Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA TERSANG 3

KERTAS KERJA

KESELAMATAN JALANRAYA &


KEMBARA AMAL
2021
ANJURAN BERSAMA
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPD RAUB
KERTAS KERJA
KESELAMATAN JALANRAYA & KEMBARA AMAL

1. PENGENALAN

Program keselamatan jalanraya dan Kembara Amal dirancang adalah untuk


golongan muda dan belia Felda yang sering menggunakan motorsikal untuk
berkonvoi atau menggunakan motorsikal secara harian di jalanraya.

Oleh yang demikian, Persatuan Belia (MBFM) Felda Tersang 3 mengambil inisiatif
untuk melaksanakan program ini dengan penekanan kepada aspek keselamatan di
jalanraya, pemanduan berhemah, keselamatan jentara motorsikal serta menguji
kecerdasan mental serta fizikal melalui aktiviti penjelajahan.

Program ini akan dijalankan secara bersepadu dengan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) bagi memberikan segala informasi dan perundangan berkaitan
penguatkuasaan undang-undang di jalanraya dan spesifikasi kenderaan
persendirian. Program ini memberi pendedahan berkaitan keselamatan
penggunaan di jalanraya dan tanggungjawab pengguna di jalanraya.

2. OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan dan informasi secara terus dan langsung berkaitan


keselamatan dan penggunaan di jalanraya.
ii. Menarik seberapa ramai generasi muda untuk menyertai program ini
supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh
membahayakan diri sendiri.
iii. Melahirkan latihan dan kemahiran memandu kenderaan motorsikal
dengan berhemah dan berdisplin semasa berada di jalanraya.
iv. Mengadakan perjumpaan bersama pemimpin masyarkat yang akan
ditemui untuk mendapatkan input tentang pembangunan belia, ekonomi
dan sosial setempat.
v. Memenuhi citarasa golongan muda mereka dengan pengisian aktiviti
bermotorsikal secara berkonvoi.
3. BILANGAN PESERTA DAN KUMPULAN SASAR

100 orang peserta daripada ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Tersang 3

4. TARIKH

Diadakan pada 26 Disember 2021

5. TEMPAT
Tempat Taklimat Keselamatan : Dataran Pejabat JKKR Felda Tersang 3
Tempah Singgah Amal : Pos Betau (Kampong Orang Asli)
Tempat Akhir Konvoi Amal : Cameron Highland, Pahang.

6. PENGANJUR

Persatuan Belia (MBFM) Felda Tersang 3 dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia
(PDRM)

7. TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
0800AM – 0830AM Pendaftaran Peserta
0830AM – 0930AM Taklimat Keselamatan & Pergerakan Oleh PDRM
Taklimat Keselamatan Pemanduan Berhemah Oleh
PDRM
0930AM – 1000AM Ucaputama Oleh YB. Dato’ Abdul Aziz Bin Hj. Mat
Kiram
Exco Kerajaan Negeri Pahang Merangkap Adun Dun
Batu Talam.
1000AM – 1030AM Jamuan dan Sarapan Pagi
1030AM – 1300PM Peseta berkonvoi ke Cameron Highland
Pos Betau (Sumbangan Amal kepada Penduduk Orang
Asli)
1300PM – 1430PM Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak)
1430PM – 1700PM Kembara Sekitar Cameron Highland
1700PM – 1930PM Bergerak Balik Ke Felda Tersang
8. KOS PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran A

9. JANGKAAN KEBERKESANAN PROGRAM


Dengan terlaksananya program ini peserta akan meningkatkan sahsiah diri,
kefahaman dan kemahiran tentang pemanduan semasa berada di jalanraya.

Program ini juga adalah sebagai benteng Generasi Muda Felda untuk tidak
mengulangi lagi pemanduan yang boleh memerbahaya atau meragut nyawa
mereka sendiri serta mengancam pengguna jalanraya yang lain.

Merapatkan hubungan dengan kerjasama antara peserta dengan jabatan


atau agensi kerajaan dan NGO lain supaya lebih mesra dan di dalam usaha
mengurangkan gejala tidak sihat dikalangan mereka.

10. KESIMPULAN

Semoga usaha-usaha di dalam program ini dapat membantu kerajaan


menerusi aktiviti penjelahan dan kemasyarakatan ini akan mendapat
perhatian sewajarnya daripada semua pihak terutama jabatan atau agensi
kerajaan.

Penglibatan generasi muda dan belia Felda di dalam persatuan belia amat
baik untuk memantapkan proses kematangan diri bersesuaian dengan
“Slogan Aspirasi Belia Dalam Citra Masa Hadapan” ke arah membentuk
generasi muda yang berwawasan, berdinamik dan berilmu.

Program ini penting untuk memastikan pengurusan organisasi belia Felda


seiring dengan hala tuju Negara Pasca 2018 di samping meningkatkan
kredibiliti dan kecekapan pertubuhan belia Felda amnya dan di Malaysia
khususnya.
LAMPIRAN A

KOS PERBELANJAAN
PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA & KEMBARA CAKNA

BIL. PERKARA HARGA (RM) UNIT JUMLAH (RM)

1. Makan Minum;
- Peserta 15.00 100 x 1 hari 1,500.00
- Urusetia & Tetamu 30.00 7 x 1 hari 210.00
- Penceramah 30.00 3 x 1 hari 90.00

2. Kelengkapan Peserta;
- Baju T-shirt 35.00 100 3,500.00
- Buku Nota & Pen 4.00 100 400.00
- Sijil 4.00 100 400.00

3. Bahan Percetakan;
- Backdrop 450.00 1 450.00
- Banner 200.00 1 200.00
- Bunting 50.00 4 200.00

4. Cenderahati Perasmi;
- Majlis Perasmian 250.00 1 250.00
- Taklimat & Ceramah 150.00 3 450.00

5. Dokumen & Peralatan 500.00 1 500.00

6. Pengurusan 1,000.00 - 1,000.00

JUMLAH (RM) 9,150.00

Anda mungkin juga menyukai