Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KURSUS KAWALAN TRAFIK DAN PROSEDUR PEMERIKSAAN KENDERAAN


ANJURAN PEJABAT POLIS BANTUAN
UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

1.0 PENGENALAN

Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar berhasrat untuk
menganjurkan Kursus Kawalan Lalulintas dan Prosedur Pemeriksaan Kenderaan kepada
anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Kampus
Tapah bagi memberi pendedahan tentang kawalan dan kaedah dalam mengawal
lalulintas serta pemeriksaan kenderaan orang awam secara sistematik mengikut
prosedur yang betul, berkesan dan berkualiti. Peserta kursus akan diberi pendedahan
dalam mengendalikan kawalan keselamatan jalan raya dan mengendalikan kes-kes
jalan raya yang berlaku dalam kampus serta memahami cara-cara mengambil tindakan
yang wajar serta membuat kertas siasatan .

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Latihan bagi
melaksanakan Kursus Kawalan Lalulintas dan Pemeriksaan kenderaan sepertimana
didalam perancangan kursus bagi tahun 2016 untuk anggota Polis Bantuan UiTM
Cawangan Perak.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kecekapan anggota Polis Bantuan dalam mengendalikan kawalan


lalulintas dalaman.

3.2 Mempelajari dan memahami teknik-teknik kawalan dalaman bagi menghasilkan


anggota yang berkualiti.

3.3 Memahami teknik dan prosedur dan keterangan yang perlu bagi penyediaan
laporan kes dalam membantu keputusan pengurusan mengenai sesuatu
kejadian.

3.4 Membantu peserta kursus memahami prosedur tindakan pemeriksaan kenderaan


semasa bertugas serta memastikan pengetahuan undang-undang jalan raya
difahami dan dipatuhi.

3.5 Strategi ke 2 (3) PIN iaitu : Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian


perkhidmatan.

4.0 ‘KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)’

Memantapkan kawalan lalunlintas dengan cara lebih berhemah dan mesra pelanggan
mengikut nilai dan etika yang ditetapkan

1
5.0 PERLAKSANAAN KURSUS

Tarikh : 25 Ogos 2016 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar ILQAM UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Penyertaan : 30 orang terdiri dari staf Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak

Tentatif Program

25 Ogos 2016

0800 - 0830 - Pendaftaran Peserta

0830 - 1030 - Ceramah 1

1030 - 1100 - Minum Pagi

1100 - 1300 - Ceramah 2

1300 - 1430 - Rehat / Makan Tengahari / Solat Zohor

1430 - 1630 - Ceramah 3 & LDK

1630 - 1700 - Minum Petang / Bersurai

Penceramah dan Fasilitator

a. Penceramah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah (PDRM)

6.0 KAEDAH PERLAKSANAAN

Ceramah

a. Tugas dan Tanggungjawab Seksyen Trafik


b. Perancangan Tugas
c. Langkah keselamatan
d. Penyediaan SOP
e. Mengambil langkah pencegahan jika berlaku kes
f. Pengendalian Barang Bukti / Exhibit kemalangan atau kecurian
Kes Dalam Lembaga Tatatertib Pelajar / Kakitangan atau Mahkamah
Awam.

2
Gerak Kerja Kumpulan

a. Penyediaan dan persiapan serta langkah pencegahan dan pertuduhan

- Kemalangan Jalan Raya


- Kecurian Harta benda UiTM
- Pergaduhan
- Penipuan Maklumat Individu
- Pencerobohan
- Memiliki Barang Terlarang

7.0 METODOLOGI

Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk teori, amali simulasi, gerak kerja kumpulan
dan tayangan video / slide

8.0 JAWATANKUASA

Penaung - Rektor UiTM Cawangan Perak

Pengerusi - DSP/PB Marzuki Bin AB Rashid

Naib Pengerusi - INSP/PB Adly Albakhri Bin Ismail

Pegawai Penyelaras - INSP/PB Adly Albakhri Bin Ismail


Pen. Peg. Penyelaras INSP/PB Sharill Reza Bin Rosli
Setiausaha - SJN/PB Mohamad Fauzi Bin Man

Urusetia - KPL/PB Razman Bin Ramli


LKPL/PB Meor Sharifudin Bin Badli Shah
LKPL/PB Zainal Bin Hanif

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Harga Catitan


( RM )

a. Honororium
Penceramah
(Gred 41-44) 6 Jam x RM120.00 720.00

b. Makan / Minuman
Jamuan Peserta dan Urusetia
( 37 x RM14.00 ) 518.00
3
c. Pelbagai 100.00

Jumlah Perbelanjaan 1,338.00

10.0 PENUTUP

Kursus ini yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Universiti dalam memantap
penubuhan Pasukan Polis Bantuan yang berdisiplin tinggi, tabah menghadapi cabaran
dan beriltizam dalam apa jua halangan dan cabaran. Diharap agar permohonan ini
diluluskan supaya kursus yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

INSP/PB ADLY AL BAKHRI ISMAIL DSP/PB MARZUKI AB RASHID


Pejabat Polis Bantuan Ketua Pejabat Polis Bantuan
Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar Kampus Seri Iskandar

Anda mungkin juga menyukai