Anda di halaman 1dari 11

CTU 552

FALSAFAH & ISU SEMASA

EVOLUSI KONSEP MANUSIA DALAM TASAWUR BARAT

Disediakan untuk :
Encik Mohd Razlan bin Ahmad

Disediakan oleh :
Muhamad Ashraf bin Ismail (2020885258)
Muhammad Shukor bin Mohd Sidek (2020825292)
Siti Nurnadia binti Ismail (2020885264)
Mohamed Haikal bin Mohamed Yusri Feisal (2020885254)
Sh Syaza Nisrina Mumtaz binti Wan Jemudin (2020840868)

Untuk kegunaan pensyarah


Penilaian markah (20%)
Pengenalan
Isi & huraian
Cadangan/Kesimpulan
Bibliografi/Rujukan
Etika & Professionalisme
Jumlah

ISI KANDUNGAN

0
Penghargaan 2

1.0 Pendahuluan 3
1.1 Konsep perbezaan sumber 3

2.0 Isi utama 4


2.1 Mitos Penciptaan Yunani dan Rom Kuno 4
2.2 Tasawur Kristian pada Zaman Pertengahan 5
2.3 Zaman Renaisans, Reformasi dan Pencerahan 6

3.0 Petikan ayat Al-Quran 7


3.1 Surah Al-Araf ayat 54 7
3.2 Surah Al-Baraqah ayat 117 7
3.3 Surah Al-Insan ayat 2 8

4.0 Cadangan dan Kesimpulan 9

5.0 Bibliografi/Rujukan 10

1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek (CTU
552) Falsafah & Isu Semasa ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Razlan bin Ahmad, selaku Pensyarah kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah kami Encik Mohd Razlan bin Ahmad atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

2
1.0 PENGENALAN

Pandangan manusia terhadap kejadian dan mempersoalkan hakikat telah


mempengaruhi konsep. Persoalan ini juga perlu sentiasa direnungi dan hayati demi
memastikan difahami dengan baik tentang ini. Begitu juga halnya dengan kajian mengenai
pengertian am tentang sejarah yang mana beberapa kefahaman harus diberikan sepenuhnya
perhatian.

1.1 Konsep perbezaan sumber


Al-Quran dan sunnah merupakan garis panduan yang jelas tentang hakikat manusia
dan bagaiman manusia tercipta. Oleh itu, isu ini adalah kukuh dan fakta terhadap orang
muslim sehingga ke zaman yang moden ini. Isu ini berbeza dengan pihak Barat. Ini kerana
bagi pandangan mereka isu ini disebabkan berlakunya perubahan dan evolusi kepada konsep
mereka. Menurut Abdul Latif 2009, konsep hakikat dan manusia menurut Barat tidak
konsisten dan sentiasa berubah dari zaman ke zaman. Kefahaman menegenai isu ini lazimnya
bergantung kepada pandangan masyarakat di Barat (worldview) seiring dengan perubahan
pemikiran dalam agama yang mereka anuti. Perkataan worldview berasal dari perkataan
Jerman iaitu weltanschauung yang telah diperkenalkan oleh Immanuel Kant di dalam salah
sebuah karyanya iaitu Critique of Judgement (1790). Vidal, 2008 telah menyatakan konsep
ini telah diperkembangkan lagi dalam membentuk sebuah peradaban. Ini kerana, ia
memepengaruhi prinsip, pendapat dan tindakan dalam masyarakat tersebut.

Sekiranya terjadi perubahan terhadap tasawur dalam masayarakat, maka kehidupan


mereka akan berubah mengikut konsep baru yang padan dengan tasawur masyarakat itu.
Terciptanya falsafah baharu adalah banyak pandangan masyarakat Barat terhadap kejadian
manusia yang berubah mengikut zaman dan juga di pengaruhi pengalaman dan peristiwa
yang berlaku di sekeliling mereka. Penulis ini telah mengetengahkan tentang kerajaan dan
tamadun Barat iaitu Yunani dan Rom selain itu akan juga diterangkan dari aspek Barat
moden. Pada era ini, revolusi tasawur naturalistic moden dipilih oleh masyarakat Barat
moden terhadap hakikat dan kejadian manusia. Namun, jika dibandingkan dengan fenomena
yang terdapata di Malaysia, segelintir belum lagi mempunyai pendirian yang tersendiri
manakala aspek pemikiran pula masih dijajah oleh pandangan alam Barat. (Eurocentric)

3
2.0 ISI UTAMA

2.1 Mitos Penciptaan Yunani dan Rom Kuno

Terdapat beberapa konsep yang agak berlainan tentang manusia dari tamadun barat.
Yang pertama adalah dari Yunani dan Rom Kuno. Dari segi pandang mereka, manusia dicipta
oleh dewa-dewa yang hanya memerlukan manusia untuk melakukan ritual dan pengorbanan
kepada mereka sahaja. Konsep ini dapat dilihat dalam beberapa tamadun yang mengamalkan
politheisme iaitu mempercayai terdapat lebih dari 1 tuhan seperti contoh tamadun India,
Mesopotamia dan Mesir Purba. Mengambil contoh dari mitologi Yunani Kuno, terdapat satu
mitos yang mengatakan bahawa salah satu dewa mereka yang bernama Promethues telah
menciptakan manusia dari tanah liat dengan dibantu oleh adiknya Epimethues tetapi mereka
telah bersikap cuai dan dengan itu, telah memberi haiwan kelebihan fizikal yang lebih
berbanding manusia. Dengan kecuaian Promotheus, untuk memperbetulkan kesilapannya dia
memberikan manusia kelebihan menggunakan api dan kemahiran untuk bertukang. Tetapi
pandangan ini mula berubah setelah beberapa ahli falsafah Yunani seperti Socrates (470-
399SM), Plato (428-347 SM) dan Aristotle (384 –322 SM) menyebarkan ajaran mereka
kepada masyarakat Yunani. Mengambil pandangan dari Aristole, dewa-dewa yang dipercai
oleh generasi sebelumnya sangat bertentangan dengan rasional. Beliau telah mengenegah
pandangan yang baru iaitu mengenepikan material-material dewa Yunani yang mempunyai
ciri-ciri manusia kena tidak sesekali tepat dengan kriteria ketuhaan yang beliau fikirkan.
Walaupun bergitu ahli-ahli falsafah pada masa kini masih menerima pandangan mistik
mengenai tuhan. Mereka juga masih percaya bahawa manusia memang dicipta oleh dewa-
dewa tetapi dalam pemahaman yang berbeza. Seperti contoh, Plato telah memberi perspektif
dimana dewa-dewa telah bereksperiment dengan emas yang berakhir dgn logam dalam proses
penciptaan manusia. Maka dari situ, keturunan manusia adalah terhasil dari logam.
Pada perspektif Aristotle, manusia tehasil apabila sperma lelaki bercampur dengan
darah haid perempuan yang bergumpal. Sperma dari manusia lelaki dikatakan mengandungi
homosulus atau manusia yang bersaiz mikroskopik yang lengkap dan akan berkembang
didalam rahim seperti tumbuhnya pokok kecil. Falsafah ini memberi impak dalam
membentuk tasawaur Eropah dan perpektif ini bertahan sehingga abad ke-16 iaitu dari tahun
1501 ke tahun 1601. Seterusnya pendapat Aristotle ini dinafikan oleh pandangan ahli saintis
dari Itali, Spallanzi (1775). Spallanzi telah membuktikan bahawa sperma dan ovum terlibat

4
dalam pembentukan embrio. Menurut Philip Matyszak pada tahun 2010, mitos-mitos Yunani
memberi impak jangka masa yang panjang kepada pembentukan tasawur berdasarkan
mitologi pada rakyat Rom. Rakyat Rom pada awalnya adalah pengikut agama Animisme iaitu
kepercayaan kepada makhluk halus dan roh, namun telah bertukar secara beransur-ansur
kepada pengikut agama Pantheisme iaitu kepercayaan kepada dewa-dewa. Berdasarkan Hill
dan Baker pada tahun 2007, pemujaan dan pengagungan terjadi secara tinggi kepada tokoh-
tokoh Rom seperti contoh, raja dan panglima Rom. Hal ini membawah kepada amalam
pendewaan yang meweujudkan lebih ramai dewa.

3.2 Tasawur Kristian pada Zaman Pertengahan

Masyarakat Barat mula berubah secara drastik seteleah ramai daripada mereka yang
beragama Nasrani/Kristian yang telah diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Agama Kristian sudah
berkembang ke Eropah yang pada mulanya berkembang di Baitulmaqdis. Mereka telah mula
mengubah serba sedikit ajaran mereka dengan menggantikan kepercayaan mereka terhadap
dewa-dewa. Pada awalnya, ajaran Nabi Isa ini dibantah oleh para pembesar dan raja-raja
pemerintahan Raja Nero pada 64 Masihi. Raja Nero telah meletakan hukuman mati kepada
sesiapa yang menganuti agama tersebut. Pada tahun 313 Masihi, Raja Konstatine membuat
Pengisytiharaan Milan (Edict of Milan) yang mana beliau membenarkan agama Kritian bebas
dianuti oleh semua masyarakat. Menurut Wan Fuad 2009, apabila agama Kristian telah
diterima oleh kerajaan Rom, agama tersebut pada masa yang sama telah berkembang luas dan
ramai masyarakat berpaling kepada agama Kristian dan mempercayainya.
Presepsi mengenai penciptaan manusia di dalam kitab Injil adalah hampir sama
dengan Al-Quran dan kitab Taurat. Persamaan di antara agama Nasrani, Samawi dan Islam
adalah mereka percaya bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah adalah Nabi Adam
a.s daripada tanah. Tetapi di dalam Al-Quran tidak dijelaskan bagaimana dan tempoh masa
manusia diciptakan.(Sulaiman,2009) Menurut Crowford (1977), agama Kristian bahawa
Tuhan mempunyai ciri-ciri fizikal manusia. Mereka juga beranggapan bahawa manusia
diciptakan untuk menebus dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa semasa di syurga.
(Bible, 2:8-9)
Tidak menghairankan bahawa agama Islam dan Kristian mempunyai persamaan
dalam isu ini kerana kedua-duanya merupakan ajaran yang telah dicipta oleh Allah S.W.T.
Tetapi sayangnya, agama Kristian telah di bolak-balikkan fakta di dalam kitab Injil yang
menyebabkan pegangan mereka pada hari ini berlainan daripada yang asal. (Sulaiman,2001).

5
Zakaria (1996) berkata, konsep agama Kristian berubah daripada yang asal adalah kerana
kemasukan falsafah Yunani kuno. Oknum Trinity telah di perkenalkaan oleh Plotinus
(240SM) telah mendapat tempat dalam gereja (Sulaiman,2001). Hal ini membuat ramai
penganut agama Kristian terpesong dari landasan sebenar kerana telah dimanipulasi oleh
pihak yang sesat.

3.3 Zaman renaisans,reformasi dan pencerahan


Pada zaman pertengahan, terdapat beberapa peristiwa yang membawa kepada zaman
renaisans. Sebagai contoh terjadi nya gerakan reformasi agama kritian yang diketuai oleh
martin luther (1483-1546M). Hasil daripada reformasi tersebut maka lahir la beberapa
mazhab kristian protestan yang melakukan perubahan pemikiran penganut kristian. Dan
bergolak la benua eropah hasil daripada peristiwa ini. Pada tahun 1542, gereja katolik di
sepanyol telah mengubal semula undang undang inquisition bagi mengelakkan perpecahan di
antara penganut di sana.
Pihak gereja disana pada ketika itu mengikut falfasah Aristotle. Sebagai contoh seperti
terjadinya manusia, alam terdiri daripada tujuh lapis langit dan sebagai nya. Dan kalau kita
dapat lihat ianya seperti mempelajari ilmu fizik kerana ia membabitkan seluruh semesta. Jadi
pada sesiapa penganut di sana yang mempunyai pendapat yang bercanggah dengan apa yang
disampaikan oleh pihak gereja itu maka ia juga tidak bersetuju dengan falsafah Aristotle. Dan
banyak lagi pendapat pendapat yang diutarakan tentang alam dan manusia pada era ketika itu.
Pada zaman pencerahan pula, terdapat puak yang mula menghasut masyarakat dengan
falsafah rasionalisme yang menolak buta buta agama dalam diri masyarakat pada waktu itu.
Salah satu contoh ialah mengutamakan akal lebih dari segalanya. Bahasa mudahnya ialah
berfikir secara logic dengan menolak agama (sulaiman 2001; abdul rahman,2015). Orang
yang bertanggungjawab dalam mengutarakan falsafah rasionalisme ini ialah Rene Decartes
(1596-1650).
Jadi kesimpulannya terdapat banyak falsafah pada waktu itu berhasrat untuk
menjatuhkan ssistem gereja yang dirasakan menghalang kemajuan sesebuah Negara. Namun
masih terdapat masyarakat di barat yang mempercayai kewujudan tuhan walaupun pada
amnya mempunyai sisi pandangan yang berbeza

6
3.0 PETIKAN AYAT AL-QURAN

3.1 Surah Al-A’raf, ayat 54

“SESUNGGUHNYA TUHAN KALIAN ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN LANGIT


DAN BUMI DALAM ENAM MASA, LALU DIA BERSEMAYAM(BERKUASA) DI ATAS
ARASY. DIA MENUTUPKAN MALAM KEPADA SIANG YANG MENGIKUTINYA DENGAN
CEPAT, DAN (DAN DICIPTAKAN-NYA PULA) MATAHARI, BULAN, DAN BINTANG
BINTANG; (MASING MASING) TUNDUK KEPADA PERINTAH-NYA INGATLAH,
MENCIPTAKAN DAN MEMERINTAH HANYALAH HAK ALLAH. MAHASUCI ALLAH.
TUHAN SEMESTA ALAM.”

3.2 Surah Al-Baraqah, ayat 117

“ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, DAN BILA DIA BERKEHENDAK (UNTUK
MENCIPTAKAN) MAKA (CUKUPLAH) DIA HANYA MENGATAKAN KEPADANYA:
JADILAH! LALU JADILAH IA.”

3.3 Surah Al-Insan, ayat 2

7
“SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SETETES MANI
YANG BERCAMPUR YANG KAMI HENDAK MENGUJINYA (DENGAN PERINTAH DAN
LARANGAN), KARENA ITU KAMI JADIKAN DIA MENDENGAR DAN MELIHAT.”

8
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, tasawur amat juga dikenal pasti dengan kemajuan penaakulan agama
itu dilatih oleh kemajuan manusia. Perspektif barat di tempat kelahiran manusia dipengaruhi
oleh tasawur masyarakat umum bahawa turun naik bermula dengan satu tempoh kemudian
hingga seterusnya. Kemajuan manusia barat telah melalui perbezaan sudut pandang ke arah
pembentukan manusia bergantung kepada tasawur masyarakatnya sekitar ketika itu. Bermula
dari penciptaan manusia oleh kekuatan dewa-dewa legenda dan khayalan, bergerak kepada
perspektif falsafah mengenai Aristoteles dalam peristiwa Yunani dan Rome, pada ketika itu
menuju penciptaan lelaki oleh Tuhan yang dibawa oleh agama Kristian hingga zaman
sekarang yang berpegang teguh pada pandangan kemajuan naturalistik.
Walaupun tidak semua budaya barat mematuhi pandangan ini dan masih banyak yang
berpegang pada pelajaran kristian, kemajuan penaakulan bersama mendorong banyak dari
budaya barat membuat kemajuan mengasingkan keyakinan terhadap agama dan kehidupan.
Terdapat juga penyelidik dan penyelidik Barat yang cuba mencari titik tengah antara hipotesis
kemajua dalam mencari jawapan mengenai asal usul manusia. Ditambah dengan penyebaran
cara berfikir naturalistik di antara budaya barat yang secara mutlak menyangkal kehendak
kehadiran Tuhan dan yang berkuasa telah menambah kekacauan. Ketidakupayaan untuk
mengetahui kepentingan dan kenyataan individu menyebabkan orang awam mereka
terabaikan untuk menemui kepentingan kebahagiaan. Penyelewengan ini boleh
menhancurkan tamadun manusia.
Pada pandangan saya adalah bahwa al-Quran dan Hadist Sahih Nabi SAW tidak
menjelaskan tentang umur alam raya ini, dan tidak juga menjelaskan perincian kejadian
“manusia pertama”. Bagi yang ingin menguatkan teori Darwin atau menolaknya silahkan
menerima atau menolaknya atas nama penelitian ilmiah, bukan atas nama al-Quran.
Oleh kerana itu, kitab suci ini hanya menjelaskan fasa pertama (tanah) dan fasa akhir
dari kejadian manusia. Oleh hal itu pula jika terbukti secara ilmiah, serta meyakinkan
mengenai keberadaan teori Darwin atau teori lainnya tentang proses kejadian menusia
pertama, sedikit pun hal tersebut tidak bertentangan dengan salah satu ayat al-Quran, kerana
al-Quran tidak pernah memerinci proses tersebut dan memang tidak semua persoalan
diperinci didalamnya.
Oleh yang demikian, dalam pandangan islam kita tidak sesuai mengikut teori menurut
barat kerana kita harus yakin dan percaya bahawa evolusi manusia ini terjadinya dengan
kuasa Allah SWT. Kita tidak boleh tolak mentah dengan kuasa Allah SWT yang agung.

9
5.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

1) Abdul Latif (2009). Pengaruh Budaya Sains Terhadap Sains Barat. Wacana Sejarah
dan Falsafah Sains: Sains dan Mayarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2) Vidal, C. (2008). What is a worldview?. Van Belle Journal.


3) @muhammadfeza. (2020). #Fezasoliloquy Cerita Penciptaan Alam Semesta 6 Hari
Dan Sejarahnya 1 Minggu Itu 7 Hari.
4) http://eropah.weebly.com/zaman-renaissance.html
5) https://www.wikiwand.com/ms/Empayar_Rom

10

Anda mungkin juga menyukai