perkara berkaitan ‘ubudiyyat
(ritual) dan ilahiyyat (teologi)
 Mengutamakan semangat religio-etik, bukan
makna literal teks.
 Mempercayai kebenaran yang relatif,
terbukadan plural.
 Memihak pada yang minoritas dan tertindas
mencakupi minoriti agama, etnik, ras, gender,
budaya, politik, dan ekonomi.

11
 Meyakini kebebasan beragama dan menyatakan
bahawa urusan beragama dan tidak beragama
adalah hak perorangan yang harus dihargai dan
dilindungi.

ULASAN KRITIS ARTIKEL (PENDAPAT DAN CADANGAN PENELITI)

Perkara Isi Pelajar


bertanggungjawab
1. Isi utama kandungan Pengkaji menjelaskan bahawa negara Nurul Atiqah Binti
artikel Brunei merupakan sebuah negara yang Mohd Nezam
agama rasminya adalah agama Islam. (2020837376)
Umat Islam pada masa kini tidak
terlepas dari serangan oleh golongan
“Islam liberal” yang boleh
menjerumuskan mereka kepada
kesesatan dan kerosakan akidah.
Dalam artikel ini penulis telah
menerangkan definisi “Islam liberal”.
Sejarah “Islam liberal” mula
diperkenalkan oleh Charles
Kurzman dan Leonald Binder pada
tahun 1988. Liberalisme
bermaksud pemikiran yang cuba
membebaskan Islam dari sebarang
ikatan syarak dengan cara mentafsir,
mengolah atau menafikan apa sahaja
dalil syara’ agar bersesuaian dengan
pemikiran yang berteraskan falsafah
Barat. Ideologi liberal ini telah lama
berkembang di negara Barat untuk
menjelaskan idea kebebasan dalam
12
13
seluruh bidang kehidupan seperti
ekonomi, budaya, politik dan agama.
Modernisme Islam tersebut
dipengaruhi oleh cara berfikir barat
yang berasaskan kepada rasionalisme,
sekularisme dan liberalisme. Mengikut
kajian penulis antara ciri ciri pemikiran
Islam liberal menurut Khalif
Muammar ialah rasionalisme dan
sekularisme, penolakan terhadap
syariah, pluralisme agama, penolakan
terhadap autoriti keagamaan,
kebebasan mentafsirkan teks-teks
agama Islam, tiada dakwaan kebenaran
(faham relativisme),
mempromosikan nilai-nilai Barat,
pembebasan wanita dan mendukung
demokrasiliberal sepenuhnya. Di
Indonesia Gerakan liberal dilakukan
oleh Jaringan Islam Liberal (JIL), di
Malaysia terdapat gerakan Sister In
Islam yang memfokuskan kepada
persamaan hak antara wanita dan
lelaki (feminisme). Misi SIS adalah
untuk memahami ajaran Islam
berasaskan kesamaan hak, keadilan,
kebebasan dan demokrasi. Seterusnya
penubuhan InterFaith Commision
(IFC) sebagai sebuah mahkamah
dan segala keputusannya
adalah muktamad ke atas agama-agama
yang terbabit.
2. Isu yang menarik, Antara isu isu yang dibangkitkan dalam Nurul Atiqah Binti

nyatakan mengapa Islam liberal oleh penulis ialah: Mohd Nezam

14
15
 Pluralisme Agama (2020837376)
Ulasan: Mereka menolak kebenaran
mutlak agama Islam dengan
mempercayai relativisme kebenaran
dan menyamaratakan semua agama.
Golongan Islam liberal berpendapat
bahawa agama Islam adalah agama
yang benar. Akan tetapi mereka juga
menganggap agama lain juga
mempunyai sama tarafnya dari segi
konsep, persepsi dan respons.
Menurut kepercayaan mereka, semua
agama muncul dari Tuhan dan
Sumber Yang Satu, cumanya jalan
dan caranya sahaja yang berbeza-beza.
Dari konteks disisi setiap agama
mengajar umatnya untuk membuat
kebaikan adalah tepat. Konsep ini
dipegang oleh liberal Islam dengan
motif supaya manusia yang beragama
Islam dapat menggunakan kudrat dan
tenaga untuk mencapai kemajuan
tanpa dibazirkan. Keterdesakan yang
ditunjukkan oleh golongan ini dengan
mengorbankan segala demi mencapai
matlamat kehendak akal dan nafsu
mereka. Justeru, sesuatu kebaikan itu
tidak dapat diukur terhadap
agamanya. Agama Islam mengajar
penganutnya untuk mentauhidkan
Allah. Inilah yang menjadikan
perbezaan antara agama Islam dan
agama-agama selain Islam.

16
 Homoseksual (LGBT)
Ulasan: Fenomena Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender
sememangnya menyimpang daripada
ajaran agama Islam. Mereka
menyokong segala bentuk aktiviti seks
bebas dan seks songsang, hak
homoseksualiti, perkahwinan sesama
jenis. Mereka memperjuangkan hak
hak asasi LGBT dan menolak kritikan
ajaran Islam yang dianggap sempit.
Bagi mereka hubungan sejenis adalah
satu perbuatan yang tidak salah dan ia
dibenarkan. Mereka mendakwa
golongan ini tidak sepatutnya
dikriminasi dan seharusnya diberi hak
kesamarataan kerana ianya adalah
fitrah dan normal. Kajian ini turut
menjelaskan bahawa pelbagai anjuran
program telah dilaksanakan dan buku,
akhbar diterbitkan bagi membela dan
mempertahankan hak hak sivil
golongan ini. Setiap individu dalam
masyarakat Islam berhak mendapat
hak sama rata tanpa mengira fahaman,
agama, budaya dan gaya hidup
seseorang.

 Kritikan terhadap al Quran


Ulasan: Golongan Islam liberal
menggelarkan diri mereka sebagai
mujtahid alaf baru. Antara tujuan Islam
Liberal adalah merubah hukum-hakam

17
agama Islam sehingga dapat
disesuaikan dengan perkembangan
zaman. Mereka sewenangnya-
wenangnya mentafsirkan teks al Quran
berdasarkan pemikiran liberal mereka.
Sebagai contoh bentuk hukuman boleh
berubah-ubah selari dengan peredaran
zaman dengan alasan untuk
memajukan umat Islam. Mereka juga
menggesa penafsiran baru terhadap
konsep ibadat dalam Islam. Secara
tidak lansung, pandangan dan
pemikiran ini telah menjauhkan
mereka dari agama Islam kerana
menolak syariah itu sendiri.

 Penolakan terhadap hukum


murtad
Pejuang liberal mempertikaikan hadis
Rasullah SAW yang menyebut
“Sesiapa yang menukar agamanya,
maka hendaklah dibunuh”. Kononnya
ingin memperjuangkan hak kebebasan
individu. Mereka menentang
penguatkuasaan undang-undang moral
berteraskan agama kerana menurut
mereka undang-undang tersebut
melanggar kebebasan dan hak asasi
manusia. Tiada halangan bagi seorang
muslim untuk murtad. Dalam Surah al-
Taubah yang menjelaskan bahawa
mereka yang murtad akan dikenakan
azab di dunia. Mereka juga akan

18
dimasukkan ke dalam neraka jahanam
di akhirat kelak
 Penolakan terhadap hadis
Selain al-Quran, Hadis juga diiktiraf
sebagai salah satu sumber hukum
dalam Islam. Mereka menolak Hadis
secara halus dengan merendah-
rendahkan kedudukan peribadi Nabi
Muhammad SAW sebagai manusia
biasa yang tidak memiliki sebarang
kelebihan. Ini kerana hadis itu datang
dari seorang manusia dan boleh
dipertikaikan.

3. Adakah isu yang Pada pendapat saya, isu liberal ini Siti Aisyah binti

dibangkitkan adalah sangat relevan dibangkitkan pada masa Zainal Abidin


ini. Hal ini kerana pada masa ini idea (2020844436)
relevan bagi anda
liberalisme disebarkan secara terbuka,
sebagai seorang
sehingga semakin ramai orang yang mula
penyelidik terpengaruh dengan dakyah mereka.
Perkembangan ini sangat
membimbangkan dan perlu dijelaskan
serta ditangani segera agar keutuhan
agama dan umat Islam dapat dipelihara.
Idea liberalism ini semakin
berkembang sebagai pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) selain bergerak secara
individu dengan menyalurkan
pandangan liberal mereka melalui
media massa dan media social.
Pemikiran ini telah menapak dalam
kalangan Muslim di Malaysia.
Perkembangan idea liberal ini

19
bertujuan untuk melemahkan kekuatan
agama Islam. Perkembangan ini amat
sesuai dikaji pada masa ini
menyebabkan mereka yang jahil
tentang agama dan mendapatkan ilmu
agama dari sumber yang diragui
kebenarannya dan kebanyakkan
mereka ini tidak dapat menilai samada
maklumat yang diperolehi itu benar
atau sebaliknya. Ia akan memesongkan
ajaran agama Islam, menghapuskan jati
diri, menyerang pemikiran masyarakat,
memadamkan sejarah kegemilangan,
menyebarkan kebudayaan Barat dan
sebagainya. Perkembangan ini semakin
menggusarkan apabila mereka yang
terpengaruh dengan fahaman liberal
ini lalu menyebarkannya pula kepada
orang ramai melalui media massa dan
media sosial. Serangan pemikiran
liberal terhadap dunia Islam
kebanyakan daripada orang Islam
yang terpengaruh dengan ideologi
moden ini terdiri daripada mereka
yang mendapat pendidikan Barat atau
menjadikan Barat sebagai rujukan
utama dalam kehidupan. Sebagai
contoh, isu terkini yang semakin
berleluasa iaitu LGBT
(Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender).
4. Adakah anda Pada pendapat saya, saya setuju Siti Aisyah binti

setuju/tidak setuju dengan hasil kajian ini kerana Zainal Abidin


perkembangan idea liberal ini (2020844436)
memerlukan perhatian
yang serius kerana jika dibiarkan ia
20
21
dengan hasil kajian, akan berkembang tanpa penjelasan
mengapa? dan harus ditentang dengan
sewajarnya. Perkembangan liberal
adalah aliran pemikiran yang
mempunyai teras yang sangat rapat
dengan tamadun Barat. Ianya terhasil
dari penolakan orang Barat iaitu
prinsip utama liberalism adalah
memperjuangkan kebebasan manusia.
Golongan itu mahu manusia bebas
dan tidak dikongkong yang
mengekalkan konsep keprihatinan
dalam melindungi dan menggalakkan
kebebasan dan autonomi individu,
dalam konteks penentangan terhadap
pihak lain sama ada negara,
masyarakat atau individu lain yang
mengganggu kebebasan dan autonomi
dalam segala aspek Selain itu, tiada
sistem nilai, undang-undang dan
akhlak yang boleh memaksa mereka
berpegang termasuklah agama, mitos
dan sistem kepercayaan yang dibawa
dalam konteks budaya. Disebabkan
berpegang kepada prinsip dan falsafah
kebebasan dan keterbukaan
menyebabkan golongan itu bebas
menentukan sistem nilai terbaik buat
diri mereka dengan menggunakan
akal sebagai
pertimbangan. Liberal membawa
beberapa prinsip penting iaitu apabila
diterjemahkan dalam sistem hidup
manusia mereka membawa semangat

22
persamaan. Ia dikaitkan dengan sifat

23
rasional, bebas dan berfikiran terbuka.
Golongan liberal juga menentang
undang-undang yang mengekang
mereka bersuara terhadap apa yang
mereka mahukan. Dengan
kehadirannya akan menjadi lebih teruk
dan sukar ditepis kemudian hari
apabila idea liberal ini telah terbukti
membawa fahaman yang jelas
bersalahan dan terpesong dengan
aqidah dan syari’at Islam berdasarkan
ajaran Ahli Sunnah Waljama’ah.
Perkembangan liberalism ini dilihat
memberi ancaman kepada
keharmonian beragama kerana
pentafsiran yang dibuat dalam hal
berkaitan agama bergantung kepada
perspektif rasional dan kontekstual.
Dari kajian artikel ini saya mendapati
gerakan liberal di Malaysia dilakukan
oleh individu-individu melalui
pertubuhan NGO yang
memperjuangkan demokrasi dan
kebebasan, fahaman persamaan semua
dan fahaman persamaan hak antara
wanita dan lelaki (feminisme).
5. Adakah persoalan Persoalan yang dinyatakan dalam Fatin Nur Syuhada

yang dinyatakan oleh kertas kajian ini adalah mengenai Binti Azman
perkembangan fahaman aliran ini di (2020847564)
penulis terjawab?
rantau ini dalam aspek penentengan
golongan liberal terhadap syariat
islam. Pada pendapat saya, persoalan
yang dikemukan telah dijawab dengan
jelas oleh penulis kerana penulis telah

24
25
menerangkan mengenai konsep ‘islam
liberal’ itu sendiri dan mengajar
pembaca tentang bagaimana untuk
mengenali golongan ini. Penulis turut
memberikan contoh organisasi islam
liberal yang ditubuhkan di rantau asia
ini dan fahaman-fahaman yang dibawa
oleh organisasi ini. Fahaman yang
dibawa oleh organisasi telah dijawab
dan disangkal fahaman tersebut oleh
penulis dengan menggunakan Al-
Quran dan hadis. Justeru itu persoalan
yang dikemukakan telah dijawab oleh
penulis dengan jelas.

6. Metodologi yang Pengumpulan data dilakukan oleh Nurul Atiqah Binti

digunakan oleh penulis penulis dengan beberapa kaedah bagi Mohd Nezam
memastikan kajian tepat. Antara (2020837376)
sesuai?
kaedah yang digunakan ialah:

 Kaedah penyelidikan sejarah


Penulis mengkaji sejarah kemunculan
liberal sebagai bukti bagaimana
pemikiran liberal dalam
menghubungkaitkan topik yang dikaji.

 Kaedah dokumentasi
Penulis mengumpul data dari pelbagai
bentuk dan bahan seperti artikel yang
berkaitan dengan kajian penulis supaya
hasilnya lebih teliti dan tidak salah
membuat tafsiran.

26
 Kaedah Analisis Data
Data yang diperoleh oleh pemulis akan
dianalisis supaya isi kandungan kajian
nya lebih sempurna dalam
menyampaikan maklumat kepada
pembaca.

7. Dapatan kajian Kajian yang dijalankan dalam kertas Fatin Nur Syuhada

meyakinkan dan boleh ini adalah sangat meyakinkan dan Binti Azman
boleh dipercayai. Saya telah (2020847564)
dipercayai, mengapa?
melakukan pencarian mengenai
kewujudan organisasi yang telah
dinyatakan di dalam kertas kajian ini
dan hasil pencarian saya adalah sama
denga napa yang dicatat oleh penulis
di dalam kertas kejian ini. Selain itu
contoh-contoh yang dikemukakan oleh
penulis disertakan sekali Bersama-
sama sumber yang digunakan oleh
penulis dalam menghasilkan kertas
kajian ini. Penulis juga menggunakan
sumber Al-Quran dan hadis dalam
kertas kajian tersebut untuk
menyangkal fahaman golongan
tersebut dan cara penggunaan sumber
Al-Quran dan hadis oleh penulis
adalah tepat dan sangat sesuai bagi
setiap isi yang dikemukakan. Pselain
itu, penulis turut mengaitkan fahaman
masyarakat sekarang mengenai isu ini
dan saya setuju dengan perkara-
perkara yang disebutkan oleh penulis

27
dapat dilihat dengan jelas. Contohnya
masyarakat menyokong hubungan
sesame jenis dan perlahwinan sesame
jenis, kita dapat melihat generasi muda
bahkan yang beragama islam hari ini
lebih banyak memilih untuk
menyokong isu ini kerana mereka
menyatakan itu adalah kebebasan dan
hak orang itu.
8. Apakah langkah Antara langkah yang diambil oleh Elysander Laurance
penulis yang pertama sekali ialah
yang diambil oleh Timis
menyediakan bukti. Apa sahaja
tuntutan yang penulis buat dalam (2020476754)
penulis untuk tulisannya, penulis mesti dapat
memastikan menyokongnya. Sama ada
menggunakan statistik, testimoni
kebolehpercayaan pakar, fakta, angka, atau hasil kajian,
penulis perlu menggunakannya
kajian. sebagai bukti untuk menyokong
segala tuntutan yang dibuat sepanjang
penulisannya. Kemudian, memastikan
memetik sumber. Ini membantu
pembaca mencari bukti sekiranya
mereka memilih untuk memeriksa
fakta penulis atau mengetahui lebih
lanjut mengenai kajian yang
dinyatakan sebagai bukti penulis
merujuk kepada buku-buku yang telah
dihasilkan oleh tokoh-tokoh islam
yang boleh yang dipercayai. Iatu
sebagai contoh tokoh islam iaitu
Sumanto al-Qurtubi. Jurnal Justisia.
Fak. Syariah IAIN Walisongo
Semarang. Edisi 23, th. XI, 2003.
Antara contoh ayat petikan yang
diambi daripada karya tersebu adalah
Sumanto al Qurtubi menegaskan:
“Wajar jika muncul anggapan bahwa
pembukuan Qur’an hanya siasat
bangsa Quraisy, melalui Usman, untuk
mempertahankan kuasa mereka atas
bangsa Arab (dan Islam).…. Hanyalah
orang yang mensakralkan
(mensucikan) Qur’anlah yang
berhasil.

28
terperangkap siasat bangsa Quraisy
tersebut”.
9. Apakah kesan artikel Setelah mengakaji mengenai artikel Fatin Nur Syuhada

terhadap ini saya dapat mengetahui dengan Binti Azman


lebih mendalam mengenai isu iaitu (2020847564)
pemikiran/pandangan
‘islam liberal’yang terdapat dia asia
anda dalam
ini.
konsep/tema/teori yang Sebelum ini saya menyangkakan
dinyatakan. bahawa isu ini masih tidak
mendatangkan kesan yang besar dan
belum berleluasa seperti yang
dinyatakan dalam artikel walhal
perkara-perkara tersebut telah banyak
terjadi di sekeliling saya dan saya
menganggap perkara tersebut adalah
perkara yang biasa dan normal. Tetapi
setelah membaca artikel tersebut ia
telah mengajar saya bahawa perkara
tersebut adalah salah dan apa yang
dianggap ‘normal’di dalam masyarakat
sekarang adalah perkara yang tidak
patut diamalkan terutamanya dalam
diri seorang muslim.
10. Adakah artikel ini Artikel ini sangat membantu Elysander Laurance

dapat penyelidikan saya pada masa akan Timis


datang. Hal ini kerana, isu islam liberal (2020476754)
memberikan/membantu
ini sangat penting pada masa sekarang
anda dalam
mahupun masa akan dating. lebih-
penyelidikan anda pada lebih lagi isu berkaitan transgender
masa akan datang? ataupun LGBT yang semakin berluasa
pada zaman sekarang yang moden.
Iatu lebih menganggap islam itu liberal
bebas untuk melakukan apa sahaja.
Bahkan isu ini juga sering

29
dibangkitkan dalam kalangan
masyarakat di mana mereka yang
kurang faham mengenai islam liberal
ini akan mudah terpengaruh
dengannya. Oleh hal yang demikian
arikel ini sangat membantu dalam
membendung islam liberal ini dalam
kalangan umat islam tidak kira di
Malaysia mahupun di rantau ini.
Seterusnya, penjelasan yang mudah
difahami seperti dalam artikel dapat
menarik lebih ramai orang untuk
memahami islam liberal ini. Selain itu,
konsep yang dikemukakan juga oleh
petikan tokoh-tokoh yang lebih
menyakinkan juga dapat memberi
pengetahuan yang kukuh dalam
fahaman islam liberal agar syariat
islam tidak terjejas. Justeru, penulis
juga merupakan

PENUTUP (KESIMPULAN)

Perkara Isi Pelajar


bertanggungjawab
1. Kesimpulan Kesimpulan daripada artikel ini, pemikiran Nurul Atiqah Binti
Islam liberal adalah satu ancaman berbahaya Mohd Nezam
bagi akidah umat Islam. Konsep liberalisme (2020837376)
dalam Islam berpunca dari modernisme. Hal
ini kerana, ia menyalahi prinsip-pirnsip dalam
bidang syariah, akidah dan akhlak. Pemikiran
liberal menolak teks teks agama dan

30
mengiktiraf pemikiran falsafah Barat yang
dikatakan seiring dengan kemajuan dunia
moden. Kemunculan penulis penulis
berfahaman liberal ini akan membimbangkan
lagi terutama kepada orang ramai yang
mudah terpengaruh yang tidak mempunyai
pendidikan tinggi. Hal ini kerana, mereka tidak
didedahkan dengan informasi dan sumber
yang benar. Akibatnya mereka akan
terjerumus dengan anasir anasir yang boleh
merosakkan akidah dan memurtadkan umat
Islam. Justeru, peranan dari pihak berkuasa
agama amatlah memainkan peranan yang besar
melalui kaedah pendidikan yang betul dan
terancang. Umat Islam mestilah berwaspada
terhadap penyebaran terutama melalui media
massa dan media sosial. Sebagai umat islam,
kita hendaklah mempertahankan ajaran Islam
yang tulen dan tidak memberikan ruang
kepada golongan liberal seperti ini untuk
menimbulkan keraguan terhadap agama.
2. Nyatakan jika Aliran liberal ini yang juga menganggap Siti Aisyah binti

penemuan/hasil agama sebagai halangan tetapi berpendapat Zainal Abidin


penyelesaiannya adalah dengan membuka dan (2020844436)
artikel ini dapat
membebaskan agama daripada tafsiran lama
memberikan
yang dikatakan jumud dan tidak menjadi
pengetahuan pemangkin kepada kemajuan Umat. Istilah ini
baru. digunakan untuk menjelaskan idea kebebasan
mutlak tanpa sekatan. Golongan inilah yang
dikenali sebagai golongan Muslim Liberal
yang dipelopori oleh golongan cendiakawan
dan intelek yang merasa mereka terlajak
pandai
dengan kehebatan pemikiran mereka yang
31
dirasakan terlalu hebat. Mereka tidak mahu
memisahkan diri dengan agama, namun
menggunakan agama sebagai alat pelindung
terhadap kekacauan pemikiran mereka. Mereka
amat memerlukan agama tetapi agama sekadar
dijadikan untuk mencapai kepentingan dunia
dan mereka menganggap merekalah pejuang
agama yang sebenarnya. Perkembangan
liberal ini bergerak secara halus dengan
bertujuan untuk meruntuhkan sendi-sendi
kefahaman agama Islam yang sedia terbina.
Islam Liberal dapat dikenalpasti melalui ciri-
ciri seperti rasionalisme dan sekularisme,
penolakan terhadap syariah, pluralism agama,
penolakan terhadap authoriti keagamaan,
kebebasan mentafsir teks-teks agama Islam,
tiada dakwaan kebenaran, mempromosikan
nilai-nilai barat, pembebasan wanita dan
mendukung demokrasi liberal.

3. Bagaimana Nor Hazliyza binti


Fudzilah
anda akan Pengetahuan baru yang diterima dari artikel
yang telah ditulis oleh Norarfan Zainal ini ialah (2020470188)
menggunakan
sebagai seorang muslim yang sejati kita perlu
pengetahuan
mengkaji terlebih dahulu fahaman-fahaman
baru yang anda atau ideologi yang wujud tambahan yang
terima. membawa syariat dan akidah Islam sama ada
sedar atau tidak sedar sebelum kita
mempercayainya.
Selain itu, pengetahuan itu juga boleh di
implimentasi dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, pengetahuan yang kita kaji ini
mempunyai ideologi yang bertentangan dengan

32
fahaman Islam yang benar yang telah di ajar
oleh Nabi Muhammad S.A.W jadi kita perlu
mencegah fahaman yang bertentangan ini
daripada terus tersebar di rantau Asia
Tenggara. Cara kita untuk
mengimplimentasikan dalam kehidupan kita
ialah berdakwah kepada diri kita sendiri
bermaksud bahawakita telah sedar yang Islam
Liberal ini menyebarkan fahaman yang
bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenar jadi kita perlu belajar dari guru
mursyid (ialah guru yang dipercayai dan
diiktiraf dan ajaran Agama Islam yang dibawa
mengikuti Rabitah dan Wasilah daripada guru
sebelumnya setiap satu masa dan tidak
ditokok tambah dan benar ajarannya sehingga
selari dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W)
dalam meningkatkan pengetahuan serta iman
kita bagi mengelak diri daripada terjebak
dengan ajaran atau fahaman ini.
Disamping itu, kita juga seharusya berdakwah
juga didalam ahli keluarga kita supaya kita
sama-sama mencegah kemungkaran ini
daripada tersebar dalam kalangan individu
yang terdekat terutama ahli keluarga. Hal ini
demikian dikatakan, Fahaman Liberal ini
sangat bahaya kerana ianya boleh
memesongkan akidah seseorang dan boleh
menjadikan seseorang itu murtad iaitu
terkeluar dari ajaran agama Islam yang
sebenar. Ini dapat memberikan pendidikan
awal kepada anak – anak supaya mereka
tidak terjebak dan
mengikuti fahaman yang terpesong ini.

33
Seterusnya, perkongsian di media sosial.
Walaupun isu ini merupakan isu sentitif
agama namun isu ini harus diberikan
penekanan dan di diberikan pendidikan
kepada masyarakat supaya mata mereka
terbuka luas untuk mengambil iktibar dan
menjadikan isu ini sebagai isu yang berat
kerana melibatkan hal agama Islam yang
sepatutnya kita lindungi daripada pihak yang
mempunyai ideologi yang cuba untuk
menyelewengkan agama Islam untuk
kepentingan peribadi dan organisasi.

Keseluruhannya, ini merupakan usaha yang


paling baik dalam mengekang perkembangan
aliran Islam Liberal ini di rantau Asia melalui
pemerkasaan pendidikan agama bermula dari
diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

4. Apakah
langkah/strategi  Pendekatan Nor Hazliyza binti
Fudzilah
Menggunakan pendekatan yang subjektif
yang anda akan
iaitu bertujuan untuk memahami tingkah (2020470188)
lakukan untuk
laku manusia dan sebab – sebab yang
memperbaiki mengawal tingkah laku itu dengan lebih
kajian. banyak. Hal ini dicetuskan agar kajian ini
lebih cenderung untuk mengekalkan
objektif kajian yang diasingkan daripada
subjek atau perkara.

 Instrumen pengumpulan data

34
Pengkaji mungkin boleh menambah
kaedah temubual berstruktur dan tidak
berstruktur, analisis dokumentari dan
strategi penulisan juga mudah difahami.
Selain itu, pengkaji boleh memperluaskan
penggunaan medium seperti borang soal
selidik, kaji selidik dan medium lain untuk
mengumpul data numerik atau data yang
boleh diukur.

RUJUKAN

1. Muhammad Rashidi Wahab (UniSZA), Pemikiran liberalisme dalam wacana agama


dan ancamannya di Malaysia
http://www.muafakatmalaysia.org/index.php/arkib/kertas-kerja/104-pemikiran-
liberalisme-dalam-wacana-agama-dan-ancamannya-di-malaysia

35
2. Ahmad Munawir Ismail dan Zakaria Stapa, Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin
Muslim di Malaysia

3. Mohd Nasir Masroom dan Wan Ismail Wan Dagang, Cabaran Islam liberal kepada
umat islam

4. Hj.Mohammad Ariffin, Pemikiran Islam liberal

5. Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar, Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam


Kalangan Umat Islam
https://www.academia.edu/13433560/Pemikiran_Liberal_di_Media_Sosial_Dalam_K
alangan_Umat_Islam

36

Anda mungkin juga menyukai