Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Artikel yang pertama bertajuk Evolusi Konsep Manusia dalam Tasawur Barat yang
diterbitkan tahun 2018. Artikel ini ditulis oleh 4 orang penulis iaitu Mohd. Yusuf Othman dan
Aulia Rahman Zulkarnain dari Institut Islam Hadhari, UKM, Bangi, dan Faszly Rahim dari Kolej
PERMATA Insan, USIM, Nilai serta penulis terakhir iaitu Wan Nasyrudin Wan Abdullah dari
Jabatan al-Quran dan Sunnah, UKM, Bangi. Artikel ini membincangkan perkembangan
pandangan alam yang terjadi pada tamadun besar Barat seperti kerajaan Yunani dan kerajaan
Rom dan seterusnya pada masyarakat moden Barat. Nama jurnal ini adalah Othman, M. Y.,
Rahim, F., Wan Abdullah, W. N., & Zulkarnain, A. R. (2018). Evolusi Konsep Manusia dalam
Tasawur Barat: Evolution of Human Concepts in Western Tasawur. Sains Insani, 3(3), 21-27.

Artikel kedua ini diterbitkan pada tahun 2018 dan ditulis oleh dua orang penulis iaitu yang pertama,
Eka Kurniawati dari Pendidikan Kewarganegaraan, Universitas Lampung, Indonesia dan penulis kedua
pula ialah Nurhasanah Bakhtiar dari Tadris IPA, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau,
Indonesia. Artikel ini membawa Manusia Menurut Konsep Al-Qur’an dan Sains. Kajian ini adalah
bertujuan untuk menyelidik konsep manusia melalui perspektif al-Qur’an, saintis Muslim dan saintis
Barat (sekuler). Nama journal bagi artikel kedua ini adalah Kurniawati, Eka & Bakhtiar, Nurhasanah.
(2018). Manusia Menurut Konsep Al-Qur`an dan Sains. Journal of Natural Science and Integration. 1.
10.24014/jnsi.v1i1.5198.

Setelah mengkaji kedua-dua buah artikel itu, dapat kami simpulkan bahawa kedua-dua artikel ini
mempunyai perkaitan, di mana kedua-dua buah artikel ini mengupaskan berkenaan konsep manusia.
Artikel pertama menumpukan kajiannya terhadap perubahan pemahaman konsep manusia dalam
tasawur tamadun besar Barat manakala artikel yang kedua pula lebih memfokuskan kepada konsep
manusia menurut kepada al-Quran dan sains. Artikel pertama mengupaskan perubahan pandangan
kehidupan asal usul manusia, bermula dari zaman Yunani kuno sehinggalah kepada pandangan Barat
moden dan pasca-moden manakala artikel kedua pula, membincangkan mengenai tujuan manusia itu
diciptakan dan membahaskan persoalan konsep manusia dalam perspektif sains Barat di mana golongan
tersebut menidakkan unsur ketuhanan dalam proses kejadian manusia. Secara keseluruhannya, kedua-
dua artikel ini membicarakan berkenaan asal usul penciptaan manusia yang berbeza-beza pada masa
kini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam menjawab persoalan berkaitan hakikat dan kejadian
manusia.

Tambahan pula, kami berpendapat bahawa kedua-dua buah artikel ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kami, berkenaan proses kejadian dan tujuan manusia diciptakan di
muka bumi ini bagi mengelakkan daripada terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang
menyimpang dari ajaran agama Islam serta dapat membuktikan kewujudan manusia berteraskan dari
sumber yang sahih . Berikutan hal itu, sebagai umat Islam, kita hendaklah sewajarnya mempelajari serta
mempraktikkan ajaran agama Islam yang syumul dan patuh dengan al-Quran dan al-Sunnah agar
agenda-agenda Barat sebegini tidak akan menyebabkan kecelaruan dan kekeliruan dalam persoalan
hakikat dan kejadian manusia.

This study source was downloaded by 100000827086406 from CourseHero.com on 07-22-2021 22:51:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98296600/PENGENALANdocx/
PENUTUP

Setelah meneliti artikel yang pertama ini, kami dapat mempelajari ilmu pengetahuan baru
mengenai perubahan pandangan alam terhadap asal usul kejadian manusia yang terjadi dalam tasawur
Barat. Perubahan kefahaman tersebut adalah dipengaruhi oleh pandangan alam sesebuah masyarakat
yang berbeza dan bersesuaian dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Di dalam dunia Islam, perkara
ini tidak sepatutnya terjadi kerana umat Islam telah diberikan panduan yang berteraskan wahyu, al-
Quran dan sunnah untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam menjawab persoalan mengenai hakikat
manusia dan juga kepada persoalan bagaimana kejadian manusia itu diciptakan. Hal ini adalah kerana
pemahaman yang betul tidak akan menyebabkan kita mudah terpengaruh dengan fahaman yang
bertentangan dengan ajaran Allah, sebagai contoh teori Darwin yang telah memberi kesan yang besar
terhadap pandangan masyarakat sehingga ke hari ini berkenaan konsep manusia yang dianggap berasal
daripada seekor haiwan. Penulis juga jelas mengatakan bahawa ahli falsafah dan pemikir baik dari Barat
dan dunia Islam khuatir dengan perkembangan tamadun Barat yang boleh meruntuhkan tamadun
dengan ketidakseimbangan dari segi rohani dan jasmani.

Terdapat perkara yang ingin ditambah baik dalam artikel ini untuk kajian kami akan datang,
adalah kami ingin mengkaji berkenaan apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak
terutama sekali oleh pihak berkuasa dan para ilmuwan Islam, dalam menolak pandangan barat tersebut
agar pandangan mereka yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, tidak menular dalam fikiran umat
Islam. Hal ini adalah kerana, berikutan dengan peredaran teknologi yang pantas berkembang, di mana
maklumat hanya berada di hujung jari, dibimbangi masyarakat kita mudah terpengaruh dengan
fahaman-fahaman yang mereka bakal sampaikan.

Setelah mengkaji artikel kedua pula, kami telah mempelajari perkara yang baru iaitu rasa sakit
yang dirasakan sewaktu dicubit pada panca Indera kulit, adalah rasa yang timbul akibat penyatuan
antara jasad dan ruh yang ada di dalam tubuh manusia. Sekiranya tiada ruh di dalam tubuh, maka tiada
rasa sakit akan dirasakan oleh kita. Selain itu juga, kami dapat mempelajari bahawa pencetus teori
evolusi Darwin itu sendiri masih ragu-ragu akan pandangannya itu. Hal ini demikian kerana, teori
tersebut hanya memfokuskan pada satu sudut pandangan sahaja dan tidak menekankan persamaan dari
sudut rohaniah antara manusia dan haiwan. Justeru, dapat kita lihat bahawa pandangan tersebut adalah
tidak tepat secara keseluruhannya dan tidak wajar berpegang dengannya kerana manusia adalah
makhluk Allah yang sempurna penciptaannya dan tidak sepatutnya disamakan dengan binatang.

Perkara yang ingin kami tambah baik dalam kajian ini bagi meningkatkan kualiti kajian ini
sekiranya kami melakukan kajian seperti yang dikupaskan dalam karya yang bertajuk manusia menurut
konsep al- Quran sunnah. Selain mengambil kira berkenaan konsep manusia berdasarkan al- Quran dan
sunnah, kami juga akan mencari inisiatif untuk menyebarkan lagi konsep hakikat dan kejadian manusia
yang selaras dengan ajaran agama Islam, supaya masyarakat kita terutama masyarakat Islam tidak
mudah terpengaruh dengan penyebaran fahaman yang menghapuskan peranan dan kaitan tuhan
dengan manusia. Hal ini demikian kerana, sebagai umat Islam perlu bersedia menyusun strategi untuk
menepis ideologi tersebut daripada menular dengan lebih meluas terutama sekali dalam kalangan umat
Islam.

Mafhumnya, penghujung kata, al-Quran dan al-Sunnah wajib dijadikan sebagai panduan hidup
agar umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran terbuka yang menyebabkan
kekeliruan dalam memahami asal usul kejadian dan hakikat manusia di muka bumi ini. Kami juga

This study source was downloaded by 100000827086406 from CourseHero.com on 07-22-2021 22:51:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98296600/PENGENALANdocx/
bersetuju sekiranya melaksanakan kajian seperti ini pada waktu akan datang untuk menambah baik
kajian itu lagi. Kami juga akan mengambil perhatian dan pandangan daripada pelbagai sumber yang
boleh diperoleh dan akan berpandukan sumber-sumber yang sahih kweujudannya agar maklumat yang
bakal disampaikan adalah betul dan selaras dengan ajaran Islam.

This study source was downloaded by 100000827086406 from CourseHero.com on 07-22-2021 22:51:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98296600/PENGENALANdocx/

Anda mungkin juga menyukai