Anda di halaman 1dari 15

Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

KEM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI PERAK 2010
30 Sept – 3 Okt.2010

PENGENALAN

Remaja merupakan usia kebanggaan bagi setiap individu. Remaja pada kacamata
masyarakat adalah usia yang melambangkan kemudaan, ketegapan, ketangkasan,
kemanisan, kegirangan, dan segala kesempurnaan serta keindahan. Remaja merupakan
golongan yang paling dominan dan berpengaruh serta mempunyai ketahanan dan kekuatan
fizikal dan mental yang tinggi.
 
Golongan remaja merupakan pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan
datang. Justeru itu, keperibadian mereka harus dilentur sedaya mungkin, agar kesimbangan
rohani, intelek, emosi dan jasmani terbena dengan suburnya Generasi muda atau golongan
belia dalam sesebuah masyarakat merupakan golongan yang sangat penting. Mereka
mempunyai sifat dan ciri yang dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah negara.
Mereka mempunyai kekuatan fizikal, ketajaman fikiran, kemampuan dan kesanggupan
mencuba. Dengan kelebihan tersebut mereka mampu menjadi kumpulan penggerak yang
berkesan dan berpengaruh. Justeru itu dalam mana-mana masyarakat, golongan muda
diiktiraf berkemampuan memainkan peranan untuk mempengaruhi suasana dan budaya
hidup sesebuah negara.
 
            Gerakan yang dimainkan oleh golongan remaja dalam budaya kerja yang kolektif
akan mampu mencetuskan perubahan di dalam masyarakat. Hakikat ini memang tidak boleh
dinafikan kerana kebangkitan ummah dari dahulu, kini, dan mungkin selama-lamanya
banyak didominasikan oleh golongan muda. Perkembangan sejarah dunia telah
memperlihatkan bahawa dari masa ke semasa, golongan ‘orang muda’ atau ‘belia’ dalam
sesebuah masyarakat itu telah muncul sebagai satu tenaga kolektif penting yang terlibat
secara langsung dalam berbagai kegiatan kemasyarakatan dan kemanusiaan. Penglibatan
ini telah menjadikan golongan belia dapat memainkan peranan tertentu dalam perubahan
yang dialami oleh sesebuah masyarakat; dan malahan dalam suatu bentuk hubungan dua
hala.

1
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

1.0 TUJUAN

Perkhemahan ini memberi pendedahan dan input ke arah pembangunan / pengurusan


diri pelajar serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk membangunkan diri dan
sahsiah pelajar. Ini adalah penting sebagai persediaan dan melengkapkan diri mereka
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diatur rancang dalam sesebuah organisasi. Penekanan
adalah mengenai diri, pembangunan diri, falsafah kepimpinan, motivasi dan kemahiran
pengucapan.

RASIONAL

Remaja pada masa ini terdedah kepada banyak penyakit sosial yang
membimbangkan dan menggerunkan seperti penyalahgunaan dadah, jenayah, seks, lari dari
rumah, penderaan, penindasan, rasuah, budaya berpasangan tanpa nikah (secara terbuka
atau tertutup) dan lepak. Sekiranya penyakit ini tidak dibendung dan ditangani secara
berkesan, bukan sahaja akan merugikan negara malah mungkin akan menghancurkan
negara. Walaupun negara mempunyai aset (golongan belia) yang banyak tetapi jika ia tidak
berkualiti ini tidak bermakna. Lebih malang lagi sekiranya aset ini (walapun kecil) menjadi
barah, racun ataupun musuh dalam selimut. Justeru itu, isu kualiti pewaris kita perlu diberi
perhatian yang sewajarnya. Usaha dan kursus kepimpinan pelajar yang diadakan mestilah
menuju ke arah membentuk masyarakat belia yang beriman, bertaqwa, berwibawa,
berakhlak, bermaruah, ikhlas dan cemerlang. Dengan kata lain, untuk negara mencapai
kemajuan tanpa menggadaikan moral dan maruah, generasi muda mestilah mempunyai
wawasan yang mantap supaya mereka dapat menyerlahkan potensi diri dan menangkis
gejala-gejala sosial yang mengiringi kemajuan. Oleh itu, usaha-usaha pembinaan generasi
muda tidak harus dipandang mudah kerana sebarang langkah membiarkan kelompok
mereka dalam situasi yang terumbang ambing, kehilangan matlamat dan daya perjuangan,
samalah seperti sengaja menempuh masa depan yang kelam”.

2
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini;

 Mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh agar pelajar menjadi pemimpin


yang lebih matang.
 Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama
kumpulan di kalangan pelajar.

 Menyediakan pemimpin yang akan berkemahiran dalam berorganisasi.

 Membekal bakal pemimpin negara dalam pelbagai bidang kehidupan.

 Mengamalkan budaya ilmu, beretika dan jati diri . (perpaduan, penyayang, kerja
berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur, ikhlas).

 Mahir berkomunikasi dengan berkesan.

 Memiliki budaya jati diri (daya saing, daya tahan, daya juang, daya saring, daya tekal).

 Produktif - mementingkan peningkatan yang berterusan.

 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum.

4.0 SASARAN

4.1 Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan 4 Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan Seluruh Negeri Perak.

5.0 JANGKAMASA PROGRAM

5.1 Program ini akan dilaksanakan pada :


30 September hingga 3 Oktober 2010 ( 4 hari 3 malam ) .

6.0 LOKASI :

3
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

1. Pusat Kokurikulum Perak, Pulau Pangkor.


2. Teluk Segadas , Pangkor

7.0 PENGISIAN PROGRAM

1. Ceramah / konsep
Taklimat Kem
Ceramah Agama / Moral
Ceramah Motivasi

2. Ketrampilan
Latihan Dalam Kumpulan
Latihan Amali Berkayak, Trekking, Ikhtiar Hidup, Wall Climbing , High Elemen
Sembahyang Berjemaah ( Imam, Muazin )
Perhimpunan Pagi dan Senaman pagi

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

1. Keseluruhan perbelanjaan adalah seperti berikut :


1. Makan dan Minum peserta serta Jurulatih : 8,320.00
RM 20 X 130 org X 4 Hari =RM 8,320.00
2. Pengangkutan Feri 1,300.00
RM 10 X 130 org = RM 1,300.00
3. Pengangkutan Bas Jeti Pangkor – PKN 390.00
(pergi & balik )
RM 3 X 130 org = RM 390.00
JUMLAH BESAR RM 10,000.10

Segala perbelanjaan menggunakan peruntukan OS42000 – Perbelanjaan Program Pelajar 2010


( Sebagaimana telah diperuntukkan )

4
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

9.0 SASARAN DAN AGIHAN

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)


BIL DAERAH L P Jum
1 Batang Padang 5 5 10
2 Manjung 5 5 10
3 Kerian 5 5 10
4 Kuala Kangsar 5 5 10
5 Hilir Perak 5 5 10
6 Larut Matang & Selama 5 5 10
7 Hulu Perak 5 5 10
8 Perak Tengah 5 5 10
9 Kinta Utara 5 5 10
10 Kinta Selatan 5 5 10
JUMLAH 50 50 100

8.0 PENILAIAN

Bagi melihat kejayaan atau kelemahan program ini, penilaian dibuat melalui 2 pendekatan :

1. Laporan daripada Urusetia.


2. Borang Penilaian Peserta

5
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

9.0 JADUAL PROGRAM

KEM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI PERAK 2010
30 Sept hingga 3 Oktober 2010

MASA 0500 0700 0800 1000 1030 1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 2000
HARI 0700 0800 1000 1030 1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 2000 2230

Bendung
KHAMIS Pendaftaran di Taklimat

Pecah
Dalam Perjalanan Solat & Kuliah
30/09/2010 Jeti Lumut
Maghrib

Kump. 1: Trekking Urus diri


JUMAAT ke Tk. Segadeh Urus diri /Masak

Refleksi
/Masak Kump 1 & 2 : Repeling
01/10/2010 /Sembahyang
Kump.2: Berkayak /Sembahyang
Jemaah
ke Tk.Segadeh Jemaah
Kump.3: Aras Tinggi Kump.3: Wall Climbing
Kump.4: Wall Climbing Kump.4 :Aras Tinggi
Perhimpunan dan senaman pagi/ Sarapan
Siap Diri/Solat Subuh dan kuliah subuh

Solat Zohor

Kump. 1: Berkayak Kump 1 : Aras Kump 1 : Wall Climbing Solat & Kuliah

LDK
SABTU ke Pusat Ko Tinggi Maghrib
02/10/2010
Kump.2: Trekking Kump 2 : Wall Kump 2 : Aras Tinggi
ke Pusat Ko Climbing
Kump 3: Treking Urus diri
ke Tk Segadas Urus diri /Masak

Refleksi
/Masak Kump 1 & 2 : Repeling /Sembahyang
Kump 4: Berkayak /Sembahyang
Jemaah
ke Tk Segadas Jemaah

Kump 1 & 2 :
AHAD Khidmatmas
03/10/2010 Raptai & Majlis Pulang Menuju Destinasi
Kump.3 : Kayak Ke
Penutup
Pusat Ko
Kump 4 : Trekking
ke Pusat Ko

6
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

JAWATANKUASA INDUK
KEM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2010

Pengerusi : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak


Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Timbalan Pengerusi 2 : Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Setiausaha : Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri Perak
Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pelajaran Daerah Kerian
Pegawai Pelajaran Daerah LMS
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah
Pegawai Pelajaran Daerah Manjung
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan

JAWATANKUASA KERJA
KEM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2010

Pengerusi : En.Suhaimi B Jaafar


Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Timbalan Pengerusi I : En.Mohd Mokhtar Bin Zulkifli
(Penolong Pengarah Pentadbiran & Kewangan)
Timbalan Pengerusi II : Cik Hjh Zuraidah Bt Zainal Abidin
(Penolong Pengarah Infrastruktur)
Setiausaha : En. Ahmad Bin Man
( Ketua Jurulatih )
Penyelaras Teknikal : En. Mohd Mokhtar b Zulkifli
& Aktiviti (Penolong Pengarah Pentadbiran & Kewangan)
J/K Logistik : En. Mohamad bin Pin
( Penyelia Logistik )
J/K Perasmian Penutup : Cik Faradila bt Abu seman
( Penolong Ketua Jurulatih )
J/K Fotografi & Rakaman : En.Zul Rozaini b Seturi
( Penolong Ketua Jurulatih )
J/K Sijil & Cenderamata : Cik Nurharmila bt Harmainy
( Penolong Ketua Jurulatih )
Kem Komandan : ( Jurulatih Pusat Kokurikulum Perak )
Timb.Kem Komandan : ( Jurulatih Pusat Kokurikulum Perak )

7
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

RINGKASAN PENGISIAN PROGRAM


BIL AKTIVITI KAEDAH PENGISIAN
1 Ice Breaking  Membuat pendedahan kendiri dan berkenalan
sesama sendiri .
 Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi
kelemahan diri.
 Mengenali kelemahan dan kekuatan diri
membolehkan individu merancangkan untuk
pembangunan diri
2 LDK  Mengikis sikap negatif dalam diri yang
menghalang kejayaan seseorang
 Mengikis sikap negatif dalam diri yang
menghalang kejayaan seseorang
 Matlamat yang hendak dicapai memerlukan
perancangan yang terbaik
 Sebarang cabaran perlu dihadapi secara
bijaksana.
 Jati diri benteng gejala sosial dan asas amalan
hidup sihat
 Membentuk kumpulan kerja yang dinamik dan
proaktif di kalangan semua peserta.
3 Keagamaan dan  Sembahyang berjemaah.
kerohanian  Disiplin diri dan pegangan agama penting dalam
kehidupan manusia
 Manusia yang cemerlang dalam erti kata yang
sebenarnya lazim dikaitkan dengan individu yang
mempunyai peribadi yang baik dan dihormati
4 Perhimpunan pagi,  Menaikkan bendera.
riadah dan Malaysia  Nyanyian Lagu Negaraku ,Negeri Perak.
Cergas. KeranaMu Malaysia
 Menjalankan senaman pagi.
5 Kayak,Wall Climbing,  Memperoleh kemahiran berkayak
Trekking, High Elemen.  Mengetahui prinsip-prinsip kemahiran berkayak
( mendayung dan mengendalikan kayak ).
 Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas
untuk ikhtiar hidup semasa di laut, dihutan,dibukit,
gunung-ganang dsb
 Sebarang cabaran perlu dihadapi secara
bijaksana.
 Setiap usaha yang berfokus akan menghasilkan
kejayaan secara maksimum

8
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

PENUTUP

Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah peringkat negeri Perak


dirancang sebagai usaha kearah pembangunan Modul Insan yang cemerlang .
Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya,
ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan
modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya
generasi muda Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi,berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

9
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

EKSPEDISI KAYAK

OBJEKTIF

Kognitif :
 Memperoleh kemahiran berkayak
 Mengetahui prinsip-prinsip kemahiran berkayak ( mendayung dan
mengendalikan kayak ).
 Mengenali bahagian-bahagian kayak
 Mengenali bahagian-bahagian dayung

Psikomotor :
 Menaiki dan turun dari kayak dengan betul
 Melakukan beberapa dayungan yang penting ketika berkayak
 Mengawal kayak dengan betul dan selamat
 Mengetahui bagaimana menyelamatkan diri semasa berkayak
 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari seperti ikhtiar
hidup, keselamatan di air dan sebagainya

Afektif :
 Membina keyakinan diri
 Mencungkil bakat kepimpinan
 Memupuk sikap/nilai-nilai murni seperti bekerjasama,toleransi,sabar dan
sebagainya.
 Memperkembangkan minat dan menikmati keseronokan berkayak dan
melakukan aktiviti di air.

PROSEDUR KESELAMATAN

Panduan Am :

1. Pastikan semua alatan mencukupi dan selamat digunakan


2. Tuju ke tempat yang telah ditentukan
3. Peserta hendaklah bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan seperti
kayak terbalik , dayung patah atau pasangan mengalami kecederaan /
mabuk laut
4. Memulakan dan menamatkan ekspedisi di tempat yang selamat
5. Membawa bekalan makan yang mencukupi
6. Sewaktu berkayak di laut, peserta digalakkan mengikut atau menyusur
pantai.
7. Keadaan cuaca, ombak, tiupan angin dan paang surut air

10
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

8. Pastikan arah pukulan ombak

Keselamatan 1 (Persediaan Diri & Tanggungjawab)

1. Jangan berkayak secara bersendirian


2. Memakai PFD
3. Alatan persenderian yang penting dan mencukupi

Keselamatan 2 ( Kayak dan alatan )

1. Pilih kayak yang paling sesuai


2. Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan selamat
digunakan
3. Pastikan PFD berkeadaan baik dan mempunyai wisel.Alatan tersebut
mestilah berfungsi dengan baik.

Keselamatan 3 ( Peralatan Kumpulan)

1. Peti keselamatan
2. Makanan dan minuman secukupnya
3. Peta perjalanan.

Peralatan Persendirian

1. Topi
2. Kasut
3. Pakaian yang sesuai
4. Wisel ( penting untuk memberi isyarat kecemasan sekiranya berlaku
kecemaan atau ketinggalan jauh semasa menyertai kumpulan ekspedisi )
5. Lampu suluh dan peralatan ikhtiar hidup
6. Baju hujan
7. Alatan memancing dan snorkeling

11
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

IKHTIAR HIDUP

Dalam konteks Pendidikan Luar “ Ikhtiar Hidup” diertikan sebagai usaha dan
ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika
menghadapi sesuatu ancaman dan masalah bekalan makanan.

OBJEKTIF

Kognitif :
 Memperolehi pengetahuantentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa
di laut, dihutan,dibukit, gunung-ganang dsb
 Memperolehi pengetahuan melalui alam semula jadi untuk mencari
sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air
 Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan
semasa menjalani ikhtiar hidup

Psikomotor:
 Dapat membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari
bahaya
 Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber
makan untuk terus hidup
 Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu
situasi yang kurang baik.

Afektif:
 Membina keyakinan diri untuk terus hidup
 Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab
 Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat
menikmati keindahannya.

PROSEDUR KESELAMATAN AM

1. Memakai kasut yang sesuai , seluar tebal dan baju berlengan panjang
2. Kurangkan pergerakan untuk menjimatkan tenaga
3. pastikan tempat perlindungan yang selamat, iaitu teduh dan jauh daripada
dahan-dahan mati, lereng-lereng bukit dan semak-semak yang tebal
4. Simpan bahan makanan di tempat yang selamat
5. menentukan jalan keluar ketika kecemasan

Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan aktiviti


Ikhtiar Hidup.

12
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

 Bahaya-bahaya dari alam semula jadi seperti bentuk muka bumi , angin
ribut petir.
 Bahaya serangan binatang buas
 Kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan perubatan
 Reka ganti senjata sebagai perlindungan diri
 Penggunaan unggun api

Perlindungan

 Menyediakan tempat perlindungan yang selamat


 Menentukan jalan keluar dan masuk sewaktu kecemasan
 Menyediakan peralatan untuk mempertahankan diri bila diancam binatang
buas

Makanan
 Menggunakan sumber-sumber yang ada untuk mendapatkan makanan
dan air
 Mengenal tumbuhan yang boleh dimakan
 Simpan sumber makanan yang ada untuk masa kecemasan

Keperluan
1. Ponco/Khemah
2. Mestin
3. Parang/Pisau
4. Bekas Air
5. Roti / Biskut
6. Mancis api
7. Mee maggi

Keperluan Peribadi
 Pakaian beribadat
 Alat persucian diri
 Sepasang pakaian
 Ubatan jika perlu
 Lampu suluh
 Wisel
 Pisau kecil

10.0 PENILAIAN PROGRAM


13
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

10.1 Kekuatan Kepada pelajar:

10.1.1 Menghayati program kerohanian dan mempraktikan pengetahuan


sedia ada dalam amalan keagamaan.
10.1.2 Menyedari tentang kelebihan dan hikmah bulan Ramadan dengan
pegisian aktiviti ibadah.
10.1.3 Meningkatkan ilmu amalan keagamaan secara berkumpulan serta
mempraktikkannya bersama-sama.
10.1.4 Memahami konsep Islam Hadari selaras dengan seruan pemimpin.

10.2 Kelemahan kepada pelajar :

10.2.1 Terdapat pelajar yang kurang bersemangat dengan aktiviti ibadat


seperti Qiamulail.
10.2.2 Kurang pengetahuan asas untuk melakukan ibadah seperti solat
tarawih dan tadarus.
10.2.3 Terdapat sekolah yang menghantar pelajar perempuan yang uzur
dan tidak dapat mengikuti aktiviti yang dirancang secara
menyeluruh.

10.3 Kekuatan kepada jurulatih:

10.3.1 Menghayati program kerohanian dan mempraktikan pengetahuan


sedia ada dalam amalan keagamaan.
10.3.2 Menyedari tentang kelebihan dan hikmah bulan Ramadan dengan
pegisian aktiviti ibadah.
10.3.3 Meningkatkan ilmu amalan keagamaan secara berkumpulan serta
mempraktikkannya bersama-sama.
10.3.4 Memahami konsep Islam Hadari selaras dengan seruan pemimpin.

10.4 Kelemahan kepada jurulatih:

10.4.1 Kekurangan jurulatih untuk mengendalikan aktiviti tadarus


berkumpulan.

14
Kem Kepimpinan Pelajar SM [2010]

15

Anda mungkin juga menyukai